Wednesday, 7 January 2015

BAB 5 :CINTA SI GADIS DOBI - SYEENA HAMDAN



BAB 5
HUJUNG bulan memang merupakan minggu yang paling sibuk buat Dini dan staf di bahagian kewangan. Kejar deadline. Tarikh mesyuarat pengurusan semakin hampir. Banyak lagi yang perlu mereka sediakan.
“Grace, batalkan semua janji temu saya untuk seminggu ni.” Dini menjengukkan muka di balik pintu biliknya sebelum ditutup kembali.
“Okey, Cik Dini.” Grace terkebil-kebil memerhati pintu bilik yang sudah tertutup.
“Hai, Grace,” sapa Ajad yang tersengih berdiri di sisi meja Grace.
“Encik Ajad.” Grace mengurut dadanya. Terperanjat dengan kemunculan Ajad secara tiba-tiba.
“Dini?” Ajad berjalan mendekati pintu dan tangan memulas tombol.
Grace hanya anggukkan kepala seolah-olah faham maksud Ajad.
Dini mendongak bila dilihat pintu biliknya dikuak seseorang.
Ajad masuk ke bilik Dini dengan senyuman trademarknya. Senyum senget. Dia terus menarik kerusi di depan meja kerja Dini. Tangannya sibuk menyelak kertas-kertas yang berselerak di atas meja Dini.
Dini mengetuk tangan Ajad dengan pen ditangannya.
"Ouchhh!" Ajad menjerit kecil kemudian dia tersengih-sengih.
"Kau ni dah kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk. Tak nampak ke aku ada kerja ni?" Dini menjeling sekilas.
"Macam dia sorang banyak kerja. Aku pun ada kerja jugalah," Ajad mencebik. Dia bersandar malas.
"Dah tahu ada kerja. Buat apa menyibuk dekat sini?" Dini mendengus geram.
Si Ajad a.k.a Abjad ni tahu tak sekarang hujung bulan. Dia kena semak data-data yang telah di log masuk stafnya untuk memudahkan dia menyiapkan laporan kewangan.
"Nak tuntut hutang." Ajad tersenyum.
"Lunch aje."
"Tak nak."
"Breakfast esok pagi."
"Tak nak."
"Semua tak nak. Kau nak apa?"
"Teman aku pergi dinner reunion."
"Kau cari orang lain."
"Orang lain tak pernah berhutang dengan aku. Kau aje. Esok lepas maghrib aku jemput." Ajad terus keluar tanpa menunggu jawapan Dini.
“Arghhh!!!” Dini menjerit kuat.
“Kenapa dengan Cik Dini, Encik Ajad?” soal Grace sewaktu Ajad baru menutup pintu bilik Dini.
“Sakit,” balas Ajad dengan muka tanpa perasaan.
“Sakit? Sakit apa? Elok aje dia tadi.”
“Sakit hati.” Ajad terus berlalu.
Grace dah menggaru-garu kepalanya.



MALAM itu, Dini menyelongkar almari bajunya di rumah keluarganya. Satu persatu baju-bajunya dikeluarkan. Semuanya tak menepati cita rasa. Bukan tak ada yang cantik-cantik, ada tapi tak sesuai untuk dipakai bila keluar bersama lelaki bernama Ajad a.k.a. Abjad.
“Ya Allah! Dini, kenapa berselerak ni?” tanya Puan Sri Alia kala menjenguk anak daranya di bilik.
“Cari baju.” Dini masih membelek satu persatu baju yang tergantung di dalam almari.
“Untuk apa?”
Dinner.”
Dress ni?”
“Cantik sangat.”
“Nak keluar dengan siapa?”
“Abjad.”
“Abjad? Bukan Ajad ke nama dia?” Berkerut dahi Puan Sri Alia. Rasanya budak lelaki yang Dini bawa datang ke rumah namanya Ajad.
“Ya. Ajad.” Dini membalas endah tak endah.
“Mama suka dia.”
“Dini tak suka.”
“Kalau tak suka kenapa keluar juga dengan dia?” soal Puan Sri Alia hairan.
“Bayar hutang.”
“Bayar hutang?”
“Ma… jangan serabutkan kepala Dini boleh tak?” Dini mendengus bila diasak dengan soalan yang dia sendiri tak tahu nak jawab apa.
“Okey. Jubah merah ni simple.” Puan Sri Alia terus keluar.
Dini menoleh dan memandang pada jubah yang dimaksudkan mamanya. Segera dicapainya dan digantung pada pintu almari baju. Senyuman segaris terpamer dibibir.
Done for tonight. Can’t wait for tomorrow.”
Dini longgokkan semua baju-baju yang berselerak tadi ke atas lantai. Direbahkan badannya di atas katil bersaiz king. Dia mengiring menghadap almari bajunya dan tersenyum. Senyumannya beransur-ansur hilang bersama mata yang mengecil dan terus terpejam.
“Hello!” Dini menjawab malas. Ikutkan hati mahu saja dibiarkan telefon bimbitnya menjerit tapi kalau dibiarkan pastinya ia akan menjerit lagi.
“Hoi, anak dara!” jerit Ajad di talian.
“Hmmm…” Dini menjawab tanpa perasaan.
“Dah pukul dua belas kau tak reti bangun ke?” jerit Ajad lagi.
“Hari sabtu kan…” balas Dini acuh tak acuh.
“Memanglah hari sabtu. Kau jangan pura-pura lupa pula hutang kau tu,” ugut Ajad.
“Sibuklah kau ni.” Dini terus matikan talian.
“Nak lepak lama-lama kat atas katil pun tak senang.”
Selimut dicampak ke tepi. Dini menggeliat. Matanya merenung jam di dinding.
“Dua belas?! What the…” Dini bingkas bangun. Tuala mandi dicapai dan kaki dihayun laju ke bilik air.
Dia hanya ada masa enam jam sahaja sebelum keluar dengan si Ajad a.k.a. Abjad sengal tu. Teringat janji temu selepas zohor nanti. Tak pasal-pasal kakinya kena mencemar duli ke pusat rawatan kecantikan. Itu pun sebab mama paksa. Mama pula yang risau terlebih sebab anak dara dia tak pernah pergi dating katanya.
Dini tiba di rumah keluarganya lebih kurang jam enam petang. Gara-gara dia leka window shopping di Johor Premium Outlet selepas selesai buat rawatan kecantikan. Solat maghrib hari ini pun dia tunaikan macam kartun. Kelam kabut dia bersiap.
Tadi semasa di spa milik rakan karib mamanya, Aunty Aida puas wanita itu mengajar dia cara-cara bersolek yang betul. Berasap jugalah telinganya mendengar tunjuk ajar Aunty Aida. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Sekarang di depan cermin hanya gincu yang dioles ke bibir dan secalit celak di mata.
“Okeylah ni. Tak kuasa aku nak bersolek bagai. Rimas.” Dini mengomel sendiri. Tangannya ligat menggayakan shawl berwarna merah samar di kepala.
Telefon bimbitnya menjerit. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, Dini merengus.
“Tak menyabar agaknya. Sekejaplah!”
Kerongsang disemat kemas pada kiri dan kanan bahunya. Setelah berpuas hati, Dini terus capai clutch yang ada di atas katil. Dia memilih clutch warna senada dengan shawlnya. Dia kemudian bergegas keluar dari bilik tidurnya.
“Mama, Dini pergi dulu.” Dini capai tangan Puan Sri Alia disalam dan diciumnya.
“Hmmm… Jangan lama sangat keluar tu. Awak tu anak dara bukan teruna,” pesan Puan Sri Alia.
No worries, mama.” Dini kenyit mata dan bergerak ke pintu.
Pintu utama di buka. Dini senyum sedikit pada Ajad yang santai bersandar di pintu kereta BMWnya.
"Yang kau alim sangat ni kenapa?" Ajad memandang Dini atas bawah.
"Alim apanya?" Dini mendengus.
"Berjubah bagai." Ajad membuka pintu untuk Dini.
"Asal pakai jubah aje ingat alim. Alim tu bukan di ukur dari pakaianlah." Dini dah julingkan mata.
Dia terus masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup kasar. Ajad a.k.a Abjad ni memang mangkuk betul. Fakta mana entah yang dia pakai. Dini menggumam sendiri.
Ajad berlari ke tempat duduk pemandu. Enjin kereta yang memang sengaja tidak dimatikan memudahkan dia bergerak pantas. Brek tangan diturunkan dan dia memandu dengan tenang. Sesekali dia mengerling pada Dini yang membuang pandang ke luar tingkap.
"Kau memang tak ada baju lain?" Ajad bertanya lagi setelah separuh perjalanan.
"Kau ni memang banyak songehlah. Ini aje baju paling cantik ada kat rumah mama aku. Yang cantik-cantik semua ada kat rumah aku. Sebab keluar dengan kau, kira bolehlah ni."
"Dah tahu ada kat rumah kau, apasal tak balik aje rumah kau?" soal Ajad geram.
"Yang boleh datang kat rumah aku hanya suami aku. Kau bukan suami aku kan?" Kening Dini terjongket.
"Hadap pula nak jadi suami kau." Ajad mencebik.
Masing-masing mendiamkan diri. Melayan hati yang tengah panas.
Sebaik sampai di depan Hotel Grand Paragon, Ajad meletakkan keretanya di depan lobi. Dia terus keluar tanpa menunggu Dini.
"Wei...tak boleh ke jalan saing?" panggil Dini bila Ajad dah semeter berjalan di depannya.
"Lecehlah kau ni. Pakai lagi jubah yang meleret tu," bebel Ajad. Dia menunggu Dini sampai ke tempatnya berhenti.
Dini berdiri tegak. Geram. Dia berpatah balik. Mulutnya dah mengomel sendiri.
"Aku nak bayar hutang cara lain. Tak nak terima. Lepas tu ikut sedap mulut dia aje kutuk aku. Kau pergilah sendiri layan kawan-kawan reunion kau tu." Dini berjalan laju menuju ke hentian teksi.
"Dini! Dini! Sorry, sorry." Ajad mengejar. Sentap pula budak dobi ni.
"Sorry naik lori lah." Dini terus duduk di atas bangku yang ada di hentian teksi.
"Jomlah. Takkan aku nak pergi sorang-sorang. Aku dah canang kat kawan aku yang aku nak bawa tunang aku," rayu Ajad.
"Bila masa pula aku jadi tunang kau?" Dini mencebik.
"Bukan kau cakap dekat Aunty Rose kau tu lagi sebulan kita bertunang? Dah sebulan kan. Kiranya kau ni secara tak rasmi tunang aku lah." Ajad tersenyum senget. Dia bangun dan menghulurkan tangannya pada Dini.
“Ya ke dah sebulan? Bukan kau baru dua minggu ke masuk kerja?” Dini memandang Ajad.
“Tak kisahlah. Kau kena ingat kau masih ada hutang yang belum dilunaskan.” Ajad masih menghulurkan tangannya.
“Tunang bukan menghalalkan yang haram.” Dini bangun dan berjalan menuju ke hotel.
Ajad tersenyum senget. Cuba mencerna kata-kata yang dilemparkan Dini. Dia mengejar Dini yang menonong meninggalkannya termangu-mangu. Dalam hatinya terdetik. sekeras-keras Dini, gadis dobi ini mempunyai peribadi yang baik


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget