Saturday, 27 February 2016

BAB 6 : INGATKAN DIA TENTANG SETIA - EMY ROBERTO



Bab 6
         J
ARI Andi mengetuk-ngetuk stereng kereta. Sempat matanya berkalih pada kereta Nissan Sylphy di sebelah. Automatik mengingatkan dia pada isteri sendiri, Elly Abdullah.

         “Andi, saya rasa macam nak tukar kereta.”

         “What car do you want?”
         “Sylphy.”
         “Almera tu tak best ke?”
         “Sylphy lagi best. Ruang kat dalam lebih besar.”

         Rasa macam nak tergelak pun ada dengan alasan yang Elly berikan. Macamlah nak bawa satu kampung naik kereta. Alang-alang kalau nak yang besar kenapa tak ambil Serena aje? Tak pun Vellfire.  Saja nak tukar kereta baru sebenarnya. Tapi walau apa pun yang Elly inginkan, Andi akan cuba tunaikan biarpun kadang-kadang Elly tak suka bila dia berbelanja untuk isteri.

         “Andi, saya ada duit sendiri. I can pay for the down payment and I can...”

         “Elly, saya bayar downpayment. Installment tiap bulan awak boleh bayar half kalau nak. Full stop.”

         Elly jenis yang ‘degil’ sedikit. Tak nak dianggap terlalu bergantung dengan suami dan mampu mencapai sendiri apa yang diingini. Nama. Pangkat. Hidup mewah. Elly sudah punyai semua itu sebelum bertemu dengan Andi. Jadi celah mana mommy kata Elly ni kerjanya hanya nak bersenang-lenang dengan duit suami, Andi tak faham. Biasalah, mommy dari dulu sampai sekarang tak sukakan Elly.

         Mommy nak  perempuan yang boleh jadi isteri yang baik untuk Andi, bukan macam Elly.’

         Erm..fikir balik. Bahagian mana yang tak baiknya Elly di mata mommy? Elly sayangkan dia. Elly cintakan dia. Elly tak pernah mengabaikan dia. Elly sentiasa di sisi tak kira di kala waktu sedih atau gembira. Serius Andi tak nampak di mana kekurangan Elly.

         Jangan cakap sebab gaya hidup Elly yang agak bebas tu yang mommy tak berkenan. C’mon la, mommy. Takkan itu pun nak kecoh. Nak mengharapkan dia untuk mencari yang lebih baik daripada Elly?
         Nahhh...Elly is the best!

         Pitt! Pitt!

         Cis! Mengelamun jauh sampaikan lampu merah yang dah bertukar hijau pun Andi tak sedar, sedap aje kena hon dari belakang. Keretanya dipecut laju untuk sampai ke destinasi. Nak mencari Lust, kelab yang agak terkenal di kalangan pelepak macam dia tak susah. Percaya atau tidak, kali pertama bertemu dengan Elly dulu pun adalah di Lust.

         Kalau dulu, Elly pergi ke kelab untuk duduk lepak saja. Nak cari suasana yang berbeza. Tapi sekarang Elly dah mula berubah. Ini dah kali kedua Elly minum sampai dia terpaksa datang untuk menjemput balik. Di dalam fikirannya terlintas satu soalan.

         Is she really drunk?

         Andi melepaskan keluhan kecil. Macam tak tahu jawapannya adalah ‘ya’. Keluar saja dari perut kereta, Andi melangkah masuk ke dalam kelab. Langkah kaki diatur ke arah Linda dan Elly di meja paling hujung.
         “Dia minum banyak ke?” Soalan pertama untuk partner in crime Elly.

         Andi mengambil tempat di sisi Elly yang bersandar di belakang kerusi dan tak sedarkan diri. Tangan naik menepuk lembut pipi Elly tapi tak ada respons. Sah mabuk teruk.

         “Ya, minum non stop. Kena tegur pun dia tak peduli.” Linda berterus-terang.

         Janganlah sampai Andi tanya apa jenis minuman yang Elly minum. Kalau Andi tahu Absinthe, dengan dia sekali kena buang di Laut China Selatan malam ni. Matanya bersilih ganti dengan wajah tenang Andi dan teman baiknya itu. Muka Elly tak usah cakap, betul-betul dah seperti dibuai mimpi. Ini kalau disimbah dengan air sebaldi belum tentu terbangun.

         Andi senyum nipis. Dahi Elly dikucup sebelum tubuh isteri disandarkan pada tubuhnya.

         Bill dah settled? Awak okey tak? Kalau tak, saya hantarkan. Kereta tu tinggal sini, esok pagi boleh datang ambil.”

         Oh! Bahagian ni yang buat Linda lemah sebenarnya setiap kali berhadapan dengan Andi di dalam situasi begini. Kalau suami orang lain, dia dah kena ‘sembur’ sampai haus telinga sebab selamba itik bawa isteri orang keluar malam sampai mabuk teruk. Sah-sah bawa pengaruh yang tak elok untuk Elly.

          Tapi berbeza dengan Andi. Sikap Andi yang selamba dan cool buat Linda dihujani rasa bersalah. Mana tidak, niat yang hanya sekadar nak melepak berakhir dengan kes ‘Elly terlebih minum’. Kalau dia teman yang baik, mereka berdua takkan bertapa di Lust malam ni. Kalau dia teman yang boleh diharap, Elly takkan mabuk teruk.

         “Tak apa, awak bawa Elly balik. Saya okey lagi. Masih tahu jalan pulang. And ya, bil dah settled.” Linda menolak pelawaan Andi lembut.

         Dia memang okey, setakat segelas vodka yang dicampur soda apalah sangat. Tak kick mana pun. Lagipun dia dah biasa, lebih-lebih lagi bila bergaul dengan keluarga belah mommy yang berasal dari New Zealand.Yang teruk tadi tu Elly lah. Minum minuman yang mempunyai 40% alkohol tu macam minum jus Tropicana. Dahlah masih ‘hijau’ lagi, mahu tak pengsan sampai ke pagi nanti.

         Err...Andi..”

         Serba salah Linda memanggil bila Andi sudah bangun mahu mendukung tubuh Elly untuk keluar dari situ. Dia berdiri dari duduk. Nak bagitau ke tak ni? Argh! Bagitau aje lah, biar Andi tahu. Sekurang-kurangnya dia cuba membantu Andi dan Elly secara tak langsung.

         “Ya?”
         “She talked a lot.” Ulang balik ayat tadi.
         “She loves you. A lot,” sambung  Linda.

         Dari mula duduk di sini sehinggalah kepala Elly mendarat elok di atas meja, tak tahu berapa kali Linda dengar ayat yang sama terpacul dari bibir Elly. Dah macam rap ayat ‘I love him’  sejak mereka berdua berada di Lust ini tadi. Tapi dia tak bosan, malah dia setia  mendengar luahan Elly yang mengadu hal yang membuatkan dia sendiri terkejut
.
         Andi dah tak sayang aku lagi.
         Andi dah tak pedulikan aku.
         Andi dah ada perempuan lain.

         Bab kata Andi ada perempuan lain tu susah untuk Linda percaya. Ya lah, sepanjang mengenali Andi sejak pertemuan pertama Andi dengan Elly mana pernah dia tengok Andi tertarik dengan perempuan lain. Nak menjeling pun tak. Yang Andi tengok cuma Elly. Dari dulu sampai sekarang layanan Andi pada Elly dilihatnya tak pernah berubah. Pendek kata, kisah cinta Andi dan Elly boleh masuk kategori ‘cinta sampai mati’. Tapi jika difikirkan, takkan Elly main sebarang cakap kut. Patah hati sampai mabuk teruk begini, siap menangis-nangis lagi sampai orang sebelah-sebelah tengok.

         Wake up, babe! Hal rumah tangga orang bukan masalah kau, jangan kepochi melebih. Suara hati Linda mengejek diri sendiri. Masalahnya sendiri yang tengah perang besar dengan Daniel pun tak settle lagi.
         Andi tersenyum. Tubuh Elly didukungnya.

         “Thanks. Drive safe.”

         Sekurang-kurangnya dia dapat tahu tentang isi hati Elly biarpun bukan dari mulut Elly sendiri. Mungkin mereka berdua dah tak semesra dulu. Tak masuk kategori ‘loved birds’ macam mula-mula selepas kahwin dulu. 

         Tapi Andi masih menaruh harapan bahawa perasaan dan cinta Elly padanya takkan mudah pudar begitu saja. Jika ‘internal affair’ di antara Elly dan Karl butt in di dalam rumah tangga mereka berdua, Andi pasti dugaan seperti itu akan dapat dilalui juga andai cinta sejati Elly hanyalah untuk dia yang bergelar suami.
          

PULANG ke rumah, tubuh Elly dibaringkan di atas katil. Pakaian Elly dibuka Andi dan tubuh isterinya itu dilap dengan tuala basah sebelum dipakaikan dengan pakaian tidur.  Sesekali Elly merengek, mungkin marah dan tak selesa bila tidurnya terganggu. Sejak tiga tahun hidup bersama Elly, baru tahun ini perangai Elly dah mula berubah. Semakin kerap turun naik kelab. Minum sampai mabuk. Nak minta izin daripadanya untuk keluar tu memang tak lah.
         Dia bukan tak pernah menegur, malah dia menasihati Elly. Tak tahu berapa kali dan dia tak pernah berputus asa. Namun ada saja yang Elly jawab dan kadang-kadang menjadi punca pergaduhan mereka berdua.
         “Tak payah tegur saya kalau awak pun dua kali lima, Andi. We both are equal, nothing more and nothing less.
         “Ya, tapi awak kena sedar sikit. Saya lelaki awak perempuan.”
         “So? I thought we have gender equality here?”

         “Elly, awak pun tahu kan minum tu tak elok. Dan awak isteri saya, takkan saya nak diam-diam bila awak minum sampai mabuk.”

         “Wow! Look who’s talking. A doctor which also takes alcohol almost every week is advicing his wife not to take alcohol. Bravo, Andi.”

         Dah banyak kali kena ayat pedas begitu dari Elly. Nak menasihati dari sudut pandangan agama, dia takkan buka mulut sebab sedar yang diri sendiri sangat pincang dan  cetek hukum hakam agama. Yang dia mampu buat cuma menasihati dari sudut pandangan seorang doktor walaupun diri sendiri pun mengamalkan cara hidup yang tak sihat itu.

         Bila baru masing-masing akan berubah?
         Bila baru dia akan dapat membimbing isteri?
         Bila baru dia akan dapat menjadi ketua keluarga yang selayaknya?

         Andi yang duduk di birai katil tertunduk dan tersenyum nipis. Rasa lucu pula dengan diri sendiri. Nak berubah tapi tak berubah. Nak bertaubat tapi tak bertaubat. Sudahnya hidupnya masih terumbang-ambing sehingga kini. Elly pun tak terkecuali. Betullah kata Elly, memang mereka berdua sama saja. Terngiang-ngiang ayat mommy yang tak pernah habis dengan isu ‘isteri terbaik’.

         ‘Patutnya Andi patut dapat perempuan yang lebih baik. At least bolehlah tegur sikit Andi yang perangai macam benda bertanduk.’

         Adakah Elly tak cukup baik untuknya? Nahhh...mommy and her typical theory.  Saja buat ayat begitu sebagai alasan untuk tidak menyukai Elly.

         Andi berpaling memandang Elly yang sudah terlena di atas katil. Wajah mulus isteri ditatap lama. Terubat sedikit rindu setelah tak berjumpa sepanjang hari. Andi mendekat dan ciuman hinggap di bibir Elly.

         “Sleep well and dream of me,” Andi berbisik ke telinga Elly biarpun isteri tak dengar langsung.

         Tak kisah pun dengan bau nafas Elly yang berbau alkohol dan menyebabkan bilik tidur mereka berdua berbau sedikit. Adakalanya dia lebih teruk daripada Elly, mabuk sampai muntah di atas tilam mereka berdua. Jadi setakat bau nafas Elly ni takkan dia tak tahan.

         Tetapi Elly? Elly dah pandai melenting. Elly dah pandai kompelin. Mungkinkah cinta Elly padanya juga tak sehebat dulu? Nahhh...kan Linda dah bagi ‘harapan’ tadi. Elly masih cintakan dia.

         Andi bangun dari katil mahu menuju ke tingkat bawah. Seluar jean dan t-shirt yang dipakainya digantikan dengan pajama pant, pakaian rasmi sewaktu tidur malam. Bunyi telefon Elly di dalam beg tangan isteri menarik perhatian Andi. Bunyi macam WhatsApp masuk tanpa henti. Ni mesti Linda. Namun saat telefon Elly diambil dan WhatsApp yang diterima dibacanya, Andi terdiam seketika.

         Karl : Elly, tengah buat apa? Lepak jom. Rasa rindu nak sembang lama-lama. More precisely, I miss you.

         Andi terduduk di atas sofa yang terletak di tengah-tengah bilik. Lepak apanya tengah malam macam ni? Lama dia merenung skrin telefon dan pesanan Karl dibacanya berkali-kali sebelum matanya berkalih pada Elly yang terlena di atas katil.

         What does loyalty mean to you, darling?

         Argh! Andi bangun, telefon Elly dimasukkan semula ke dalam beg tangan isterinya. Langkahnya diatur menuruni tangga. Perasaan yang bercampur baur ditolak tepi. Anggap saja tekaan dan firasatnya salah.

         Elly loves me. And Linda said so.
         Elly loves me not.

         Satu-persatu makanan yang dimasaknya dimasukkan Andi ke dalam peti sejuk semula. Lilin yang sudah dipadamnya sejak sebelum keluar dari rumah tadi dialihkan dan diletakkan di atas meja kaunter. Terbatal niat nak makan malam romantik dengan Elly.

         Abaikan perasaan tu, bro. Tak macho!

         Hembus nafas. Tarik nafas. Itu salah satu caranya mengawal perasaan emo di hati. Namun tatkala dia mengutip satu persatu kelopak bunga yang ditabur di atas meja, matanya terasa berkaca dan dia akhirnya terdudukdi atas kerusi. Kelopak bunga di tangan bertaburan di atas lantai. Dia kecewa kejutannya pada Elly tak menjadi. Dan lebih kecewa bila hati mula menebak perkara yang tak elok tentang isteri.
         No candle light for tonight, darling.

         Love me? Love me not? Oh I love you so!

          

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget