Monday, 17 February 2014

Bab 01- DOA CINTA SEORANG LELAKI

Lama Nadine bersendirian di ruang menunggu LRT. Orang ramai yang menoleh dua kali ke arahnya tidak dipedulikan. Sekali-sekala dia mengesat air mata yang berterusan mengalir. Pertemuan dengan Amirul tadi betul-betul buat dia rasa nak menjerit sekuat hati.

Rupanya, segala perubahan Amirul selama ini bukan kerana berdepan dengan masalah, tapi sebab Amirul sudah curang! Diulangi sekali lagi, CURANG!

Nadine sudah meraup muka. Mengesat kesemua air mata yang mengalir dengan jari tangan.Perlahan-lahan raut muka Amirul muka terbayang. Begitu juga semua kata-kata lelaki itu.

“Sampai hati you buat I macam ni. Kita kenal bukan sekejap. Dah dekat lima tahun dan sekarang you kata you suka perempuan lain. Apa kurangnya I sampai you sanggup curang dengan perempuan tu?”

“You tak salah apa-apa, Nadine. I yang salah. I yang berubah hati dan I minta maoaf sangat-sangat.”

“Kenapa you nak berubah hati? Selama ni I setia dengan you. I tak pandang lelaki lain.”

“I minta maaf.”

“Stop saying those words. It hurts me. I cuma nak tahu apa salah I. Cakap dengan I sekarang!”jerit Nadine penuh emosi.

“I rasa bahagia sangat setiap kali keluar dengan dia. Dengan you, I rasa hambar dan asyik nak marah. I tak suka keadaan macam tu. I dah cuba sayangkan you, tapi tak berjaya. We had to accept that the chemistry between us has gone.”

“Senangnya you cakap!”

“I betul-betul minta maaf, Nadine.”

“Sampai bila-bila pun I takkan maafkan you. I akan ingat apa you buat pada I!”

Tangisan Nadine kian panjang. Semakin dia mahu melupakan segala kata-kata Amirul, semakin kuat kata-kata lelaki itu melekat dalam otak. 

“Tren sudah nak sampai. Marilah. Tadi awak sudah lepaskan lima tren. Awak nak duduk sini sampai bila?” teguran seseorang mengejutkan Nadine.

Dengan bahu yang masih terhingut-hingut Nadine mengangkat wajah. Terjengul tubuh tinggi lampai lelaki yang tadinya berkaca mata hitam, berketayap dan berjubah putih. Berkerut-kerut dahi Nadine.

Macam mana pula lelaki ini boleh ada kat sini?

“Tak elok menangis lama-lama,”pesan lelaki berkaca mata hitam, berketayap dan berjubah putih itu.

Nadine menyeka air mata yang mengalir. Kemudian menyorot lelaki itu dalam-dalam.

“Kenapa lelaki suka curang?”soal Nadine. Sayu saja tatapan matanya. Sementara air mata tanpa henti berjuraian membasahi pipinya ketika ini.

“Apa dia?”soal lelaki itu semula. Sebenarnya dia terkejut mendengar soalan Nadine.

“Kenapa lelaki suka curang? Apa salah I? I sayangkan dia, sayang sangat-sangat. I ambil berat tentang dia. Tapi kenapa dia pilih perempuan lain?”

Lelaki itu terdiam seketika.

“Jika ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan diri kita kepada Allah,”jawab lelaki itu. Segaris senyuman sudah menghiasi wajahnya.

Nadine sudah melopong.

Lain yang ditanya, lain pula yang dia jawab. Apa ni?
“You cakap apa ni? I tanya lain, you jawab lain. You faham tak I tanya you  apa?”

Lelaki itu seperti tadi, masih juga tersenyum. Hanya menambahkan geram di hadi Nadine pada saat ini.

Namun sesaat kemudian riak wajah Nadine berubah terkejut. Jangan-jangan maskaranya sudah luruh kerana sejak tadi dia menangis.

Jadi matanya sudah macam panda? Sebab itu lelaki ini sejak tadi asyik tersenyum!

“Ambil sapu tangan ni. Hilangkan air mata tu. Kena tinggal dengan teman lelakisaja. Bukan sebab ditinggalkan oleh Allah. Senyum sikit.”

“Tak payah! I boleh beli tisu.”

“Tapi keadaan awak dah teruk sangat ni. Ambillah sapu tangan ni dulu. Hapuskan air mata tu dan juga warna hitam kat mata awak.”

Nadine mengetap bibirnya kuat-kuat. Jadi betullah maskaranya sudah luruh?

“Terima kasih!”balas Nadine lantas lekas-lekas memasuki perut tren. Sebenarnya dia malu dan segan. Hilang sejenak kisah sedihnya ditinggalkan oleh Amirul.

Sehingga pintu tren hampir tertutup rapat, lelaki tadi masih berdiri di luar. Nadine sudah berwajah serius. Dia melambaikan sapu tangan, namun lelaki itu sekadar membalas dengan anggukan kepala.

“Ambillah. Saya halalkan!”beritahu lelaki itu sebelum pintu tren tertutup habis.

Nadine Qhaisara terdiam. Sapu tangan lelaki tersebut di pandang dengan sejuta rasa. Ada haruman lavender yang tertebar. Haruman yang begitu menyenangkan perasaan. Haruman yang sangat unik dan ada ciri khas yang tersendiri.

“Masya-Allah! Aku lupa nak tanya nama dia siapa,”omel Nadine sejenak kemudian. Sempat memarahi diri sendiri.

Credit : Pena Kayu
:copyfromblogpenakayu:

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget