Thursday, 23 April 2015

Bab 4: OFFICIALY MILIK DIA - MELATI SHAFIKA


Bab 4

         
                TELEFON bimbit berbunyi, menandakan pesanan ringkas sedang masuk.

Yasmin Hidayah, don’t forget to pack your things. We’ll go straight after office hour.
         
        Subuh-subuh dah dapat text daripada Fariq Hatta. Mesti dapat nombor aku dari Kak Su ni. Haish! Rasa macam nak ambil cuti sakit sahaja hari ini. Tapi, bimbang pula dia datang menjemput aku di rumah memandangkan dia sudah tahu jalan ke sini. Kalau itu yang terjadi, apa kata mak dan ayah aku pula?

        Maka, aku pun dengan segera mula mencari beg kecil untuk dimuatkan dengan baju dan peralatan untuk ke luar kawasan. Bawa sehelai dua cukuplah. Hari ni pergi, esok, lusa dah balik kan? Hai, entah projek apalah yang dimaksudkan Fariq Hatta? Jangan dia buat onar kat aku sudahlah. Apa-apapun, baik aku bersedia dengan apa-apa yang patut. Penyembur cili mungkin?

        Siap! Nak sarapan pagi pula. Mak masak apa hari ni? Bau macam nasi lemak sahaja. Hmm... lapar ni! Cepat-cepat aku bersiap. Perut sudah berkeroncong minta diisikan.

        Aku turun dari tingkat atas, terus ke dapur. Hampir saja aku terjatuh, melihat siapa yang berada di meja makan.

        “Apa… apa Encik Fariq buat di sini?”

        “Sedap nasi lemak mak awak buat.” Dia tersenyum bersahaja. Adoi!

        Hilang terus selera aku.

        “Duduklah, cepat makan. Saya tak mahu awak lapar dalam perjalanan nanti.”

        Kecil besar kecil besar anak mata aku. Ini sudah kira menceroboh hidup aku. Bibir kuketap menahan hati yang menggelodak marah. Apatah lagi melihat senyuman yang tersungging di bibir dia.

        “Mak cik, saya nak tambah sepinggan lagi.” Senyum dia tambah meleret bila mata aku sudah terkebil-kebil menatap wajah dia.

        Sudahnya nasi lemak hasil air tangan mak, aku jamah sedikit sahaja. Selebihnya, dihabiskan Fariq Hatta. Siap bersendawa lagi menyakitkan hati aku. Eei!

        “Terima kasih mak cik atas sarapan yang sangat menyelerakan ini,” ucap Fariq Hatta kepada mak ketika kami beransur pergi.

        “Lain kali kalau nak lagi, datanglah rumah. Mak cik boleh sediakan,” pelawa mak pula membuat senyuman Fariq Hatta melebar.

        “Insya-Allah, itu sudah pasti mak cik. Mak cik tak kisahkan kalau saya datang selalu.” Fariq Hatta mengerling aku dengan kening terjongket.

        Argh! Aku juga yang penasaran. Aku pandang dia yang sedang memandu. Fariq Hatta yang kacak dan segak. Fariq Hatta yang kupuja dalam diam. Fariq Hatta yang kini berada di sebelah aku. Lepas tu aku mengeluh.

        “Ada apa?” Dia menoleh sekilas, perasan mata aku terhala kepadanya.

        “Encik Fariq, tak perlulah buat macam ni lagi,” kataku lambat-lambat.

        “Buat apa?”

        “Apa yang sedang Encik Fariq buat ni... sekarang ni... semalam.” Gusar juga aku kalau dia berterusan macam ni. Mahu nanar aku dibuatnya nanti.

        “Hmm…”

        “Saya tahu saya sudah menyakitkan hati Encik Fariq. Saya minta maaf okey?”

        “Hmm…” Kening dia terjongket.

        “Dan, fasal kereta awak tu, saya akan bayar secara ansuran. Berapa banyak pun jumlahnya. Kalau awak tak percaya, boleh potong terus dari gaji saya secara bulanan,” usul aku.

        Dia melepaskan nafas sedas.

        “Encik Fariq, dengar tak?”

        “Erm…”

        What exactly do you want from me?” Geram sedikit aku bila dia tidak mengambil endah dengan apa yang keluar dari mulut aku. Akhirnya aku memalingkan muka menghadap cermin sebelah penumpang.

        Bila selamat tiba di kawasan parkir khas untuk kakitangan syarikat tempat kami bekerja, dia memberhentikan kenderaan lalu memandang aku. Aku buat tak tahu sahaja.

        “Yasmin Hidayah,” seru Fariq Hatta lembut.

        Mendengar dia menyeru nama aku saja sudah buat aku tidak keruan. Aku terkaku sejenak. Bukan dia tidak pernah memanggil nama aku tapi kali ini aku rasa semacam.

        Look at me.” Fariq Hatta menarik nafas panjang. Mungkin dia fikir aku sedang berdegil.
        Aku teguk air liur, masih membeku memandang ruang kosong di sisi kiri.

        “Don’t force me to do something you will regret later.”

        Aku tersentak, lalu menoleh menatap wajah Fariq Hatta. Aku mengeluh lagi sebab aku tahu hati aku akan bergetar bila bertentang mata dengannya. Kali ini lebih hebat daripada yang biasa kerana jarak yang begitu hampir antara kami berdua.

        Lama kami begitu. Saling berbalas pandang.

        “We will discuss this once we are back from outstation.” Lembut renungan matanya. Lembut juga dia bersuara.

        Is that okay with you?”

        Suara dia. Aduhai! Nafasku bagai tersekat tidak mampu berkata apa, sekadar mengangguk sahaja. Oh, Yasmin Hidayah! Wake up, wake up!
         
         
“KAK SU, can we have a discussion for an hour or two? Please get Hashmi, Azhar and Yasmin Hidayah to come over as well. 15 minit lagi dalam bilik mesyuarat.”

        Aku terdengar Fariq Hatta memberi arahan kepada Kak Su. Mesti ada kena mengena dengan projek yang dimaksudkan Fariq Hatta semalam. Eloklah dia buat mesyuarat sebab aku pun tidak tahu apa tugasan aku sebenarnya.

        Sejam lebih duduk dalam bilik mesyuarat mendengar pembentangan kertas kerja dan pengagihan tugas. Malangnya, apa tugas yang sepatutnya aku lakukan masih tidak diperincikan dengan jelas. Aku angkat tangan. Fariq Hatta dan yang lain menoleh ke arah aku.

        “Encik Fariq, saya …”

        “Yasmin Hidayah, I’ll get back to you in a short while.” Pantas dia memangkas aku.
        Lima belas minit berlalu.

        “Okey. That’s about it. Korang boleh bersurai.”

        Apalagi, aku yang sudah bosan pun angkat punggung sama.

        Not you, Yasmin Hidayah.”

        Langkah kaki aku terhenti. Aku menoleh dan mata kami bertembung. Dia menunggu hingga semua yang ada tadi meninggalkan kami berdua. Hati aku berdebar lagi.

        Aku angkat kening bertanya. Sebenarnya, lebih kepada menghilangkan resah yang berlegar dalam benakku. Mahu tak resah, berdua dengan dia. Bimbang kalau-kalau aku hilang waras pula bila asyik menatap wajah dia.

        You… will replace Kak Su for the time being.” Dia menarik nafas pendek, dengan sebelah tangan di pinggang dan jari telunjuk mengetuk-ngetuk bibirnya dia memberitahu.

        “Hah?” Aku terkedu.

        “Tapi… tapi… Kak Su tak ikut ke?”

        “Kenapa? Awak takut?”

        Memanglah. Aku takut sangat-sangat. Takut dengan hakikat yang aku akan bekerja dengan lebih dekat daripada yang biasa dengan dia. Takut rahsia yang aku simpan selama ini akan terbongkar. Argh! Tak nak! Tak nak! Aku gigit ibu jari sambil minda berfikir ligat.

        “Awak ingat saya jahat sangat?” Tanpa menunggu jawapan daripada aku, dia menyambung. “Kak Su akan ikut sama. Kalau tak, siapa nak bagi tunjuk ajar kepada awak bila kita sudah sampai di sana?”

        Aku diam sahaja. Dalam hati tertanya-tanya, dia marah?

        “Awak tahu drive?”

        “Drive?”

        Not driving me crazy. I know you can do that pretty well. Drive as in memandu kereta.”

        Pfft? Mata aku terkebil-kebil. Apakah? Tapi aku mengangguk juga.

        “Bagus, ada lesen?”

        “Ya...” Of course. Aku sudah julingkan mata ke langit.

        Good, you and I will share a car.”

        Berdua? Kening aku terjongket lagi. Kak Su?

        “Kak Su, dia akan naik flight. She will go this afternoon after giving you some details on your task.”

        Aku teguk air liur. Kenapa kita semua tak naik pesawat sekali, bukankah lebih mudah?

        “Kak Su, tak boleh ikut kita sebab dia mabuk jalan. Lagipun, kereta memudahkan pergerakan untuk ke mana-mana. Jimat kos, tidak perlu menyewa bila sampai di sana kelak.”

        Macam tahu-tahu sahaja apa yang sedang bermain di fikiran aku. Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu aku ke sana sebab memang ada tugasan. Bukan atas sebab yang lain. Buat masa ni, aku tolak kemungkinan yang Fariq Hatta berniat hendak mengenakan aku. Aku harap aku tidak salah. Aamiin.

        “Ada apa-apa lagi yang perlu saya tahu, Encik Fariq?”

        Dia menggeleng. “Awak boleh pergi. Nanti, saya minta Kak Su jumpa awak.”

        “Terima kasih, Encik Fariq.” Selepas mengucapkannya, aku pun beredar.

        “Yaya...” Ketika membuka tombol pintu bilik mesyuarat, dia memanggil aku semula.

        Aku menoleh. “Ya, Encik Fariq.”

        “Saja… nak tengok muka awak.” Dia tersenyum.

        Tersirap darah aku naik ke muka.

        “Oh... Hmm… Ok.. saya, saya keluar dulu.” Tergagap-gagap aku menutup pintu. Dalam hati menjerit bagai nak rak. Eh! Macam manalah aku boleh jadi begitu? Nasib baik tak langgar pintu.

        Aku boleh dengar suara Fariq Hatta tergelak di sebalik daun pintu. Argh! Suka sangatlah tu dapat mengenakan aku. Benci!
         

2 comments:

There was an error in this gadget