Bab 3
Life is like a book. Some
chapters sad, some happy and some exciting.
But if you never turn the page,
you will never know what the next chapter holds.
Sejak selesai menunaikan solat Subuh sebentar tadi, dia masih diam
berkurung di dalam kamar biliknya. Bukannya dia ingin meratapi kenyataan yang
baru diterimanya semalam, tetapi dia masih belum kuat untuk berhadapan dengan
rakan serumah merangkap teman baiknya, Shira.
Safa mengenali Shira sejak mereka belajar di kolej matrikulasi lagi.
Bidang perakaunan yang diambil pada ketika itu, membolehkan mereka seringkali
bertemu di dalam dewan kuliah dan juga di bilik tutorial. Shira yang berasal
dari Johor suka sekali untuk mengikutnya pulang ke rumahnya di Kedah. Paling
yang digemarinya adalah melihat sawah padi yang terbentang luas. Sejuk mata
memandang katanya.
Setelah
tamat matrikulasi, mereka terpaksa berpisah tempat belajar. Safa di Universiti
Utara Malaysia manakala Shira di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Namun
bidang yang diambil tetap sama iaitu Perakaunan. Mereka saling berhubung antara
satu sama lain walaupun jauh kerana mereka sayangkan perhubungan persahabatan
yang dibina.
Selain
mereka berdua, ada lagi tiga orang sahabat baik mereka yang sama-sama rapat
ketika di kolej matrikulasi. Amy, Nad dan Tash. Amy kini bertugas di salah
sebuah bank di Ibu Kota namun jarang sekali untuk bertemu. Sibuk dengan kerja
yang menimbun katanya. Tash kini berada di Amerika kerana mengikut suaminya
bertugas di sana dan Amy di Johor Bahru.
Walaupun
jauh, namun mereka tidak lupa antara satu sama lain. Masih lagi berhubungan.
Tambahan sekarang ini pelbagai kemudahan yang ada. Mudah untuk menghubungi
sesama sendiri.
Tok! Tok!
Tok!
Terdengar
ketukan di pintu. Safa berpaling sebentar ke arah pintu itu. Nafasnya dihela
dalam. Dia mencuba untuk kembalikan kekuatan diri yang runtuh sejak mendengar
berita buruk itu semalam. Dia pasti yang sahabat baiknya itu akan perasan akan
keadaan dirinya ketika itu. Mata yang sembab, keadaan yang serabut, lewat
keluar dari bilik sedangkan dialah yang akan sibuk menyediakan sarapan untuk
mereka berdua.
“Saf! Kau
dah bangun ke belum?”
Suara
temannya itu mula kedengaran setelah Safa langsung tidak mengendahkan
ketukannya sebentar tadi.
Perlahan-lahan
Safa turun dari katilnya. Serakan di atas katil langsung tidak dihiraukannya.
Kaki terus melangkah menuju ke arah pintu. Dia yakin, Shira pasti sedang
risaukan keadaan dirinya.
Tombol
pintu dipulas dan daun pintu ditarik ke dalam. Wajah Shira yang kerisauan
kelihatan di matanya.
“Saf! Kenapa ni???” soal Shira sambil
menarik tangan Safa agar menghampirinya.
Masih ada
sisa air mata di tubir mata gadis manis itu. Shira mendudukkan temannya itu di
atas sofa di ruang tamu apartment
yang telah dua tahun dihuni mereka. Walaupun tidak mewah, namun cukup selesa
bagi mereka berdua. Sesak-sesak jika ada sesiapa yang datang dan ingin bermalam
di situ, muatlah untuk sepuluh orang. Tetapi bersempitlah sedikit.
“Aku dah
putus tunang,” bergetar suara Safa menuturkan ayat itu dan serentak itu juga
air matanya mula menitis.
Terlopong
Shira mendengarnya.
“What??? Kenapa???” hanya itu yang
terkeluar dari mulut sahabatnya itu.
Tidak
disangkanya perkara itu terjadi. Sebelum ini, bagi Shira, Safa dan Adli
merupakan pasangan yang cocok dan sepadan. Sama cantik dan sama berjaya. Namun,
apa yang terjadi sekarang ini?
“Dia
cakap… hmm…” Safa tidak mampu menuturkan alasan ‘itu’. Terlalu remeh untuk
diucapkan. Sukar diterima dek akal yang waras.
“Dia
cakap apa Saf? Tell me!” soal Shira
tidak sabar sambil tangannya menggoyang-goyang tangan Safa.
Dia ingin
mengetahui alasan kenapa pasangan merpati dua sejoli itu putus tunang. Dia
sayangkan Safa seperti keluarganya sendiri. Dia rasa bertanggungjawab ke atas
gadis itu kerana dia telah berjanji kepada keluarga sang gadis yang dia akan
menjaganya di sini. Temannya yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga,
kadang kala membuatkan gadis itu kelihatan sangat naif.
“Adli
cakap, aku tak sesuai untuk dia.”
Air mata
mengalir lagi. Sayu melihat teman baiknya itu menangis begini. Safa yang dia
kenali merupakan seorang yang tenang dan cukup kuat. Dia sentiasa senyum pada
sesiapa yang dilintasinya. Dia seorang yang berjiwa lembut dan sentiasa menjadi
kesukaan ramai. Namun Shira tidak sedikitpun merasa cemburu dengan sahabatnya
itu. Malah dia kagum dengan apa yang Safa miliki.
“Eh! Eh!
Kenapa tak sesuai pula? Come on lah.
Korang dah couple sejak dari
universiti lagi. Dah bertunang hampir dua tahun. Apa yang tak sesuai pula ni?
Macam mana pula boleh timbul isu tak sesuai?” geram Shira mendengarnya.
Matanya
sempat memerhati sahabatnya itu. Safa cantik, bijak, berkerjaya, baik, menutup
aurat. Apa lagi yang tidak kena?
“Dia cakap
sebab aku pakai tudung. Tak sesuai untuk dia. Dia malu nak bawa aku keluar
jumpa client atau orang ramai nanti
lepas kami dah kahwin,” terang Safa.
Tangan
kanan Safa naik menyapu air mata yang berbaki. Dia perlu kuat dan perlu
tenteramkan dirinya. Ini bukan pengakhiran hidupnya. Walaupun kesal dengan apa
yang berlaku, namun dia perlu kuat untuk menghadapi segalanya.
“Stupid man! Crazy! Eiii bodohnya! Geram aku. Nak malu apanya? Kau cantik! Nothing less. Sebab kau pakai tudung?
Kau lagi cantik bila pakai tudung, Saf. Trust
me! Ramai kat luar sana yang berdoa ‘How
I wish I could be like her!’ Bodoh punya alasan! Aku memang tak boleh
terima, Saf. Aku rasa ada something
yang Adli sembunyi ni. Nanti aku nak siasat!”
“Biarlah
Shira. Aku dah malas dah fikir semua tu. Biarlah. Dah orang tak nak, kita nak
buat macam mana kan?” Safa cuba berjenaka dengan sahabatnya itu. Walaupun di
dalam hati masih terasa sakitnya, namun dia tidak mahu risaukan Shira.
“A ah
kan? Nak risau apa? Kau tu boleh dapat yang lebih baik dari si Adli bengong tu.
Lagi kaya, lagi handsome, lagi macho, lagi…” belum sempat Shira
membebel lebih panjang lebar, cepat sahaja Safa mengangkat kaki melarikan diri.
“Eh! Eh!
Kau nak ke mana tu? Aku belum habis cakap ni,” panggil Shira sebaik sahaja dia
melihat Safa mula menuju ke kamarnya semula.
Namun
kemudiannya, bibir Shira menjuih sedikit. Faham dengan tingkah laku sahabat
baiknya itu.
“Tak nak
dengar aku bebel lah tu!”
Kedengaran
suara Safa ketawa. Lega Shira mendengarnya. Sekurang-kurangnya Safa boleh
ketawa dan dia tidak mahu melihat Safa sedih lagi.
Mika masih lagi tidur
walaupun jam telah menunjukkan ke angka 10 pagi. Memandangkan hari ini dia
tiada tugasan, rasa ingin merehatkan dirinya sepuas-puasnya. Kebiasaannya
setelah selesai tugas menggayakan pakaian di pentas peragaan, Mika tidak akan
menerima sebarang tugas pada keesokkan harinya.
Dia
memerlukan rehat secukupnya. Dia tidak mahu tampil di khalayak ramai dengan
mata yang bengkak dan merah, badan yang letih dan wajah yang tidak segar. Dia
perlu menjaga penampilan diri sebagai seorang model terkenal. Malah nama baik
ayah dan ibunya juga perlu dijaga. Dia tidak mahu orang melabelnya sebagai anak
VVIP yang selekeh. Itu bukan Azka Mikael!
Bunyi telefon bimbit yang berada di atas meja sisi mengganggu
ketenteraman tidur Mika.
“Aduh!
Kenapalah aku tidak tukar ke Silent Mode
ni? Siapalah yang ganggu aku pagi-pagi macam ni? Kalau agensi yang call memang cari nahas lah dengan aku.
Bukannya mereka tak tahu yang aku tak suka diganggu waktu-waktu macam ini,” Mika
membebel sambil mata masih terpejam rapat. Dia malas hendak menjawab panggilan
itu. Dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Namun kesabarannya tergugat jua apabila telefon itu kembali berlagu
kuat. Dengan mengeluh kuat, Mika menggapai jua telefon itu. Tanpa melihat nama
yang tertera, dia terus melekapkan telefon di telinga kanannya.
“Hello!” jawabnya kasar.
Bukan
sengaja untuk berbuat demikian, namun dia tidak mampu untuk mengawal
perasaannya. Dia paling pantang orang mengganggu tidurnya.
“Assalamualaikum.”
Alamak! Daddy!
Matanya automatik terbuka luas. Suara ayahnya yang lembut memberi
salam terus menghilangkan rasa mengantuk yang dirasanya tadi.
“Waalaikummussalam, dad. What’s up?” dia cuba berlagak normal.
Tidak mahu ayahnya tahu yang dia sedang enak tidur di kala matahari sudah
terpacak di atas kepala. Rezeki tidak masuk, kata ayahnya.
“Amboi sedapnya bahasa. Mika ingat daddy ni teman lepak Mika ke? What’s up! What’s up segala? Manis sungguh ayat,” leter ayahnya.
Mika menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba berasa gatal.
Dia terus
mengukir senyuman.
“Sorry lah, dad. Mika saja je tadi,” Mika mengalah. Silapnya juga kerana
langsung tidak menjaga bahasa.
Sesungguhnya
ayah dan ibunya mengajarnya sempurna bahasa dan adab sopan. Ibunya walaupun
berbangsa Inggeris namun telah dterapkan dengan adab sopan dan budaya Melayu.
Malah
ibunya sendiri memakai hijab. Walaupun bukan berasal dari seorang yang beragama
Islam, namun ibunya telah benar-benar terbuka hatinya untuk mencari agama yang
Satu. Dan setelah bertemu dengan ayahnya, ibunya tidak lagi teragak-agak untuk
menukar agama.
Maka
tidak hairanlah Mika memiliki rupa paras yang menawan. Hasil gabungan gen
ayahnya yang ada campuran Melayu-Arab serta ibunya yang berbangsa Inggeris. What a good combination?!
“Mika
tidur lagi ke? Tak solat pagi tadi?” soal Tan Sri Ahmad Malik.
“Eh tak
lah, dad. Mika solat pagi tadi. Then Mika tidur semula. Mengantuk
sangat, daddy. Letih. Semalam ada show,”
terang Mika jujur.
Sememangnya
dia bangun menunaikan solat Subuh pagi tadi. Cuma dek kerana mata yang masih
berat dan penat yang masih terasa, dia terus sambung tidur semula. Tidak tunggu
walau seminitpun selepas dia siap berdoa selepas solat pagi tadi.
“Bagus
lah. Ingat ya Mika! Walau sibuk macam mana sekalipun kita, kita wajib solat. As I said before, a busy life makes prayer
harder. But…” sebelum Tan Sri Ahmad Malik meneruskan ayatnya, Mika terlebih
dahulu menyambung.
“Prayer makes a busy life easier!”
Kedua-dua
anak beranak itu ketawa senang hati. Sememangnya mereka cukup rapat. Tan Sri
Ahmad Malik dan Puan Sri Zarra Andrew Abdullah tidak mempunyai anak lain
kecuali Mika. Sepenuh perhatian dan kasih sayang dicurahkan kepada pemuda itu.
Namun,
mereka juga akan sentiasa memastikan Mika sentiasa mengingati Allah Yang Maha
Esa. Kerana segala kesenangan, kekacakan dan kemewahan adalah datang daripada
Dia. Dia mampu menarik balik apa sahaja yang ada pada kita dengan sekelip mata.
Oleh itu, sentiasalah mengingatiNya dan melakukan segala suruhanNya.
Ya! Mika
sentiasa ingat itu semua. Segala pesan dan nasihat kedua ibu bapanya sentiasa
terpahat kemas di dalam ingatannya. Sungguhpun Mika seorang yang moden, hidup
penuh bergelumang dengan bidang glamour
namun di sebalik semua itu, masih tersemat sisi Mika yang sentiasa mendengar
nasihat dan pesanan kedua ibubapanya, yang sentiasa melaksanakan segala
suruhanNya dan yang sentiasa ingin tampil sempurna.
Ya! Ya! Mika
yang langsung tidak mahu tampil selekeh di khalayak ramai!
“Oh ya!
Ada something ke yang daddy nak inform Mika ni?” soal Mika lembut. Dia
membetulkan duduknya di hujung kepala katil sambil badannya enak menyandar.
“Tak lah
penting sangat pun. Cuma daddy rasa macam dah lama sangat tak lunch dengan Mika. Rindu pulak daddy
nak jumpa anak teruna daddy yang hot
habis ni! Ha ha…” kedengaran suara Tan Sri Ahmad Malik ketawa besar di sana.
Tan Sri
Ahmad Malik tiba-tiba berasa lucu dengan apa yang diucapkannya. Lucu memikirkan
yang satu-satunya anaknya sanggup bersusah payah ke hulu ke hilir menggayakan
pakaian di pentas peragaan daripada duduk di pejabat yang serba serbi lengkap.
Entah
apalah yang diharapkan oleh Mika dengan menceburi bidang itu. Namun dia tidak
mahu menghalang anaknya itu dan dia akan menunggu Mika sendiri yang menyatakan
hasratnya untuk membantu dirinya di pejabat. Tan Sri Ahmad Malik percaya, the day will come! Cuma lambat atau
cepat sahaja yang dia belum pasti.
“Apa lah
daddy ni. Perli Mika pulak. So, nak lunch kat mana, dad?” Mika menguntumkan senyuman.
Seperti
ayahnya ada di depannya sekarang dan dapat melihat senyuman manisnya itu.
“Mika
datang hotel dulu. Then, kita decide sama-sama. Boleh macam tu?” usul
Tan Sri Ahmad Malik.
“Okey, dad. Tapi, daddy nak suruh Mika pergi
hotel yang mana satu?”
“InshaaAllah
daddy akan ada di Hotel Platinum hari ini. Ada perbentangan laporan kewangan
kejap lagi.”
“Okey, dad! Mika sampai around 12 tengahari nanti,” janji Mika.
Bab 4
We don’t meet people by
accident.
They are meant to cross our path for
a reason.
Mika bersiap seperti lipas kudung. Dia hanya punya masa dua jam
untuk sampai di Hotel Platinum. Dia tahu yang ayahnya tidak suka menunggu.
Mika hanya bersiap ala kadar. Namun dia masih tetap kacak dan
menawan. Hanya mengenakan sehelai kemeja berwarna putih berlengan panjang yang
dilipat hingga ke siku berserta seluar jeans berwarna biru muda. Usah ditanya
jenama apa kerana Mika pasti memilih yang terbaik untuk dirinya.
Tangan kiri diangkat dan jam Patek Philippe dikerling sekilas lalu.
Masih lagi berbaki 30 minit. Matanya memandang sekitar basement Hotel Platinum. Kotak parkir hampir penuh. Pasti ramai
lagi pengunjung di Hotel Platinum hari ini. Dengan servis yang baik, ayahnya
akan sentiasa memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
“Hari-hari hotel ni lah yang aku mengadap. Semalam pun show di sini. Aduh! Boring!”
Sambil membebel sendirian, matanya terpaku pada sebuah kereta
berwarna putih yang diparkir di kotak parkir yang sama dengan semalam. Otaknya
mula ligat berkata-kata.
‘Kereta
semalam! Memang sah dia menginap di sini. Huh! Wish I could meet her again!’
Enjin kereta dimatikan. Setelah memastikan segalanya berada di dalam
keadaan yang baik, Mika melangkah keluar. Namun tidak sedikitpun matanya
berpaling dari memandang kereta Myvi itu. Dia cuba mencari sesuatu di situ.
Namun tidak pasti apa yang dicarinya.
Sesungguhnya
ini kali pertama dia merasa berdebar-debar. Sedangkan dia sudah biasa berdiri
di khalayak ramai, membuat persembahan di hadapan ratusan malah ribuan orang.
Namun rasa itu tidak sama dengan apa yang dirasainya sekarang.
Mika menuju ke lif yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat
letak keretanya. Lif itu akan menuju terus ke pejabat pengurusan hotel. Tidak
perlu berkongsi lif dengan pelanggan. Itu lebih mudah dan lebih pantas. Tidak
perlu bersesak dengan pengunjung lain.
Tangan menekan nombor 9. Tidak sampai seminit, lif tersebut telah
berhenti di tingkat 9. Mika melangkah keluar dari perut lif sambil tangannya
membetulkan letak pakaiannya. Tiada apa yang tidak kena pada pakaiannya itu,
hanya sekadar memastikan segalanya kemas dan cantik terletak. Tiba-tiba ada
seseorang melanggarnya dari arah hadapan. Kedengaran suara lembut menyebut
sesuatu.
“Ya Allah!”
Mika yang terkejut dengan perlanggaran itu terus terkaku sebaik
sahaja mendengar suara itu.
Lembut
dan lunak sekali.
Matanya
terus memandang tuan empunya suara itu. Dia sungguh terkejut dengan apa yang
dipandangnya sekarang ini. Orang yang ditunggu-tunggu berada di hadapan
matanya. Dengan jarak sebegitu dekat membuatkan jantungnya berdegup pantas. Dia
terpesona dengan apa yang dilihatnya. Dia sukakan aura gadis itu. Dia sukakan
penampilan gadis itu. Manis, lemah lembut, bersopan santun, cantik!
“Oh my God!” Mika terus
tersedar. Dia terleka dengan keadaan itu.
Dia tidak
patut memandang gadis itu sebegitu rupa. Tidak elok dipandang orang sekeliling.
Dia perlu menjaga nama baik ayah dan ibunya. Dia bukan seorang yang suka
berpeleseran dengan sebarang wanita serta yang mempunyai kekasih keliling
pinggang. Malah, dia tidak mempunyai walau seorang pun kekasih. What a pity?! Poor Mika! Hu hu!
“Oh sorry, sir. It’s my fault!
Sorry!” suara itu kedengaran lagi.
Gadis itu
beredar setelah memohon maaf.
Mika
masih terkaku di situ. Memerhati gadis itu berlalu pergi. Susun langkahnya
sedikit kelam kabut namun masih menarik pada pandangan mata Mika. Mika suka apa
yang dipandangnya.
“Mika! What are you doing here?”
Lamunan Mika
terhenti sebaik sahaja disapa Yasmin, setiausaha ayahnya.
“Hai, Kak
Min.”
Mika
membetulkan kembali baju yang dipakainya. Dia mengukir senyum kepada Yasmin.
“You tak
jawab pun soalan I tadi. What are you
doing here? Nak mengorat staf daddy you ye?”
Mika tidak
berhenti tersenyum.
“I nak
mengorat you lah. Tapi you tu kahwin awal sangat. Melepas lah I” Mika
berlelucon dengan wanita itu.
“Mengada
sungguh ya you, Mika. You nak kena hentam kot dengan your dad? Main-main! I ni ‘kakak’ you tau!” marah Yasmin manja.
Sesungguhnya Yasmin tahu yang Mika hanya berjenaka. Bukan dia tidak kenal
pemuda tampan itu, malah sudah terlalu kenal. Hubungan mereka juga rapat kerana
Yasmin telah lama bertugas di Hotel Platinum.
“I lawak
je lah. I nak lunch dengan daddy ni. Wanna join us?” ajak Mika.
“Tak nak
lah. I tak nak ganggu your date.
Nanti Tan Sri hentam I pulak. Nanti dia ingat I nak goda anak teruna kesayangan
dia ni pulak. Tak nak I.”
Mereka
ketawa bersama-sama. Pantang bertemu, pasti ada yang mencuit hati.
“Okey
lah. I nak ke bilik daddy dulu. Rasanya dia dah tunggu I. See ya, Kak Min!”
Panjang
langkah Mika menuju ke arah bilik ayahnya. Tangannya mengetuk pintu bilik
tersebut dan kaki mula melangkah masuk sebaik sahaja suara di dalam
mengizinkannya untuk masuk.
Dari
jarak tidak sampai lima meter, dia dapat melihat seorang gadis duduk di hadapan
ayahnya. Dia dapat mengecam pakaian gadis itu. Dadanya kembali berdebar-debar.
Terasa perlahan langkahnya. Kaki seperti tidak dapat mencecah ke lantai.
“Come, Mika!” Tan Sri Ahmad Malik
menggamit Mika untuk menghampirinya. Gadis itu tidak memandang ke arahnya.
Matanya masih menunduk meneliti kertas-kertas di hadapannya.
Mika
menuju ke sisi kanan gadis itu. Namun dia tidak melabuhkan punggungnya di
kerusi sebelah gadis itu yang kosong. Hanya berdiri tegak di situ sambil
matanya tepat memandang gadis itu dari sisi. Sungguh kusyuk sehinggakan dirinya
lagsung tidak diberi perhatian.
“Saf! Meet my son, Mika! Mika, this is Safa Salena. Our accountant,” Tan Sri Ahmad Malik
memperkenalkan anaknya kepada sang akauntan.
Safa
terus memanggungkan kepalanya. Dia memandang ke sisi kanannya dan matanya terus
membulat sebaik sahaja matanya menangkap imej pemuda itu.
Pemuda
yang dilanggarnya sebentar tadi!
Dia yang
kalut hendak memberi salinan laporan kewangan kepada Tan Sri Ahmad Malik tidak
langsung memandang kiri dan kanan. Dengan rupa paras yang langsung tiada rupa
orang Melayu, disangkanya pemuda yang dilanggarinya tadi adalah orang Inggeris.
“Hai!”
sapa Mika gentleman sedangkan di
dalam hati hanya Allah yang tahu.
Safa
hanya tersenyum sambil bibirnya membalas sapaan Mika itu. Dia kembali menunduk.
Malu untuk bertatapan dengan pemuda itu. Tapi wajah itu seperti pernah
dilihatnya sebelum ini. Tapi, di mana ya? Arghh! Biarkan lah. Tak penting pun.
“Mika
tunggu kejap ya? Daddy ada nak discuss
dengan Saf sikit lagi. Then kita
pergi lunch. Okey, son?” Tan Sri Ahmad
Malik berkata. Tangannya menyelak kepingan kertas yang sedikit berselerak di
hadapannya.
“Okey, dad. Take your time!”
Mika
terus melabuhkan punggungnya di sebelah gadis manis itu. Dia mendengar segala
penerangan yang Safa sampaikan kepada ayahnya. Suara itu lembut namun tegas.
Mendayu-dayu dan sangat membuai perasaannya sedangkan ayat yang keluar dari
bibir itu hanyalah perihal berkaitan dengan kewangan syarikat. Namun Mika tidak
peduli. Dia ingin mendengar apa sahaja yang keluar dari bibir gadis itu. Dia
benar-benar suka. Dia suka apa
sahaja yang ada pada gadis itu. Segalanya manis dan indah di matanya.
Sempat
lagi Mika berkhayal. Safa Salena! What a
nice and beautiful name. Sangat manis seperti tuan empunya nama itu!
Haruman
yang dipakai oleh pemuda tampan itu sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi sang
gadis. Dia sedikit kekok ditambah lagi dengan keberadaan pemuda itu di sisinya.
Walaupun tiada sebarang sentuhan berlaku, namun aura pemuda itu cukup kuat
sehingga dirasakannya sukar untuknya menyusun ayat. Agak kelam kabut
pertuturannya. Risau Tan Sri Ahmad Malik dapat menangkap kegugupannya.
“Okey,
Tan Sri. Saya harap penerangan saya tadi jelas dan tiada sebarang keraguan dari
Tan Sri. Saya dan team saya dah
teliti sedalamnya sebelum saya bentang kepada Tan Sri hari ini. I hope everything is okey with you,”
Safa menamatkan pembentangannya. Suara yang lembut tetapi kedengaran sangat
berani menuturkan ayat-ayat itu.
“I’m good, Saf. You’re smart. Saya tak pernah meragui kepakaran awak di dalam hal
kewangan syarikat kita. Good job,
Saf!” Tan Sri Ahmad Malik cukup teruja dengan apa yang gadis manis bertudung
putih itu sampaikan.
Sekali-sekala
terdetik di benak fikirannya. Alangkah indahnya sekiranya gadis itu dapat
menjadi salah seorang ahli keluarganya. Dia cantik, manis, pintar, berkebolehan,
beriman! Namun sayang, gadis itu sudah bertunang!
Mata Tan
Sri Ahmad Malik beralih kepada anaknya yang berada di sebelah kanan Safa.
Membulat matanya melihat Mika kusyuk memandang Safa. Sampai tidak berkelip mata
pemuda itu. Dan hati tuanya cepat membuat kesimpulan yang Mika sudah terpesona
dengan Safa!
Tan Sri
Ahmad Malik mengulum senyuman. Pertama kali anaknya menunjukkan minat untuk
memandang seorang gadis sebegitu. Sebelum ini, ada saja yang dielaknya. Semua
yang diperkenalkan oleh mummynya ditolak mentah-mentah.
Rupa-rupanya
ciri gadis sebegini yang Mika idamkan. Disangkakan anaknya itu lebih memilih
seseorang yang moden dan seksi. Malah gadis di hadapannya kini jauh terpesong
dari apa yang dia sangkakan. Tersasar dari kotak fikirannya. Syukur
Alhamdulillah!
“Tan Sri,
kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya?” Safa memohon diri.
Dia kekok
berada di dalam situasi yang senyap tanpa sebarang suara. Yang seorang asyik
tersenyum-senyum dan yang seorang lagi asyik memandangnya.
Dia kekok!
Tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi. Dia tidak biasa dengan keadaan
sebegitu. Malah perhubungannya dengan Adli juga tidak sebegitu. Mereka kenal di
universiti, meneruskan perhubungan dengan ikatan pertunangan dan sesekali
keluar makan bersama. Itupun jarang berlaku setelah masing-masing bekerja. Ada sahaja
alasan yang diberi.
Huh!
Keluh Safa. Dia menyesal! Menyesal kerana masih ingatkan orang yang dah buang
dirinya. Tiada gunanya lagi.
“Oh
kejap, Saf. Saya dan Mika nak pergi lunch.
Wanna join us?” tiba-tiba Tan Sri Ahmad Malik menyuarakan perlawaan.
Mika yang
mendengar ayahnya menyebut namanya, terus berpaling kepada ayahnya.
“Okey kan
Mika if daddy ajak Saf sekali?”
soalan itu pula yang ditujukan kepada Mika.
Tan Sri
Ahmad Malik tahu yang anaknya tidak memberi apa-apa perhatian ke atas apa yang
diucapkannya. Pemuda itu leka dengan dunianya sendiri. Hai lah Mika! Wake up, son!
“Ya! Ya sure, dad. Join us?” Mika sedikit
gelabah. Entah apa-apa yang dituturkannya. Matanya berpaling ke arah Safa.
“Err... Hmm…
Thanks but no thanks. Maaf ya Tan
Sri, saya dah janji dengan Farah dan Yasmin untuk makan bersama. Lain kali ya
Tan Sri?” gadis itu menolak lembut.
Manis
sungguh. Dengan baju kurung berwarna putih berbunga mawar halus berwarna merah
jambu! Damn! She’s gorgeous! This is what
I need. She looks good in her white tudung. I love it!
Mika
memuji di dalam hati. Walaupun hampa dengan penolakan gadis itu, namun dia
tidak akan berputus asa. Ini Azka Mikael Tan Sri Ahmad Malik! I will get whatever or whoever I want!
“Okey! Saya
anggap itu sebagai satu janji. Lain kali ya Cik Saf? Saya tuntut nanti!” Mika
membalas. Dia tidak akan duduk diam sahaja. Dia perlu bertindak. Chaiyok!
“Err…”
terkejut Safa mendengar kata-kata Mika. Membulat matanya kerana tidak sangka Mika
akan menuntut sebegitu. Disangkanya akan tamat di situ sahaja. Ya Allah!
“Mika!”
panggil Tan Sri Ahmad Malik lembut. Anaknya ini menjadi seorang yang tidak
sabar pula. Haishhh.
Mika
memandang ayahnya sebentar namun tidak dipedulikannya. Dia kembali memandang
gadis itu yang telah berdiri di penjuru meja ayahnya. Tangannya sudah penuh
dengan fail dan dokumen yang dibentangnya tadi.
Mika
menaik-naikkan keningnya. Gaya seperti anak-anak pula. Manja! Tak kena langsung
dengan title yang disandangnya.
“InshaaAllah,”
hanya itu yang Safa mampu ucapkan. Dia tidak tahu apa yang perlu dibalasnya dan
apa yang perlu dilakukannya. Oleh itu, apa yang terbaik adalah menyerahkan
kepada Allah SWT untuk menentukan segalanya.
“Good! Sweet girl!”
Safa
terus melangkah keluar dengan minda yang sukar menterjemah apa yang sedang
berlaku. Pemuda itu ingin mengorat dia ke? Mustahillah. Tak akan lah aku ini
jenis pilihan gadis idamannya? Tidak mungkin! Dengan wajah setampan itu, tiada
yang mustahil bagi Mika untuk mendapatkan sesiapa sahaja yang diingininya.
Mustahil aku yang kolot dan bertudung ini dipilihnya?
Safa
terus menggeleng berkali-kali. Mustahil! Mustahil! Dia main-main saja tu! Wake up, Saf! Jangan biarkan hati kau
terluka lagi. Sedangkan Adli yang biasa-biasa saja itu pun tinggalkan kau,
inikan pula pemuda sesempurna itu.
“Hey,
Saf! Yang kau asyik tergeleng-geleng ni kenapa? Kena sampuk ke?” Yasmin
menerjah. Dia memandang gadis yang baru sahaja keluar dari bilik ketua mereka.
Pelik dengan keadaan dan tingkah lakunya.
“He he tak
ada apalah Kak Min. Saf rasa pening sikit. Tak ada apalah,” Safa menjawab.
Tersengih sendiri. Risau sekiranya Yasmin tahu apa yang sebenarnya terjadi.
Pasti dia akan berasa malu dan menyorok di surau sampai petang nanti. Ha ha ha.
“Pening? So, cancel lah eh lunch date kita kejap lagi?”
“Eh tak!
Tak! On macam yang dijanjikan la Kak
Min. Saf rasa sikit-sikit je ni. Tak serius pun. Tidur lewat kot semalam,”
cepat-cepat Safa membalas.
Mana
mungkin dia tidak makan tengahari nanti. Sudahlah dia terlupa bersarapan pagi
tadi akibat terlewat bangun, ditambah pula Shira yang menyoal macam-macam,
semua menjadi lagi kelam kabut.
“Itu lah.
Akak nampak mata tu macam bengkak sikit. Hish dah tak cantik dah!”
Safa
hanya tersengih. Tidak tahu untuk membalas apa. Bukan masanya untuk
menceritakan hal yang sebenar kepada Yasmin. Malah dia sendiri belum dapat
menerima berita itu.
“Tak apa
Kak Min. Dia masih nampak cantik di mata I!” tiba-tiba ada suara lain yang
membalas.
Kedua-dua
wanita itu terus berpaling untuk melihat tuan empunya suara itu. Terkejut!
Mika yang
baru sahaja keluar dari bilik ayahnya terdengar perbualan mereka. Sedikit
sebanyak dia dapat memahami gadis bernama Safa Salena itu. Gadis itu sedaya
upaya berusaha untuk menyembunyikan apa yang berlaku. Namun dia tidak tahu apa
perkara ‘itu’.
Dia hanya
menguntumkan senyuman menawannya kepada kedua-dua mereka. Matanya tajam
memandang sang gadis. Terasa tidak puas menatap seraut wajah itu.
“Amboi,
Mika! Jangan main-main. Bunga ini dah ada kumbangnya ya! Jangan nak menggatal,”
Yasmin yang terlebih peramah memberitahu hal Safa kepada Mika.
Terkejut Mika
mendengarnya.
Sudah
berpunya? Sudah berkahwin? Oh my God!
Dia masih
memandang wajah Safa. Dia dapat menangkap riak muka yang tidak seceria tadi
ketika berbicara dengan Yasmin. Ada riak sendu dan sayu di situ. Sama seperti
semalam.
Kenapa
ya? Pelbagai persoalan yang timbul. Adakah si manis itu bergaduh dengan
suaminya? Berpisah? Bercerai?
Astaghfirullah!
Siapa yang sanggup memutuskan perhubungan dengan wanita itu? Sangat kejam!
Sangat rugi! Sedangkan dia masih terkial-kial untuk mencuba nasib.
Wajah
manis itu ditatap lagi. Tidak jemu mata memandang. Mata itu mula berkaca-kaca.
Pantas dia memohon diri untuk berlalu. Terkaku Mika memandang perlakuan gadis
itu.
The prettiest smiles hide the deepest secrets. The
prettiest eyes have cried the most tears and the kindest hearts have felt the
most pain!
Ya Allah!
Please help her. Apa jua yang berlaku,
Kau lindungilah dia! Sempat Mika berdoa untuk gadis yang mula mendapat tempat
di hatinya itu.
“Dah
kahwin?” Mika menyoal Yasmin.
Pandangannya
mula tertumpu kepada Yasmin. Akan dicubanya untuk mengorek apa-apa sahaja
rahsia mengenai Safa.
“Tak lah.
Tapi dah bertunang. Almost 2 years
dah,” terang Yasmin.
Mika
sedikit lega. Baru bertunang. Sedangkan sudah beristeri pun boleh dirampas,
inikan pula setakat bertunang. He he he! Tawanya di dalam hati.
Namun
tegakah dia merebut hak orang lain? Inikah Mika yang sebenarnya? Kenapa perlu
dikejar sesuatu kepunyaan orang? Sedangkan berpuluh malah beratus lagi wanita
dan gadis yang gilakan dia. Tetapi mereka itu langsung tidak dihiraukannya.
Bukan jenis yang dia inginkan. Dia mahukan gadis seperti Safa!
Arghhh! Dia
berbeza! Dia sangat berbeza dengan yang berpuluh malah beratus itu! Safa sangat
menarik di mataku! Mana mungkin aku melepaskan gadis sebegitu?
No comments:
Post a Comment