Monday, 24 February 2014

CUMA DIA KEKASIHKU

Dari kejauhan matanya menangkap sebuah Audi R8 hitam memberi signal ke kiri. Yeay! Along dah sampai! Amanda melompat keriangan, lupa diri sekejap. Pantas tangan diletakkan di kening menahan silau pantulan cahaya matahari.

Baru dia berkira-kira nak mendapatkan Alongnya tapi erkkk... Amanda terkedu. Bukan Along, tapi jejaka kacak yang dia tak kenal.

Sambil membetulkan letak duduk kaca mata hitam, si jejaka kacak tersebut melangkah penuh bergaya ke arahnya dengan senyuman di bibir.

Oksigen! Oksigen! Minta nyawa. Terasa sesak dada Amanda. Tak berkelip mata dia memandang. Mulut terus melopong.

Oh! Indahnya ciptaan Tuhan. Ini kalau Reen dan Lydia ada mesti sama je macam dia, melted. Tapi dia masih boleh kawal diri lagi. Tak macam minah dua ekor tu. Pantang nampak yang hot sikit mulalah menggedik.

Sekali tengok lelaki ni ada iras-iras pelakon telenovela. Tinggi dan sasa persis seorang model.  Mahkluk Allah yang serba sempurna ini wujud rupanya di muka bumi ini.

“Cik! Cik! Cik!” si jejaka kacak menggoyang-goyangkan tangan di depan mata Amanda.

“Opsss… Maaf.” Amanda tersipu-sipu menahan malu. Tangan mengipas-ngipas muka. Pipi sudah berona merah. Bahang. Macam manalah dia tak boleh kawal diri tadi.

“Ni kenapa? Rosak ke?” tanya si jejaka.

“Eh, taklah nak buat Auto Road Show,” jawab Amanda selamba sambil tersengih. Mestilah rosak, lagi mau tanya ke. Kalau tak rosak tak ada maknanya dia nak berjemur kat tengah panas ni.

Si jejaka kacak meninjau-ninjau ke dalam bonet kereta. Sentuh sana. Sentuh sini. Goyang-goyang wayar bateri. Buka penutup bateri. Pasang balik. Sesekali dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Macam mana? Apa yang rosak?” soal Amanda. Tengok gaya si jejaka ni macam pandai.

“Hmmm...” si jejaka menggaru-garu kepalanya.

“I rasa baik you panggil pomen ajelah,” kata si jejaka kacak sambil tersengih. Menampakkan gigi yang tersusun cantik.

Ek eleh. Gaya macam pro. Rupanya sama je macam dia. Nasib baik hensem.

“Laa… tak tahu jugak rupanya,” balas Amanda.


:copyright syeena hamdan:
http://syizacpassion.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget