Sunday, 11 January 2015

Bab 5 : DIA... PELENGKAP HIDUPKU - FARISYA NATASHA


BAB 5
21 September 2012
“I nak ke Bondi Beach sekejap,” beritahu Amanda pada Herna yang masih terbaring di atas katil itu. Beg sandang dicapai lalu disangkutkan ke bahu.
 “You buat apa pergi Bondi musim bunga ni? Dah buang tabiat?” Terbuka luas mata Herna bila Amanda memberitahu bahawa wanita itu hendak ke Bondi Beach. Pantai kesukaan Amanda setiap kali datang ke Sydney.
 “Cuaca cerah, Herna. Tak semestinya musim bunga, orang tak boleh pergi pantai. I sekejap aje. Sebelum pukul sebelas I balik,” ujar Amanda.
Memandangkan ketika ini baru pukul 8 pagi. Kira-kira dalam lima belas ke setengah jam dia akan bersarapan terlebih dahulu dan selepas itu dia akan berangkat ke Bondi Beach. Cuma mengambil masa 20 minit saja untuk ke sana.
 “How about Paddy Market? My sister nak I belikan dia barang-barang Sydney tau.” tanya Herna yang masih belum berpuas hati.
 “Tengahari lah kita ke sana. Terus lunch sekali kat Kasturi Cafe,” cadang Amanda.
 “Alright...”
 “Tak nak join I?”
 “Tak nak. Eee... I bukan pencinta alam macam you lah.” Jeling Herna seraya kembali menutup kelopak matanya. Dia nak sambung tidur semula.
 Amanda tersenyum nipis. Pencinta alam? Dia cuma seorang yang suka menghayati keindahan alam kerana semua itu memberikan ketenangan padanya.
 “I pergi dulu, Herna.”
 “Take care!” laung Herna sebelum Amanda melangkah keluar bilik.
Di Coffee House, Amanda hanya mengambil roti bakar dan susu soya sebagai sarapan. Itu sudah cukup baginya. Janji dapat mengalas perut sebelum makan tengahari nanti. Jam dikerling, sudah 15 minit berlalu. Dia perlu cepat berangkat.
 Ketika tiba di lobi hotel, Amanda terpandang budak kecil yang dilihatnya semalam. Hatinya berdebar, mungkin lelaki semalam itu juga ada di situ. Namun sangkaannya meleset bila budak kecil itu mesra memeluk seorang wanita. Mungkin itulah ibu kepada budak kecil itu, bisik hati Amanda. Teringin dia hendak menatap wajah wanita tersebut memandangkan wanita itu membelakanginya. Rambut wanita itu kelihatan cantik teralun serta mempunyai tubuh badan yang ideal. Ah, beruntungnya wanita ini mempunyai suami yang cukup prihatin, sekali lagi hati Amanda berbisik.
 Langkah Amanda menjadi tidak teratur sebaik saja ternampak kelibat lelaki itu. Risau jika lelaki itu ternampak dirinya. Nampak sangat dia tertarik dengan keluarga ‘bahagia’ itu. Namun... Kenapa perasaan kecewa meniti di tangkai hatinya sebaik saja melihat senyuman lebar di bibir lelaki itu terhadap si isteri?
Cemburukah Amanda bila melihat pasangan itu cukup sempurna? Berharap agar dia dan Zayn akan jadi sebegitu. Mempunyai anak yang comel, yang kelihatan manja pada kedua-dua orang tua.
 Kepala digelengkan perlahan. Kenapa dia perlu cemburu dengan kehidupan orang lain? Seharusnya dia berdoa dan berusaha agar hubungannya dengan Zayn akan bahagia seperti keluarga lelaki itu. Cepat saja Amanda mengatur langkah keluar dari lobi hotel.
Rezeki masing-masing, bisik Amanda. Bahagia juga merupakan satu rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Rezeki mempunyai suami dan anak yang baik. Di situlah wujudnya definisi bahagia. Jika itu rezeki yang diperolehi oleh lelaki itu dan si isteri, syukur Alhamdulillah. Dia hanya mampu tumpang bahagia.

LUTHFI MENDEKATI Dayana dan Fea. Tersenyum lebar si kecil itu bila berdekatan dengan Dayana.
 “Hei... Kenapa tak breakfast dengan daddy tadi? Kesian daddy tau... Terpaksa breakfast sorang-sorang,” ujar Luthfi seraya mengangkat badan Fea. Pipi si kecil itu dikucup bertalu-talu sehingga membuatkan Fea kegelian.
 “Daddy! Geli,” jerit Fea namun bibir si kecil itu masih mengukir senyuman.
 “Then answer my question, kenapa tak breakfast dengan daddy?”
 “Fea laparr,” balas Fea.
 “Then now?”
 “I’m full!”
 Luthfi tersenyum. Matanya beralih pada Dayana. “Morning, sayang.” Kini pipi Dayana menjadi tempat persinggahan bibirnya.
 “Morning, abang,” sapa Dayana dengan senyuman.
 “Fea dah solat tadi?” tanya Luthfi pada Fea yang sudah terlentok di dadanya. Manja!
 “No, daddy. I didn’t solat.
 “Why?” pertanyaan Luthfi itu ditujukan kepada kedua-duanya, Fea dan Dayana.
 “Yana period,” jawab Dayana.
 “Kenapa tak hantar Fea kat bilik abang? Dia boleh solat dengan abang tadi.”
 “Yana lupa. Lagipun tadi, Yana lewat bangun. Sorry, abang.”
 “Tak apalah,” jawab Luthfi lembut. Dia risau dengan keadaan Dayana, bersolatkah isterinya itu ketika ketiadaannya? Namun kepercayaan itu penting, jadi dia cuba tidak berprasangka buruk dan dia yakin, Dayana tidak akan mengabaikan suruhan Ilahi itu hanya kerana sibuk belajar.
 “Jom... Kita nak ke mana hari ni?” tanya Luthfi seraya sebelah tangan mengusap belakang badan Dayana. Sebelah tangan lagi kemas mengendong Fea. Dia suka mengendong Fea walaupun si kecil itu sudah berusia 5 tahun beberapa bulan yang lalu. Baginya Fea masih kecil dan dia selesa bila Fea berada di dalam pelukannya.
 “Abang..,” seru Dayana perlahan. Langkah wanita itu terhenti. Dia serba salah memandang Luthfi.
 “Kenapa sayang?” langkah Luthfi juga turut terhenti. Dia menghadap Dayana. Keningnya mula berkerut bila melihat Dayana seperti sukar untuk meluahkan kata-kata.
 “Yana lupa nak bagitahu abang...”
 “Apa dia? Bagitahu aje... Yana takut abang marah ke? Selalu sangat ke abang marah Yana?”
 Dayana menggeleng laju. Luthfi... Lelaki yang banyak bersabar dengan kerenahnya. Hampir tujuh tahun menjalani bahtera berumahtangga bersama Luthfi, kemarahan lelaki itu dapat dikira dengan jari saja.
 “Pukul sembilan setengah ni, Yana ada discussion dengan kawan including Risa. Habis cuti ni, Yana terus present. Yana lupa hari ni Yana janji nak discuss dengan mereka. Yana tak akan bermalam di Lennox. I will be back here, I promise you.”
 “Mommy... Where you want to go?” tanya Fea. Kepala yang melentok tadi kini sudah menegak memandang Dayana.
 “Study, sayang,” jawab Luthfi bagi pihak Dayana.
Walaupun dia berkecil hati kerana Dayana lebih mengutamakan perbincangan bersama dengan kawan-kawan berbanding dengan keluarga tetapi dia memahami situasi isterinya itu. Dia juga pernah bergelar mahasiswa apatah lagi dia graduan dari Master of Business and Commerce, University of Western Sydney. Dia tahu macam mana sibuknya lagi-lagi di tahun akhir pengajian.
 “How about me?” sekali lagi Fea mempersoalkan. Wajahnya sudah kelihatan muram. Bibirnya sudah muncung sedepa.
 “Fea dengan daddy lah. Fea tak sayang daddy ke?” pujuk Luthfi.
 “I love you daddy but I love mommy too.”
 “I love you too, dear,” ujar Dayana terharu.
 Luthfi memandang Dayana. Dia juga berperasaan yang sama seperti Fea namun dia tahu Dayana pasti akan memilih perbincangan bersama kawan-kawan dari bersamanya.
 “Can we go to the beach today? Then I will let mommy go... to study.”
 Luthfi terkejut mendengar bicara Fea itu lalu tawanya pecah.
 “You..? Such a naughty girl! Pandai nak rasuah daddy dengan mommy ya? Fine. Daddy akan bawa Fea pergi pantai. Tapi tak boleh lama, sayang. Cuaca sejuk. Lagipun daddy nak solat Jumaat lagi.”
 “Yeayyyy!!!” jerit Fea gembira.
 “Yana pergi Lennox by taxi?”
 “Risa jemput Yana kat sini.”
 “Pergilah... This is your final year. Do your best. Abang akan selalu support Yana.”
 “Thank you abang... Thank you so much!” ucap Dayana seraya memeluk erat Luthfi. Tangan lelaki itu dicapai lalu belakang tapak tangan Luthfi dicium. Sebaik saja dia mengangkat wajah, dahinya mendapat kucupan hangat dari sang suami.
 Dayana mendekati Fea lalu pipi si kecil itu dikucup lama. “Thank you sayang. Mommy love you.”
 Luthfi tersenyum. Alangkah bahagianya dia bila melihat kedua-dua permata hatinya itu tersenyum bahagia. Walaupun di sudut hatinya yang paling dalam, dia berasa berat hati hendak melepaskan Dayana pergi.
Bibir Dayana mengukir senyuman lebar lagi-lagi bila melihat kereta yang dipandu oleh Arisa sudah pun sampai. Arisa memandangnya dengan penuh makna. Masuk ke dalam kereta, wanita itu bersuara, “you’ve made it, girl.”
See the leg, lah!” ucap Dayana dengan penuh bangga.
“Yang lain dah berkumpul kat rumah Lucas dari semalam, tau. Rugi you tak ada.”
I have to stay with my husband. Lagipun I rindukan Fea. Kalau I berkeras tak nak stay dengan dia, sure dia akan curiga,” jelas Dayana.
Dia tidak mahu Luthfi curiga dengan aktiviti yang dia lakukan bersama dengan Arisa. Serta dia mahu Luthfi sentiasa menganggapnya seperti wanita yang baik-baik saja. Tidak bebas seperti ini.
Just forget about him! You dah tak cintakan dia, kan? Let him go, Yana. Don’t wasting your time. Dah tiba masanya untuk kita bebas. Hidup tanpa ikatan,” hasut Arisa.
Dayana terdiam seketika. Ya, dia memang mahukan kebebasan. Bebas tanpa ada ikatan bersama dengan orang lain. Baginya, dia sudah mengabaikan zaman remajanya ketika berkahwin dengan Luthfi. Dan kini, dia tidak mahu mensia-siakan hidupnya tanpa mencapai matlamat yang dia mahukan.
It’s time for the party!” jerit Arisa cuba menceriakan suasana.
Yes! It’s time for the party,” balas Dayana dengan nada yang sama seperti Arisa.
Langsung tidak ada rasa bersalah dalam dirinya kerana menipu Luthfi mahupun Fea. Alasan dan mimik muka yang dia berikan benar-benar membuahkan hasil. Luthfi mempercayai semua kata-kata yang keluar dari bibirnya. Marah lelaki itu cuma sementara saja kerana dia tahu Luthfi lebih menyayanginya.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget