Bab 10
Soalan Zahin menambahkan
sakit kepala Izyan. Jarang dia diserang sakit kepala sampai muntah-muntah
sepanjang malam. Jadi, pagi itu dia terus pergi klinik. Macam biasa, dia
terpaksalah menunggu. Hampir sejam setengah baru dapat tengok muka doktor. Hailaa nasib!
Kata doktor, dia stres. Izyan nak cakap apa lagi?
Memang pun dia sedang tertekan. Terpaksalah dia mengangguk. Kata doktor lagi,
sebagai langkah pertama untuk menghilangkan stres dia perlulah mengenal pasti
punca stres itu. Hmm, kalau doktor tak cakap pun, dia dah tahu. Sudah jelas
benar dengan objek yang menjadi punca tekanan yang dihadapinya.
Selain makan ubat yang diberi oleh doktor, Izyan pastikan
dia akur menurut langkah-langkah yang disarankan dalam artikel Tips Untuk Menghilangkan Stres yang
dibacanya di dalam internet. Sejak dua hari lepas sememangnya itu yang telah
dibuat. Iaitu...
Mengelak Raif. Terpandang sahaja kelibat lelaki itu,
dari jauh lagi dia sudah melarikan diri. Tidak mahu bertembung dengannya. Tidak
mahu disapa dan menyapa. Dia yakin, sudahnya Raif akan faham bahawa dia tidak
mahu lagi ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu.
Malangnya Izyan lupa bahawa Raif bukanlah seorang yang
mudah berputus asa. Lelaki ego itu memang ternyata lebih bijak darinya. Bijak
mengatur strategi. Raif tidak mencari dia di hotel. Tidak juga datang ke lobi
untuk bersemuka. Ke rumah Izyan pun tidak. Memang Izyan berasa lega sangat-sangat
terutama apabila kelmarin, seharian dia tak nampak kelibat lelaki itu. Fikirnya
Raif Sufyan Hadi sudah balik ke Kuala Lumpur.
Namun dia salah percaturan.
“Psst!”
Izyan ketap bibir. Lamunannya terbang. Baru
dingat-ingat, muka itu sudah terjengul di hadapannya. Memanglah lelaki ini tak
reti isyarat yang dia beri. Atau dia pura-pura tak mahu memahami. Sengaja
tebalkan muka untuk mendekatinya.
“Melamun jauh nampak? Ingat aku ke?” tanya Raif sambil
mengetuk permukaan kaunter. Matanya tajam menatap wajah ayu di hadapannya.
“Awak tak ada kerja lain ke?” marah Izyan. Lebih marah
kepada jantung dan hati yang mula memainkan irama lama bernafas baru. Beralun
semakin deras seakan mahu mengikut rentak nadi yang berdenyut lebih laju
kini.
“Sejak sampai sini, aku cuma ada satu kerja aje. Nak
tahu tak apa kerja aku?” tanya Raif pula.
“Tak nak,” jawab Izyan sambil berpura-pura sibuk
menatap komputer.
Raif tersengih. “Pulak. Tapi aku nak habaq jugak. Yang aku sekarang ni
sedang...”
“Jual minyak urat. Kan?”
“Yes. Untung-untung dapat
mengurat.” Raif sambung sambil tersengih lawa.
“Pi mengayat perempuan lain. Perempuan kat depan awak
ni dah ada yang punya.” Izyan memberi hint
yang bermaksud dia sudah ada pakwe.
Raif jongket kening. “Kau isteri orang ke?” tanya dia.
Serius bukan main raut wajahnya itu.
“Bukan, tapi saya girlfriend
orang. Tak takut kena lepuk dengan boyfriend
saya?” tanya Izyan bersungguh-sungguh.
Kelihatan Raif menarik nafas lega. “Baru girlfriend orang. Eleh di mulut naga
lagi kurebut...”
“Boyfriend saya tu bouncer. Badan besar. Gagah pulak tu.
Sekali dia lipat, patah tulang awak, tahu.”
Raif melambakkan tawa. Sesuatu yang jarang dibuatnya
dahulu. Mengundang rasa terkejut yang bukan sedikit dalam hati Izyan. Seiring
getar jantung yang tertarik pada raut yang ceria dan nampak lebih muda. Namun
hati dikeraskan. Jangan jatuh cinta pada dia. Jangan! Jangan!
“Kenapa gelak? Awak tak percaya cakap saya?” Izyan dah
cuak. Tahu bahawa umpannya tak mengena. Raif langsung tak masuk perangkap.
“Alasan lapuk kau tu tak akan berjaya jauhkan aku dari
kau, Iz.”
Erm, cari alasan lain, Izyan.
Cepat!
“Dah, tak payah duk fikir cara mengelak aku. Sekarang
aku nak tanya. Kau dah sarapan ke belum?” Raif mengubah topik.
“Tak ada kena mengena dengan awak.”
“Hmm, garang macam ni mestilah belum kan? Sekarang dah
pukul sepuluh. Perut kau tu pun dah berbunyi. Dengar sampai sini, tau,” usik
Raif.
Memang dia lapar tetapi hari ini dia agak sibuk dengan
tetamu yang masuk dan keluar. Dia sendirian sahaja di kaunter sebab Zana ambil MC akibat diserang senggugut. Jadi tak
sempat dia hendak makan. Nak pesan pada kawan-kawan lain pun tak dapat
dibuatnya.
“Nah roti.”
Alamak, roti kentang. Roti kegemaran aku tu. Dia ingat
lagi? Tak sangka sungguh. Hati bersorak riang namun dia tidak segera menyambut
huluran Raif. Dia harus buktikan yang dia benar-benar kuat menolak kehadiran
lelaki ini. Barulah Raif akan faham dan pergi.
“Nak aku suap ke?” tanya Raif sambil membuka plastik
pembalut lalu menarik keluar seketul roti lembut itu. Dia kemudian mencubit dan
membawa jemarinya hampir ke mulut Izyan. “Bukalah mulut tu! Nak malu apa. Bukan
tak biasa aku suap dulu-dulu, kan?”
“Orang boleh suap sendirilah.” Izyan membentak sambil
merampas roti daripada tangan Raif. Laju dia memasukkan sedikit ke dalam mulut.
Raif jongket kening sambil sembunyi senyum. Dia lantas
keluarkan satu bekas berisi air. “Teh Lipton. Aku bancuh untuk kau tadi.
Minumlah. Tapi kau kena duduk. Tak elok makan dan minum sambil berdiri,”
ujarnya.
Izyan segera menarik kerusi lalu duduk. Bekas air
dibuka dan air teh disisip perlahan. Sepasang matanya masih tajam memandang
lelaki di sebalik kaunter.
“Kalau dah habis minum, bak balik bekas tu. Nanti
boleh aku bancuh lagi.”
Izyan segera menggeleng. “Tak payah, awak. Saya rasa
lebih baik awak pergi sekarang. Tak elok kalau orang tengok kita berbual macam
ni.”
“Menghalau nampak?”
“Encik Raif Sufyan Hadi, kalau boleh saya memang nak
halau awak. Kalau boleh saya memang nak cakap saya tak nak tengok muka awak
lagi. Tapi, saya tak mampu nak buat macam tu. Saya tak mampu nak berkasar
dengan awak.”
Raif memandangnya dengan satu pandangan yang sayu.
Dalam. Lama. Perlahan-lahan, satu keluhan terlontar. “Kau ni memang baik, Iz.
Pada aku yang dah banyak sakitkan hati kau pun kau boleh cakap macam tu. Sebab
itu aku tak boleh lupakan kau agaknya,” gumamnya perlahan.
“Apa awak cakap?” tanya Izyan. Pelik melihat Raif yang
seolah-olah berbisik sendirian.
Raif senyum. “Kau tak benci aku kan?”
“Tak.”
“Kalau macam tu jom pergi makan dengan aku malam ni.”
Cepat-cepat Izyan balas. “Tak bolehlah awak.”
“Kenapa? Orang tu marah ke?”
Izyan tak tahu nak jawab apa biarpun dia yakin kalau
Zahin tahu mesti Zahin akan mengamuk nanti. Mengamuk? Takkanlah. Zahin tak
mungkin marah walaupun lelaki itu dah mengaku yang dia cemburu pada Raif. Zahin
lelaki yang baik. Penyabar. Tenang. Sikap yang jauh berbeza daripada lelaki di
hadapannya ini.
“Kalau dia marah, kau beritahu aku. Biar aku lepuk
kepala dia.”
Izyan menjuihkan bibir. “Tak habis-habis dengan
perangai kasar awak.”
Raif sengih. “He
is tresspassing, okay!”
Izyan lepaskan keluhan. Kata-kata Raif menjentik
naluri. Raif seolah-olah menganggap dirinya ini miliknya sedangkan hakikatnya
tidak begitu.
“Iz...”
“Okey, saya faham. Kita perlu berbual. Perlu
berbincang. Jadi, cakap aje di mana, nanti saya ke sana.”
“Okey, kalau macam tu malam karang aku jemput kau,
kita pergi sama-sama.” Raif cepat-cepat pergi dari situ. Tak mahu menunggu
bimbang Izyan mencari alasan untuk menolak lagi.
“Untuk sekali ini saja, Iz. Sekali saja. Lepas kau
habis cakap nanti, dia mesti pergi. Dia tak akan tunggu dah,” bisik Izyan
kepada diri sendiri sambil menyoroti langkah Raif Sufyan Hadi yang entah hendak
ke mana.
novel digital ya?
ReplyDeleteiya kayaknya
nice share.. :D
ReplyDeleteTutorial Hijab|Zigoter Anime Distro|Cara memakai jilbab
Hijabers indonesia|jilbab pashmina jakarta|kaos anime ready stock
jaket anime harajuku|sepatu lukis murah
nice share.. :D
ReplyDeleteTutorial Hijab|Zigoter Anime Distro|Cara memakai jilbab
Hijabers indonesia|jilbab pashmina jakarta|kaos anime ready stock
jaket anime harajuku|sepatu lukis murah