Sunday, 17 August 2014

Bab 3: LAMARAN UNTUK TEMAN HATI - Wawa Taufik



SEBAIK sahaja abangnya memulakan perjalanan mereka, Hasya teringat untuk menyoal sesuatu kepada abangnya.
        “Kenapa bukan Abang Aman yang datang? Kenapa abang pula?”
        Dia hampir terlupa sebentar tadi untuk menyoal abangnya tentang itu. Teruja sangat dapat berjumpa dengan abang kesayangannya itu.
        Walaupun dia punya dua orang abang namun dia lebih rapat dengan Tengku Luth Daniel. Abang sulungnya itu lebih gemar melayan dirinya dan memberi apa sahaja yang dia inginkan. Tak seperti Tengku Nuh Ebrahim. Abang keduanya itu seorang yang agak pendiam dan lebih suka mendengar dari berbual kosong. Hanya akan cakap apabila perlu sahaja.
        “Aman ke airport jemput bonda dengan ayah,” jelas Luth ringkas.
        Dia masih menumpu kepada pemanduannya. Hari Jumaat begini jalan di sekitarnya tersangatlah sesak. Kalau tidak difikirkan tentang adik kesayangannya itu, taubat dia tak nak meredah jalan sesesak itu!
        “Hmm dah balik ke dia orang?” soal Hasya tak berminat.
        Luth mengerling sekilas ke arah adiknya. Dia mengangguk dan kembali menumpu ke hadapan.
        “Hmm...”
        Just let bygone be bygone, sweetie. It’s not good to behave like that. To our own folks lagi,” nasihat Luth.
        “Hmm... Bonda tu...” adu Hasya. Dia yakin yang abangnya tahu pasal hal ‘itu’.
        “Biarlah dik. Kita dah tahu kan bonda macam tu? Biar jelah kat dia. Kita buat tak tahu je. Selagi kita rasa apa yang kita buat tu betul, kita teruskan je.”
        “Sya tahu, bang. Tapi Sya tak boleh terima bila bonda buat Anim macam tu. Dia kawan baik Sya, bang...”
        Si abang mengangguk.
        “Hmm... abang tahu. Abang dengan ayah pun rasa tindakan bonda tu salah. Hmm... biarlah dia, Sya. Asalkan Sya tahu dengan siapa Sya berkawan dan percaya dengan apa yang Sya buat, teruskan je. Asalkan Sya fikir dulu sebelum bertindak.”
        Thanks, abang. You are the best brother in the world!” ucap Hasya gembira.
        Lupa sebentar apa yang dia alami dulu.
        Sudah hampir setahun dia tidak pulang ke rumah agam keluarganya. Kalau dia pulang pun, pasti ke rumah Luth. Dan kalau ada Anim, sahabat baiknya yang dikenali ketika di sekolah menengah itu, sudah pasti ke rumah itu juga dia pergi. Anim antara sahabat yang paling rapat dengan dirinya selain Uzma. Dia kenal Anim sebelum Uzma. Hubungan kedua mereka terputus apabila bondanya melarang Anim dari menghampirinya lagi.
        Alasan?
        Gadis itu tak setaraf dengannya! Tak layak berdampingan dengan anaknya!
        Kalau setakat melarang tak apa juga, mungkin Hasya boleh terima. Ini... diugutnya gadis itu. Sekiranya masih bersahabat dan menghubungi anaknya, dia akan membuat sesuatu yang akan dikesali oleh gadis itu seumur hidupnya.
        Ya Allah! Sampai begitu sekali? Bila diri sudah lupa yang semua manusia yang dijadikan oleh Allah SWT adalah dari sumber yang sama iaitu tanah. Dan dihasilkan oleh medium yang sama serta melalui proses yang sama kecuali Mariam AS yang melahirkan Nabi Allah Isa AS tanpa perhubungan suami isteri. Malah Mariam AS sendiri merupakan wanita suci yang belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki yang bergelar suami! Hebat kuasa Allah. Siapa kita yang kerdil ini untuk menentang kekuasaanNya?
        Malah siapa kita untuk membandingkan siapa yang layak berdampingan dan sesuai dengan kita? Kerana di sisi Allah kelak semuanya adalah sama rata. Sama sahaja! Kecuali para Nabi, para Rasul dan orang-orang yang beriman. Pangkat, darjat atau harta, segalanya akan ditinggal sepi di dunia yang sementara ini. Sehelai kain kafan berwarna putih yang membaluti tubuh kaku kita nanti. Hanya tiga amalan sahaja yang akan dibawa nanti selepas kita semua meninggal.
        Sama ada kita kaya atau miskin, cantik atau buruk, tinggi atau rendahnya darjat, sama sahaja amalan yang dihitung oleh Allah SWT.
        “Sudahlah, Sya. Biarkan je bonda tu. Sya jangan nak berdendam sangat. Tak baik. Apa-apapun... itu bonda kita!” ucap Luth setelah mendapati adiknya hanya diam dan mengelamun.
        Malah dia turut merasakan apa yang adiknya rasakan itu. Malah dia sendiri tidak faham dengan sikap dan kelakuan bondanya. Penting sangat dengan harta dan darjat. Dengan dia itu tak boleh kawan, dengan dia ini kena rapat. Huh! Entah apa-apalah! Karut je! Dia dah mula bosan dengan hidup yang disusun atur oleh bondanya. Kenapalah bonda tidak memahami seperti ayahanda?


WELCOME home, sweeties!” ucap Luth ceria.
        Tangannya menahan pintu rumahnya dari tertutup. Dia mengarahkan kedua-dua gadis itu masuk ke dalam.
        Hasya tersengih riang.
        Manakala Uzma berkerut kehairanan!
        “Rumah parents kau?” bisik Uzma.
        Hasya menggeleng. Bibirnya masih terukir senyuman. Dirinya berasa tenang.
        “Habis tu???”
        “Rumah Abang Luth!”
        “Hahhhhh?????” terkejut Uzma dengan pernyataan temannya itu.
        Matanya membulat. Mulut kecilnya terbuka.
 Dia hanya memandang Hasya yang berlalu pergi. Dahinya mula berkerut seribu.
        Stop looking like that honey. You are soooo adorable with that expression!” bisik Luth perlahan. Dia menunduk sedikit untuk menyamaratakan kedudukan mereka.
        Terkebil-kebil Uzma memandang lelaki yang berada sangat hampir dengannya itu. Lambat baru akalnya dapat berfikir. Matanya dipejam lama.
        “Err...”
        “Ada tak sesiapa yang pernah cakap yang you ni cantik?” soal Luth romantis dan agak menggoda.
        Uzma hanya menunduk. Tidak berani untuk menentang pandang. Mata itu terlalu tajam menikam. Dia tidak kebal untuk menepis. Terus lenyap kata-kata perisainya dulu yang kononnya abang Hasya itu tidak akan mampu mengetuk pintu hatinya. Dia silap! Rupa-rupanya Tengku Luth Daniel terlalu mempersona. Terlalu menawan untuk diabaikan!
        Ya Allah! Kuatkanlah iman hambaMu yang nipis ini. Semoga hambaMu ini tidak hanyut dengan panahan mata dan terbuai dengan kata-kata asyik lelaki tampan ini!
        “Err...”
        “Uma! Sinilah!” panggil Hasya. Dia menggamit temannya itu agar menghampirinya yang sudah enak duduk menyandar malas di atas sofa kulit berwarna putih itu.
        “Jangan layan sangat Abang Luth. Dia tu... psiko!” sambungnya lagi sambil tertawa perli.
        Bulat mata Luth mendengar kata-kata adiknya itu. Ayat kejam tu!
        Uzma memandang sekilas ke arah lelaki itu dan terus berlalu pergi. Dia mengambil tempat di sisi Hasya. Sempat dia menangkap ekspresi wajah Luth yang sangat lucu dikenakan oleh adiknya sendiri! Padan muka!
        “Sya! Kita nak tinggal sini ke?” tanya Uzma risau. Sambil berbisik, matanya meliar memandang sekitar ruang tamu yang luas itu. Ringkas namun sangat cantik! Kemas dan bersih! Pandai Luth menjaga rumahnya. Pasti dia mempunyai orang gaji untuk membantunya melakukan kerja-kerja itu.
        Hasya mengangguk. Tangannya mencapai remote control di atas meja kaca berwarna hitam di hadapannya.
        “Err... kenapa sini?”
        Hasya memandang temannya hairan.
        “Habis tu? Kat mana lagi?”
        “Err... kenapa bukan rumah parents kau?”
        Hasya menggeleng.
        “Tak nak lah sana. Aku tak suka balik sana. Aku tak nak bawa kau ke sana!” tegasnya.
        Dia punya alasan kukuh untuk bertindak demikian. Dia sayangkan Uzma. Dia sayangkan persahabatan mereka. Dia tidak mahu gadis itu pula yang ‘lari’ dari dirinya nanti. Dia sudah biasa dengan kehadiran gadis baik itu.
        “Kenapa?”
        Don’t ask me why. Because I don’t want to discuss about it right now! But believe me Uma... this is the best place for you and me!”
        Uzma hanya memandang Hasya yang kusyuk menonton tv. Dia tak faham kenapa gadis itu berkata begitu. Dia tidak tahu kenapa temannya membuat keputusan sebegitu.
        Dia memang rapat dengan Hasya, namun dia bukanlah jenis yang suka mengorek segala cerita tentang keluarga hebat gadis itu. Dia hanya ambil tahu apa yang penting dan yang berkaitan dengan dirinya sahaja. Selain dari itu, dia tidak berminat. Untuk bercinta pun dia tidak berminat... tambah pula nak campur aduk urusan orang lain. Bukan prinsip hidup seorang gadis bernama Uzma Haseena Mohd Nasir!
        Uzma memberanikan diri mencari kelibat Luth.
        Tak sukar mana pun! Kerana lelaki itu tegak berdiri di belakang sofa yang mereka duduki. Segak dengan pakaian pejabat yang dikenakannya. Berbaju kemeja berwarna jingga dan berseluar slack berwarna kelabu. Pasti satu sut dengan kot berwarna kelabu yang dilihatnya di dalam kereta tadi.
        Luth tersenyum. Dia mengisyaratkan agar Uzma diam sahaja. Usah ditanya apa-apa kepada adiknya itu.
        Uzma hanya mengangguk. Walaupun dia tidak faham kenapa, namun dia tetap akur.
        “Sya, pergilah masuk bilik dulu. Kemas-kemas apa yang patut. Kalau nak harap Kak Mar yang buat... jangan harap lah ye? Hari ni Jumaat. Dia cuma datang hari Ahad je!” arah Luth.
        Hasya tersengih mendongak memandang abangnya. Macam tahu-tahu je!
        “Uma nak masuk bilik sekarang?” tanya Luth kepada Uzma yang hanya diam memerhati.
        Terkelu Uzma mendengar pertanyaan Luth itu. Macam lain je maksudnya?
        “Err... I mean... nak I tunjuk bilik you?” Luth membetulkan ayatnya semula. Patutlah gadis itu terkejut. Don’t worry honey. This is not the right time. One day! Insya-Allah!
        Merah muka Uzma menahan malu. Lambat-lambat dia mengangguk.
        “Jom! I tunjuk bilik you. Si Sya ni biarkan je dia... budak malas!” kutuk Luth selamba. Tangannya menarik tudung yang dipakai si adik.
        Dia bersyukur apabila adiknya diberi hidayah agar menutup aurat. Tidak lagi mendedahkan rambut ikalnya itu. Walaupun cantik namun bukan untuk ditatap umum. Hanya untuk kaum keluarga sahaja. Serta untuk suaminya kelak!
        Mungkin pengaruh dari Uzma juga. Gadis itu nampak macam baik-baik sahaja. Cakap pun sopan je. Menutup aurat lagi. Baguslah! Sekurang-kurangnya adiknya tidak salah memilih teman. Tak lah terus hanyut dengan duniawi. Masih ada yang akan menegur sekiranya adiknya tersasar. Alhamdulillah.
        Uzma hanya mengekori Luth dari belakang. Beg pakaiannya yang dijinjit oleh lelaki itu sempat dipandangnya.
        Pintu bilik berwarna putih itu ditolak. Ditahan agar terbuka luas.
        Come, honey. This is yours!”
        Uzma melangkah masuk. Mulutnya sempat memberi salam. Dia memandang sekitar bilik itu. Cantik! Kemas sekali!
        Sebuah katil bersaiz king terletak elok di tengah-tengah ruang. Di sisi kanan dan kirinya terletak meja dan lampu tidur. Di kepala katil di bahagian atas, tergantung kemas gambar bunga tulip bersaiz besar. Cantik sangat!
        “Suka?”
        Lambat-lambat Uzma mengangguk. Dungulah dia kalau dia tidak suka dengan bilik itu. Sudahlah luas, kemas pula tu. Cantik lagi!
        “Terima kasih, abang...” ucapnya perlahan.
        Luth tersenyum. Seronok apabila dipanggil abang oleh gadis itu. Tidak lagi Tengku sebagaimana Uzma memanggilnya sebelumnya.
        My plessure!”
        “Err... bilik Hasya yang mana? Sini?”
        Luth pantas menggeleng.
        “Bilik dia kat hujung sana. Itu memang bilik dia dari dulu lagi. Dia nak sangat bilik hujung tu.”
        Uzma mengangguk.
        And... this is my room!” Luth menunjuk ke arah biliknya.
        “Err... depan ni?” tanya Uzma mendapatkan kepastian.
        Luth mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman indah. Sengaja dia menempatkan Uzma di hadapan biliknya itu. Bukannya bilik hujung di sebelah Hasya. Dia nak bertembung selalu dengan gadis itu.
        Dia yakin, adiknya pasti menyoal akan hal itu. Malah, dia sudah siap dengan jawapannya! Bilik tu dah dibuat stor. Tak sesuai untuk didiami lagi!
        "Kenapa? Tak suka ke?" Sengaja dia menyoal.
        Dia tahu yang gadis itu tak akan menolak. Dia sudah 'terdesak'.
        "Err... hmm... tak..." gagap Uzma.
        Bertambah gagap apabila lelaki tampan itu masih tegak berdiri di hadapannya. Kenapalah dia ni tak keluar-keluar lagi? Tak kan aku nak halau pula? Dah lah aku ni menumpang je!
        "Habis tu?" tanya Luth sensual. Soalannya biasa sahaja. Namun soalan biasa begitu apabila dinadakan selembut itu, membuatkan sang pendengar mula berasa meremang.
        Kakinya melangkah beberapa tapak menghampiri Uzma.
        Gadis yang sedang memeluk beg solatnya semakin berdebar.Ya Allah! Kenapa pula ni?
        "Why Uma? Why you look so nervous? I will never do anything yang 'melampau' pun to you..."
        "Err... hmm... please Tengku... please stop, don’t come any closer!" pinta Uzma sambil tangannya menahan ke hadapan. Kakinya melangkah setapak ke belakang.
        Langkah Luth terhenti.
        "Tengku???" Bulat mata Luth menyoal.
        Uzma hanya menunduk. Tidak mampu menentang pandang. Dia tahu yang dia dah terlepas cakap.
        "Hmm Uma... you dah janji something kat I kan?"
        Uzma masih diam.
        Dia tunak memandang.
        "I think I must do something about that!"
        Uzma masih menekur. Namun otaknya tidak senyap dari berfungsi. Kalut memikirkan apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Sudahlah dia naik rimas dengan kehadiran lelaki itu yang berada hampir dengannya.
        "Let's make a deal? Kalau Uma panggil I tengku lagi, I akan kira you berhutang dengan I. Sekali panggil, kira satu hutang. And we will count how many you owe me." Dia mula membuat perhitungan.
        "Errr... hutang?”
        Dia mengangguk. Bibirnya tersenyum nakal. "Yes!"
        "Hmm... apa perlu saya bayar untuk tebus hutangnya?" Tanya Uzma serba salah.
        "Depends on me! Dan you wajib ikut. Sebab you pasti tahu kan... yang hutang tu wajib dibayar?"
        Lambat-lambat Uzma mengangguk. Dia tahu itu. Tapi, tak kan lah sebab panggil 'Tengku' dia kira hutang? Boleh ke macam tu?
        "Okay, good girl. So the deal is on!"
        Luth mula untuk berlalu pergi dengan perasaan gembira ya amat!
        "Err... kenapa Tengku... Err... buat keputusan macam ni?"
        "One! Uma dah mula buat hutang dengan I." Dia mengangkat jari telunjuk kanannya.
        "Dan untuk yang Uma tanya tu... I don't want to share it with you yet. One day! But not now... not even tomorrow,” sambungnya dengan mata yang nakal memandang gadis itu.

        Kelu lidah Uzma mendengar kata-kata 'pelik' lelaki itu. Dia langsung tak faham.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget