Thursday 23 April 2015

Bab 5: OFFICIALLY MILIK DIA-MELATI SHAFIKA



Bab 5
JAM 6.30 petang baru kami mula bertolak dari pejabat. Untuk sampai ke destinasi, ambil masa enam hingga ke lapan jam waktu perjalanan. Persoalan yang bermain di benakku, larat atau tidak? Itu tidak termasuk masa yang diambil untuk berhenti dan singgah di mana-mana lagi, boleh berlanjutan ke sepuluh jam gamaknya.

        “Awak nak drive dulu?”

        Lebih baik kut kalau aku yang memandu terlebih dahulu. Jadi aku pun tanpa berfikir panjang terus mengangguk setuju.

        “Sampai kat Tol Jabor, kita tukar.”

        Tol Jabor? Eloklah pun, aku sebenarnya tak berapa nak reti hendak membaca jalan, laluan mana seterusnya yang patut digunakan untuk sampai ke Kuala Terengganu. Lagipun, aku memang tak pernah sampai ke sana pun atau mana-mana tempat di Pantai Timur. Kalau aku yang jadi pemandu entah ceruk aku pergi. Entah-entah tak sampai ke destinasi, sesat ke mana. Jadi lebih baik aku mengangguk sahaja.

        Setelah sejam perjalanan, kami berhenti di hentian Bentong untuk menunaikan solat maghrib dan mengisi perut.

        “Awak larat drive lagi?”

        “Ya,” jawabku sepatah.

        “Saya nak rehat sekejap.” Dia memberitahu.

        Huhu... nak berehat apanya? Bukan aku yang memandu dari tadi? Dia cuma dok menelek telefon pintar dan tablet miliknya sepanjang perjalanan.

        “Ermm... Encik Fariq, boleh saya pasang radio tak? Bosanlah senyap sunyi.” Sejam tadi aku memandu sambil mendengar deru enjin kereta. Kalau diteruskan juga, urgh! Masak! 

        Dia menjeling aku tanpa berkata apa. Sebab dia tak bereaksi, maka aku pun dengan pantasnya menekan butang radio. Tak ada kawan berborak tak apa, janji ada muzik menemankan aku. Setidak-tidaknya celoteh penyampai radio boleh mengelakkan aku dari terlelap.

        Lagu kegemaran aku sedang berkumandang di udara. Tanpa mengambil kesah akan reaksi Fariq Hatta, aku terus saja berlagu. Lantaklah kalau suara aku ke laut.

You make me glow
But I cover up,
won’t let it show


        Akhirnya, setelah beberapa jam berlalu, bumbung tol kelihatan dari jauh. Yes! Giliran aku untuk berehat. Cepat-cepat aku membelok ke hentian selepas Tol Jabor.  Sudah tiba giliran Fariq Hatta untuk memandu. Dah lenguh kaki dan badan aku. Nasib baiklah kereta milik bos aku ini jenis automatik. Elok sahaja aku dapatkan tempat untuk parkirkan kereta, enjin aku matikan serta-merta.

        Aku meregangkan badan. Fariq Hatta kulihat masih nyenyak. Kenapa dia tak upah pemandu sahaja? Bukankah dia juga layak mendapatkan seorang pemandu seperti ketua jabatan yang lain? Agaknya, dia jenis yang macam mana ek?   

        Aku ambil peluang itu untuk menatap wajah dia puas-puas. Aku sandarkan kepala pada dinding kerusi seraya mengiring menghadap dia. Lama, sambil tersenyum seorang diri. Alis matanya. Bibirnya yang seksi itu. Pandangan yang sungguh mengasyikkan.

        Hmm… anak dara mengintai anak teruna. Entah teruna entah tidak. Isk! Jauhkanlah fikiran yang pelik-pelik itu.

        Tiba-tiba dia celikkan mata. Memandang tepat ke arahku. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Erk! Kantoilah pulak! Pantas aku betulkan posisi diri. Haish! Rasa macam nak ketuk kepala sendiri.

        “Encik Fariq, kita dah lepas tol…” Aku bersuara menutup rasa malu.

        “Oh...” Dia meraup wajahnya.

        Aku pura-pura menguap. Padahal hati ni Tuhan saja yang tahu betapa malunya aku.

        “Yaya, kenapa awak renung saya begitu tadi?” Matanya menyapu bersih wajah aku.

“Erm.. Encik Fariq..” Isk! Dia bertanyalah pula buat aku rasa senak tiba-tiba. Tersipu-sipu aku mahu berkata-kata.

        “Apa dia?” sergah Fariq Hatta tak semena-mena.

        Handsome sangat!” Terlepas dari mulut aku. Wajah terasa membahang. Aku pejamkan mata seketika. Alahai, rasa nak tampar sahaja mulut aku.

        Dia keluar dari kereta. Aku pun sama. Kunci bertukar tangan tanpa aku memandang dia. Terasa kebas muka menahan malu.

        Dia beransur ke tandas awam yang disediakan. Selepas membersihkan muka dia masuk semula ke dalam kereta.

        Buat seketika keadaan jadi sepi.

        Thank you.”

        Thank you?”

        I take that as a compliment. Lain kali jangan renung saya macam tu.”

        “Huh?” Aku pandang dia yang sedang memakai tali pinggang keledar.

        That kind of look, make my heart pumping faster. You see, guys like me operate on adrenaline every time we wake up.” Matanya tepat-tepat menuju mataku. Terus ke jantung.

        Berderau darah aku. Whatever that mean, I don’t even want to know!

        Fariq Hatta menghidupkan enjin kereta. Menjeling aku sekilas dengan secebis senyuman bermakna. Sakit hati aku melihatnya.

        Agak lama juga aku berdiam. Entah kenapa hati ini tidak berhenti memikirkan lelaki di sebelah aku ini. Lantas aku pun bersuara memecah suasana hening perjalanan.

        “Encik Fariq, boleh tak saya tanya sesuatu?”

        “As you please, just shoot me. Kalau saya boleh jawab, saya jawab.”

        “Bila Encik Fariq nak kahwin?”

        “Hahaha!” Meledak tawa besar dari dua ulas bibirnya. “Kenapa tanya soalan macam tu?”

        “Sebab, saya tengok Encik Fariq keluar dengan ramai wanita. Takkan seorang pun tak sangkut kut.” Ke awak ni gay? Aku jelir lidah dengan soalan yang tidak terluah di bibir itu.

        If, I’m given a choice I will marry a blind woman that will make me fall in love again and again.”

        If, I’m given a choice. Huh, apa maksudnya tu? Dia tiada pilihan, dia tidak dibenarkan memilih atau bakal isteri sudah dipilih untuk dia?

        “Perempuan-perempuan tu tak marah ke?”

        “Perempuan mana?” Dia pandang aku sekilas.

        Aku angkat kening. Daa…

        “Mereka yang ajak saya keluar. I never promise them anything.”

        Macam itukah ceritanya? Boleh percayakah? Aku tarik badan ke belakang.

        “Awak pula kenapa tak kahwin lagi?” Dia pulang balik soalan yang sama kepada aku.

        “Soalan Encik Fariq tu senang sangat.”

        So, what’s your answer?”

        “Sebab tak ada orang meminang saya. Macam mana saya nak kahwin?”

        Fariq Hatta tergelak. Kelakar sangatlah kut mendengar jawapan yang aku berikan. Tak kelakar, okey.

        “Kalau saya pinang awak, awak nak kahwin dengan saya?”

        “Ish, Encik Fariq ni...” Tapi dalam hati kata, masinlah mulut Fariq Hatta! Aku ni, heh. Kepala kugeleng. Memang terasa diri ini gatal, menggedik. Ergh!

        Fariq Hatta sudah tergelak-gelak. Boleh pula gelak-gelak? Kalau waktu pejabat, pandang aku pun macam nak makan aku.

        “Kenapa ek, kat office Encik Fariq tak macam ni?”

        “Dengan awak sahaja, saya macam ni. This is the other side of me. Dengan orang lain saya tak macam ini.”

        Aku angkat kening lagi. The other side of him, he share it with me? Too good to be true.

        “Lepas kita selesaikan tugasan nanti, boleh saya bawa awak jalan-jalan?”

        Dia ajak aku keluar ke? Sounded like one. Aku teguk air liur.

        “Boleh?” Dia mengulang sekali lagi. “This is last offer. I don’t accept no as an answer, remember?”

        On the way back?” Kalau sudah singgah tempat jauh-jauh, apa salahnya singgah beli buah tangan? Lagi-lagi dengan Fariq Hatta. Of course! Aku mengangguk cepat-cepat. Nak! Nak! Nak!

        “Ada apa-apa lagi yang awak nak tahu tentang saya?” Dia tersenyum memandang aku sebelum kembali fokus pada jalan raya yang bersimpang siur.

        Sebenarnya, aku nak tanya macam-macam kat Fariq Hatta. Tapi, aku sudah tidak mampu hendak mengangkat kelopak mata walaupun aku teringin sangat menongkat dagu memandang wajah dia sepanjang perjalanan. Jadi, untuk menjawab soalan Fariq Hatta itu, aku cuma geleng kepala.

        Dua-tiga kali aku menguap dan tersengguk-sengguk. Akhirnya aku terlelap juga.
         
         
TERASA seperti bahu aku digoyangkan sambil nama aku diseru berulang kali. Aku berkalih sedikit dengan mata yang masih terpejam.

        “Yaya, kita dah sampai.” Suara itu terdengar betul-betul hampir di cuping telinga. Haruman yang diguna Fariq Hatta singgah menyapa deria pernafasanku.

        Aku mengesat mata. Boleh pula borak-borak sampai tertidur. Mengantuk sangatlah aku tu. Bila aku buka separuh mata aku yang layu, baru perasan badan aku diselimutkan dengan sehelai jaket. Milik Fariq Hatta kut. Patutlah selesa semacam aje aku tidur.

        Fariq Hatta, depan mata aku. Aku mengigau ke? Redup mata dia. Wajahnya terasa begitu hampir dengan wajah aku. Mata aku pejam celik pejam celik. Bermimpikah aku?

        “Encik Fariq nak buat apa ni?”

        “Kejutkan awaklah. Kita dah sampai.”

        Owh! Cheh. Ingatkan mata dia redup begitu kenapa. Menahan rasa mengantuk rupanya.

        Bring your luggage. Kak Su is waiting for you.”

        “Ya, Encik Fariq?” Aku yang masih mamai bertanya antara dengar tak dengar.

        “You akan share bilik dengan Kak Su. Atau nak share bilik dengan saya?”

        Aku mengangguk kemudian menggeleng. Mata aku terkelip-kelip menahan kantuk. Aku yang silap dengar atau dia yang merepek?

        Really?” Senyuman nakal bermain di bibirnya.

        “Kenapa, Encik Fariq?” Aku masih terpinga-pinga.

        Dia datang mendekati aku lalu berbisik betul-betul di tepi telingaku. “Cik Yasmin Hidayah, are you sure you can handle me?”

        “Handle apa Encik Fariq?Suara aku kedengaran serak bertanya kepadanya.

        Fariq Hatta tergelak besar.

        Aku memandangnya tidak faham. Did I miss something here?


2 comments: