Prolog
Rihana
berpeluk tubuh. Tanpa segaris senyuman, dia pandang lelaki yang sedang berdiri
di depannya itu. Lelaki yang selama ini dia hanya kenal namanya saja melalui
teman-teman sekerja. Definasi yang sesuai untuk menggambarkan lelaki ini ialah Perfect! Cukup segala pakej.
“So?”
soalan lelaki tersebut menerjah telinga Rihana.
“Kalau
nak I escort, ada banyak syarat,
sanggup ke?” Rihana memulakan sesi ‘urus niaga’.
Si
lelaki angkat kening, seperti bertanya lanjut.
“Tak
boleh lebih selain dari peluk-peluk. Kalau you setuju, deal. Kalau tak setuju, bye!
bye!” Rihana lambai tangan gaya ratu cantik dan ingin bergerak pergi.
“Eh!
tunggu laaaa...” panjang meleret suara lelaki itu. Lelaki yang dibawa dan
diperkenalkan kepadanya oleh Ray, bos club
tersebut. Lelaki yang menjadi kegilaan hampir semua pelayan Rootz Dance Club
itu
Siapa
yang tidak gila kalau sekali escort
boleh dapat ribu ribu? Siapa yang tidak mahu mendampingi lelaki kacak dan hebat
bernama Hakim Mukhriz, anak tunggal kepada usahawan terkenal, Datuk Adam Hakimi
itu?
“Cium
boleh tak?” soal Hakim dengan kening terangkat sebelah.
Rihana
julingkan mata ke atas. Soalan yang memang dia sudah jangka.
“You nak cium kat mana?” Soalan berbalas
soalan. Malas dia nak melayan. Kalau orang lain tergedik-gedik nakkan lelaki
ini, dia sikit pun tak berminat. Yang dia berminat cuma duit sahaja.
Hakim
ketawa kuat mendengar soalan straight
forward Rihana. Brutal sungguh!
Tapi tetap manis dan seksi. Patutlah Rihana menjadi tumpuan lelaki kaya yang
masuk ke sini. Nasib baik tuan punya club
ni dia kenal dan dia diberi peluang untuk bertemankan gadis ini malam ini
“Mana
tempat yang I suka, you kena bagi.”
Hakim pula menetapkan syarat. Rihana nak main tarik tali, dia akan simpul tali
tersebut supaya tidak terlepas dari tangan.
Rihana
terus berpusing, ingin pergi dari situ tetapi lengannya dipaut Hakim.
“Nak
pergi mana? Kita belum habis bincang lagi kan.”
“Setuju
atau tak? Cuma dua pilihan.” Dalam lembut, ada tegasnya Rihana bersuara. Dia
tak suka nak berurusan dengan orang yang banyak soal. Biarlah lelaki ini
dikatakan teman baik bosnya, dia tak takut sikitpun. Kalau dibuang kerja,
banyak lagi tempat lain yang boleh terima dia.
“Okey!
Setuju.” Balas Hakim
“Tapi,
boleh buka baju tak?” Hakim menyambung dengan soalan lagi. Dia tak pernah
berurusan dengan perempuan yang letak syarat segala macam ni. Kewibawaannya
rasa tercabar.
“Baju
you, suka hati youlah nak buka ke tak.” Selamba Rihana menjawab, sengaja mahu
mengenakan Hakim. Tanya lagi soalan tak cerdik begitu.
Hakim
senyum senget. ‘I like this girl’
hatinya berbisik. Ada rasa teruja menerjah ke jiwa lelakinya.
“Selain
peluk, apa yang boleh I buat?” Hakim bersoal lagi.
“You nak apa?” soal Rihana kembali.
Senyum
Hakim makin melebar sambil mengenyit sebelah mata. Nampak nakal dan menggoda.
“You rasa apa yang lelaki suka pada
seseorang perempuan.” Hakim angkat-angkat kening dengan senyuman masih di
bibir.
“Entah!
I tak tahu. Kerja I cuma escort.
Kalau nak lebih lagi, you pergi cari
pelacur.” tajam kata-kata Rihana bagai sebilah pedang buatkan Hakim terdiam.
Brutal sungguh perempuan ni. Di hatinya
menanam nekad, dia harus ajar Rihana sehingga wanita ini sedar yang dirinya dan
pelacur tidak punya apa-apa perbezaan.
“Okey!
I setuju. Untuk malam ni satu malam, you
nak berapa?”
Rihana
tidak menjawab, hanya tangan kanannya diangkat menegakkan lima jari.
Hakim
keluarkan wallet. Sepuluh keping
duit seratus ringgit dikeluarkan. Tanpa
amaran, dia selitkan duit tersebut ke dalam baju Rihana di bahagian dada yang
agak terdedah.
“Saguhati,
tidak termasuk charge yang you kenakan,” ujar Hakim.
Rihana
yang terkejut kerana tidak menyangka Hakim akan bertindak selamba begitu hanya
diam mematung. Oh! Degup jantungnya tiba-tiba saja menjadi tidak normal. Apa
ni? Kenapa tiba-tiba kekebalannya seakan tergugat?
Bab 1
Rihana tatap cermin di depan. Tanpa make-up warna warni, tanpa lipstick merah hati, tanpa eyeliner tercalit di mata. Namun,
wajahnya tetap nampak cantik berseri. Anugerah Ilahi yang jarang sekali orang
lain perolehi dan sepatutnya dia gunakan untuk kebaikan diri, bukan untuk
memuaskan nafsu yang menguasai hati.
‘Kau takkan berubah kalau kau sendiri tidak
berusaha untuk berubah Hana. Percayalah cakap aku. Kau tak kesian ke dengan mak
ayah kau kat kampung? Kau sanggup tak di akhirat nanti dihumban ke neraka?
Jangan pula nanti kau tuduh mak ayah kau tak ajar ilmu agama sedangkan kau
sebenarnya cukup segala ilmu?’
Kata-kata
Yatie, sahabat dunia akhiratnya di talian telefon sebulan yang lepas
benar-benar menusuk ke hati dan jantungnya. Kerana itu dia terdorong untuk
berubah menjadi manusia baru.
Tudung-tudung yang tergantung dibelek satu persatu. Lebih
dua puluh helai semuanya dan ianya dikumpul sebulan yang lepas. Ya! sejak dia
terfikir untuk berubah sebulan yang lepas dia mula mengumpul tudung pelbagai
warna.
Tatkala
dia tercari-cari arah tuju ke arah kebaikan, dia ditawarkan pekerjaan. Berpuluh
tempat dia memohon, hanya satu yang memanggil. Walau bukan syarikat gah di bumi
Malaysia, dia terima juga dengan hati lapang. Ini merupakan satu kebetulan yang
cukup indah menyambut niatnya dan hari ini adalah hari pertama dia melaporkan
diri bekerja mencari rezeki yang halal setelah bertahun bergelumang dengan
dosa.
Selesai
mengenakan tudung, dia bergegas keluar. Tidak mahu lambat di hari pertama. Kondominium
mewah Parkview KLCC itu disewa sendirian lebih setahun yang lalu. Selepas ini,
dia tidak tahu masih mampu atau tidak untuk menyewa tempat itu dengan gajinya
yang tidak seberapa ini.
Tiba
di Menara Citibank Jalan Ampang, Rihana tarik nafas panjang-panjang dan berdoa
di dalam hati agar langkahnya hari ini diberkati dan kekal selamanya.
Sebaik
menutup pintu kereta, dia melangkah laju kerana bimbang akan terlambat. Saat
itulah kereta BMW sport warna kelabu
hampir melanggarnya, nasib baik lagi pemandunya sempat menekan brek kecemasan.
Terasa
nyawanya hampir melayang. Wajahnya pucat tanpa darah. Dia hanya berdiri di situ
tanpa mampu berbuat apa-apa.
Tatkala
melihat wajah pemandu yang keluar dari dalam kereta tersebut, wajah Rihana yang
pucat tadi serta merta diserbu darah merah. Dia pantas berpaling dan ingin
kembali masuk ke dalam kereta. Dia akan buat pura-pura tertinggal barang.
Pun
begitu, baru saja pintu keretanya dikuak, ia kembali tertutup akibat dari
tolakan tangan lelaki tersebut.
Rihana
tidak berani berpaling. Hanya berdiri mematung diri di situ. Liurnya terasa
kering dan dadanya terasa sempit.
“Buat
apa kat sini pagi buta? Jumpa ‘pelanggan’?” soal lelaki tersebut. Lelaki yang
memang sangat Rihana kenal. Siapa lagi kalau bukan Hakim Mukhriz bin Datuk Adam
Hakimi.
Rihana
angkat kepala. Hakim senyum dengan kening terangkat, satu kebiasaan yang sering
Rihana lihat. Tenang Rihana, jangan mudah menggelabah. Bisik hatinya sendiri.
“Do we know each other?” soal Rihana,
lagak tenang sedang hatinya sudah seperti diletakkan roller coaster.
Hakim
gelak kuat, seolah Rihana buat cerita lawak versi antarabangsa.
“Rinnnn...rinnnnn...”
Hakim geleng kepala. Rin adalah nama manja yang dia panggil walaupun Rihana tidak
suka. Dia suka dengan nama pendek itu.
“Orang
yang pernah I peluk siang malam, tak mungkin I tak kenal.” Hakim dekatkan
wajahnya ke wajah Rihana membuatkan gadis itu melarikan wajahnya ke belakang.
Gadis?
Masih gadiskah perempuan yang bernama Rihana ini? Entahlah! Dia sendiri kurang
pasti sebab sepanjang kenal dengan hot
stuff di Rootz Dance Club ini sejak
lebih enam bulan lepas, dia masih belum berkesempatan untuk meniduri perempuan
ini. Dia masih belum diberi kesempatan untuk ‘merasai’ tubuh putih gebu wanita
ini.
“You balut tubuh you dengan kain kapan sekali pun, I tak mungkin tak kenal you.” Bisik Hakim dekat ke telinga
Rihana.
Bulat
mata Rihana mendengar ayat kurang sopan Hakim. Langkahnya terundur ke belakang
untuk menjauhkan badannya dengan badan sasa lelaki itu.
“You pakai macam ni supaya orang tak
kenal you ke?” soal Hakim sinis
sambil menilik Rihana atas bawah.
Mmmm...
sopan sekali namun tetap nampak seksi di matanya. Walau dalam baju, dia mampu
membayangkan bentuk tubuh Rihana. Putih gebu tanpa segarispun parut. Peliknya,
dari hujung kaki sampai hujung rambut, yang menarik minatnya ialah dua biji
tahi lalat yang terletak cantik di bahu kiri Rihana.
Hakim
sedut nafas dalam-dalam. Rihana merupakan satu-satunya wanita yang sangat susah
untuk dia bawa hingga ke atas katil. Satu-satunya perempuan yang hanya mampu
dia pandang dan peluk jika bertemu. Walau dibawa ke hotel, Rihana punya syarat
ketat. Tak boleh lebih-lebih. Sungguh dia tidak berpuas hati.
Ketika
dia sedang merancang untuk memasang perangkap, Rihana tiba-tiba menghilang. Dia
diberitahu bahawa Rihana berhenti kerja secara mengejut. Tidak disangka pula
pagi ini dia ditemukan dengan wanita ini dan tidak disangka juga wanita yang
dia cari-cari ini sudah berubah alim begini. Tetapi dia percaya Rihana sedang
menyamar di atas tujuan tertentu.
“Ikut
I.” Hakim sambar lengan Rihana.
“Hey!
Lepassss!!!” Rihana menjerit.
“I
bayar tiga kali ganda. Batalkan janji you
dengan ‘pelanggan’ hari ni,” ujar Hakim penuh yakin.
“I
dah tak buat benda-benda macam tu.” Rihana terus terang.
Pergerakan
Hakim terus terhenti. Wajah takut-takut Rihana dipandang tajam. Betul ke apa
yang Rihana cakap? Atau Rihana sebenarnya ingin lari dari dirinya?”
“Tolong
lepas tangan I, please!” pinta Rihana
nada tegas tapi takut-takut. Dalam ramai-ramai pelanggan yang pernah dia
‘temani’ Hakim adalah satu-satunya lelaki yang paling sukar dia kawal. Lelaki
ini sangat panjang akalnya sehingga dia hampir-hampir tewas menyerah diri.
Nasib baik lagi sempat berfikir waras.
“I
bukan kenal you sejam dua Rin. You nak berapa ribu? Sepuluh? Dua puluh?
I bagi cek sekarang. You pilih saja
mana-mana hotel yang you suka. Hanya
untuk satu hari. I rindu sangat-sangat, pleaseeeee...”
senafas Hakim bersuara.
“Just spend our time together. Not more than
that, I promise!” Hakim angkat tangan tanda bersumpah. Sungguh! Dia rindu
sangat-sangat. Rindu dengan segalanya tentang Rihana.
Ah!
Sudah angaukah dia? Tak mungkin! Dia bukan lelaki sebegitu. Perempuan baginya
seperti lampin pakai buang. Dah pakai, buang saja. Tak boleh nak cuci lagi.
Cuma dengan Rihana ni, dia belum dapat-dapat lagi, macam mana nak buang.
“Sorry Hakim, I dah tak buat kerja-kerja
tu semua. Tolong lepaskan tangan I. Dah lambat I nak masuk kerja ni.” Rihana
kerling jam di tangan kanan. Tinggal lagi sepuluh minit untuk dia melapor diri.
“You kerja kat sini ke?” Hakim bagai
terkejut
“Tak!”
Rihana cuba berbohong.
Dia
tidak mahu Hakim tahu dimana dia bekerja. Hakim tentu kenal ramai tuan punya
syarikat dan tidak mustahil Hakim juga kenal dengan bos tempat dia mula bekerja
hari ini. Jika Hakim tahu, ia sangat bahaya kerana Hakim sangat berpengaruh
dalam dunia perniagaan. Itu yang dia tahu dari Ray, bekas bosnya dulu.
“Habis
tu, you buat apa kat sini
sebenarnya?” Hakim cuba berlembut. Cara kasar memang tidak jalan dengan Rihana
ni.
Rihana
diam, mencari akal untuk berbohong. Apa dia perlu cakap supaya Hakim percaya?
“Kalau
you nak kerja, mari kerja dengan I.
Jadi PA I. Berapa saja gaji yang you
nak, I sanggup bayar.” Hakim bersuara memberi tawaran sebelum Rihana membuka
mulut bercakap bohong.
Rihana
menggeleng. Bekerja dengan Hakim? Baik lagi dia jadi tukang sapu atau tukang
jaga tandas. Terjebak dengan Hakim akan
berkemungkinan membuka jalan ke arah dosa. Aura hakim sangat kuat, berbeza
sekali dengan lelaki-lelaki lain yang pernah dia temani dan dia bukanlah
terlalu kebal untuk bertahan.
Keengganan
Rihana buatkan Hakim rasa tercabar dan dicabar. Spontan tangannya bergerak
pantas menolak Rihana rapat ke pintu kereta sebelum akalnya sempat berfungsi.
Tubuh Rihana dihimpit sehingga dadanya dan dada Rihana bertemu rapat.
“Hakimmm!!!!”
Rihana terjerit kuat. Dia tidak bersedia dengan tindakan Hakim yang agak ganas
itu.
“You nak ikut I ke hotel atau nak kat
sini saja? Pilih, dalam kereta I atau dalam kereta you?” Hakim berbisik perlahan, sengaja mengugut. Wajahnya sudah
begitu hampir ke wajah Rihana.
Rihana
paling wajah ke sisi apabila nafas Hakim terasa panas menampar wajahnya. Saat
itulah dia ternampak seorang security
guard sedang membuat rondaan.
Tanpa
lengah, dia tolak tubuh Hakim dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan.
Hakim
yang terkejut dengan situasi yang tidak dijangka itu terus berundur melangkah
ke keretanya. Hatinya tiba-tiba jadi panas dan dia makin nekad, hujan atau
ribut, petir atau gempa bumi, Rihana harus melutut di kakinya.
Bab 2
Rihana
lepaskan nafas lega. Seharian belajar tugas-tugas seorang setiausaha, tidaklah
susah sangat kerana teorinya memang dia sudah ada. Dia pelajar cemerlang
jurusan Corporate Admin di UITM. Dia
menjadi pilihan ramai lecturer di
UITM. Cuma, ketika menjalani latihan praktikal, dia terjebak le lembah dosa
setelah kenal dengan seorang sahabat bernama Amiera.
Betul
kata Yatie, dia cukup ilmu dunia dan akhirat. Sebelum menyambung pengajian, dia
sudah khatam Al-Quran dua kali. Dulu,
ayatul Kursi sentiasa meniti di bibirnya. Surah Yassin, dia boleh baca
tanpa menatap Al-Quran. Kurniaan Tuhan yang jarang orang lain dapat dan tentu
ada sebab kenapa DIA berikan kelebihan itu pada dirinya.
Mak
dan ayah bersusah payah membanting tulang di kampung bagi mendapatkan rezeki
halal untuk memberi anaknya ilmu yang cukup tetapi kenapa hanya kerana godaan
duniawi, dia sanggup mengenepikan soal dosa dan pahala.
Air
matanya tiba-tiba bergenang. Bagaimana kalau tiba-tiba Tuhan tarik balik apa
yang DIA beri? Sekarang ni pun, dia sudah merasainya. Dia sudah lupa bagaimana
untuk membaca ayatul Kursi, dia sudah tidak mampu membaca Surah Yasin tanpa
menatap Al-Quran. Paling menyedihkan, apabila dia mula kembali bersujud di
tikar sejadah, dia jadi lupa dengan surah-surah pendek untuk dibaca selepas Al-Fatihah.
‘Ilmu kalau kau tak amalkan, Tuhan akan tarik
balik sedikit demi sedikit.’
Itulah
kata-kata Yatie apabila dia mengaku yang dia sudah lama tidak bersujud di tikar
sejadah.
“Hana...
kenapa termenung?” teguran Kak Wani, orang yang bertanggungjawab menunjuk
ajarnya hari ini memanggil Rihana mendongakkan kepala.
“Tak
ada apa-apa kak. Tengah fikir macam mana nak berdepan dengan bos esok.” Rihana
tayang sengih, bagi menutup kecelaruan di hati.
Hari
ini, bosnya tidak masuk ke pejabat kerana masih berada di Singapura. Esok, dia
akan bertemu dengan bos barunya. Harap-harap tidak cerewet seperti yang selalu
digambarkan di dalam kisah khayalan dalam novel.
“Jangan
risaulah. Encik Nazreen tu baik orangnya. Tak cerewet pun. Setiausaha dia yang
lama berhenti sebab berkahwin dan ikut suami. Bukan sebab tak tahan kerja kat
sini.” terang Kak Wanie sebelum berlalu ke mejanya.
Rihana
tarik nafas sambil menyulam jemari sendiri. Saat yang sama, matanya jatuh pada
cincin di jari manis. Cincin white gold
18K itu pemberian paling bernilai
dari Hakim. Bertatahkan sebiji Tiffany
Diamond oval cut berwarna biru dan dihiasi dua baris butiran berlian
sehingga ke bawah jari. Di bahagian dalam cincin tersebut tertulis True Love. Kata Hakim, itu rekaan khas
yang ditempah di Paris bernilai ratusan ribu ringgit hadiah istimewa untuk
dirinya.
Saat
itu, dia sangat terharu. Hakim merupakan lelaki yang banyak sekali menaburkan
duit untuknya. Setiap minggu Hakim akan muncul sekurang-kurangnya tiga kali
untuk menemuinya. Jika tidak berkesempatan ke club, Hakim akan menghantar pemandu untuk menjemput dan membawanya
ke mana-mana hotel lima bintang yang telah ditempah.
Di
bilik hotel, dia hanya perlu menemani Hakim berbicara. Terkadang, jika Hakim
keletihan, dia akan mengurut Hakim sehingga lelaki itu tertidur. Hanya untuk
tugas sebegitu, Hakim akan membayarnya ribuan ringgit untuk satu malam.
Jika
datang angin romantik, Hakim akan menempah penerbangan ke Bandung atau Bali dan
juga Singapura sekadar untuk makan malam di sana. Selesai makan malam, terbang
kembali ke Malaysia. Indah sungguh hidup, dilayan bagai puteri raja. Tapi kata
orang, jika keindahan itu datang bersama dosa, lepaskan ia pergi. Dan... dia
sudah melepaskannya kerana dia tidak ingin mati menempah neraka.
Rihana
pejam mata. Saat manis penuh dosa itu datang mengaburi fikirannya. Malam itu,
dia dijemput oleh pemandu Hakim dari club
ke hotel Palace Of The Golden Horses. Di situ dia dibawa ke Presidential Suite dan Hakim sudah
menunggu di dalamnya.
Tanpa
baju, hanya berseluar slack. Tubuh
tegap dan sasa itu Rihana pandang dengan nafas tertahan. Ini yang paling dia
tidak suka bila berduaan dengan Hakim kerana tarikan lelaki itu sangat kuat.
Ramai lelaki yang dia dampingi, perasaan ini tidak pernah muncul kecuali
bersama Hakim.
“Come.” Hakim tarik tangan dia.
“I have something for you.” ucap Hakim
sambil melangkah diikuti oleh Rihana di belakangnya.
Masuk
ke bilik, Hakim capai kotak baldu yang terdapat di atas meja solek. Kemudian
dia bergerak ke katil dan melabuhkan punggung di situ. Ditarik Rihana rapat
berdiri di depannya.
Kotak
baldu dibuka. Sebentuk cincin dengan kilauan berlian menyapa pandangan Rihana.
“Suka?”
sua Hakim ke arah Rihana.
Rihana
senyum, cuba mengawal rasa gembira agar tidak nampak keterlaluan di mata Hakim
yang dia suka cincin tersebut. Sangat-sangat cantik.
Dalam
Rihana kagum dengan kecantikan rekaan cincin tersebut, Hakim sudah bertindak
memaut jemarinya dan sekelip mata ianya sudah tersarung ke jari manis miliknya.
Tak dapat Rihana bayangkan apa yang dia rasa saat itu.
“Duduk
sini.” Hakim tarik Rihana duduk di sebelahnya. Tubuh Rihana dipeluk dari sisi.
Dagunya disangkut ke bahu Rihana yang terdedah. Mmmm... wangian Rihana buat
gelora lelakinya bergelombang tiba-tiba.
“Errrkk...
Hakim, let me...” Rihana leraikan
pelukan Hakim dan menunjuk arah ke bilik air.
Dia
rimas dengan make-up tebal menampal
muka. Tabiatnya apabila keluar dari club,
dia akan membersihkan wajahnya. Rimas dengan foundation yang tebal seinci. Satu bonus apabila bersama Hakim
kerana lelaki itu juga tidak suka dia bermake-up
tebal. Hakim lebih suka wajahnya yang cantik asli.
Hakim
hanya mampu memandang lenggok Rihana menghilang ke bilik air sambil menggeleng.
Rihana yang bijak. Rihana yang pandai mengelak. Rihana yang sentiasa tahu
bagaimana untuk menyimpul gelora di dadanya dan Rihanalah satu-satunya
perempuan yang mampu membuatkan detak jantungnya sentiasa berubah irama.
Tetapi, Rihanalah juga satu-satunya perempuan yang sangat sukar untuk dia
jerat.
Keluar
dari bilik air, wajah Rihana kelihatan segar. Itu yang dia suka pada Rihana.
Walau tanpa secalit foundation, wajah
Rihana nampak cantik dan berseri.
Selesai
mengelap wajah, Hakim gamit Rihana datang dekat padanya yang masih tidak
berganjak duduk di katil. Akur dengan arahan Hakim, Rihana atur langkah
mendekati lelaki itu.
Hakim
paut pinggang Rihana dan wajahnya dilekatkan ke perut wanita itu yang masih
berbaju. Nafanya disedut dalam-dalam. Geloranya datang kembali tatkala jemari
Rihana naik membelai rambutnya.
Tanpa
amaran Hakim tarik Rihana rebah ke katil bersamanya. Kali ini Rihana tidak
membantah sebaliknya membiarkan apa saja yang dia lakukan.
Namun,
saat Hakim hampir-hampir berjaya menakluki Rihana, wanita itu seolah tersedar
dari mimpi yang panjang. Tubuhnya ditolak kasar dan Rihana pantas bangkit. Baju
yang sudah terdampar di lantai pantas dicapai Rihana.
“Rinnn...Please...” Hakim merayu. Lengan Rihana
yang cuba melarikan diri dipaut kemas.
“Hakimmm...”
“Please Rinnn.... sekali saja. I’ll pay you two million, just for one night.”
Hakim memintas, memberi tawaran yang cukup lumayan untuk Rihana serahkan
mahkotanya. Tapi, tahukah Hakim bahawa nilai dirinya tidak cukup dengan hanya duit sebanyak dua
juta?
“No! untuk tawaran you. Ambil balik cincin ni.” Rihana menolak. Saat yang sama dia
lucutkan cincin dijari dan meletakkan ke tapak tangan Hakim.
“Rihana!!”
suara Hakim sedikit keras.
“Ini
hadiah dari I. Kalau you tak sudi,
jangan pulangkan, buang saja ke longkang.” Hakim sedikit marah.
Dia
tidak pernah belikan hadiah yang semahal itu pada mana-mana perempuan yang
pernah dia dampingi. Hanya Rihana satu-satunya wanita yang dia sanggup habiskan
duit untuk belikan apa saja walaupun Rihana sendiri tidak pernah memintanya.
“I’m sorry.” ucap Rihana perlahan.
Pelik
tetapi benar. Suara Rihana yang begitu dengan hanya memohon maaf, hati Hakim
yang panas terus jadi sejuk. Dia tarik tangan Rihana dan kembali menyarungkan
cincin tersebut ke tempat tadi.
“Kahwin
dengan I Rihana?” Hakim tiba-tiba melamar Rihana. Dia tahu itu idea gila dan
dia tahu idea itu sudah pasti akan membuatkan Datuk Adam naik hantu kerana
majlis pertunangan dia bersama Nelly, anak manja Tan Sri Idham akan berlangsung
dua bulan dari sekarang. Namun, dia tahu bagaimana ingin menyorokkan Rihana.
Rihana
terdiam. Jika dia terima lamaran Hakim, dia tentu akan hidup senang. Tak perlu
bersusah payah layan lelaki lain selain Hakim. Tapi, dia tahu ianya sangat
rumit. Dia bukan tidak tahu kisah hidup anak jutawan ini. Dia bukan tidak tahu
Hakim akan bertunang. Jadi, kehadirannya nanti tentu akan membuatkan keadaan
jadi kucar kacir.
“Syaratnya,
I tak mahu kahwin sembunyi sembunyi dan you
tak boleh jadi suami pada wanita lain selain dari I.” Rihana letakkan syarat
walaupun dia tahu Hakim tidak mungkin akan memenuhi syarat tersebut.
Kali
ini Hakim pula yang terdiam. Jemarinya naik melurut rambut di kepala. Wajahnya
nampak resah dan gelisah. Sudahlah jiwanya tersiksa kerana malam ini dia gagal
lagi. Lepas tu, Rihana letak pula syarat yang rumit.
“Mari
I urut you. Biar kurang sikit stres.”
Rihana memberi tawaran beriring sindiran kerana dia tahu syaratnya buatkan
Hakim stres.
Tanpa
menunggu jawapan Hakim, Rihana tolak Hakim agar berbaring meniarap. Dia duduk
bertenggek di birai katil. Pantas jemarinya bertindak seperti selalu, mengurut
leher dan bahu lelaki itu.
“Rinnn...”
“Mmmm...”
“Kalaulah
I dapat bertemankan you setiap malam
kan bagus,” ucap Hakim dengan mata yang sudah terpejam, menikmati urutan dari
jemari Rihana. Benar... jari Rihana punya magis yang boleh membuatkan segala
stresnya hilang melayang. Itulah yang dia suka sangat dengan Rihana.
“Hana,
tak nak balik lagi ke? Teguran Kak Wanie yang sudah berdiri dengan beg tangan
terjinjit di bahu mengejutkan Rihana.
Astaghafirullahazimmmm....
panjang Rihana beristighfar. Kenapa dengan dia hari ini? Semakin dia ingin
melupakan dosa semalam, semakin kenangan itu datang menggamit ingatan.
“Kejap
lagi la kak.” Rihana kerling jam di tangan.
“Okey!
Akak balik dulu. Jumpa esok.”
Rihana
lambai tangan, mengucap selamat pada Kak Watie. Jemarinya naik memicit dahi.
Benarlah kata orang, dosa yang terpalit, tidak mungkin mampu dihapuskan dengan
hanya menutup semua aurat. Sejarah yang terlukis, tidak mungkin akan terpadam
walau jasad sudah hancur ditelan bumi.
Bab 3
Bekerja
dengan Encik Nazreen tidaklah susah sangat. Betul kata Kak Wanie, Encik Nazreen
sangat senang untuk dihandle. Tidak
cerewet dan mudah mesra. Duda muda tanpa anak yang tidak kurang kacaknya itu,
sangat senang untuk difahami apa kemahuannya.
Sedang
Rihana duduk memuji dalam hati, Encik Nazreen tiba-tiba terpacak di depan
mejanya dengan senyuman manis. Aduhaii.. kalau hari-hari dia pandang senyuman
tu, mahu dapat kencing manis tanpa minum minuman bergula.
“Hanaaa...
sekejap lagi you ikut I pergi hotel.”
“Hah??”
terkejut, Rihana hampir terlompat bangun mendengar arahan Encik Nazreen. Apa
ni? Tiba-tiba ajak pergi hotel?
“Eeerrkk....”
Encik
Nazreen senyum meleret. Lucu tengok Rihana yang serba tidak kena.
“Business appointment sayangggg.” Encik
Nazreen gelak perlahan.
Rihana
telan liur. Encik Nazreen ni la. Tak agak-agak nak panggil sayang. Kang orang
dengar kata dia menggatal pulak. Tapi, kata Kak Wanie, mamat ni memang mesra
alam.
“Get ready, kejap lagi kita bertolak.
Takut traffic jam.”
“Okey!”
Dari
Menara Citibank yang dulunya dikenali sebagai Menara Lion di Jalan Ampang,
mereka bergerak ke Swiss Garden Jalan Pudu. Trafik bergerak perlahan tetapi mereka masih sempat
sampai lebih awal dari waktu yang dijanjikan.
Encik
Nazreen memang sudah menempah meja di ruang ‘sulit’ hotel tersebut. Sementara
menunggu ketibaan orang yang ditunggu, Encik Nazreen bercerita serba sedikit
tentang projek yang bakal mereka miliki.
Namun
begitu, dari sepuluh yang Encik Nazreen cerita, hanya satu yang masuk ke kepala
Rihana. Sebabnya, dia sedang gementar. Dah rupa macam anak dara nak jumpa bakal
mertua pula gayanya.
“Datuk
Adam tu owner Royal Group. Dia kawan
papa I dan dia kata dia akan tolong untuk berikan projek tu pada kita,” ujar
Encik Nazreen.
Hah!
Sekejap, nama apa tadi? Datuk Adam? Royal Group? Bukankah itu papa pada si
Hakim?
Rihana
jadi gelabah tiba-tiba. Dah rupa macam anak dara nak jumpa bapa mertua pun ada.
Nak
buat apa ni? Sempat lagi tak kalau dia nak lari? Boleh tak kalau dia bagi
alasan dia sakit perut dan minta balik? Otak Rihana bekerja keras. Apa yang
keluar dari mulut Encik Nazreen sudah tidak masuk ke kepalanya.
Sedang
Rihana sibuk mencari alasan untuk keluar dari situ, orang yang ditunggu telah
tiba. Saat melihat lelaki yang dikatakan Datuk Adam itu, Rihana hampir jatuh
pitam. Bukan Datuk Adam yang datang tetapi Hakim, anak tunggal kepada jutawan
terkenal, pemilik syarikat pembinaan terbesar di Malaysia ini.
Rihana
telan liur sambil perlahan bangkit berdiri, mengikut Encik Nazreen yang bangkit
menyambut ketibaan Hakim.
Hakim
yang baru perasan tentang kewujudan Rihana di situ juga turut terpaku. Oh!
Kebetulan yang cukup indah. Setelah berperang besar dengan papanya kerana tidak
suka diarah berurusan dengan Coral Global di saat-saat akhir, rupanya ada
sesuatu yang Tuhan ingin tunjukkan.
Oh!
Rihana... I miss you. Bisik hati
Hakim tatkala menatap sepasang mata milik Rihana yang sangat cantik itu.
Selepas
bersalaman dengan Nazreen, Hakim hulurkan tangan pada Rihana tetapi gadis itu
tidak menyambutnya, sekadar menunduk tanda menegur.
“Mmm...
jemput duduk Hakim.” Nazreen pantas bertindak agar Hakim tidak terasa malu
dengan situasi itu. Dia memang dah tahu Rihana tidak bersalaman dengan lelaki.
“Ingatkan
papa you yang datang,” ujar Nazreen
berbasa basi. Dia memang kenal dengan Hakim tetapi tidaklah rapat sangat. Hakim
memang susah nak mesra dengan orang. Lagi pun, mana nak sama taraf dia dengan
taraf Hakim, anak jutawan terkenal ini.
“Papa
I terpaksa ke Jepun.” Balas Hakim dengan mata tunak merenung si cantik di
depannya.
Memang
sepatutnya pertemuan ini dihadiri oleh papanya tetapi malam tadi dia diminta
untuk menggantikan papanya yang terpaksa ke Jepun. Mulanya dia enggan kerana
hari ini dia punya program sendiri dan tercetuslah perang besar. Sudahnya dia
mengalah jua, mengikut arahan papanya.
Nazreen
teranguk-angguk kepala sambil mencapai briefcase
di tepi kerusi untuk mengambil dokumen yang diperlukan untuk perbincangan
tersebut.
“Tak
nak kenalkan I dengan orang sebelah ke?” soal Hakim dengan pandangan masih
terhala pada Rihana yang diam dengan wajah bersahaja.
“Ouh!
Sorry. Ni secretary I, Rihana. Hana, ni anak Datuk Adam, Hakim.” Nazreen yang
tak tahu apa-apa terus perkenalkan mereka. Tetapi, hatinya terdetik juga rasa
curiga tatkala melihat Hakim asyik memandang Rihana.
Siapa yang tak kenal
Hakim yang kaki perempuan ini? Pantang lihat perempuan berdahi licin dan Rihana
pula memang jenis yang ‘berdahi licin’. Apa nak dihairankan. Cuma yang
peliknya, takkan wanita bertudung seperti Rihana ni juga Hakim nak try? Sejak bila taste Hakim berubah?
Perbincangan dimulakan
tetapi Nazrin macam bercakap seorang diri. Rihana tak usah cakap sebab dia
memang tukang tulis tetapi Hakim, matanya hanya melekat pada wajah Rihana
sedangkan Rihana hanya menunduk memandang nota di tangan.
Seraut wajah Rihana
yang putih gebu itu Hakim teliti satu persatu. Dari mata yang sederhana besar
dengan bulu yang panjang melentik, tersangatlah sesuai dengan wajah Rihana yang
bulat itu. Hidungnya terletak cantik dan pipinya seperti pipi Lisa Surihani
nampak menonjol apabila dia tersenyum. Paling Hakim suka ialah bibir ulas limau
milik Rihana yang membuatkan dia ketagih dan termimpi siang malam.
Tanpa sedar, Hakim raba
bibir sendiri. Otaknya mula bergerak jahat membayangkan saat-saat manis yang
pernah mereka lalui dulu. Aduhai....Hakim telan liur berkali-kali.
Mata Hakim terpejam
sesaat dengan nafasnya tertahan membendung rasa. Rindunya pada Rihana cukup
menyakitkan dada.
“Okey ke Hakim?”
tiba-tiba telinganya menangkap suara Nazreen menyebut namanya.
“Hah!” Hakim blur sekejap sebelum membetulkan
duduknya.
“Okey! I setuju. Nanti
I minta office siapkan agreement.” Cukup mudah Hakim membuat
keputusan tanpa berfikir walau sesaat. Sebenarnya, dia tak dengar pun apa yang
Nazreen bentangkan.
Kalau dulu dia tidak
berapa setuju papanya ingin menyerahkan projek tersebut kepada Coral Global di
atas sebab persahabatan, Hari ni dia sudah mengubah keputusannya. Ini bukan
kerana pendiriannya telah berubah tetapi kerana Coral Global punya aset yang
sangat bernilai di matanya. Kalau boleh, saat ini juga dia mahu membeli Coral
Global.
“Thanks Hakim.” ucap
Nazreen dengan senyuman lebar.
“Excuse me, I nak pergi minta mereka sediakan hidangan sekarang.”
Nazreen bangkit dan keluar dari situ meninggalkan Hakim dan juga Rihana yang
sudah mula gelisah. Berduaan dengan Hakim buatkan dia jadi sesak nafas seperti
orang yang baru mendapat serangan asma.
“Dah lama you kerja dengan Nazreen?” Hakim
memulakan soal jawab tanpa bertangguh. Banyak soalan di kepalanya yang ingin
diluahkan pada Rihana.
“Baru sebulan.”
“Oh! Kenapa I offer kerja you tak nak terima? Banyak sangat ke Nazreen bayar you?” Hakim seperti tidak berpuas hati.
Syarikat kecil, takkan mampu bayar gaji pekerja mahal-mahal.
“Banyak atau sikit
bukan persoalannya.” balas Rihana.
Hakim keluarkan name card dari wallet dan letak ke atas meja. Dengan dua jari dia tolak name card tersebut ke depan Rihana.
“Hari ni you hantar notis 24 hours. Esok lapor diri di office
I. Nanti I bayar Nazreen untuk notis you.”
ujar Hakim seolah memberi arahan pada pekerjanya.
“Thanks Hakim. But sorry, I tak berminat.” Rihana tolak name card di depannya ke arah Hakim
kembali.
“I bayar lima kali
ganda dari apa yang Nazreen bayar you.”
Hakim tolak semula name card tersebut
ke arah Rihana.
“Duit bukan boleh beli
semua benda Hakim.” Rihana sekali lagi
tolak name card tersebut kembali ke
depan Hakim. Tak pasal-pasal, name card
pula yang jadi mangsa kena tolak sana sini.
“Yap! I tahu duit tak
boleh beli semua benda. Sebab tu I tak boleh beli you walau pun dengan duit dua million,”
balas Hakim bersahaja. Name card di
atas meja di biarkan saja di situ.
Sebelum sempat Rihana
membalas, Encik Nazreen muncul kembali. Tidak mahu Encik Nazreen tahu kisah
silam mereka, Rihana memilih untuk diam.
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment