Friday, 3 January 2014

Jangan Benci Cintaku : Bab 5, 6 & 7

BAB 5


            LAMA Shahrizal duduk di dalam kereta. Rumah di depan mata masih terang bercahaya. Masih awal lagi ni, pasti Rafeeqa masih belum tidur. Tahu-tahu saja Rafeeqa buat apa kalau tak ada kerja nak dibuat, duduk bertapa di depan tv sampai tertidur. Tak juga dia sibuk bertanya bila Rafeeqa nak cari kerja sebab Rafeeqa baru saja habis belajar.
            Teruk dia kena ‘sound’ dengan Azwan sepanjang hari ni tadi. Azwan hentam dengan ayat yang macam-macam sampai telinga nak tercabut.
            ‘Dah ada bini tu, jangan nak pasang sayap lebih pulak. Dari awal lagi aku dah bagitau, jangan cuba main kayu tiga tapi kau tak dengar. Sekarang siapa yang teruk kena? Ya, memang Fika pernah buat salah tapi itu hal lama. Sekarang patutnya kau hargai dia, dia dah balik dah pun. Kau nak berkepit 24 jam dengan Fika pun tak ada hal. Tapi nak jugak kau berkepit denga Husna. Heran aku.’
            Tertampar dengan kata-kata Azwan sebab ada betulnya. Nak buat macam mana kalau hati dah terpaut pada Husna? Kalau bukan sebab Rafeeqa tak pergi jauh, takkan wujud alkisah ‘cinta beralih arah’ di antara mereka berdua macam sekarang.
            Ceh! Confident siot kata hati dah tak ada Rafeeqa.
            Yang jantung bergetar setiap kali berdampingan dengan Rafeeqa apa cerita?
            Lambat-lambat Shahrizal keluar dari perut kereta. Tak pedulikan soalan-soalan yang menerjah minda. Masuk ke dalam rumah, Rafeeqa sedang duduk di ruang tamu dengan tv yang terpasang.
            “Hi. I’m home.”
            “Hi.”
Rafeeqa langsung tak menoleh. Mata masih tertacap pada skrin tv. Elok saja dia duduk di atas permaidani di depan meja kaca.
            Shahrizal terpaku sesaat di tepi sofa. Melihat Rafeeqa menikmati tosai di atas pinggan, rasa bersalahnya semakin menebal.
            ‘Aku jumpa Fika kat lobi. Aku rasa dia nak makan dengan kau sebab nampak dia pegang plastik. Dia tapau makanan kot. Tapi reversed balik bila tengok kau dengan Husna.’
            “Dah makan?” Rafeeqa bertanya sopan, buat Shahrizal tersedar dari lamunan.
            “Dah, dengan Azwan tadi.”
            Rafeeqa tunduk memandang tosai yang masih berbaki separuh di atas pinggan. Tadi dia telefon Azwan bertanyakan Shahrizal bila dah pukul 9 malam pun masih tak balik lagi, Azwan kata pergi dinner dengan Husna. Pertama kali ditipu Shahrizal begini buat hati Rafeeqa remuk.
            Say no lies, dear Shah.
            Shahrizal mengambil tempat di sofa, betul-betul di belakang Rafeeqa yang duduk bersila di atas permaidani. Tosai kegemaran. Inilah agaknya makanan yang ditapau Rafeeqa untuknya siang tadi.
            “Berapa banyak tosai awak makan?”
            “Dua.”
            Damn! Shahrizal meraup wajahnya.
Sorry, Rafeeqa!
 Namun ucapan maaf hanya sekadar di dalam hati. Sah satu sebenarnya untuk dia.
            “Jangan makan banyak sangat. Nanti berat makin naik, semalam hampir tak larat nak angkat awak masuk bilik.” Shahrizal cuba hidupkan suasana ceria. Pada masa yang sama nak tepis rasa bersalah yang semakin menebal di hati.
            Takpe, esok boleh jogging bagi berat turun balik.” Mono suara Rafeeqa. Disuapnya  tosai ke dalam mulut.
Mana perginya rutin diet yang ‘say no to fatty foods’?
Dia tak kisah nak makan berapa keping sekalipun, esok lusa jogging 5km pun dia sanggup untuk membakar lemak hasil santapan tosai. Makan banyak-banyak ni pun adalah terapi untuk diri sendiri juga. Bila bersedih, makan. Bila tak gembira, makan. Makan dan makan lagi.
            Shahrizal terdiam. Tangan naik mengurut belakang leher sebelum dia turun dari sofa dan menyertai Rafeeqa di atas permaidani.
            “What did you do the whole day?” Shahrizal pandang wajah Rafeeqa.
            “Jalan-jalan dengan Damia.”
            “Pergi mana?” Nak tanya direct sangat pasal Rafeeqa ada datang ke pejabatnya, tak boleh jadi jugak. Jadi kena tanya dengan gaya tersirat sedikit.
            “Window shopping. I forgot that KL is not Europe, so nothing attracts me here.” Bunyi macam sombong semacam walaupun Rafeeqa tak bermaksud begitu sebenarnya. Dah tak ada modal nak kelentong, nak berterus-terang pula dia tak nak.
            Pasal akuarium tu, esok lusa saja dia bagitau. Lagipun dah maklumkan pada tuan kedai supaya menghantar akuarium ke sini esok. Tak payah minta kebenaran Shahrizal sebab mesti Shahrizal tak setuju. Angkut masuk dulu supaya Shahrizal tak dapat nak berbuat apa-apa.
            Shahrizal masih tatap wajah Rafeeqa. Dalam tenang Rafeeqa, dia tahu Rafeeqa kecewa. Dalam sikap selamba Rafeeqa, dia tahu Rafeeqa berkecil hati padanya. Malah Rafeeqa sekarang dah tak sama dengan Rafeeqa yang dulu. Dulu Rafeeqa kompelin banyak, kaku dan tak mesra. Rafeeqa yang sekarang pula lebih selamba, manja dan matang. Bab manja dia cuak sedikit sebab Rafeeqa tak pernah main stok  yang terlebih‘geli-geli’ dengan dia selama ini.
            “That’s all?” Shahrizal tak puas hati.
            Rafeeqa toleh ke sisi. Shahrizal masih menatapnya.
            “Nak ke?”
 Rafeeqa mempelawa dengan tosai yang masih berbaki. Tengok dia macam mengidam nak makan, kot Shahrizal malu nak minta.
            Shahrizal geleng kepala. Dia bersandar pada sofa di belakang dan melunjurkan kakinya di atas permaidani. Tali leher yang dilonggarkan dari tadi dibuka ikatannya. Rafeeqa tukar topik bermaksud Rafeeqa hanya nak pendamkan saja alkisah tosai.
            “You didn’t lie to me but you didn’t tell me the whole thing,” kata Shahrizal.
 Awak tak bagitau yang awak datang ke pejabat saya, Rafeeqa.
            Rafeeqa tergelak kecil. Cermin dulu diri sendiri tu sebelum memandai nak ‘smash’ cara halus wahai Shahrizal.
            “You didn’t tell me the whole thing too, Shah.”
            And you lied to me...awak tak bagitau yang awak makan malam dengan Husna.

            “HOT chocolate.”
            Shahrizal yang duduk di atas buaian mendongak bila disapa. Rafeeqa muncul dengan dua biji mug di tangan dan diletakkan di atas meja. Tubuh Shahrizal ditolak sedikit, memberi ruang padanya untuk mengambil tempat di sebelah.
            “Tak sejuk ke duduk sini?” Rafeeqa bertanya. Robe yang tersarung di badan dikemaskan lagi bila tiupan angin terasa sedikit kuat. Mungkin malam ini akan hujan lagi.
            “Lepak kejap, mata tak ngantuk lagi.”
            “Tak ada match malam ni?”
            “Nope.”
            Suasana diam. Masing-masing tak ada topik nak dibawa berbincang. Kedua-duanya hanya mendongak memandang langit. Tak ada bintang, yang ada cuma bulan yang mengambang.
            “Are we looking at same moon?”
            Soalan Rafeeqa buat Shahrizal tergelak. Soalan pekebende di malam hari Rafeeqa. Tangan kanannya disandarkan pada belakang kerusi, mengenai bahu kanan Rafeeqa.
            “Kenapa? Ada berapa bijik bulan yang awak nampak?”
            Giliran Rafeeqa pula tergelak. Mug dicapai dan dihirupnya perlahan.
            “Masa kat Sunderland dulu, tahu tak saya buat apa kalau rindu awak?”
            Mata kedua-duanya bertaupan. Shahrizal geleng kepala. Rafeeqa pandai rindukan dia? Oh okey, satu perkara yang dia baru tahu.
            “Clubbing?” teka Shahrizal. Yang dia tahu cara hidup Rafeeqa sangatlah ke arah barat, sikit-sikit nak clubbing. Sikit-sikit nak high. Sikit-sikit nak enjoy.
            Rafeeqa tergelak lagi. Ni soalan ke atau sedang dalam sarcastic mode?
            “Saya menyanyi sambil tengok bulan dan berfikir, adakah kita tengok bulan yang sama?”
            Kiranya dia macam kes pungguk rindukan bulan. Tapi Damia kata baik jangan jadi pungguk, buang masa aje. Jadi lah yang lebih advanced sedikit, macam perigi mencari timba. Ala, Damia kata tak salah pun jadi perigi kalau timba yang dicari adalah suami sendiri yang dah lama tak datang menjenguk ketika itu.
            Shahrizal tersenyum.  Comel aje perangai. Biasanya diva macam Rafeeqa mana nak serabutkan otak berfikir tentang soal hati dan perasaan.
            “Lagu apa awak nyanyi?”
            “Banyak macam. Saya dah pandai main gitar, belajar dengan Rocky. Sekarang dah setanding dengan Simple Plan. Belikan saya guitar, pleaseeee. Nanti saya nyanyikan untuk awak.”
            Terhambur ketawa Shahrizal. Tangan kanan menepuk lembut bahu Rafeeqa. Terhibur pula dengan gaya Rafeeqa yang manja dengan mata kelip-kelip macam Puss in Boots. Ye la, Rafeeqa mana pernah macam ni dulu.
            “Rocky apa khabar?” tanya Shahrizal.
Rocky budak dari Ireland yang menjadi jiran sebelah apartment Rafeeqa dulu Shahrizal langsung tak berkenan. Bila Rafeeqa perkenalkan padanya, Shahrizal pandang dari atas sampai bawah. Rambut serabai macam Kid Rock, seluar jeans koyak rabak macam digigit anjing. Rantai leher yang beratnya macam 5 kilo tergantung di leher. Macam pro-Metallica. Risau bila Rafeeqa dan Damia berjiran dengan manusia pelik begitu tapi Rafeeqa selamba kata ‘Jangan mudah menilai orang hanya dari luaran, Shah. Rocky tu budak baik’.
“Okey aje. Sihat. Getting married by the end of this year.
Bulat mata Shahrizal. Seriously? Lelaki yang gaya dia macam tak ada hala tuju hidup macam tu pun ada perempuan nak ke?
“Stop it, Shah. I know that look.” Rafeeqa menjeling.
Shahrizal suka sangat menilai orang hanya berdasarkan pada luaran. Rocky tu baik hati okey. Nampak aje ‘aduhai’ tapi hati Rocky bersih.
Shahrizal menghirup hot chocolate yang sudah sedikit suam. Dah lama tak merasa minuman yang dibancuh Rafeeqa. Dulu Rafeeqa pantang disuruh sedikit, nak buatkan minuman pun liat. Sekarang tak payah minta pun dah terhidang elok di depan mata.
“Husna tu, sejak bila awak kenal dia?”
Hoyeah! Soalan yang buat Rafeeqa macam nak cekik diri sendiri tapi ditanya juga pada Shahrizal.
“Dah berapa lama saya tak jenguk awak? Tak contact awak?” Shahrizal tenung wajah Rafeeqa di sebelah.
“Almost a year.”
“That’s how long I’ve known her.”
Rafeeqa telan liur. Mata mendongak semula memandang bulan. Andai masa boleh diputar semula, dia takkan tinggalkan Shahrizal di sini. Sekarang dia rasa kehilangan. Nak digapainya semula cinta Shahrizal dia tak yakin walaupun tengah hari tadi disumbat dengan kata-kata semangat oleh Damia.
“She must be a very nice girl.” Rafeeqa meneka.                         

Guys will fall in love with nice girls. Not a fashionista, not even a diva but a nice girl.

Shahrizal tersenyum dan angguk kepala. Tak patut membandingkan isteri sendiri dengan perempuan lain, tapi serius Husna jauh lebih baik dari Rafeeqa dari semua segi. Rafeeqa? Duh! Kenapalah Daddy boleh pilih perempuan macam Rafeeqa untuk dibuat menantu dulu?
Again, go against your heart is worse, bro.
“Irwan apa khabar? Masih menempel lagi ke?” tanya Shahrizal.
 Shahrizal tak pernah lupa Irwan yang otak tak berapa betul tu. Sepupu Rafeeqa yang menyimpan hati pada isteri sejak zaman dinasour lagi. Sewaktu perkahwinan mereka berdua, bukan main Irwan frust, sampai nak tegur dia pun Irwan tak nak. Tapi kecewa Irwan tu tak lama bila menyambung belajar bersama Rafeeqa dan Damia di Sunderland. Nak cucuk jarum walaupun Rafeeqa dah bergelar isteri.
Dulu memang dia marah dan takkan biarkan sesekali Irwan mengorat isteri tersayang. Tapi kalau sekarang, rasanya dia dah tak kisah sebab akan tiba juga masa dia akan lepaskan Rafeeqa.
“Sihat. He eats well, sleeps well, lives well,” jawab Rafeeqa.
Dalam banyak-banyak manusia, Irwan adalah spesis lelaki yang buat dia rimas. Ke hulu ke hilir semua pun Irwan nak temankan. Tapi kalau fikir baik-baik, Irwan taklah seteruk mana pun. Susah senang dia Irwan sentiasa ada untuk jadi back-up plan. Maklumlah, tinggal di negara orang macam-macam boleh jadi.
Shahrizal tergelak kecil. Mestilah semua pun ‘well’ sebab di Sunderland dah puas menempel dengan Rafeeqa. Dulu dia cemburu tapi sekarang? Nahhh...tak cemburu punya.
Jangan confident sangat, bro.
“Shah..”
“Hmm..”
Rafeeqa berpusing menghadap Shahrizal. Mata menatap wajah suami lama.
“Saya...” Rafeeqa tarik nafas dalam. Dia tak pandai menyusun ayat untuk meluahkan isi hati.
Selama lima tahun Shahrizal bergelar suami, mana pernah dia ungkapkan kata cinta pada Shahrizal. Sayangnya pada Shahrizal selama ini hanyalah tak lebih daripada seorang lelaki yang dianggap teman dan menjaga segala keperluannya. Tak pernah Shahrizal dianggap sebagai suami dan perasaan cinta tak pernah wujud untuk Shahrizal.
Namun saat Shahrizal ‘hilang’ dari dunianya membuatkan Rafeeqa tersedar. Shahrizal sebenarnya dicintai sepenuh hati. Lelaki yang hanya dianggapnya sebagai teman sebenarnya adalah selayaknya dianggap sebagai seorang suami. Ni kata orang, bila masih ada tak pernah dihargai tapi bila dah hilang baru nak mencari. Memang padan dengan muka sendiri.
“What?”
“Err..saya..”
“Rafeeqa.” Berkerut kening Shahrizal.
“Saya...saya nak tidur.” Apa kes Rafeeqa keluar dengan  statement pelik.
Saya cintakan awak, Shah. Ayat yang hanya sekadar disebut di dalam hati sahaja.
Shahrizal mengukir senyum segaris. Nak minta kena dodoi lagi la ni.
“Come.”
Lengan Rafeeqa ditarik masuk ke dalam bilik. Pintu lungsur balkoni ditutup dan dikunci. Mug di tangan kedua-duanya diletakkan di atas meja.
“Malam ni tak nak tidur bilik sebelah ke? Atau nak jadi tukang jaga pintu?” Shahrizal tersengih.
Rafeeqa bagi jelingan tajam. Menyindir nampak. Robe yang tersarung di tubuh dibuka dan disangkutkan di penyangkut baju. Bulat mata Shahrizal.
“Again?”
“Fesyen macam ni aje yang saya ada.” Rafeeqa selamba memanjat katil.
Nak suruh dia pakai pajamas? Sorry!
Nak suruh dia pakai baju kelawar? Lagi lah sorry!
Shahrizal tarik nafas dalam sebelum menyertai Rafeeqa di atas katil.
“Kalau saya terkam nanti jangan...”
“Tak salah, macam tak biasa terkam saya.”
Fuh! Shahrizal menahan rasa. Selamba Rafeeqa ni namun tak lama kemudian dia tersenyum. Rafeeqa. Rafeeqa. Terhibur juga dia dengan telatah isteri yang comel dan selamba. Kepala Rafeeqa yang berbantalkan lengannya dibelai Shahrizal lembut. Sesekali tangan menepuk perlahan belakang isteri. Lagi kejap pasti Rafeeqa akan tertidur.
“Shah.”
“Hmm..”
“Tahu tak saya rindu awak bila awak dah tak contact saya?”
Shahrizal diam. Dia tak pernah tahu, baru saja tahu bila Rafeeqa mengaku di balkoni tadi. Yang dia tahu, hati Rafeeqa keras untuk suami sendiri.
“Masa tu saya memang dah agak awak dah ada yang lain,” sambung Rafeeqa.
Shahrizal sekadar mendengar. Tangan masih membelai dan menepuk belakang isteri. Mata terkebil-kebil memandang siling.
“Masa tu, tau tak saya cakap apa kat bulan? Hoping that you will hear me.”
“Awak cakap apa kat bulan?”
Rafeeqa tak menjawab. Dibiarkan saja luahan hati tergantung di situ. Pelukan di pinggang suami dieratkan lagi. Matanya tertutup perlahan-lahan. Berasa tenang dan selamat bila berada di dalam pelukan yang dia rindu setelah sekian lama.
Please don’t be in love with someone else. That’s what I’ve been telling the moon, Shah. Hoping that you will hear me...dan hakikatnya, Shahrizal tak dengar sebab Shahrizal sudah jatuh cinta pada yang lain.
Bila dengkuran halus Rafeeqa mula kedengaran, belaian Shahrizal terhenti. Nak tidurkan Rafeeqa memang tak susah. Bila dia mahu bangun semula untuk membuat kerja, tangan Rafeeqa yang masih memeluknya dialihkan perlahan.
“Please don’t go.” Rafeeqa bercakap dalam separuh sedar, buat Shahrizal tak jadi bangun.
“Shhh...sleep darling, sleep.” Belakang Rafeeqa ditepuk lagi seperti tadi. Shahrizal tak sedar menuturkan ayat yang dia selalu gunakan untuk dodoikan Rafeeqa dulu.
Nampak gaya kerja yang tertangguh di pejabat tadi takkan siap malam ni. Temankan Rafeeqa sampai ke pagi. Dalam hati dah mula tertanya sendiri. Yakinkah diri yang Rafeeqa tak cinta? Yakinkah diri yang Rafeeqa tak kisah?
Sorry, dear Rafeeqa. If we’re meant to be together till the end, then we will. If we don’t, then we don’t.




BAB 6
           

            HUSNA menyuapkan aiskrim ke dalam mulut. Dipandangnya sang kekasih di depan mata, hati dihiasi rama-rama. Namun bila dipandangnya Azwan di sebelah kekasih hati, rama-rama terbang lari.
            Tiang traffic light.
            Tiang lampu.
            Padan untuk menggambarkan Azwan yang tiba-tiba muncul di dalam sesi ‘dating’ dia dan Shahrizal. Niat mengajak Shahrizal makan aiskrim Tutti Frutti sebab nak main suap-suap. Tapi kalau dah ada tiang lampau aka tiang traffic light pun menyibuk sekali, suap diri sendiri ajelah jadinya.
            “Shah...”
            “Nak lagi ke?”
            Husna geleng kepala dan tersengih. Suka sangat kalau Shahrizal beri perhatian lebih begini. Walaupun setiap hari berjumpa, tapi perasaan rindu tak pernah terlerai. Padan sangatlah Shahrizal ajak berkahwin, boleh berkepit 24 jam.
            Kita kahwin cepat. Itu kata Shahrizal. Tapi itu rancangan dulu, masa isteri Shahrizal belum balik ke Malaysia lagi. Sekarang? Shahrizal kata tangguhkan dulu, biar hal rumahtangga settle cara baik. Settle cara baik okey lagi, tapi jangan sampai jatuh hati semula pada isteri yang Shahrizal.
            “Shah..”
            “Hmm..” Shahrizal angkat muka. Sempat hujung bibir Husna dilap dengan tisu, makan aiskrim pun macam budak kecil.
            Azwan di sebelah rasa meluat. Dah ada isteri tapi lovey dovey dengan perempuan lain apa cerita, bro?
            “Husna nak perfume Elizabeth Arden, yang limited edition punya. 5th Avenue NYC.”
            Shahrizal tersenyum. Baki aiskrim dihabiskan dan bersandar pada belakang kerusi.
            “As you wish, dear.”
            Ceh! Azwan rasa macam nak muntah hijau.  Dengan Husna bukan main sedap mulut, panggilan ‘Shah’ dan ‘Husna’. Tak pun ‘dear’ atau ‘sayang’. Dengan Rafeeqa setakat ‘awak’ dan ‘saya’. Shahrizal ni dah mabuk laut kot sampai angau sangat dengan Husna. Ni sekarang terang-terang Husna tengah ‘hisap’ duit sikit pun Shahrizal tak sedar.
            Tak padan berbaju kurung dan berselendang di kepala. Selendang main belit-belit macam bungkus nasi lemak mana manis. Lainlah kalau lilit elok-elok macam tudung bawal ke. Lagi satu, gaya Husna yang manja sangatlah tak bertempat. Sengaja panggil Shahrizal dengan lenggok suara  yang dibuat-buat, geli Azwan.
            Entah apalah yang baiknya Husna di mata Shahrizal...
            Bro, jangan lupa nanti Fika minta ambilkan dekat Alamanda.”

            Potong stim?
            You don’t say!

            Memang pun. Sengaja Azwan mengingatkan Shahrizal tentang plan yang sepatutnya petang nanti. Jangan pula nak melencong temankan Husna pergi cari perfume apa entah.
            Shahrizal tersedak air liur sendiri.
            Muka Husna bertukar cemberut.
            “At what time?” Shahrizal toleh Azwan di sebelah. Buat-buat lupa.
            Around 6, after your working hours. In fact, dia ajak kau dinner sekali. Tak ingat ke?”
            Azwan buat tak layan bila Husna di depan bagi pandangan maut. Lantaklah, dia jadi tiang lampu ni pun sebab sengaja nak mengganggu temujanji Shahrizal dan Husna. Apalah sangat kesalahan dia yang setakat mengganggu pasangan kekasih, berbanding Husna yang mengganggu pasangan suami isteri.
            “Shah, dia masih contact Shah lagi ke?” Husna mengelap mulut dengan tisu.
            Tak banyak yang dia tahu tentang isteri Shahrizal sebenarnya. Setakat tahu nama dan tempat belajar, itu saja. Tinggal kat mana, tengah buat apa sekarang. Semua tu dia tak pernah tanya.
            “Masih. So-so.”
            Shahrizal terpaksa menipu. Husna tak tahu yang dia dan Rafeeqa masih tinggal sebumbung. Pelan-pelan, ada masa yang sesuai nanti dia akan terangkan pada Husna.
            Azwan di sebelah tersenyum sinis. Pandai buat pandailah cover. Dah beribu kali dia ingatkan supaya jangan main kayu tiga, tapi Shahrizal tak dengar. Jangan lidah berbelit sebab terpaksa bagi alasan yang berbelit-belit sudah.
            Dia kasihankan Rafeeqa. Ikut logik, isteri mana yang masih cool macam Rafeeqa kalau suami nak ceraikan dan ada pengganti baru? Bukan cerai-berai tu perkara baik pun. Dari luaran, gaya Rafeeqa tampak ‘I will survive!’ tapi di dalam hati Rafeeqa kut sebenarnya ‘I’m so wanna die’.
            Shahrizal patutnya fikirkan semula. Selama ni elok aje rumahtangga dia dan Rafeeqa tapi bila Husna muncul, Rafeeqa ditolak tepi. Kalau nak disenaraikan segala salah Rafeeqa yang lama, tak adalah seteruk mana pun. Lagipun Rafeeqa masih mentah, biasalah tu bila perangai sesekali macam keluar tanduk di kepala. Pula, Rafeeqa pergi jauh untuk belajar. Bukannya nak bertapa untuk transform jadi Lady Gaga. Dan yang sebetulnya, Shahrizal patut bimbing Rafeeqa supaya menjadi isteri yang baik dan diingini, bukannya main cerai-berai.
            “Wan.”
            Lamunan Azwan terhenti, Shahrizal memandangnya dengan dahi berkerut.
            “Dengar tak ni?”
            “Apa dia?”
            “Kau balik pejabat sendiri, nah kunci kereta. Aku temankan Husna cari perfume kejap.”
            Bro, dah dekat jam 5 ni. Fika minta ambikkan dan dinner sekali, remember?” Azwan mengingatkan sekali lagi.
            “Kalau tak sempat, kau temankan Rafeeqa.”
            Bahu Azwan ditepuk Shahrizal perlahan. Selamba saja meninggalkan teman baiknya di Tutti Frutti. Azwan melepaskan keluhan. Kunci kereta Shahrizal dipandang kosong. Macam tak ada guna saja dia jadi tiang lampu hari ini, rancangan Shahrizal dan Husna tetap ‘jalan’. Lagi sakit hati bila Husna tayang senyuman sinis. Kalau dah Shahrizal berpesan begitu, bermaksud soal mengambil Rafeeqa diserahkan 100% padanya.
            Laju Azwan menghantar WhatsApp ke nombor Rafeeqa.

            Azwan : Fika, where are you at? Alamanda ke?
            Rafeeqa : Yup. Why? Nak join kami dinner? Boleh aje.

            Azwan terdiam. Kasihan pada Rafeeqa. Dalam keadaan serba salah, terpaksa juga dia berterus-terang.

            Azwan : Shah busy, I will come and fetch you.
            Rafeeqa : La..ye ke? Okay. Will wait for you then.

            Lama Azwan merenung skrin telefon. Okey Rafeeqa tu sebenarnya tak okey. Dalam otak masih ligat berfikir macam mana nak membantu menyelamatkan rumahtangga Shahrizal dan Rafeeqa. Kalaulah dia tahu Shahrizal akan beralih cinta seperti sekarang, serius dia takkan mengundur diri dulu.
            Alahai...benda lama buat apa dikenang. Dah memang dia dan Rafeeqa tak ada jodoh, nak buat macam mana.

            SHAHRIZAL kerling di sisi. Husna tayang muka merajuk. Pandang dia pun tak, dari tadi berpaling menghadap cermin tingkap.
            “Tak habis lagi dengan mogok?”
            Husna tak menjawab. Shahrizal sembunyi senyum. Pedal minyak ditekan bila lampu isyarat berwarna merah bertukar hijau. Husna merajuk sebab dia tak nak buka mulut berbincang tentang Rafeeqa. Hal di antara dia dengan Rafeeqa, tak payahlah nak libatkan Husna sekali tapi kadang-kadang sesak juga bila Husna asyik nak bertanyakan hal yang sama.
            Rafeeqa tinggal di mana sekarang?
            Bila nak ceraikan dia?
            Parents dah tahu ke?
            Hal macam tu Husna tak payah tahu. Nanti pandai-pandailah dia uruskan sendiri dengan keluarga mereka berdua. Yang penting, Rafeeqa dah tahu penghujung rumahtangga yang tinggal nak menanti belah saja lagi.
            “Husna.”
            Husna masih tak menjawab. Bila tangannya dicapai Shahrizal, ditolaknya perlahan. Kalau Shahrizal pujuk mesti dia cair, tak nak lah cair cepat sangat sedangkan baru tak lama mana pun dia merajuk.
            “Shah tak sayang Husna.”
            Kalau Shahrizal sayang, mesti Shahrizal ikut semua apa yang dia cakapkan. Berterus-terang dengan keluarga Rafeeqa. Ceraikan Rafeeqa. Kahwin dengan dia. Habis cerita. Ni tak, Shahrizal main tangguh. Nak tangguhnya sampai bila?
            Dia dan Shahrizal sama umur, 29 tahun. Tapi dia perempuan, Shahrizal lelaki. Untuk lelaki kalau solo sampai lebih 30 tahun pun ‘no hal’ kata orang, masih umph. Kalau yang dah macam dia, orang tua kata andartu nanti. Mak dan ayah pula dah bising sebab masih berkepit dengan Shahrizal tapi masih tak masuk meminang lagi. Setakat jumpa ayah cakap ‘Pakcik, saya nak kahwin dengan Husna’ mana cukup. Ayah nak ikut adat, uruskan satu persatu.
            “Laa..bukan macam tu.” Shahrizal kerling sekilas Husna di sebelah.
            “Bagi Shah masa dulu. Takkan nak nikah kat sempadan,” sambung Shahrizal. Saja nak buat lawak.
            “Hish!” Husna hentak kaki gaya budak-budak tak dapat coklat.
            Shahrizal tergelak kecil. Lengan Husna dicapai lagi, kali ini Husna biarkan saja. Hati dah cair dengan sentuhan lembut sang kekasih.
            “Do you love me?” Husna pandang Shahrizal di sebelah.
            “I do.”
            “Really love me?”
            “Really do.”
            Kembang semangkuk Husna bila soalannya dijawab dengan jawapan yang memang dia sedia tahu. Pandangannya dihalakan ke hadapan. Genggaman tangan Shahrizal dibalas.
            “I love you too.”
            Ya, dia sayangkan Shahrizal lebih daripada nyawanya sendiri. Bunyi macam ‘over’ tapi memang hati dah terpaut lama dengan Shahrizal Hayrat. Siapa yang tuduh dia perampas memang tak logik. Dia dan Shahrizal sama-sama jatuh cinta bila rumahtangga Shahrizal dah goyah. Lagipun, penyebab utama rumahtangga Shahrizal goyah adalah bukan dia tapi isteri Shahrizal sendiri...nama apa? Rafeeqa Huda.
            Lepas ni jangan salahkan dia pulak, salah Rafeeqa sendiri sebab tak pandai jaga hati suami. Andai dia Rafeeqa, dia sayang dan cinta sepenuh hati lelaki macam Shahrizal ni. Mana nak cari yang ‘perfecto’ macam Shahrizal? Tenung mata Shahrizal pun dah buat hati cair, belum lagi dengan senyuman ‘power’ yang sah buat hati dia jatuh bergolek.
            “Dia tahu Shah dah ada Husna kan?”
            “Hmm..”
            “Ha, kalau gitu lagi senang hal Shah dengan dia settle. Rasanya dia takkan terasa, dia tak sayang Shah pun macam Husna sayang Shah.”
            Shahrizal terdiam, tersentak sedikit. Yang sebetulnya, dia sendiri tak pasti hati dan perasaan Rafeeqa. Dialog ‘I love you’ memang tak pernah terpacul di bibir Rafeeqa, perasaan isteri susah untuk ditebak.

            Dia sayang kau, Shah?
            Tak kot.
            Jadi kenapa dia sedih bila kau nak kahwin lain?
            Entah.
            Dia sayang kau lah tu...
            Damn!

            Shahrizal dah naik serabut bila fikiran dan hati berperang sesama sendiri. Ya, kalau dari luaran dan tingkah laku memang Rafeeqa tampak macam tak kisah. Kalau dia nak berpisah hari ni juga pasti Rafeeqa main angguk kepala dengan muka diva. Tapi dalam hati Rafeeqa tak ada siapa yang tahu. Kot Rafeeqa sedih? Kot Rafeeqa patah hati? Kot Rafeeqa bawa diri?

            RAFFEQA menyuapkan fries ke dalam mulut. Niat nak makan malam dengan Shahrizal di Chilli’s terbatal. Bila Azwan yang datang, dia minta singgah di Burger King. Pesan Whopper Jr dengan fries, tapau balik rumah. Takkan nak duduk melepak dengan Azwan di Burger King, tak padan dah jadi isteri orang tapi duduk berdua dengan lelaki lain.
            Jam yang berbentuk aiskrim di dinding dapur dikerling Rafeeqa sekilas. Dah pukul 10 malam, bayang-bayang Shahrizal masih muncul lagi. Bercanda ria dengan Husna mana nak ingat orang rumah macam dia ni.
            Tak sedar keluhan lemah terkeluar dari bibir Rafeeqa. Burger yang masih tak bersentuh dibiarkan saja di atas meja, dah tak lalu nak makan. Ada suami tapi ‘forever alone’, makan malam sorang-sorang. Ikutkan hati memang dia rasa nak menangis tapi dia sedaya upaya menahan gelodak hati.
            Dia kan Rafeeqa yang diva!
            Kembali ke ruang tamu, Rafeeqa berbaring di atas sofa sambil menatap siling. Tertanya-tanya di dalam hati sendiri, masih adakah peluang untuk dia dan Shahrizal berbaik semula? Yang dia nampak harapan memang tak ada. Lagi satu, macam mana nak maklumkan pada kedua orang tua mereka berdua nanti? Mahu tak meletup Papa dengan Daddy. Mama dan Mummy pasti kecewa sampai lebam mata sebab menangis.
            Bila ditanya pada Azwan petang tadi tentang Shahrizal dan Husna, tak banyak yang Azwan ceritakan padanya. Husna dan Shahrizal kerja di dalam satu bangunan yang sama. Minat sama minat. Suka sama suka. Declared jadi BFGF (Boyfriend Girlfriend). Patutlah dia dibuang ke tepi. Shahrizal lebih bahagia melayari alam BFGF bersama Husna berbanding alam ‘hubby wifey’ bersama dia.
            Baru mata mahu terlelap, Rafeeqa sedikit terkejut bila pintu utama dibuka. Shahrizal muncul dengan senyuman lebar. Rafeeqa sekadar mengangkat kepala sedikit, membalas dengan senyuman nipis dan merebahkan semula kepala di atas sofa. Senyum lebar-lebar tu bukan untuk dia, tapi sebab hati Shahrizal gembira dapat bermadu kasih dengan Husna sampai ke tengah malam tanpa gangguan daripadanya. Nak ‘calling-calling’ bertanya Shahrizal di mana bla bla bla tak payahlah, sendiri kena faham.
            “Tadi makan dengan Azwan kat mana?” Kaki Rafeeqa yang berlunjur ditolak Shahrizal sedikit. Elok dia labuhkan punggung di situ walhal sofa di sebelah kosong.
            “Tak makan dengan dia pun, take away je. Tak ada selera. Sore throat.” Tanya soalan macam tak kisah isteri keluar dengan sesiapa pun.
            Shahrizal menoleh. Muka Rafeeqa tampak macam tak ada perasaan tapi nada suara tu macam patah hati. Rasa bersalah memang ada tapi Shahrizal biarkan saja.
            Sorry. Saya ada hal tadi. Ada...”
            It’s okay. Ni, saya ada hal nak bagitau ni.” Ayat Shahrizal dipintas Rafeeqa.
             Dari berbaring, Rafeeqa bangun dan duduk dengan kaki berlipat menghadap Shahrizal. Malas nak dengar Shahrizal mereka-reka cerita kata sibuk dengan kerja, macam dia tak tahu encik suami bercanda ria.
            Wait. Wait. Makan apa sampai sore throat? Chocolate overload?
            Rafeeqa tersengih, buat-buat terbatuk. Sore throat apanya, dia main kelentong sebab nak potong ayat Shahrizal.
            “Esok saya ada interview.”
            Mata mereka berdua bertaupan. Shahrizal tenang mendengar, menanti ayat seterusnya. Lima saat berlalu, Rafeeqa masih belum menyambung kata.
            “Rafeeqa.”
            Rafeeqa berdehem, buat-buat sore thorat lagi. Bab nak temuduga di mana ni payah nak bagitau, kang Shahrizal angin.
            “Kat office Uncle Jay.”
            “What?! No. No. No.”
            Dah ku agak. Kan dah meletup dah gunung berapi Shahrizal. Pantang dengar nama Uncle Jay dan Irwan encik La Tarzan ni. Rafeeqa pandang saja wajah tegang Shahrizal yang bersandar di sofa.
            “Nak interview sana buat apa? Macamlah Papa tak ada syarikat sendiri.” Shahrizal merengus.
            “Saya dah janji dengan Uncle Jay, Shah. Tolong dia kejap sementara tunggu Ila balik.” Rafeeqa bernada memujuk. Dah lama dah pun berjanji dengan Uncle Jay sebab adik Irwan tak habis belajar lagi.
            “Janji boleh dichapatilah, Rafeeqa. Cakap aje dengan Uncle Jay yang awak tak nak, dia okey punya.”
            Rafeeqa mengeluh. Payah nak berbincang dengan Shahrizal kalau dah marah macam ni. Shahrizal kan dah tak sayangkan dia lagi, buat apa nak gelabah kalau dia bekerja di bawah satu bumbung dengan Irwan sekalipun.
            Cemburu?
            Masih sayang?
            Jangan berangan, Rafeeqa!
            Hujung bantal dipintal-pintal Rafeeqa dengan jemari runcingnya. Sesekali menjeling Shahrizal yang tayang muka singa di sebelah.
            “Habis tu degree saya nak buat apa? Buat bungkus nasi lemak?” Perlahan suara Rafeeqa.
            “Rafeeqa.”
            Haish! Memang tak ada chan kalau muka singa Shahrizal berubah jadi muka Hulk berwarna hijau.
            “Dengar, Rafeeqa. Bagitau Uncle Jay awak ubah fikiran. Janji ke tak itu belakang kira. Macam tak ada tempat lain nak kerja. Susah-susah, kerja aje tempat saya.”
            “Tapi janji tu, Shah. Tak manis kalau saya mungkir janji.”
            “Just screw it, Rafeeqa. Promise is just a promise, it shall not be fulfilled if you can’t make it.”
            Rafeeqa terdiam. Mudah Shahrizal mengambil ringan, seolah-olah janji hanyalah ayat yang boleh ditarik balik begitu saja sedangkan harapan sudah diberikan pada pihak yang lagi satu.
            Rafeeqa tatap wajah Shahrizal lama. Kalau dulu Shahrizal penyabar orangnya, kini tidak lagi. Sikit-sikit nak melenting, sikit-sikit nak marah.
            Manusia berubah, Rafeeqa! Same goes to your dear hubby.
            “Janji tak semestinya ditepati pun.” Suara  Shahrizal kendur bila wajah Rafeeqa dilihatnya berubah mendung. Tak sengaja meninggikan suara tadi tapi serius dia tak setuju dengan idea Rafeeqa nak bekerja dengan Uncle Jay. Duduk lima tahun di Sunderland dengan Irwan pun tak puas lagi ke?
            Rafeeqa tunduk. Mendalam maksud ayat Shahrizal tu. Secara tak langsung buat hati Rafeeqa terguris dalam diam.
            “Bagi awak semua janji tak perlu ditepati ke?”
            “Depends.”
            “Macam mana dengan janji suci yang awak lafazkan masa akad nikah kita dulu? Tak perlu ditepati jugak ke?”
            Giliran Shahrizal pula terdiam.
            Rafeeqa tersenyum nipis.
            “I guess I know the answer, Shah.”
            Hati Rafeeqa hancur berderai.
            Shahrizal tergamam.



BAB 7


            PETANG yang tenang dan sedikit mendung. Rafeeqa duduk di tepi kolam renang, kakinya menyepak perlahan air sambil mendongak memandang langit. Badan terasa segar selepas berenang tiga pusingan di dalam kolam. Ni terapi untuk diri sendiri yang jiwa kacau sejak dia pulang ke tanah air sebab malas nak layan stress, buang masa.
            Kisah dia dan Shahrizal, di mana dan apakah penghujugnya nanti? Andai dia nujum mak belalang, itulah jawapan yang dia ingin tahu terlebih dahulu. Namun, yang tahu cuma Dia Yang Maha Kuasa. Bukan David Copperfield encik magik terunggul dunia, bukan juga nujum pak belalang zaman P. Ramlee.
            Semalamam dia makan hati, menjeruk rasa. Layan sedih seorang diri. Bila bercakap dengan Shahrizal, berat giler mulut Shahrizal nak bersembang. Tapi boleh pula bergayut di telefon dengan Husna sampai telefon bimbit habis bateri. Dia yang nak minta kena dodoi pun tak dilayan, setakat dijeling dengan pandangan yang bermaksud ‘Later’.
            Sekarang ni boleh lagi dia bersabar dan memendam rasa, tapi bagaimana pula masa-masa akan datang? Boleh jadi gila okey gara-gara suami ada kekasih gelap. Nak luahkan perasaan sendiri, Rafeeqa tak reti.
            Ada juga dia berharap agar Shahrizal faham isi hatinya berdasarkan tingkah laku dan layanannya pada encik suami. Tapi nampak gaya macam tak ‘masuk’ dah Shahrizal, angau sangat dengan Husna.
            Luahkan pada Damia, Damia pula yang tension mengalahkan dia yang menanggung.
            Panas aku. Panas!’
            ‘Kalau aku adalah kau, aku serang Husna tu. Hentak sikit kepala dia kat dinding.’
            Rasa nak tergelak pun ada, setiap kata Damia langsung tak membantu. Jadi dia pendamkan saja di dalam hati. Sampai masa bila dah tak tahan nanti, pandailah dia luahkan semula pada Damia.
            Malas nak serabutkan fikiran yang dah terlebih serabut, Rafeeqa terjun semula ke dalam kolam renang.
            “Yuhuuu!”
            Lagak Rafeeqa dah macam ikan duyung. Kalau berenang dia boleh sampai lupa dunia.
            Hilang soal masa depan rumahtangga.
            Hilang soal kerja di syarikat Uncle Jay.
            Rafeeqa nak berenang sampai lenguh satu badan.

            BALIK ke rumah petang itu, panjang leher Shahrizal yang baru keluar dari perut kereta mencari kelibat Rafeeqa. Pintu pagar tak berkunci. Pintu utama rumah terbuka luas. Tak sedap hati pula.
            “Rafeeqa. I’m home.”
            Tak ada jawapan. Shahrizal makin tak sedap hati. Masuk ke dalam rumah, bayang-bayang Rafeeqa langsung tak nampak. Terjah dapur, lagilah tak ada.
            “Rafeeqa. Rafeeqa.”
            Masih tak ada jawapan dari si isteri. Laju Shahrizal melangkah ke luar rumah semula. Berlalu ke bahagian tepi rumah dan saat itu bagai nak tercabut biji mata. Yang tengah elok berenang tu isteri dia atau jelmaan ikan duyung?
            “Rafeeqa!”
            Rafeeqa yang baru nak buat gaya kupu-kupu mengangkat muka. Hoyeah encik La Tarzan dah balik!
            “Shah! Dah lama sampai?” Rafeeqa siap lambai-lambai tangan dengan badan yang masih terapung-apung. Awal Shahrizal sampai hari ni.
            “Awak buat apa ni, Rafeeqa?” Shahrizal sudah berdiri bercekak pinggang di tepi kolam renang dengan dahi berkerut.
            “Main masak-masak.” Macam tak nampak dia tengah berenang.
            “Naik, Rafeeqa. Naik. Dah, jangan berendam lagi.”
            Shahrizal berdiri bercekak pinggang dengan jari telunjuknya mengarahkan agar Rafeeqa keluar dari kolam renang. Matanya melilau melihat sekeliling rumah. Kot ada orang luar sedang mengintai sang isteri yang perasan jadi Pamela Anderson sekarang ini.
            “Why? Is it haunted?” Sedap aje dia berenang di sini dari tadi.
            “Naik cepat atau awak nak saya terjun dan tarik awak naik?”
            Oh, okey. Mengugut nampak. Perlahan-lahan Rafeeqa berenang ke tepi dan sekejap saja tubuhnya sudah berada di dalam pelukan Shahrizal. Tubuh langsingnya dibalut Shahrizal dengan tuala yang terdapat di kerusi rehat di situ.
            “Masuk air ke apa? Pakai bikini petang-petang macam ni apa kes? Atau awak lupa awak sekarang ni dah kat Malaysia?” Shahrizal tayang muka tegang sambil mengelap rambut isteri dengan tuala kecil. Mata tak usah cakap, dari tadi scan depan belakang kot ada yang betul-betul ‘cuci mata’ di sebalik pagar rumah.
            Berkerut dahi Rafeeqa, tak faham dengan maksud dan tingkah laku Shahrizal yang membungkus tubuhnya macam kuih popiah. Apa salahnya mandi dengan bikini? Bukan itu memang pakaian mandi ke? Bikini milik dia lebih bergaya pulak tu, leopard prints yang menjadi trend masa kini.
            “Kalau orang tengok....hish!” Tangan Shahrizal berhenti menggosok rambut paras bahu milik Rafeeqa.
            Wait. Wait. Rafeeqa tenung wajah Shahrizal. Beberapa saat kemudian....Laaaa! Baru faham. Rafeeqa tergelak kecil, buat-buat tak nampak bila pandangan mata Shahrizal tajam padanya.
            “Tak ada siapa yang nak tengok la, Shah. Nak panjat tembok pagar tu pun belum tentu orang dapat. Plus, this neighbourhood has a strict security so who would think of climbing that high wall and peep on me?
            Ni bukan gaya diva bercakap, tapi Rafeeqa cakap ikut logik. Tembok di sekeliling rumah yang tingginya macam Tembok Besar China, siapa yang larat nak panjat? Spiderman pun belum tentu nak cuba.
            Shahrizal ketap bibir. Berdiri bercekak pinggang di depan Rafeeqa dengan keluhan panjang. Rafeeqa memang takkan dapat menangkap maksud tersirat yang dia cuba sampaikan. Rafeeqa masih isteri dia yang sah, dari hujung rambut sampai hujung kaki Rafeeqa adalah milik dia. Mana dia tak angin bila selamba siot Rafeeqa pakai bikini yang sekadar cukup untuk menutup bahagian yang sangat sulit. Kalau Atan si pemotong rumput tiba-tiba datang macam mana? Percuma aje cuci mata!
            “Do you know that 2998 raped cases have been reported in Malaysia?”
            “What?!” Rafeeqa tarik muka masam. Tak payahlah nak menakutkan dia sampai macam tu sekali.
            “Mengharap sangat ke?” Rafeeqa jeling tajam.
             Tanpa menunggu lama, dia angkat kaki meninggalkan Shahrizal. Balik aje terus nak ‘hentam’ orang, mana tahan. Dia bukan ‘otak separuh’ yang tak faham dengan maksud Shahrizal.
            Oh, please lah! Kawasan perumahan yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan macam ni siapa yang berani buat hal? Nak masuk ke kawasan perumahan pun perlukan kad akses, jadi kalau setakat berangan nak panjat pagar tembok rumah orang baik tak payah. Sempat Rafeeqa berpaling semula dengan muka geram.
            “Lagi satu..apa yang salahnya saya mandi dengan bikini? Dah memang itu yang orang pakai untuk berenang. Ops! Jangan pula awak ingat saya nak mandi dengan baju kelawar.”
            Ambik tu! Ayat Rafeeqa buat Shahrizal terkedu. Pakai gaun tidur seksi tak boleh. Pakai bikini di dalam kolam renang pun tak boleh. Pendek kata, semua tak boleh! Grrrr...

            SHAHRIZAL jenguk pintu dapur. Sunyi. Meja makan kosong. Aik? Tangan Shahrizal diselukkan ke dalam poket seluar. Perlahan-lahan dia berjalan mengelilingi dapur. Laaa..memang tak memasak agaknya Rafeeqa malam ni. Bila dia terasa nak makan di rumah, boleh pulak Rafeeqa melancarkan mogok.
            Berlalu ke peti sejuk, kotak jus Tropicana dicapai Shahrizal dan diteguk rakus. Dalam otak dah susun ayat macam mana nak minta Rafeeqa memasak. Malu lah nak straight to the point, hari tu bukan main dia komen sambal mangga yang Rafeeqa buat. Tak sedaplah. Tak pandai buat kerja dapur lah. Agaknya Rafeeqa terasa, sebab itu Rafeeqa jarang memasak kebelakangan ini.
            Sambil meneguk kotak jus, mata Shahrizal melihat satu-persatu fridge magnets yang tersusun di pintu peti sejuk. London. Washington. Moscow. Amsterdam. Istanbul. Seoul. Beijing. Paris. Rome. Venice. Boleh tahan banyak koleksi fridge magnets Rafeeqa.
            Macam tak biasa , Rafeeqa ni asal ada cuti panjang mulalah nak melancong aka melencong dengan Damia. Banyak-banyak tempat, Amsterdam tu yang Shahrizal paling tak berkenan. Tapi typical Rafeeqa, walau macam mana dia membantah pun Rafeeqa tetap pergi. Tu yang fridge magnet Amsterdam terlekat elok di situ.
            Mata Shahrizal menala pada kertas memo berwarna pink bersebelahan fridge magnet Dubai.
            ‘Looking for food? I didn’t cook dinner tonight. Go find yourself.’
            Burrr!
            Cepat-cepat Shahrizal mengelap mulut yang basah dengan belakang tapak tangan. Kan dah agak dah, Rafeeqa memang sah mogok. Macam tau-tau aje dia akan cari makanan, Rafeeqa dah tulis siap-siap ayat mengancam.
            Kotak jus kosong diletakkan di atas sinki sebelum Shahrizal berlalu ke ruang tamu. Elok Rafeeqa duduk di depan tv dengan mulut penuh makanan.
            “Makan apa?” Dah terang-terang Rafeeqa sedang makan salad buah di dalam mangkuk sederhana besar, nak juga Shahrizal bertanya. Sengaja dia landing di sebelah Rafeeqa biarpun sofa di sebelah kosong.
            “Fruits.”
            Mintak sikit. Aaaa...”
            Rafeeqa menoleh. Mulut Shahrizal dah terbuka minta untuk disuap. Pelik La Tarzan. Tadi kemain garang tak bertempat, sekarang dah tayang muka tikus lapar. Rafeeqa suapkan juga ke dalam mulut encik suami. Dia taklah sekejam mana nak biarkan saja Shahrizal lapar sampai ke pagi.
            Marah? Yeah, harus! Tapi Rafeeqa tolak tepi seketika. Rasa terubat sedikit rasa kecil hati bila dah main suap-suap dengan Shahrizal.
            “Esok Raff datang ke rumah, nak renovate kolam renang kita.”
            “Huh? Renovate macam mana?” Rafeeqa pandang dengan muka ingin tahu.
            “Adalah tu. Make it into an indoor swimming pool.
            Shahrizal malas nak terang panjang-panjang. Sekurang-kurangnya bila dah siap nanti tak payahlah dia risaukan sangat tentang Rafeeqa. Dia jenis yang tak suka hak sendiri menjadi bahan tontonan orang lain.
            Rafeeqa angguk saja, buat-buat faham. Dalam hati nak aje bertanya ‘Kenapa nak tukar jadi indoor?’ tapi tak berani. Karang meletup tak bertempat pula Shahrizal ni macam tadi.
            “Kenapa tak masak hari ni?”
            Rafeeqa bagi pandangan pelik. Soalan ajaib.
            “Diet.” Pendek Rafeeqa menjawab. Bukan ada beza pun kalau dia memasak atau tidak. Boleh dikira berapa kali Shahrizal makan makanan yang dia hidangkan. Banyak sangat kompelin, bosan okey!
            Shahrizal berdehem. Malu la nak cakap terus-terang minta Rafeeqa masakkan. Lengan kanannya disandarkan di belakang sofa, betul-betul di belakang Rafeeqa.
            “Oh ya..pasal interview awak tu..”
            “Why? Can I work with you?” Muka Rafeeqa dah bertukar gembira. Betul kot cakap Damia siang tadi, Shahrizal marah sebab cemburu.
            Cemburu dengan siapa? Siapa lagi kalau bukan dengan Irwan!
            Ada harapan? Hoyeah! Husna ni bersedia ajelah nak dihumban ke laut dalam.
            Shahrizal tersenyum nipis. Tangan kirinya mengurut belakang tengkuk.
            “You can go for the interview and you can work with Uncle Jay.” Berharap agar Rafeeqa gembira dengan keputusan yang dia buat, Shahrizal tersenyum. Rasa kejam pula kalau dia menyekat semua yang Rafeeqa inginkan. Lagipun kalau difirkan betul-betul, tak elok dia suruh Rafeeqa mungkiri janji dengan Uncle Jay.
            “Hah?” Rafeeqa terkedu.
            Tekaannya salah. Hati yang baru nak kembang mekar terasa layu perlahan-lahan. Rafeeqa tunduk menyuap salad di dalam mangkuk yang masih berbaki. Tadi sedap, sekarang dah rasa kelat. Huhu...
            “I thought I have chance working with you,” kata Rafeeqa perlahan.
            “Aik? I thought you really want to work with Uncle Jay?”
            Shahrizal jadi bingung. Dia tersalah agak ke?
            Huhu...apalah nasib. Encik suami tak faham isi hati. Rafeeqa diam saja.

 BERSAMBUNG



No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget