Sunday, 17 January 2016

Bab 8: BILA PAPA JATUH CINTA -CIK D


BAB 8
Minggu berganti. Ada seminggu lagi untuk Dinie mengajar sebelum sesi persekolahan tamat untuk memberi laluan pada cuti pertengahan tahun sekolah.
Dia masih leka dengan kerjanya, sebelum didatangi Cikgu Rosnah yang terlebih ubat gegat tengah hari itu. Maklum sajalah, baru berjumpa dengan encik kacak yang masih menjadi rahsia si gadis. Mahunya senyum wanita awal 40-an itu tak bersambung ke telinga.
“Dinie, ambil kotak ni. Mr. Secret admirer kamu kirim salam dan Kak Ros dapat coklat!” Gembira Cikgu Rosnah menjadi posto tak bergaji lelaki misteri yang sering mengganggu ketenteraman Dinie sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
“Sekali lagi?” Hujung mata Dinie kerling, geram bila guru awal empat puluhan itu masih tersenyum-senyum. Tambah geram bila Cikgu Rosnah boleh tiba-tiba bersekongkol dengan si pemuja rahsia, sedangkan selama ini tiada apa-apa rahsia di antara mereka.
“Sekali lagi, orang dah bagi tu, ambil jer dik. Tak baik tolak rezeki. Sama juga macam tolak jodoh.” Panjang muncung Cikgu Rosnah. Sengaja menyebut perkataan jodoh tu panjang-panjang.
Dia pun sebenarnya tak sabar mahu melihat gadis di hadapannya itu naik pelamin. Tambah teruja kalau lelaki yang menjadi pasangan gadis itu, encik kacak yang baik hati itu.
“Apa Kak Ros mengarut ni?” Kotak yang terletak di atas meja kerjanya itu Dinie perhati. Belum ada hati untuk membelek, memandangkan pengirimnya masih menjadi rahsia.
“Jodohlah. Jodoh Dinie dengan Mr. Secret Admirer awak tu. Hai, kalau Kak Ros la, ada lelaki sekacak Mr. Secret Admirer Dinie tu nak dekat akak, dulu-dulu akak ke depan. Mengorat!”
“Boleh tahan juga gatal isteri ustaz ni kan? Dinie cakap kat ustaz baru padan muka Kak Ros.” Dinie berseloroh.
“Haih, janganlah. Dinie pun, Kak Ros cakap kalau, bukan betul-betul. Ustaz tu cinta pertama dan insya-Allah akan jadi yang terakhir akak tau. Harapnya cinta kami hingga ke Jannah, itu yang selalu akak harap.” Cikgu Rosnah cuba mempertahankan diri. Tak mengaku yang dia berminat dengan lelaki misteri yang berkenan dengan guru muda di hadapannya itu.
“Alahai sweetnya kakak Dinie ni. Insya-Allah Kak Ros, kalau tawaduk gitu cara ustaz. Pandang perempuan pun sekilas, mudah-mudahan makbul doa akak dan Dinie pun akan sama berdoa untuk akak.” Dinie melayan, walau nada suaranya tak begitu serius.
“Terima kasih dik. Dinie pun janganlah jual mahal sangat. Kak Ros pun selalu doa yang Dinie dengan Mr. Secret Admirer Dinie tu cepat-cepat kahwin. Amin!” Tangan sudah diraup ke muka. Beriya Cikgu Rosnah mahu menyatukan pasangan itu.
“Kahwin? Apa la Kak Ros ni. Nampak dia pun tak pernah, ada nak suruh Dinie kahwin. Kartun betul cerita Kak Ros tu.” Dinie sandar badan dan wajah Cikgu Rosnah dipandang tak puas hati. Minta jawapan gerangan yang selalu menghadiahkan dia macam-macam.
“Kartun pulak. Kak Ros serius. Encik Dha...ops! Mr. Secret Admirer Dinie tu serius nakkan Dinie tau. Dari pandangan mata dia tu, Kak Ros dapat imagine yang dia nak sangat dekat Dinie. Tengoklah, hari tu dapat bunga, hari ni dapat kotak pulak.” Rahsia hampir terbongkar, mujur Cikgu Rosnah cepat-cepat sedar dan tak tersasul menyebut nama Dhani.
“Komplot! Kak Ros pun seronok, kan? Nak berahsia bagai dengan Dinie.” Dinie tayang rajuk. Belum dapat menangkap, siapa gerangan lelaki yang rajin memberinya itu ini.
“Bukan nak berahsia, ini amanah. Kak Ros ni kalau Dinie nak tahu, seorang yang berpegang pada janji. Sekali orang dah percaya, Kak Ros takkan khianati kepercayaan orang tu dik,” potong Cikgu Rosnah, tak nak Dinie menuduhnya berkomplot dengan si pemuja rahsia itu.
“Janjilah sangat, konon nak mengorat, tapi penakut!” Jemari Dinie gumpal. Sudah membayangkan ada seseorang yang bakal ditumbuk.
Siaplah kalau dia dapat tahu siapa lelaki misteri itu!
“Tunggulah dik, ada nanti tu. Kak Ros percaya yang dia serius. Kalau tak, takkan dia beriya bagi Dinie macam-macam. Nampak cara dia, macam bersungguh sangat nak dapatkan Dinie. Akak sokong kalau Dinie dengan dia. Handsome sangat dia dik!” Cikgu Rosnah pegang dada. Nak tunjuk pada Dinie berapa handsome lelaki yang dibayangkan tadi.
“Handsome macam mana pun rupa dia, kalau pengecut tak guna juga Kak Ros. Nak menyorok jadi Mr. Secret Admirer konon. Dah tak boleh nak jumpa depan-depan? Bagi Dinie terus kotak ni?” marah Dinie.
Dia cebik bibir. Masih tertanya. Apa isi dalam kotak yang beriben coklat dan nampak kemas bungkusannya itu.
“Bukan pengecut, mungkin pemalu kut. Susah tau nak dapat lelaki pemalu zaman ni Dinie. Dik, nak tahu tak?” Cikgu Rosnah mula berbisik. Ada sahaja ilmu yang mahu diperturunkan untuk Dinie sama belajar.
“Apa dia kak?” Pandangan Dinie beralih. Dari memerhati kotak pemberian Mr. Secret Admirer, kini pandangannya jatuh pada seraut Cikgu Rosnah yang sudah dekat. Mahu berbisik.
“Lelaki pemalu ni romantik! Macam ustaz!” gelak Cikgu Rosnah bila menyaksi Dinie berkerut dahi.
“Ustaz? Romantik? Dinie tak percayalah. Tak nampak tang mana romantiknya ustaz tu. Dinie pandang dia pun dia toleh ke lain. Tak perasanlah yang ustaz tu romantik!” Gelak Dinie sama lepas. Melayan guru matematik yang boleh tahan meriah gelaknya itu.
“Romantik dengan akak, Dinie apa tahu?” Senyum guru awal empat puluhan itu menyimpul, sengaja mengajak Dinie sama untuk membayangkan.
“Oh, itu yang anak selang setahun satu tu?” Dinie mengusik nakal. Tertunduk dia menahan gelak bila wanita itu tersipu-sipu malu.
“Dinie ni ke situ pulak. Itu sebab kedualah. Sebab lain beruntungnya dapat suami pemalu ni, diorang ni lebih family man. Tak kisah sangat dengan dunia luar. Hidup diorang untuk keluarga. Untuk kita. Yang bestnya tak adalah diorang nak dok melepak dengan kawan-kawan, tinggalkan kita sorang dekat rumah. Kan best macam tu,” cerita Cikgu Rosnah lagi.
Dinie terangguk-angguk faham. Dalam hati masih meneka, siapa gerangan Mr. Secret Admirer yang dimaksudkan Cikgu Rosnah tadi.
Pemalu ke pengecut?! Kalau minggu lepas dapat bunga depan toilet. Semalam coklat dan hari ni? Kotak pulak? Jangan-jangan dalam ni bom! Ish! Dia cepat-cepat menolak bungkusan yang beriben cantik itu.
“Okeylah Dinie, Kak Ros ada kelas ni, Dinie layanlah fikiran tu. Sambil-sambil tu fikir, kalau boleh terima, terimalah Mr Secret Admirer Dinie tu. Rugi kalau Dinie lepaskan dia. Percayalah…” Cikgu Rosnah berlalu, meninggalkan Dinie yang mula cebik bibir.
Mr. Secret Admirerlah sangat!


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget