Bab 3
Be
in love with your life. Every minute of it – Jack Kerouac
Apabila
Qistina melangkah masuk ke Cafe Soleil,
kelihatan ada sekumpulan kanak-kanak sedang leka membaca di Junior Zone Corner. Sudut khas untuk
kanak-kanak dibawah dua belas tahun itu dicat dengan warna-warna cerah untuk menceriakan
dan menarik minat kanak-kanak untuk duduk lama disitu. Di satu sudut dinding, terdapat satu
lukisan pokok yang rendang. Kerusi-kerusi yang diatur ditepi dinding itu
memberi gambaraan seolah-olah mereka sedang membaca di bawah pokok yang
rendang. Sticker-sticker berbagai jenis binatang dan bunga-bunga juga
ditampal untuk menghiasi dinding. Satu papan notis gabus disediakan untuk mereka
melekatkan apa saja nota atau lukisan yang mereka mahukan. Qistina suka singgah
di board itu untuk melihat lukisan
atau membaca messages yang dilekatkan.
Ini merupakan sudut kegemaran Qistina.
Dia
menoleh ke sudut Café pula. Setting cafénya
ala-ala café-café kecil di kota Paris. Set meja kecil & kerusi putih
memenuhi kawasan itu yang dipagari oleh white
picket fences. Kelihatan ramai juga. Hampir penuh. Café itu boleh memuatkan
20 orang dalam satu masa. Semuanya
leka dengan buku ditangan. Ada yang kelihatan seperti tengah buat group study. Ada yang keseorangan macam tengah
buat case study. Dia tersenyum
sendiri.
Sofa-sofa
wing chair yang diletakkan di serata di
sudut bacaan dewasa juga kelihatan berpenghuni semuanya.
Alhamdulillah,
inilah pemandangan yang selalu diidamkan oleh Qistina. Masing-masing ‘hilang’ dalam dunia buku
yang sedang mereka baca. Books are
definitely an escapism for some.
Sedari
masa dia di Australia lagi, dia sangat tertarik dengan konsep kedai buku dengan
mini Café sebegini. Zaman universitinya sendiri, banyak dihabiskan ditempat begini.
Lalu sebaik sahaja dia mula berkerja, dia tanamkan cita-cita untuk membuka satu
book cafe. Dia membuat business plan dan dia bentangkan sendiri
kepada pihak bank untuk mendapatkan dana. Mulanya dia tidak berapa yakin yang
pihak bank akan menerima business plannya
namun selepas seminggu pihak bank telah memberikannya jawapan yang positif.
Qistina
mereka sendiri rekaan dalaman di Soleil. Dia memang hands-on dalam projek ini. Setiap perincian diteliti dengan rapi. Café
Soleil ibarat ‘anak’nya dan dia akan
sedaya upaya memastikan ‘anak’nya ini berkembang maju dari hari ke hari.
“Oit,
bila sampai?” Ira menyapanya dari belakang.
“Waalaikumsalam.
Just.” Qistina menjawab sempat lagi mengusik
Ira.
“Hehe..
Assalamualaikum. Just??”
“Ar ar..
Tak sampai 5 minit. Tau-tau jer kau keluar dari pejabat aku ya? Macam ahli
nujum.” Qistina tersenyum lebar.
”So, amacam? Are you ok?” Soal Ira sambil memandang sahabatnya itu.
“I am good, Alhamdulillah. I
feel refreshed. Thank you, babe.
” Sungguh Qistina bersyukur dia ada seorang sahabat sebaik Ira. Yang sentiasa
bersedia untuk membantunya. Ira meninggalkan kerjayanya di sebuah bank demi
untuk menyertai Qistina di Soleil setelah
umur Soleil genap setahun.
“Alhamdulillah. That
is good to hear. This baby needs you. This place is so lifeless without you.”
Ira mengenyit mata kepada Qistina.
“Is that right?Aku tengok macam buzzing bee saja ni. Penuh di semua
sudut.” Balas Qistina sambil matanya memandang ke sekeliling kedai.
“Rezeki
you.” Ira menjawab pendek.
“Rezeki
kita.” Qistina membuat pembetulan dan Ira mengangguk.
“Hehe..
Oklah.. aku nak pergi check on the children.
Nanti kita story-story ya?” Ira mula
melangkah ke arah Junior’s Zone.
‘Ok.
Nanti kita sambung.” Mata Qistina mengikut Ira yang berlalu pergi.
“Cik
Qis nak minum?” Shaza, pekerja kafenya bertanya.
Qistina
menoleh kepada tuan punya suara itu.
“Boleh
juga. Biasa ya?” Jawab Qis sambil melangkah ke pejabat kecil di bahagian
belakang kedai.
Dia
meneliti segala invoices, delivery notes
dan inventory reports yang berada di
atas mejanya. Alhamdulillah walaupun Soleil
masih dalam tempoh merangkak, namun rezeki mereka tetap ada dan cukup untuk dia
bernafas dan meneruskan impiannya.
“Cik
Qis, your drink,” Shaza melangkah
masuk bersama minuman ditangan. Mug yang
berasap itu diletakkan di atas meja Qistina.
“Thanks, Shaza. You are the best!”
Shaza
tersenyum sambil berlalu kembali ke work
stationnya di kafe.
Qis
mengambil bau Hazelnut Lattenya.. Hmmm....
matanya tertutup..dia terbayangkan ketenangan yang dirasainya di pantai
Cherating. Tiba-tiba ingatannya teringat pula kepada Husna, si kecil comel yang
petah bercakap. Matanya dibuka dan ada senyuman dibibirnya. Sungguh, Husna
sangat comel.
“Malam ini,
kita nak masak apa?” Soal Ira sebaik saja mereka melabuhkan diri di sofa
masing-masing.
Qistina
mencapai dan meneliti sampul-sampul surat yang berada di atas meja kopi di
hadapan mereka.
“Oh,
kita masak nasi saja sebab Puan Maryam ada bekalkan lauk-pauk untuk kita.”
“Alhamdulillah!
Wah.. ini sudah bagus. Kira makan besar lah kita. Yes! I like!” Ira sudah meloncat kegirangan. Maklumlah boring asyik
makan lauk yang dimasak sendiri. Tapi orang bujang macam mereka senang. Kalau
malas masak, makan saja kat luar. Kalau malas keluar, order delivery. Kan senang?
“So how was Cherating? Anything interesting happened? Met anyone interesting?” Sarjan Ira mula
menyoal dikala mereka mengadap makan malam.
“Hmm..
ada.”
“Ada?
Wahs.. ini sudah bagus. Apa lagi, ceritalah!” Ira dah terlebih excited pula!
Qistina
dah tergelak.
“Hmm..
ada lah satu pakcik jual aiskrim tapi dia handsome!
Hari-hari aku beli aiskrim dia.” Pecah ketawa Qistina.
“Chis,
saja nak kenakan aku la tu!” Cebik si Ira.
“Alaaa..
nenek kebayan dah mencebik. Sungguh tak sesuai, tau!” Usik Qistina lagi.
Lagi
memuncung mulut si Ira.
“Hmm.. actually tak ada apa yang exciting pun. Cuma biasalah since it is cuti sekolah jadi
budak-budak ramailah...biasa-biasa ajer. Nothing
out of the ordinary,” Jawab Qistina. Tiba-tiba teringat kepada pertemuan
singkatnya dengan Husna.
“Adeh..
apalah boring kawan aku ni..hehe..”
Ira tertawa kecil.
“Habis
nak buat macam mana? Inilah kisah
hidupku.” Qistina buat muka sedih.
“Kau pula
macam mana? Ada apa-apa perkembangan
terbaru yang boleh dikongsi? Haikal sihat? Dia dah bawa kau jumpa bakal mak
mertua? Kau dah jumpa tak bakal kakak ipar kau yang famous tu? ” Giliran Inspektor Qistina pula menyoal.
“Amboi,
banyaknya soalan.,” tergelak Ira mendengar das-das soalan Qistina.
“Hmm..
Haikal sihat. Tapi Haikal being
Haikal lah kan? Bila dia nak cari aku, dia datang. Bila dia sibuk, dia hilang.
Cuma sms saja buat ganti diri.
Entahlah Qis. Rasanya kami dah dalam comfort
zone yang teramatlah selesa sampai masing-masing seakan tidak mahu
berganjak.. hehe..” Jawab Ira panjang.
Qis menghentikan
suapannya dan memberi satu renungan tajam pada sahabatnya itu.
“Ya aku
tahu. Tak payah kau kasi aku tenungan maut kau tu. We did talk about marriage, ok? InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, the plan is to get married next year.
Puas? Suka hati?” Soal Ira sambil menjengkit kening sebelah.
Qistina
terus memeluk Ira! Lama! Sungguh dia gembira mendengar berita ini. Perhubungan
Ira dan Haikal sudah menjangkau tiga tahun maka haruslah mereka melangkah ke
satu tahap yang baru. Syukur Alhamdulillah.
“Huish..
habis kotor baju aku wei.. kena rendang ni bagai” Dengus Ira apabila tangan Qis
memegang bahunya.
“Ala..
sikit jer.. pakai dynamo hilanglah!”
“Banyak
la kau punya dynamo. Kalau tak hilang, kau ganti baju aku!”
Mengekek
mereka ketawa.
“Puan
Maryam apa khabar?” Soal Ira setelah ketawa mereka reda.
“Ummi
sihat tapi dia masih tak mahu tinggal dengan aku. Tak seronok katanya tinggal
di KL ni.,” keluh Qistina.
“Aku
risaulah dia duduk sorang-sorang kat sana. Walaupun Mak Long aku tinggal
berdekatan, namun risau aku tetap ada. Ummi tu bukan muda lagi. Kalau jadi
apa-apa, bukannya sekejap aku nak sampai ke rumah tu. Kalau dia depan mata aku,
legalah sikit hati aku ni.”
Ira
mendengar sambil mengangguk. Dia faham akan niat Qistina.
“Sama-samalah
kita berdoa supaya Allah lembutkan hati Ummi kau tu untuk datang tinggal
bersama kita. Kalau Ummi ada, mesti hari-hari kita makan sedap! Wei, kita tak
payah masak! Wah... seronoknya!” Terlebih pula si Ira ni.
Bab 4
We
don’t meet people by accident. They are meant to cross our paths for a reason
BAMMMM!!
“Allahu
Akbar!” Qistina terkejut. Keretanya dilanggar dari belakang. Siapa pula yang
langgar dia ni?
Qistina
melangkah keluar dari kereta dan terus menuju ke arah belakang kereta untuk
memeriksa kerosakan. Dari ekor matanya,
dia dapat melihat pemandu kereta yang melanggarnya juga keluar dan sedang menuju
ke arah dimana dia sedang berdiri.
“I am sorry, Cik. Saya tak sengaja. Terleka sebentar tadi.”
Terang lelaki itu jujur.
‘At least he is not giving excuses,’ bisik
hati Qistina.
“Kalau
sengaja taklah kita panggil accident
kan?” Soal Qistina. Matanya masih tertumpu pada bumper Viosnya yang kemek.
“Hmm.. Ini
kad saya. Why don’t we move our cars to
the side of the road and discuss this? Kita tak nak punca kesesakan lalu
lintas kan?” Ujar lelaki itu sambil memandang ke arah pemandu-pemandu yang
sedang sibuk menjengah dan menjeling ke arah mereka dari dalam kereta
masing-masing. Pemandu Malaysia
memang sangat prihatin.
Qistina
mengangkat kepala dan mengalih pandangan matanya dari bumper kereta kepada
wajah pemandu yang melanggarnya.
Bila mata mereka bertentang, kedua-duanya nyata terkejut. Ini Papa
Husna! Sekilas dia memandang ke arah kereta lelaki itu dan jelas kelihatan Husna
yang sedang tersengih sambil melambai-lambai ke arahnya dari tempat duduk
sebelah pemandu.
“Err..
awak Papa Husna.” Qistina berkata sambil menoleh sekilas memandang Husna sekali
lagi.
“Err...
awak?,”
Mungkin
Papa Husna juga ingat kepadanya. Terasa kecil dunia.
“Let’s move our cars first and we will talk
after, ok?” Pinta lelaki itu sekali lagi.
Qistina
mengangguk dan mereka berjalan ke arah kereta masing-masing.
Selepas
meletakkan keretanya di tepi bahu jalan, Qistina membaca sekilas kad yang
dihulurkan oleh Papa Husna tadi. Muhammad
Khalish Zafuan Bin Tan Sri Hamid. Seorang
Perunding Arkitek.
‘Oh, Datuk
Husna seorang Tan Sri rupanya.’ Terus ada segaris senyuman di wajah Qistina
bila teringatkan Husna.
Tiba-tiba
cermin tingkapnya diketuk. Terkejut Qistina dibuatnya.
“Sorry.” Ujarnya sambil menapak keluar. Kad
Khalish sudah diletakkan di atas dashboard.
“Husna wants to speak to you.” Papa Husna
berkata sambil tersenyum. Dua lesung pipit yang dalam jelas kelihatan. Sesuatu
yang Qistina tidak perasan ketika mereka di Cherating.
Pandangan
mereka bertaut untuk sesaat dua. Qistina membalas senyuman itu sebelum dia berjalan
menuju kereta di belakangnya. Khalish pula menuju ke belakang kereta Qistina
untuk memeriksa kerosakkan pada kereta itu.
“Hi Auntie!”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..hehe..
Auntie, ingat Husna tak?”
“Hmm....”
Qistina menjawab sambil menggaru dagunya.
“Macam
pernah jumpa. Tapi di mana ya?” Saja dia ingin mengusik si comel.
“Alaaaa...
Auntie ni.. kita kan jumpa kat Pantai Cherating hari tu. Takkan Auntie dah
lupa? Baru dua minggu lepas tau.
Husna tertolak Auntie masa Husna tengah kejar butterfly. Auntie ingat tak?” Beria-ia Husna nak mencuba mengingatkan
Qistina.
“Oh
ya. Baru Auntie teringat. Husna
sihat?” Soal Qistina.
“Husna
sihat. Auntie sihat? Sorry Papa
terlanggar kereta Auntie. Mesti Auntie terkejutkan? Kesian Auntie. Tulah tadi Papa
dia tengah sibuk marahkan Husna sampai dia leka.” Petah sungguh Husna ni.
“Husna,
let me speak to Auntie sekejap ya?” Tiba-tiba
kedengaran suara Papa Husna di belakang mereka.
“Ok Papa.
Thank you for allowing me to speak to Auntie.”
Alahai sopannya budak.
“So,
Cik? Err.. Can I get your name?” Tanya
Papa Husna.
“Qistina.”
“Oh ok.
Call me Khalish. So Cik Qistina, how do you
want to settle this? Nak buat laporan polis atau nak settle just between us?,” Khalish memandang tepat ke mata Qistina
sebelum pandangannya dialih semula ke kereta Qistina.
“Saya tengok
your car tu it’s just the bumper. If you
don’t mind, I can get it fixed for you. I
will get my workshop guys to contact you and it shall be fixed in no time. Tapi
kalau nak buat laporan polis, jom kita cari balai yang terdekat.,” Khalish
memerhati Qistina yang sedang memandang bumper keretanya itu.
“But involving the police is going to be
messy. Saya tak berapa suka birokrasi. But
who does, right? So can we settle
this just between us? I will pay for everything, of course. It’s my fault and
saya janji saya tak lari. Lagipun you
kenal Husna kan?” Panjang lebar Khalish menerangkan. Dan ada senyuman dihujung kata-katanya.
“Hmm..”
Ligat otak Qistina memproses kata-kata Khalish. Dia juga tersenyum tatkala nama
Husna disebut.
“Saya rasa
it will be less messy kalau kita tak involve the police. Sebab ni sikit saja.”
Sekali lagi Khalish mengulang fakta tersebut.
