Friday, 14 March 2014

Bab 2 Hanya Dia...CINTA - Farah Husain


Dua puluh lapan tahun dia hidup, ini kalai pertama dia jumpa lelaki yang banyak mulut! Oh Tuhan, tak letih ke dia bercakap dari tadi? Sejak dia duduk (lepas dia pulih dari rasa terkejut dia melihat penampilan Adhan Mikhail), dia tak bersuara sepatah pun. Yang bercakap hanya mamat rambut pacak ini. Tanpa henti! Serius, terima kasih kepada Adhan Mikhail, selepas ini kalau ada orang soal dia tentang Ed Hardy dan Chuck Taylor (demi Tuhan dia tak kenal langsung siapa mereka itu!), dia akan mampu jawab dengan cemerlangnya sebab dia dah tahu segala-galanya tentang dua orang manusia itu. Dari tarikh lahir, tempat lahir, bila kahwin, bila mati dan sejarah asal usul dua jenama itu. Semuanya Adhan Mikhail beritahu.
Oh Tuhan, this is the worst day ever!
Zara rasa nak hantuk kepala ke meja. Shoot me! Now! Zara rasa hendak menjerit kuat-kuat tapi memandangkan keadaan persekitaran tak mengizinkan dia hanya ketap gigi (nak tahan diri dari menempelak Adhan Mikhail), genggam tangan (nak tahan diri dari tangan mencekik leher Adhan Mikhail) dan istighfar dalam hati tak henti-henti (nak menyabarkan diri dari buat dua perkara tadi). Tapi rasa-rasanya kesabaran dia makin menipis. Dan kalau Adhan Mikhail masih teruskan lagi cerita sejarah Ed Hardy dan Chuck Taylor dengan dia…
“And did you know Chuck Taylor was…”
Oh that’s it! Tahap kesabaran dah turun ke angka kosong.
“Adhan Mikhail, SHUT UP!” Akhirnya dia bersuara.
“Ya Allah, kalau you sebut sekali lagi nama-nama tu, I swear I’ll choke you!” Zara capai gelas berisi air kosong di atas meja dan mengenggamnya kuat, membayangkan itu leher Adhan.
“O-key…” Adhan buat muka pelik sambil tarik gelas dari tangan Zara. Kemudian bibir Adhan menguntum senyum. Senyuman yang buat Zara bertambah sakit hati sebab senyuman itu membuatkan hati dia sedikit kacau.
“Stop that!”
“What?”
“Senyum!”
Ketawa Adhan pecah. “Sorry, sweetheart. Senyum itu kan sedekah dan I jenis pemurah.”
Zara mendengus geram. Arghhh! Kenapa ada manusia macam ini dalam dunia ini? Belum pernah lagi dia jumpa manusia yang menjengkelkan macam Adhan Mikhail. Kalaulah tak undang-undang di dunia ini, dah lama Adhan ni kena. Tanpa sedar, Zara capai cutlery knives di atas meja lalu digenggam kuat.
“Whoa! I tahu you tengah geram tapi itu…” Adhan muncungkan bibir ke arah tangan Zara.
“…a bit extreme, don’t you think?” Tanya Adhan bersahaja.
Senyuman yang buat hati Zara sedikit kacau itu masih lagi melekat di bibir. Argh! It’s official. I hate his smile! Cutlery knives dihempaskan ke atas meja.
Err…are you ok?”
“No! I’m not ok. You nampak I macam ok ke? Telinga I dah hampir hendak bernanah dengar you bercakap pasal benda yang tak ada kena mengena langsung dengan I. Ed Hardy? Chuck Taylor? Who the hell are they?”
Adhan kecil kecil, menampakkan lekuk kecil di kedua belah pipinya.
“Err…babe, you’re wearing them but you don’t know them?” Soal Adhan bersahaja dengan kening ternaik sebelah.
Zara terpegun seketika melihat senyuman Adhan. Hati sedikit mendidih bila mendengar Adhan panggil dia babe tidak begitu dihiraukan. Tuhan! Kacaknya. Oh tidak, Zara. Fokus! Dia mengeleng laju. Dia tak kacak. Dia tak kacak. Dia tak kacak. Zara ulang benda yang sama dalam hati, cuba untuk psycho diri sendiri agar tak tertarik dengan Adhan Mikhail. Tapi bila mata dia kembali memandang…
Sepasang mata Adhan yang menjadi sedikit sepet bila dia tersenyum…
Hidung mancung yang elok terletak…
Bibir nipis yang sedikit kemerahan…
Lekuk kecil yang muncul di kedua belah pipinya bila dia tersenyum…
And that square jaw…
Zara tahu dia ada masalah baru. Buktinya, jantung dia dah mula berdegup tak menentu. Jadi sebelum masalah itu menjadi lebih besar, baik dia lari!
“I kena pergi.” Zara capai beg, angkat punggung dan terus keluar tanpa memandang sedikit pun ke arah Adhan.
Sampai di kereta, Zara cepat-cepat keluarkan kunci, buka pintu, masuk, kunci pintu dan dia hela nafas panjang. Stereng kereta digenggam kuat, kepala disandarkan ke kerusi. Apa yang dah jadi ni? Semua ini tak ada dalam rancangan dia. Dia sepatutnya datang ke sini, jumpa Adhan, buat perangai sedikit dan berharap Adhan akan reject dia. Tapi lelaki itu boleh senyum pada dia, panggil dia sweetheart dan babe, bercerita dengan dia macam mereka dah berkenalan sepuluh tahun. Dia tak sempat pun nak buat perangai emo-girl macam yang dia rancang dengan Nani.
Tapi…
Zara tegakkan badan. Dia baru pergi macam itu sahaja, tanpa berkata apa-apa dengan Adhan Mikhail. Sebelum tu sempat juga dia buat perangai macam perempuan psycho depan Adhan tadi (kes cutlery knives). Itu kira buat perangailah, kan? Zara senyum sendiri. Sure dia akan reject aku lepas ni kan? Senyum Zara makin melebar.
“Tok…tok…tok…”
Cermin kereta Zara diketuk. Dia menjerit terkejut. Mata memandang ke luar. Wajah Adhan yang sedang tersenyum lebar kelihatan di luar. Oh Tuhan! Memang dia ni pemurah!
Adhan buat isyarat agar tingkap diturunkan.
“What?” Tanya Zara sebaik sahaja tingkap diturunkan.
“Esok. Pukul 3. We’ll have that talk at your hotel’s coffee house. See you, sweetheart.” Beritahu Adhan sebelum bergerak ke arah sebuah Harley Davidson yang diparkir tak jauh dari kereta Zara. Tak sampai beberapa langkah Adhan menapak, dia berhenti kemudia dia berpusing semula kea rah Zara.
“Zara Harlina…”
Zara yang kembali membelek kad di tangan menoleh ke arah Adhan. Kali ini wajah lelaki itu nampak serius. Tiada lagi senyuman-sedikit-kacau seperti tadi.
“Hope to see the real you tomorrow.”
Zara terkedu. Sambil memandang Adhan yang berlalu pergi, dua perkara terlintas di fikirannya. Pertama, rancangan dia memang tak berjaya. Kedua, dia tak suka Adhan yang serius. TAK SUKA!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget