Wednesday, 7 January 2015

BAB 4 : CINTA SI GADIS DOBI - SYEENA HAMDAN


BAB 4
AJAD terkesima bila Dini memandu masuk ke perkarangan rumah agam yang terletak di Jalan Straits View. Kawasan elit yang memang terkenal di bandaraya Johor Bahru.
She’s not an ordinary woman.
“Assalammualaikum, mama.” Dini mendapatkan seorang perempuan tua yang sedang membelek bunga orkid.
“Waalaikummussalam. Mimpi apa hari ni?” tanya perempuan tua itu.
“Mimpi?” soal Dini semula.
“Hari isnin ni, sayang.” Kening perempuan tua itu terangkat.
“Ooo… ada orang kepoh sibuk sangat nak tahu kereta tu siapa punya.” Dini memuncungkan mulut pada kereta hitamnya.
“Orang kepoh? Siapa?” Kali ini dahi perempuan tua itu berkerut.
“Ehem…” Terdengar suara seseorang berdeham.
Perempuan tua itu menjenguk ke belakang Dini. Dia memandang Dini semula. Keningnya diangkat.
“Anak bos,” bisik Dini.
Perempuan tua itu mengangguk.
Ajad mendekati dua beranak itu. Dia bersalam dan mencium tangan perempuan tua itu.
“Maaf, aunty. Datang tak berjemput.”
“Tahu pula,” perli Dini. Dia menyeringai bila terasa lengannya dicubit.
“Eh… tak apa. Pintu rumah ni terbuka luas untuk sesiapa pun. Siapa namanya?”
“Ajad Safiy. Panggil Ajad aje, aunty.” Ajad tersenyum memperkenalkan dirinya.
“Ini mama aku. Puan Sri Alia.” Sengaja Dini menekan suara tika menyebut nama Puan Sri Alia.
Ajad angkat kening tanda ada aku kisah.
“Jom kita duduk sana. Selesa sikit nak berborak.” Puan Sri Alia bergerak ke meja bulat kecil yang memang terletak di halaman rumah. Sudah terhidang minuman petang di atas meja.
“Kau dah tahu kan mana aku dapat kereta tu. So, apa tunggu lagi? Baliklah.” Dini memandang tajam Ajad di sebelahnya. Menghalau Ajad secara baik.
“Ajad, mari sini. Buat apa lagi dekat situ? Dini…” Puan Sri Alia melambai.
“Aku memang nak balik tapi tak sampai hati.” Ajad terus meninggalkan Dini yang sedang menahan marah.
Mulut Dini terkumat kamit sambil berjalan menghampiri mamanya.
“Ma, Dini masuk dululah. Nak rehat. Penat sangat ni.” Dini memandang sayu pada Puan Sri Alia.
“Jangan nak mengada. Duduk,” arah Puan Sri Alia.
Ajad tersenyum senget.
Dini menarik kasar kerusi di antara Ajad dan mamanya.
Mereka berbual seketika.
Dini lebih banyak mendiamkan diri. Dalam hati dah mendongkol geram dengan layanan mesra mamanya. Pada dia lelaki biadap macam si Ajad a.k.a. Abjad tak layak mendapat layanan sebaik itu.
“Saya balik dululah, aunty. Dah lama sangat ni.” Ajad bangkit dan bersalam dengan Puan Sri Alia.
Dini masih mendiamkan diri.
“Dini…” tegur Puan Sri Alia.
Dini mendongak.
“Ajad dah nak balik tu.” Puan Sri Alia membesarkan matanya.
So?” Dini membalas acuh tak acuh.
Ajad hanya tersenyum senget dengan ke dua-dua belah tangan di dalam kocek seluar.
“Dini!!!” Puan Sri Alia meninggikan suaranya
“Yalah, yalah,” bentak Dini dengan muka kelat. Paksa dirinya bangun dan menemani Ajad hingga ke kereta.
Ikut hati Dini memang malas nak menghantar si Ajad a.k.a Abjad ni tapi bila mamanya dah menjeling terpaksa jugalah. Gatal sangat mamat ni ikut dia balik ke rumah.
"Hai, Aunty Rose. Nak pergi mana?" tanya Dini pada seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari dia dan Ajad.
"Nak pergi mana pula, Dini? Ni hah tengah tengok pokok-pokok ni."
Dini dah tertawa kecil. Tahu sangat obses berfesyen jiran mamanya ini. Saja je dia menegur begitu.
Ajad dah memandang pelik. Sempat dia berbisik. "Memang kena pakai lawa-lawa eh?"
"Sibuklah kau. Suka hati dia lah."
"Dini, pakwe ke?” Aunty Rose memandang Ajad atas bawah atas bawah.
“Errr…” kelu lidah Dini hendah menjawab.
“Patutlah tolak pinangan boy," Aunty Rose terangguk-angguk.
Dushhh... apa dia nak jawab? Kepala yang tidak gatal digaru. Otak Dini cuba berkerja keras mencari idea.
Ajad dah tersenyum senget.
"Huh?! Aah...kami nak bertunang lagi sebulan kan, honey?" Dini terus menarik lengan Ajad.
Ajad dah terpinga-pinga. Punyalah tadi Dini macam declare world-war-no-peace dengannya. Tup tup sekarang gadis itu elok saja memegang tangannya. Kejap dan kemas. Sakit. Seolah-olah memberi amaran.
"Errr...betul tu. Lagi sebulan. Jom, bee. I dah nak balik." Tangan Ajad naik ke pinggang Dini. Memeluk Dini erat.
Aunty Rose hanya tersenyum kelat melihat pasangan muda di depan matanya.
"Jangan nak berlebih. Kita bukan mahram." Dini meleraikan tangan Ajad yang berlingkar dipinggangnya.
"You owe me." Ajad kenyitkan mata sebelum membuka pintu keretanya.
"Esok aku belanja lunch," balas Dini.
"Tak nak. Aku yang tetapkan apa kau kena buat." Ajad membantah.
"Suka hati akulah, apa yang aku nak balas balik," bentak Dini.
"Aunty Rose!" panggil Ajad. Mengugut.
"Yalah, yalah." Dini mengalah.
Ajad tersenyum senget.
“Mengugut aje kerjanya. Kau jangan nak macam-macam tau. Dah pergi balik,” halau Dini.
“Aku nak baliklah ni. Tapi macam mana aku nak masuk kereta kalau kau tak lepaskan tangan aku?” Ajad memandang tangannya yang masih dipegang Dini.
Dini terus melepaskan pegangan tangannya.
Hesy… macam mana aku boleh sedap sangat pegang tangan dia yang berotot tu. What did I say just now? Dia memang kena mandi bunga. Biar suci sikit hati dan akalnya.
Ajad tersengih nakal dan terus masuk ke dalam kereta.
“Assalammualaikum.” Ajad membunyikan hon dan terus berlalu.

“Dia beri salam? Memang aku kena mandi bungalah.” Dini kelam-kabut masuk ke dalam rumah.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget