Tuesday, 24 December 2013

Bab 1-2 : Dia... Mr Model


Bab 1

You are young once, live once,
So do the things you love.
Fun and lazy are not the same things either,
Follow your passion, work hard at them, and the money will follow.

“Cepat Mika! You are next!”
Kelam kabut Mika mempercepatkan langkahnya. Bekerja sebagai seorang Runway Model memerlukan dia bertindak pantas, cepat memberi tindak balas dan perlu peka dengan arahan dan persekitaran.
“Okey!” balas Mika sambil ibu jari dan jari telunjuknya bercantum membentuk seperti huruf O. Dia berdiri betul-betul di pintu belakang pentas peragaan. Tangannya tidak henti-henti membetulkan baju yang dipakainya. Ingin tampil sempurna di hadapan penonton yang hadir.
Sememangnya perkataan ‘sempurna’ cukup sinonim dengan pemilik nama Azka Mikael bin Ahmad Malik. Dia gemarkan sesuatu yang sempurna tanpa sebarang cacat cela. Namun, dia bukannya seorang yang cerewet dalam semua hal. Hanya untuk sesuatu yang berkenaan dengan dirinya sahaja yang akan diteliti sedalam-dalamnya.
Punya personaliti yang menawan. Dengan ketinggian 6 kaki 1 inci, berbadan tegap walaupun tidak seperti ahli sukan angkat berat, dia cukup sempurna di mata ramai. Malah tidak pernah lokek dengan senyuman.
Bagi sesiapa yang tidak mengenali siapa Mika sebenarnya akan beranggapan yang lelaki itu sengaja mahu memikat. No way! Dia seorang yang sukar untuk digoda! Jangan haraplah hendak tergedik-gedik untuk berdampingan dengannya.
“Love without any reasons last the longest. And I don’t want to find it, I’m just waiting for the right one to come. I know… ada seseorang di luar sana untuk I. What I need to do now is… relax and enjoy my life!” Itu yang selalu Mika beritahu apabila ditanya tentang jodoh.
Punya keyakinan diri yang cukup tinggi membuatkan Mika sentiasa nampak tenang dan gah. Dengan kulit yang cerah dan dihiasi sepasang mata berwarna coklat memahatkan lagi pandangan gadis-gadis dari spesis yang mudah jatuh cinta tatkala memandangnya. Rambut yang sedikit panjang separas bahu, diikat ringkas dan turut beralun ketika dia melangkah. Sesiapa yang memandang pasti akan terpesona dengan kesempurnaan wajah dan tubuh badan yang dimilikinya. Dia sempurna di mata wanita dan juga lelaki! Opss!
Selesai tugasan malam itu, Mika mengurut-urut lembut bahunya kanan dan kiri. Terasa lenguh badannya kerana perlu mengawal dan memastikan postur badannya tegap sempurna ketika di atas pentas peragaan. Itulah salah satu perkara yang perlu dijaga oleh seorang model ketika melakukan catwalk. Selain daripada itu, seorang model juga perlu sentiasa menjaga penampilan diri, penjagaan wajah serta tubuh badan.
Untuk menjadi seorang model, ketinggian dan berat badan adalah perkara utama yang diambilkira. Namun, sekiranya seseorang itu terlibat dengan bidang Lifestyle Modelling, hal sedemikian tidak menjadi satu isu besar. Ianya datang dalam pelbagai jenis saiz, umur, bentuk atau apa sahaja bentuk faktor. Disebabkan oleh faktor kerjaya juga boleh menjadi sebab kenapa seseorang itu terlibat di dalam bidang Lifestyle Modelling. 
Mika lebih memilih bidang Glamour serta Fashion. Dia gemar bergaya di dalam majalah, kalendar serta berjalan di atas pentas peragaan kerana dia seorang yang berani dan suka mencuba. Namun baginya... “I do not exist to impress the world. I exist to live my life in a way that will make me happy. I don’t need much money because I do have it already But I just need something yang mampu membuatkan diri I berasa puas!”
Are you gonna join us tonight, Mika?” Tiba-tiba kedengaran suara Harry, teman baiknya di bidang yang sama bertanya sambil tangan ligat memasukkan barang-barang peribadi ke dalam beg sandang.
Mika mengerling sekilas ke arah temannya itu.
“Hmm tak kot. Aku nak balik rest lah, bro! Penat sangat,” balas Mika sambil bangun dari kerusi yang didudukinya.
“Aku tahu dah jawapan kau tu. Kau bukannya penat sangat pun. Tapi kau memang tak minat nak pergi kan?” Harry mencebik. Faham benar dengan sikap temannya yang satu itu.
‘Susah sungguh untuk diajak berhibur. Alim tak kena gaya! Konon model paling hot di Malaysia dan Asia. Tapi tak tahu nak enjoy langsung!’ omel Harry di dalam hati.
Mika tayang senyum. Ya! Dia tidak gemarkan tempat-tempat seperti ‘itu’. Dia juga tidak suka dengan suasana bising. Baginya, cukuplah bunyi bising di sekitar pentas peragaan. Dia tidak perlukan lagi bunyi-bunyi yang membingitkan telinga di tempat lain pula.
Walaupun dia seorang model terkenal dan punya nama besar di dalam dan luar negara, namun itu bukan alasannya untuk menjadi liar dan suka berfoya-foya. Dia lebih gemarkan suasana sunyi yang aman damai. Buat masa sekarang, apa yang sedang berlegar-legar di dalam kepala otaknya adalah untuk segera pulang ke rumah. Oh my home sweet homePlease wait for me!
“Hmm yelah Mika. Nanti jenuhlah aku kena menjawab dengan Fina. Aduh!” komen Harry. Tangannya menepuk perlahan dahi sendiri. Seperti ada masalah besar pula. Entah apa-apa si Harry ni!
“Alah! tak perlu jawab apa-apa. Bukannya penting pun. Buat don’t know jelah. Buang masa je,” balas Mika malas.
Harry hanya memandang pemuda itu mencapai beg sandangnya yang berjenama Salvatore Ferragamo berwarna hitam yang berada di atas kerusi plastik itu. Lalu kedua-duanya sama-sama menyusun langkah untuk ke basement.
“Serius kau tak nak ikut kami?” sekali lagi Harry menyoal ketika pemuda itu sedang mengeluarkan kunci kereta yang berada di dalam begnya. Alarm kereta Audi R8 berwarna putih ditekan dan kakinya terus melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu.
Melihatkan kehidupan dan pendapatan Mika sebagai seorang model, serasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan kehendaknya yang tersangat melampau mewah itu. Dari atas hingga ke hujung kaki, luar dan dalam. Segalanya berjenama. Kerana bagi pemuda itu, jenama melambangkan kualiti.
Namun, semua itu tidak menjadi masalah buat Mika. Dia boleh mendapatkan apa sahaja yang diingininya. Kereta kesayangannya itu pun hadiah dari daddy tersayangnya, Tan Sri Ahmad Malik.
Malah dia tidak perlu ditaja mak datin atau menjadi ‘anak ikan’ sesiapa, kerana ayahnya sudah cukup kaya dan mampu menampung hidupnya. Sahamnya di dalam syarikat milik ayahnya sahaja sudah lebih dari cukup.
Menjadi anak tunggal kepada pasangan Tan Sri Ahmad Malik dan Puan Sri Zarra Andrew Abdullah membolehkan pemuda itu memiliki apa sahaja yang diangannya.
Keluarganya merupakan antara yang terkaya di Malaysia dan memiliki beberapa rangkaian hotel di Malaysia dan juga luar Negara. Sebut sahaja, pasti ramai yang tahu. Kerana itu, ramai yang iri dengan segala yang ada pada dia. Rupa, harta dan populariti, Azka Mikael punya segala yang terhebat!
Harry kenal benar dengan pemuda itu. Dia senang berteman dengan Mika. Tak sombong walaupun si model hebat itu punya segalanya.
Mika yang sudah berada di dalam keretanya, menurunkan sedikit tingkap. Temannya yang masih berdiri di sisi keretanya dipandang mesra.
Yes bro. Hundred percent confirm!” tegasnya.



Bab 2


Don’t let past relationships ruin your future happiness!

Putus tunang hanya kerana dia bertudung? Oh please! Safa seperti tidak dapat menerima keputusan yang diberi. Kita sekarang bukannya di zaman penjajah lagi. Kita bukan di zaman kolot yang agama dipandang ringan. Zaman sekarang walaupun dikatakan moden dari segala segi namun pegangan Islam makin lama makin kuat. Setakat bertudung dan menutup aurat dikatakan kolot, sangat melampau!
Sukar baginya untuk menerima keputusan tunangnya, Adli Iskandar. Ops! Bukan lagi tunang ya. Bekas tunang! Kerana semalam sudah rasmi yang dia dan Adli telah putus tunang.
Terasa sangat sedih. Sedih bukan kerana dia masih sayangkan Adli. Rasa sayang itu telah lenyap sebaik sahaja keluarga Adli datang ke rumah keluarganya untuk memutuskan pertunangan mereka. Dia sedih kerana memikirkan betapa lamanya masa yang telah dibazirkan di dalam perhubungan dia dan Adli Iskandar.
Mereka mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di salah sebuah IPTA di Utara Malaysia. Setelah tamat belajar, Adli terus melamar dan keluarganya menerima keluarga Adli dengan tangan terbuka. Sememangnya kedua-dua belah keluarga mengenali satu sama lain dan masing-masing merestui perhubungan mereka berdua.
Setelah hampir dua tahun tempoh pertunangan, dia dikejutkan dengan berita ‘itu’. Walaupun semenjak dua menjak ini hubungannya dengan Adli kurang mesra kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya, namun tiada langsung tanda-tanda yang Adli ingin memutuskan pertunangan mereka.
“Saf, terimalah keputusan depa tu. Kita ni keluarga orang pompuan. Tak elok kalau kita duk pi terhegeh-hegeh kat depa. Dah depa tak mau. Kita terima ja.” Itu kata ibu Safa apabila si anak seperti tidak dapat menerima kenyataan.
Kecantikan Safa sememangnya diwarisi daripada ibunya yang berasal dari selatan Thailand. Berkulit putih bersih tanpa sebarang cacat cela. Berbibir nipis di atas dan penuh di bawah. Sangat seksi dengan warna merah jambu asli. Hidung yang mancung terletak. Memiliki sepasang mata yang sangat cantik dengan alis yang panjang dan lentik, membuatkan Safa Salena mudah menarik perhatian kaum ajnabi.
Berkerjaya sebagai seorang akauntan di salah sebuah hotel terbesar di ibu kota menemukan Safa dengan pelbagai karenah dan ragam manusia. Namun dia tidak mudah hanyut dengan kemodenan yang terbentang di depan matanya.
Dia lebih senang menjadi Safa Salena, anak Hajah Wan Sakeena dan Haji Mohd Yusoff . Dia akan sentiasa menjaga nama mereka serta tunangnya, Adli Iskandar yang turut dikenali ramai kerana berjaya menjadi seorang arkitek hebat di usia semuda itu.
“Saf bukan apa ibu, Saf cuma tak boleh terima alasan yang Adli bagi tu. Selama ni, tak ada pulak dia complain apa-apa pun bila Saf pakai tudung. Memang dari dulu pun Saf macam ni, bukannya Saf baru pakai. Huh! Sebab Saf pakai tudung dan tak sesuai untuk teman dia ke mana-mana majlis ka? Huh idiot! Kolot sungguh!” 
Kata keluarga Adli, personalitinya yang bertudung dan membawa imej muslimah itu tidak sesuai dan setanding dengan anak mereka yang sentiasa perlu berjumpa orang ramai dari pelbagai bangsa dan agama. MasyaAllah! Sungguh dia tidak mampu menerima segalanya itu.
Hello! Ramai pembesar dan pemimpin bertudung dan berpakaian sepertinya. Malah Sultanah Kedah sendiri bertudung. Cukup manis dipandang dan mampu mengiringi Sultan ke mana sahaja. Jadi, siapa Adli Iskandar untuk menentang semua itu? Huh!
Mengingati itu semua, Safa mengeluh berat. Rasa penat kerana kerja yang bertimbun menjadi bertambah penat memikirkan semua peristiwa yang berlaku.
Hari itu dia terpaksa pulang lewat kerana perlu menyiapkan laporan kewangan memandangkan esok merupakan hari pertama di bulan baharu. Oleh itu, dia perlu menutup akaun dan menyediakan laporan bulanan untuk dibentangkan kepada Pengarah.
Sedang termenung di dalam kereta di kawasan parkir tempat kerja, tiba-tiba ada seseorang mengetuk cermin kereta Myvinya. Pantas dia bepaling untuk melihat gerangan yang mengetuk itu. Berkerut-kerut dahinya memandang lelaki yang cuba mengintai melihat keadaannya di dalam kereta.
Mata Safa terus membulat. Air mata yang bergenang mengaburi pandangannya. Dia cepat-cepat memandu meninggalkan pemuda itu. Risau dan takut sesuatu yang buruk akan terjadi sekiranya dia masih berada di situ. Entah siapa-siapa yang ‘sibuk’ menegur itu. Entah-entah perogol?


Penat dan letih setelah menjalani latihan dan melakukan catwalk tadi terus lenyap. Tiba-tiba saja Mika asyik memikirkan tentang gadis itu. Ya! Gadis yang sangat cantik di pandangan matanya. Namun, seperti ada sesuatu yang mengganggu gadis tersebut. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga matanya yang bulat dan sangat cantik itu dicemari takungan air jernih.
Gadis itu menangis! Tetapi kenapa ya? Bergaduh dengan suami? Kekasih? Keluarga? Huh! Kepalanya jadi pening memikirkan tentang gadis tersebut. Dia ingin bertemu dan bertembung lagi dan lagi dengan gadis itu kerana hatinya sudah mula membisik sesuatu yang indah. Bibir mula mengukirkan senyuman.
Mika terus pulang ke rumahnya. Katil telah mengamit-gamitnya. Akan disambung angan-angan dan soal jawab mengenai gadis itu di rumahnya nanti. Sekarang ini, dia perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. Dengan lafaz Bismillah, kaki terus menekan pedal minyak. Tangan kiri mula membuka radio. Kedengaran lagu Hero nyanyian penyanyi lelaki yang paling diminatinya iaitu Enrique Iglesias berkumandang.
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain.
I will stand by you forever
You can take… my breath away.
Bibir Mika berkumat-kamit mengikut menyanyikan lagu itu. Terasa jiwanya bersemangat. Adakah kerana dalam hatinya sudah ada taman rama-rama? Adakah dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya? Dia terus melayani perasaan sendiri.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget