Saturday 15 November 2014

Bab 6: DIA SEBELUM AKU - CIK D

               

MALIK? Ada miss call terpapar di skrin telefon bimbitnya menunjukkan Malik ada menghubunginya sebentar tadi. Nak apa pulak Malik ni? Tak pernah-pernah call. Malam buta pulak tu.
        Ainan cuba menghubungi semula, takut kalau ada hal penting yang lelaki itu mahu sampaikan.
        “Hello.” Suara Malik menerpa sayu.
        "Ada apa kau cari aku?" tanya Ainan tanpa basa-basi.
        "Ainan..."
        "Kenapa?"
        "Aku rindu kau!"
        "Mengarutlah!"
        "Betul kau nak tinggalkan aku?"
        "Bila aku cakap aku nak tinggalkan kau ni? Kenapa tanya aku macam tu Malik?" Ainan mula pelik.
        "Cik Karmila cakap kau dah serah resign letter dekat dia. Betul ke? Suara Malik lemah.
        "Kiranya macam tulah Malik. Kau pun tahukan, macam mana aku pressure kerja dengan perempuan tu." Itu cuma alasan kecil.
        "Tapikan boleh minta ke bahagian lain."
        "Bahagian mana? Ikut kau? Buat kerja engineer macam kau tu?" Ainan mencebik. Dia manalah ada sijil nak kerja besar.
        "Bukanlah, jadi receptionist ke. Mana-mana bahagian yang senang sikit. Asalkan kau ada depan mata aku."
        Hah? Malik ni biar betul? Tak ada kerja pulak dia nak duduk depan lelaki tu.
        "Maksud kau Malik?"
        "Dah lama aku bagi hint Ainan. Selalu belanja kau makan. Takkan itupun masih tak faham."
        "Okey." Ainan mula naik angin. Menganggap Malik tak ikhlas berkawan. Mahu mengungkit soal makan minum yang sudah selamat masuk dalam perut.
        "Okey?"
        "Okeylah, nanti aku bayar balik semua yang kau belanja tu. Tapi tunggu aku dapat gajilah ye?"
        "Ainan! Okey, tak perlu fikir pasal belanja, nak bayar balik semua tu. Sekarang ni aku cuma nak kau tahu. Aku ni memang manusia biasa. Tak ada yang luar biasa."
        "Apa ni Malik. Terus terang boleh tak?"
        "Aku suka kau, dan aku nak kau jadi isteri aku kalau kau sudi." Terus terang Malik buat Ainan terlopong.
        "Isteri?"
        "Ya! Isteri. Aku nak kau jadi isteri aku. Kita kahwin, kau duduk dengan aku, tak perlu kerja dah. Dan yang paling penting tak perlu berdepan dengan Cik Karmila lagi."
        "Jangan mengarutlah Malik."
        "Aku bersungguh." Suara Malik bertegas.
        "Tapi.. Kau dah terlambat."
        "Kenapa pulak? Atau dah ada orang lain yang lebih dulu dari aku?"
        "Bukan macam tu Malik. Aku dah dapat kerja baru, dan tak mungkin aku akan tolak peluang kerja ni. Ini masa depan aku Malik." Ainan cuba menjelaskan.
        "Jangan macam ni Ainan. Dah dekat setahun kita kenal, takkan sanggup kau biar aku macam ni? Tinggal aku tiba-tiba. Mana boleh macam ni." Separuh merayu Malik bersuara. Mengharap Ainan akan menilai semula keputusannya untuk menerima kerja baru.
        "Kau tak faham Malik. Aku perlukan kerja ni untuk mak dan adik-adik aku. Kita masih boleh berkawan. Kau, aku dan kita masih boleh macam dulu." Janji Ainan, tak mahu Malik terus memujuk.
        "Janji, takkan lupakan aku?"
        "Mana mungkin aku boleh lupakan kau. Kau dah banyak tolong aku Malik."
        "Aku tunggu kau. Selamanya aku tunggu kau. Assalamualaikum."
        Bergetar hati Ainan, langsung tak menjangka selama ini jejaka itu ada menaruh hati padanya. Terdiam seketika, masih belum dapat menghadam setiap kata-kata Malik.
        Terus memerhati skrin telefon sebaik talian dimatikan.
        “Apa yang difikirkan tu Ainan, jauh sangat mak tengok kamu melamun.” Teguran emaknya mengejutkan Ainan.
        “Tak ada apalah mak. Akak cuma susah hati.”
        “Kenapa?”
        “Tak, cumanya bila dah tukar kerja ni, masa akak terhad sikit untuk mak. Kalau sebelum ni sebulan dua kali boleh balik kampung, bila dah kerja dengan orang niakak kena tahan diri dari balik kampung. Sebab kerja akak ni lain sikit dari kerja yang akak buat sebelum ni.”
        Mak Biah mula serabut bila mendengar Ainan berkata begitu. Tak senang hatinya, dan mula berfikir yang bukan-bukan.
        “Apa sebenarnya yang kamu kerjakan kak? Jangan nak malukan mak, kalau kerja yang kamu buat tu kerja haram. Mak tak pernah ajar anak mak buat perkara tak baik.” Naik semula anginnya, lebih-lebih lagi bila mendengar Ainan berkata begitu.
        “Tak mak, akak cuma..”
        “Cuma apa kak?” Potongnya sebelum sempat Ainan menghabiskan ayat.
        “Mak jangan risaukan akak mak. Insya-Allah, akak tahu batas lagi. Baik buruk kerja yang akak kerjakan, akak takkan sampai lupa pesan mak.”

        “Sudah, kalau tak mahu beritahu. Asal bukan buat kerja jahat. Ingat! Kalau kerja yang bukan-bukan kamu buat, jangan sesekali pijak tangga rumah mak ni kak!” Amaran keras Mak Biah, dengan Anissa menjadi saksi kata-katanya itu.



No comments:

Post a Comment