Bab 1.
“Daus!”
Aku buat-buat tak dengar
panggilan itu, terus tekun menulis di atas job
sheet sehinggalah bahuku ditepuk kuat. Terconteng sedikit atas kertas dek
tepukan kuat tu.
“Apahal?”
soalku sedikit marah.
Saiful
sengih. “Relax ah bang chor. Nak marah je kerja hang.” Dia masih sengih.
Aku diam dan
kembali menghabiskan menulis laporan atas job
sheet.
“Daus, esok
jadi ke site work kat Nilai tu?”
Aku sekadar
angguk. Pen aku selitkan dalam poket di dada kiri sebelum mengepit helaian job sheet di ketiak dan mencangkung
untuk mengambil kotak-kotak alat pengukur yang aku gunakan tadi. Beberapa
naskhah job sheet lagi aku ambil dari
atas meja. Nak bawak naik, untuk siapkan laporan dan emel kepada pelanggan.
“Aku naik
dengan hang esok. Hang ambik aku kat rumah.”
“Haa.”
Jawabku pendek. Kotak alat pengukur aku kepit di sebelah kiri, sekali dengan job sheet tadi.
“Motor Alcom
ni aku dah measure cover dengan shaft dia. Cover hantar
kat Madurai, shaft tak payah. Lepas
tu hang suruh Arip dengan Jowel basuh siap-siap, masuk oven. Esok nak varnish.”
Lepas je
Saiful angguk tanda faham arahan, aku terus jalan menuju ke pejabat yang berada
di tingkat atas. Safety boot yang tersarung di kaki aku
tanggalkan dan menolak daun pintu pejabat. Udara sejuk menerpa tubuh yang
kepanasan. Lega.
“Sir, tadi En. Haziq call. Dia kata call handphone
tak dapat. Dia suruh Sir return call.”
Renu dah sampaikan pesan sebelum sempat aku masuk bilik .
Aku sekadar
mengangguk. Pintu bilik pejabatku aku kuak luas dan kotak alat pengukur aku
simpan kembali dalam almari. Job sheet
tadi aku lemparkan atas meja dan menghempas punggung atas kerusi. Penat!
Sepagi tadi
cuma berada di workshop kerana
separuh daripada budak-budak workshop
aku hantarkan untuk kerja-kerja preventive
maintenance di sebuah kilang dekat
Kapar. Yang tinggal dekat workshop
adalah beberapa kerat sahaja. Itupun tenaga kurang mahir. Nak tak nak, memang
aku pun kena ikut buat kerja sebab nak kejar delivery schedule.
Kerusi aku
rapatkan ke meja. Aku menggeliat sekali sebelum mencapai tetikus. Baru saja
membuka folder report, tangan
terhenti. Eh, call dulu mangkuk ayun
sorang tu.
Galaxy Ace
yang dah bercalar balar aku keluarkan dari poket kargo. Cheh, padanlah mamat tu
tak dapat call, aku letak dalam flight mode rupanya. Aku aktifkan talian semula, cari nama dan dail. Lalu
telefon kutekap ke telinga. Sebaik panggilan berjawab, aku terus bagi salam.
“Waalaikumussalam
bang chor. Hang awat main katup telefon pulak ni? Aku tibai jugak satgi, hang
tau laa.”
Aku ketawa.
“Hek eleh,
kecoh laa hang nih. Ha, ada apa hang carik aku?” Telefon bimbit aku kepit
dengan bahu. File report dalam komputer aku buka. Job sheet atas meja aku selak-selak.
“Langkawi
bukak tender. Aku nak ajak hang pi site
visit duapuluh haribulan satni.”
Jari aku dah
mula menaip report.
“Job besaq sangat ka sampai nak panggil
aku ni?”
“Besaq tak
besaq sangatlah. Tapi sebab laa ni company
aku duk tengah banyak gheja. Depa nak suruh sub
kat hang la. Duapuluh ni, buleh dak?”
Aku angguk
sahaja. Mata masih tertancap pada monitor
komputer dan jemari masih pantas memasukkan data.
“Woi! Aku
tanya nih! Duapuluh ni buleh dak?!”
Terkejut
dengan jerkahan Haziq, Galaxy Ace jatuh atas meja. Aku sapu-sapu telinga yang
terasa pekak sekejap. Kurang asam punya member. Aku ambil balik telefon dan
pandang skrin, talian masih belum putus. Telefon kutekap kembali ke telinga.
“Woi! Hang
ingat aku pekak?!”
Haziq dah
ketawa berdekah-dekah. Memanglah dia ni teringin sangat nak makan sepak
terajang aku. Dah lama jugak kot aku tak belasah dia. Last aku belasah dia masa
buat kerja dekat Pasir Gudang setahun lebih yang dulu. Apa punya sengal mamat sorang
ni aku pun tak taulah.
Baru kahwin
tak sampai seminggu, boleh pulak tinggal bini dia yang cantik comel tu
sorang-sorang kat rumah. Kalau aku, tak payahlah. Bagi je alasan apa pun, aku
buat bolayan je. Habis je kenduri, tutup telefon terus sampai habis cuti. Naik
kerja baru on semula. Hahahahah
“Dah tu on tak duapuluh ni? Tiket semua fully paid. Kita pi pagi first flight, balik malam last flight.”
Pergh! Pergi
balik hari. ‘Dekat’ gila Langkawi tu. Well,
kira dekat jugaklah bila naik flight
tu, kan. Tak sampai sejam pun.
“Hang nak
kejaq apa pi balik hari nih?”
“Kejar masa.
Hang tengok kalendar laa sikit duapuluh tu hari apa.”
Spontan aku
toleh ke arah kalendar kuda yang tergantung di dinding bilik.
“Hari Khamis.
Awatnya?” Aku sambung taip report. Haziq
dah gelak. Lain macam aje bunyi gelak dia tu. Something wrong somewhere sungguh.
“Kejar masa
afdhal laa bai.” Tawa dia meletus, memekakkan telinga aku. Mula-mula aku blur jugak, lepas tu baru dapat tangkap.
Barua punya member. Tercemar otak aku
yang suci murni nih. Aku gelak juga kemudiannya.
“Duapuluh ni
ok kan?”
Aku angguk
lagi buat kesekian kalinya.
“Aku ok jaa.
Hang laa. Satgi duk kelam-kabut, tak sempat pulak nak naik flight. Lepaih laaa waktu afdhal hang. Kesiaannn...” Aku sambung
ketawa.
“Takdak.
Takdak. Dua jam sebelum departure aku
heret hang pi airport dah. Hang dah
siap ka, hang belum siap ka, aku tak pedulik. Aku heret jugak.”
Aku dah
tekan-tekan perut. Memang tak boleh blah betul mamat ni.
“Yalah,
yalah. Dah, aku nak buat report nih.
Nanti sembang len. Malam ni aku jumpak hang kat Ameer Ehsan kat Kota, bincang
len. Hang bawak sekali dokumen aku nak tengok scope. Ok?”
“Ok, ok.
Jumpak hang malam satgi. Lepaih Isya’ ok?”
“Ok, ok. No problem. Aku anytime jaa habaq nak jumpa, terus on. Bukan macam hang.” Sekali lagi tawa meletus.
“Oklah, aku
nak sambung buat report ni. Jumpak malam ni. Assalamualaikum.”
Haziq jawab
salam dan matikan talian. Telefon aku letakkan di hujung meja. Baru nak sambung
kerja, perut aku dah berkeriut. Alamak, potong betullah.
Jam di
pergelangan tangan kanan aku kilas sekali. Mak, padanlah lapar lain macam, ada
dua puluh minit lagi nak pukul tiga rupanya. Aiseh, Zohor pun aku belum buat
lagi. Chiss! Aku save dan tutup file. Telefon aku selit semula masuk
poket. Semua job sheet aku angkat
lalu keluar dari bilik.
“Renu, you taip report ni semua. Dah siap letak balik atas meja saya. Saya nak
keluar lunch.”
Tak tunggu
dia angguk, aku terus melesapkan diri turun ke surau di tingkat bawah. Gila lah
boleh tak perasan time pulak. Rosak,
rosak. Hish!
Usai fardhu
Zohor, aku terus keluar dari bangunan pejabat. Dah parkinson dah tangan aku ni
lapar sangat. Dari pagi tak makan apa. Pagi tadi cuma bersarapan dengan secawan
milo suam. Sarapan seorang juara katanya. Juaralah sangaattt... Pffrrttt!!
Punat remote
kutekan lalu aku masuk ke dalam kereta. Aviator bercermin hitam pekat atas
dashboard aku capai dan kenakan. Enjin kuhidupkan dan terus beredar dari
kawasan pejabat menuju ke kedai makan terdekat.
Tak sempat
masuk parkir lagi, tuan kedai dah tunjuk isyarat yillek. Aiseh. Kecewa betul.
Perut masih terus menyanyi riang ria. Aku kerling pada jam di dashboard kereta, dah pukul tiga.
Haduiii... Mana laa nak carik nasik nih? Dah tentu-tentu tak ada. Pasrah ajelah
aku terpaksa makan kuih je hari ni. Adeh, gila sedih.
Civic hitam
kupandu laju menuju ke gerai kuih yang biasa aku singgah. Elok parkir aku baru
perasan ada sebuah gerai kecil yang baru di hujung. Ada seorang perempuan
sedang duduk membelakangi barang jualan. Ni kalau ada orang lalu copet pisang
goreng dia sebutir dua, harus tak perasan.
Aku matikan
enjin dan keluar dari kereta. Dari tempat aku berdiri lagi aku dah dengar
sayup-sayup lagu rancak. Bila aku membawa langkah menuju ke gerai kecil itu,
aku dengar dengan jelas lagu Holiday nyanyian
kumpulan Green Day dari Samsung Champ
yang ditegakkan atas meja di hadapannya tu.
Pergh, boleh
tahan makcik ni. Eh, ye ke makcik? Tengok dari belakang, gaya dressing ala-ala
makcik solehah aje nih. Dengan baju kurung, tapi pakai seluar track. Tudung pun
besar tahap boleh masuk sorang lagi. Aku kulum senyum.
“Kak.” Aku
memanggil dengan gaya sopan santun lelaki melayu terakhir. Tapi sayang tak ada respond.
Dia ni pekak
ke hapa? Aku berdeham sekali, kuat. Pun masih tak ada respond. Ni kalau budak-budak workshop yang dengar aku berdeham
semua dah pakat mencicit lari, makcik ni duk selamba lagi tak perasan? Mencabar
kredibiliti aku betul laa.
“Assalamualaikum!”
“Hoi!!”
Jeritnya seraya melompat dari kerusi.
Aku nampak
sebuah buku terbang tinggi melayang lalu jatuh cantik dalam dulang pisang
goreng. Terkesima sekejap aku jadinya. Apa ke teruk sangat kau punya refleks
nih? Dia berpusing dan aku terkesima lagi buat kali kedua. Subhanallah,
indahnya ciptaanMu...
“Eh, sorry, tak perasan ada orang. Abang nak
apa?” Cepat-cepat novel Harry Potter di dalam dulang itu dialihkan ke meja
belakang, kemudian dia melarik senyum.
Aku rasa skru
lutut dah longgar. Menggegar iman betul dia punya senyum. Fuh fuh fuh fuh!
“Bang, nak
apa?” Suaranya dikeraskan, buat aku tersentak.
Aviator aku
tanggalkan dan senyuman aku hadiahkan kepadanya. Tiba-tiba dia tarik muka. Aik?
“Nak apa?
Cepatlah.”
Aik lagi
sekali? Dah berubah pulak nada suara dia.
“Pisang
goreng dua ringgit.”
Laju dia
menyepit pisang goreng memasukkannya ke dalam plastik. Elok dia ikat plastik,
lagu Holiday habis. Masuk lagu baru,
‘Kini tiba
masanya berhari raya, Muslimin dan muslimat, sembahyang bersama’
Sebelah
kening aku terjungkit tinggi. “Aik? Lagu raya?”
Dia senyum
tersipu-sipu lalu mematikan lagu dari telefonnya.
“Sibuk,” gumamnya
perlahan, tapi masih jelas terdengar di telinga ini.
Dua helai not
RM1 aku hulurkan padanya. Bila dia menarik, aku pegang kejap.
“Ni apahal
pulak nih?” Marah dia. Berkerut-kerut keningnya.
Aku geleng
dan lepaskan pegangan. Plastik pisang goreng aku ambil.
“Awak tak
jawab salam saya awal-awal tadi,” sinis aku. Berubah terus riak wajah dia.
“Huh, tak
perasan! Waalaikumussalam!”
Dalam hati
aku dah gelak sakan. Pantang kena usik sikit, nak snap je terus. Dah serupa snapping
turtle je aku tengok. Muka dia kelat sungguh. Tapi masih terserlah
kecomelannya. Pipi tembam gebu macam pau terlebih yis tu buat aku rasa geram
nak cubit-cubit.
“Ok, saya
beli ye?”
Sekali lagi
dia tersentap.
“Hah? Aaa..
Yelah, saya jual!” Dia terus membelakangkan aku, duduk dan Harry Potter dibuka.
Aku nak beredar, tapi aku perasan sesuatu yang tak kena.
“Pandai awak
baca buku terbalik, kan?”
PAP! Buku
ditutup dan dihempas atas meja. Dia dah berpaling menghadap aku semula dengan
muka bengang. Sungguh-sungguh aku gelak, tapi dalam hati. Aku kenakan Aviator
semula dan menarik senyum senget.
“Tak baik
garang-garang dengan pelanggan. Mahal rezeki nanti.”
Dia julingkan
mata ke atas dan merengus.
“Takde, ngan
awak je. Sebab awak sorang je sengal lebih!”
Woah... Feisty! I like... Aku ketawa
kecil.
“Takde, ngan
awak je. Sebab awak comel sangat!” balas aku.
Dia menganga.
Aku terus angkat plastik dan beredar ke kereta. Dalam hati rasa berbunga-bunga.
Ni harus ada yang tiap-tiap petang cari pisang goreng lepas ni, nih. Enjin aku
hidupkan dan Civic mengaum garang. Aku turunkan tingkap siap siap, buat
pusingan U dan bila melewati gerainya aku perlahankan kereta dan melambai.
Dia tunjuk
penumbuk buat aku tergelak.
Mak, Achik
rasa Achik dah jumpa calon menantu mak dah ni... Hahahahahah
Bab 2.
Jari-jemari
mengetuk-ngetuk meja mengikut rentak drum lagu Starlight nyanyian kumpulan Muse
yang bergema dalam kepala menerusi earpiece
yang aku pakai. Tumit ikut terhentak-hentak ke lantai. Sesekali aku mengilas
pada jam di pergelangan tangan. Dah pukul sembilan suku dah pun. Lambat
sungguhlah mamat sorang ni. Milo ais atas meja dah separuh aku sedut pun dia
tak sampai-sampai jugak lagi. Dahlah kata nak jumpa malam kelmarin dia sendiri cancel, malam ni boleh buat lambat
pulak. Janji melayu betul. Ni dia sampai ni harus aku belasah dulu sampai puas.
Pandangan aku
lemparkan ke sekitar kawasan restoran mamak yang hampir penuh sambil jemari
masih tak berhenti bergendang. Kelibat orang yang ditunggu-tunggu masih tak
muncul.
Aku seluk
poket kargo, mengeluarkan telefon bimbit. Dan saat aku mengangkat pandangan,
tiba-tiba mata aku menangkap kelibat seseorang. Aku tarik senyum senget. Dua
hari ni aku tak sempat nak pergi cari dia. Dan hari ni dia menyerah diri dekat
sini. Hati ni rasa mengeletat je nak pergi sapa dia, tapi melihatkan dia
beramai-ramai dengan kawan-kawan, aku hanya mampu tahan sabar.
Gelas milo
ais kutarik. Perlahan menyedut minuman sambil mata tak lepas dari memandang ke
arahnya. Aku tengok awek pisang goreng haritu sedang berbual dengan tiga-empat
orang kawan-kawan dia sambil mengepit beberapa buah buku. Kawan-kawan dia semua
dressing biasa perempuan sekarang, baju t lengan panjang, tudung yang
diselimpangkan ke bahu dan berseluar panjang. Tapi dress up awek pisang goreng masih sama macam kelmarin. Tudung
besar, berbaju kurung tanpa kainnya dan berseluar track.
Serius, macam
kelakar pun ada. Andai kata itu orang lain, harus aku dah bantai gelak
berguling-guling atas lantai. Tapi tak tau kenapa aku tak boleh nak gelak
tengok dress up dia tu. Tengok macam
comel je.
Dia dan
kawan-kawan dia berjalan masuk dalam restoran dan masa tulah dia baru
perasankan aku. Aku sekadar jungkitkan sedikit sebelah kening. Dia pulak dah
berkerut-kerut kening. Tak tunggu, terus berbisik-bisik dengan member kat
sebelah. Kawan dia dah gelak-gelak sambil tutup mulut. Lepas tu pergi cuit
kawan-kawan sebelah depan pulak, bisik-bisik lagi. Masing-masing pakat
gelak-gelak tutup mulut.
Pergh! Tak
agak-agak budak ni nak mengumpat aku pun. Depan-depan, terang-terang. Mendidih
je aku tengokkan. Tambah mendidih bila nampak mangkuk ayun sorang tu baru
sampai dan tersengih-sengih tayang muka tak bersalah datang lambat. Grr! Double grrr!!
“Sorry Daus. Sangkut pulak kat rumah.
Amir meragam pasaipa tak tau. Lama ka hang tunggu?”
Aku tak jadi
marah bila dia petik nama budak kecik tembam tu. Dia tarik kerusi depan aku dan
terus duduk. Aku kilas semula pada awek pisang goreng dan nyata dia dah hilang
dengan kawan-kawan dia tadi. Huh. Takpe, lain kali gua balas balik!
Ipod aku
matikan dan tarik earpiece lalu
sangkut ke bahu. Telefon bimbit di tangan aku selit semula masuk poket. Sebuah folder plastik berisi dokumen tebal
Haziq letakkan atas meja beserta Macbook Air Pro nya. Manager merangkap engineer
kat international company, bolehlah pakai barang-barang
mahal camtu. Aku ni setakat ‘enjin nyior’ cabuk dekat syarikat swasta
kecil-kecilan, boleh menganga ajelah tengok.
“Sampai
tinggal suku aku telan milo ni, kira lama jugaklah aku tunggu hang. Denda!”
Dia sengih.
Aku ikut sengih. Gelas milo ais aku tolak ke tepi.
“Tu ka
tender?” Aku tunjuk pada folder
plastik dan dia angguk.
Folder plastik tu
aku capai dan dokumen aku keluarkan. Gelas milo ais aku tarik semula, sambil
baca skop kerja, sambil perlahan menyedut milo.
“Sudah order ka?”
Seorang macha
berdiri tegak sebelah Haziq, sedia nak ambil pesanan.
“Milo ais,” jawab
Haziq.
“Dua,” tambah
aku. Milo ais aku dalam gelas dah selamat sejahtera dah, tinggal ais je.
“Makan?” Dia
pandang aku.
“Aku makan
dah kat rumah sat ni. Hang?”
Aku geleng
sahaja sambil mengunyah ketul ais dan menunjukkan pinggan kosong di meja
sebelah yang aku letakkan lepas habis makan tadi.
“Tunggu hang,
dan mati kebuloq dulu aku.”
Dia gelak dan
bagi signal ok. Macha tu berlalu
pergi.
“Sorrylah Daus. Elok lepas makan sat
tadi, Amir mengamuk sakan pulak. Kalau tak sebab Khamis ni nak pi dah, memang
aku tak mai dah ni. Kesian kat kak hang tu.” Dia bagi alasan.
Memang
terbaik sangatlah alasan tu. Asal dengan aku je memang tak ada alasan lain, Kak
Maira dengan Amir je alasan dia. Nasib baiklah aku ni memahami orangnya. Mmmm..
Masuk lif, picit button tingkat
paling tinggi.
Aku diam tak
menjawab lagi. Tak payah cakap pun, buang karan je. Ada je kang jawapan dia.
Banyak alasan, sama macam aku. Daripada menyesakkan nafas berlawan cakap dengan
klon diri sendiri, baik aku baca je skop kerja ni.
“Milo ais dua
aa?”
Aku toleh ke
sebelah. Dua gelas milo ais diletakkan atas meja. Bil atas meja diambil dan
dicatit tambahan pesanan. Bil diletakkan semula.
“Alright, thank you macha.”
Aku tolak
segelas pada Haziq sebelum menyambung membaca dokumen. Haziq diam menikmati
milo aisnya sampailah aku masukkan kembali dokumen dalam folder. Bila aku hulurkan folder
semula padanya, dia geleng.
“Hang punya copy. Balik sat ni, study,” katanya.
Aku letakkan folder atas kerusi sebelah.
“Sibuk sangat
hang laa ni, Daus?”
Aku pandang
Haziq dan jungkit kening. Soalan tak terduga sungguh nih.
“Boleh tahan
laa. Awat?”
“Berapa lama
dah hang tak balik kampung?”
Aku sengih.
Gelas milo ais aku tarik dan mengacau-ngacau dengan straw.
“Hang jumpa
mak aku ka?” soalku sebelum menyedut sedikit minuman. Haziq sengih dan angguk.
Aku ketawa
kecil. Confirm mak mengadu domba kat
dia ni cakap aku dah lama gila tak balik kampung. Achik bukan sengaja laa mak.
Achik sibuk ni. Nak cuti hujung minggu pun payah, inikan pulak nak ambil cuti
panjang balik kampung. Memang azab laaa sementara nak dapat tu, kena kerahan
tenaga berlipat kali ganda jawabnya.
“Bila hang
balik SP?”
“Dua minggu
lepaih. Tak sempat-sempat aku nak masuk ghumah lagi mak hang mai datang tanya
hang.” Dia ketawa kecil.
Aku kulum
senyum. Dah faham sangat dah perangai mak yang seorang tu. Bukanlah aku ni
satu-satunya anak mak, adik beradik aku ada tujuh orang kot. Tapi aku jadi
satu-satunya anak mak yang berada di luar dari wilayah utara Malaysia. Itulah
punca mak sangat kepochi bila sampai hal yang membabitkan aku. Nak-nak pulak
Haziqlah orang yang bertanggungjawab membawa aku ke tempat aku sekarang ni.
Haruslah bila nampak dia tapi tak nampak aku, mak akan jadi kepochi. Haihlaa
mak... mak...
“Mak kata
apa?”
“Biasalaa.
Duk tanya awat hang tak balik-balik lama sangat. Macam kan aku gheja sama
tempat ngan hang dia punya tanya tu.”
Aku gelak. “Hang habaq kata apa?”
“Nak kata pa
lagi? Aku habaq jaa laa hang sibuk sangat laa ni duk banyak gheja tak buleh nak
cuti. Lepaih tu suruh aku tengok-tengokkan hang lah, apalah.” Dia geleng.
“Haih, sejak bila hang jadi anak dara pun aku tak
tau nak kena aku tolong tengok-tengok pulak. Sejak bila aku naik pangkat jadi
abang hang pun aku tak tau jugak tu.”
Aku gelak
lagi. Adoilaa mak yang seorang ni pun.
“Bukan hang
memang abang aku ka?”
Dia pulak
gelak.
“Tak ndak aku
aih! Tak dak hasil!”
Dan tawa aku
ikut meletus kuat. Tak lama gelak, Haziq tiba-tiba buat muka serius. Apahal
pulak mamat ni?
“Lagi satu
mak hang tanya, hang duk ada girlfriend
dak gi. Bila nak mai bawak jumpak. Dia tak sabaq dah tu.”
Aku julingkan
mata ke atas dan mengeluh sebelum menggeleng. Mak ni, sejak-sejak umur aku dah
masuk three series enam bulan yang
lepas, tak habis-habis dengan soalan tu. Naik tuli kot telinga aku ni dengar.
Tak cukup tanya melalui telefon, dia sms lagi. Achik muda lagi mak oi. Life begins at forty!
“Dah, hang
goreng apa kat mak aku?” Aku sedut milo ais.
“Aku habaq
takdak, hang gay.”
PUURRR!!
Bersembur milo ais atas meja sebelum aku batuk tersedak-sedak. Milo yang
meleleh di dagu aku kesat dengan belakang tangan. Sungguh kurang didikan betul
mangkuk hayun sorang nih.
“Mangkuk
hayun hang!”
Bersungguh-sungguh
dia gelakkan aku. Chett. Aku pelupuh kat sini satgi, hang tau laa...
“Yang lawak
tu, mak hang jawab, oh, takpalah. Gelak guling-guling aku tang tu!”
Tak jadi
marah, aku ikut ketawa. Mak oi, awat blur
sangat nih? Achik straight macam
pembaris, ok? No bengkang-bengkok!
“Hang
mentang-mentang mak aku jenis blur, suka-suka hang pekena dia na? Aku buh
penampaq jugak satgi, baru hang tau.”
Haziq masih
ketawa tak berhenti. Aku berdehem sekali dan mengesat leher bila terasa-rasa
macam ada milo yang meleleh di situ. Kemudian aku pandang baju. Nasib baik
warna baju pun serupa warna milo. Kalau ada kena pun, balik nanti ajelah aku
uruskan. Aku terus ke sinki membasuh tangan dan kembali semula ke meja.
“Aku tak
boleh lama sangat ni. Aku keluaq tadi pun Amir tak diam lagi.” Haziq habiskan
milo aisnya. Bil atas meja dicapai.
“Hang tak
habaq. Kot dak aku pi ambik kat rumah hang jaa. Bukan jauh mana pun.”
Dia dah
berdiri. “Issokay laa der.” Dia ke
kaunter menyelesaikan bil kemudian kembali semula.
“Nanti Khamis
pagi tu pegi dengan aku. Flight pukul
tujuh lebih. Pukul 5 paling lewat kena gerak pi airport. Hang tinggal kereta kat rumah aku.”
Aku angguk. “Ok, jumpa nanti.
Assalamualaikum.”
Dia jawab
salam dan terus beredar. Aku bersandar pada kerusi. Milo ais yang masih berbaki
suku dalam gelas aku kacau dengan straw.
Jam di pergelangan tangan aku kilas sekali. Dah dekat pukul sepuluh.
Alang-alang hari ni dapat keluar awal, balik rehat sajalah. Penat gila kot hari-hari balik kerja dekat
tengah malam. Milo ais aku habiskan, capai folder
dari atas kerusi dan terus bangun.
“Aduh!”
Tergamam
sekejap aku melihat buku-buku dan kertas-kertas yang berterbangan di udara
sebelum mata menangkap tubuh kecil itu sudah terduduk di atas lantai dengan
muka berkerut. Err... kenapa aku tak perasan pun aku langgar orang? Dia ni
ringan sangat ke sampai boleh terpelanting macam tu?
“Err... Sorry. Tak sengaja. Awak ok?”
Buku-buku dan
kertas yang dah berterabur tu aku kutip semula.
“Kalau tak
buat buku orang terbang, tak sah. Benci betul.”
Sempat
telinga rimau aku ni menangkap rungutan perlahan dia tu. Aku tarik senyum
senget. Tiba-tiba rasa tanduk dah naik kat kepala.
“Kan?
Menunjukkan berapa punya suka awak kat saya, sampai terbang-terbang habis semua
buku-buku awak.”
Membuntang
biji mata dia memandang aku. Cepat-cepat dia bangun dan menarik buku-buku dalam
tangan aku.
“Tolonglah.
Tak ada makna, ok? Kenal pun tak. Huh.”
Dia mencebik,
menoleh ke sebelah lain. Aku ketawa kecil. Kedua tangan aku masukkan ke dalam
poket.
“Eh, tak
kenal lagi ye? Fine, nama saya
Firdaus. Awak?”
Laju dia
memandang aku semula. Aku masih macam tu. Tayang muka selamba, riak tak
bersalah.
“Siapa yang
nak kenal dengan awak? Gila!” bentaknya.
Aku senyum
sahaja.
“Awaklah.
Kalau tak, takdelah awak buat-buat terlanggar saya tadi, kan?”
Membuntang
lagi biji matanya.
“Eh, takde
maknalah saya nak buat macam tu. Jangan perasan, boleh tak? Awak yang langgar
saya. Mata letak kat lutut!” marahnya.
Aku ketawa. “Mata saya elok je kat sini. Mana ada kat
lutut. Tak percaya? Nak tengok?”
Kening dia
dah berkerut-kerut dengan bibir diketap rapat.
“Tapi tak
bolehlah saya nak tunjuk. Lutut tu aurat. Kalau awak nak tengok jugak, jom kita
kahwin. Nak?”
“Argh! Boleh
gila lah kalau cakap dengan awak ni!”
Tawa aku
meletus. Serius seronok tengok muka bengang dia tu, comel satu macam. Dia dah
berpusing nak beredar.
“Eh,
tunggulah sekejap. Awak tak cakap lagi nama awak siapa. Tak adillah macam tu.
Awak dah tau nama saya.”
“Saya tak
tanya pun, awak yang tak malu pegi bagitau.” Dia terus melangkah laju.
Aku mengekor
dari belakang. Baru aku nak melaung menyuruhnya menunggu sekali lagi, seorang
kawan dia dah menerpa ke arahnya dan menarik dia pergi. Sebuah bukunya jatuh.
Aku tak sempat panggil, dia dah jauh dibawa lari dek kawan dia. Buku yang
tergeletak atas kaki jalan tu aku kutip. Diari ni. Aku telan liur. Kulit buku
aku selak.
‘Senah Punya’
tertera di muka paling hadapan. Kulit buku aku tutup pantas. Senah? Senyum
senget terukir di bibir. Siapla kau esok, Senah. Hutang kau mengumpat dengan
kawan-kawan kau tadi akan aku tuntut. Hahahahahahah
No comments:
Post a Comment