Thursday 14 August 2014

Bab 2 : LAMARAN UNTUK TEMAN HATI - Wawa taufik


                         
    UZMA sudah siap mengemas kain baju dan serba sedikit keperluannya. Dia berdiri sambil bercekak pinggang memandang beg pakaiannya yang sudah lusuh namun masih elok digunapakai.
        Walaupun Hasya selalu memintanya menukar beg tersebut kepada yang baru, namun dia masih tetap berdegil. Baginya, benda masih boleh digunapakai buat apa hendak membazir menukar yang baru pula?
        “Okay! Semua dah siap! Rasanya tak ada yang tertinggal,” bisiknya perlahan.
        “Okay ke Uma? Dah siap semua?” tanya Hasya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik asrama mereka.
        Uzma mengangguk.
        “Insya-Allah...” jawabnya ringkas.
        Dia memandang ke arah Hasya yang kelihatan mula sibuk mengemas. Tangannya ligat memasukkan pakaiannya yang sangat banyak itu ke dalam beg pakaian beroda yang saiznya Masya-Allah besar mengalahkan orang nak ke Mekah pula. Baju-bajunya hanya digulung dan dilempar ke dalam beg tersebut.
        Berkerut dahi Uzma melihatnya.
        “Beb!” panggil Uzma.
        Hasya mendongak memandang Uzma yang sedang berdiri di hadapannya.
        “Ada apa?”
        “Kau nak aku tolong?” Uzma menawar diri. Dia sebenarnya arif dengan kebolehan Hasya. Bersama sudah hampir empat tahun membuatkannya sudah ‘masak’ dengan temannya itu.
        Tidak tahu mengemas!
        Tidak tahu melipat pakaian!
        Sakit tangan apabila menyapu!
        Lenguh tangan apabila mengemop lantai!
        Mengelupas kulit tangan apabila membasuh!
        Tak pandai nak sidai pakaian!
        Haih... Hasya! Hasya! Manja benar! Semua tak boleh buat!
        Hasya tersengih. “Boleh ke?”
        Uzma mengangguk. Dia pantas duduk bersila di hadapan temannya itu. Tangannya mula ligat mengeluarkan kain baju Hasya yang digulung dan disumbat ke dalam beg itu. Dia mula melipat semula dan menyusun kemas.
        Hasya hanya memandang. Dia memang tidak tahu melakukannya walaupun sudah beratus kali diajar oleh temannya itu. Dia tidak betah melakukan kerja rumah. Dia tidak pernah diajar dan disuruh melakukan itu semua. Segalanya elok dilakukan oleh pembantu-pembantu di rumahnya.
        Bukan dia tidak belajar... Pernah! Tetapi, dia memang sangat tak pandai untuk melakukannya. Malah telapak tangannya pasti akan sakit apabila dia memegang penyapu dan mula menyapu. Dia tidak tahu kenapa. Tiba-tiba diri terasa manja benar. Semua tidak boleh!
        “Okay! Done!” ucap Uzma setelah zip beg pakaian Hasya ditarik dan mula menutupi isi di dalamnya.
        Thank you, Uma. You really are a great help to me. Bless Allah for sending you to me. Oh Ya Allah! Alhamdulillah...”
        Uzma hanya tersengih. Dia buat dah! Drama dah nak mula dah!
        “Yang kau tersengih-sengih ni kenapa?” tanya Hasya hairan. Dia punyalah serius dan sepenuh hati berucap tetapi Uzma tersengih pula.
        “Sudah-sudahlah drama kau tu! Tiap-tiap kali cuti sem atau masuk sem baru... itulah ayat kau. Aku dah boleh hafal dah!”
        Giliran Hasya pula tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Terbit rasa malu di dalam dirinya. Namun sekejap sahaja! Kerana itu sememangnya sering berlaku ke atas dirinya dan Uzma.
        Tiap-tiap kali cuti semester dan apabila masuk semester baru, Uzmalah yang menolongnya mengemas. Dia hanya melihat dan membuat apa yang patut sahaja. Dan disebabkan itulah dia rasa terhutang budi dengan gadis itu dan berniat untuk menampung segala makan minumnya sepanjang tempoh pengajian mereka.
        Dia tahu keadaan diri Uzma yang datang dari keluarga yang susah. Hanya mengharapkan bantuan pinjaman PTPTN, dia tidak mampu untuk berbelanja lebih dari apa yang sepatutnya.
        Tok Mad dan Nek Pah juga sudah tua. Hanya mampu mencari rezeki dengan membuat dan menjual kuih karas serta kuih-kuih tradisional yang lain. Cukup-cukup untuk menampung belanja seharian mereka. Mujurlah bil elektrik tidak pernah melebihi dua puluh ringgit. Maka, tidak perlulah mereka menanggung beban untuk membayar banyak bil.
        Hasya tidak pernah kenal siapa ibu bapa Uzma. Namun apa yang dia tahu, Encik Mohd Nasir dan Puan Saba telah meninggal dunia ketika gadis itu berumur 9 tahun akibat kemalangan jalan raya. Kedua-duanya termasuk pemandu teksi meninggal di tempat kejadian apabila teksi yang dinaiki mereka dari Selama, Perak ke Felda Ijok bertembung dengan lori kayu balak.
        Dia tidak mahu mengungkit cerita yang bakal menjerut hati sahabat baiknya itu. Malah seboleh mungkin dia ingin gadis itu sentiasa ceria dan sentiasa rasa yang dirinya masih ada seseorang di sampingnya selain Tok Mad dan Nek Pah.

HASYA tidak henti-henti merungut apabila pemandu peribadi abangnya langsung tidak menampakkan muka. Dah naik berpeluh dia menunggu.
        "Sya!" panggil Uzma. Dia rasa rimas apabila melihat Hasya asyik berulang-alik di hadapannya.
        Hasya memandang ke arah Uzma. Keningnya berkerut. Mukanya mencerut.
        "Relaxlah Sya. Aku peninglah tengok kau ke hulu ke hilir. Meh lah duduk sini dulu!" ajak Uzma sambil tangannya menepuk tempat kosong di sebelah kanannya.
        "Hmm... mana Abang Aman ni weh? Dah dekat setengah jam dah ni. Dah lah panas!" Hasya merungut. Tangannya mengibas tudung bawal AdiJuma yang dipakainya.
        "Tak pelah. Tunggu je. Rasanya sampai lah kejap lagi tu..." pujuk Uzma sabar.
        Hasya tidak mengendahkan kata-kata Uzma itu. Hatinya tetap panas apabila perlu menunggu lama.
        "Hah tu! Sampai pun! Kalau lewat seminit tadi, memang aku nak call and fire dia dah!"
        Uzma memandang ke arah yang dijuih oleh Hasya itu.
        Kelihatan sebuah kereta BMW berwarna hitam semakin menghampiri mereka. Cermin gelap di seluruh kereta itu membuatkan apa dan siapa di dalamnya pun tiada siapa yang tahu! Hmm... orang kaya! Buat apa semua boleh. Tak salah pun! Uzma mula membuat andaian negatif.
        Hasya mencebik sambil tangannya disilang ke dadanya. Konon-konon nak tunjuk protes.
        Manakala Uzma yang melihat keadaan sahabatnya itu hanya tersengih. Anak manja memang selalu begini! Tak dapat, mulalah nak merajuk. Nak protes segala.
        Sebaik sahaja pintu sebelah pemandu dibuka, Hasya terus menjerit riang. Lenyap segala rasa marah dan protesnya sebentar tadi.
        Uzma yang ingin berpaling untuk mengambil beg pakaiannya terpinga-pinga dengan reaksi temannya itu.
        "Kau ni ke... na...pa?"
        Terkejut Uzma memandang 'driver' Hasya. Kacak gila!
        "Abang Luth!" jerit Hasya.
        Ya Allah! Terkejut Uzma melihat seorang lelaki yang sangat tampan dan Masya-Allah... tingginya! Kalau nak dibandingkan dengan dirinya hanya separas bahu abang Hasya sahaja. Ketotnya aku!
        Uzma masih terlopong memandang perlakuan Hasya dan abangnya. Saling berpelukan. Mencium pipi masing-masing. Genggaman tangan erat bersatu. Dah macam suami isteri pula! Err... macam ni ke hubungan mereka adik-beradik? Rapat begini?
        "Come and meet my Uma, abang!"
        Luth memandang ke arah seorang gadis yang diperkenalkan sebagai Uma itu. Dia tahu yang adiknya memang rapat dengan teman sebiliknya. Tetapi dia tidak tahu bagaimana orangnya. Dia tidak pernah bertemu dengan gadis tersebut. Hanya pernah mendengar cerita dari adiknya sahaja.
        Pendapatnya ketika melihat Uzma buat kali pertama... wow! Pakai tudung, menutup aurat, cantik, manis dan... oh wow! She's hot! Just like my Safa Salena. Haish Luth! Dah kena buka buku baru dah. Saf dah jadi hak milik Mika. Jangan diingat hak orang!
        "Abang! Please behave! Jangan nak menggatal. She's not your type!" Hasya berbisik memberi amaran setelah mendapati yang abangnya tunak memandang Uzma.
        "Siapa cakap?" Sengaja Luth melawan begitu. Seronok bila sekali-sekala dapat bertengkar dengan adik manjanya itu. Satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Malah hubungan mereka sangat rapat walaupun jarak umur hampir 6 tahun.
        Hasya menjegil matanya.
        "Abang Luth! Please... she too good for you!"
        "Amboi! Am I that bad for her sweetie? I'm the most eligible bachelor in town ye?" balas Luth sambil tangannya disilang ke dada. Memberi tumpuan kepada adiknya yang berdiri berhadapan dengannya dan Uzma berada jauh ke belakang.
        Gadis cantik itu hanya memandang mereka dari jauh. Malah dia yakin gadis itu tidak mendengari apa yang sedang mereka bualkan.
        "Mengada! Jangan nak buat pasal! She's too naive, abang! Dia tak biasa dengan semua ni!" Hasya tidak penat memberi amaran kepada abangnya.
        Dia tidak mahu abangnya mempermain-mainkan Uzma sebagaimana lelaki itu memperlakukan perempuan-perempuan yang ditemuinya di kelab. Dia tahu segala aktiviti gelap abangnya. Cuma dia tidak tahu sejauh mana langkah abangnya. Harap-harap bukanlah sampai merosakkan anak dara orang!
        But she’s beautiful, sweetie. We can’t deny it!” Luth masih lagi cuba memprovok adiknya. Sengaja ingin bertegang urat dengan adik sendiri. Akan tetapi, dia tidak menipu akan hal yang satu itu.
        “Sya tahu. But please promise me... you will treat her in the right manner? Treat her like you treat your own sister? Like me?” pinta Hasya tanpa henti. Dia rasa bertanggungjawab pula ke atas gadis naif itu.
        Naif?
        Ya! Uzma memang naif. Dia tidak pernah terdedah dengan sebarang aktiviti atau pergaulan yang ‘moden’. Dia seakan-akan takut untuk keluar dari ‘dunia’nya sendiri. Hasya tidak tahu mengapa. Mungkin gadis itu telah dipesan dan diingat ‘sesuatu’ oleh Tok Mad atau Nek Pahnya.
        Like I treat you? So, I can hug and kiss her?
        “Abang! Hishhhh...” Hasya dah mula memberontak. Kakinya dihentak berkali-kali. Geram dengan abangnya yang langsung tak faham bahasa!
        Luth ketawa besar. Lucu sungguh si adik dengan buat gaya tak semengah macam tu! Hello sweetie! You are 23 years old okay? Not 2.3 years old kid anymore!
        Hasya menjeling ke arah abangnya. Geram sungguh! Degil! Asyik nak menggatal je. Tahu dek Marina... hah! Jenuh lah Abang Luth nak kena tadah telinga.
        Akhirnya Luth mengangkat kedua-dua belah tangannya ke paras bahu tanda mengalah walaupun tawa masih bersisa.
        “Hai Uma...” tegur Luth sebaik sahaja dia tiba di hadapan Uzma. Bibirnya mengukir senyuman menawan ala-ala kasanova.
        Hasya dari jauh memandang gelagat abangnya itu. Tak habis-habis! Konon dah pencen dari sikap tu? Tapi, bila jumpa perempuan? Lupa segala! Hampeh!
        “Err... hai... hmm... Tengku!” Tergagap-gagap Uzma menjawab sapaan lelaki itu. Malah dia tidak tahu untuk memanggil apa kepada abang Hasya itu. Dia tak biasa!
        Luth ketawa. Lucu mendengar Uzma tergagap begitu. Entah apalah yang ada di dalam fikiran gadis yang manis bertudung litup itu.
        “Panggil je abang. Macam Sya panggil. Tak perlu Tengku-Tengku bagai. Tak seronok bila ada gap macam tu,” ucapnya ceria sambil matanya tunak memandang Uzma yang berdiri di hadapannya.
        Comel je! Kecil je! Best ni kalau peluk! Ya Allah! Astaghfirullah! Aku dah insaf! Dah insaf! No more gatal-gatal macam tu!
        Erk... gatal ke macam tu? Lagipun bukannya aku buat sungguhpun. Fikir je! Hmm boleh ke fikir macam tu? Aduh! Kena tanya Ustaz Hanafi ni. Keliru aku! Rasa macam boleh... tapi... Hishhh!
        Cepat-cepat Luth beristighfar. Dia sudah bertaubat. Dia tak mahu kembali ke zaman hitamnya lagi. Cukuplah dengan apa yang dia kecapi. Dia tak mahu digelar seorang yang tidak mensyukuri dengan nikmat Allah.
        Dia cukup bernasib baik dengan anugerah yang telah Allah SWT berikan kepadanya. Rupa, harta, keturunan, pendidikan... Cukup lengkap! Dia tak mahu setiap satu darinya ditarik oleh sang Pemberi kerana dirinya yang tidak bersyukur dan leka dengan duniawi.
        Walaupun dia tahu yang Allah SWT bila-bila masa sahaja berkuasa untuk menarik semua itu, namun dia tetap berdoa agar segala-galanya menjadi seperti biasa malah bertambah baik di masa akan datang.
        Uzma memandang lama lelaki itu. Dia kagum dengan rupa paras itu. Langsung tak sama dengan apa yang dilihatnya di dalam internet. Lelaki itu tampak lebih tampan. Lebih tinggi. Lebih macho. Lebih... hmm... seksi!
        Tinggi.
        Berbadan tegap.
        Berwajah sempurna.
        Mata yang cantik dengan anak mata berwarna coklat cair.
        Berbulu mata panjang dan sedikit lentik di hujungnya. Wow!
        Hidung yang mancung terletak.
        Bibir yang merah dan... sangat seksi!
        Kulit putih bersih dan sedikit kemerahan.
        Lesung pipit di pipi.
        Wow! He’s so handsome and perfect.
        Have I impressed you so much Uma until you can’t take your eyes from me?” Luth menyoal. Nada suaranya perlahan dan kedengaran sangat sensual!
        Terkelu Uzma mendengar pertanyaan itu. Dia mula malu dengan apa yang telah dia lakukan. Hishhhh... mata ni! Suka sangat tengok orang handsome. Suka sangat belek dan tilik orang! Hishhhh... Malu! Malu!
        Cepat-cepat dia berpaling dan menunduk mengambil beg pakaiannya yang terletak di atas lantai koridor asrama mereka. Dia perlu ‘lari’ dari isu terkantoi itu. Malu! Wajahnya sudah mula membahang.
        Luth tersengih. Dia bergerak hampir dengan Uzma. Sengaja dia mendekatkan dirinya dengan gadis itu.
        Don’t worry honey... I’m fine with it!” Dia berbisik rapat sambil matanya mengerling ke arah Uzma.
        Dia terus mengangkat beg yang ada hampir empat buah itu. Ini mesti si Hasya yang punya. Banyak betul!
        Uzma mengetap bibir. Dia malu dengan abang Hasya. Tak tahu macam mana nak menghadap wajah itu lagi. Hatinya mula gusar. Sudahlah dia akan menghadap muka itu selama dua bulan ni. Aduh! Tolonggg!
        Uzma menghulur beg pakaiannya kepada Luth. Dia langsung tidak berani hendak menentang pandang dengan lelaki itu. Dia malu! Dan juga... rasanya tak manis kalau seorang dara pingitan sepertinya memandang anak teruna orang bukan? Adab sopan perlu dijaga. Itu pesan Tok Mad dan Nek Pah.
        Luth memandang ke sisi kanannya. Uzma hanya senyap sepi menghulur beg pakaian ke arahnya. Langsung tidak bersuara.
        Hasya sudah enak berehat di dalam kereta mewah abangnya. Dia sudah pasti mengambil tempat di sebelah pemandu. Tak kanlah dia nak duduk hebat di belakang pula kan? Dan tak kanlah Uzma pula yang akan duduk di sisi abangnya?
        Dia menunggu abangnya masuk. Dari tadi dia perasan yang abangnya itu asyik memandang ke arah Uzma. Entah apalah yang mereka bualkan tadi. Dia nampak wajah temannya itu berubah dan terus menunduk. Hish! Pasti Abang Luth dah buat something kat Uma!
        Luth mula melangkah masuk ke dalam kereta mewahnya. Dia berpaling sebentar ke arah adiknya di sini lalu mengukir sengih ke arah yang tajam memandangnya itu. Kedua-dua keningnya diangkat dan dibalas dengan jelingan. Namun bibirnya tetap mengukir senyum melihat gelagat satu-satunya adik perempuannya itu.
         Tangannya menekan punat radio dan lagu dari cd kegemarannya berputar. Mulutnya terkumat-kamit mengikut lagu yang tersiar. Biarlah beratus kalipun dia dengar, lagu Here Without You dari kumpulan 3 Doors Down tetap berada di carta tertinggi antara lagu-lagu kegemarannya.
        Sesekali matanya mengerling ke arah Uzma yang berada di tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang. Gadis itu asyik memandang ke luar. Entah apa yang gadis itu sedang fikirkan? Entah apa yang sedang membelenggu diri gadis itu?

        Walaupun dia nampak seperti tidak kisah, namun jauh di sudut hatinya, telah terdetik ‘sesuatu’ yang menarik terhadap gadis itu. Biarlah gadis itu seusia adiknya sekalipun, dia tidak peduli. Dia akan cuba mendekati gadis itu. Ada sesuatu pada Uzma yang membuatkannya ingin turut berada di dalam ‘dunia’ gadis itu juga.


No comments:

Post a Comment