Monday, 3 November 2014

Bab 3 : MAIN-MAIN CINTA - HANA EFRIENA

       

         
            KUKU tangan ku gigit perlahan. Mata diliarkan ke kanan dan ke kiri. Pintu yang terpampang ‘Bilik Pensyarah 3’ aku pandang dengan dada yang dah nak meletup sakan.
        “Cari siapa?”
        Oh emak kau cari abah kau!”Aku termelatah. Hampir saja gerangan empunya suara garau itu hendak ku hempuk dengan buku tebal di tangan.
        Seketika, kedengaran suara ketawa seseorang. Tawa yang sedap didengar. Dan paling penting... tawa yang dah berjaya mengganggu-gugatkan jiwa aku.
        Darah gemuruh mula naik menyerbu ke segenap ruang. Dia? Ya Allah.. malunya!
         “You melatah, Thahirah?” Dia renung wajah aku dengan bahu yang masih terhinggut-hinggut menahan tawa.
         Aku senyap. Satu patah kata pun tak bisa keluar dari mulut.
        “Cari I?” Dia ajukan soalan lain pula. Mungkin sebab aku tak membalas soalan pertamanya. Tawanya juga sudah mula beransur reda.
        Aku masih lagi bagaikan disuntik ubat pelali. Tetap teguh menghalakan pandangan menatap seraut wajah yang cukup maskulin itu.
        “Sekali lagi, Thahirah. You nampak terkelu bila jumpa I. Teruknya.” Dia senyum menampakkan dagunya yang terbelah. Gigi pula elok tersusun cantik. Sempurna!
        “A... apa dia, Dr. Raed?” Aku mula tersedar. Beg sandang yang aku galas aku betul-betulkan sedikit.
        “You cari I ke?” soal dia lagi. Untuk kali kedua soalan sama itu diajukan.
        Err... semalam.” Aku jadi serba-salah nak teruskan bicara.
        Kalau boleh tak naklah ungkit hal semalam sebab salam dia pun aku tak sempat jawab, sedar-sedar saja butang merah yang aku tekan.
        Lepas tu, barulah pesanan ringkas daripada dia yang masuk ke dalam inbox. Mengatakan hendak berjumpa dengan aku pagi ini. Jadi, patut ke dia tanya aku soalan macam tu? Dia ni agak pelik juga. Pelik bin ajaib!
        Oh... I lupa I yang text you semalam suruh jumpa I. Come.” ajak dia selepas tersedar akan kealpaannya lalu daun pintu dilebarkan sedikit. Aku diam membatu.
        Dia tolong bukakan pintu untuk aku? Biar benar ni?
        “Thahirah, takkan nak discuss dekat sini?” Keningnya terangkat sebelah. Aku pandang dia terus.
        “Jangan pandang I macam tu...” tegur dia serius. Tapi, entah kenapa mata aku seakan nampak dia seperti sedang menahan senyum daripada terukir.
        Huh?”
        “Nanti jantung I tembus.”
        Huh?” Lebih kuat suara aku kali ni.
        Dia ketawa.
        “Tak ada apa-apa. Come.” ajak dia lagi. Daun pintu semakin dilebarkan.
        Aku mula rasa gerun hendak masuk. Apatah lagi bilik itu cuma menempatkan dia dan Mr. Rayden. Kalau aku masuk, tak timbul fitnah ke? Tiba-tiba otak aku melencong.
        “Dr. Raed... err...” Terketar-ketar aku nak menyoal dia.
        “Jangan bimbang, Mr. Rayden ada sekali.” Seperti bisa menyelami hati aku, dia juihkan bibir pada Mr. Rayden yang sibuk membelek kertas ujian pelajar.
        Pada masa yang sama, Mr. Rayden juga turut angkat wajah. Mungkin terasa namanya diseru oleh Raed Zayaz agaknya.
        Hai! Thahirah.” tegur Mr. Rayden ramah. Siap angkat tangan lagi.
        Namun, sesaat aku nampak wajah Mr. Rayden berubah bila Raed Zayaz aku nampak sedang memakukan pandangan pada Mr. Rayden.
        Oh... hai, Zia.” Nama lain pula yang Mr. Rayden sebut. Aku buat muka. Apa kena dengan dua orang ni?
        Hai, Mr. Rayden.” Aku balas sapaan Mr. Rayden mesra.
        So, are you come in?” soal Raed Zayaz pada aku pula. Aku jatuhkan kepala perlahan-lahan.
        Raed Zayaz senyum melebar.
         “Duduk dulu, I ada benda nak cakap dengan Mr. Rayden.” Kerusi ditarik untuk aku.
        Sumpah, aku rasa nak pitam waktu ni juga. Ini layanan first class betul dia bagi pada aku!
         
       
         
HAMPIR sepuluh minit aku lihat Raed Zayaz bercakap-cakap dengan Mr. Rayden sebelum kaki tegap itu melangkah mendapatkan aku.
        Sesekali aku lihat Mr. Rayden melirik pada aku sebelum lelaki cina itu kalihkan matanya pada Raed pula. Senyuman mengejek pula terhias pada bibir Mr. Rayden. Dan pastilah senyuman itu untuk tatapan Raed.
        “Kenapa letak waktu I call semalam?” Soalan lurus dari si dia saat duduk sudah dilabuhkan berdepan dengan aku.
        Aku yang sibuk menelek kuku terus panggung kepala. Tak semena saja terasa bagaikan disimbah sesuatu pada wajah saat soalan jujur itu meluncur dari bibirnya.
        “Terkejut?” soal dia lagi. Kedua-dua belah tangan Raed sulamkan lalu dia bawa pada bibirnya. Mata masih galak memerhatikan aku.
        “Ada hal penting ke Dr. Raed nak jumpa saya?” Sengaja nak alih topik kami.
        “Hanya selepas you jawab soalan I.”
        Hah?”
        “Thahirah...” Meleret nama aku diserunya. Aku mula rasa tak selesa.
        Just answer my question,” suruh dia tegas.
        “Saya ada kuliah kejap lagi.”
        “Bila I tanya you dan you tak jawab, patut tak I gelarkan you pelajar yang no manner?” Tiba-tiba. Suara dia pun dah berubah sedikit keras. Mungkin geram akan kedegilanku.
        Huih... sentap gila ayat Raed Zayaz ni.
        No manner? Bukan ke dalam Bahasa Melayu maksudnya, tak ada adab? Ohoii... ini dah mencabar aku nampak gayanya.
        “Dr. Raed dah menceroboh privasi saya.” Aku yang mula tercuit dengan kata-katanya mula lencong topik kami. Kalau dia boleh hentam aku, aku pun bolehlah.
         Dia herotkan bibir.
        “Maksud you?”
        “Dr. Raed curi nombor telefon saya.” Aku bidas dia balik. Wajah dengan sendiri dah mencuka.
        Paling tak menahan, aku lupa siapa dia dan siapa pula aku. Ini memang betul-betul tak ada adab.
        “Bila masa pula I curi?” Ton dia macam tengah terkejut.
        “Semalam tu,” ungkit aku.
        “I tak curi. I mintalah,” sahut dia tak nak mengalah. Wajahnya berkerut tika menafikan tuduhanku.
        “Tapi...” Aku nak membidas, namun dia dah bijak pula mematikan kata-kata aku.
        “Dan I minta pada Qalsum, dia yang rela hati bagi pada I. Jadi, patut ke you tuduh pensyarah you macam tu? Lagi kejam tuduhan you sebab I dapatkan nombor telefon you untuk I serahkan.”
        Bicara kerasnya terhenti. Tangan sasa itu tiba-tiba menolak beberapa helai nota kepadaku. Aku terkebil-kebil pandang dia.
        “You cakap you tak faham Taxation. I dah buatkan nota untuk you, I harap you tak ada masalah pasal subjek yang I ajar lepas ni.”
        Tak sempat aku nak proses kata-katanya, aku nampak dia dah bangkit berdiri. Muka dia pun dah berubah lain macam. Tegang!
        I’m done, Thahirah.” tukas dia serius. Aku kerutkan kening. Mendongak pandang dia yang sedang mencerun memandang wajahku.
        Dia ni dah kenapa? Tiba-tiba nak beralih angin. Muka pun dah ketat semacam. Atau... dia terasa dengan kata-kataku sebentar tadi?
        Ya Allah, Zia! Apa kau dah buat ni?
         Dia sanggup susah-payah buatkan nota untuk kau sebab penipuan kau tu. Dan kau boleh tuduh dia macam tu? Sah sangat-sangat sekarang ni... Raed Zayaz memang sentap dengan aku. Matilah kali ni!
        Err... Dr. Raed...”
        I’m leaving,” pintas dia sekali lagi.
        Aku nampak dia sambar beberapa buah fail di atas meja. Tanda dia sudah bersedia hendak memulakan kuliahnya yang lain pula pada pagi ini.
        Keluhan lemah terhela daripada bibir aku. Aku bangun perlahan-lahan.
        “Saya minta maaf kalau Dr. Raed terasa dengan kata-kata saya tadi.” Tak adil rasanya kalau aku tak minta maaf pada dia.
        Sudahlah dia bersusah-payah melayan ‘auta’ aku. Mana ada pensyarah yang begitu ‘baik hati’ macam Raed Zayaz hendak buatkan nota tangan untuk pelajar sendiri. Kalau ada pun, tak ramai. Dan dia buat nota itu semata-mata kerana aku.
        Hmm...” gumam dia sambil berpura-pura menyibukkan diri. Sambar itu, sambar ini.
        Macamlah aku tak tahu dia sedang menunjukkan protes padaku. Tapi, patut ke? Ah... aku sendiri dah keliru dengan gelagat dia yang berubah-ubah.
        “Saya pergi dulu. Terima kasih untuk nota ni. Dan maaf.” Aku tuturkan sekali lagi ungkapan maaf.
        Dia buat tak dengar. Usai saja aku bagi salam, aku atur langkah ke muka pintu.
        Tak sedar bila dia menyaingi langkahku, tiba-tiba terasa ada tangan yang memulas tombol pintu.
        Aku paling ke belakang. Dia suruh aku keluar dulu dengan isyarat matanya itu. Sebaik saja pintu ditutup, dia sudah halakan kaki ke kanan, manakalah aku pula memliih arah bertentangan kerana tempat kuliah kami yang berbeza.
        Baru beberapa tapak, aku terasa namaku seperti diseru oleh suara garaunya.
        “Thahirah.”
        “Ya.” Aku kalih tubuh menghadap dia yang sedang berdiri beberapa tapak daripada aku. Wajahnya masih sama. Tapi, cuma kali ni lebih kendur. Tidak setegang tadi.
        “Jangan rasa bersalah.”
        “Apa dia?”
        “Jangan rasa bersalah kalau I macam ni. Sebab yang salah bukan you, tapi I.” Siap saja dia habiskan ayat, aku nampak dia tergesa-gesa pergi meninggalkan aku.

        Terkelu sekejap aku dibuatnya. Sebenarnya... kenapa dengan seorang Raed Zayaz ni? Aku jadi pening!


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget