Thursday, 16 October 2014

Bab 1:MAIN-MAIN CINTA - HANA EFRIENA



KAKI mula terasa memberat bila susuk tegap itu sudah semakin hampir dengan aku. Sesekali aku tertinjau-tinjau ke belakang mencari kelibat Qalsum. Kosong. Dah ke mana pula minah tu? Cemas aku dibuatnya.
Buk! Tiba-tiba saja aku rasa pandangan aku gelap. Adoi... apa benda aku langgar ni? Keras semacam aje. Boleh tahan sengal dahi aku dibuatnya.
Teraba-raba tangan aku mencapai objek depan mata. Namun, sesaat mataku terbuntang luas bila sesuatu yang teramatlah janggal menjadi sajian pertama mataku.
Butang? Butang kemeja?
Dan pandangan aku dongakkan ke atas.
“Are you okay?” Suara garau seseorang mengetuk telinga. Serius wajahnya waktu menyoal.
Oh, Tuhan. Nyaris aku nak pengsan. Kelam-kabut tangan aku tarik menjauh. Wajah tampan Raed yang sedang tersenyum aku pandang dengan tona yang tak tahu aku nak jelaskan macam mana. Segan gila kut.

“Err... err...” Gelisah aku tika ini. Ayat yang aku dah susun tadi habis berterbangan hilang ke langit biru.
“Are you okay, Thahirah?” Si jejaka ulang lagi soalan sama. Anak matanya yang berwarna hazel itu tajam menikam pandanganku. Membuatkan aku terkesima sekejap.
“Shazia Thahirah...” panggil dia. Siap gawang-gawang tangan lagi.
Aku tersentak. Baru kali pertama dia mengajar kelas aku, dia dah boleh ingat nama aku? Mustahil ni!
“Okey... Okey, Dr. Raed...” jawab aku kalut. Lelaki yang berkelulusan Doktor Falsafah ini aku renung takut-takut.
Aduhai... apasal kau kalut sangat ni, Zia? Hampir aku nak ketuk kepala sendiri.
Raed ukir senyum lagi.
“You nampak kalutlah, Thahirah.” ujar dia lalu tubuh tegap itu santai bersandar pada kereta Audi A5 miliknya.
Fuh... terbeliak biji mata aku. Baru aku perasan jenis kereta lelaki ini. Padanlah kalau jadi buaya darat sekalipun. Cukup pakej!
“I‟m talking to you, Thahirah.” Raed tekankan suara dia. Cuba mengambil alih perhatian aku.
“Huh?” Aku pandang wajah dia dengan riak blur.
Dia senyum lagi. Senyuman yang bisa mencairkan mana-mana wanita.
“Kenapa kalut?” soal dia terus. Aku garu tepi telinga.

“Err... sebenarnya... sebenarnya...” Entah alasan apa aku nak cekau, aku pun tidak pasti.
Takkan nak cakap sebab Qalsum Annur yang suruh aku ke mari? Itu jawapan orang kurang waras, Zia.
“Ada yang tak faham ke dengan subjek I ajar tadi?”
Gilalah Raed ni. Ber I-you dengan student? Cool gila! Sempat hati aku membisik sendiri.
Mendengarkan ayat yang Raed tuturkan, tiba-tiba akal aku mula berfungsi. Spontan aku angguk laju.
“A‟ah... tak faham. Sebab tu Zia cari Dr. Raed dekat sini.” Buru-buru aku bagi helah pada dia. Aku nampak kening dia terjungkit naik sebelah. Jangan cakap dia tak percaya.
“Tapi waktu I tanya dalam kelas, you tak angkat tangan pun cakap tak faham...” Dia ungkit hal dalam kelas pula dah. Aku terkedu.
“Itu... itu...” Sekali lagi, aku berubah gagap. Zia sejak bila kau jadi gagap ni, hah?
Sejak jumpa berdepan dengan Raed Zayaz nilah! Satu suara lain pula yang tolong jawab.
“Comel...” gumam Raed perlahan.
Tiba-tiba aku rasa dia seakan mengatakan sesuatu pula.
“Apa dia?” Wajah tampannya aku pandang.
Raed bangkit dari bersandar. Dia geleng kepala.
“Tak ada apa-apa. Tu... kucing belakang you, nampak comel.” Muncung dihalakan pada belakang tubuh aku. Aku segera menoleh.
Kucing? Tak ada pun!

“I tipu...” Raed gelak-gelak lagi. Suka nampak kenakan aku!
Aku pandang dia dengan pandangan mencerun. Pelik. Lagak dia seolah kami sudah kenal lama pun ada. Walhal, baru dua jam dia bergelar pensyarah aku kut.
“Tak lawak?” Dia soal aku balik bila aku langsung tak bagi respons pada lawak tak menjadi dia tu.
Polos gila soalan dia tu. Aku geleng tanpa sedar. Tak semena, sekali lagi dia ketawa senang.
“Opss...” Bibir ku pekup laju. Mulalah tersedar perilaku yang dah melampaui batas. Silap hari bulan, dia cop aku pelajar yang tak ada adab pula. Niaya, beb.
“So... you nak tanya sekarang ke?” Dia alih topik kami tiba-tiba.
“Maksud Dr. Raed?” Aku kurang faham pula dengan bicara dia.
“Yalah... you datang cari I sebab tak faham subjek I ajar tadi, kan? Jadi I tanyalah you. You nak tanya sekarang ke sebab...” Dia melirik pada jam tangannya. Aku turut mengintai.
Bila faham maksud dia tu, laju aku tepuk dahi.
“Dr. Raed ada hal lain ke?” soal aku serba-salah.
Sebenarnya bukan aku tak faham pun. Tapi, inilah salah satu taktik yang Qalsum ajar untuk tarik perhatian Raed. Terpaksalah aku menipu. Allah... banyaknya dosa aku saja untuk hari ni.
“Actually, yes. I ada date...”
Ya ampun! Terus-terangnya dia.

“Oh...” Entah kenapa, tiba-tiba saja aku rasa kecewa dengan kenyataan dia tu.
“But if you don‟t mind, you boleh ikut I...”
“Hah?” Melopong bibir aku untuk seketika.
“Yeah. I cakap betul ni.” Dia nak aku percaya kata-kata dia.
Aku pandang jam di tangan. Pukul 12.30 tengah hari. Mamat ni biar betul.
“Tapi, Dr. Raed kan...”
“I ada date dengan ibu. Lunch date...” Dia pintas ayat aku. Aku dah tercekik liur sendiri.
“Wanna join us? Nanti I boleh terangkan pasal subjek tu. Pukul 2.15 petang nanti I ada kelas, takut tak sempat. Baik you ikut I aje, you pun dah tak ada kelas lepas ni kan?”
Eh? Dia tahu jadual aku?
“Macam mana Dr. Raed tahu?” soal aku curiga.
“It doesn‟t matter...” Dia berdalih.
“Nak ikut tak?” soal dia lalu pintu kereta pemandu dia buka. Mata masih menanti jawapan aku.
“Tak manis nanti...” Aku mula seram-sejuk. Dia ni memang serius ke tidak?
“Esok I sibuk. I tak rasa you sempat jumpa I. Kebetulan waktu ni aje I free, tapi itulah... I ada lunch date dengan ibu pula. Kalau dekat rumah I nanti, I boleh curi masa ajarkan you sekejap.” Dia bagi tawaran lagi.
Aku terdiam seketika. Memikirkan kata setuju yang aku dah berikan pada Qalsum, aku jadi tersepit.
Betul ke keputusan yang aku buat untuk game Dr. Raed ni? Kalau kantoi, macam mana?
“Thahirah?”

Aku terpinga-pinga seketika bila dia sekali lagi menyeru namaku. Sudahlah suka-suka dia aje panggil aku dengan nama Thahirah. Dekat kampus ni, dia seorang saja yang panggil aku macam tu.
“I kejar masa ni. You nak ikut ke tak?” tutur dia. Tetap sama. Masih menanti jawapan aku.
Aku pula sudah pening kepala. Memanglah jawapannya cuma ya atau tidak. Tapi, yang nak memilih di antara dua itu buat kepala aku hampir rasa nak tertanggal.
Qalsum... tugas berat apa kau bagi pada aku ni? Nak saja aku jerit dekat telinga Qalsum waktu ini juga.
Dia nilah yang dah menyusahkan aku. Tapi, bukan ke aku sendiri yang setuju?

Ah... dua-dua sama saja! 


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget