Bab 1
I
wish I am a kite.. Flying freely in the open sky
“Kau
nak ke mana tu?” Tegur Ira rakan serumahnya.
“Road Trip. I need a break.” Jawab
Qistina ringkas sambil mula bergerak ke arah pintu rumah.
Ira
yang dia kenali semenjak zaman universiti dan yang kini sudah empat tahun
menjadi teman serumahnya hanya mengangguk apabila mendengar jawapan Qistina walaupun
dia tak tahu Qistina nampak anggukkannya itu atau tidak.
‘Ini
mesti kes jiwa kacau ni.’ Ira berkata dalam hati. Patutlah sehari dua ini dia
perhatikan sahabatnya itu banyak termenung jauh. Entah apalah pula yang
bersawang di kepalanya itu.
Walaupun mereka berkawan baik, Qistina memang
tidak pandai untuk berkongsi masalah dengannya. Dia lebih suka menyelesaikannya
sendiri. Ira yang sudah cukup faham akan perangai Qistina itu tidak banyak
bertanya. Mereka pun bukan budak-budak lagi. Masing-masing sudah cukup matang.
“Berapa
lama kau nak pergi ni?” Ira menyoal.
“Boring
nanti aku baliklah.” Jawab Qistina sambil tersenyum.
“Soleil macam mana?” Soal Ira lagi.
“Kaukan
ada? Kau tolong manage ya?” Qistina
meletakkan kedua tangan di bawah dagunya, sambil mengelipkan matanya.
“Comel
la sangat tu kan? Kau tu memang. Suka buat benda tiba-tiba.” Marah Ira.
Qistina
mencebikkan bibirnya.
“Ala..
aku tahu kau ada. Itu yang aku tak risau tu. Kau boleh uruskan Soleil dengan sebelah mata aja.” Pujuk
Qistina.
“Hmm..Pandailah
kau tu. Dia nak berjalan bukan nak ajak kita.” Ira pula mencebik bibir.
“Laa,
kalau aku ajak kau, maknanya kita kena tutup Soleil tu pulak nanti and we
can’t afford that. At least for another 2 years, kita tak boleh suka-suka nak
tutup kedai. Kan dah janji?”
“Hmm.. Ya lah aku tahu. So, anything outstanding? Ada event bookings yang belum diconfirmkan
? Are we expecting any book
deliveries?” Ira memang Ms Organiser.
Dia tak suka surprises.
“Hmmm...
tak ada. Everything is in order, at least
until next week, and I will be back by then, InsyaAllah.” Qistina pula Ms. Organiser kuasa dua! Dia lagi lah
pantang. Sebab itu mereka sahabat dunia akhirat.
“Ok,
hati-hati memandu, jaga diri, jaga makan, jaga solat. Call aku kalau ada
apa-apa.” Panjang lebar nasihat Ira.
“Baiklah,
nenek kebayan.” Bertambah lebar senyuman di wajah Qistina. Betapa sayangnya dia pada sahabat dia
yang seorang ni. Ira dipeluknya erat.
“Aku
jalan dulu. Assalamualaikum.” Qistina memberi salam sambil melangkah keluar menuju
ke kereta Vios merahnya.
“Qis,”
Seru Ira dari pintu utama.
“Ya?”
Qistina menoleh.
“Ingat, surah Al Baqarah ayat 286; Allah
tidak membebankan seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya.” Ira sekadar mengingatkan sambil
tersenyum. Harapannya semoga ayat itu dapat memberi Qistina kekuatan dan
ketenangan.
Qistina mengangguk sambil
membalas senyuman sahabatnya itu.
“Thanks.” Jawab Qistina sambil melangkah
masuk ke kereta.
Qistina
duduk diam memerhatikan layang-layang yang bagaikan sedang menari di langit nan
biru. Deruan angin sepoi-sepoi
bahasa di pantai Cherating itu menambahkan lagi lenggokkan lemah gemalai si
layang-layang. Lepas bebas di
angkasa. Bahagia sungguh kelihatannya.
‘Alangkah
seronoknya jika dapat terbang bebas seperti itu.’ Betapa Qistina mencemburui
kebebasan layang-layang itu.
Pandangannya
kemudian dibawa ke arah pantai. Riuh kedengaran suara anak-anak yang sedang mengemudi
layang-layang. Memandangkan ketika
itu musim cuti sekolah maka ramailah ibu bapa yang mengambil peluang untuk
membawa anak-anak datang bercuti di sini.
Laut
lepas di hadapannya juga dipandang dengan penuh ketenangan. SubhanAllah, memang dia sangat suka
melihat laut. Satu ciptaan Allah yang sangat mendamaikan hatinya.
Kini,
sudah dua hari dia berada di situ.
Selesai urusan daftar masuk di chalet pilihannya, dia terus
menghabiskan masanya di pantai. Kalau waktu pagi, dia akan membaca novel,
tengahari matanya tertumpu ke iPadnya dan di kala petang hari, dia membaca
tafsir Qurannya. Itu menjadi
rutinnya semenjak dia di situ .
Makannya hanya di kala dia terasa lapar. Makan bukanlah agenda utama
jika dia keluar bersendirian begini.
Sedang
dia leka membaca novel di tangan, tiba-tiba dia terasa seperti ada yang
menolaknya dari belakang.
“Oops! Sorry!” Kedengaran satu suara kecil.
Qistina
menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang menolaknya. Biarpun sebenarnya
tolakan itu tidaklah sekuat mana, tapi terlepaslah juga novel yang sedang
dibaca dari pegangan.
Tersenyum
Qistina melihat empunya suara itu. Comel sungguh gerangannya. Sesuai sangat dengan
suara. Berambut panjang diikat tocang dua, bermata bulat dan berkulit putih
gebu. Umur pula agaknya dalam lingkungan tujuh tahun.
“It’s ok. Tak sengajakan?” Soal Qistina
sambil menguntum senyuman buat si kecil.
“Tak.
Husna memang tak sengaja. Husna nak kejar rama-rama tu...” Terjuih bibir Husna
ke arah rama-rama yang telah hilang entah ke mana.
“Oh...
mengejar rama-rama rupanya.” Mata Qistina juga mencari rama-rama yang sedang dikejar
Husna. Ternyata rama-rama itu sudah hilang dari jangkauan mata mereka.
“Eh, Husna ke pantai dengan siapa ni?” Dia
bertanya sambil kepalanya menoleh ke kanan dan ke kiri.
Dia cuma
nampak Husna ini keseorangan. Takkan budak ni seorang diri dekat tepi pantai sebegini?
Dari gaya pakaian Husna, dia macam bukan budak-budak dari kampung ini. Baju
gaun labuh berwarna hijau berbunga kecil itu membuat dia bertambah comel.
“Husna dengan
Papa. Tuuu, dia ada kat chalet tu...”
Terjuih lagi bibirnya.
Kepala Qistina
menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Husna itu. Chalet yang hanya terletak selang enam buah dari chaletnya sendiri. Kelihatan seorang lelaki sedang leka membaca
di beranda. Tetapi lelaki itu
mengangkat mukanya seketika seakan menyedari bahawa ada mata yang sedang
memandangnya. Dia melambai Husna dan Husna membalas lambaian itu dengan penuh
semangat sambil tersenyum lebar.
“Itu Papa.”
Kata Husna dan Qistina sekadar menganguk.
Dia
ingin menyambung bacaannya tapi Husna seakan tidak bergerak dari situ. Husna
memandang tepat ke wajah Qistina. Ditenungnya lama. Kemudian terbit satu senyuman
yang sangat manis dari bibir si kecil ni.
‘Hmmm...takkan
nak shoosh dia? Tak baik la pula
kan?’ Qistina berbisik di dalam hati.
“Auntie, are you alone?” Soal si kecil.
“Yes.”
“Auntie
dah berapa hari kat sini?”
“Dua.,”
“Husna pula
dah berapa hari kat sini?”
“Hmm..
kami baru sampai semalam. Kami dari KL. Auntie dari mana?”
“Auntie
pun dari KL juga.”
“Auntie
bercuti ke?”
“Ar
ar.”
“Oooo…
sama macam Husna. Husna cuti sekolah sebab tu Papa bawa Husna datang sini.”
Qistina
mendengar dan mengangguk tanda faham. Petah sungguh si Husna ni.
“Hmm...
Auntie pun macam Papa suka reading.”
“Oh ya?
Reading is a good habit.”
“Husna
tak suka membaca.. macam boooooring
jer.”
Qistina
tergelak kecil.. alahai budak ini.
“Auntie
dah breakfast?”
“Belum.”
“Eh, kenapa
belum? Tak elok tau kalau skip breakfast.
Papa kata it is not good for you.”
“And your Papa is right.” Qistina tersenyum lagi. Novelnya
ditutup dan diletak ke tepi. Macam tak ada harapan nak membaca dah nampaknya.
“Husna breakfast apa tadi?” Seronok pula
rasanya bila ada rakan berbual.
“Cereals with chocolate milk. Yummy!” Ceria sungguh dia bercerita.
“Auntie
nak tak? Husna boleh ambilkan. Kat chalet
kita orang ada banyak cereals. Ada
Cocoa Crunch, ada Corn Flakes, ada Honey Star. Boleh makan with chocolate or strawberry milk. Auntie nak?”
“It’s ok. Thank you but Auntie belum lapar,” Jawab Qistina sambil tersenyum.
Husna
diam seketika. Matanya memandang laut lepas di hadapan mereka.
“Hmm.. Auntie
suka laut tak?” Soalan seterusnya dari Husna.
“Suka.”
“Husna
pun suka. Kalau dapat mandi laut, lagi Husna suka!” Bersinar mata bulat Husna.
“Kenapa
tak pergi mandi laut?” Qistina menyoal.
“Ala...
Papa suruh tunggu dia. Dia kata dia kena siapkan kerja dia dulu. Tak best la Papa ni. Cuti-cuti pun dia bawa
kerja dia.” Keluh Husna.
Qistina
tersenyum lagi. Patuhnya Husna menunggu Papanya walau nampak jelas di mata Husna
yang dia sudah tidak sabar ingin mandi laut.
Tiba-tiba
Qistina terdengar satu suara garau sedang berdeham. Pantas Qistina menoleh ke
belakang. Pantas juga dia membetulkan tudungnya yang entah sudah bagaimana rupa
dek ditiup oleh angin.
“Papa!”
Husna sudah tersengih memandang lelaki itu.
“Husna
ganggu Auntie ya?” Papa Husna bersuara sambil matanya memandang Husna dan
kemudian beralih ke Qistina sambil tersenyum dan mengangguk kepala. Ada maaf di
sebalik pandangan matanya.
“Tak ada
lah. Mana ada? Err.. Husna tak ganggu Auntie kan?” Polos muka Husna bertanya.
Qistina
menggeleng sambil tersenyum untuk membalas senyuman yang diberi.
“Ok.
Cukuplah tu. Say good bye to Auntie and lets
go” Papa Husna bersuara lagi.
“Alaa....
Husna nak cakap-cakap dengan Auntie
lagi. She’s pretty kan, Papa?”
Alahai
Husna. Serta merta darah menyerbu
pipi Qistina.
“Husna.”
Papa Husna dah berbunyi tegas.
Husna
buat muka kasihan. Qistina tersenyum memandang
wajah comel itu. Dia terperanjat bila Husna tiba-tiba datang untuk bersalam
dengannya. Dia lagi terperanjat bila Husna tiba-tiba memeluknya! Mata Qistina
membulat kerana terkejut tetapi tangannya naik juga mengusap lembut rambut Husna.
“Bye Auntie. Assalamualaikum. I pray that I get to see you again.” Bicara
akhir Husna sambil dia memeluk Qistina.
Dia berlalu selepas pelukan itu terlerai.
Hati
Qistina sedikit terusik mendengar doa Husna. Kepetahan dan sifat manja Husna
menambat hatinya yang memang suka dengan berdampingan dengan kanak-kanak.
“I am sorry if she was disturbing you. ” Papa
Husna memohon maaf.
Qistina
menoleh memandang Papa Husna.
“No. Don’t worry. She was not. Your daughter
is such an angel.” Balas Qistina.
“That, she is. Assalamualaikum.” Papa
Husna mengangguk tanda setuju lalu mengatur langkah menuruti anaknya.
Mata
Qistina mengikuti sebentar langkah kedua beranak itu.
Keesokkan
paginya, sekali lagi dia terserempak dengan si kecil itu. Dia yang sedang
bersarapan di hadapan kolam renang bersama novel di tangan, tiba-tiba terdengar
satu suara yang seakan memanggilnya.
“Auntie!
Auntie!”
Suara itu
bagaikan pernah didengar lalu dia mengangkat muka dari bacaannya. Qistina terus
tersenyum apabila dia melihat tuan punya suara yang sedang berenang dengan
pelampung di dalam kolam renang. Husna sedang berenang menuju ke tebing tepi
kolam yang paling hampir dengan tempat duduknya. Qistina melambai Husna dan lambaian
itu dibalas penuh teruja oleh si comel.
“Assalamualaikum
and good morning Husna.” Ucap Qistina
bila Husna sudah tiba di tebing.
“Waalaikumsalam.
Good morning Auntie.” Husna sudah menompangkan kedua tangannya
di tepi kolam mandi.
“Auntie
tak mandi?” Soal Husna.
Qistina
menggeleng.
“Kenapa?
Best pool ni. Jomlah Auntie.”
Qistina
menggeleng lagi.
“Auntie
nak membaca. Husna enjoy yourself ya?” Novel di tangan dinaikkan
sedikit supaya Husna nampak.
“Auntie
baca buku apa tu? Buku semalam ya?”
“Ya.
Buku yang sama.” Buku yang terbantut bacaannya akibat pertemuannya dengan Husna
semalam.
“Ooo….
Hmm.. Auntie dah pernah mandi pool
tak? Best tau Auntie”
Sekali
lagi Qistina terpaksa menutup buku di tangan. Buku itu diletakkan di atas meja.
“Mana
lagi seronok, mandi pantai or mandi kat pool?”
Soalnya kepada Husna.
“Hmm….”
Rupa
Husna yang sedang berfikir itu mengalahkan muka tuan hakim ketika menjatuhkan
hukuman. Qistina menahan gelak.
“Hmm…
dua-dua best kot!” Husna menjawab
dengan sengihan lebar.
‘Ya
Allah, comel sungguh budak ni’ detik hati Qistina.
“Kalau
kena pilih? Yang mana Husna pilih?” Saja dia mengusik Husna.
“Emm…
kalau kena pilih…. Hmm…. Husna pilih pool.”
“Kenapa?”
Soal Qistina lagi. Sengaja mahu menguji Husna.
“Sebab
air dalam pool biru. Nampak bersih
tapi air laut selalu warna coklat. Macam tak bersih!”
Qistina
sudah tertawa kecil apabila mendengar jawapan Husna. Dia menggeleng kepalanya.
Husna bukan saja petah bercakap tapi pandai juga berfikir. Cara dia berfikir
tak serupa dengan kebanyakkan kanak-kanak yang sebaya dengannya.
“Hmm..
Husna datang seorang ke?”
Dia tak
nampak orang lain di dalam pool.
“Tak.
Dengan Papa. Tadi Husna berenang dengan Papa tapi dia baru saja naik. Tu dia
kat kerusi tu.”
Mata
Qistina mengikut jari telunjuk Husna. Papa Husna yang tidak berbaju dan
berseluar paras lutut itu rupanya sedang memerhati mereka. Entah sejak bila,
Qistina tak pasti. Yang pasti, pipinya sudah merasa panas apabila melihat apa
yang disajikan di seberang kolam itu!
Kali ketiga
Qistina berjumpa Husna adalah apabila mereka sama-sama menguruskan daftar
keluar. Dia yang ketika itu sedang membuat pembayaran, tiba-tiba terasa bajunya
ditarik dari tepi.
“Auntie!”
“Oh, hi
Husna”
“Auntie
pun nak balik?”
“Ar ar.
Husna pun?”
Husna
mengangguk laju.
“Auntie,
Husna harap sangat yang Husna akan dapat jumpa Auntie lagi.”
Sebak sekejap
hati Qistina mendengarkannya. Qistina memang lemah kalau masuk bab saying goodbyes ni. Jangan dia pula yang menangis sudah.
Dia merendahkan diri untuk memeluk si kecil. Sungguh anak ini dirasakan sangat
istimewa walaupun baru beberapa kali saja mereka bertemu.
“Husna”
Terdengar suara Papa Husna.
“Yes, Papa?”
“Shall we?”
“Ok.
Hmm.. Auntie, Husna balik dulu ya?”
Qistina
mengangguk dan berdiri kembali. Pandangannya beralih kepada Papa Husna.
“Balik
KL?” Soal Papa Husna kepadanya.
“Ya
tapi saya nak singgah Pekan dulu.” Jawabnya.
“Ok then. Drive safe.”
“You too.” Sama-sama mengangguk dan
sama-sama bertukar senyuman.
Bab 2
A woman has got to love a bad man once or
twice in her life to be thankful for a good one - Mae West
Sebelum pulang
ke Kuala Lumpur, Qistina singgah ke kampung untuk melawat Umminya. Sudah beberapa bulan rasanya dia tidak
berpeluang untuk pulang ke kampung kerana dia sibuk dengan urusannya di Café Soleil.
“Qis termenung fikirkan apa tu?” Soal Puan
Maryam sambil memandang Qistina yang sedang berdiri di tepi tingkap. Renungan
anaknya itu jauh seolah tidak bertepi.
“Tak ada apa-apalah Ummi. Lama tak balik. Lama tak melihat bendang
yang luas menghijau ni. Rindu pula.” Jawab Qistina sambil tersenyum.
“Itu lah, siapa suruh kamu jarang balik? Sibuk
benar ke kat Cafe tu sampai berbulan dah kamu tak menjenguk Ummi kat sini? Kesian kita duduk sorang
sorang kat sini tau.” Usik Puan Maryam.
Perkataan ‘kesian’ tu ditekankan
sedikit. Saja ingin mengusik anaknya.
Qistina menoleh memandang Umminya yang sedang menarik
muka ala-ala merajuk. Dia terus melangkah
ke arah sofa untuk duduk di sebelah Umminya.
“Minta maaf Ummi. Qis memang sibuk sikit
kebelakangan ini. Tak menang tangan kadang-kadang. Soleil perlukan footing
yang kukuh supaya dia dapat bertahan lama. Jadi kami kena buat branding, marketing campaigns and promotions. Tapi sebelum boleh buat semua itu, kami
perlu buat market research dan faham market conditions dulu. Kami kena tahu
apa yang pelanggan mahu supaya menjadi kempen-kempen kami nanti. Lepas tu, Qis
kena pastikan juga kebajikan budak-budak yang berkerja kat Café itu terjaga.
Bukan senang nak jaga budak-budak muda sekarang ni, Ummi. Boleh migraine Qis dibuatnya.” Panjang lebar keterangan Qistina.
Harapannya semoga Ummi faham keadaannya. Bukan dia sengaja
untuk tidak pulang. Hari-harinya di Soleil
memang panjang.
“Hmm.. banyak juga rupanya kamu kena buat untuk
kedai kamu itu ya? Kesian anak Ummi sorang ni. Mesti penat kamu kan?” Puan Maryam
memegang sambil membelai perlahan tangan anak tunggalnya.
Qistina melentokkan kepala ke bahu Umminya.
Kerana lelahlah dia mengambil keputusan untuk bercuti. Rasanya sudah enam bulan
dia bekerja tanpa henti.
“Ummi tolong doakan semoga Allah murahkan
rezeki kami, ya?”
“Hari-hari Ummi doakan untuk anak Ummi yang
satu ni.” Ujar Puan Maryam. Sejak suaminya meninggal lima belas tahun lalu,
hanya Qistina tempat dia bergantung kasih. Alhamdulillah anaknya itu sentiasa
dekat dengannya. Walaupun mereka tidak tinggal bersama, Qistina akan
menelefonnya setiap hari. Itu amalan Qistina sejak dari zaman dia di
universiti. Biar pun hanya untuk seminit, dia pasti akan menelefon untuk
bertanya khabar.
“Terima kasih Ummi,” Tangan Umminya dicium.
“Jomlah Ummi duduk dengan kita kat KL.” Entah
berapa kali Qistina sudah memancing Umminya untuk tinggal bersamanya.
Puan Maryam sekadar tersenyum.
“Kalau Ummi ada, sekurang-kurangnya ada orang
teman Qis kat sana.” Qistina membuat nada kesian.
“Ummi sibuk.” Jawab Puan Maryam sambil tersengih.
“Ya lah kan? Ummi Qis ni sibuklah selalu. Sentiasa sibuk dengan geng suraulah,
geng marhabanlah, geng drama minggu inilah, geng novellah, geng ahli mesyuarat
tingkaplah. Sibuk mengalahkan isteri Perdana Menteri. Dengan Qis pun kalah
rasanya.” Usik Qistina.
“Eh, kamu balik ni, ada bawa novel-novel
terbaru untuk Ummi tak?”
“Mestilah
ada. Kalau tak bawa, mahu kena leter sampai esok dengan Puan Maryam.”
Mengekek Puan Maryam ketawa.
“Qis, kita ni bila tinggal seorang diri, kita kenalah
pandai menyibukkan diri untuk hilangkan rasa sunyi.”
Qistina terdiam. Dia merenung sebentar wajah Umminya.
Arwah ayahnya sudah lima belas tahun pergi meninggalkan mereka dan selama
itulah Umminya duduk sendirian di rumah ini. Dia pasti Ummi tidak mahu
mengikutnya kerana sayangkan rumah yang banyak menyimpan kenangan manis mereka suami
isteri. Sejak Qistina membeli rumahnya sendiri di Kuala Lumpur, puas sudah dia
mengajak Umminya untuk tinggal bersama. Namun Umminya tetap enggan dan dia tidak
mahu memaksa.
Tapi Qistina bersetuju dengan apa yang baru
dikatakan oleh Umminya tadi. Dia pun begitu. Menyibukkan dirinya supaya
kesepian yang sering dia rasai kebelakangan ini tidak terlalu menyempitkan
fikirannya. Entah kenapa, dia merasakan seperti dirinya tidak lengkap.
Tiba-tiba dia rasakan bagaikan dia keseorangan walaupun ketika dia sentiasa dikelilingi
oleh sahabat-sahabat serta pekerja-pekerjanya.
“Dah.. dia termenung lagi!” Puan Maryam menepuk
paha Qistina yang dilihatnya sudah ‘tiada’ di sisinya.
Qistina tersenyum lagi. Dia segera menukar posisi. Dia baring dan meletakkan kepala ke peha
Puan Maryam.
Puan Maryam hanya menggeleng melihat gelagat
anak daranya itu.
“Hmm.. Minggu lepas Makcik Leha bertanyakan
pasal Qis lagi. Si Akmal tu masih
menunggu kamu agaknya. Selang beberapa
bulan, pasti soalan yang sama diutarakannya. Kadang-kadang kesian pula Ummi
tengok Akmal tu. Menunggu kamu dari dulu lagi.” Puan Maryam mengelus lembut rambut Qistina.
“Ummi ni bukan apa. Ummi risau. Kamu tu bukan
muda lagi. Ummi ni pun sudah merangkak senja. Sebelah kaki dah masuk dalam,
kata orang. Ummi nak jugalah tengok anak Ummi ni berkeluarga. Bahagia dengan suami
tercinta sebelum Ummi ‘pergi’.” Sambung Puan Maryam lagi. Ada nada sayu
dihujung ayatnya.
Qistina mengeluh perlahan. Lelah rasanya Qistina
mendengar kata-kata Ummi itu. Sudah acap kali persoalan itu ditimbulkan. Namun
apakan daya, urusan jodoh hanya DIA yang tahu.
“Ummi..” Tangan Ummi digenggamnya.
“Pertamanya, Akmal tu bukan jodoh Qis. Bukan
Qis tak cuba tapi chemistry antara kami
tak kena. Arah dan tujuan hidup kami tak sama dan tak sehaluan. Ummi pun
tahukan yang Qis pernah beberapa kali keluar dengan Akmal?,” Qistina mendongak
memandang Umminya.
Puan Maryam mengangguk.
“Kami sudah pun berbincang mengenai perkara ni
dan Akmal juga sedar dan dia boleh menerima hakikat ini. Kami dah besar Ummi.
Kami tahu perasaan kasih dan cinta itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Qis
rasa cuma Makcik Leha tu saja yang masih mengharap bukan Akmal.” Qistina terus memandang Umminya sambil
memanjatkan doa semoga Umminya itu memahami situasinya.
“Habis hati kamu masih pada Aidil?” Soal Puan
Maryam pula.
Qistina melepaskan nafas yang panjang. Dia kembali
duduk sambil membetulkan rambutnya.
“Sampai bila? Dia tu dah berkeluarga pun
sekarangkan? Qis masih mengharapkan dia ke? Kalau selama lima tahun dia tidak
pernah berkata apa-apa kepada Qis, apa lagi yang Qis nak harapkan? Qis sendiri
kata tadi yang kasih dan cinta tidak boleh dipaksakan?” Bertubi-tubi soalan
Puan Maryam.
Sungguh dia kadang-kadang buntu memikirkan Qistina yang seakan
menaikkan satu tembok yang besar di hatinya untuk menolak semua orang dari mendekati
hatinya kecuali Aidil.
Qistina menunduk diam. Fikirannya melayang
mengenangkan Aidil. Sudah lama nama itu tidak terbit di mindanya. Dia sendiri sebenarnya
sudah redha dengan ketentuan dan aturan Allah. Dia berpegang kepada kata-kata Allah
di surah Al Baqarah ayat 216 yang membawa maksud “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya.”
Ayat
ini menjadikan dia kuat dan melepaskan segala perasaan yang selama ini dia
tatang untuk seorang lelaki bernama Aidil. Ya, lima tahun dia menunggu kata-kata kasih dari lelaki itu.
Satu-satunya lelaki yang dia biarkan lepas bebas di hatinya. Namun lelaki itu
jugalah yang membuat hatinya hancur luluh. Tidak mungkin Aidil tidak dapat membaca hatinya selama
mereka berkawan. Tapi biarlah semua itu berlalu. Ternyata Aidil bukan jodohnya.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.
“Qis?”
Panggilan lembut Puan Maryam menghentikan
lamunannya.
“Qis ok, Ummi. Dah lama Qis tak terfikir pun
pasal Aidil. Dia bukan jodoh Qis. Qis dah boleh terima hakikat itu.”
“Habis tu kenapa Ummi rasa macam Qis menutup
hati Qis untuk lelaki lain?”
“Lelaki mana pula ni, Ummi?,” Qistina
membulatkan matanya.
“Mana ada lelaki dalam hidup Qis sekarang ni, Ummi.
Tiada satu pun yang berada di dalam kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Kalau ada pun salesman yang selalu
hantar buku ataupun delivery-man yang
hantar pastries ke Soleil.” Jawab Qistina sambil
tersengih.
Puan
Maryam memukul lengan Qistina dengan lembut.
Dua beranak itu tertawa kecil.
“Buat lawak pulak dia. Dah, jom bangun. Tolong Ummi
kat dapur. Masa untuk bermanja dah tamat.” Puan Maryam bangun sambil menarik tangan anaknya.
Dengan ketawa yang masih bersisa, Qistina
mengikut langkah Umminya ke dapur.
“Assalamualaikum.” Kedengaran
orang memberi salam dari luar.
“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.” Jawab
Puan Maryam sambil menjenguk keluar pintu dapurnya.
“Oh, kau Aisyah. Mari masuk. Pergi kedai ke
tadi tu?” Ramah Puan Maryam bertanya.
Qistina hanya memerhati sambil tangannya laju mengupas bawang.
‘Kak Aisyah ni ahli mesyuarat tingkap kot?’
tekanya di dalam hati.
“Ya, Kak Yam. Chah pergi kedai tadi. Pak Ali
kirim kelapa parut ni untuk akak. Dia kata akak ada pesan semalam.”
“Oh, SubhanAllah, bagus betul Pak Ali kamu ni.
Ingat dia ya? Alhamdulillah sangat-sangat. Si Qis pun ada ni. Boleh la masak
rendang ayam, ya Qis?” Tersenyum
lebar Puan Maryam.
Selamat satu trip ke kedai. Qistina memang suka rendang ayam.
“ON jer Ummi.” Balas Qistina.
Dia bangun untuk bersalam dengan Kak Aishah.
“Amboi makin cantik akak tengok kau ni
Qis. Apa petua ni? Kongsi lah
dengan kakak kamu ni?” Riuh bunyi suara Kak Aishah.
“Mana ada Kak Chah. Saya ni dah tua. Tak ada mana
cantiknya.” Qis menjawab selamba.
Kak Aisyah terdiam sebentar. Mungkin mencongak
umur Qis yang hanya beberapa tahun muda daripada dia.
“Hmm.. tapi kamu memang tak nampak macam orang
yang masuk tiga puluh lima tahunlah, Qis. Macam dua puluhan gitu.” Jawab Kak
Aishah.
“Ya Kak Chah? Alhamdulillah. Kalau macam tu,
bolehlah Qis fly solo untuk beberapa tahun lagi.” Balas Qistina sambil
menjeling ke arah Umminya.
Mata
Puan Maryam sudah terbeliak. Geram mendengar penyataan anaknya.
“Fly solo?
Apa tu Qis? Kamu nak terbang ke mana lagi? Tak cukup ke dulu dah terbang empat
tahun ke Australia untuk belajar?
Janganlah fly fly lagi dah.
Kesian kat Ummi kamu ni.” Panjang pula celoteh Kak Aishah ni. Sah ahli
mesyuarat tingkap!
“Dah la Chah. Kamu tak usah nak melayan si Qis
ni. Tak jadi kerja karang. Ni,
kamu ke kedai, anak siapa jaga? Dah-dah, pergilah balik. Karang terbalik rumah
kau dibuat si Hafiz tu.” Puan
Maryam mengingatkan.
“Ya lah, Kak Yam. Hafiz tu kalau saya ada pun,
dibuatnya sepah macam saya tak ada. Kalau saya tak ada, alamatnya jadi tongkang
pecahlah rumah saya tu. Oklah, Chah balik dulu, Kak Yam. Assalamualaikum!”
Qistina tersenyum melihat gelagat Kak Aishah yang kelam kabut itu.
“Ummi masak lebih sikit ya rendang tu? Qis nak
bawa balik untuk Ira. Dia mesti suka sangat kalau dapat rendang ayam dari Puan
Maryam.” Qistina membuat permintaan sambil tersenyum lebar.
your stories so interesting
ReplyDelete