Tuesday, 24 December 2013

Bab 5 & 6 : Cinta Kita


Bab 5

Cherish every moment and every person in your life, because you never know when it will be the last time you see them

“Khalish. Promise me that we will be as happy as we are today till the day I die.” Dahlia mengenggam erat tangan Khalish yang telah bertukar status menjadi suaminya itu.
Apabila teringatkan kata-kata Dahlia itu, Khalish memanjatkan doa penuh syukur kepada Allah kerana Dia mengizinkan dirinya untuk mengotakan janji itu kepada Dahlia.  Semenjak perkenalannya dengan Dahlia yang bermula sejak dari bangku sekolah menengah, mereka tidak pernah ada sebarang masalah yang besar. Perhubungan mereka sarat dengan kenangan-kenangan yang indah. Walaupun terpisah seketika semasa masing-masing melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun jarak hati mereka tidak pernah jauh.  Apa yang bermula dari satu permusuhan bersatu menjadi satu hubungan suci disisi Allah yang kini dipisahkan oleh satu kematian.
Dahlia pergi selepas mengalami komplikasi selepas melahirkan tanda cinta mereka. Satu hari yang sepatutnya membawa seribu keindahan kepada mereka bertukar menjadi satu peristiwa yang sangat menyakitkan.
Hari itu adalah hari yang paling panjang dalam hidupnya. Bermula selepas Subuh apabila Dahlia mengalami kontraksi pertama. Pantas mereka berkejar ke hospital. Belum sempat dia menarik nafas lega apabila Dahlia selamat melahirkan bayi perempuan mereka tepat pada pukul enam petang, dia dikejutkan pula apabila diberitahu keadaan Dahlia yang sedang mengalami “eclampsia”. Dia yang ketika itu baru mengiqamatkan puterinya, bergegas masuk semula ke dalam bilik untuk melihat keadaan Dahlia.
Dia bersama Dahlia sepanjang dua hari arwah bertarung nyawa, namun akhirnya dia mengalah kepada ketentuan Allah. Dahlia menghembuskan nafas terakhirnya. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Dahlia yang manis…yang manja…sahabatnya…kekasihnya… telah pergi menyahut panggilan Ilahi dan meninggalkan dia seorang diri. Dahlia.
Khalish redha dengan ketentuan Allah dan dia mengumpulkan segala semangat serta tenaga yang ada untuk menguruskan urusan terakhir isterinya.
Selepas itu, Khalish menumpukan pula sepenuh perhatiannya kepada puterinya. Kesedihan di hati perlahan-lahan terubat apabila dia melihat si kecil yang comel. Nama yang mereka telah pilih untuk tanda cinta mereka ialah Adriana Husna yang bermaksud Nisbah Yang Baik dan Yang Cantik. Dan Demi Allah Yang Maha Berkuasa, sungguh anak itu menepati maksud nama yang diberi.
Husna seorang anak yang sangat baik. Sangat mudah untuk menjaganya. Husna mewarisi wajah Dahlia yang manis dan sifat Dahlia yang manja.  Atas permintaan kedua orang tuanya, Khalish tinggal bersama mereka semasa Husna masih bayi. Namun setelah umur Husna genap empat tahun, Khalish memutuskan bahawa mereka sudah boleh duduk sendiri. Kini bersama seorang pembantu, Alhamdulillah hidup mereka semakin teratur.  

“Papa,” Sapa si manja.
Yes, Baby,” Jawab si Papa sambil menoleh kepada arah suara itu.
“Papa buat apa tu?” Kelihatan Husna sedang menuju ke arahnya sambil memeluk Mr. Teddy di lengannya.
Reading.” Khalish mengangkat buku di tangan.
But you were not looking at the book, pun? Husna tengok Papa macam termenung saja.” Soal Husna petah.
“Husna dah mandi? Kerja sekolah dah siap? Barang-barang untuk sekolah esok dah siap?” Soalan bertemu soalan.
Yes to all, Papa.”
“Bagus. Macam tulah anak Papa. So sekarang nak buat apa?”
“Hmm.. nak duduk dengan Papalah. Nek Jah belum siap masak jadi kita belum boleh makan.” Jawab Husna sambil tergelak kecil. Dia memang suka makan. Apa lagi kalau Nek Jah yang masak. Hari ini Nek Jah kata dia masak lauk kegemaran Husna. Ayam masak kicap! Yeay!
“Ok. Come. Let’s have a chat. What shall we talk about? Husna nak cerita apa dengan Papa?” Khalish menepuk sofa disebelahnya sambil mengarah Husna untuk duduk dengan matanya.
“Emm..Papa, Auntie Qis tu cantik kan?” Soalan pertama Husna.
“Hmm..” Khalish terkejut apabila mendengar nama itu tiba-tiba keluar dari mulut Husna. Kali terakhir Husna bertemu Qistina ialah seminggu yang lalu, hari dia terlanggar kereta Qistina. 
“Auntie Qis tu baik kan?” Soalan kedua Husna.
“Baik ke?” Khalish memandang Husna sambil membuat muka tak percaya.
“Ya lah. Apalah Papa ni. Itu pun tak tahu.. hehehe” Husna tergelak kecil. Tangannya masih sedap memeluk Mr. Teddy sambil matanya bersinar memandang ke arah Papanya.
“Ye lah agaknya. If you say so, baby.” Petah sungguh. Tak padan dengan usia yang baru saja masuk darjah dua itu. 
Kata Mak Jah, Husna ni jadi petah bercakap sebab teman berbualnya orang dewasa. Hanya Khalish dan Nek Jah serta kedua datuk dan neneknya.
“Hmm Papa, bila kita nak pergi kedai Auntie Qis lagi?  Husna nak pergi beli buku-buku Auntie yang banyak tu. Hari tu masa Auntie bawa Husna tengok buku-buku tu, Husna tak sempat nak baca satu pun sebab dah petang kan? Husna rasa Husna nak duduk dan baca buku kat Junior’s Zone yang cantik tulah.”
“Aik? Sejak bila Husna suka baca buku ni? Bukan ke Husna selalu cakap Papa boring sebab suka membaca?” Ternaik satu kening Papa Husna sambil memandang anaknya.
“Alaaa.. itu dulu.  Itu sebelum Husna kenal Auntie Qis. Sebelum kita ke Cafe Soleil tu.
Cantikkan kedai tu, Papa? Husna suka sangat!”  Muka Husna teruja!
Khalish hanya memandang Husna sambil tersenyum. Memandang Husna amat menenangkan jiwanya. Alhamdulillah, anak ini adalah penyejuk mata dan penyenang jiwa buatnya. Kurnian terbesar dari Allah kepadanya.
Dia teringat kepada satu doa yang pernah diajar oleh ibunya. Ayat 74 dari surah Al Furqan yang berbunyi. “Robbanaa hablanaa min azwajinaa wadzurriyaatinaa qurrota a’yunin waj alnaa lil muttaqiina imaamaa. Yang membawa maksud:Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. Doa ini selalu dititipkan semasa Dahlia mengandungkan Husna.
“Papa, bila kita boleh pergi ke kedai Auntie Qis lagi?” Terbit soalan ketiga dari Husna.
“Tak payah lah pergi selalu. Nanti kita macam menganggu Auntie Qis pula. Dia kan kerja kat situ. Nanti kalau Husna datang, dia tak boleh buat kerja sebab asyik kena layan anak Papa yang seorang ni sahaja.” Usik Khalish sambil mencubit pipi Husna.
Husna sudah menarik muncung. Lama dia merenung Khalish.  Menunggu Papanya memujuk. Khalish hanya membalas renungan anaknya itu. Tiba-tiba mata comel itu seakan berkaca. Panik Khalish sekejap. Tak kan sampai nak menangis?
“Pa..pa...” Suara Husna sudah bergetar.
Khalish panik.  Jarang Husna begini.
“Betul Husna nak pergi?”
Angguk dua kali.
“Ok. Nanti kita pergi.”  Khalish mengalah. Dia sebenarnya tak mahu menyusahkan Qistina. Segan pun ada.
“Bila?” Suara Husna sudah sedikit ceria.
“Kita pergi this weekend, ok? Boleh Husna duduk lama sikit kat kedai Auntie Qis.” Putus Khalish.
Thanks, Papa. I love you!” Husna bangkit memeluk Papanya.
Khalish tersenyum. Dia memerhatikan Husna yang sedang melangkah menuju ke sudut mini library di tepi ruang tamu rumahnya. Kelihatan seperti dia sedang mencari buku untuk dibaca.  Pelik sungguh sebab sebelum ini memang Husna jarang meninjau ke sudut itu. Apapun Khalish memanjat syukur jika sifatnya yang suka membaca diwarisi Husna.
Bercakap mengenai Qistina, Khalish teringat kepada perbualannya dengan Qistina dua hari lepas.
“Assalamualaikum Encik Khalish.” Kedengaran suara di hujung talian. Nombor yang tertera tidak ada di dalam senarai contactnya.
“Waalaikumsalam. Ya saya.”
This is Qistina. Hmm..I am calling about your offer to use your car.
“Oh,  hi Qistina. Yes, sure. But please, just call me Khalish.”
“Err.. ok. So Khalish, nampaknya kereta saya tu kena masuk bengkel lebih dari tiga hari. Ben kata at least seminggu sebab dia tengah ada banyak kereta di bengkel.  Hence I think I need to take you up on your offer sebab lusa saya ada urusan di Melaka.” Terang Qistina di hujung talian.
I see. Ok. Tak ada masalah.  You still have my card, right?” Manalah tahu kalau Qistina dah terbuang atau tercicir kad yang diberi.
Yes.”
In that case, can we meet at my office tomorrow morning? Say at eleven?
Sure. I will see you then.”
“Ok, InsyaAllah.”
“Hmm.. Khalish?”
Yes?”
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”

Teringat juga pertemuannya dengan Qistina semalam.
“Err.. this is your other car?” Qistina berkerut memandang kepada kereta hitam berkilat di hadapannya itu.
Yes. Kenapa?” Khalish memandang Qistina. Sedikit hairan melihat riak muka Qistina.
“Ermm.. This is a bit too fancy for me to drive.” Jawab Qistina sambil tertawa kecil.
It is just a car, Qistina.” Balas Khalish sambil memberi kunci kereta kepada Qistina. 





Bab 6

One of the most beautiful qualities of true friendship is to understand and to be understood – Lucius Annaeus Seneca

“Mak ai.. Kereta siapa kau curi ni?” Soal Ira sebaik saja dia melangkah turun dari kereta pinjamnya itu.
“Kereta mamat yang langgar aku hari tu.”
“Mak ai.. kaya mamat tu ya?”
“Agaknya lah.”
“Mak ai. Percaya dia kat kau ya?”
“Eh.. berapa banyak ‘mak ai’ lah kau ni, nenek kebayan?” Qistina dah tertawa kecil.
Ira menggaru kepalanya yang sedikit gatal.  Jarang atau hampir tak pernah dia mendengar tentang orang yang meminjamkan kereta mewah mereka kepada seseorang yang baru mereka jumpa dua tiga kali. Pelik sungguh!
“Audi Q5 ni babe. Bak sini kunci, aku nak test drive satu round.”
“Banyak lah kau punya satu round. Tak payah. Aku pun risau nak ambil tadi sebenarnya. Yalah kalau apa-apa jadi, mahu kita kena jual Soleil agaknya kalau disuruh bayar kan? Tapi mamat tu, selamba kasi. Jadi aku pun malaslah nak cakap banyak lagi. Lelaki bukan suka kalau kita banyak songeh, right? So aku ambil saja la. Nama pun pinjam. Bukan dapat terus.” Qistina tersengih.
“Eh, mamat ni bujang ke? Handsome tak? Ada tak ciri-ciri untuk kau buat suami? Kalau dia single and available, aku memang sokong kau seratus peratus kalau kau nak cuba pikat dia.”
“Amboi banyaknya soalan kau ya, nenek kebayan.”
Ira menyengih sampai ke telinga sambil berdoa di dalam hati untuk kebahagiaan sahabatnya itu.
“Tak menjawab soalan nampaknya?” Kening diangkat dua kali.
Qistina menyandarkan dirinya ke kereta hitam yang berkilat itu.
“Hmm.. Yang aku tahu, dia bukan bujang sebab dia ada anak perempuan yang sangat comel. Kami dah berjumpa dua kali tapi kedua-dua kalinya tanpa isterinya.  Handsome? Handsomelah juga. Sedaplah mata memandang.  Pikat? Kau demam ke apa? Kena dia suami orang, teruk nanti aku kena serang wife dia wei. Tak adanya aku nak ambil hak orang.”
“Hehehe.. aku faham. Aku pun tak bagi kau ambil hak orang.  Kalau dia solo and available jer baru aku sokong kau. Tapikan, aku harap-harap dia solo.”
“Macam-macam lah kau ni, nenek kebayan. Dahlah jom masuk.”

Bismillah. Subhanallazi sakhorolana  ha  zha  wama  kunna lahu mukriniin. Wainna ila rabbina lamungqolibuun.. Maha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan sebelum ini kami tidak menguasainya, dan kepada Allah kami kembali.
Doa naik kenderaan dibaca perlahan.
Qistina memulakan perjalanannya ke Melaka selepas solat Subuh tadi. Rancangannya biar cepat sampai, cepat berjumpa Uncle Rahim untuk mengambil beberapa buku ‘antik’ dan cepat dia boleh pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum rush-hour traffic bermula.
Tadi sebelum dia bertolak, dia menghantar satu sms kepada tuan punya kereta.  Terasa seperti satu obligation pula memandangkan dia sedang memandu kereta Khalish.
[Assalamualaikum. Saya nak bertolak ke Melaka ni. Doakan ‘kami’ selamat. – Qistina]
Beberapa minit kemudian, sms dari Khalish diterima.
[Waalaikumsalam. InsyaAllah selamat. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. – Khalish]
[Husna says Hi Auntie! – Khalish]
Qistina tersenyum membaca sms kedua itu.  Awal budak comel tu dah bangun rupanya. 

Setibanya di Bandar Melaka, sudah pukul lapan pagi. Dia terus menuju ke kedai Uncle Rahim di Pekan Klebang. Tiba sahaja di hadapan kedai buku tersebut, kelihatan lelaki itu sudah menantinya.
“Assalamualaikum Qis.”
“Waalaikumsalam. La Uncle ni, patutnya Qis yang bagi salam. Laju saja.” Usik Qistina sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Qis dah sarapan? Kalau belum, jom kita pergi kedai sebelah. Uncle lapar ni. Kita pekena roti canai ke, lontong ke, nasi lemak ke?”
“Boleh juga Uncle. Qis pun lapar. Tadi lepas Subuh terus bertolak.”
“Molek lah tu.. Jom kita.” Uncle Rahim sudah memulakan langkahnya.
“So, Qis rasa ada pasaran ke untuk buku-buku antik Uncle ni di KL?” Soal Uncle Rahim sambil meniup air kopi O nya. Dia memang dah lama terlibat dalam pengumpulan buku-buku lama. Koleksinya yang paling lama adalah koleksi Peranakan Melayu yang dicetak pada tahun 1892.
“InsyaAllah ada Uncle. Qis dah buat survey kat Facebook page kedai Qis tu. Ada beberapa ardent readers yang berminat. Tu yang Qis cari Uncle ni. You are my trusted supplier when it comes to these kind of books. Kita cuba bawa sedikit dulu untuk test the market.  Kalau ada yang berminat, Qis akan mulakan satu sudut khas untuk ‘Classic or Antique Books” dan kita boleh tambah stok.”
“Bertambah maju nampaknya kedai Qis ya? Alhamdulillah. Dah masuk dua tahunkan kedai tu?”
“Alhamdulillah. Ya, tahun ni tahun kedua. Tapi kedai kecil macam kami perlu kreatif dalam membuat marketing, Uncle. Kami perlu kerja lebih kuat berbanding kedai-kedai buku yang berkonsep chain stores.  Apatah lagi, sekarang ni pun semakin banyak local publishing house yang sudah mula menjual buku-buku terbitan mereka online secara terus kepada pelanggan. Bertambahlah saingan buat kami yang sekecil ikan bilis ini. Tapi Alhamdulillah sebab kami banyak aturkan events di Soleil, maka pelanggan kami semakin ramai dan ramai juga yang dah jadi loyal customers.“
“Baguslah kalau kamu pandai ‘diversify’kan cara-cara untuk memajukan kedai kamu tu. Uncle doakan semoga kamu success selalu.”
“Terima kasih, Uncle.”
“Tapi Qis, success kedai satu. Itu belum cukup lengkap. Qis ni bila nak tamatkan zaman bujang dan mulakan fasa baru dalam hidup? Uncle tengok kamu ni semua dah ada. Dah lengkap kecuali yang satu tu.”
“Yang itu, di luar kawalan Qis la Uncle. Itu rancangan Dia. Qis ikut ajer.” Jawab Qistina sambil tersenyum dan kembali menikmati sarapan nasi lemaknya.

 [‘Kami’ – dah selamat sampai – Qistina] 
SMS dihantar kepada Khalish sebaik dia tiba di hadapan Soleil. Saja dia memberi laporan mana tahu lelaki itu risaukan keretanya.
[Alhamdulillah.  Laporan diterima. – Khalish]
‘Hmm.. terasa macam polis pula’ bisik hati Qistina.
Qistina melangkah masuk ke kedainya. Diperhatikan sekeliling. Kelihatan seperti ada satu Book Club Circle sedang bersidang.  Sebenarnya ada beberapa Book Club Circle yang menjadikan Soleil sebagai ‘markas’ mereka. Mungin sebab ada satu bilik khas di Soleil yang disediakan khas untuk tujuan itu. Hari untuk mereka bersidang pun sudah ada jadualnya.  Sengaja diatur begitu supaya semua kumpulan akan dapat menggunakan kemudahan yang disediakan. 
Ramai juga ahli Book Club yang satu ni. Diperhatikan sambil dia mengira.
‘Hmm.. ada dalam lima belas orang.’ Agaknya semua suri rumahtangga. Dia tersenyum sendiri. Seronok juga kalau dapat duduk-duduk sambil minum kopi, makan pastri dan berbincang mengenai sesebuah buku.
Dia melangkah menuju ke pejabat kecilnya. Namun langkah Qistina terhenti di pintu apabila melihat ada sejambak bunga di atas mejanya. Jambangan itu ditenung lama.
‘Siapa punya?’ Hari itu bukan hari jadinya. Dia mengangkat jambangan bunga itu dan membelek untuk mencari jika ada kad yang terselit di situ.
Thinking of you today. Hope all is well. – Aidil”
Berderau darahnya membaca nama itu. Kenapa tiba-tiba Aidil menghantar bunga kepadanya? Selama mereka berkawan tak pernah sekali dia diberi bunga.  Berkerut dahi Qistina memerhatikan jambangan bunga matahari itu. Perlukah dia menelefon Aidil untuk  mengucapkan terima kasih?
When was the last time we spoke?’ soal Qistina di dalam hati. Walaupun dia tidak berapa ingat bila kali terakhir mereka berbual, namun isi perbualan itu masih terpahat di fikirannya.
I am getting married.” Aidil dengan ceria memulakan bicara.
Sungguh Qistina terkejut mendengar berita itu. Nasib baik perbualan mereka melalui telefon.  Maka Aidil tidak dapat melihat riak terperanjatnya.
You are the first amongst our friends to know.”
Patutkah Qistina berbangga dengan penyataan itu?
Will you come to my nikah?”
Qistina diam lama. Dia cuba mencari kata-kata. Mengumpul semangat. Memperlahankan degupan jantungnya. Menahan kesakitan di hatinya. Aidil dihujung talian kedengaran sangat gembira. Maka dia juga harus tumpang gembira.
“Qis?”
Congratulations! I am so happy for you. Where and when is the nikah?”
“Kota Bahru. 27 Disember.”
“Mak ai, jauhnya awak.”
“Hehe..  dah jodoh saya, awak.” Suara lelaki itu kedengaran sangat bahagia.
“Kenapa selama ni awak tak pernah cerita pun?” Soal Qistina.
Yang Qistina sedar ialah sejak beberapa bulan yang lepas, Aidil sudah jarang menghubunginya. Tiada lagi panggilan harian diterima dari lelaki itu. Mungkin ketika itu Aidil sudah punya teman untuk mendengar celotehnya dan dia sudah tidak lagi diperlukan.
“Ala.. saya segan lah awak. Selagi tak official, I don’t want to jinx it,” alasan yang diberi.
“Awak datang ya?” Pujuk Aidil.
“Hmm.. tak kot. Jauhlah awak.”
“Sampai hati.” Ada kecewa di sebalik suara itu.
Sampai hati? Maaf Aidil. Hatinya sudah cukup sebak. Qistina tahu dia tak kuat untuk menjadi saksi di kala Aidil bernikah. Sungguh dia tak kuat. Namun dia tetap akan menitipkan doa kepada Yang Maha Esa semoga Aidil berbahagia selalu dan perkahwinan itu akan kekal sehingga ke Jannah. Tetapi untuk berada di situ, dia tidak kuat.

“Wah.. ada bunga. It’s not your birthday kan, Cik Qis?” Soal Ady, salah seorang pekerjanya.
“Hmm.. Nope,” Qistina duduk sambil membuat stretching leher. Tiba-tiba terasa lenguh.
Boyfriend kasi ke Cik Qis? Kalau ya, kenalkanlah dengan kami.” Ady tersengih.
“Banyak lah hal kamu ni Ady. Ni ada apa cari saya petang-petang ni? Kerja ok? Ada unhappy customers tak today?”
“Hmm.. Alhamdulillah hari ni tak ada, Cik Qis. Semua ok. Ni, saya nak bagi senarai online orders kita minggu ini untuk Cik Qis semak. Esok saya akan proses semua.” Memang  job scope Ady untuk menjaga semua online orders Soleil.
“Oh, ok. Terima kasih, Ady.”
“Sama-sama. Saya keluar dulu.”
Qistina mengangguk sambil matanya kembali merenung jambangan bunga matahari di atas mejanya.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget