Saturday, 26 March 2016

Bab 5 : YANG AKU INGINKAN - NANI YUHANNA nani


BAB 5

HANIA menggigit bibir. Menjeruk rasa dia dengan sikap Shahrin yang lansung tidak mahu berkompromi denganya. Sudah 4 hari Shahrin melancarkan ‘perang dingin’ terhadapnya selepas dia mengambil keputusan untuk berterus-terang tentang kehilangan cincin kahwin mereka itu. Masih jelas diingatanya bagaiman penerimaan Shahrin tentang berita tersebut. Lelaki itu hanya diam tanpa perasaan. Sangkanya Shahrin akan melupakan kesalahnya dan memaafkan dia tetapi malangnya telahanya jauh meleset. Shahrin lansung tidak bertegur sapa denganya. Pandang muka dia pun macam nak tak nak saja.
Rutin harianya tetap di teruskan seperti biasa. Menyediakan pakaian untuk ke pejabat dan dia masih lagi di beri ‘kebenaran’ untuk memakaikan tali leher pada lelaki itu. Bezanya sekarang, tiada lagi renungan yang menggetarkan hatinya dari lelaki itu. Renungan yang bisa membuatkan hatinya tidak tenteram. Shahrin hanya membeku dan membisu setiap masa.
            Hania menjeling pada Shahrin yang sedang menonton rancangan kegemaranya iaitu National Geografi di saluran Astro. Dia yang turut ada di situ lansung tidak di hiraukan. Shahrin membiarkan dia terkontang-kanting sendirian. Hania menghela nafas yang panjang. Tak boleh jadi ni! Dia kena buat sesuatu. Sampai bila mereka nak bermasam muka.
            “Awak..awak nak minum apa-apa tak? Kalau nak saya buatkan.” Hania memecahkan kebisuan antara mereka.
Shahrin menggeleng. Lansung tidak menoleh pada Hania yang duduk tidak jauh darinya. Tumpuan sepenuhnya pada kaca tv.
            Hania sudah mengagak itulah jawapan yang akan Shahrin berikan. Dia memaniskan muka. Sabarkan hati dengan sikap acuh tidak acuh suaminya.
            “Nak makan apa-apa tak? Buah ke, aiskrim ke?” Hania tidak berputus asa. Harapanya hanya satu, hati Shahrin akan lembut apabila dia tunjukkan keperihatinanya terhadap lelaki itu
            “Tak payah. Saya kenyang lagi,” jawap Shahrin ringkas. Tiada kemesraan dalam nadanya. Muka pun lansung tak nak senyum!
            Hania melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya Shahrin sudi menjawap pertanyaan dengan suara. Kalau tidak lelaki itu hanya menjawap dengan kepala saja. Nak angguk, tak nak geleng. Senang sungguh hidupnya, kan? Tak mengapa, dia akan gunakan segala skill yang dia ada untuk melembutkan kembali hati Shahrin. Penat jadi orang bisu dalam rumah besar ini.
            “Awak, saya kan dah minta maaf dengan awak. Bukan sekali tapi dah berpulu-puluh kali saya minta maaf. Itu tak memadai lagi ke? Saya mengaku saya salah..”
            “Saya dah maafkan,” potong Shahrin tiba-tiba tanpa sempat Hania menghabiskan kata-katanya.
Hania tercengang sejenak. Wajah bersahaja Shahrin ditatap dengan rasa tidak percaya.
            “Kalau awak dah maafkan saya kenapa awak layan saya macam ni? Awak membisu dan bersikap dingin dengan saya. Kalau betul awak dah maafkan saya dah tentu awak akan layan macam biasa.” Hania merasa sangsi.
            Shahrin memandang Hania yang sedang memintal-mintal hujung bantal sofa. Bila pandangan mereka bertemu cepat saja gadis itu melarikan pandanganya. Tahu pulak takut!
            “Macam biasa? Macam biasa yang macam mana tu maksud awak?” Shahrin memandang Hania dengan renungan tajam. Lansung tiada senyuman di bibirnya.
            Hania sudah teragak-agak. “Er..maksud saya kita berborak macam biasa. Sebelum ini boleh je awak senyum kat saya walaupun nampak macam tak ikhlas tapi sekarang ni usahkan nak senyum, saya tegur pun awak tak balas. Asyik tunjuk muka serius 24 jam kat saya. Semua ni berlaku selepas saya berterus-terang pasal cincin yang hilang tu, kan?” Hania menundukkan kepalanya. Nak tengok muka Shahrin pun tak berani!
            Shahrin merenung lama wajah menunduk isterinya itu.
“Jadi awak nak cakap kat saya sekarang yang awak rindukan senyuman saya?” tanya Shahrin masih lagi dalam nada yang sama. Serius.
            “Bukan..! Bukan macam tu maksud saya. Saya bukanya rindukan senyuman awak, saya cuma nak keadaan kita kembali seperti sebelum ini. Awak sendiri pernah cakap dulu yang kita kena perbaiki hubungan ni. Nak jayakan hubungan ni. Tapi macam mana nak jayakan kalau dah bermasam muka macam ni?” luah Hania berani.
Hania mengangkat sedikit kepalanya, mahu mengintai reaksi Ammar. Mana tahu lelaki itu bengang dengan kata-katanya sebentar tadi. Tapi tak ada pula! Shahrin hanya diam membisu tanpa memandang lansung padanya.
            Shahrin terdiam. Tersindir mendengar kata-kata gadis itu. Shahrin melepaskan nafas yang panjang. Televisyen dimatikan. Tubuhnya dipusingkan mengadap Hania. Tumpuanya telah diberikan sepenuhnya pada Hania. Jadi maknanya ‘Hania setuju untuk dengan cadanganya untuk memperbaiki hubungan mereka ke arah yang lebih baik. Ikhlas ke Hania?’
            “Terus-terang dengan saya, adakah awak rasa terikat dengan perkahwinan ni?” soal Shahrin straight to the point. Malas nak berkias-kias bagai!
            Hania tergamam. Dia sebenarnya tidak bersedia untuk menjawap soalan yang menjurus kepada hubungan mereka dan perasaanya terhadap perkahwinan mereka. Macam mana nak jawap kalau dia sendiri pun tidak pasti.
Wajah kacak Shahrin yang masih serius memandangya dikerling sekilas. Suasana sunyi yang menyelebungi mereka semakin meresahkan Hania.
            “Saya dah lama redha dengan perkahwinan ini. Saya anggap inilah takdir hidup saya,’ jawap Hania  ringkas. Jawapan yang paling selamat.
            “Betul ke awak dah redha? Ataupun redha awak tu kat mulut je hakikatnya hati awak tak rela. Betul tak apa yang saya rasa ni?” selar Shahrin sedikit sinis. Dia bukanya buta, tak nampak air muka serba-salah Hania apabila menjawap pertanyaanya tadi. Dia tahu Hania tidak bercakap jujur.
Hania rasa tersindir.
 “Habis tu awak nak saya cakap apa? Kalau saya jawap saya tak rela ataupun tak redha ia dapat mengubah apa-apa ke? Hakikatnya kita ni dah jadi suami isteri. Tak ada apa yang boleh mengubah kenyataan ni,” balas Hania, menahan geram.
Dia cuba mengawal suaranya. Tidak mahu tertinggi apabila bercakap dengan Shahrin kerana lelaki itu adalah suaminya. Tetapi Shahrin seolah-olah mahu memprovokasinya!
Shahrin mendengus.
            “Siapa cakap ia tak akan mengubah apa-apa? Betul cakap awak yang kita dah tak boleh ubah apa yang telah berlaku tetapi kita boleh ubah sesuatu supaya ia berlaku. Dan saya rasa belum terlambat lagi kalau awak betul-betul nak ubah takdir hidup awak, ” ujar Shahrin tenang dan bersahaja.
            Spontan Hania pandang wajah Shahrin yang sudah berubah tenang itu.
“Apa maksud awak?” Hania tidak sedap hati.
            “Saya hanya mahukan kejujuran awak. Saya tak nak seksa hidup awak. Awak masih muda lagi, dan saya tahu banyak benda yang awak nak buat dalam hidup awak.  Saya tak nak awak rasa terikat. Kalau awak berterus-terang yang awak tak pernah bahagia dan tak akan mungkin bahagia dengan ikatan ni, saya rela lepaskan awak,” ujar Shahrin tenang.
            Hania tergamam!
Kenapa Shahrin tiba-tiba bercakap tentang perpisahan? Dia tidak pernah terfikir pun untuk meminta perpisahan daripada Shahrin. Memang betul dia tidak pernah rasa gembira, jauh sekali untuk bahagia selama menjadi isteri Shahrin tetapi mengharapkan perpisahan dalam hubungan mereka tidak sama sekali! Kalau betul dia mahukan perpisahan, sudah lama dia minta dari lelaki itu. Tak perlulah nak tunggu sampai 3 tahun lebih!
            “Maksud awak bercerai?” soal Hania dengan perasaan yang semakin berdebar.
            Shahrin menjungkitkan bahunya. Lelaki itu masih bersikap tenang. Seolah-olah perkataan bercerai yang baru disebut itu tidak memberikan kesan kepadanya.
 “Kalau itu yang boleh bahagiakan awak, saya rela lepaskan awak Nia. Walaupun berat hati saya untuk lakukanya,” balas Shahrin menyandarkan badanya ke sofa. Wajah isterinya masih terkejut itu di tatap lama kali ini. Dia sanggup untuk lepaskan gadis itu demi masa depanya.
            Hania menggeleng kepalanya berkali-kali. Hatinya terguris mendengar perkataan itu meluncur laju dari mulut Shahrin.
“Kalau betul awak berat hati awak tak akan sesekali bangkitkan pasal perpisahan ni. Saya mengaku sampai sekarang pun saya masih tak dapat biasakan diri dengan perkahwinan ni. Saya pernah menangisi perkahwinan ni, malah saya bencikan Perkahwinan ini kerana ia berlaku hanya untuk menjaga reputasi keluarga awak. Saya bencikan semua itu tetapi tidak pernah terdetik di hati saya untuk bercerai kerana saya tahu kita kena jaga nama baik keluarga kita,” luah Hania. Sebak.
Sudah lama dia tak menangis. Rasanya malam ini dia akan menangis lagi. Semuanya kerana Shahrin!
“Saya tak akan buat sesuatu yang bakal memalukan orang tua kita. Cukuplah sekali saya pernah kecewakan ibu bapa saya dulu. Saya tak nak lukakan hati mereka lagi,” sambung  Hania dalam sendu yang tertahan-tahan.
Shahrin terkelu lidah. Wajah sayu Hania ditatap tidak berkelip. Luahan hati Hani menyentuh hatinya. Namun hatinya tertarik dengan kata-kata terakhir Hania. Apa maksud Hania dia pernah kecewakan keluarganya? Dia ingin bertanya tetapi suaranya tidak terkeluar.
            “Kenapa awak nak fikirkan perasaan orang lain? Perasaan awak macam mana? Saya yakin ibu bapa kita akan faham walau apa pun keputusan yang kita ambil. Mereka kena terima yang jodoh kita tak panjang. Jangan paksa diri untuk terima kalau hati kita tak mampu nak terima, Nia,” tempelak Shahrin. Tidak setuju dengan tindakan gadis itu.
            “Mereka akan kecewa nanti,” balas Hania perlahan.
            “Lebih baik kecewa sekarang daripada kecewa di kemudian hari. Lambat atau cepat mereka tetap kena terima.”
            Hania mendengus. Kenapa Shahrin beria sangat? Nak sangat ke mereka berpisah?
            “Kenapa dengan awak ni? Awak tak terfikir ke apa perasaan mereka nanti kalau kita bercerai-berai? Apa kata saudara-mara kita nanti?” Perasaan Hania hangat. Nada suaranya juga sudah naik satu oktaf.
             “Habis tu perasaan awak macam mana?” selar Shahrin dengan suara yang sedikit meninggi. Orang fikirkan tentang diri dia, dia sibuk nak fikirkan perasaan orang! Hati kayu ke apa isterinya ini?
            “Kenapa dengan perasaan saya? Penting ke apa yang saya rasa? Apa yang saya nak?” Bentak Hania. Wajah garang Shahrin ditatap berani.
            “Sampai bila awak nak korbankan perasaan awak untuk orang lain, Nia? Awak muda lagi dan awak berhak untuk mengecapi kebahagianya awak sendiri. Kita dah jalankan tanggungjawap kita sebagai anak 3 tahun yang lepas. Tak cukup lagi ke kita jaga perasaan mereka. Tiba masanya awak cari kebahagiaan awak sendiri. Buat keputusan sendiri.” Shahrin mula mengendurkan suaranya. Tengok reaksi isterinya, dia tahu Hania tidak akan terima nasihatnya bulat-bulat.
            “Habis tu awak rasa saya tak akan bahagia kalau saya terus dengan awak?” soal Hania dengan berani. Berlawan pandang dengan suaminya itu.
 Shahrin menjengilkan matanya pada Hania.
            “Okey, saya nak tanya awak. Awak bahagia ke dengan saya sekarang?” soal Shahrin dengan soalan berani matinya. Mukanya kembali serius.
            Hania terdiam.
 Bahagiakah dia selama hidup dengan Shahrin? Jawapanya yang jujur adalah dia lansung tidak rasa bahagia! Tetapi itu 3 tahun yang lepas. Kalau ditanya perasaanya sekarang dia akan jawap sejujurnya yang dia rasa dia boleh bahagia. Selama beberapa minggu tinggal bersama, dia mula rasa perubahan dalam hubungan mereka. Dia mula mengenali sikap Shahrin.
Walaupun sikap Shahrin masih lagi dingin denganya tetapi lelaki itu melayaninya dengan baik. Dalam dingin dan seriusnya, Hania tahu Shahrin sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Bukanya dia tidak tahu Shahrin sentiasa mengingatkan Mak Aisha menyediakan apa sahaja yang dia perlukan. Hania yakin mereka boleh bahagia seperti pasangan yang lain cuma mereka memerlukan masa untuk mengenali hati budi dengan lebih dekat.
            “Awak rasa awak tak mampu ke nak bahagiakan saya?” Pertanyaan Shahrin tidak dijawap, sebaliknya dia menyoal pula lelaki itu.
            Giliran Shahrin pula yang terdiam. Nampaknya Hania berjaya memerangkapnya!
            “Awak sanggup ke hidup dengan saya walaupun saya lansung tak ada perasaan pada awak?” soal Shahrin kembali.
            Hania terdiam seketika. Dia terperangkap dengan pertanyaanya sendiri. Wajah Shahrin ditatap dengan berani. Mereka berbalas renungan
“Saya sanggup! Saya pegang kata-kata awak hari tu. Saya akan belajar untuk terima awak dalam hidup saya. Saya akan belajar untuk sayangdan cintakan awak. Saya akan belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk awak. Hidup dengan orang lain pun belum tentu lagi akan bahagia jadi saya sanggup ambil risiko untuk terus menjadi isteri awak,” ujar Hania penuh keyakinan. Kata-kata yang terluah itu ikhlas dari hatinya.
            Shahrin tergamam.
Wajah Hania di renung lama. Mencari keikhlasan dan kesungguhan dalam kata-kata itu. Dan dia dapat lihat semua itu dari renungan mata bening gadis itu. Shahrin bagaikan tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulut seorang gadis yang baru berusia 23 tahun. Gadis itu kelihatan matang dalam pertuturanya. Lansung tiada ciri-ciri kebudakan. Setiap perkataan yang keluar dari bibir gadis itu pasti akan menyentakkan hati lelakinya.
            Shahrin tiba-tiba berdiri. Matanya masih tidak lepas memandang Hania.
Hania tercengang melihat tindakan spontan lelaki itu. Hania menelan liur. Renungan dalam Shahrin mendebarkan perasaanya. Dia ada salah cakap ke?
            Tanpa sepatah kata, Shahrin terus berlalu meninggalkan Hania yang masih terping-pinga itu. Tanpa memandang Hania, Shahrin terus mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.
            Hania terkebil-kebil seorang diri. Ruang tamu menjadi sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi desiran penghawa dingin. Hania menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Shahrin marahkan dia ke? Tapi kenapa? Hania semakin bingung! Nampaknya tidak ke manalah perbincangan mereka kali.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget