Saturday, 7 February 2015

MISI MENCARI PENGANTIN LELAKI - ILLA SHANAHILA



Prolog

ALAMAK, LAMBAT LAGI aku harini!
            Matilah aku kalau bos marah lagi. Dahlah baru dua hari mula kerja!
            Aku gigit bibir, geram. Bukan pada siapa-siapa, tapi geram pada diri sendiri. Dah terpampang jam loceng tunjuk pukul 6.29 pagi. Boleh pulak aku belasah tidur sebab nak tunggu bangun pukul 6.30!
            Konon nak tidur lagi seminit, tapi padan muka aku. Pukul tujuh baru tersedar.
            Nasib baiklah tren tak lambat. Sampai aje dekat stesen komuter, tren terus tiba ikut jadual dekat skrin monitor.
            Aku mengeluh perlahan. Dengan bagpack di belakang dan beg tangan di bahu, aku terus duduk di atas kerusi sebelum sempat kerusi kosong itu disambar.
            Mata dibawa ke setiap pelusuk tren tanpa dipaksa. Kali ni aku terpaksa bersesak di koc campur. Koc wanita kalau pagi-pagi macam ni memang penuh ya amat!
            Sibuk meneliti setiap wajah, pandangan aku terhenti pada raut wajah seorang lelaki yang berdiri tegak sambil membelek handphone sendiri. Normal.
            Normal bila ada dalam tren atau bas, cara nak hilangkan diri dari orang ramai adalah tengok telefon bimbit. Aku pun selalu buat.
            Lama aku pandang wajah dia yang tenang tanpa riak di situ sehinggalah lelaki di sebelahnya memandang aku.
            Laju aku alihkan pandangan. Takut kantoi.
            Sekali lagi aku pandang jam sendiri. Dah hampir pukul lapan.
            Memang matilah aku kena marah nanti…
            Disebabkan bos tu handsome, aku hadap ajelah. Tapi, sekacak-kacak bos, kacak lagi lelaki tadi. Spontan aku membawa mata ke arah tadi.
            Kali ni jantung aku terhenti.
            Oh my, dia tengah tengok aku!
            Sekali lagi aku mengalihkan pandangan ke arah lain sambil membetulkan leher, buat-buat tak perasan (walaupun aku tahu muka aku dah merah gila!).
            Tali kasut yang terburai aku ikat kemas. Perlahan-lahan aku menarik nafas. Cuba bertenang.
            Entah apa yang merasuk, sekali lagi aku angkat kepala, pandang depan. Namun kali ni, pandangan aku dihalang oleh seorang wanita berbadan dua.
“Akak mengandung ke?” aku dah bersedia untuk bangun bila nampak seorang wanita 30-an yang berdiri di hadapan aku.
            Tunjuk baik dengan lelaki handsome tu okay jugak, kan? Mana tahu nak keluar nanti dia bagi nombor telefon dia.
Aku sengih sendiri. Syabas Naurah, pandainya kau..
            Belum sempat aku berdiri, tangan gempal kakak tadi melayang ke pipi aku. Aku ternganga dengan rasa kebas di pipi. Kakak tadi terus menyusup masuk ke tempat lain dengan bebelan yang aku tak faham.
            Kenapa dia tampar aku?
            Aku nak tolong je bila tengok dia susah-susah berdiri dengan perut memboyot tu.
            Bukan ke budi bahasa budaya kita?
            Ataupun…
            Kakak tu tak mengandung!?
            Aku hampir tepuk dahi sendiri. Rata-rata manusia yang berada di dalam tren tersengih-sengih memandang aku. Ada jugak yang ketawa lepas.
Kalau dah macam ni…lelaki tadi pun mesti ketawa jugak.
Laju aku membawa pandangan mata ke sudut koc. Lelaki tadi hanya tersenyum selapis. Aku gigir bibir sendiri. Malu!
Sempat aku menjeling tajam ke arah temannya yang tergelak kuat. Aku tahu kalau tak ada orang dalam tren di, dia boleh  gelak guling-guling.
            Apa? kelakar ke kalau aku nak tolong kakak tu duduk?
            Aku nak tolong wanita mengandung aje.
            Manalah aku tahu dia mengandung lemak!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget