Sunday, 9 March 2014

Bab 3 -CUMA DIA KEKASIHKU

Amanda menghempaskan badan ke atas katil. Arghhh… penatnya. Hati dia masih panas bila teringatkan pertemuan dengan Cik Wani. Masih terngiang-ngiang perbualan mereka tengahari tadi. Dah lah pinky buat hal. Stress. Panggilan mama yang mengajak minum petang bersama juga tidak dilayan.

“Cik Wani betul-betul pasti kali ni?” soal Amanda lagi.

“You rasa macam mana, Amanda? Agak-agak you tetamu I suka tak dengan perisa yang I pilih? Theme colour? Candy buffet? I bukan apa, I takut imej I jatuh bila orang kata I tak ada citarasa.”

“Jangan risau, Cik Wani. Setakat hari ni pihak kami tak pernah terima aduan keracunan makanan. Lainlah kalau kami letak julap ke racun ke. Huh! Kalau yang macam tu memang Cik Wani kena risau,” jawab Amanda sinis.

Nasib aje Cik Wani ni pelanggan kategori VIP. Kalau tak, memang tak kuasa dia nak layan.

“Ada ke orang yang buat macam tu? Cuba bagitahu I, biar I adu kat Jabatan Kesihatan.” Wani mencebik dan membalas sindiran Amanda.

“Hesy… takkanlah Cik Wani tak pernah dengar. Ada dulu kecoh-kecoh kat suratkhabar. Cuma saya je malas nak ambil pusing. Tapi setahu sayalah, Lovely Bakery belum terpikir lagi nak buat macam tu kecuali kalau ada orang cuba jolok sarang tebuan.” Amanda berkias.

Eee… bendulnya. Boleh pula cik cerewet ni percaya. Jangan cik cerewet ni tanya dengan wartawan sudah. Mati dia. Maklumlah cik cerewet ni kan model. Cium mulut dengan semua wartawan. Apa lah yang dia risau sangat, majlis harijadi aje pun.

“Okeylah, okeylah. I pun tak nak buang masa lama-lama kat sini. Time is money. Tiba-tiba I rasa macam panas je.” Wani mengipas-ngipas muka. Pipi dia dah memerah. Kata-kata Amanda kedengaran sinis pada dia.

“Okay, just want to double confirm with you. Cik Wani setujulah dengan pakej C ni dan tak nak tukar apa-apa lagi?”

“I rasa dah okeylah ni. You jangan lupa pula tulis dalam diari you tu. I harap kawan I tak silap rekomen kedai you pada I,” balas Wani.

“Jangan risau Cik Wani. It’s all here.” Amanda menuding jari ke arah iPad di depan dia.

Ketukan bertalu di pintu mengejutkan Amanda dari lamunan.

“Amanda!”

“Ya, mama!”

“Jom minum. Papa dah tunggu tu,” ajak Datin Afia lembut.

“Kejap lagi, ma. Amanda solat dulu.” Amanda bingkas bangun. Tuala yang tersangkut di penyidai dicapai. Kalau dilayan lagi serabut kat kepala ni mau mati beragan dia nanti.

“Sedapnya bau.” Aroma kopi panas yang terhidang di atas meja pantas mencucuk masuk ke hidung Amanda. Membangkitkan seleranya ditambah dengan shepherd pie saiz besar buatan Datin Afia.Tangkap leleh. Mama memang superblah. Macam tahu-tahu aje hidangan kegemaran dia.

Sambil tersenyum Amanda mengambil tempat di sebelah Dato’ Zayd yang sedang membelek Majalah Malaysian Business. Hesy… papa ni. Minum petang pun sibuk baca majalah bisnes.

Dato’ Zayd mengerling sekilas ke arah Amanda. Penampilan ringkas anak dara dia menyegarkan mata sesiapa yang memandang.

Amanda hanya mengenakan baju T hitam Adidas lengan panjang dipadankan dengan seluar track putih jenama sama menyerlahkan susuk tubuh dia yang tinggi persis model. Rambut dia yang panjang dilepas bebas tanpa diikat. Bagi rambut dia bernafas sikit selepas seharian ditutup. Breee…

“Baru nak turun? Tadi bukan main lagi kelam kabut macam tak cukup kaki pijak tangga tu,” bebel Datin Afia sambil tangan tangkas menuang air kopi untuk Dato’ Zayd.

“Mama ni, potong stim betul. Orang baru nak layan shepherd pie mama yang memang terbaik,” rengek Amanda manja tapi sempat lagi memuji masakan Datin Afia.

Amanda tahu mama dia memang suka dipuji tapi ikhlas ni dari hati dia bukan nak mengampu. Tak ada sesiapa pun boleh lawan masakan mama dia.Air tangan mama memang menjadi igauan mereka sekeluarga. Dia sendiri pun masih belajar memasak dengan mama.

“Ya lah tu. Kereta mana?” tanya Datin Afia. Dia perasan petang tadi Amanda balik dengan menaiki teksi.

Dato’ Zayd merenung tajam ke arah Amanda dan mendengus perlahan.

“Rosak lagi?” tanya Dato’ Zayd pula sebelum sempat Amanda menjawab.

“Errr…errr…” Amanda menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal. Apa dia nak jawab ni? Alasan apa pula nak beritahu kat papa dia. Paling habis yang dia boleh buat tersengih tayang gigi yang cantik tersusun pada papa dia.

“Dah. Esok pakai kereta yang papa belikan tu.”

“Tapi pa, Along cakap esok Amanda dah boleh ambik pinky kat bengkel,” tutur Amanda lembut. Minta-minta papa cair bila cerita pasal kereta dia yang kuat meragam tu. Ditambah pula dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa petang itu. Cewahhh…  boleh pakai ke? Haru betul dia hari ni.

“Tak ada tapi-tapi. Cuba jangan menyusahkan diri. Dah berapa kali pinky tu rosak. Dah boleh jadi tukun tiruan tau tak? Amanda kena ingat, awak tu berniaga. Kenalah tunjukkan imej yang bagus. Berdisiplin. Baru orang percaya,” balas Dato’ Zayd tegas. Dia meletakkan majalah yang baru dibaca di atas riba kemudian dia menghirup kopi yang terhidang di atas meja.

Amanda diam. Dia menundukkan muka sambil tangan menguis-nguis shepherd pie yang baru separuh dimakan. Ngeee… bab ni yang dia malas nak dengar. Papa kalau dah cerita pasal bisnes memang dia kalah.

Siapa yang tak kenal dengan Dato’ Zayd Bin Zainal. Pengerusi Amazon Berhad. Berkarisma dan berwibawa. Rangkaian hotel yang dimiliki serata Malaysia. Bukan itu sahaja Amazon Berhad turut terlibat dalam bidang pembinaan. Rakan niaga pun akui kehebatan papa dalam menguruskan perniagaan. Tapi papa tak sombong sebab tu sampai sekarang papa boleh bertahan. Eee… apa yang dia melalut ni.

“Alah…bolehlah pa,” Amanda cuba memujuk lagi.

“This time is a BIG NO. Full stop.” Sudah banyak kali Dato’ Zayd suarakan kepada Amanda pasal pinky. Kali ini dia perlu bertegas dengan Amanda.

Haa… kan dah keluar kuasa veto papa. Hesy… kenapalah pinky asyik rosak aje. Amanda masih berkira-kira nak memujuk papa dia tetapi tak jadi bila mama dia bersuara pula.

“Bagus jugak cadangan papa tu. Tak ada lah mama ni asyik risau bila Amanda keluar bawak pinky sampai malam. Kalau bernasib baik, sampailah Amanda kat rumah. Kalau tak bermalam kat bengkel ajelah.” Lembut suara Datin Afia mengiakan kata-kata suaminya dan pada masa yang sama cuba memujuk Amanda.

“Hmmm… baiklah.” Amanda mengalah. Termakan juga dia akan kata-kata mamanya. Tak sangka pula sampai begitu sekali mama risaukan dia.

Dato’ Zayd dan Datin Afia memandang sesama sendiri dan tersenyum.

Mereka menyambung semula acara minum petang yang tergendala dek hal pinky Amanda. Sesekali terdengar suara Datin Afia dan Amanda terjerit-jerit kecil mengusik sesama mereka.

Dato’ Zayd hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah dua orang wanita kesayangan dia itu. Ngauman enjin kereta yang membelah masuk ke halaman rumah menarik perhatian mereka. Semuanya menoleh ke arah kereta tersebut.

“Assalammualaikum.” Adwan memberi salam sambil menuju ke arah keluarga dia yang sedang enak menikmati minuman petang. Audi R8 hitam selamat diparkir bersebelahan BMW 6 Series merah kepunyaan dia. Kereta rasmi yang selalu dia gunakan ke tempat kerja.

“Waalaikummussalam.” Salam yang dilemparkan Adwan dijawab serentak.

“Kereta Amanda macam mana? Rosak apa pula kali ni?” tanya Dato’ Zayd sebaik si anak melabuhkan punggung di kerusi.

“Biasalah, papa. Anak dara papa ni tahu bawak aje. Bukan nak hantar pergi service. Nasiblah ada Along ni.”

“Lepas ni pinky tu hantar kat kedai Adam. Suruh dia tolong jualkan,” arah Dato’ Zayd tegas. Tersedak Adwan tiba-tiba bila mendengar kata-kata papa dia. Mata dia mencerlung ke arah Amanda minta penjelasan.

Amanda hanya menjungkitkan bahu.

Erkkk… biar betul? Bukan ke Amanda sayang sangat dengan pinky dia. Ni apa kes pula sampai papa suruh jual bagai.Bukan ke kedai Adam tu jual kereta mewah je? Boleh laku ke pinky cikai Amanda ni? Ahhh… layan jelah.

“Esok berasaplah X6 tu,” celah Datin Afia bagai mengerti pandangan Adwan.

“Well… Well… akhirnya. Bolehlah Along enjoy dengan tenang.” Adwan mengangkat kedua-dua tangan ke udara macam menang loteri gamaknya.

“Sudah-sudahlah enjoy tu Along. You better seriously focus on your work. Dah lama sangat papa bagi muka. Rina selalu mengadu kat papa cakap Along kerap sangat masuk ofis lewat.” Memang betul PA Adwan selalu mengadu pada dia. Selagi dia boleh bersabar dia akan bersabar. Tapi sampai bila? Kalau nak mengharapkan kudrat dia seorang yang dah senja ni memang tak larat nak uruskan syarikat yang semakin berkembang itu.

“Errr… errr…” Adwan kematian kata. Kepala yang tak gatal digaru-garu.

Giliran Amanda pulak mentertawakan Adwan. Dia menunjukkan isyarat padan muka kepada Adwan.

“Sekurang-kurangnya Along tak pernah campurkan hal peribadi dengan kerja. Papa pun tahukan Along serius bila bekerja,” jawab Adwan membela diri.

“Memanglah Along tak buat macam tu. Tapi usung anak dara orang, ke hulu ke hilir tu ingat elok sangat ke?” Datin Afia menyampuk.

“Aah…” Amanda pun menyampuk sama. Bukan selalu Along kena. Dapat nasihat baik punya dari papa. Amanda tersenyum sendiri.

“Along, dalam perniagaan ni macam-macam boleh jadi. Sekali kita leka, musuh akan lebih kedepan dari kita. Kadang-kadang kita tak sedarkita menunjukkan kelemahan sendiri. Papa tak nak disebabkan kealpaan Along ni, bakal menjerat kita di kemudian hari,” nasihat Dato’ Zayd panjang lebar. Memang Dato’ Zayd boleh harapkan Adwan dalam mengendalikan perniagaan mereka tetapi sikap sambil lewa Adwan boleh menjejaskan reputasi syarikat. Dato’ Zayd amat mementingkan disiplin.

“Huh! Cik kak ni pun sama juga. Jangan ingat awak tak kerja dengan papa, papa tak tahu apa yang Amanda buat,” sambung Dato’ Zayd lagi dalam nada bergurau.

Aikkk… dia pun kena juga. Tak boleh jadi ni, bisik Amanda dalam hati.

“Mestilah papa tahu, kan Amanda yang bekalkan pastri kat hotel papa,” Amanda cuba membela diri dia.

“Itu lain. Syarikat Amanda memang layak. Keputusan bukan di tangan papa sorang. Lembaga pengarah yang tentukan,” balas Dato’ Zayd.

Amanda tunduk memandang kaki. Betul juga tu. Lovely Bakery pun membida tender yang dikeluarkan oleh Amazon Berhad. Alhamdulillah, rezeki berpihak padanya.

“Papa bukan apa. Papa tak nak anak-anak papa leka dengan apa yang ada sekarang. Papa memang harapkan Along dan Amanda akan teruskan apa yang papa dah usahakan selama ini.”

“Eye-Eye, Sir!” Adwan dan Amanda serentak memberi tabik hormat kepada Dato’ Zayd.

Terhambur ketawa mereka sekeluarga dengan gelagat dua beradik itu. Dato’ Zayd senang dengan gurau senda anak-anak dan isteri dia. Namun terselit juga rasa hampa dalam hati bila terkenangkan seorang lagi anaknya.

Angah, Angah… kenapalah degil sangat. Dato’ Zayd menggeleng perlahan.

Datin Afia yang perasan akan perubahan mood suami dia hanya mengelus lembut jemari Dato’ Zayd dengan harapan dapat menyalurkan kekuatan buat Dato’ Zayd. Dia faham suami dia itu mesti teringatkan si bujang yang sorang lagi. Degil dan keras kepala Zuhayr Affan diwarisi dari suami dia juga. Nak buat macam mana. Bapa borek anak rintik. Namun Datin Afia tak pernah lupa memanjatkan doa setiap kali selepas solat agar hati anak dia itu terbuka untuk pulang semula ke pangkuan keluarga.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget