Saturday, 7 February 2015

BAB 1 - MISI MENCARI PENGANTIN LELAKI - ILLA SHANAHILA


JODOH ITU RAHSIA Allah. Ya, aku tahu tu. Malah, semua orang tahu. Jadi tak peliklah kalau aku sendiri pun tak tahu siapa jodoh aku, kan?
            Bukannya dekat dahi ada tulis, ‘Ini jodoh awak’ pun. Jadi kenapa semua bising bila aku masih tak jumpa siapa bakal pengantin lelaki?
            Heh.
            Payah betul bila ada keluarga dan jiran tetangga yang terlebih ‘sayang’ ni. Payah.
            Asal balik rumah aje, soalan sama diorang tanya. Asal berjumpa dua mata aje, soalan cliché itu jugak yang ditanya.
            Aku belum lagi cecah 30 tahun kot.
            Takkanlah sebab Iqa, adik aku yang dah ada dua orang anak aku kena ikut jejak dia jugak? Inilah salah satu sebab kenapa aku malas nak jejakkan kaki ke kampung halaman. Bukan sebab tak nak jumpa mak dengan abah, tapi bosan dengan soalan-soalan cliché macam ni.
            Dah penat tayang muka senyum tak ada perasaan.
            Dah penat pekakkan telinga.
Takkan orang kampung ingat aku tak nak kahwin?
            Hampir sahaja aku menjerit kuat bahana stress terlampau. Siapa cakap aku tak nak kahwin?
            Kalau tak ada calon, macam mana aku nak kahwin?
            Aku mengeluh lagi.
            Soalan sensitif macam ni bukannya ada skima jawapan macam soalan SPM tu. Ataupun, soalan-soalan yang simple macam soalan yang Abang Bidin selalu tanya aku bila dia terlupa dekat mana letaknya stapler. 
            Macam kejadian sekarang ni…
            “Naurah, kau ada nampak tak mana aku letak  kertas A4 tadi?”
            Aku hanya mampu mengeluh berat bila soalan itu ditujukan. Abang Bidin. The one and only lelaki bujang dalam pejabat ni. Memang patutpun dia tak kahwin lagi, nak jaga diri sendiri pun tak boleh, inikan pulak nak jaga isteri dia nanti.
            “Kan abang letak dekat mesin fotostat tadi…” aku menjawab malas. Rasanya Abang Bidin dah tertukar jawatan aku dengan budak dekat meja penyambut tetamu tu.
“Iya ke? Mana kamu tahu?”
Aku tepuk dahi sendiri. Abang Bidin ni la… kang dahi dia yang aku tepuk karang.  “Tadi saya nampak abang bawak satu kotak pergi dekat mesin fotostat sana. Lagipun, saya ni kan PA abang.” sengaja aku tekankan perkataan PA tu.
Perli sebenarnya.
Aku nampak Abang Bidin tersengih sendiri sebelum mengatur kaki ke mesin fotostat. Inilah salah satu kerja aku dalam pejabat ni. Kerja perhati aje apa yang Abang Bidin buat.
Sebabnya, setiap hari memang akan ada benda hilang.
            Abang Bidin punya pelupa tak boleh nak ubah!
            “Jumpa tak bang!” aku menjerit dari tempat duduk. Sengaja aku kuatkan suara bagi dia dengar.
            Entah bila dia nak peka sikit.
            “Dah jumpa sayang oi. Terima kasih daun keladi.”
            Aku sengih senget dari skrin komputer. Dah biasa dengan soalan Abang Bidin. Dah biasa dengan panggilan sayang tu. Bukan aku aje, satu ofis ni dah terkena  ‘sayang’ Abang Bidin tu.
“Tak nak balik lagi ke bang oi?”
            “Nak fotostat benda ni dulu. Lepas tu kena staple buat lima puluh set.” Abang Bidin menjawab tanpa memandang. “Mana budak Hasya tadi? Dah balik ke dia?”
            Aku mengangkat bahu tanda tak tahu. Manalah aku ada masa nak tengok orang yang lalu lalang. Aku punya artikel ni kelam kabut aku nak siapkan.
“Tinggal kita dua aje ni bang. Bos pun tinggalkan kunci dekat saya ni ha.”
            “Cepat aje dia balik. Aku baru aje nak suruh dia staple benda ni nanti.” Bunyi mesin fotostat masih memenuhi ruang yang sunyi. “Kau tolong aku, Naurah. Karang lambat pulak aku boleh balik.”
            Artikel yang baru aje separuh jalan ditaip aku simpan ke dalam folder emel. Senang kalau balik nanti boleh sambung buat dekat rumah. Sebenarnya aku dah serik guna pendrive. Trauma file Research Project yang corrupt waktu degree dulu masih lagi kuat dalam kepala.
            “Nak tolong apa?” aku mengangkat punggung dari meja kerja, menjenguk ke tempat mesin fotostat. Abang Bidin masih sibuk membelek helaian kertas di tangan.
Tangan kanan laju menekan tetikus, menutup laman Google Chrome sebelum mengatur langkah mendekati Abang Bidin.
“Huih, banyaknya!”
            “Kalau tak banyak, tak adalah aku nak mintak tolong kau.” Abang Bidin senyum senget. “Meh tolong aku staplekan benda ni. Nak buat 50 set.”
            Spontan aku mengeluh. “Ala, saya baru aje nak balik awal. Lapar.”
            “Tolonglah. Aku pun kena balik awal ni.”
            Aku mencebik mendengar jawapan dia “Ala, bukannya ada orang rumah yang menunggu, kan? Kecoh la abang ni.” aku duduk bersila di atas lantai yang berkarpet. “Mana? Meh nak staple cepat-cepat.”
            Cepat saja dia meletakkan beberapa helai kertas yang sudah dicetak di hadapan aku. “Kejap aku copy sampai habis.”
            “Nak buat apa semua ni sebenarnya?” sehelai kertas dicapai rambang. “Untuk seminar esok eh?”
            Abang Bidin  mengangguk perlahan. “Haah. kau pergi tak?”
            “Tak, saya ada kerja dekat Viva Home. Nak cover pasal Expo Doraemon.” aku menjawab senafas. Nasib baik tarikh seminar dan expo tu bertindan. Bolehlah aku cari alasan untuk keluar dari seminar tu.
            Kalau seminar tu sama seperti yang tahun lepas punya, confirm aku  akan tidur dalam dewan lagi.
            Memang satu input pun tak akan masuk.
            “Kau dah ada cameraman ke? Aku ikut kau lah. Aku pun malas nak pergi esok.”
            Aku ternganga mendengar ayat yang terkeluar daripada mulut Abang Bidin. Tak patut langsung. Dia tu urusetia, boleh pulak nak cari tulang segala.
“Saya guna kamera sendiri la. Macam biasa. Mana pernah saya pakai jurukamera pun selama ni abang oi.” aku menggeleng beberapa kali.
            “Ala, count me in, please? Seminar tu habis malam. Aku nak kena balik awal.”
            Aku garu kepala. Alasan yang sama. Nak balik awal. Anak mata aku dipicingkan ke arah Abang Bidin yang masih khusyuk menggunakan mesin pencetak.
Abang Bidin ni simpan mistress ke apa dekat rumah dia tu? Heh. Mentang-mentanglah belum kahwin.
            “Boleh ke abang skip benda tu esok?” soal aku, meminta kepastian. Senang ke nak lari dari seminar tu? Urusetia pulak tu.
            “Aku guna alasan nak ikut kau la. Bos mesti bagi punya. Kau ingat senang nak pakai aku punya skill ni?” Abang Bidin meletakkan kertas yang siap dicetak ke lantai. Dia turut sama membuka sila di hadapan aku. “Boleh tak?”
            Aku terdiam lama, berfikir. Aku tak ada masalah pun sebenarnya. Tak terjejas langsung kerja aku kalau Abang Bidin ikut pun.
Kertas yang sudah selesai dicetak di susun mengikut bilangan muka surat. Stapler dicapai dari rak kecil bersebelahan dengan mesin pencetak dan terus diletakkan di tengah-tengah.
Aku susun, Abang Bidin staple.
“Suka hati abanglah. Kalau macam tu pergi dengan kereta abang ajelah. Alang-alang abang nak ikut ni, malas pulak saya nak drive rempuh jam esok.” aku sengih senget. Bukannya selalu pun ada driver sendiri.
            “Iyalah. Apa aje untuk kau Naurah oi.”
            Aku senyum lebar. Dalam pejabat ni, hanya Abang Bidin yang panggil aku dengan nama betul. Naurah. Orang lain main taram panggil Norah aje.
            Penat nak betulkan, akhirnya aku biarkan aje dengan harapan, bila dipanggil Norah, muka aku boleh berubah cun macam Norah Jones!
            “Jap, mana aku letak stapler tadi?”
            Spontan aku tepuk kepala. Abang Bidin ni la…
           
           
HAMPIR SETENGAH JAM jugak aku tolong Abang Bidin tadi. Nasib baiklah Kak Melati balik dari buat assignment dia tadi duduk sekali, bersembang. Kalau tak, memang sia-sia ajelah kalau aku dengan Abang Bidin kena tangkap khalwat dalam ofis!
            Sampai di rumah, barulah aku sempat menyemak telefon bimbit. Satu hari suntuk aku tidak menghiraukan bunyi dari Lenovo tu. Sibuk punya pasal.
Lambat-lambat aku membuka setiap whatsapps dan messages yang ada.
            Daripada Abang Bidin, ucap terima kasih.
            Daripada bos, minta aku lapor diri awal esok sebab pukul sembilan tepat bos aku, En.Danny dah kena pergi seminar tu.
            Daripada Iqa, kirim belikan selendang 3 warna dekat kedai Muaz Jalan TAR untuk bawa balik kampung.
            Dan juga dari…eh?
            Dahi berkerut lebat. Bila pulak aku cakap yang aku nak balik kampung? Meroyan ke apa budak Iqa ni? Takkan anak dah dua dah jadi pelupa kemain?
            Laju aku menggeleng.
            Okay, next…abah.

“Angah, hujung minggu ni jangan lupa balik kampung. Mak kamu pun dah tempah baju tu.”
                       
            Jap…balik kampung lagi?
            Kening aku terangkat tinggi memikirkan setiap perkataan dari mesej abah tadi. Rambut yang diikat ekor kuda dari pagi dibiarkan lepas bebas sebelum  aku duduk bersila, memandang skrin telefon.
            Balik kampung... Balik kampung…
            Oh no! Lupa! Laju aje aku menepuk dahi sendiri.
            Macam mana aku boleh lupa yang Wan nak kahwin minggu ni!
            Nasib baik abah ingatkan, kalau tak memang sia-sia ajelah aku dengan Si Wan tu putus sepupu!
            Haih.
Aku bersandar pada dinding dan menarik nafas dalam-dalam sebelum mencapai bantal di hujung katil. Mesej seterusnya dibuka.
            Bibir tersenyum lebar bila melihat nama penghantar. Panjang umur betul. Wanda…

‘Angah dah janji nak buatkan orang bunga tangan kan? Hantaran semua tu… balik awal weh! Orang takut tak sempat.’

            Aku tergelak kecil sambil menggeleng beberapa kali. Tak menyempat betul sepupu yang seorang ni. Setakat buat hantaran 9 dulang tu, celah jari aje aku buat.
Sehari pun boleh siap. Apa ada hal pun.
            Aku menggeliat kecil dan turun dari katil. Semua mesej dibalas ‘OK’. Malas nak panjangkan cerita. Jam pada dinding dipandang sesaat sebelum menguap beberapa kali.
Mengantuk!
Malam tadi lambat tidur dek siapkan artikel dekat Penang minggu lepas. Tadi siang pun tak sempat nak curi-curi lelap sebab kerja memang  tak putus.
            Kaki digagahkan juga ke bilik air untuk mandi. Mana boleh tidur lagi, badan dah busuk kemain ni.
            Baru aje kaki menjejak lantai bilik air, Lenovo yang diletakkan di atas katil tadi menjerit minta diangkat. Aku terus mematahkan niat untuk mandi sebelum membaca nama pemanggil.
            “Angah!”
            Aku beristighfar panjang.  Sopan betul Wanda Nurhannah ni. Heh. Salam tak ada terus menjerit sakan. “Apahal sayang oii!”
            Wanda ketawa dari hujung talian. Gembira betul dia bila dah ingat semua wajah cinta hati.
“Angah, esok cutila…banyak lagi benda nak siapkan ni. Haritu cakap okay…” Wanda mula merengek.
Aku menggeleng laju tanpa sedar. Bertambah-tambah mengada-ngada budak Wanda sejak nak kahwin ni. Kalau dulu nak nampak dia merengek macam ni memang tunggu bulan jatuh ke riba je lah.
“Sebenarnyakan, angah lupa tarikh nikah kau tu.” aku sengih bersalah. Bukan apa, bila Wanda kena ragut dan lupa segala benda dulu, aku ingatkan tarikh perkahwinan diorang tunda la.
Sekali jadi jugak.
“Ahad ni kan? Kau dah sihat ke ni?”
“Alhamdulillah, dah sihat. Ini yang kalut ribut nak sediakan semua benda ni. angah baliklah awal. Kesian Kak Qila buat semua benda.”
Aku berjalan ke arah almari baju. Sehelai tuala putih yang baru dilipat malam tadi dicapai. “Habistu, kau tak tolong dia ke?”
“Ala… orang ni kan bakal Ratu Sehari…”
“Ceh!”
Sekali lagi Wanda ketawa lepas.
Aku menarik bibir ke pipi sambil menyangkut tuala ke bahu. Ya, aku tahu Wanda tengah bahagia. “Angah memang tak boleh cuti esok. Tapi habis kerja angah terus balik kampung. Okay?”
“Yeay! Love you la ngah. Jangan lupa belikan barang hiasan untuk buat hantaran tu sekali ngah. Orang tak tahu angah nak hias macam mana. Nanti angah bagi orang resit tu, tau.” Panjang lebar Wanda memberi arahan.
Nasib baiklah Wanda ni dah kira macam adik beradik jugak pasal cucu perempuan nenek ada empat orang je. Aku dan Iqa, anak abah. Wanda dan Qila anak arwah pakcik, adik abah. Yang lain semua lelaki.
“Iyala sayang, apa lagi kau nak pesan ni? Esok angah sibuk, kau call esok angah dah tak jawab, tau.”
Wanda ketawa lepas sebelum menjawab, “Itu aje ngah.”
Aku diam dalam senyuman. Boleh agak yang Wanda sedang tersenyum senget dari sana.
“Eh, lagi satu orang nak pesan!”
“Apa dia?”
“Bawa kereta elok-elok esok.”
“Iya…insyaALLAH.”
Selepas bertukar salam, talian diputuskan. Aku mengeluh lagi sambil memandang handphone di tangan.
Hujung minggu ni, Wanda pulak yang kahwin. Sekali lagi aku kena tadahkan telinga dengar soalan yang paling aku tak suka. Sama seperti waktu Iqa kahwin dulu.
Haih.
Kalau aku berkurung aje dalam bilik waktu majlis tu, boleh tak? Aduhai
           

“BEB.”
            “Hah?”
            Itu aje jawapan Ain.
            “Aku ada problem ni.” kipas siling yang berpusing aku pandang tanpa tujuan. Ain.
            Satu-satunya kawan universiti yang aku selalu berhubung. Kalau nak ikut Friends dekat Facebook memanglah lebih 400 orang kawan aku dekat situ. Tapi, setakat itu ajelah.
            Tahu keadaan masing-masing dekat status yang diupload.
            Kalau tak ada status. Tak tahu.
            “Amende? Pasal kahwin lagi?”
            Aku senyum sendiri. Ain ni memang power. Ada bakat jadi psikik. Memang dia tahu yang masalah aku cuma satu.
            “Cousin aku nikah minggu ni. Macam malas je nak balik kampung.” Aku buka cerita.
            “Persetankanlah mulut-mulut puaka tu semua…” laju dia membalas. Macam tahu-tahu aje yang aku takut bila ditanya soalan cliché tu.
            “Kau ni…”
            “Betullah aku cakap. Jangan nak layan sangat. Macam kau tak biasa…”
            “Aku dah biasa…” aku mengeluh tanpa sedar. Ain aje yang faham aku. Ain aje yang tak pernah tanya aku bila nak kahwin.
            Walaupun dia sendiri dah ada dua orang anak, sikitpun dia tak pernah cerita benda-benda yang boleh buatkan aku terasa.
            Sebab ramai aje kawan-kawan lain heboh pasal bestnya kahwin. Bestnya dapat anak. Bestnya ada suami.
            Dia orang tak fikir ke orang-orang yang senasib aku ni?
            Mungkin sebab itu jugaklah aku selesa bercerita dengan dia.
            “Norah, kau kena tahu. Tiap orang dah ada jodoh masing-masing. Kalau bukan sekarang, mungkin dekat syurga nanti?” suara lembut Ain menusuk telinga aku. “Dan aku yakin, kau akan temui jugak teman hidup kau. Persetankan dia orang, tau?”
            Aku cuma senyum. Sedikit sebanyak, nasihat Ain meleraikan kusut aku. “Thanks Ain. Sorry kacau kau tengah-tengah malam ni.”

            “Macam tak biasa.”


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget