Bab 7
MELANGKAH ke bilik, Hakim bukannya terus mandi. Dia
melencong ke balkoni, menikmati udara segar. Kedua tangannya memegang palang
besi dan kepalanya didongak ke langit. Bulan nampak terang tetapi bintang masih
jelas kerlipannya.
"Rin... kalau boleh, I nak selalu disamping you begini. Macam langit yang sentiasa
peluk bintang tu," teringat kembali kata-katanya pada Rihana suatu ketika
dulu.
Waktu itu, mereka sedang menikmati angin malam sambil
memandang bintang bertaburan di balkoni Hotel Pullman Putrajaya.
Hakim pejam mata, membayangkan saat ini dia sedang bersama
Rihana sebagaimana waktu-waktu dulu. Lantas, kenangan lalu bertandang lagi
menjamu fikirannya.
Hari itu, dia menghadiri meeting di Putrajaya dan tak sempat ke club untuk menemui Rihana. Lantas, dia tempah bilik di Pullman
Putrajaya dan meminta Abang Adnan, pemandu peribadi yang paling dia percaya
menjemput Rihana ke situ.
"Mmmm... miss
you so much." Hakim terus peluk Rihana sebaik wanita itu muncul di
muka pintu bilik hotel tersebut. Memandang wajah Rihana, kepenatan bekerja
seharian terus terbang melayang.
"You
dah makan ke belum? I dah order dinner
untuk kita, tapi kebab aje. Atau you
nak tambah apa-apa?" soal Hakim. Jemari Rihana dicapai dan dicium
berkali-kali.
"It's okey
Hakim. Dengan you, makan kuih ketayap
pun I rasa macam makan chicken chop."
Rihana bercanda sambil telunjuknya mencuit pipi Hakim sebelum melenggang ke
bilik air untuk membersihkan wajah.
Hakim geleng kepala sambil menghantar lenggok Rihana
dengan pandangan mata dan debaran di dada. Rihana tak perlu buat apa-apa, hanya
jenaka spontan bersama senyuman di bibir sudah mampu membuatkan nafas dia jadi
tersekat-sekat.
Sementara menunggu Rihana di bilik air, Hakim ke
balkoni menikmati pemandangan indah Tasik Putrajaya yang boleh dilihat dari
situ. Belum sempat Rihana keluar, pesanan untuk dinner mereka sudah sampai dan Hakim letakkan di atas meja bulat di
balkoni.
Di tengah-tengah diletakkan sebatang lilin yang dia
pesan dari pihak hotel untuk memberi mood
romantik. Malam itu dia akan makan sambil menikmati udara segar Putrajaya
bersama Rihana.
Keluar dari bilik air, Rihana sudah nampak Hakim yang
sedang duduk di balkoni bersama hidangan dan juga sebatang lilin warna pink
yang telah dinyalakan. Pantas dia atur langkah dan duduk di depan Hakim.
"Kita makan dulu yer, I dah lapar ni." ujar
Rihana sambil menggosok perut. Tengok kebab aje, air liurnya hampir meleleh.
Hakim senyum sambil angguk kepala. Dia tahu, selain
ayam atau daging panggang, Rihana juga suka makan kebab ayam. Macam keturunan Arab,
selera timur tengah.
Makan tanpa suara, Hakim leka memerhati gelagat
Rihana. Malam ini, Rihana mengenakan
gaun tanpa lengan ala-ala Cinderella berpotongan V di leher, mendedahkan
dadanya yang putih gebu. Warna merah saga memang sesuai dengan warna kulit
Rihana yang putih itu.
Ah! Rihana pakai apa pun memang nampak cantik saja.
Kalau orangnya dah cantik, pakai apa pun tetap cantik.
Sedang asyik meneliti Rihana, mata Hakim jatuh pada
bibir Rihana yang sudah comot dengan sos kebab. Mmm... makan macam budak-budak.
“Bibir you
comot, nak I lapkan ke?” Hakim berikan isyarat menggoda.
Rihana senyum. Tahu sangat Hakim sedang menggodanya.
Tapi, sekarang ni dia tengah lapar. Godaan Hakim tak menarik minatnya kerana
kebab di tangan lebih menyelerakan. Lantas, bibirnya dilap menggunakan tisu.
Selesai makan, Rihana ajak Hakim melihat bulan dan
bintang sambil menikmati angin malam. Dia peluk Rihana sambil bersandar di
palang besi balkoni hotel.
"Rinnnnn..."
Hakim buka mata. Rupanya, saat itu dia sedang memeluk
tubuh sendiri di balkoni banglo keluarganya. Oh! Jauh benar dia mengelamun.
Langkah diatur masuk ke dalam. Badan direbahkan ke
katil. Lengan diangkat menutup dahi. Apa sebenarnya yang sedang berlaku pada
dia ni? Bertemu kembali dengan Rihana buatkan dia jadi macam orang sasau, makan
pun tak ada rasa ke anak tekak.
Dari telentang, Hakim bergolek meniarap. Telefon
bimbit dikeluarkan dari poket. Sebut pasal makan, dia nak umpan Rihana dengan
makanan yang Rihana suka.
"Waalaikumussalammm, Rin....” Nama Rihana terus
dipanggil selepas menjawab salam wanita itu.
"Hakim? Mana you
dapat nombor telefon I ni?" Rihana hairan sendiri. Terkejut pun ada.
Bagaimana Hakim boleh tahu nombor telefon dia?
"You
yang sms I, remember?"
Rihana tepuk dahi sendiri. Baru dia ingat tadi dia ada
menghantar pesanan ringkas untuk memohon maaf pada Hakim. Nombor Hakim pula,
memang dia ingat di kepala.
Tapi, Hakim langsung tak membalas pesanan ringkas yang
dia hantar. Kenapa tiba-tiba Hakim menguhubunginya malam ini?
“Okey! So, call
I nak apa ni?” soal Rihana.
"Rin... jom keluar teman I dinner."
Rihana hela nafas panjang. Bagaimanakah caranya dia
mahu menghindari Hakim tanpa melukakan hati lelaki itu?
"I dah makan, Hakim. Lagi pun, I malas nak
keluar." Hanya itu alasan yang
sempat Rihana fikir.
"Sekejap aje, pleaseee...
Kita pergi restoran nasi Arab yang selalu kita pergi dulu." Hakim cuba
memujuk, cuba untuk membangkitkan nostalgia lama di minda Rihana.
"Hakim... kalau boleh, I tak nak ingat apa-apa pun
yang berkaitan dengan you."
Akhirnya, Rihana terpaksa jua menjelaskan. Tidak mahu Hakim terlajak jauh ke
depan dan mengharap yang bukan-bukan.
Hakim terdiam.
Jemari kanan dibawa ke dada sendiri. Di situ, terasa amat sakit sekali tatkala
mendengar bicara Rihana.
"Rin... sebegitu bencikah you pada I? Sehingga apa saja yang berkaitan dengan I you tak mahu ingat?"
"Bukan begitu Hakim." nafi Rihana. Dia
tiba-tiba jadi serba tidak kena. Kalaulah Hakim tahu bahawa dialah lelaki yang
tidak pernah mampu dibuang dari kotak ingatan, tentu Hakim tidak akan tergamak
berkata begitu
"Tolong fahami I Hakim. Tolong bantu I untuk
lepas dari dosa dosa silam. Tolong bantu I untuk buang semua kenangan lama.
Tolonglahhhhh...I merayu.” Rihana rasa nafasnya jadi tertahan.
Hakim yang masih di talian diam tak terkata. Saat ini,
dia tak tahu apa yang dia rasa. Kesian pada Rihana dan kesian juga pada diri
sendiri.
“And... I need
your help." ucap Rihana perlahan.
"Tolong lupakan I dan lupakan semua hal yang
berkaitan dengan I." Rihana tahan tangis tapi, dua titis air jernih gugur
jua ke pipinya. Melupakan Hakim dia memang tak pernah mampu untuk lakukan dan
meminta Hakim melupakan dia adalah perkara paling menyakitkan pernah dia buat.
"Rin.. Itulah satu-satunya permintaan you yang tak mampu I tunaikan. Sebab....
I tak pernah mampu nak lupakan you."
Mendengar luahan jujur Hakim, Rihana sudah teresak di talian. Sukarnya jalan
untuk dia berubah ke arah kebaikan.
"Rin,... Kalaulah diberi peluang, sudikah you jadi isteri I yang sah? Atau, you mahu mencari lelaki baik-baik untuk
menjadi imam you?" soalan Hakim
buatkan jantung Rihana bagai terhenti berdegup.
Rihana tidak pernah ingin percaya bahawa lelaki yang
punya segalanya seperti Hakim itu sudi ‘mengutip’ dia yang tak punya apa-apa
ini dan diangkat sebagai isteri. Akal logiknya tak pernah terfikir tentang itu.
"I bukan wanita baik-baik Hakim. jadi, I tidak
layak untuk mengharap lelaki yang baik-baik. Cukuplah kalau lelaki itu boleh terima I
seadanya." ujar Rihana.
Seketika, masing-masing diam seribu bahasa dengan
talian masih bersambung. Kenapa malam ini suasana terasa sangat syahdu?
"Jujur dengan I Rin, selain dari I, adakah lelaki
lain yang pernah bawa you ke bilik
hotel?" Hakim tiba-tiba bersuara bertanyakan soalan yang tidak terduga
oleh Rihana.
"Ada..." Perlahan suara Rihana menjawab.
Rasa berdosa datang lagi menghempas di bahunya.
"Jujur dengan I, pernah tak you tidur dengan lelaki, I
mean... lebih dari apa yang you
buat dengan I?” soal Hakim lagi.
“Tak pernah!” pantas Rihana menjawab. Benar, Hakimlah
satu-satunya lelaki yang pernah dia temani sehingga ke pagi. Lainnya, hanya
minum-minum sambil layan sembang sebelum dihantar pulang.
Hakim senyum. Tak tahu kenapa, dia rasa bahagia
sungguh-sungguh. Pengakuan Rihana entah benar atau tidak tetapi dia memilih
untuk percaya. Mengenali wanita itu, dia tahu Rihana sentiasa jujur dalam
berbicara dan yang penting Rihana tidak pernah hipokrit di depannya. Sebab itu
dia kata Rihana berbeza dari perempuan lain yang pernah dia dampingi.
“Hakim... I nak putuskan talian. Ada hal sikit.”
Rihana meminta diri dan Hakim tidak ingin mendesak. Banyak masa lagi.
Putusnya talian, senyuman Hakim makin lebar. ‘Be my wife Rihana, please....be my wife.’ bisik hati Hakim.
Saat yang sama, telefonnya tiba-tiba berdering. Tanpa
memandang siapa yang memanggil dan hatinya menyangka Rihana yang
menghubunginya, terus dia tekan butang hijau dan tekapkan telefon ke telinga.
“Ya, sayanggg..”
sapa Hakim.
"Sayanggg... “
Hah! Hakim spontan bangkit bersila. Badannya tegak
memerhati skrin telefon. Bukan Rihana tetapi Nelly. Adoiiiii...sebut lagi
perkataan wife, kan bakal wife dah muncul!
“Yap! Ada apa?” soal Hakim. Suaranya tiba-tiba berubah
serius.
“You free
tak esok?" Nelly seakan merengek.
"Tak! I tak free."
Hakim menjawab tanpa berfikir walau sesaat atau menunggu walau sedetik. Kalau
dengan Nelly, dia memang tak pernah sudi untuk membuang masa.
"Alaaaa... I ingat nak minta you hantar I ke Bandar Utama, I ada shooting kat sana. Lepas tu kita pergi lunch sama-sama, dah lama tak jumpa you," Nelly bersuara manja. Tadi, dia sangat suka bila
mendengar Hakim memanggilnya sayang. Sepanjang mereka kenal sehinggalah
bertunang, tak pernah lagi Hakim memanggilnya begitu.
“Boleh la sayangggg...” rengek Nelly lagi. Hakim mula
jadi rimas. Dia memang tak suka wanita yang manja campur mengada begini. Kalau
bukan sebab papa dan mama, sumpah dia memang tolak Nelly mentah-mentah.
“Nelly, I’m
busy. You tahu kan....”
“You memang!
Kalau dengan I memang selalu busy.
Tapi, kalau angkut perempuan lain sana sini, tak pula busy!” Nelly memintas. Dia mula naik angin. Sudah berkali dia
mengajak Hakim keluar tetapi nama saja tunang, tak pernah pun ada masa
untuknya. Yang menyakitkan hati bila dia selalu dengar orang bercerita tentang
Hakim yang usung perempuan lain sana sini.
“Nelly! I’ve
told you before. Ikatan kita tak memberi hak untuk you mencampuri urusan perbadi I. Kalau you nak kekal jadi tunang I, tolong jangan sebut tentang semua tu.
I juga tak pernah halang you campur
dengan mana-mana lelaki.
“Benci!” Nelly terus putuskan talian. Bengkak betul
hati dia dengan perangai Hakim.
Hakim pejam mata. Hatinya terasa tidak tenang. Kalau
dulu, jika dia rasa begini, Rihanalah ubat paling mujarab untuk menghilangkan
rasa itu.
Rinnnnn... I
miss you. Tuhan...jagai dia untuk aku, kerana aku masih punya banyak
halangan sebelum mengangkat dia sebagai isteriku.
Bab 8
Awal
pagi lagi Encik Nazreen sudah bertenggek di meja Rihana sambil berpeluk tubuh.
Tak cakap apa-apa, hanya pandang saja. Rihana yang terasa pelik, terus angkat
kening tanda bertanya.
“You tak rasa ke yang Hakim tu sebenarnya
sukakan you?” Encik Nazreen bersuara
tiba-tiba.
Rihana
bulatkan mata. ‘Tak payah rasa-rasa bos. Semua tu dia memang dah tahu lama
dulu. Dia memang tahu Hakim suka dia tapi rasa suka Hakim itu tidak mampu
mencipta yang halal antara mereka.’ Bisik hati Rihana.
“Hana?”
Nazreen tidak berpuas hati apabila Rihana hanya diam tidak mengulas.
“Bos...
soal perasaan ni, I tak pandai nak jadi Pak Nujum. Lainlah kalau orang tu terus
cakap yang dia suka I, baru I faham,” Rihana berselindung di sebalik
jawapannya.
“Oh!
Kalau I suka you, maknanya I kena
cakap terus terang yang I suka you,
baru you faham, begitu?”
Tidak
sempat Rihana membalas, matanya sudah terpaku ke satu arah. Lembaga manusia
yang tiba-tiba saja muncul di situ dengan renungan tajam ke arahnya buatkan
tekak Rihana serta merta jadi kering.
Melihat
tingkah Rihana yang pelik, Encik Nazreen toleh ke belakang. Terpandangkan Hakim
yang tercegat dengan wajah mencuka, dia pantas bangkit berdiri
“Hakim.”
Nazreen tunduk hormat. Rihana juga turut bangkit berdiri dan menundukkan
sedikit kepala tanda hormat. Apa sekali pun, di dalam kawasan kerja, Hakim
perlu dihormati sebagai orang yang lebih atas dan lebih berkuasa.
Selepas
pengambilalihan kuasa oleh Royal Group lebih sebulan yang lepas, Hakim
merupakan pemegang saham paling besar dalam Coral Global.
Encik
Nazreen sendiri terkejut apatah lagi Rihana. Sewaktu mesyuarat tergempar
lembaga pengarah lebih sebulan lepas, Hakim dan Datuk Adam tiba-tiba muncul
untuk membuat pengumuman.
Mereka
telah berjaya membeli lima puluh lima peratus saham Coral Global. Entah
bagaimana Hakim boleh memujuk pemegang saham yang lain agar menjual syer mereka
dengan begitu mudah sekali. Tapi, dengan duit apa saja tidak mustahil.
Pun
begitu, Hakim masih mahu mengekalkan Encik Nazreen sebagai bos di situ. Cuma
kata Hakim, dia hanya akan membuat sedikit perubahan dan ‘sedikit’ yang disebut
Hakim itulah yang telah membuatkan Rihana betul-betul naik angin.
“Can I see you?” Hakim bersuara pada
Encik Nazreen tapi pandangannya menjeling Rihana.
Encik
Nazreen pantas mengangguk dan mengemudi arah menuju ke biliknya diikuti oleh
Hakim.
Rihana
pula buat-buat sibuk. Malas nak pandang muka Hakim yang perasan bagus itu.
Sejak mesyuarat lembaga pengarah hari itu lagi hati Rihana sudah membengkak.
Apa taknya, Hakim dengan sombongnya berlagak seolah mereka tak pernah kenal.
Selepas
dua minggu pengambilalihan, Hakim hadir pula ke Coral Global untuk mengadakan
pertemuan dengan HOD (Head of Department).
Pada hari tersebut juga Hakim langsung tidak menegurnya.
Okey!
Rihana tidak kisah tentang itu. Mungkin Hakim sudah sedar yang di antara mereka
tidak seharusnya ada sebarang hubung kait. Mungkin juga Hakim sudah sedar dan
menerima permintaannya agar melupakan kenangan antara mereka, sekaligus
melupakan dirinya.
Pun
begitu, ianya tidaklah seperti yang disangkakan. Selepas mesyuarat tersebut,
Rihana menerima arahan agar berpindah ke Royal Group. Bukan dia saja malah ada
beberapa orang lagi. Tapi, Rihana tahu ini semua kerja Hakim. Rihana tahu Hakim
sudah merancang semua ini bertujuan untuk ‘memaksa’ dia bekerja dengan lelaki
itu. Orang lain yang dipanggil itu hanyalah untuk mengaburi mata pihak lain.
“Hana.....
boleh tolong tak? Nak Nescafe kurang manis satu, pleaseeeee..” Encik Nazreen tiba-tiba bersuara di muka pintu
biliknya yang sudah terkuak separuh mengejutkan Rihana yang sibuk melayan hati
dengan sikap Hakim.
Huh!
Rihana buat muka tapi dia bangkit jua untuk ke pantri. Ni mesti Hakim yang
mengada minta sebab dia tahu Hakim memang minum Nescafe kurang manis sejak
dulu. Letak susu satu tin baru tahu!
Selepas
menghantar air ke bilik Encik Nazreen, Rihana ingin mengatur langkah untuk
keluar namun dia ditahan dan diminta agar duduk menyertai mereka yang ketika
itu sedang berbincang di sofa antik di sudut kiri bilik tersebut.
“Okey!
You boleh tinggalkan kami berdua
tak?” Permintaan Hakim pada Encik Nazreen buatkan Rihana tidak selesa. Berduaan
dengan Hakim, bilik yang sebesar ini boleh menjadi sempit tiba-tiba.
Bukan
saja Rihana, tetapi Nazreen juga terasa hatinya tidak sedap. Dia dapat
merasakan ada sesuatu yang pelik antara Hakim dan setiausahanya itu. Ketika
pertemuan pertama mereka dulu lagi dia sudah curiga dengan pandangan Hakim
terhadap Rihana.
Sebegitu sukakah Hakim
pada Rihana sehingga sanggup mengeluarkan wang yang sangat banyak semata-mata
untuk mendapatkan Coral Global? Sebegitu percayakah Datuk Adam pada Hakim
sehingga sanggup memejamkan mata apabila Hakim menawarkan harga yang berkali
ganda?
Hatinya
cuba menafikan. Tak mungkin lelaki hebat seperti Hakim memandang wanita
bertudung dan sopan seperti Rihana. Lagipun, Hakim sudah bertunang dengan model
cantik lagi terkenal.
Pun begitu, Nazreen
ikut juga permintaan Hakim dan bangkit dari duduk mengatur langkah keluar.
Sebaik pintu bilik
tertutup, Hakim letakkan sampul surat putih ke atas meja kopi yang terletak di
tengah-tengah sofa. Saat itu mereka berdua sedang duduk berdepan dan meja
tersebut memisahkan jarak.
“Ambil balik surat tu.”
arah Hakim.
Tanpa melihat pun
Rihana tahu itu surat apa. Hakim fikir dia bijak tetapi Rihana lagi bijak. Tak
payah susah-susah nak fikir bagaimana untuk bekerja dengan Hakim kerana dia
memilih untuk menarik diri dan meletak jawatan.
“Kenapa mesti letak
jawatan?” soal Hakim setelah Rihana tidak bertindak balas ke atas arahannya.
“I dah cakap sebelum ni
kan?” Rihana balas dengan soalan juga. Matanya dijulingkan ke atas tanda bosan.
Memang saat ini dia rasa sangat bosan. Bercerita tentang perletakan jawatan,
dia tidak mahu mengulas lanjut. Sebab dia yakin Hakim tahu kenapa dia bertindak
begitu.
“Sebab tak minat kerja
dengan I?” Hakim meneka. Serius wajahnya tanpa segaris senyuman.
Rihana diam tidak
menjawab. ‘Dah tahu buat apa nak tanya lagi?’ Rihana membentak dalam hati. Dia
geram sebenarnya. Baru saja dapat menyesuaikan diri di sini, Hakim datang
mengucar kacirkan keadaan.
“Atau you memang ada perancangan lain dengan
Nazreen?” sinis nada Hakim, sengaja nak menyakitkan hati Rihana.
“Perancangan apa?” soal
Rihana pantas. Tetiba kaitkan nama Encik Nazreen ni apa kes pulak?
“Manalah I tahu.” Hakim
gelak sendiri.
Bukan dia tidak dengar
bicara Nazreen ketika dia tiba tadi. Bukan dia tidak tahu pandangan mata
Nazreen pada Rihana. Orang bodoh saja yang tidak faham. Tapi, pesanan hatinya
pada Nazreen, langkah mayat dia dulu sebelum bermimpi untuk ‘menyentuh
Rihananya’.
“Dia macam suka you. Mungkin juga you pun suka dia.” Hakim sekadar menduga.
“Ha’ah. Memang kami ada
perancangan dan memang I suka dia.” Bersahaja Rihana menjawab, sengaja mencabar
Hakim. Alang-alang dah dikata begitu, mengaku saja. Penat nak main soal jawab
dengan lelaki yang tak faham bahasa macam ni.
“Oh!” Hakim senyum
walhal dalam hati sudah bagai dicucuh bara merah.
“Tapi, kalau I kata you harus juga bekerja dengan I, macam mana?” Hakim susun strategi.
Wanita bijak seperti Rihana harus ditanggani dengan akal, bukan nafsu atau
amarah.
Rihana dongak kepala.
Pandangan bertembung buat seketika sebelum Rihana larikan wajah ke kanan. Debar
yang hadir saat sinar mata Hakim memanah matanya buatkan Rihana makin tidak
selesa. Rasa yang satu itu bagai datang menerjah ke jiwa wanitanya.
“I bagi pilihan, you tarik balik surat letak jawatan ni
dan kerja dengan I atau you teruskan
juga letak jawatan, I akan tutup Coral Global.”
“Hah?” Rihana terkejut.
Matanya terkelip-kelip memandang Hakim. Sejak bila lelaki ni jadi sangat kejam
macam ni?
“Pilihan di tangan you. Kalau you sanggup tengok lebih dua ratus pekerja kehilangan kerja, you teruskan letak jawatan.”
“Tutuplah!”
ucap Rihana dengan wajah bersahaja lalu bangkit berdiri. Bercakap dengan orang
kejam, kita pun kena jadi kejam juga. Kadangkala, dalam satu-satu situasi, kita
kena juga pentingkan diri sendiri.
“Like I care...” ngomel Rihana perlahan
sambil mencebik namun masih mampu didengar oleh telinga Hakim.
Tanpa
meminta izin, Rihana melangkah ke arah pintu untuk keluar. Nampak macam kurang
ajar tapi ada dia kesah?
Menghantar pemergian
Rihana dengan pandangan mata, Hakim tahan rasa hati. Rahangnya bergerak petanda
dia sedang sangat marah. Tapi, dia masih boleh bersabar. Rihana banyak mengajar
dia erti sabar. Kalau nafsunya yang satu itu pun dia masih boleh kawal demi
Rihana, inikan pula rasa amarah.
Ali Radhiyallahu ‘anhu
pernah berkata : Kedudukan sabar dalam
iman sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (surah
Al-Baqarah : Ayat 155)
Plan A tak menjadi, dia masih ada plan B dan juga C. Dia akan buat apa sahaja sehingga langkah Rihana
jadi pendek dan tidak mampu lagi untuk lari. Tunggulah, saatnya akan tiba
nanti.
Rihana buat muka bodoh
saat Hakim melangkah keluar meninggalkan pejabat tersebut. Hakim nak marah pun
apa dia peduli. Sekali fikir, Hakim sekarang ni sudah jadi berbeza dengan Hakim
yang pernah dia kenal dulu. Tapi, memang pun dia bukan kenal sangat dengan
latar belakang Hakim. Selalu pun kalau bertemu, Hakim mana ada cerita pasal kerja
atau keluarganya. Yang mereka cerita cuma tentang hiburan dan keseronokan.
Bab 9
Seharian itu, Encik
Nazreen nampak sibuk semacam. Nak tegur pun naik takut. Entah apa yang kelam
kabut sangat. Mungkinkah Hakim sudah mengumumkan tentang penutupan Coral
Global? Oh! Hatinya tiba-tiba jadi tidak sedap. Takkanlah Hakim sebegitu kejam.
Sehingga ke petang,
persoalan tersebut menggangu fikiran Rihana. Mahu rasanya dia menghubungi Hakim
dan memberi sedikit ceramah. Tetapi, mahukah Hakim mendengarnya? Ah! Tak
mungkin.
Seharian
berfikir tentang Hakim, petang itu lelaki itu muncul lagi. Ketika itu, Rihana
sedang melangkah ke tempat letak kereta. Kali ini, Porsche Panamera Hakim
diletakkan melintang menghadang di belakang kereta Rihana. Manakala Hakim pula
sedang berdiri bersandar di keretanya sambil berpeluk tubuh.
Tanpa
mempedulikan lelaki tersebut yang tercegat di situ, Rihana terus melangkah
masuk ke dalam keretanya. Rasa geramnya pada Hakim tiba-tiba bertukar jadi
benci.
Belum
sempat Rihana mengunci keretanya, Hakim sudah masuk dan duduk di kerusi
penumpang.
“You nak apa lagi ni sesuka hati ceroboh
masuk dalam kereta orang?” keras suara Rihana. Geramnya pada Hakim pagi tadi
masih juga belum surut surut walaupun sudah diangkat wuduk berkali-kali.
“Alihkan
kereta you! I nak balik ni.” Masih
keras, Rihana memberi arahan.
“Tell me first, apa hubungan you dengan Nazreen?”
Rihana
cuba bertenang. Nafasnya ditarik panjang-panjang. Silap perkiraan, ada yang
kena lepuk nanti.
“Sejak
bila you jadi tak faham bahasa ni?
Soalan you tu I dah jawab tadi kan?” Tekan Rihana keras
sekali.
“Itu
bukan jawapan yang I nak dengar.”
“Habis?
You nak dengar yang bagaimana? Yes! I ada hubungan istimewa dengan
Encik Nazreen. So, you nak buat apa?”
habis saja Rihana berkata-kata, tangannya yang memegang stereng kereta sudah
ditarik kasar oleh Hakim.
Belum
sempat berbuat apa-apa, sebelah lagi tangan Hakim sudah melepasi tubuh Rihana
untuk menarik kekunci dan menurunkan kerusi tempat duduk Rihana.
“Hakimmmm!!!” Rihana terjerit tatkala tubuhnya
sudahpun terjatuh ke belakang dalam keadaan terbaring.
Pantas
dan cekap, Hakim terus mengepung tubuh Rihana dengan mengunci kedua tangan agar
tidak mampu bangkit atau bergerak walau seinci.
“You tanya I nak buat apa kan?” Soal
Hakim seakan berbisik di telinga Rihana tetapi nadanya terkandung emosi geram.
“Kalau
I nak buat macam ni, apa you nak
cakap?” soal Hakim lagi, mendekatkan wajahnya ke wajah Rihana yang sudah
memusing wajah ke kanan dengan mata terpejam.
“Hakim
please... jangan buat macam ni?”
Rihana merayu. Nafasnya tiba-tiba jadi sukar untuk ditarik. Haruman DKNY Classic
yang Hakim pakai membuatkan jantungnya kehilangan rentak.
“Kalau
dari tadi bercakap macam ni dengan I kan bagus.” makin dekat bibir Hakim ingin
menyentuh kulit pipi Rihana.
“Hakimmmm...”
suara Rihana sudah berubah nada. Dia sudah hampir mahu menangis.
“Mmmm.....”
Hakim pula mula keluarkan suara menggoda.
“Tolong
lepaskan I dulu, Hakim.” Rihana cuba meronta namun apalah sangat tenaganya nak
dilawan tenaga Hakim.
“Cuba
panggil nama I macam you panggil
tadi. I love that tone,” umpan Hakim.
Sungguh, suara Rihana yang menyeru namanya tadi seperti yang selalu Rihana
lakukan suatu ketika dulu dan dia sangat sukakannya.
“Seems like ‘my old Rihana’ is back,”
bisik Hakim, menggoda. Matanya terpejam rapat. Dia ingin menggoda Rihana
sebenarnya tetapi haruman dari tubuh Rihana buatkan dia pula yang tergoda.
Hakim
yang sedang hanyut memberi peluang untuk Rihana melepaskan diri. Namun, sebaik
matanya terbuka, pandangannya jatuh pada lembaga manusia yang berdiri tercegat
di luar pintu.
Oh!
Melihatkan gerangan lelaki yang merenung tajam ke arah mereka itu, Rihana rasa
seperti langit runtuh ke bumi. Dia memang tak buat apa-apa tetapi keadaan
mereka dalam keadaan berbaring dengan Hakim hampir menindih tubuhnya itu,
sesiapa yang melihatpun akan menaruh curiga.
Rihana
tolak kuat tubuh Hakim dan kerusi yang terbaring itu ditegakkan. Apa yang dia
rasa saat itu tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Matanya tiba-tiba saja
bergenang air jernih.
Nazreen
masih tegak berdiri di situ. Kakinya bagai dipaku. Dia seperti tidak percaya
dengan apa yang dilihatnya. Tadi, ketika menapak ke keretanya di hujung sana,
dia ternampak sebuah kereta sedang terparkir menghadang di belakang kereta
Rihana. Dia cuba mendekat. Kereta Rihana pula telah dihidupkan enjin tetapi
dari jauh tidak pula kelihatan orang di
dalamnya. Lantas dia menghampiri dan apa yang dilihatnya sungguh mengejutkan.
Rihana
buka pintu kereta dan keluar berdiri mengadap Encik Nazreen dengan pintu
separuh terbuka. Dia tak tahu nak buat apa waktu itu. Yang terfikir di
kepalanya hanyalah untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku.
“Tak
sangka, you rupanya perempuan
sebegini. Kalau I tahu, dari awal lagi I dah ‘bayar’ you. Mahal pun tak kisah, janji dapat ‘merasa’.” Bisa sindiran
Encik Nazreen buatkan sekeping hati Rihana berpecah menjadi kepingan kecil.
Rasa harga diri seperti tercampak ke longkang.
Mendengar
kata-kata Nazreen, Hakim pantas meluru keluar dan menerpa ke arah lelaki itu.
Kolar baju Nazreen ditarik kasar sehinggakan lelaki itu terdorong ke depan
tanpa sempat berbuat apa-apa.
“Hakimmmm!!!!”
Rihana menjerit sebelum sempat penumbuk Hakim singgah di muka Encik Nazreen.
“Stop it!!!!” jerit Rihana lagi.
“Jangan
sesekali you berani hina dia seperti
tadi.” Hakim jatuhkan penumbuknya. Kalau bukan sebab Rihana melarang, Nazreen
tentu ‘selamat’ dia kerjakannya.
“Go!” jerkah Hakim sambil menolak kasar
tubuh Nazreen. Lama lagi Nazreen di situ, takut sabarnya akan hilang.
Nazreen
mendengus geram sambil membetulkan kolar bajunya yang ditarik Hakim. Langkahnya
diatur dengan jelingan ke wajah Rihana.
Rihana
masuk kembali ke dalam kereta. Matanya dipejam rapat dan air jernih yang cuba
ditahan sejak tadi gugur jua menyentuh pipi. Tangannya dibawa ke dada dan
badannya dibongkokkan ke depan. Dahi dilekatkan ke stereng kereta.
Tanpa
suara, badannya bergegar menahan tangis yang makin menggila. Kenapa takdir
hidupnya jadi sebegini sukar?
“Rin...”
perlahan Hakim memanggil. Dia yang kini sudah kembali masuk di tempat
penumpang jadi tersentuh hati melihat
keadaan Rihana yang begitu. Sungguh, sepanjang mengenali Rihana, dia tidak pernah
melihat wanita ini menangis begini kerana Rihana yang dia kenal adalah seorang
yang easy going dan happy go lucky.
“I’m sorry...” luah Hakim. Rasa bersalah
datang bertimpa-timpa jatuh ke hatinya.
“I’m sorry Rinnn..” ucap Hakim lagi.
Kalau boleh dia ingin membawa Rihana ke dalam pelukannya tetapi dia tahu, jika
dia berani berbuat begitu, Rihana pasti mengamuk.
“I hate you!” Jerit Rihana dengan wajah
masih menekur stereng kereta.
“Rinnn..”
Hakim cuba untuk memujuk.
“I hate you Hakim. I hate you.....” Tangis Rihana makin kuat.
“I’m sorry Rin..really..really sorry,” ucap Hakim lagi penuh nada ikhlas.
“Sorry you tu tak mungkin mampu
kembalikan maruah I Hakim.” Balas Rihana dalam esak tangisnya.
“You pergilah. I merayu Hakim, tolong
pergi sekarang.”
“Mari
I hantar you balik. Tinggalkan kereta
kat sini.” Hakim tidak mengendahkan permintaan Rihana.
“No!!!!” Jerit Rihana. Kepalanya
diangkat. Matanya yang merah merenung tajam ke arah Hakim.
“Keluar!!!!”
jeritnya lagi.
Hakim
tarik nafas. Kedua tangannya diangkat tanda mengalah. Pintu dibuka perlahan.
Sebelah kakinya dikeluarkan. Namun badannya dipusing ke arah Rihana.
“Last time, you left me without a word. But
today, I’ll never do the same.” Hakim tarik nafas.
“I know I was wrong but I never meant to
hurt you. Knowing you is the best thing that happened to me but it’s also
hurting me so badly.”
Hakim
melangkah pergi tapi dia tahu, dia takkan mampu pergi jauh meninggalkan Rihana.
Rihana
menangis lagi. ‘Hakim, kalau boleh memutar waktu, I tak mahu mengenali you dengan cara kotor begitu. I want you Hakim, tapi.... dengan apa
yang kita sama-sama rasa, belum cukup untuk membina sebuah bahagia.
No comments:
Post a Comment