Saturday, 7 February 2015

BAB 2 : MISI MENCARI PENGANTIN LELAKI - ILLA SHANAHILA



Pagi itu, awal-awal pagi lagi Abang Bidin tersengih di hadapan meja. Boleh agak yang bos dah bagi green light.
Heh.
Aku hanya mampu sengih aje bila dia mengangkat kening beberapa kali, gembira sebab aku tolong dia lepaskan diri.
Beg sandang aku capai dari atas meja sebelum menutup komputer.
Sepanjang perjalanan ke Viva Home Shopping Mall aku tersenyum lebar. Nampaknya cadangan aku untuk bawa Abang Bidin sekali memang satu cadangan yang bernas.
            Tak boleh disangkal lagi.
            Sebabnya, sepanjang perjalanan aku tidur aje, Abang Bidin  yang ambil tugas memandu. Lagipun, aku mana pandai nak bawa kereta manual. Auto pun aku masih terkial-kial.
            Tadi pagi, nasib baiklah bos tak banyak soal bila Abang Bidin minta untuk temankan aku sepanjang masa di Expo Doraemon ni. Lagipun, kerja urusetia dekat bengkel tu apalah sangat. Tukang susun kerusi, tukang edar modul bla…bla…
            Sekurang-kurangnya, kalau Abang Bidin ikut aku, adalah gambar yang ‘kebaboom’ daripada dia nanti. Lagipun, bukannya kami tak tahu yang Abang Bidin punya skill ni memang susah nak cari dekat mana-mana jurugambar yang lain.
            Aku pun pelik kenapa Abang Bidin tak pernah nak cari kerja yang lagi sesuai dengan kemahiran dia tu. Rasanya dalam Malaysia ni, kerja jurugambar pun boleh pergi jauh.
            Tapi Abang Bidin tak. Dia nak dekat-dekat aje, dekat ofis aku. Heh.
            “Kau nak makan dulu ke nak masuk terus?”
            Laju aku mengurut dada, terkejut dek soalan tiba-tiba daripada Abang Bidin. Dia ni macam tahu aje yang aku tengah kutuk dia. “Makan dulu la. Saya tak breakfast lagi pagi tadi. Abang nak masuk dulu ke?”
            “Aku pun tak makan lagi Naurah oi. Kita makan dulu lah.” Jawab Abang Bidin sambil memasukkan keretanya ke dalam petak parkir. “Kalau aku ambil gambar pakai handphone aje boleh tak? Malas aku nak bawak beg kamera besar-besar.”
            Bulat terus mata aku memandang Abang Bidin yang tersengih-sengih sebelum mematikan enjin kereta. tahulah dia guna Iphone 5S.
“Kalau saya siku abang sekarang jangan tanya kenapa,” aku bersuara keras. Tak puas hati. “Semalam beria-ia nak ikut saya, nak jadi jurugambar la, nak asah skill la. Sekarang nak ambil gambar pakai kamera telefon bimbit aje? Kalau macam tu, baik saya datang sendiri aje.” Balas aku panjang lebar tanpa memandang. Geram.
“Kau ni pun, aku nak gurau sikit pun tak boleh.” Abang Bidin dah ketawa kuat. Dia keluar ke tempat duduk belakang, mencapai segala jenis beg yang dia bawa tadi. “Patutlah kau tak kahwin sampai sekarang.”
Muka Abang Bidin aku pandang tajam. Bab inilah yang aku paling tak suka.
Tak suka.
Takkan sampai tempat kerja pun ada orang nak tanya aku pasal kahwin? Dekat kampung pun dah cukup menggelegak jiwa aku. “Dah, abang boleh balik sekarang. Saya pakai kamera phone je.”
            Sekali lagi tawa Abang Bidin meletus. Beberapa orang yang baru sahaja keluar dari kereta mencuri pandang. Abang Bidin ni pun, nak ketawa tu agak-agak la.
            “Kau ni Naurah…” ketawanya masih bersisa.
            Aku hanya mampu mencebik lebar sebelum meninggalkan Abang Bidin di belakang. Lagi melayan Abang Bidin ni lagi sakit otak aku.
            “Nak gurau siang pandang-pandang bang, saya ni belum makan. Karang kalau saya makan abang lain ceritanya.” Jari jemari mula membetulkan ikatan rambut yang longgar.
            Abang Bidin muncul di sebelah dengan sengihan. Tak puas hati lagi la tu. “Cepatlah kau kahwin Naurah, aku nak pesan something dekat bakal suami kau.”
            Aku berpaling ke arahnya dengan kening terangkat. Kedua-dua tangan masih  sibuk mengikat rambut tinggi menjadi ekor kuda. Senang. “Abang nak pesan apa?”
            Aku nampak dia tersenyum nipis sebelum menjawab, “Aku nak pesan dekat suami kau, jangan bagi kau kebulur. Karang satu dunia kau terbalikkan. Muka lapar kau serius menakutkan.”
            “Saya call bos sekarang suruh abang balik ofis.”
            “Dah tu, kau nak balik dengan bas nanti?” dia sengih lagi.
            Aku terdiam. Kalah.
            “Tengok tu. Muncung sedepa. Naurah…Naurah.”
            “I need food!”


SELESAI MEMBERI TIKET, aku dan Abang Bidin terus ke pintu masuk. Ramai juga manusia yang memenuhi ruang expo ni. Tapi yang paling excited, mak-mak budak.
Mana taknya, budak-budak sekarang mana layan dah bab-bab Doraemon ni. Cerita Doraemon ni zaman aku aje yang popular. Zaman sekarang budak-budak lagi suka main game dekat android.
            Masuk aje ke dalam, Abang Bidin terus buat kerja dia. Ambil gambar apa yang patut. Aku biarkan aje sebab itu memang kerja dia. Aku pula sibuk dengan PR dan urusetia Expo. Mencatat apa yang patut.
Tak lama pun kami dalam tu. Sejam kemudian, aku dahpun keluar ke tempat cenderamata. Dua tiga kali aku menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat Abang Bidin, tapi tak jumpa.
Seronok sangat agaknya bila jumpa dengan Doraemon.
Beberapa keping fridge magnet dan keychain aku bawa ke kaunter bayaran. Buat kenangan kononnya.
“Dah siap?”
Sikit lagi nak keluar latah aku bila ditegur dengan tiba-tiba. Laju aku berpaling ke kiri, Abang Bidin yang tersengih lebar dengan beg kamera di bahu aku pandang pelik.
“Bila abang keluar?”
“Baru keluar la ni…” dia membelek kepingan magnet di atas kaunter. “Nak buat apa benda ni?”
Aku hampir tepuk dahi bila mendengar soalan yang langsung tak disangka dari dia. “Dah namanya fridge magnet, lekat dekat peti la abang oi.”
Dia ketawa perlahan, lucu dengan soalan dia sendiri la kot.
“Manalah aku tahu. dekat rumah aku mana pernah ada beli benda-benda macam tu.”
“Abang nak ke? Saya belanja satu.” Pelawa aku, ikhlas. Kesian pulak dengar cerita dia. Ada lagi ke orang zaman sekarang tak tahu apa tu fridge magnet?
“Tak payah. Kalau kau beli, satu itu aje yang melekat dekat peti aku. Kau nak aku ingatkan kau tiap-tiap hari eh?”
Pulak dah…
“Tak nak sudah.” Laju aku menjawab. Seriau pulak kalau Abang Bidin ingatkan aku tiap-tiap hari… er…
“Jomlah balik. Abang nak solat jumaat pulak ni.”
“Abang nak kena pancung dengan bos? Tengah hari pun belum ni.” sangkal aku. Bukan tak bagi dia pergi solat jumaat, tapi baru pukul 11.00 pagi. Kalau balik sekarang, tak ke bos jeling-jeling sotong nanti?
“Haah, iya tak ya jugak. Kalau tak, sia-sia ajelah aku ikut kau kan?”
Aku senyum nipis. Tumpuan aku kembali kepada amoi yang bertugas di kaunter bayaran. Setelah plastik kecil bertukar tangan, aku melangkah keluar dari kedai cenderamata. Abang Bidin mengikut dari belakang.
“Sebenarnya saya kena beli barang bang. Boleh tak abang temankan saya beli barang dulu sebelum solat jumaat?”
“Barang?”
Aku mengangguk laju tanpa memandang. Plastik yang berisi pelekat peti dan rantai kunci aku sumbat ke dalam beg sandang. Rambut yang diikat satu tadi aku lepaskan bebas. Biar bernafas.
“Barang apa?” soal Abang Bidin lagi, tak puas hati.
Aku mencipta senyum nipis. Kalau aku kata aku nak cari barang untuk dulang hantaran, agak-agak Abang Bidin terkejut tak?
Heh.
“Abang ikut aje. Kang saya bagitau.”


“NAK BUAT APA DEKAT sini?”
Aku terus keluar dari kereta tanpa memadang Abang Bidin yang masih dalam kepelikan.
“Hish, bencilah aku cakap dengan kamu ni Naurah, bukannya nak jawab.” Dia terus mematikan enjin dan keluar dari kereta.
Aku ketawa kuat bila mendengar dia merungut. Dengan umur dia yang dah hampir empat puluh tahun, terasa lucu bila mendengar dia merungut macam tu.
“Saya nak beli barang untuk hias dulang la…” aku menjawab dengan ketawa yang masih bersisa. “Kalau abang nak tunggu dalam kereta, tunggulah. Tapi rasa rasa saya lama dekat sini.” Aku angkat kening tinggi.
“Kau ni…saja nak dera aku, kan?” kereta dikunci menggunakan remote controller. “Kau nak aku kena panggang kalau tunggu dalam kereta tu lama-lama?”
Aku sengih sendiri. Pintu masuk kedai bunga dan hiasan itu aku tolak dari luar. Loceng angin yang diletakkan berhampiran dengan pintu berbunyi nyaring sebaik sahaja pintu ditolak.
Seorang pembantu kedai terus melemparkan senyuman, menyambut aku dan Abang Bidin. Spontan bibir aku mencipta senyum membalas.
“Kau nak kahwin ke Naurah? Aku tak tahu pun?”
“Abang duduk je la kat situ,” jari telunjuk aku melurus ke arah kerusi kayu yang terletak elok pada sudut kedai. “Dah siap nanti saya panggil.” Aku kenyitkan mata kanan sebelum melangkah ke arah rak-rak yang meletakkan pelbagai jenis hiasan untuk dulang hantaran. Soalan dia tadi aku biarkan tak berjawab.
“Naurah…” Tangan aku ditarik dari belakang dengan tiba-tiba. Kedua-dua kaki aku terus kaku, tak jadi untuk mengatur gerak.
Apakah?
“Sorry,” Abang Bidin mengangkat kedua-dua tangannya, tanda ‘minta maaf’.
Aku masih tergamam di tempat aku berdiri. Terkejut sebenarnya.
“Kau ke yang nak kahwin ni?” Suara Abang Bidin mengendur.
“Bukanlah.” Aku menjawab sepatah. Tangan kanan yang ditarik Abang Bidin tadi aku lipat di dada. Awkward…oh no. kenapa terasa awkward gila ni?
“Oh… okay.” pendek jawapan yang terkeluar dari mulut dia. “Pergilah cepat. Kejap lagi aku nak cari masjid pulak.”
Aku mengangguk. Cepat-cepat aku menyusup ke dalam deretan rak yang tersusun rapi di dalam kedai. Aku menarik nafas lama, meredakan getaran dada sendiri.
Fokus Naurah, fokus. Kau datang sini nak cari hiasan dulang Wanda. Fokus.
Sempat aku menjeling ke arah kerusi kayu tempat Abang Bidin duduk tadi. Dia mula leka dengan kamera yang dari tadi digantung pada leher. Melihat kemali imej yang diambil dia tadi. Aku mengeluh lagi tanpa sedar.
Tanpa menghiraukan debaran dada yang mula kembali normal, aku terus bergerak ke kaunter untuk mengambil bakul plastik yang disediakan untuk pelanggan. Senang nak letak barang-barang yang akan diambil nanti.
Lenovo S890 aku keluarkan dari poket seluar dengan tangan kanan sebelum membuka ruangan whatsapp. Jam ditangan aku pandang sesaat sambil membawa jari jemari berlari di atas skrin telefon.

‘Abg nak pergi masjid dulu pun tak apa.
Dh habis nanti saya call.’

Tak sampai seminit.

Lambat lagi
Aku duduk sini je la.
Dah dekat pukul 12.30.
Sy lama lagi ni.
Banyak barang nak kena pilih.
Takut abg bosan pulak
Tak bosan pun
Take ur time.

OK

Aku memandang ke arah Abang Bidin yang sudahpun bersila di atas bangku kayu tadi. Bagaikan memahami, dia terus mengangkat tanda ‘OK’ sebelum kembali mengalihkan pandangannya ke arah DSLR di tangan.
            Aku hanya mampu tersenyum nipis sambil mengeluh perlahan. Rasa bersalah pulak heret Abang Bidin datang sini.
            “Nak pilih apa kak?”
            Jantung aku hampir terloncat keluar bila mendengar suara asing dari belakang. Aku mengurut dada. Wajah manis pembantu kedai yang berada di kaunter tadi tersenyum lebar.
            “Boleh saya tolong?” sambung dia lagi.
            Aku memandang tag nama yang tertulis ‘Rosie’ pada bajunya. Spontan kening aku terangkat tinggi. Zaman sekarang ni pekerja di kedai bunga pun pakai tag nama eh? Hebat.
            “Er, tak apa. akak cari sendiri.” Aku membalas dengan senyuman. Tangan kanan menolak rambut ke belakang telinga. “Terima kasih ya.”
            Rosie mengangguk perlahan sebelum kembali ke kaunter hadapan. Aku mula memilih beberapa jenis riben dan bunga yang mengikut tema majlis Wanda nanti. Merah jambu dan ungu.
            Jari jemari mula membelek pelbagai jenis bunga tiruan yang tersusun di atas rak. Semuanya cantik! Beberapa batang bunga merah jambu dan ungu aku capai dan terus dimasukkan ke dalam bakul.
            Bunga kecil, bunga sederhana, dan bunga besar. Semua sekali aku bedal. Biar lebih, jangan tak cukup.
            “Pandai akak pilih.”
            Sekali lagi jantung aku mengepam darah dengan lajunya. Bunga tiruan yang dipegang hampir terlucut dari tangan.
            Budak Rosie ni la…
            “Tema majlis akak pink dan purple ya?” dia menegur dengan senyuman.
            “Eh, bukan…”
            “Oh, saya tahu. Hantaran je warna ni, tema akak warna lain, kan?” laju Rosie memotong.
            Sikit lagi aku nak tepuk dahi sendiri.
            “Tapi apa-apa pun, warna ni cantik. Ramai customer yang pilih warna macam akan pilih ni. Bunga ni pun baru aje sampai stok kelmarin.”
            Aku hanya mampu tersenyum mendengar penerangan dari Rosie. Ramah sungguh budak Rosie ni.
            “Dik, akak tak jumpa span keras untuk cucuk bunga ni. ada jual tak?” tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Puas aku intai di segenap pelusuk rak, tapi tak jumpa. Mana entah dia orang letak span hijau keras tu.
            “Akak nak cucuk bunga untuk dulang ke. Yang hijau tu kan?”
            Laju aku mengangguk. Ha, iya la tu.
            “Saya cadangkan akak pakai polisterin, senang. Kalau pakai span hijau tu, dia akan keluarkan habuk. Nanti leceh pulak nak bersihkan.” Rosie mencapai kepingan polisterin setebal dua inci dari rak yang berdekatan.
            “Oh, iya tak ya jugak, kan?”
 “Balik nanti akak potong je ikut saiz dulang. Kalau akak nak kita orang buatkan pun boleh. Bunga akak pilih sendiri, kami akan hiaskan dulang ikut citarasa akak. Jimatlah sikit tenaga bakal pengantin.” Dia tersenyum di hujung kata sambil menjeling ke arah Abang Bidin yang masih leka dengan kamera.
Takkan budak ni dah silap faham kut?
“Eh, tak apa. Akak memang nak hiaskan sendiri.”
“Untung kan kalau pengantin sendiri pandai buat semua.”
Hah, sah. Dia dah salah faham.
“Tapi kan kak,” Rosie tiba-tiba mendekati aku dengan nada suara yang tiba-tiba berubah. Kening aku terangkat tinggi, menanti apa yang ingin disuarakan. “Akak yakin ke nak kahwin dengan abang tu? Dari tadi nampak dia tak minat langsung dengan hiasan hantaran ni.”
Aduhai…sampai ke situ kau dik oi!
“Selalunya la kan, pelanggan yang datang sini, bakal suami dia orang yang paling banyak mulut, cadangkan itu ini.” Mata Rosie sekali lagi memandang ke arah Abang Bidin sebelum kembali menatap wajah aku. “Akak okay ke dengan abang tu?”
Aku menarik senyum lebar sambil memandang wajah Rosie yang jelas penuh tanda tanya.
Aku tak tahulah kalau kerja dia dekat sini termasuk dengan ‘masuk campur’ hal-hal pelanggan. Heh.
“Adik sayang, sebenarnya hantaran ni bukan untuk akak.” Aku berhenti sesaat sebelum menyambung, “dan abang yang duduk dekat atas bangku tu bukan bakal suami akak.”
Rosie nampak terkejut dengan kenyataan aku. Berkali-kali dia menelan air liur dan tersengih dengan sengihan bersalah.
“Akak buat hantaran untuk orang dik. Abang tu satu ofis dengan akak.” Sambung aku lagi. “Lain kali, nak tahu, tanya.” Aku nampak Rosie menggigit bibir beberapa kali. Itulah, tak tau tanyo dolu, jangan goma momandai-mandai.
Heh, tiba-tiba masuk lirik Gadis Jolobu pulak.
Sorry kak.”
Aku mengangguk. Nak brain wash lama-lama, kesian pulak. “Ini je dik. Buat resit ye. Akak nak claim dengan bakal pengantin nanti.” Sambung aku lagi. Sengaja aku tekankan ayat bakal pengantin tu.
Rosie hanya tersengih sambil membawa bakul aku ke kaunter. Selesai membayar harga barang, aku terus mendapatkan Abang Bidin yang masih setia menunggu.
Sorry lambat.”
Takde hal.”
            “Nak ke masjid sekarang?” aku menolak daun pintu untuk keluar.
            “Haah. kau nak tunggu ke?”
            Aku senyum nipis. Segala barang yang aku beli tadi aku sumbat ke tempat duduk belakang setelah Abang Bidin membuka kunci. “Saya ada pilihan lain ke?”
            “Ikut aku pergi masjid la. Apa ada hal.”
            Darah merah terus berlari ke muka. aku tahu Abang Bidin tak bermaksud untuk perli aku.
            Kan?
            “Saya tunggu abang sampai habis solat la.” Aku menjawab perlahan.
            “Kau nak tunggu dekat mana?” Abang Bidin sudahpun masuk ke tempat pemandu. Aku turut sama melangkah masuk ke dalam kereta, mengambil tempat di bahagian penumpang.
            “Abang dropkan saya dekat jalan TAR. Dah habis nanti abang call saya.”
“Nak buat apa pergi jalan TAR tengah hari macam ni?”
“Cari tudung.” aku menjawab tanpa memandang. Sebenarnya aku teringatkan pesanan Iqa semalam. Alang-alang dah tak ada tempat nak pergi, baik aku singgah beli selendang yang dia kirim terus.
“Okay.”
“Thanks.” Aku berdehem beberapa kali, membetulkan suara. Entah apa yang Abang Bidin fikir nanti.
Aku nampak Abang Bidin tersenyum nipis sebelum membelokkan kereta menuju je Jalan Tunku Abdul Rahman. “Beli banyak-banyak ye.”

Dan aku hanya buat-buat tak dengar.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget