Sunday, 29 March 2015

Bab 6: JODOHKU & JANJI-NYA - SUZANA SULAIMAN


BERKALI-KALI dia cuba menghadamkan bacaannya tetapi dia tetap gagal. Sudah lebih sepuluh minit dia tersangkut pada muka surat ini. Entah berapa kali sudah dia mengulang baca setiap perenggan. Penting sebenarnya untuk dia memahami konsep yang sedang dia baca itu kerana dia perlu membentangkan pada mesyuarat mingguan nanti. Namun, tumpuannya hilang. Jannah mengeluh perlahan dan membuang pandang ke luar tingkap.

“So, what is eating you?"

Jannah terus menutup buku di tangan dan meletakkan ia ke atas meja. Dia memandang kepada tuan badan yang bertanya.

“Huh?”

“I know that face, woman. Kita bukan kenal semalam.”

“Tak ada apa-apalah. Aku okey.”

“Jannah, kau tak pernah pandai nak menipu. Aku tahu ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran kau sekarang, kan? I can smell it. Dah beberapa hari aku tengok muka kau tu. Asyik nak berangin je.”

“Angin? Mana ada tangachi!”

Safi membulatkan matanya. Bibirnya dicebikkan.

“Haiyo Jannah, bagitau je la cepat! Aku tak nak tengok muka jeruk kau tu. Apa halnya ni? Ataupun siapa lelaki yang dah menggugat hati kau ni? Aku kenal tak?” tanya Safi sambil menaikkan keningnya yang lebat. Duduknya di sofa dibetulkan.

Jannah merenung Safi yang sedang tersengih dan teruja memandangnya.

“Mamat.”

“What? Mamat?” teriak Safi tiba-tiba.

“Hoi, apa hal kau ni?? Yes, a guy but this guy is so annoying tau tak?”

“Annoying, kenapa? Dia buat apa?”

“Bukan buat tapi kata.”

“Dia kata apa?”

Jannah mendengus kuat. Duduknya juga ditegakkan.

“Kau tahu, dia baru jumpa aku dua kali, dua kali okey, lepas tu tiba-tiba dia boleh kata dia nak jadi imam aku! Apa kes?!”

Safi ketawa kuat. Selepas ketawanya reda, dia bangun dan datang memeluk Jannah dengan erat.

“Hish kau ni, kenapa?” bentak Jannah sambil cuba merenggangkan pelukan rakannya itu.

“Aku happy sangat dei!” Safi melepaskan pelukan dan kembali duduk ke sofa.

“Banyaklah kau punya happy! Kau tahu tak dia kata apa lagi?”

“Apa?”

“Dia kata aku ada this facade and behind this harsh facade, ada hati yang lembut dan penyayang! Huh! Mengarut betul!! Nasib baik aku tak termuntah masa dia cakap macam tu tau.” Mengingatkan rupanya yang tergamam ketika itu, membuatkan dia bertambah geram dengan lelaki itu. Dia pasti lelaki itu mentertawakannya. Entah-entah insiden itu juga telah dikongsi dengan rakan-rakan bikers mereka.
Safi ketawa lagi. Kelakar melihat reaksi Jannah.

“Eh, tapi aku rasa apa yang dia cakap tu betul, tau! Di sebalik sikap keras kau tu, kau memang lembut dan penyayang. Oh Jannah, aku suka dialah!” ujar Safi selepas tawanya reda.

“Tapi aku tak suka. Serius!”

“Why? He obviously likes you enough! Aku rasa tak pernah lagi ada lelaki yang this direct with you, right?”
Jannah mengangguk perlahan.

Mereka terdiam sebentar.

“Tapi berani kan dia?” soal Jannah tiba-tiba dengan segaris senyuman di bibir. Walaupun dia tidak suka tindakan itu namun dia tetap kagum dengan keberanian yang ditunjukkan.

“Berani habis! Aku suka! Kenal kat mana? Apa nama dia? Handsome tak?”

“Jihad Mikhael. Kawan Malek. Baru joined group Malek.”

Safi mengangguk laju.

“Wow, what a name! Handsome tak?”

“Kenapa? Ada beza ke kalau dia handsome atau tak??”

“Mestilah ada! Kau tu cantik, jadi pasangan kau pun mestilah handsome! Baru padan bila jalan sebelah-menyebelah!”

“Banyaklah kau punya sebelah-menyebelah! Bagi aku, paras rupa bukan segalanya. It doesn't make a man,” jawab Jannah tegas. Sungguh dia tak faham apabila manusia suka benar memandang kepada luaran seseorang. Pada dia, apa yang di dalam lebih penting.

“Ya ya… but still, you know. Doesn’t hurt if he is an eye candy.”

Jannah mendongak ke siling.

“I am not answering that. Ada rezeki nanti, kau boleh tengok sendiri and decide for yourself.”

“Atau kau nak cari stok-stok hafiz quran atau ustaz? Ada ramai kat Perkim tu kalau kau nak. Mualaf pun ramai. Aku boleh kenalkan.” Sempat Safi mengusik.

“Dan kau rasa lelaki-lelaki macam tu akan menjadi suami yang lebih baik?”

“Mana aku tahu. Tu yang aku tanya ni, apa yang kau cari dalam diri seorang lelaki?"

“Dah kenapa pulak tiba-tiba kita bercakap pasal ciri-ciri lelaki yang boleh dijadikan calon suami? Bila masa aku nak cari suami?”

“Ala… layan je la… cepat la jawab!”

Jannah menjeling sahabatnya itu.

“Malas la aku.”

“Nur Jannah Zahraa! Kau ni tak sporting la! Cepatlah!” Safi membulatkan matanya yang memang sudah sedia bundar itu.

“Apa yang aku nak mestilah sama macam apa yang setiap wanita mahukan.”

“Apa? Cuba kau senaraikan kriteria kau.” Safi menanti penuh teruja. Bukan senang untuk mereka berdua berbincang topik sebegini. Selalunya Jannah pandai menukar topik.

“I want a man who knows what he wants. Who goes for it regardless. Fierce in protecting his loved ones. A good family man. Seorang lelaki Islam yang faham akan tanggungjawabnya sebagai khalifah.”

“Wow, hebat. Panjang juga kriteria kau ya.”

“Mestilah. Kita kan mencari pasangan dunia akhirat?”

“Betul, betul, tapi sebelum kereta api ni terbabas ke destinasi lain, cuba kau cakap kat aku kenapa kau tak suka this guy? Kenapa kau tak mahu bagi dia peluang?”

“Sebab aku malas!”

Safi mengeluh.

“Tapi, kalau dia jodoh kau?”

“Kalau dia jodoh aku, tak ada apa yang aku buat akan menidakkan aturan itu.”

“Apa kata kau bagi dia peluang?”

“Safi, kau tahukan tolerance level aku macam mana?”

Safi juga kembali bersandar di sofa. Wajah sahabat kesayangannya itu ditatap seketika. Kenapalah sukar benar untuk Jannah menerima seorang lelaki dalam hidupnya?

“Kalau dia masih nak cuba? Kalau dia sebegitu berani, aku tak rasa dia akan terima penolakan kau tu macam tu je. I bet he will keep trying.”

Jannah sekadar memandang Safi. Sungguh dia malas. Permainan hati dan perasaan inilah yang cuba dielakkan selama ini. Banyak lagi perkara penting yang dia boleh lakukan daripada terjebak ke dalam permainan itu. Permainan yang boleh melemahkan diri dan kadangkala menukarkan keperibadian seseorang.

“It is nice to be loved, you know,” ucap Safi perlahan.

“I know.”

“But to be loved, you have to be lovable.”

“What, am I not lovable enough?!” Jannah terus membulatkan matanya.

“Erk?”

Pecah ketawa dua rakan baik itu.

PANDANGAN Jannah tertumpu pada lelaki yang sedang duduk membelakanginya itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menerjah lelaki itu tatkala dia mula-mula nampak kelibatnya tadi. Namun, hasratnya itu dipendam seketika kerana tidak mahu mengganggu perbincangannya dengan Qayyum. Tetapi sebaik sahaja Qayyum beredar, langkahnya terus diatur laju menuju ke meja itu.

“Assalamualaikum. Maaf mengganggu,” ucapan salam diberikan kepada dua lelaki yang nampak seperti baru sahaja selesai makan malam.

Apabila lelaki itu menoleh memandangnya, riak lelaki itu jelas menunjukkan dia terkejut dengan kehadiran Jannah di situ.

“Waalaikumussalam. Err… hai,” sapanya. Memang Jihad terkejut.

“Hai. Maaf, boleh kita bercakap sekejap?” tegas nada suara itu. Tiada senyuman.

“Sure. Tapi kenalkan dulu, kawan saya, Farouk.”

Pandangan Jannah berpindah kepada rakan Jihad yang sedang duduk berhadapan dengannya.
Farouk menghulur tangan. Jannah sekadar mengangguk. Tidak menyambut tangan yang dihulur.

“Oh, sorry. Nice to meet you.” Farouk turut sama mengangguk.

Senyuman muncul di bibir gadis itu tapi cuma untuk sesaat dua sebelum wajah itu menjadi tegang semula.
“Jihad, shall we?” Pandangannya tajam merenung Jihad.

“Err, tak apa. Apa kata you duduk saja kat sini dan bincang? Saya pun nak ke kedai buku kejap.” Farouk pantas memberi cadangan. Dia tidak selesa untuk berada di situ. Wajah Jannah sudah cukup membuktikan ada sesuatu yang serius mahu dibincangkan. Farouk bangun tanpa menunggu reaksi kedua-dua insan di hadapannya itu.

“Khael, aku jumpa kau kat MPH kejap lagi, okey?”

“Okey. Thanks.”

Farouk mencapai beg sukannya dan terus berlalu.

Pandangan mereka tertumpu ke arah Farouk seketika.

“Jemput duduk,” pelawa Jihad sopan.

“Kau ni kenapa?” soal Jannah terus. Lantang.

“Duduk dulu, Jannah.” Sekali lagi Jihad mengajak. Lembut.

Jannah mendengus perlahan. Dia duduk tetapi matanya masih tajam merenung Jihad yang nampak tenang.

“Kenapa ni?” Jihad pula menyoal.

“Aku yang patut tanya kau tu kenapa? Aku nak tahu kenapa kau asyik ikut aku?? Kau ingat aku tak nampak ke? You have been following me around all week!” bentak Jannah. Sudah dua kali dia menahan sabar tapi hari ini kesabarannya sudah habis.

“So you saw me too?”

“Yes! Not once but twice! I am very aware of my surroundings. Nasib kau baik sebab aku tak buat laporan polis,” balas Jannah geram.

“Boleh tak awak cuba lembutkan sikit suara tu? Awak tu perempuan, Jannah.” Jihad meminta seraya mengingatkan. Suaranya masih tenang walaupun sedang berdepan dengan Jannah yang nyata sedang meruap marah.

‘Apahal mamat ni?’ dengus Jannah dalam hatinya yang semakin panas.

“Suara aku suka hati akulah. Kalau kau tak suka kau boleh blah! Tapi aku nak jawapan sekarang!” bentak dia lagi. Menahan diri daripada berdiri. Dia perasan sudah ada mata-mata yang mula memandang ke arah mereka.

Jihad menghela satu nafas.

“Jannah, tak manis awak nak melenting di tempat awam.”

Jannah menarik nafas dalam-dalam. Ikut hati, memang kakinya terasa ringan mahu bangun dan meninggalkan lelaki itu. Namun, ada perkara yang perlu dirungkaikan dan dia memujuk hatinya supaya bersabar.

“Kalau nak berbincang, awak tak boleh marah-marah macam ni.” Suara Jihad masih lembut memujuk. Betul kata Malek, dengan Jannah, dia memang perlu banyak bersabar.

“Aku nak tahu kenapa kau selalu mengekori aku?” Intonasi suara Jannah masih keras walaupun suaranya sudah diperlahankan.

“Saya tak ekori awak.”

“Ya Allah, tolong jangan menipu. Aku paling benci orang yang menipu.”

Jihad laju menggeleng.

“Saya tak menipu, Jannah. Isnin lepas, saya ada mesyuarat di Wisma Genting. Kebetulan masa saya menunggu di lobi, saya nampak awak. You were talking to someone. Khamis lepas, I was doing my monthly grocery shopping, sekali lagi saya ternampak awak. Dan hari ini, saya sedang makan malam selepas game badminton saya. Awak boleh tanya Farouk kalau tak percaya,” jelas Jihad. Suaranya sama tegas. Dia tidak suka dituduh menipu.

Jannah memandang tidak berkelip. Tidak tahu sama ada untuk percaya atau tidak. Yang pasti sudah tiga kali dalam minggu ini, dia ternampak lelaki ini.

Jihad juga sedang merenung gadis di hadapannya itu. Padanya ini satu lagi petunjuk daripada Allah bahawa gadis ini akan menjadi miliknya. Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang ini telah menunjukkan kepadanya sisi Jannah yang belum pernah dia lihat. Dia teringat pada riuh perbualan Jannah bersama temannya di pasar raya. Dia teringat betapa anggunnya Jannah berpakaian formal semasa di Wisma Genting. Perlahan-lahan satu garis senyuman terbit di bibirnya.

“Ayat dua belas Surah Al-Hujurat, maksudnya, Wahai Manusia, elakkan daripada membuat andaian, kerana andaian itu boleh membawa kepada dosa. Trust me, Jannah, I was not following you. Semua ini kebetulan yang telah Allah susun.”

“I don’t know you enough to trust you.”

“Then get to know me. Insya-Allah, you will know that I am not a player. Jika saya seorang player pun, rasanya saya tak akan sampai menghendap anak dara orang. That is so lame. Saya bukan budak-budak.” Jihad ketawa kecil. Terbit rasa lucu di hati tatkala membayangkan kemungkinan itu. Memang tak pernah dia buat kerja mengintai anak dara orang.

Ketawanya hanya disambut oleh renungan Jannah. Jauh benar nampaknya fikiran gadis itu melayang.

“Jannah, trust me, okay?”

“Trust is something you earn and not freely given, Jihad. Assalamualaikum.” Jannah bingkas bangun dan meninggalkan meja itu.

“Dan demi Allah, itu yang saya akan lakukan,” bisik Jihad sendirian.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget