Saturday, 27 February 2016

Bab 3 : KAHWIN KAMPUS - AIN KAMALIA

Bab 3


"IKA... Faez dengan Ika berkawan yang macam mana? Ada yang abang tak tahu ke?” Dia tak makan dah roti canai itu. Siap tolak tray ke tepi meja.

Aku rasa muka aku merah. Aku dah terbuka cerita pada dia pula. Jadi maknanya selama hari ini Abang Shah memang tak tahu aku dengan Abang Faez saling berhubungan? Bukan Abang Faez kata Abang Shah dah tahu hubungan kami ke? Ishk, ini yang musykil!

“Kita orang berkawanlah. Lepas terjumpa masa dia datang beraya di rumah nanny empat tahun lepas itu kami saling bertukar nombor telefon. Adalah sesekali dia call. Mesej itu selalulah. Pernah juga dia datang kolej cari Ika...” Makin lama makin perlahan suara aku. Dia pula makin lama makin besarkan mata ke arah aku. Relakslah brader, takkan terkejut kut?

Seriously?” Dia cakap dengan nada tak percaya. Aku angguk perlahan.

“Wah! Hebatnya korang berahsia... Kenapa tak beritahu abang?” Dia jegil mata pandang aku.

“Kena beritahu ke?” Aku jawab dengan nada polos. Dia geleng kepala dan sandarkan badan ke kerusi. Mata dia masih pandang kat aku.

“Faez kerja oil and gas company, kan?”

Aku angguk kepala.


“Dah empat tahun Ika berkawan dengan dia tanpa pengetahuan abang? Ni

berkawan jenis yang macam mana? Berkawan ke ataupun couple? Selama ni abang tanya Ika kata tak ada boyfriend? Habis Faez ni consider apa? Teman tapi mesra?” Suara dia bertukar jadi tegas. Tiba-tiba saja.

“Kami berkawan je. Macam Abang Shah dengan Ika la... kawan je...” Tersekat- sekat suara aku dibuatnya.

“Kita bukan kawan Ika, kita lebih rapat daripada itu...” Rapat macam mana entah yang Abang Shah ini maksudkan. Padahalnya keluarga aku bukannya ada hubungan biologi pun dengan keluarga dia. Ayah aku adalah anak angkat nanny, nenek Abang Shah.

Call Faez!” Abang Shah beri arahan.

“Hah?” aku terlopong.

Call, ajak dia jumpa. Abang pun dah lama tak jumpa dengan dia. Ika set tempat. Jangan beritahu dia abang ada. Abang nak bikin surprise kat dia!”
Cuak aku dengan cadangan dia ini. Betul ke main-main ini? Tapi Abang Shah anggukkan kepala dan buat isyarat suruh aku menghubungi Abang Faez.

AKHIRNYA kami berjanji untuk berjumpa dan makan tengah hari bersama di Restoran Fuze. Janji nak jumpa jam 12:30 tengah hari. Jadi nak menghabiskan masa sebelum ke Everly, aku dengan Abang Shah lepak-lepak di taman berhampiran Masjid Putra. Cukup masa, kami bertolak ke sana.

“Ika masuk dulu, nanti abang datang!” Abang Shah tunjuk aku arah di mana Restoran Fuze berada.

Kami sampai awal tadi, sempat jugalah menjengah lobi dan kawasan persekitaran hotel yang cantik ni. Semalam aku tak sempat nak tengok-tengok sangat, tahu-tahu saja aku terpandang ayah. Seram juga kalau diingatkan semula. Lebih seram lagi kalau pertemuan kami hari ini sampai ke pengetahuan ayah.

Tapi kalau ayah dapat tahu dan marah aku, Abang Shah akan kujadikan perisai. Dia yang suruh aku hubungi Abang Faez dan ajak jumpa. Maka dialah yang kena menanggung akibatnya nanti. Dalam hati aku berdoa agar ayah betul-betul pergi JB. Manalah tahu dia trick aku saja dan dia bermesyuarat ataupun berseminar di hotel ini. Dua kali kantoi aku! Harus tak ada ampun kalau kena tangkap lagi.

Masa aku masuk dalam restoran, Abang Faez dah ada di dalam. Dah siap tunggu di meja dah pun.

Kami berbalas sebutan salam dan lepas itu duduk saling menghadap satu sama lain. Meja empat segi sama ini mempunyai empat buah kerusi. Adalah tempat duduk untuk Abang Shah nanti.

“Ika minta maaf atas kejadian semalam!” Aku pandang muka Abang Faez. Malu aku semalam apabila ayah main tarik saja aku pergi. Ikutkan rasa malu macam nak kena pakai topeng saja datang hotel ini balik. Mujurlah tak ada sesiapa yang terpandang-pandang aku hari ni. Mesti pekerja di lobi hotel itu tak perasan muka aku ini. Mujurlah.

“Tak apa...” Abang Faez jawab sambil gelak. Entah apa yang lucu, aku pun tak tahu.

“Ni datang dengan siapa?” Abang Faez sambung soalan apabila dia tengok aku diam saja. Apabila berjumpa berhadap-hadapan macam ini, kelu pula lidah nak bersuara.

“Dia datang dengan aku!” Tiba-tiba saja ada suara lain yang tolong menjawab soalan Abang Faez tadi. Aku toleh kiri, arah di mana datangnya suara itu dan nampak Abang Shah yang sedang berdiri sambil tersengih pandang kita orang.

“Shah?” Abang Faez bangun dan menyambut huluran tangan kanan milik Abang Shah.

“Faez... lama tak jumpa!”

“Yalah, bila kau balik?” Abang Faez bertanya seraya mempersilakan Abang Shah ambil tempat. Aku jeling saja apabila Abang Shah rapatkan kerusinya kat sebelah aku. Apa hal dia nak menyendeng aku ni? Nak minta aku belanja makan ke? Kata engineer, takkan tak ada duit kut!

“Aku dah dua minggu ada kat sini. Kau, masih di Kemaman?” Abang Shah bertanya dan Abang Faez hanya mengangguk sebagai jawapan. Kemudian masing- masing memesan makanan yang dipilih melalui menu.

“Abang Faez nak balik Kemaman hari ni ke?” Aku pandang muka Abang Faez yang macam tak happy saja apabila Abang Shah sertai kita orang.

“Lepas ni terus balik. Abang ingat tak dapat jumpa Ika dah, nasib baik Ika datang...” Aku senyum tawar. Macam-macam rasa ada ketika ini. Rasa takut akibat ingkar arahan ayah menguasai diri, menenggelamkan perasaan teruja nak berjumpa dengan Abang Faez. Macam mana ni?

“Sejak bila eh? Kau dengan Ika couple?” Abang Shah ni memang mulut tak berinsurans. Aku nampak muka Abang Faez berubah. Aku terus siku Abang Shah. Mengaduh jugalah dia apabila siku tajam aku ini kena lengan dia. Padan muka, duduk lagi dekat-dekat dengan aku!

“Dah lama kami bertelefon dan berbalas mesej. Hampir empat tahun jugalah...” Abang Faez jawab dengan muka tak mesra alam langsung.

Lepas itu dia minta diri sebab nak jawab panggilan. Jauh tu, sampai keluar dari kawasan restoran.

“Abang Shah, boleh tak jangan tanya soalan yang bukan-bukan?” Aku jegil mata pada Abang Shah sebaik Abang Faez berlalu.

Eh, apa salahnya? Abang ni kira chaperone Ika hari ni tau! Kalau bukan sebab abang, Ika takkan dapat berjumpa dengan Faez. Kalau ayah Ika tahu macam mana? Nak abang beritahu dia?”

Amboi... bukan main mengugut aku. Tadi dia juga yang suruh aku ajak Abang Faez berjumpa dan makan tengah hari bersama. Sekarang ini dia nak salahkan aku pulak dah? Kecil besar saja aku tengok dia ini!

“Faez kan kawan abang? Ika pula adik kesayangan abang, mestilah abang kena tegas dengan Faez. Abang kena tanya dia betul-betul, takkan abang nak biarkan Ika dipermainkan? Kalau Ika kecewa nanti abang pun ikut kecewa tau!” Dia cakap dengan muka berlagak kat aku.

Kenyataan, tak boleh blah. Aku cebik pandang dia. Sejak bila pula aku berkongsi hati dan perasaan dengan dia yang sampai dia pun akan kecewa sama kalau aku kecewa? Nonsense!

“Dah, dah... jangan buat muka buruk tu kat sini. Let me do the talking! Okay?” Dia cakap sambil tunjuk diri sendiri. Bila masa aku lantik dia jadi jurucakap entah.

Lama juga Abang Faez menghilang. Dia kembali apabila makanan pesanan kami dah sampai.

Kami menghadap Creamy Mushroom Soup sebagai hidangan pembuka selera. Sedap. Siap makan benda alah itu main course pula dihidangkan. Aku dengan Abang Faez oder Spaghetti Aglio Olio, manakala Abang Shah pula oder Pan Seared Pepper Crusted Salmon. Bukan main dia punya oder, berganda mahal daripada oder kami.

“Shah, kau bukan dah kerja di Tokyo ke? Ni kira balik bercutilah?” Abang Faez tanya sambil suap spaghetti ke mulut. Sedap spaghetti ni, ada udang besar-besar.

“Aku balik sini sebab rindu kat Ika ni...” Dia cakap sambil juih dan pandang pada aku. Mentadak betullah dia ni, sedap dia saja cakap macam ini. Merah muka Abang Faez. Siap jeling aku macam tak puas hati.

“Dengarlah cakap Abang Shah ni Abang Faez, padahalnya dia balik sebab rindu kat nanny. Dia ni macam dulu-dulu jugak. Mulut takde insurans!” Aku siap cubit lengan dia sambil ketap bibir.

“Sakitlah sayang! Apa main cubit-cubit ni...” Abang Shah gosok-gosok lengan dia sambil buat muka manja dan pandang aku. Kali ini bukan takat muka Abang Faez saja merah, telinga dia pun macam nak berasap dah.

“Abang Shah!”

“Apa? Ala... relakslah Ika, kata orang usik-mengusik bawa bahagia!”

Lepas cakap macam itu dia tukar pinggan dia dengan pinggan aku. Selamba dia makan spaghetti aku yang dah tinggal separuh tu. Eeee... dia ni, memanglah tak semenggah langsung! Kebulur sangat ke?

“Oh ya, apa hubungan sebenar korang berdua ya? Kawan? Kekasih? Teman tapi mesra?” Abang Shah tanya sambil bergilir pandang muka aku dan Abang Faez. Aku terus terdiam dan pandang Abang Faez sekilas.

Napkin dibawa ke mulut dan Abang Faez mengelap hujung mulut yang terkena kuah spaghetti.

“Aku serius nak dengan Ika...” Abang Faez jawab sambil pandang aku. Tepat ke anak mata aku, membuatkan aku tertunduk kerana tak mampu menahan panahan matanya.

“Maksud kau?” Abang Shah sambung soalan. Part mana yang dia tak faham entahlah. Aku faham saja maksud Abang Faez ni.

“Aku nak kahwin dengan Ika...”

“Yakinnya!” Lepas cakap Abang Shah suap spaghetti ke dalam mulut. Garfu aku tu!

“Mestilah yakin. Aku dengan Ika dah lama bercinta! Empat tahun dah, kau je yang tak tahu!” Abang Faez jawab dengan muka yakin. Erkkk... dah empat tahun bercinta? Eh, mana ada!

“Ye ke? Kau bercinta dengan Ika daripada dia tingkatan empat ke?” Abang Shah ni, sempat juga congak umur aku tu.

“Ya... kenapa kau concern sangat?” Sinis jawapan Abang Faez.

“Mestilah aku
concern, aku sayang dia!”


“Kau sayang dia? Sayang yang macam mana?” Abang Faez tekan suara.


“Itu kau tak perlu tahu, yang penting aku sayang dia lebih
daripada kau

sayang dia!” Abang Shah jawab dengan muka berlagak. Ya-Allah, memang boleh nampaklah muka dan perangai kerek dia ni. Menyesal aku bawa dia datang sini.
Err... dia yang bawa aku sebenarnya. Ala tak kisahlah. Pokok pangkalnya aku menyesal sebab setuju berjumpa bertiga macam ni!

“Kalau kau sayangkan dia pun tak bermakna kau boleh control dia sesuka hati! Dia bukan adik kandung kau pun yang kau nak kerek sangat!” Abang Faez cakap sambil jeling Abang Shah sekilas.

“Eh, memang aku berhak nak control dia. Apa masalahnya? Aku berhak ambil tahu dengan siapa dia berkawan dan dengan siapa dia keluar. Supaya dia tak tersalah pilih kawan!” Kali ini giliran Abang Shah pula yang menjeling. Macam budak-budak dia orang berdua ni!

Dia orang kan dah lama tak berjumpa satu sama lain. Patutnya sembanglah baik-baik, ini macam nak cari gaduh saja aku rasa.

“Nanti Abang Faez balik sorang ke?” Aku cuba nak alihkan perbualan dia orang. Kalau aku biarkan mesti ayat-ayat yang makin tak sedap didengar bakal terkeluar daripada mulut masing-masing. Umur sahaja tua rupanya dia orang ni, perangai macam budak empat tahun!

“Balik soranglah. Kalau Ika boleh teman kan bagus! Dahlah tak dapat nak keluar dan makan berdua je dengan Ika!” Sambil cakap mata jeling kat Abang Shah. Aduhai... masih nak cari fasal lagi ke ni? Aku dah rasa tak sedap hati.

Sebuah kotak baldu kecil berbentuk hati ditolak ke depan aku. Masa ini Abang Shah ikut pandang pergerakan tangan Abang Faez yang menolak perlahan kotak tersebut.

“Bukalah...” Abang Faez buat isyarat dengan mata suruh aku buka kotak berwarna merah tu. Mujur masa ini Abang Shah diam sahaja. Kalau dia menyampuk juga harus aku sumbat kotak ini ke dalam mulut dia. Dahlah spaghetti aku dia makan sampai licin.

Ada sebentuk cincin berbatu delima terletak elok dalam kotak kecil ini. Aku terpanar. Lidah aku jadi kelu. Cantik weh cincinnya! Bila masa dia beli? Oh, agaknya malam tadi dia pergi balik kedai barang kemas di Alamanda itu agaknya. Wah... kembang setaman hati aku.

“Pakailah, kalau Ika sudi terima abang. Lepas Ika habis belajar je kita kahwin. Abang tak mahu tunggu lama-lama. Nanti ada langau datang mengganggu.” Rasa nak tergelak pun ada, sebabnya masa dia sebut perkataan langau tadi mata dia pandang kat Abang Shah.

Aku capai dan keluarkan cincin dari kotak. Baru saja nak acu ke jari manis suara Abang Shah kedengaran.

“Bukan macam ni caranya nak ‘ikat’ seorang perempuan Faez! Ika, senang- senang je nak terima pemberian orang, kan? Ika tak ada ayah ke? Nak main terima dan pakai je cincin tu? Kita ni orang Melayu, ada adab dan adat yang harus dijaga...” Terus tak jadi aku nak sarungkan cincin sebentuk itu ke jari manis apabila tengok renungan tajam dia itu. Kalau dia ini perempuan, nak saja aku tuduh dia cemburu sebab Abang Faez bagi aku cincin.

“Ini antara abang dengan Ika je. Sudah tentu peminangan rasmi akan menyusul nanti.” Abang Faez tunjuk muka tak puas hati. Mata dia pandang kat cincin yang berada di tanganku.

“Kalau macam tu tunggulah sampai hari peminangan tu berlaku nanti barulah bagi cincin! Dahlah... jom balik Ika!” Abang Shah tarik tangan aku dan letakkan not seratus ringgit atas meja.

“Shah! Tunggulah dulu! Aku tak habis lagi bercakap dengan Ika.” Abang Faez bangun dan tarik tangan aku.

“Nak cakap apa lagi?” Abang Shah pandang Abang Faez dengan muka garang.

“Adalah benda yang aku nak cakap dengan dia. Yang kau menyibuk mengalahkan ayah dia ni kenapa?” Kedua-dua lelaki ni duk merenung mata satu sama lain. Adoyai... janganlah create scene kat sini weyyy! Malu orang tengok!

“Aku yang bawa dia datang ke sini, sekarang ni aku nak bawa dia balik! Kau tau tak Isnin ni dia final exam? Jadi tak payahlah kau nak serabutkan lagi fikiran dia. Patutnya kau supportive, bukannya bersikap macam ni. Nak sarung cincin ke, nak nikah ke sila ikut adat. Ika ni masih ada ayah, jangan nak main redah je!” Abang Shah cakap dengan tegas. Tangan aku ditarik dengan lebih kuat oleh kedua-dua lelaki ni.

“Ika call abang nanti. Ika balik dulu!” Perlahan aku cuba pujuk Abang Faez.
Kalau aku tak cakap macam ini sah kejap lagi kedua-dua tangan aku bakal tercabut kena tarik dengan dua orang jejaka kepala batu. Aku tengok Abang Faez mengeluh dan kemudian buat isyarat dengan mata, tanda setuju dengan cadangan aku untuk menghubungi dia. Nampak tak betapa baik dan rasionalnya Abang Faez? Ini yang buat aku bertambah pelik apabila ayah kata tak suka kat dia.


“Jom!” Kali ini aku pula yang berjalan mendahului Abang Shah. Nak balik sangat, kan? Terhegeh-hegeh apa lagi itu? Aku berjalan sambil jeling dia dengan geram. Rasa nak hempuk dia dengan beg sandang aku ini pun ada!

“Abang Shah ni dah kenapa?” Aku marah dia sebaik kami berada dalam kereta. Hiii... rasa nak lempang-lempang saja muka selamba dia ini!

“Ika ni pulak dah kenapa? Marah-marah tak tentu fasal?”

Aik... dia marah aku balik?


“Marah seba
b tak dapat cincin? Eh, abang boleh belikan Ika cincin yang

sepuluh kali lebih mahal daripada cincin yang Faez bagilah!” Dia cakap dengan nada tegas dan mula memandu.

Apa hal pulak ni? Ingat aku kebulur sangat ke nak cincin? Aku ini bukan penggila barang kemas tau! Tapi... rugi kut tolak cincin free. Ishk.
Ingat saja-saja ke Abang Faez nak bagi aku cincin tadi? Itu mesti cincin tanda dia ‘cup’ aku. Ngok betullah dia ni, selamba masuk campur. Ingat dia itu ayah aku ke? Menyesal gila aku setuju dengan cadangan dia untuk berjumpa dengan Abang Faez. Kalau aku tahu benda ini akan terjadi tak jumpa Abang Faez pun tak apa. Lebih baik kami berhubung melalui telefon sahaja asalkan kami tidak sakit hati!

“Nak pergi mana lepas ni?” Dia tanya aku selepas hampir sepuluh minit kami berdiam diri.

“Balik kolej!” Aku tengah sakit hati ini.

“Balik rumah nanny kejaplah. Nanny kata dia rindu kat Ika!”


“Tak nak!” Rindu apanya. Baru minggu lepas aku ke rumah
nanny.


“Pergi beli cincin nak?” Dia sengih aku sekilas, lepas itu pandang depan balik. “Abang Shahhhh...”


Makin kuat dia gelak dan makin masam muka aku. Benci aku dengar lawak bodoh dia tu! Huh

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget