Wednesday 12 November 2014

Bab 5 : DIA SEBELUM AKU -CIK D

BAB 5
"Macam sudah lama akak tak makan banyak macam ni. Ada Ainan, selera membuak-buak. Asam pedas kat sini pun sedap kan dik." Muncul senyum di bibir Adawiyah, meletakkan sudu setelah habis separuh nasi dipinggan. Tak larat mahu menghabiskan baki nasi yang tinggal. Senak rasa perut, bila terlebih diisi dengan makanan kegemarannya itu.
"Lepas ni saya akan pastikan akak makan mengikut masa. Abang Nazim cakap tadi akak selalu skip makan, kan? Lepas dah bawah jagaan saya nanti, akak kena dengar cakap!" Tangan diacu, berseloroh memberi amaran.
"Insya-Allah Ainan. Akak bukan sengaja tak nak makan dik. Seleranya tak ada, paksalah macam manatetap juga tak lalu. Insya-Allah, ada Ainan ni bangkit selera sikit."
Kesiannya, kalau dah bermacam-macam ubat masuk dalam perut, manalah nak datang selera makan. Kalau demam tu pun dah tak lalu makan, apatah lagi kalau sakit teruk macam tu. simpatinya tak diluah. Turut sama menyudahkan makan. Hilang selera bila mendengar ucapan Adawiyah sebentar tadi.
"Lepas ni akak cakap aje nak makan apa,saya boleh tolong masak. Nak gulai, asam pedas clay pot macam ni pun saya boleh masak."
"Sungguh?"
"Betul. Cakap aje, saya boleh masak." Ceria melayan Adawiyah. Dipihak Nazim hanya ada bahasa sunyi. Diam dan hanya mendengar perbualan dua wanita yang bersamanya waktu itu.
"Akak teringin nak makan serunding. Teringatkan serunding seseorang. Tapi mustahil nak makan serunding tu, sebab orangnya dah tak ada. Agaknya, tak lama lagi akak pun akan menyusul dia." Seperti biasa, apa yang terluah dari bibirnya membuat angin Nazim naik ke kepala.
"Akak. Tak naklah macam ni. Boleh, saya boleh masakkan serunding tu untuk akak. Serunding daging, nak?"
"Boleh dik. Abang pun suka serunding, kan abang?" Tak habis lagi sesi mengkenen. Masih dengan niat asalnya, mahu menjodohkan sang suami dengan gadis itu.
"Balik dari kampung nanti, saya bawa serunding untuk akak. Kalau nak yang mak masak pun boleh. Mak lagi master bab-bab serunding ni." Cerita Ainan lagi, sengaja mahu bangkitkan suasana ceria. Mahu Nazim turut sama dalam perbualan itu pun iya juga.
"Oh, Ainan nak balik kampung? Ada kampung?" Serasa ingin merasa tinggal dan menghirup udara segar di kampung. Rindu pada arwah opah seakan menggamitnya pulang ke kampung.
Dan kalaulah waktu mampu diundur..
"Ada, ingatkan sebelum mula kerja dengan akak, saya nak balik lawat mak. Akak nak ikut saya ke?"
"Akak ni manalah larat nak berjalan jauh Ainan. Siapa hantar Ainan nanti? Kalau rasa tak ada orang hantar, Abang Nazim boleh tolong hantarkan." Menjeling si suami yang langsung tidak bercakap. Tahu dan sedar apa yang diucapnya tadi tidak disenangi Nazim.
"Boleh, kan abang?"
"Eh, tak apalah kak, saya lebih selesa drive sendiri. Datang sini tadi naik teksi sebab servis kereta. Tak jauh pun kak kampung saya tu, dua jam perjalanan dah sampai."
Perasan reaksi Nazim yang seakan tak peduli, membuatkan Ainan berkata begitu. Tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dapat merasa yang kehadirannya menjadi punca pertelingkahan suami isteri itu di hospital sebelum mereka ke sini tadi.
"Oh, jadi bila Ainan nak mulakan kerja?"Tanya Adawiyah. Kalau boleh tak mahu bertangguh.
“Saya balik kampung dua tiga hari. Insya-Allah, kalau ada rezeki sabtu ni saya datang. Datang untuk jaga akak.” Putusnya, sudah membuat keputusan muktamad.

"Akak tak sabar nak tunggu hari tu."
"Insya-Allah. Akak jangan risau, sayapasti datang."
"Datang dan bawa sinar baru dalam hidup kami ya dik?"
Datang dan bawa sinar baru dalam hidup kami? Bermaksud? Masih terngiang bicara Adawiyah awalpetang tadi. Dalam fokus pada pemanduan, kepala ligat berfikir. Sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan oleh pasangan itu. Dan kalau sungguh ada sesuatu yang disembunyikan, apa yang disembunyikan itu?
Beg baju dikeluarkan sebaik tiba diperkarangan rumah ibunya di kampung. Mengeluh perlahan, sebelum kaki melangakah.
Apa pulak selepas ini. Selepas duit 2k, tentu ada lagi yang diminta mak. Bukan nak mengeluh, Cuma kadang-kadang tu, apa yang dipinta mak tak relevan dengan apa yang aku ada. Macam duit 2k tu, dah sah-sah dah aku tak ada duit, lagi mak minta. Kan ke pelik namanya tu.
"Mak, kakak balik mak!" Jerit Anissa, adik Ainan yang lebih manja dipanggil Nisa. Nampak sahaja kelibat Produa Viva milik si kakak, dia menjerit memanggil si emak yang sibuk di dapur.
"Ainan? Buang tebiat apa dia balik hari rabu macam ni? Biar betul Nisa ni." Dari dalam rumah sudah kedengaran gema suara Mak Biah yang tak reti bercakap perlahan. Lagilah bila dia marah, sekampung boleh pasang telinga.
"Assalamualaikum. Mak." Ada senyum tawar yang melatari bibir. Dengan hati tak senang, bersedia untuk dileter.
"Balik betul? Mak fikir Nisa bohong. Nak apa balik? Kenapa balik?" Dan berbagai soalan lagi muncul, tanpa mempelawa si anak masuk ke dalam rumah. Dan soalan terakhirnya.
"Berapa hari nak duduk kampung?"
Haih, sabar sajalah Ainan, mungkin mak dah sukat beras kat dapur tu hanya cukup untuk dia dan adik-adik makan. Tak apalah, sabar selagi boleh sabar. Bukan sehari dua aku kenal mak. Dah hampir dua puluh lima tahun. Dan kalau aku masih ambil hati dengan semua kata-kata mak, itu bermakna aku masih belum kenal mak aku sendiri. Cuba untuk tidak ambil hati.
"Mak sihat mak? Akak cuti dua hari aje mak."
"Dua hari??" Jerkahnya memotong, tanpa menyambut soalan pertama Ainan tadi.
"Jumaat ni balik semula kerja."
"Lama bercuti? Nak apa cuti lama-lama? Nak jemput bakal menantu mak balik ke sini ke?" Sinis dia diperli, dan yang sedihnya dia masih belum dipelawa masuk.
"Mak, sudahlah tu, kut ya pun jemputlah akak masuk dulu."
"Masukkak. Macam nilah anak-anak mak, mana nak dengar cakap mak dah sekarang. Baik-baik kerja, balik kampung. Lepas ni entah nak makan apalah kita Nisa. Ada anak pun tak boleh harap. Kalau sebulan tu, tak pernahnya nak bagi duit lebih. Dengan lima ratus tu, fikir cukup? Nasiblah ada duit pencen arwah, kalau tak, mati kebulur kita kat kampung ni Nisa."
"Mak.."Reda sahaja Ainan, mendengar luahan hati dan dedikasi Mak Biah yang tak henti-henti sejak dia masuk tadi.
"Sudahlah kak, mak ni kalau cakap banyak sikit, kau kata mak membebel. Sekarang ni lebih baik mak diam." Merajuk, duduk di anjung belakang rumah dengan memeluk tubuh. Masih belum dapat kesan tujuan sebenar anak sulungnya itu pulang ke kampung.
"Akak balik pun bukan sebab akak nak balik terus. Akak cuma nak serah ni, duit belanja adik. Mak juga cakap,abang cik nak masuk asrama, kan?"
"Dua ribu?" Dan si anak mengangguk lambat-lambat.
"Macam yang mak naklah. Akak tambah lagi lima ratus, lebih tu bawalah adik-adik beliapa yang diorang nak."
"Sungguh, datang bawa duit?" Cerah kembali wajah Mak Biah, sebut saja duit, berkobar semula suaranya. Tak jadi marah.
"Ada, dalam sampul tu. Akak sebenarnya nak cakap dengan mak sikit. Lepas ni, kalau ada apa-apa hal. Kalau cari akak tak dapat, jangan call ofis lagi dah."
"Kenapa? Kau dah dapat pikat bos kau ke kak? Anak mak nak kahwin dengan CEO dah ke?"
Tergelak kecil Ainan, tak sangka Mak biah akan berfikir sejauh itu. Ya Allah mak. Sejak bila tahu sebut CEO bagai ni? Pengaruh tv betul.
"Akak dah tak kerja situ dah." Mendatar. Malas mahu bercerita panjang. Tahu, Mak Biah takkan senang-senang melepaskan dia berkerja di tempat sembarangan.
"Dah tu? Kerja mana pulak? Atau kerja haram? Dan ini duit haram?" Cepat dia membuat andaian, menolak semula sampul duit yang sudah di depan mata. Menolak, walau hati berkata sayang.
"Akak kerja tempat lain, tempat baru. Dan gaji baru yang akak terima pun lebih sikit mak. Nanti bolehlah akak bagi mak duit lebih sikit tiap bulan. Mak juga cakap kan, setiap hujung bulan beras terpaksa dicatu, sebab kurang duit." Memandang Mak biah atas bawah.
Tapi aku tengok mak macam semakin kembang aje. Nisa pun, semakin montel aku tengok. Tinggal aku ni yang semakin kerempeng.
"Baguslah kalau itu yang kamu pilih. Mak tahu, anak-anak mak ni dengar cakap.."
Bla bla bla. Tadi kemain cakap anak-anak mak tak nak dengar cakap. Mak, nasiblah mak ni mak, kalau bukan mak, dah lama akak buat-buat tak dengar apa yang mak cakap.
Tak pernah berkurang rasa sayangnya pada satu-satunya wanita yang membawanya ke dunia. Menganggap bebelan bak peluru m-16 ibunya itu cuma kata-kata nasihat. Nasihat untuk dia belajar menjadi dewasa mungkin.
"Mak.." Meleret. Seperti mahu meminta sesuatu.
"Apa dia kak?"
"Akak nak peluk mak sikit." Dia bangun, dan dengan pantas, bibir comelnya mengucup pipi gebu milik Mak Biah.
Dia tahu, walaupun mulut orang tua itu macam piring hitam rosak, tapi hati dia tetap baik. Bising tu sebab dia sayang. Desis Ainan, sedapkan hati sendiri. Sebelum rintik air matanya mengalir. Sedih bila mengenangkan nasib sendiri. Terpaksa berkorban, demi hati insan-insan yang disayang.
"Dah-dah, ini kalau dibiar peluk macam ni, mahunya lemas mak dibuatnya. Esok pagi teman mak ke pekan."
"Buat apa mak?" Tanya Ainan hairan.
"Beli gelang baru."
“Gelang baru?”
“Gelanglah. Apa yang pelik sangat?”
“Abang cik? Kata nak masuk asrama?”
“Tak jadi. Last minute kata tak nak pergi pulak.”
Terlopong Ainan mendengar ucapan Mak Biah. Tak jadi? Habis? Aku kena tipu lagi ke ni? Nak menangis atau gelak ni?
"Sorry." Terpa Ainan, memotong kata-kata Nazim sebaik pintu wad dikuak. Tak sedar ada pertengkaran, dan dia melulu masuk ke dalam wad persendirian Adawiyah.

"Saya tak ganggu, kan?" Soalnya sebaik kaki melangkah setapak ke dalam bilik. Sedar tak kena waktunya dia berada di situ.
"Adik." Seru Adawiyah, ceria wajahnya menyambut kedatangan gadis yang ditunggu sejak awal pagi tadi. Serta merta melupa apa yang ditekakkan tadi.
"Akak. Akak nampak ceria hari ni." Tapi kenapa Abang Nazim nak marah-marah? Fikirnya, tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Hrmm, ceria sebab akak tahu adik akak ninak datang." Berkakak dan beradik, lebih selesa bila begitu.
"Saya cuti hari ni kak, habiskan cuti tahun. Surat resign pun saya dah serah pada pihak pengurusan."
"Alhamdulillah. Harap-harap urusan selepas ini pun dipermudahkan." Ucap Adawiyah penuh makna lagi. Meneliti senyum di wajah Ainan tak lepas. Entah kenapa berkenan sungguh dia dengan gadis itu.
Kalau aku yang perempuan ni boleh terpujuk saat melihat senyuman dia, takkan walau sedikit pun abang tak tertarik dengan kelebihan Ainan yang satu itu.
"Hari ni akak cakap saja nak ke mana, saya boleh bawa akak. Sebab saya cuti pun, sebab nak temankan akak." Ceria Ainan lagi, membawa aura positif pada Adawiyah. Tak mahu wanita ituterus berfikir tentang penyakit yang dihidap.
"Betul ni dik?"
"Betul, kan Abang Nazim?" Nazim masih begitu, buat-buat tak layan, sibuk mengemas keperluan Adawiyah.
Dah kenapa semua nak sedih-sedih ni? Ke aku datang salah masa? Fikir Ainan, kembali berdiri dan mendekati Nazim yang sibuk mengemas.
"Nak saya tolong ke?" Menawarkan diri untuk membantu. Tak mahu berlebih, berbuat begitu sebagai persediaan untuk kerja barunya nanti.
Adawiyah hanya memerhati, kembang hatinya bila melihat pasangan itu saling berbual dan menunjukkan minat antara satu sama lain.
"Oh, jadi gaduh tadi tu sebab tak nak abang tukarkan bajulah ye? Tak apa, sayaada boleh tolong tukarkan."
"Ainan layanlah kakak, abang nak hantar barang-barang ni ke lobi. Siap semua nanti, kita balik."
"Baik abang, jom akak. Saya tolong akak pakai baju. Kata tadi nak berjalan, kan?" Jelingan mata Nazim tajam menjeling si isteri, memberi isyarat mahu wanita itu berhati-hati dengan tutur katanya. Tidak mahu sampai Ainan membatalkan niatnya untuk membantu mereka.
"Akak dengan abang okey ke? Saya tengok macam ada something je." Ainan mula menunjukkan keperihatinanya. Kalau boleh tidak mahu sampai kewujudannya menjadi punca suami isteri isteri itu bergaduh.
"Sebab saya ke?" Menanggalkan uniform hospital yang tersarung di badan wanita tabah itu.
"Ainan.." Adawiyah bersuara sebak. Menarik tangan Ainan, sebelum tangan halus itu digenggam kemas.
"Saya ada salah tanya ke kak?"
"Tak dik, bukan salah Ainan. Adik akak ni tak ada salah tanya pun. Akak, akak cuma nak Ainan tahu, yang akak rasa gembira sangat bila Ainan sudi bantu kami. Datang Ainan, pada waktu yang tepat dik." Senyum kelat lagi. Rasanya waktu itu semakin hampir, dan dia mahu Nazim dan Ainan segera disatukan.
"Oh."
"Dengar apa akak nak cakap dik, ini antara hidup dan mati." Bicara Adawiyah yang semakin serius sedikit sebanyak menggusarkan hati kecil Ainan. Dapat merasa ada sesuatu yang tersimpan di benak wanita tabah itu.
"Kenapa kak?"
"Ainan kena tolong akak. Walaupun akak tahu pertolongan ni berat untuk Ainan tunaikan."
"Kita bincang lain kali? Saya rasa baik kita habiskan hari ni dengan bergembira?" Cadang Ainan, belum bersedia untuk mendengar.
"Tapi.."

"Tak nakbertapi lagi akak, saya nak akak senyum sepanjang bersama saya hari ni. Boleh?” Adawiyah akur, walaupun benaknya masih mahu meluah.

No comments:

Post a Comment