Friday, 21 March 2014

Bab 6 CUMA DIA KEKASIHKU - Syeena Hamdan

          


 Suasana di Lovely Bakery agak kelam kabut. Mana taknya, mereka ada majlis besar malam nanti. Amanda sendiri tak menang tangan. Nasib baik Reen dan Lydia ada membantu.
“Amanda, tak boleh ke you duduk diam-diam? I yang pening tengok you ni,” arah Lydia bila tengok Amanda berulang alik berkali-kali dari café-bilik-dapur. Gelabah semacam.
“Nyonya, you kena ingat. Pelanggan kita kali ni lain sikit. Tak boleh main-main. Semalam dia telefon I, siap bagi amaran lagi. Dia tak nak ada cacat cela. Kalau tak tahulah nasib kita,” balas Amanda risau.
“Nyonya, nyonya, I belum kahwin lagi tau,” rajuk Lydia.
Amanda hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Lydia.
“Alahai nyonya, you janganlah marah. Kitaorang tahulah you belum kahwin. Saja nak bergurau dengan you,” usik Reen pula.
“I tahu you all bergurau. Tapi depan lelaki-lelaki hensem jangan panggil I nyonya tau. Kesian I nanti jadi anak dara tua. Tak laku,” balas Lydia tergelak kecil.
“Eh! You punya Michael mana you mahu campak? Tak laku konon, choiii,” kata-kata Amanda mengundang ketawa mereka bertiga. Riuh sekejap.
“Hmmm… cakap-cakap lelaki hensem ni kan. Hari tu ada sorang mamat hensem datang kedai kita ni. I tak sangka wujud rupanya lelaki ddg kat Malaysia ni. Ingatkan kat dalam drama aje.” Reen memulakan sesi bergosip.
“Eeeee… betul ke Reen? Bila dia datang? Kenapa I tak tahu? I tak ada ke masa tu? Hensem sangat ke dari Michael I?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Lydia. Macam M16. Tak menyempat. Teruja sangat.
Amanda tak tercuit langsung dengan kata-kata Reen. Malas nak ambil pusing. Dalam kepala otak dia sekarang ni, majlis malam ni. Matanya ligat membelek iPad di tangan. Terpapar lakaran layout untuk majlis Cik Wani. Tema ‘shocking pink’
“Satu-satulah nyonya, kut ya pun,” marah Reen. Dipandangnya Amanda di sebelah. Minah ni, ada perasaan ke tidak?
“Reen! Kalau mulut you sebut lelaki hensem. Memang ddglah. You kan pantang nampak lelaki berdahi licin. Mana I boleh sabar,” balas Lydia.
Ddg?” tanya Amanda dengan muka tak faham. Short form apa pula minah dua ekor ni. Tak pernah pun dia dengar.
Drop dead gorgeous,” serentak Reen dan Lydia menjawab. Ketawa mereka berpadu.
“Macam-macamlah korang ni.” Amanda kembali membelek iPadnya.
“Kacak, segak, bergaya, macho. Memang ada style lah,” sambung Reen membayangkan lelaki hensem yang dia maksudkan.
Amanda hanya menjungitkan bahu dan menggeleng-gelengkan kepala bila mendengar pujian dari Reen. Ya, ya kelapa aje si Reen ni sampai buat si Lydia teruja.
“Wow…!” Lydia cuba membayangkan lelaki hensem yang Reen maksudkan.
“Tapi sayang…” Reen sengaja melambatkan kata-katanya.
Lydia terkebil-kebil memandang Reen.
“I nak sambung kerja.” terbahak-bahak Reen ketawa.
Cemberut muka Lydia bila dipermainkan. Kusyen kecil di atas sofa di baling pada Reen.
Reen mengelak. Sudahnya kusyen tersebut cantik je mendarat atas kepala Amanda.
Lydia kaku.
Reen menjungkitkan kedua-dua keningnya.
Amanda dah jegilkan mata.
Sorry, dear. Am really sorry,” pujuk Lydia.
“Jangan marah eh, Amanda sayang,” rayu Reen pula.
“Bilalah korang ni nak matang. Pasal lelaki aje pun. Tak malu ke budak-budak tu tengok,” suara Amanda mendatar. Pandangan dia di tala ke arah kaunter bayaran.
Amanda kemudian mengangkat punggung dan berlalu ke dapur. Dia tersenyum sebaik kakinya melangkah keluar dari ruang café. Mana taknya, cuak dan pucat muka Reen dan Lydia. Perangai macam budak-budak, kepala digeleng-gelengkan.
“Hoi…!” oktaf suara Reen tinggi. Kena baling dengan kusyen mahu tak menjerit.
“Siapa suruh you main-mainkan I? Cepatlah Reen, habiskan cerita dongeng you tu,” rengek Lydia.
“Eee… you ni. Tak cukup ke dah ada Michael tu?” soal Reen.
“Lelaki hensem. Michael, I’ll keep him safe in my heart,” jawab Lydia selamba.
“Lelaki tu memang hensem tapi I rasa dia pakwe Cik Wani. I pernah terbaca kat ruangan gosip pasal mereka. Lagi satu, cerita lelaki tu pernah keluar kat majalah bisnes. One of the hot successful bachelor,” terang Reen panjang lebar.
“Lelaki tu, lelaki tu, siapa nama dia? You tahukan I mana ada masa nak baca pasal gosip-gosip ni,” marah Lydia. Geram dia bila Reen masih main tarik-tarik tali.
“Kejap-kejap dia ada cakap nama dia tapi serius I memang lupa,” Reen memicit-micit pelipisa. Macam memikirkan masalah negara gayanya.
“Macam mana nak ingat kalau you asyik tenung je lelaki tu kan. Name card?” usik Lydia.
Reen tepuk dahi. Kelam kabut dia menyelak planner.
“Huh, ni dia! Akid Rizq Tan Sri Razlan, GM Hotel Amiraz, Amiraz Holding Berhad.” Reen membaca butiran yang tertera di kad nama.
“Ooo… patutlah you cakap lelaki tu ddg,” balas Lydia.
You know this guy?” tanya Reen.
“Kawan Michael. Satu u dulu. Terserempak masa kami tengah makan malam kat Hotel Mutiara. Tapi masa tu dia bukan dengan Cik Wani. Michael cakap dia tu playboy. Biasalah anak orang kaya, ada rupa lagi. Perempuan keliling pinggang,” terang Lydia.
Playboy? Alamak! Baru nak berangan. Nasib belum jadi pakwe I,” kata Reen.
“Oiii… makcik-makcik, sudah-sudahlah tu. Tak hadapnya ddg tu kat korang. Nak ikut ke tak? Kitaorang dah nak gerak ni. Nanti tak sempat nak susun semua. Lambat, pergi sendiri,” laung Amanda yang berdiri di pintu tengah. Dia dah bersedia nak ke rumah Cik Wani.
Beg sandang belakang warna hijau lumut jenama Prada cantik tergantung di belakang Amanda. Nampak sepadan dengan baju-t kuning dan cardigan hitam yang tersarung di badannya. Tambah lagi dengan seluar denim hitam dan kasut tanpa tumit warna sama. Sangat santai. Seesuai untuk buat kerja lasak.
Coming boss!” suara Reen dan Lydia berpadu. Kelam kabut kedua-duanya berlari ke bilik masing-masing. Kemas dan capai apa yang patut. Bos dah ajak kenalah pergi. Lagi pun semenjak Amanda pandu kereta BMW X6, mereka berdua belum pernah naik lagi. Tak baik menolak rezeki.
###
Morning mummy,” sapa Amani Raiqah. Tanganya laju mencapai mangkuk dan mencedok bihun goreng yang terhidang di atas meja makan.
“Matahari dah naik baru nak bangun,” bebel Puan Sri Aminah.
“Pembetulan. Rai bangun solat subuh tau. Saja je tak nak turun awal,” jawab Amani Raiqah tersengih memandang Puan Sri Aminah.
“Macamlah mummy tak tahu. M Rai tu besar sangat. Nasib ada bibik,” balas Puan Sri Aminah. Bukan dia tak tahu taktik anak daranya. Malas nak menolong kat dapur.
“Papa dengan abang mana? Dia orang dah sarap ke, mummy?” tanya Amani Raiqah. Baru berkira-kira nak jumpa papanya. Ada hajat besar.
“Hujung minggu ni Rai. Papa macam biasalah, main golf dengan kawan-kawan dia. Abang, mummy rasa dia keluar jogging. Anak dara mummy ni je jogging atas katil,” jawab Puan Sri Aminah panjang lebar. Tangannya masih ligat menyusun makanan di atas meja.
“Alah… mummy ni saja je tau. Rai kan baru habis belajar. Lepas-lepas ni Rai tolong mummy, eh. Apa mummy suruh buat semua Rai ikut. Cuma sekarang Rai nak rehat-rehat dulu,” pujuk Amani Raiqah. Lengan Puan Sri Aminah di paut. Memujuk.
“Ya lah, ya lah. Dah makan mee tu. Nanti sejuk dah tak sedap pula,” jawab Puan Sri Aminah mengalah. Lengan baju disingsing menampakkan kulit tangannya yang putih. Peluh kecil yang merenik di dahi di lap.
Morning,” sapa Akid yang muncul dari ruang tamu. Jag jus oren dicapai dan dituang ke dalam gelas. Sekali teguk jus oren tersebut habis. Itulah rutin yang selalu dibuat bila dia balik dari jogging. Diet sihat katanya.
“Apa yang bising-bising tadi sampai Akid bagi salam sorang pun tak jawab?” tanya Akid.
“Adik Akid nilah. Matahari dah tinggi baru nak bangun. Agaknya kalau ada meteor jatuh pun dia tak dengar,” bebel Puan Sri Aminah semula.
Erkkk… mummy ni. Tingginya pemikiran. Meteor bagai, gumam Amani Raiqah dalam hati.
Akid menggosok-gosok kepala adiknya. Tangan dia di tepis Amani Raiqah.
“Suka tau main kepala orang.” Amani Raiqah menjeling abangnya.
Akid tersengih.
“Budak manja memang macam tu, mummy. Tahu-tahu dah siap semuanya. Kesian mummy kesayangan Akid ni. Asyik kena buli je dengan anak dara pemalas dia,” sakat Akid.
“Rai tak buli mummy lah. Sibuk aje abang busuk ni. Rai cuma nak rehat-rehat je dulu. Nanti bila Rai dah bersedia, Rai tolonglah mummy. Mummy kan cakap boleh tadi?” balas Amani Raiqah tak mahu mengalah.
Puan Sri Aminah hanya tersenyum. Gelagat dua beradik ini mencuit hati kecilnya.
“Jangan lama-lama sangat rehat, Rai. Nanti tak ada orang nak masuk meminang anak dara pemalas,” usik Akid.
“Pandai je mengata orang. Akid tu pun sama juga. Bila entah nak berhenti berjoli? Umur pun dah makin meningkat. Kalau tak ada calon lagi bagitahu mummy. Biar mummy aje yang carikan,” balas Puan Sri Aminah.
Akid menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Amani Raiqah dah ketawa mengekek-ngekek.
Mummy ni ke situ pula. Belum jumpa yang boleh buat hati anak mummy ni begetar. Dup dap, dup dap,” sahut Akid. Tangannya dibawa ke dada. Macam gaya Saiful Apek.
Amani Raiqah menunjukkan isyarat bagus pada abangnya.
“Bilanya nak jumpa kalau Akid asyik clubbing je. Sepatutnya banyakkan solat, minta pada Allah, biar dipertemukan jodoh yang baik-baik. Dekat tempat macam tu mana nak jumpa perempuan yang baik-baik,” bebel Puan Sri Amimah.
“Errr…” kelu lidah Akid nak menjawab.
Amani Raiqah menyambung tawa bila dilihat abangnya dah tak keruan. Tawanya terhenti bila Puan Sri Aminah menjeling pada dia pula.
“Assalammualaikum. Apa hal yang bising-bising ni?” tanya Tan Sri Razlan yang tiba-tiba muncul. Dia terus menarik kerusi di sebelah isterinya.
“Waalaimummussalam. Eh! Papanya cepat pula balik? Selalu kalau tak pukul dua belas, tak adanya abang kat rumah?” tanya Puan Sri Aminah yang terkejut bila melihat suaminya balik awal hari ini.
Cancel. Chua dengan Zayd tak dapat datang,” jawab Tan Sri Razlan.
“Papa nak kopi?” tanya Amani Raiqah.
Tan Sri Razlan menganggukkan kepala. Dia memandang isterinya. Keningnya terangkat. Pelik dengan tingkah Amani Raiqah.
Puan Sri Aminah hanya menjungkitkan bahu.
“Ni baik sangat dengan papa ada apa-apa ke?” soal Tan Sri Razlan sebaik menghirup sedikit kopi yang dituang Amani Raiqah.
“Mesti ada apa-apa tu, pa. Macam papa tak biasa pula dengan Rai ni,” giat Akid. Dia masak sangat dengan perangai adiknya. Kalau Amani Raiqah membuat sesuatu di luar kebiasaannya, mesti ada benda yang dia mahukan.
“Elaun bulan ni tambah sikit boleh tak, papa? Rai nak jalan-jalan dengan kawan. Bosan asyik duduk kat rumah je,” rayu Amani Raiqah.
Masing-masing dah tersenyum bila Amani Raiqah bersuara. Betul sangkaan mereka.
“Enam bulan terperap kat rumah memanglah bosan. Kalau masuk pejabat, banyak benda Rai boleh belajar,” balas Tan Sri Razlan.
Akid dan Puan Sri Aminah hanya mendiamkan diri bila Tan Sri Razlan dah menyentuh soal kerja. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga.
“Rai belum bersedia lagilah, pa. Nanti kalau dah kerja mesti tak ada masa nak jalan-jalan,” jawab Amani Raiqah kembali.
“Macam mana nak bersedia kalau Rai tak mula dari sekarang,” sambung Tan Sri Razlan lembut.
Tadi kau ketawakan abang kena ceramah percuma dari mummy, sekarang rasakan. Akid tersenyum senget memandang adiknya.
“Papa lupakan jelah pasal elaun tu,” jawab Amani Raiqah dengan suara bergetar. Bibirnya dah muncung sedepa. Mee di pinggan di kuis-kuis. Hilang selera nak makan.
Tan Sri Razlan menjeling. “Papa boleh bagi tapi dengan satu syarat,” pujuk Tan Sri Razlan.
Anything pa, anything,” jawab Amani Raiqah ceria. Matanya bersinar-sinar. Lengan Tan Sri Razlan dipaut.
Manja betul, bisik Akid sendiri.
“Rai kena masuk pejabat minggu depan. No excuse.”
Terdiam Amani Raiqah. Dia mengurut tekaknya yang tiba-tiba terasa kering.
Akid menghulurkan segelas jus oren pada Amani Raiqah. Dia mengulum senyum bila wajah ceria adiknya bertukar cemberut.
Amani Raiqah menyambut gelas tersebut dan terus diteguk. Abangnya dijeling.
What to do…” lemah suara Amani Raiqah.
Tan Sri Razlan menggosok-gosok kepala anak daranya.
Hesy… hobi orang dalam rumah ni agaknya, asyik nak gosok kepala dia. Mentang-mentanglah dia yang paling muda. Amani Raiqah menyisir rambutnya dengan tangan.
“Malam ni semua makan malam kat rumah tau,” pesan Puan Sri Aminah memecah kesunyian.
“Akid tak bolehlah, mummy. Dah janji dengan kawan.”
“Perempuan?” tanya Puan Sri Aminah. Tidak senang dengan sikap berfoya-foya Akid.
Akid hanya menganggukkan kepala. Bihun yang berbaki di dalam pinggan dihabiskannya secepat mungkin. Kena cepat bangun dari situ. Risau papanya pula yang akan bertanya.
“Siapa? Model? Pelakon? Penyanyi?” soal Tan Sri Razlan bertubi-tubi.
Betul sangkaan Akid soalan cepu emas dah keluar dari mulut papanya.
Tan Sri Razlan dah masak benar dengan perangai playboy anak bujangnya. Perempuan mana aje yang tak disusung Akid. Selagi kehidupan peribadi Akid tak mengganggu perjalanan syarikat, dia masih boleh terima. Kalau melebihi batas dia akan masuk campur.
“Model,” jawab Akid pendek dan terus angkat kaki. Duduk kat dapur lama-lama nanti boleh rentung kena bahasa dengan papanya. Cukuplah mummy dah bising tadi.
Amani Raiqah sempat menjelirkan lidah dan membuat isyarat padan muka.
“Nak mengelaklah tu,’ tutur Tan Sri Razlan.
Puan Sri Aminah dan Amani Raiqah tertawa kecil.
Bro, tempat biasa. Sepuluh setengah, jangan lewat. Pasal plan malam ni kena polish sikit. Bagi sengat lagi. Aku tak nak gosip yang bukan-bukan keluar esok. Cukup-cukuplah pagi ni dah kena smash dengan mummy dan papa aku,” kata Akid sebaik Danial menjawab panggilan telefonnya.

copyright : Syeena Hamdan / Ideakreatif

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget