Monday, 3 November 2014

Bab 4: MAIN-MAIN CINTA -HANA EFRIENA


            AKU alih mata ke kiri bila terasa diri sedang direnung tajam. Ternyata tebakanku memang benar bila mata Qalsum bagaikan helang memerhatikan aku.
        Kening aku naikkan sebelah. Menyoal dia secara bisu. Tapi, Qalsum tetap begitu. Masih berminat merenung aku tanpa sepatah kata.
        “Qay...” tegur aku sedikit kepelikan.
        Qalsum merengus. Dengan kasar dia engsot tubuh dia rapat pada dinding sebelum anak patung berwarna merah jambu kepunyaan aku itu dia peluk erat. Alahai... muka nampak macam marahkan aku, tapi kepunyaan aku juga yang dia duk peluk.
        “Bengang betul aku dengan kau ni,” rungut dia. Aku garu hujung dahi.
        “Kalau bengangkan aku, cuba bagitahu apa salah aku. Sekurang-kurangnya aku tahu.” Aku sindir dia tanpa memandang wajahnya.
        “Kau tahu salah kau, Zia.”
        “Qay, aku betul-betul tak tahu!” bentak aku naik geram.
        Kalau aku tahu, ingat aku rajin ke nak ajukan soalan itu pada dia?
        “Abang Raed nak buat quiz  esok.”
        “Yalah, habis tu?”
        Memang benar Raed Zayaz ada menyatakan hal itu dalam kelas petang tadi.
        “Dia buat quiz esok, Zia.” Tekan Qalsum sedikit.
        “Ya, aku tahu...” Aku iakan.
        “Mesti semua sebab kau ni.” Jari Qalsum naik melentik.
        Aku terkedu.
        “Apasal pula? Qay, kau ni makin lama, makin mengarut betul,” cemuh aku lalu nota pemberian Raed aku belek tekun. Dah kata esok ada quiz Taxation, sah-sahlah aku kena ulang kaji.
        “Dia macam nak kenakan kita. Tak. Nak kenakan kau sebab tu dia buat quiz spontan kan?” Qalsum buat andaian sendiri. Aku tepuk dahi.
        “Allah, Qay. Kau ni memang makin teruk dah ni. Aku ingatkan wayar dekat kepala kau saja yang tercabut, rupanya kau dah dapat penyakit nyanyuk sekali.” Aku bagi dia kata-kata pedas.
        Qalsum melopong. Sah, dia tak faham apa aku nak cakap.
         Melihat Qalsum masih terpinga-pinga, aku letak bahan ulang kaji ke tepi. Bangkit berdiri lalu tubuh dia aku heret menuju pada papan putih yang selalu kami guna untuk mencatat sesuatu.
        “Tu...” Mulut aku muncung pada papan putih miliknya. Qalsum ikut pandang. Seketika, aku nampak dia dah tersengih-sengih bak kerang busuk.
        “Lain kali jangan nak tuduh melulu. Kau yang main-main sampai tak ingat dari minggu lepas lagi Dr. Raed bagitahu nak buat quiz.” Aku lepaskan rasa marah di hati.
        “Lupa.” Dia bersuara serba-salah.
        Aku apa lagi... terus tarik muka empat belas. Senang-senang dia nak lambakkan salah pada aku. Walhal diri sendiri yang main-main.
        Alaa... Zia, kau merajuk ke? Aku betul-betul lupalah. Ingatkan dia nak kenakan kita sebab kau dah kurang ajar dengan dia...” Qalsum mengekor aku.
        “Mahu tak marah dan pembetulan, aku tak kurang ajar. Tapi, terlebih laku sedikit saja.” Aku julingkan biji mata.
        Qalsum kebam bibirnya sendiri. Rasa bersalahlah tu!
        “Ziaa.” Dia cuit-cuit paha aku bila aku dah mula katup mulut. Nota di tangan aku perhati penuh ralit.
        “Marah sangat ke? Tak sengajalah, Zia.” Dia merengek. Lalu dengan manja dia lentokkan kepala pada bahu aku.
        Aku hela nafas perlahan. Ini yang aku lemah ni. Kalau dengan Qalsum, tak adanya aku nak gaduh lama-lama. Aku hulur buku rujukan Taxation pada dia.
        Study, Qay. Esok quiz. Jangan sibuk bercinta aje.” Aku geleng kepala mengingatkan perangai Qalsum yang mabuk bercinta dengan Syaqil.
        Qalsum senyum senget dengan sindiran aku. Memang nampak sangat kata-kata aku ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aduhai Qalsum.
        “Kau dah tak marah aku?”
        “Kau kenal aku macam mana kan?” Aku ajukan soalan balik.
        Qalsum senyum. Tak tunggu lama, tubuh aku dipeluknya erat.Sampaikan terkapai-kapai aku hendak lepaskan diri.
        “Sayang kau, Zia.” Pipi aku dia kucup bertalu-talu. Aku dah mula rimas.
        Woi! aku nak study ni.” Aku cubit bahu dia. Menyeringai Qalsum. Tapi, apalah sangat cubitan aku tu. Sekadar cubitan manja seorang teman.
        “Zia...” Dia panggil aku lagi setelah lima minit kami masing-masing leka mengulangkaji.
        Hmm...
        “Mana kau dapat nota tu? Tulisan tak macam tulisan kau pun...” tegur Qalsum membuatkan aku tercekik liur sendiri. Aku lupa nak bagitahu dia pasal ni.
        Hmm... adalah,” jawab aku acuh tak acuh. Qalsum simpan riak curiga.
        “Jangan cakap.” Qalsum dah mula nak bersyak wasangka.
        “Ya, Abang Raed kau tu bagi.” Aku malas dah nak sembunyi-sembunyi rahsia.
        “Serius?” Suara Qalsum kedengaran teruja.
        Aku pandang Qalsum lalu angguk selanba.
        “Wahh!” Dia bersuara kagum.
        “Baca buku tu, Qay.” Mula rasa terganggu dengan suaranya.
        Qalsum angkat kedua-dua belah tangan. Senyuman senget penuh makna terbias pada wajahnya.
        “Sahlah sekarang ni...”
        “Apa?” Aku soal dia sepatah. Sedikit berminat dengan bicaranya.
        “Abang Raed dah angaukan kau!” Qalsum gelak. Sempat lagi tu!
        “Gila!” Aku muncungkan bibir lalu pusing membelakangkan dia. Pipi tiba-tiba bertukar merah.
        Ya Allah, apa hal aku nak blushing bila sebut nama dia ni? Monolog suara hatiku dari dalam.
        “Tak lama lagi makan nasi minyaklah aku. Alahai...” Qalsum sengaja tinggikan suara dari belakang. Nak aku dengarlah tu.
        “Qay...” Aku paling kepala ke belakang. Dia senyap sekejap. Hanya matanya yang sedang menyoal aku.
        Game... kau masih ingat kan?” Aku ingatkan dia.
        “Kalau betul-betul pun apa salahnya...” Leret Qalsum. Aku jeling maut dekat dia.
        “Sekali lagi kau cakap mengarut, aku study dekat luar.” Aku ugut dia.
         Sempat aku tangkap tawanya sebelum Qalsum dengan rela hati bangkit dari katil lalu duduk di tempatnya sendiri. Tahu takut! Aku berdetik bangga dalam hati.
        Baru aku nak sambung menelaah, telefon bimbit ku sudah lantang berdering. Aku tergamam melihat nama pemanggil. Nak angkat ke tidak? Kalau tak angkat... alasan apa aku nak bagi? Sudahnya aku buat keputusan untuk menekan butang hijau.
        “Qalsum ada?” Tanpa salam, dia dah terjah aku. Suaranya memang dingin sekali. Aku terkelu sekejap.
        “Thahirah, I tanya ni. Qalsum ada tak?” soal dia lagi. Keras.
        Hah? Err... ada-ada... nak cakap dengan dia ke?”
        Tanda soal dah mula berselirat. Dia nak cakap dengan Qalsum, yang dia telefon aku apa pasal? Takkan tak tahu nak beza dah kut?
        “Tak payah.” Dia bersuara dalam ton yang masih sama. Dingin dan beku.
        “Habis tu?”
        “Suruh dia check telefon bimbit dia, penat I call dari tadi. Kalau tak tahu nak guna, suruh dia campak telefon bimbit dia tu dalam tong sampah.” Aku dapat cam suaranya yang kedengaran marah.
        Aku jarakkan telefon bimbit. Nak marah Qalsum, yang dia seakan sembur aku tu kenapa? Atau dia ni sedang marah dua dalam satu? Mulalah aku nak berfikiran negatif.
        “Ya, nanti saya sampaikan.” Aku balas sopan. Tak mahu dah kena cop tak ada adab, nanti aku juga yang sentap.
        Hmm...”
        “Ada apa-apa lagi ke?” Aku soal dia.
        “Kenapa?” Dia soal aku balik pula dah.
        “Saya nak ulang kaji, esok ada quiz kan?” Aku bersuara teragak-agak.
        Suasana tiba-tiba saja sunyi. Aku kerutkan kening. Sekali lagi aku intai skrin telefon.
        Membulat mata aku untuk seketika. Suka-suka dia saja matikan telefon macam tu. Dah nampak macam orang tak siuman pula aku duk bercakap seorang diri. Dia nilah


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget