Saturday, 26 March 2016

Bab 3 : YANG AKU INGINKAN - NANI YUHANNA



BAB 3

HANIA gelisah di pembaringanya. Gebar tebal yang membalut tubuhnya diselak perlahan. Kedingian suhu penghawa dingin, tidak berjaya memujuk matanya untuk lelap. Hania menoleh pada susuk tubuh di sebelahnya yang sedang nyenyak tidur. Perasaan Hania diterjah kehairanan. Bagaimana Shahrin boleh berlagak selamba? Lansung tidak kekok. Hania membetulkan bantal golek yang berada di tengah-tangah antara mereka. Berkongsi bilik dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali bukanlah sesuatu yang mudah untuknya. Dalam tempoh 3 tahun lebih bergelar suami isteri hanya berapa kali saja mereka bertemu, itu pun waktu di awal-awal perkahwinan mereka.
Ikutkan hatinya dia mahukan bilik berasingan tetapi dia terpaksa pendamkan keinginanya itu apabila terpandangkan wajah serius lelaki itu ketika memasuki bilik sebentar tadi. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata lelaki itu padanya ketika mereka berdua berada di dalam bilik yang sama.
            “Awak nak buat apa tu?” soal Shahrin apabila melihat dia mencapai sebiji bantal di atas katil dan bergerak manuju ke sofa.
Langkahnya termati serta-merta. Dengan gerakan yang amat perlahan, Hania memalingkan badanya mengadap Shahrin yang kelihatan serius memandangnya.
            “Er..saya nak tidur kat sofa,” jawap Hania perlahan. Hampir tidak kedengaran suaranya.
            Shahrin mengerutkan dahinya.
“Kenapa pula nak kat sofa?” Shahrin seperti dapat mengagak apa yang gadis itu fikirkan.
            “Se..sebab awak kan tidur atas katil jadi saya tidurlah kat sofa,” jawap Hania takut-takut. Makin kejap pelukanya pada bantal di dadanya. Wajah serius lelaki itu membuatkan dia kecut.
            Shahrin berjalan perlahan menghampiri Hania yang semakin menggelabah. Pucat muka gadis itu.
Hania menelan air liurnya. Rasa macam nak tertanggal kepala lututnya apabila lelaki itu sudah berdiri dihadapanya. Tajam renungan mata lelaki itu. Perasaan Hania semakin berdebar-debar tangan lelaki itu semakin mendekat padanya.Matanya dipejam kejap. Takut untuk melihat apa yang bakal lelaki itu lakukan padanya.
            Zappp...
            Hania tercengang. Bantal yang berada dalam dakapanya ditarik oleh Shahrin. Hania membuka matanya luas-luas. Hai... tak akanlah sebiji bantal pun nak berkira? Nak suruh dia tidur atas sofa ni kosong-kosong ke? Kejamnya! Namun rungutan hatinya termati. Sekali lagi dia tergamam apabila wajah lelaki itu terlalu hampir denganya. Dia dapat mendengar dengan jelas hembusan nafas lelaki itu mengenai mukanya.
            “Malam ini dan juga malam-malam yang seterusnya tak akan ada sesiapa pun yang tidur atas sofa. Awak dan saya akan tidur atas katil ni.” Shahrin seakan berbisik di telinga Hania.
            Hania tersentak. Matanya terkebil-kebil memandang Shahrin.
            “Ta..tapi bukan ke kita..”
            Belum sempat Hania menghabiskan kata-katanya, Shahrin sudah memotong percakapanya.
“Saya dah tak nak fikir lagi macam mana kita kahwin dan hubungan kita dulu. Yang saya tahu awak isteri saya dan saya ni suami awak. Kisah hidup kita sekarang ni bukanya macam dalam novel. Kahwin kontrak dan tidur asing-asing. Kita masing-masing ada tanggungjawap. Cukuplah sekali kita pernah buat kesilapan. Tak perlu teruskan atau ulangi lagi.” Shahrin merenung ke dalam mata isterinya.
Dia betu-betul maksudkan apa yang dia cakapkan itu. Mereka harus berubah.
            “Tapi kenapa? Awak tak kisah pun dulu cara hidup kita macam ni. Bawa haluan masing-masing,” luah Hania tidak puas hati.
            Shahrin cakap senanglah sebab lelaki. Dia ini perempuan. Ingat senang-senang ke dia boleh terima keadaan mereka yang tiba-tiba ini? Terkejut ‘dijemput balik’ tidak hilang lagi, sekarang dia kena tidur satu bilik dengan lelaki itu!
            “Dulu saya tak kisah tapi sekarang saya kisah. Cuba awak fikir, sampai bila kita nak bawa haluan sendiri? Sampai bila kita nak hidup macam ni? Saya sedar dalam tempoh 3 tahu ni kita alpa pada tanggungjawap masing-masing. Terlalu ikutkan kata hati sampaikan hukum Allah pun kita main langgar. Saya akui dulu saya tak pernah fikirkan semua tu. Apa yang saya tahu saya tak suka apa yang berlaku pada kita dan saya tahu awak pun rasa macam itu juga, kan?”
            Hania terdiam. Mengakui kata-kata lelaki itu.
“Mungkin dah tiba masanya kita patut sedar yang cara kita selama ini adalah salah. Walaupun tak cinta, sekurang-kurangnya kita hormati hubungan ni.  Saya dah malas fikir apa yang pernah terjadi pada kita dulu. Apa yang penting sekarang adalah hari ini dan seterusnya,” ujar Shahrin tenang.
            Hania terdiam. Menghadam kata-kata lelaki itu. Bukanya dia tidak pernah fikirkan hubungan mereka selama ini. Hampir setiap hari dia fikirkan status dan hala tuju hubungan mereka. Pernah sampai satu tahap dia nekad untuk mencari kebahagiaan sendiri sekiranya hubungan mereka masih begitu. Dan sekarang, Shahrin menawarkan ‘pendamain’? Patut ke dia terus terima atau minta diberikan tempoh lagi?
            “Dahlah..pergi tidur. Kita bincang lagi lain kali,” ujar Shahrin. Dia sudah mengambil tempat di atas katil. Bersedia untuk tidur.
            Hania akur dalam keterpaksaan.
            Keluhan dilepaskan untuk ke sekian kalinya. Shahrin yang masih nyenyak dipandang sekali lagi. Kali ini dia merenung lama wajah kacak yang sedang lena itu. Dia tidak pernah mengenali Shahrin dengan lebih dekat. Apa yang dia tahu Shahrin seorang ahli perniagaan yang mewarisi empayar keluarganya di Johor Baharu. Hania pasti Shahrin datangnya dari keluarga yang baik-baik memandangkan dia pernah bertemu dengan keluarga lelaki itu di hari pernikahan mereka.
            Itulah kali pertama dan kali terakhir dia bertemu dengan keluarga Shahrin. Selepas itu dia sudah tidak tahu apa-apa kerana beberapa bulan selepas perkahwinan mereka, dia di hantar belajar oleh Shahrin di Kuala Lumpur. Sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu dengan Shahrin. Segala urusan dan  keperluanya di universiti, Pak Idris yang akan uruskan.
Dia tiada siapa-siapa di Kuala Lumpu. Hidupnya di asrama hanya dengan kawan-kawan saja. Bila cuti semesta tiba dia hanya terperap dalam bilik asrama melainkan teman satu asramanya mengajaknya balik kampunya. Selebihnya hidup dia kesunyian. Tiada emak, tiada abah dan tiada adik-beradik untuk dia mengadu.
            “Kenapa tak tidur lagi?”
            “Argghh..!” Hania terjerit kuat. Tanganya menutup mulut. Hampir gugur jantungnya!
            Shahrin terkebil-kebil memandang Hania yang sedang mencerlung padanya. Table lamp di sebelahnya katilnya ditekan. Keadaan bilik yang tadinya suram bertukar terang.
            “Awak ni kenapa menjerit?” soal Shahrin dengan suara garaunya. Dia bangkit dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.
            “Sorry..tak sengaja,” ucap Hania perlahan. Masih bersisa rasa terkejutnya.
            “Kenapa tak tidur lagi?” tanya Shahrin sambil memandang Hania di sebelahnya.
            “Saya tak boleh tidur,” jawap Hania perlahan.
            “Apa yang awak fikirkan?”
            Hania menjungkitkan bahunya.
 “Tak ada fikir apa-apa. Mungkin berubah tempat tidur.” Hania memberi alasan. Tidak berniat untuk memberitahu apa yang bersarang dalam fikiranya tika ini.
            Shahrin menutup mulutnya. Menahan kantuk. Wajah Hania di pandang sekilas. Shahrin tahu Hania tidak selesa berada satu bilik denganya. Setiap tindak-tanduk dan kegelisahan gadis itu dalam perhatianya. Mungkin Hania tidak sedar yang dia sudah terjaga sejak gadis itu asyik berkalih di pembaringanya.
            “Awak takutkan saya ke?” Shahrin menyerkap jarang.
            “Mana ada. Kenapa pula saya nak takut dengan awak? Awak bukanya makan orang pun,” jawap Hania dengan berani.
            Shahrin senyum herot. Entah mengapa terdetik di hatinya untuk mengusik gadis itu.Dah alang-alang terjaga apa salahnya menguji sekuat mana gadis itu dapat menahan godaanya.
            “Hemm..saya ni memanglah tak makan orang tapi...” Shahrin tidak menghabiskan ayatnya sebalikya dia bergerak sedikit menghampiri Hania yang sudah bersiap-sedia menarik gebar hingga ke dada. Bantal peluk dijadikan  perisai.
            “Awak jangan macam-macam. Nanti saya jerit!” Hania memberi amaran dengan suara yang sedikit menggeletar. Jantungnya berdegup kencang.
            “Kalau awak jerit pun bukanya ada orang dengar. Tak adanya orang nak tolong awak. Pak Idris dan mak Aisha kat bilik bawah mustahil dia orang dengar jeritan awak tu.” Makin galak Shahrin mengusik.
Hatinya bagai digeletek-geletek melihat wajah cuak gadis itu. Dia semakin mendekatkan badanya ke arah Hania. Gadis itu semakin berundur ke belakang walaupun tubuhnya sudah tersekat di kepala katil
            “Aw..awak nak buat apa ni?”
            “Awak rasa saya nak buat apa?” Shahrin menjongkitkan keningnya. Nakal.
            Hania telan air liur. “Awak..janganlah buat macam ni. Sa..saya belum sedia lagi.” Hania seakan merayu. Dia memang tidak bersedia lagi untuk menjalankan tanggungjawap yang ‘satu’ itu.
“Saya nak buat apa? Awak sendiri yang cakap tadi tak boleh nak tidur. Saya cuma nak tolong awak tidur je. Mana tahu dah penat nanti awak akan mengantuk.” Kata-kata berupa rayuan Hania tidak diendahkan. Makin galak dia mengusik gadis itu. Hendak tergelak tetapi ditahan sehabis mungkin.
            Penat? No..no..no..!
“Awak, saya dah mengantuklah. Jom kita tidur.” Buru-buru Hania menarik gebar menutup badanya. Wajah miang Shahrin menyeramkanya. Tadi bukan main serius. Sekarang ni miang pulak!
“Saya dah tak mengantuk pula. Macam mana ni?” Habis berkata begitu, Shahrin mendekatkan badanya pada Hania. Rapat sehingga bantal golek yang berada di tengah-tengah antara mereka sudah terhenyak rapat ke tubuh Hania.
Tanpa berfikir panjang, Hania menarik gebar menutup seluruh tubuhnya hingga ke kepala. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia menunggu gebar tersebut ditarik Shahrin. Dia sudah pasrah seandaikan dia akan ‘tewas’ malam ini. Beberapa minit telah berlalu tetapi kenapa Shahrin tidak bertindak? Tiba-tiba telinganya menangkap suara orang ketawa. Hania bertambah hairan. Kenapa pula Shahrin ketawa?
            Tanpa menunggu barang seminit, Hania menurunkan gebar. Jelas di depan matanya Shahrin sedang ketawa sambil menekan perut. Lelaki itu sudah berbaring di tempatnya. Kejap! Shahrin ketawakan dia? Maksudnya…?
            “Awak main-mainkan saya, ya?” Matanya sudah dibuntangkan pada Shahrin. Hidup-hidup dia kena tipu dengan lelaki itu! Memalukan!
            Shahrin membalas renungan tajam Hania. Ketawanya sudah berhenti. Senyuman di bibirnya juga sudah hilang dari bibirnya. Lama dia membalas renungan gadis itu sehingga Hania terpaksa mengalah.
            Tidak betah untuk membalas renungan Shahrin kerana lelaki itu mempunyai renungan yang tajam. Tidak mustahil kalau hatinya tembus akibat renungan tajam itu.
            “Dahlah, jom tidur. Esok saya nak kerja,” ujar Shahrin selamba sambil membetulkan pembaringanya dan terus tidur. Lansung tiada rasa bersalah.

            Hania terlopong! Aik..dia ni betul ke tak??

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget