Saturday 4 February 2017

Prolog : LELAKI UNTUK ZINN - EZZA MYSARA


PINTU kafe ditolak. Seperti biasa, Zinn akan memesan minuman Coco Latte kesukaannya. Lagipun, matanya berat semacam hari ini. Usai menerima pesanan dan membayar, Zinn kembali menapak ke pintu kafe.
Baru sahaja dia hendak menolak pintu kafe, telefon yang berada di dalam beg tangannya berbunyi nyaring. Dalam kalut hendak mencapai telefon bimbitnya, dia telah melanggar seseorang.
Oh, crap! Pagi yang haru biru!
“Oh.. sorry... sorry.”
Habis tumpah Coco Latte di kemeja lelaki yang menunduk itu.
Tangan kanannya kalut memegang beg tangan. Di bahagian kirinya pula memegang minuman. Buru-buru Zinn mengeluarkan tisu dari beg tangannya. Sementara itu, telefonnya masih menyalak nyaring!
It’s okay. Just pick up your phone. It must be urgent. At least, berbaloi jugak awak kotorkan kemeja saya tadi untuk dapatkan telefon tu,” saran lelaki itu sambil mengangkat muka.
Pegun!
Tisu yang sudah dihulur itu dibiar tanpa disambut. Lalu perlahan-lahan jatuh ke lantai kafe. Pandangannya langsung tidak mampu dialihkan.
Wajah lelaki itu sudah tidak bersih seperti dahulu. Ada janggut yang menghiasi wajah itu. Raut wajahnya sudah berubah matang. Malah badannya juga berisi sedikit.
Oh, sudah lapan tahun berlalu Zinn. Pasti ada banyak perubahan yang terjadi termasuklah perasaan dan hatinya.
Tanpa pamitan, lelaki itu terus meninggalkan dia yang terpinga sendiri. Kakinya seakan-akan tidak berjaya jejak ke bumi.
Dia?
Dia dah balik?
Kenapa dia buat-buat tak kenal?
Dia dah hilang ingatan ke?
Atau...
Lelaki itu dah buang dia daripada ingatan?
Masuk sahaja ke dalam kereta, Zinn masih terpanah rasa terkejut. Enjin kereta langsung tak dihidupkan.
“Rencana tuhan tak pernah ada titik keliru Zinn. Yang selalu membuatkan kita keliru ialah hati. Hati yang selalu meletakkan kita dalam persimpangan,” nasihat itu berlegar kembali di benaknya.
“Dah lapan tahun Zinn. Keadaan dah tak sama macam dulu,” gumamnya sendiri.
Satu ketika dahulu,
Hati kita pernah terpikat
Tapi sayang,

Ia bukan tiket untuk terus terikat.

No comments:

Post a Comment