Monday, 3 November 2014

Bab 5 : MAIN-MAIN CINTA - HANA EFRIENA



            KERTAS ujian di tangan aku pandang dengan rasa tak percaya. Biar betul ni? Aku gosok mata beberapa kali. Masih tak percaya.
         “Zia, kau dapat berapa?” Qalsum cuit bahu aku dari belakang. Aku menoleh. Kertas ujian yang baru diserahkan oleh Raed Zayaz aku sorok ke bawah.
        Aku senyum.
        “Kau dapat berapa?”
        “Alhamdulillah, lulus. Kau tentu lagi tinggi kan? Budak pandai kut.” Qalsum senyum. Aku mulalah rasa nak menangis.
        Err... Qay, aku ada hal kejap.” Aku capai beg sandang dengan tergesa-gesa. Cuba mengelak daripada terus diasak soalan sama oleh Qalsum.
        Kalau aku bagitahu markah ujian aku pun, tentu Qalsum takkan percaya. Buat pertama kalinya dalam hidup aku. Aku... tak lulus ujian?
        Air mata mula rasa nak menitik. Soal pelajaran memang penting dalam hidup aku. Sebelum Raed Zayaz ambil alih tugas menggantikan kelas aku, tak pernah-pernah aku dapat markah seciput ini.
         
            Sabda Rasulullah SAW :
            ‘Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang ke lima, yang dengan sebabnya kau akan binasa.’
             
        “Zia!” Qalsum jerit nama aku bila aku dah mula melangkah.
        Aku cuma sekadar lambai tangan padanya. Langsung tak menoleh kerana aku bimbang dia akan mengesan perubahan wajahku.
         
        
         
KERTAS ujian aku hulur padanya. Dia mendongak pandang aku. Wajah aku tak usah cerita. Dah masam macam cuka. Aku rasa tak. Cuka pun boleh kalah dengan aku kali ni.
        “Ada apa?” Dia letak pen yang berada di tangan ke bawah.
        “Kenapa saya tak lulus?” Aku soal dia. Namun, nada masih terkawal.
        Senyuman sinis terukir di bibirnya.
        “You tanya I kenapa you tak lulus, Thahirah?” Dia seakan mengejek aku dengan tayang memek muka sebegitu.
        “Saya tak pernah dapat markah macam ni. Tak lulus, Dr. Raed. Saya dah ulangkaji sampai waktu tidur saya pun saya korbankan.”
        “Thahirah, tak pernah tak bermakna selama-lamanya you akan selalu dapat markah tinggi.” Dia masih dengan suara dinginnya.
        “Dr. Raed sengaja nak balas dendam kan?” Tanpa bisa ditahan-tahan, aku dah lancar menuduhnya.
        Dia nampak terkejut. Rahang dia pun aku nampak dah bergerak-gerak. Tanda dia bengangkan aku.
        “You sedang menuduh I? Untuk sekali lagi, Thahirah?” Sebal saja suaranya menyentuh halwa telinga
         
            ‘Dan orang-orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan yang beriman, dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat atau sesuatu kesalahan yang tidak dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.’ (Surah Al-Ahzab, 33; Ayat 58)
             
        Aku terkaku.
        “Raed... jom lunch.” Suara Mr. Rayden yang tiba-tiba menjenguk dari meja sebelah buat kami berdua sama-sama menoleh.
        Oh... Zia ada,” ungkap Mr. Rayden. Wajah Raed dipandang sebelum Mr. Rayden tayang senyum kelat.
        Maybe next time.” Mr. Rayden sengih lalu perlahan-lahan berlalu dari tempat kami berdua.
         “Rayden!” Aku dengan suara Raed melaung. Mr. Rayden yang baru beberapa tapak kembali menjenguk.
        “Apa, bro?” soal Mr. Rayden.
        “Bagi aku masa kejap,” ucap Raed serius.
        Huh?”
        “Tunggu aku. Tak manis aku dengan Thahirah saja dekat dalam ni. Boleh kan?” tutur dia sekaligus hendak memahamkan Mr. Rayden.
        Aku hanya pandang wajah Raed. Mulalah aku rasa dia ni tak seteruk yang dituduh Qalsum. Eh, ya ke? Atau dia sekadar menjaga kredibiliti dia sebagai seorang pensyarah?
        “Boleh. Aku tunggu dekat meja aku,” akur Mr. Rayden. Raed ukir senyum kelegaan.
        “Sepuluh minit, Thahirah.” Dia bersuara tegas sambil kembali memandang aku. Dahi aku berlapis.
        “Apa yang sepuluh minit?
        “Sepuluh minit I bagi you masa untuk you jelaskan semua dan minta maaf pada I.” Masih tiada senyuman pada wajahnya.
        “Buat apa saya nak minta maaf?”
        “Shazia Thahirah!” gumam suara dia agak keras.
        Wajah putih dia, aku nampak dah bertukar merah. Ah, spesis Qalsum juga rupanya. Asal marah aje, muka mesti nak bertukar warna.
        “Kali pertama I jumpa dengan pelajar seberani you.” Dia seakan menggumam. Tapi, aku tak dapat tangkap pula kata-katanya.
        “Apa dia?”
        Proceed, Thahirah.” Dia mengelak.
        “Dr. Raed memang sengaja potong markah saya kan? Macam saya tak tahu, pensyarah bila ada tak puas hati dengan pelajar, asyik-asyik nak kenakan pelajar tu melalui markah ujian.”
        Dah dia suruh aku teruskan, aku pun memang tak naklah lepas peluang. Terus saja aku luahkan apa yang terbuku dekat dalam.
        Oh, god! Thahirah. You ni kenapa?” Suara dia naik satu oktaf.
        “Saya cakap benda betul.”
        “Tak ada pensyarah yang sanggup buat pelajar dia macam tu. Seorang pensyarah tu adalah pendidik, Thahirah. Bila tugas mendidik, dia harus jadi role model. You pernah tak fikir kata-kata you tu seakan menuduh sesuatu yang tak pasti? You ada bukti ke?” sembur dia sehinggakan lidah aku terkelu.
        “Habis tu.”
        “Habis tu, kenapa markah you macam tu?” Dia pintas aku laju. Aku jatuhkan kepala perlahan-lahan.
         “Itu sebab salah you sendiri. Kecuaian you sendiri,” bidas dia. Aku dah tegakkan tubuh.
        “You comparekan tak jawapan you dengan jawapan pelajar lain yang dapat markah penuh?” soal dia serius. Aku tercengang.
        Err...”
        “I tahu jawapannya, tak. Dan you terus melulu datang tuduh I sebab you yakin you takkan pernah dapat markah seteruk tu kan?”
        “Saya...”
        “Terlalu yakin pun tak bagus, Thahirah. Sebab bila you terlalu yakin, you takkan mengaku salah sendiri. You tengok ni dan I nak you bandingkan sendiri jawapan you.” Sekali lagi, dia tak bagi aku peluang nak bercakap.
        “Saya tak faham.”
        “Ini kertas ujian kelas lain yang I dah siap tanda. Rozy dapat markah penuh. You tengok sendiri dan cari sendiri salah you. Sepuluh minit dah habis, Thahirah. Kalau you dah jumpa salah you, you boleh cari I untuk minta maaf. Or else...” Dia merenungku lama.
        Mulalah aku berdebar-debar. Jangan cakap dia nak bawa aku ke Lembaga Tatatertib pula. Itu pun kalau bagi dia, aku memang sedang berkurang ajar. Tapi, bukan ke?
        Hmm... aku sendiri tak faham kenapa aku perlu emosional kalau sesuatu yang melibatkan Raed Zayaz.
        Or else... what?” Berpura-pura berani aku soal dia. Dia senyum sinis.
        “I takkan bagitahu jawapan tu sekarang, Thahirah.”
        “Dr. Raed boleh tak jangan cakap tersangkut-sangkut macam tu?” Tertekan aku dibuatnya. Mujurlah nada aku masih lembut.
        “Bukan ke you budak pandai? Jadi, lengkapkan sendiri ayat I tadi.” Dia masih memerli aku.
        “Dr. Raed takkan bawa saya ke Lembaga Tatatertib kan?” Polos soalan aku meluncur. Dia senyum segaris.
        “Kenapa? Dah mula takut kalau you sedang tersilap menuduh?” Dia hentam aku balik. Aku mulalah hilang kosa kata nak menjawab.
         Rasanya tebakan dia tu agak benar. Aku... dah mula rasa cuak. Rekod disiplin aku selama ni bersih saja. Takkan sebab isu sekecil ini, dia sanggup heret aku masuk court? Aku mula penasaran.
        “Dr. Raed takkan buat macam tu kan?” Dek rasa bimbang, aku soal dia lagi sekali. Sedikit takut-takut.
        “Rayden... jom!” Dia abaikan soalan aku. Sebaliknya dia sibuk pula mengajak Mr. Rayden. Aku ketap gigi. Sakit hati.
        “Dr. Raed...” Aku takkan puas hati selagi dia tak habiskan ayat dia.
        “Nak join I lunch ke?” soal dia selamba. Tapi, ton dia jelas menyindir.
        Aku terkelu bila Mr. Rayden turut memerhatikan aku. Bagaikan turut menunggu jawapan aku.
        Lunch sekali? Gila. Mahu gegar kafeteria tu nanti. Dahlah dua orang jejaka ni antara pensyarah muda yang famous dekat kampus.
        “Tak.” Aku geleng perlahan. Dia tarik senyum senget lalu terus pergi meninggalkan aku sendirian berdiri tegak di hadapan mejanya.
        Aku terduduk di atas kerusi. Wajahku raup lemah lalu tangan menjalar perlahan mencapai kertas ujian milik Rozy. Baru aku nak bawa kertas tu keluar, satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit aku.
         
            Dah siap semak, tolong pulangkan balik. I jumpa you dekat rumah ibu malam ni. – Dr. Raed
             
         Rumah ibu? Bila masa aku cakap nak pergi rumah Puan Najjah pula ni? Kepala yang bertudung aku garu dengan jemari. Keliru!


1 comment:

There was an error in this gadget