“Ok then. No police report. Where is this
workshop of yours? Saya perlu tahu berapa lama kereta ni akan masuk bengkel
supaya saya dapat mengatur jadual kerja saya. Di KL ni, memang patah kaki kalau
tak ada kereta sendiri.” Keluh Qistina.
“Papa,
Husna lapar lah. Lama lagi ke?” Kedengaran suara Husna dari celah cermin tingkap
kereta yang diturunkan.
Mendengar
pertanyaan Husna itu, Qistina merasa kesian. Yalah, budak-budak mana tahan
lapar.
“Ermm..
apa kata kalau Encik Khalish ikut ke Cafe saya? We can discuss this further and
Husna boleh makan?” Qistina memandang lelaki dihadapannya itu. Tampan juga
orangnya. Tinggi lampai dan berbadan tegap. Kulit putih kemerah-merahan macam
Husna. Tidak bermisai tetapi berjanggut sedikit. Berlekuk di dagu.
“Is it far from here?” Soalan Khalish
membuat Qistina terkejut sebentar dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.
“Oh no, err.. it’s just after this exit. About five kilometres from here.” Tergagap sebentar Qistina. Malu pula
kalau Encik Khalish ni perasan pandangannya yang jatuh lama tadi.
“Ok then. You lead the way.” Khalish
sudah melangkah semula ke arah keretanya.
Tak
sampai sepuluh minit, mereka sudah tiba ke Café Soleil. Di waktu senja begini memang kedai itu selalunya agak lengang. Yang ada cuma beberapa pelanggan yang
sedang menikmati kopi petang mereka. Selalunya mereka ini singgah ke Café dari
pejabat sebelum pulang ke rumah.
“Wah! Cantiknya
kedai Auntie.” Puji Husna sambil matanya memandang ke seluruh sudut kedai
itu. Badannya sudah
berpusing-pusing. Senyumnya melebar.
“Jom.
Husna laparkan? Kita makan dulu. Lepas makan, Auntie bawa Husna pusing kedai,
nak?” Pelawa Qistina.
“Nak! Okay,
jom!” Husna sudah melangkah laju ke sudut kafe. Qistina dan Khalish mengikut berjalan
dibelakang.
“Ok. So saya akan minta Ben datang ke sini
esok untuk dia tengok kereta awak. Kalau makan masa dan awak memerlukan kereta,
saya boleh pinjamkan kereta saya. You can
come pick it up at my office. You have my card, kan?” Soal Khalish
menyambung semula perbincangan mereka selepas selesai memilih makanan untuk
Husna.
“Yes, I do have your card. Tapi rasanya,
tak payahlah sampai nak pinjam kereta Encik Khalish. Saya boleh pinjam kereta
kawan saya.” Agak pelik kalau dia
meminjam kereta lelaki yang dia tidak kenali itu.
“Kawan
awak ada berapa kereta?”
“Err..
satu.”
“So,
kalau awak pinjam kereta dia, dia nak guna apa?”
“Err..”
“That will inconvenience him or her. So why
don’t you just take my car. Lagipun saya yang sebabkan kereta awak masuk bengkel.
Jadi memang patutlah saya yang meringankan beban awak.”
“Hrmm...”
“Ya lah
Auntie. Pinjam saja kereta Papa. Papa tu ada tiga kereta!” Husna menyampuk
walaupun mulut dia penuh.
“Husna,
please eat your dinner quietly. A lady
does not speak with her mouth full.” Tegas suara Khalish.
Qistina
tersenyum memandang Husna yang sudah mencebik.
“Encik
Khalish, saya ... ”
“Just call me Khalish, please.”
“Err..
ok.. hrmm.. Khalish. Let’s just see what
Ben has to say tomorrow, ok?
Kalau setakat dua, tiga hari, InsyaAllah I
can survive without my car. But if it is more than that, then I will let you know, ok?”
“Ok. Agreed.”
“Ok. Great. So, why don’t you have your dinner
here too? Husna is already having hers and it looks like she’s enjoying it very
much.”
“Auntie,
this spaghetti is so yummy!” Alahai.
Comot dah mulut Husna.
No comments:
Post a Comment