Thursday, 25 February 2016

Bab 4 : INGATKAN DIA TENTANG SETIA - EMY ROBERTO


Bab 4
          
         E
LLY berdiri di antara saudara mara Andi yang lain. Walau rasa kekok tapi dia cuba membiasakan diri. Kesian dengan diri sendiri, dah tiga tahun menjadi isteri Andi pun masih dianggap seperti orang luar oleh keluarga mertua.
         Tadi sampai di sini, mommy macam nak tak nak menghulurkan tangan padanya untuk disalam. Dah tu mommy tunjuk muka ‘euw disgusting’ sebaik dia mencium tangan mak mertua. Jijik sangatkah dia di pandangan mata mommy? Agaklah.
         Fesyen rambut rounded long bob ala-ala Rose Bryne yang diwarnakan hitam dan merah wine. Kuku panjang yang dicorakkan dengan French manicure art berwarna hitam dan putih. Blaus satin longgar dipadankan dengan skinny jeans. Sekali imbas memang orang ingat Paris Hilton tersesat di Malaysia. Mahu mommy tak terjegil mata tengok menantu macam dia. Manusia kan suka sangat menilai dari luaran. Pakai macam ni dah kena cop jahat, tak baik, tak ‘berapa’. Hish! Belum lagi kalau dia berpakaian macam Pink, pengsan mommy.
         Melihat Fatimah, sepupu Andi terkial-kial membawa dulang penuh dengan gelas berisi jus, Elly mendekat untuk hulurkan bantuan.
         “Berat sangat ni. Mari saya tolong.”
         “Tak apa, saya boleh buat sendiri.”
         Okey. Fine. Dia ikhlas nak menolong. Tapi kalau dah tak diterima, sudah. Keluarga Andi kan memang macam ni. Tadi pun dah berapa kali pertolongannya ditolak oleh ahli keluarga yang lain. Jadi yang dia dijemput untuk datang juga malam ni kenapa? Saja nak dibuat jadi tiang lampu di tengah-tengah dapur?
         “Macam tak ada kerja lain nak dibuat. Setakat benda kecik pun nak tolong. Nak sangat buat kerja, pergilah sediakan pinggan mangkuk kat luar tu.”
         Excuse me?
         Elly berpaling. Saudara-mara Andi buat-buat sibuk dengan hal masing-masing. Kupas kulit mangga. Menyusun tembikai di atas piring. Potong buah dragon fruit. Tapi masih sempat nak ‘smashed’ dia dari belakang.
         Oh! Macam tak tahu, dia kan ‘ba ba black sheep’ di antara semua yang hadir. Kalau dia ni jenis yang tak bertamadun, dah lama dia ‘smashed’ balik tapi tak mainlah babe, baik buat cool aje. Biarlah nak kutuk dia macam mana pun, makin bertambah pahala dia.
         Pang!!
         Goodness! Mata Elly menala pada kaca yang bertaburan dan minuman yang membasahi lantai. Fatimah di pintu dapur dah melatah macam nenek moyang dulu kala. Saudara mara yang terkejut pula dok melalak marahkan Fatimah yang cuai. Elly senyum sinis.
         Okey. Sekarang dia jadi ‘jahat’. Melihat wajah Fatimah yang memandangnya dengan pandangan nak minta tolong, dia buat tak tahu sahaja.
         Padan muka! Selamba Elly melangkah keluar dari dapur melalui pintu belakang. Bukan dia tak nak menolong, tapi dah mak mertua bagi jelingan semacam isyarat kata ‘tak payah tolong’, nanti dia terhegeh-hegeh nak mengutip serpihan kaca di atas lantai kena ‘tiaw’ pula.
         Mata Elly mencari kelibat suami yang hilang sejak mereka berdua sampai ke sini tadi. Andi memang begini. Asal sampai rumah orang tua, dia memang Andi dah tak pandang. Seronok bersembang dengan saudara-mara yang lain. Biasalah, bukan Andi selalu berjumpa dengan keluarga belah mommy. Jadi dia tak kisah sangat kalau tak berapa dilayan.
         “Cari Andi ke?”
         Elly menoleh dan segaris senyuman terukir di bibir mulusnya. Siapa lagi yang akan menegur kalau bukan Karl Fadhil. Okey, dalam salasilah keluarga Andi boleh dikira berapa orang saja yang baik dengannya dan salah satu daripadanya adalah Karl.
         Umur mereka berdua sama, jadi masing-masing hanya sekadar memanggil sesama sendiri dengan nama. Memang tak biasa nak panggil ‘kakak’ dan ‘adik’ walaupun dia adalah merangkap kakak ipar Karl. Rapat? Boleh lah kut. Karl selalu datang berjumpa dengannya di pejabat. Di luar pejabat pun ada jugak tapi jarang-jarang. Status sebagai isteri Andi masih perlu dijaga.
         “Ada nampak tak?”
         “Tadi ada kat sana, sembang dengan Annie.” Muncung Karl panjang menunjukkan ke arah tiang besar di tengah-tengah car porch.
         Annie mana pulak ni? Mata Elly berkalih pada tiang besar yang dimaksudkan Karl. Hampa bila tiada bayangan suami.
         “Bla bla bla....”
         Suara Karl dah tak terdengar di telinga Elly. Yang dia terbayang adalah wajah suami yang mungkin saja tersenyum lebar dan seronok berbual dengan Annie siapa entah bila dia tiada di sisi. Biasalah, Andi kalau dengan mana-mana perempuan memang mesra alam. Kalau tak masakan dia boleh tersangkut dengan suaminya itu.
         Mengingati semula perkenalannya dengan Andi beberapa tahun yang lalu sebelum masing-masing saling jatuh cinta. Turun naik kelab selalu terserempak. Mula-mula setakat Hi Bye hingga akhirnya rapat dan menyemai kasih bersama.
         Aktiviti kegemaran : Clubbing.
         Tabiat buruk : Mencarut.
         Gaya hidup ala-ala barat dan hilang budaya timur.
         Kalau dah ada banyak persamaan di antara mereka berdua, padan sangatlah Elly dan Andi menjadi pasangan suami isteri. Mana mommy tak pengsan bila dia diperkenalkan oleh Andi ketika pertama kali berjumpa mommy.
         “Siapa ni, Andi?”
         “My girlfriend, her name is Elly.”
         My boy Andi, bukan begini yang mommy nak.”
         “Habis tu yang macam mana mommy nak? Calon pilihan mommy yang anak Uncle Bob tu? Tak mainlah. Andi tak nak.”
         Sebab tu mommy tak pernah baik dengan dia. mommy tak pernah pandang dia sebagai seorang menantu. Siapa yang nak jadikan perempuan macam retis Hollywood ni sebagai isteri kepada anak kesayangan.
         Mommy tu pun lebih kurang aje sebenarnya. Nama kemain cantik Khalida tapi sedap tukar jadi Kathy. Tak heran nama anak-anak mommy moden mengalahkan nama anak-anak Beckham dan Victoria.
         “Elly.”
         “Hah?”
         Prang! Pecah semua lamunan Elly. Apa punya menantu. Sebab kau mengutuk ibu mertua sendiri di dalam hati lah kau tak mendapat restu sampai ke hari ini. Elly mengejek diri sendiri di dalam hati.
         Karl senyum. Kepala digeleng sambil pandangan ditala pada sanak-saudara yang mula menjamu selera.
         “Tak outstation minggu ni?” Karl mengulangi soalan bila riak muka Elly ketara sangat minta untuk diulang soalan sekali lagi.
         “Pergi. Jumaat ni ke Kuching.”
         Duhai! Dengan adik ipar ringan mulut  Elly memaklumkan, tapi dengan Andi dia masih tak buka mulut lagi. Bukan tak mahu tapi dia terlampau sambil lewa, di dalam otak selalu set kata ‘nanti-nantilah’.
         “Tiap minggu outstation, letih tu. Tak terfikir untuk berhenti kerja? Cari kerja lain ke.”
         Melihat Elly tergelak, Karl senyum kecil. Dah tahu jawapan kakak ipar macam mana, memandai nak bagi soalan yang tak thrill begitu. Elly workaholic macam Andi, tak ada istilah nak jadi suri rumah berjaya yang bertarung dengan periuk belanga dan tepung gandum di dalam dapur.
         Baru berusia 29 tahun, namun Elly sudah memegang jawatan pengarah di syarikat yang ‘ada nama’ macam Science Proff  Sdn. Bhd. Banyak sangat khabar angin yang Karl dengar tentang Elly sejak dulu. Ada hubungan sulit dengan bos lah. Main kotorlah. Menggadai maruah sendirilah.
         Biarlah… buat apa nak peduli dengan cerita-cerita begitu. Kalau dah nama pun dengki dengan kejayaan orang lain, mulut manusia memang senang nak mereka cerita.
         “Working is already part of my life, Karl,” Elly menjawab pendek.
         Hobi : Bekerja
         Perkara yang paling disukai : Bekerja
         Impian di masa hadapan : Ingin terus bekerja.
         Tidak tersenarai di dalam misi hidup : Berhenti bekerja.
         Bagi Elly, soalan yang diajukan oleh Karl adalah tergolong di dalam soalan ‘orang yang berfikiran sempit’. Maaflah bukan nak mengutuk Karl tapi serius soalan begitu adalah sangat kolot pada deria pendengarannya.
         Apa seorang isteri tak boleh bekerja ke?
         Seorang isteri wajib duduk di rumah 24 jam ke?
         Zaman sekarang adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman nenek moyang. Jadi secara automatik mentaliti manusia pun patut berubah. Nak mengharapkan dia menjadi isteri paling cekap alaf baru jangan harap. Bukan senang dia mengecapi posisi tinggi yang dia kecapi ini. Dia bukan obsess dengan kerjanya, cuma terlalu komited dan mempunyai minat yang sangat tinggi.
         “Andi okey tak dengan kerja awak?” Mata Karl melekat pada wajah Elly. Dia tabik Andi kalau Andi ‘on’ saja dengan kerjaya Elly yang pastinya bukan pilihan suami zaman sekarang, isteri yang sentiasa sibuk dan kurang masa untuk bersama.
         “He’s fine with it.”
         Andi bukan ambil kisah sangat pun. Itulah yang Elly sukakan tentang Andi. Tak pernah mengongkong atau mengawal dirinya 100% . Kalau dia bekerja, Andi okey. Tak bekerja pun Andi okey.
         Karl senyum.
         “Untung awak ada Andi. You both  look really good together,” Karl memuji ikhlas. Patutlah Elly tak pernah pandang walaupun banyak kali dia cuba memikat hati Elly. Bagi Elly, Andi masih berada di tahap tertinggi jika dibandingkan dengannya.
         Elly membalas dengan senyuman sinis. Beruntung sangat ke dapat suami macam Andi tu? Yang jalan hidupnya bengkang-bengkok. Yang hidupnya tak ada aura-aura akan diterangi cahaya keimanan yang mampu membimbing seorang isteri seperti Elly.
         Huh. Jangan pandai-pandai nak menghakimi suami kalau diri sendiri pun lebih kurang sama, Elly. Suara di dalam hati mula mengejek dia yang seolah-olah tak sedar diri. Selami siapa sebenarnya Elly Abdullah. Sama macam Andi, sebiji macam Andi. Yang hidupnya jauh menyimpang dan penuh dengan samar-samar cahaya sahaja. Yang hidupnya tak ada ciri-ciri seorang isteri impian langsung.
         Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, yang sebaliknya juga begitu. Jadi jangan pernah menyesal andai jodohnya adalah lelaki seperti Andi.
         “Kami satu kepala. Ada chemistry. Sebab tu padan.” Itu jawapan standard Elly setiap kali ada yang memuji kata dia dan Andi secocok.
         Perangai mereka berdua sama, mana tak secocoknya.
         “Borak pasal apa? Pasal saya?” tiba-tiba ada suara menegur.
         Chup!
         Urgh! Elly maniskan muka bila kucupan singgah di pipinya. Toleh sebelah, Andi tersenyum lebar. Terpaksa dia kekalkan senyuman plastik bila tangan Andi melingkari pinggangnya. Malu nak buat gaya ala-ala Angelina Jolie dengan Brat Pitt di tempat terbuka begini, lebih-lebih lagi di depan Karl yang berlagak selamba.
         Nak membandingkan Karl dengan Andi? Tak payah, memang jauh bagai langit dan bumi.
         Again?
         Judging your own husband?
         Don’t be, darling!
         “Karl, mommy cari kat dapur.”
         “Sekarang?” Kening Karl terangkat memandang si abang.
         Yup.”
         Melihat Karl yang sudah menjauh dan akhirnya menghilang di sebalik pintu belakang dapur, Elly menjeling Andi di sebelah.
         “Kenapa kelentong Karl macam tu?” Ada nada tak puas hati di dalam soalan Elly. Sengaja nak ‘menghalau’ Karl di antara mereka berdua.
         Andi tersenyum. Pautan di pinggang isteri dikemaskan lagi.
         “I know that hidden smile of yours, darling.” Andi bermain tarik tali.
         Pernah dengar internal affair tak? Adik ipar dengan kakak ipar. Isteri curang dengan lelaki lain. Dia tak buta, dia bukan jenis yang ‘blunt’ tahap tak tahu nak cakap apa. Setiap perubahan Elly dan hubungan mesra di antara Elly dan Karl menimbulkan rasa tak senang di hati Andi. Ini bukan kali pertama, dah banyak kali setiap kali ada perjumpaan keluarga mesti Karl mencari peluang untuk ‘menempel’ dengan Elly.
         Kalau Elly betul-betul curang...damn! Andi buang jauh-jauh segala prasangka buruknya.
         Elly senyum mengejek. Look who’s talking mister. Dia merapati Andi, bibirnya begitu dekat dengan cuping telinga suami.
         “Who the heck is Annie?” Entah kenapa hati  Elly panas tiba-tiba. Dahlah alkisah minyak wangi di baju dan tag nama di kereta tak habis lagi, malam ni muncul pula watak sampingan yang dia tak pernah dengar. Nak kata saudara mara Andi, mana ada yang bernama Annie.
         Pecah ketawa Andi. Tahu cemburu si isteri,  dia kenyitkan mata pada Elly yang masih beriak mengejek dan sinis.
         “My mister, frankly speaking I’m kinda of jealous with all the girls hanging around you. Whose perfume was it on your shirt almost everytime when you got back from work?” Berani Elly bertanya.
         Dia yakin itu bukan Annie. Takat Annie tu watak sampingan malam ini saja. Watak sampingan macam Annie takkan melekat bau wangiannya di kemeja encik suami pada kebanyakan masa. Melainkan kalau watak itu adalah watak utama di dalam hidup Andi.
         Andi sedikit terkejut namun masih mampu mengukir senyum di bibirnya. Giliran dia pula berbisik ke telinga isteri.
         “Firstly, the owner of the perfume is my colleague. Secondly, she’s nobody. Thirdly, I didn’t know you can be this mad.”
         Main kayu tiga di belakang bukan perangai Andi. Kalau dah ada yang sehebat dan secantik Elly buat apa tamak nak cari yang lain di luar. Terbit rasa kecewa sedikit bila Elly mempersoalkan kesetiannya. Takkan Elly tak biasa dengan gaya hidupnya yang bebas dan kalau setakat bergesel tubuh dengan perempuan lain itu adalah perkara biasa, jadi tak mustahil minyak wangi milik Angelica boleh melekat di kemejanya.
         A guy will never cheat on his true love.
         Is that a fact?
         Lain orang lain pandangan. Dan bagi Andi, itu adalah fakta kerana dia takkan pernah curang pada Elly, kekasih terakhir yang mengajarnya erti cinta sebenar.

          

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget