Thursday, 16 April 2015

Prolog: TEMANI AKU SELAMANYA - PENA KAYU



MATAHARI berada betul-betul tegak di atas kepala. Teriknya begitu membahang. Lebih-lebih lagi bila berada di dalam perut kereta, yang mana aircondnya sedang rosak. Memang Carl Ibrahim bermandi peluh. Rasa sabarnya cepat saja jadi tipis. Dan pakej paling bagus bila tersangkut di plaza tol. Semuanya sebab Viva di depannya sejak tadi tidak bergerak.
Sementara itu, Nirina pekakkan telinga bila hon kereta dibunyikan secara bersambung. Urusannya perlu diselesaikan lebih dulu dengan toll gate boy ini.

"I memang tak ambil kad transit tu. I bukan hilangkan," tegas Nirina, lengkap dengan wajah serius.

"I masuk dari tol Bukit Raja. Girl yang jaga gate dekat sana tak beri I kad transit pun."
"Sekejap ya puan, kami check CCTV dulu."

"Kenapa? Duit tak cukup?"

Suara yang tiba-tiba menegur itu memang boleh tahan ayatnya. Berdesing juga telinga Nirina. Cepat saja Nirina berpaling mencari arah datangnya suara tersebut.

Nampaknya tuan punya suara garau itu lelaki. Memakai cermin mata gelap dan wajahnya nampak berpeluh dan seperti hendak menelan Nirina saja. Sempat juga Nirina disapa rasa gementar.

"Bukan. Kad transit puan ni tak ada."

Carl Ibrahim menyorot pemandu Viva itu seketika. Selepas itu walletnya dibuka sembari sekeping not RM50.00 diserahkan pada toll gate boy di situ.

"I dah lambat. Panas lagi. Tolong angkat pagar tu dan bagi Viva dia jalan dulu."

Pagar telah diangkat. Sekarang cuma menunggu Viva Nirina melepasi pagar tol tersebut.

"Kalau fasal duit RM50.00, I dah lama bayar. Masalah sekarang staff tol ni yang tak beri I kad transit."

Sempat lagi Nirina bertelagah. Hatinya tidak puas bila lelaki itu hulur not RM50.00. Seolah-olah, Nirina yang bersalah dalam hal ini.

"Itu masalah kecil. Masalah besar datang bila you pentingkan diri sendiri. Sebab you, lorong tol ni jadi sesak. You tengok sendiri berapa meter panjang barisan ni, Semata-mata nak tunggu you selesai puaskan kepentingan you."

Telingan Nirina berdesing dua kali ganda.

"Tunggu I dekat situ," putus Nirina sambil menunjukkan R&R selepas tol tersebut. Kemudian Vivanya dipandu ke sana lantas brek ditekan. Sekarang Nirina telah keluar dari perut Vivanya. Sekeping not RM50.00 juga telah disediakan.

"Hei!" laung Nirina sebaik saja kereta yang dipandu lelaki tersebut melepasinya tanpa berhenti.

"I dekat sinilah!"

Nirina juga telah melambaikan tangannya. Pun begitu kereta yang dipandu lelaki tersebut makin laju saja.

"Kalau tak nak sudah!" omel Nirina.

"Dia yang rugi, bukan aku," omel Nirina terus.

Hari ini Nirina jimat RM4.20. Lelaki itu pula rugi RM50.00.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget