Friday, 3 January 2014

Pergi Tanpa Alasan : Bab 4, 5 & 6

Bab 4

Melihat makanan yang terhidang, perut Rihana rasa lapar tiba-tiba. Dia terus jadi lupa siapa yang ada di depannya sebab semua makanan itu adalah makanan yang dia suka terutama sekali daging panggang yang didatangkan dengan sos pencicah, hirisan timun dan juga bawang merah.
Kenapa timun dan bawang mentah? Info kesihatan kata, jangan lupa makan timun bila makan makanan yang dibakar kerana karbon yang terhasil dari pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser dan timun merupakan anti-karsinogen. Bawang pula bertindak sebagai bahan dalam membantu proses pencernaan dan ia juga merupakan anti-kanser.
Sebut tentang bawang, Rihana teringat satu artikel yang dibaca. Sabda Rasulullah SAW :
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasak kepada ahli rumahnya, maka Allah SWT akan mencatatkan pahala sebanyak yang diberikan-Nya kepada orang yang menangis kerana takutkan Allah.”
Indahnya menjadi seorang wanita. Lebih-lebih lagi sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Itulah istimewanya seorang wanita berbanding lelaki.
Waktu menjamu selera, masing-masing hanya diam. Rihana seperti biasa, kalau bab makan dia memang tak pernah pandai nak kontrol ayu. Itulah yang selalu Hakim perhatikan dan tabiat itulah yang Hakim sangat suka apabila membawa Rihana makan.
Melihat Rihana yang begitu enak menyuap hirisan timun berselang dengan bawang mentah dan daging panggang, timbul idea nakal di hati Hakim.
“Kata orang, makan bawang mentah boleh memberi tenaga dan menguatkan nafsu. Apa pendapat you Rihana?” sungguh selamba soalan Hakim buatkan mulut Rihana terhenti mengunyah.
Bawang mentah yang sedang dikunyahnya seperti ingin tersembur keluar. Sungguh kurang sopan betullah Hakim ni! Rasa macam nak aje dia sumbat mulut Hakim dengan mangkuk bawang tersebut.
Nazreen hanya tergelak perlahan mendengar bicara Hakim yang terasa lucu di telinganya. Lebih lucu apabila melihat mulut Rihana yang penuh dengan makanan terhenti mengunyah. Pipinya yang timbul itu nampak mengembung.
“I tak berapa pastilah Encik Hakim, sebab I belum kahwin lagi. Tapi, I memang suka makan bawang mentah ni. Nantilah, bila I dah kahwin, I bagi tahu Encik Hakim betul ke tidak apa yang orang kata tentang tenaga dan nafsu tu.” Rihana balas soalan Hakim dengan jawapan yang kurang sopan juga. Orang macam Hakim ni tak boleh nak bagi muka lebih-lebih.
Hakim ketawa perlahan tetapi Nazreen pula yang ternganga kerana terkejut dengan keselambaan Rihana. Boleh tahan juga wanita ni. Tak sangka!
Setelah selesai menjamu selera, Nazreen bangkit untuk menyelesaikan pembayaran dan sekali lagi mereka ditinggalkan berduaan. Peluang keemasan itu Hakim ambil untuk tenung Rihana.
Matanya tidak lepas dari meratah seluruh wajah Rihana yang begitu asyik menghirup sup shark’s fin di dalam mangkuk.
“What????” soal Rihana keras apabila dia perasan Hakim merenungnya semacam
Your lips… I miss them.” Hakim kenyit mata, gatal.
Oh! Rihana rasa macam nak tercekik sup yang dihirup. Dia jadi lemah tiba-tiba. Hakim, tolonglah jangan goda dia begitu. Tuhan, tolong kuatkan aku untuk terus berdiri ke jalanMU.
Melihat wajah Rihana yang sudah berubah, Hakim mahu mengusik lagi. Kakinya dihulur panjang ke depan dan hujung kasutnya menggesel betis Rihana menyebabkan wanita itu hampir terlompat bangun.
“Hakimmmm!!!!” Kuat jeritan Rihana kerana terkejut bercampur marah. Dia rasa macam nak tendang Hakim laju laju.
You ni, memang nak minta pelempang kan?” Marah betul Rihana tatkala melihat muka Hakim yang seperti orang tak bersalah itu.
“Kalau yang lempang tu tangan you, I tahan jer walaupun bengkak pipi.”
Hakim sambut kemarahan Rihana dengan ketawa nakal. Saat itu dia rasa bahagia ada di mana-mana. Badannya dicondongkan ke depan agar lebih rapat dengan Rihana yang duduk berdepan dengannya.
“I miss you Rin... I miss everything about you.” Bisik Hakim, menggoda. Benar, dia sangat-sangat rindukan Rihana. Rindu akan semua perkara berkaitan Rihana.
Rihana rasa jantungnya sudah jatuh mencecah lantai. Kalaulah dia mampu memadamkan semua kenangan antara mereka di kepala Hakim, alangkah mudahnya hidup ini. Namun, usahkan menghapus di kepala Hakim, di kepala sendiri pun dia tidak mampu untuk memadamkannya.
Hakim bangkit. Name card di atas meja diambil dan melangkah mendekati Rihana. Tanpa amaran, dia capai tangan Rihana dan letakkan name card tersebut ke telapak tangan wanita itu.
Contact me if you change your mind,” ucap Hakim dan melangkah untuk keluar. Dia tidak perlu risau sebab dia sudah tahu bagaimana untuk mencari Rihana. Balik ke pejabat nanti, dia akan cari jalan bagaimana untuk membeli saham Coral Global.
Rihana geleng kepala. Fikirannya takkan berubah, never, ever and forever. Jika dia berani mengambil keputusan untuk mendekati Hakim, dia percaya suatu hari nanti dia tentu akan tewas.

PULANG dari pertemuan itu Encik Nazreen terus menghilang. Balik ke rumah agaknya. Sementara tak ada apa nak dibuat, Rihana kemas bilik bosnya itu yang sudah rupa macam sarang tikus beranak kecil.
Majalah yang bersepah di atas meja kopi disusun satu persatu. Saat tangannya mencapai majalah business, matanya terpaku pada gambar depan majalah tersebut. Hakim? Ya! Wajah Hakim yang menjadi penghias muka depannya dan headline yang tertulis di situ buatkan hati Rihana jadi berlainan rasa.
Melihat tarikh keluaran majalah tersebut, Rihana diam mengira. Maknanya, masih baru. Lari dari dunia yang penuh godaan, dia jadi tidak tahu perkembangan semasa. Dulu, dia memang tahu ura-ura yang Hakim akan bertunang dengan anak Tan Sri Idham, model terkenal yang bernama Nelly itu. Dan hari ini dia baru tahu bahawa mereka sudah selamat mengikat tali pertunangan. Maknanya, Hakim itu tunangan Nelly.
Melihat gambar pertunangan Hakim bersama Nelly yang sebanyak empat muka surat itu, Rihana rasa hatinya seperti dicarik benda tajam. Dia sendiri tak tahu kenapa. Melihat senyuman Hakim yang nampak sangat bahagia, dia turut sama tersenyum menumpang bahagia tetapi kenapa hatinya seperti menangis hiba.
“Kahwin dengan I Rin...”
Teringat kembali lamaran Hakim suatu ketika dulu. Bukan sekali malah lebih dari tiga kali Hakim mengajak dia berkahwin tetapi apabila diberi syarat, Hakim hanya diam membisu. Saat itu dia sudah tahu, Hakim takkan berani untuk membantah perancangan orang tuanya.
Lama Rihana membelek majalah tersebut sehingga tidak sedar waktu sudah hampir ke pukul enam petang. Pejabat semua sudah gelap. Cepat-cepat dia berkemas untuk pulang. Ngeri juga duduk pejabat sendiri tanpa sesiapa.
Ketika melangkah ke tempat parking, hati Rihana rasa lain macam. Terus dia berzikir dalam hati memohon dari Ilahi agar dijauhkan dari sesuatu yang buruk.
Ketika masuk ke dalam kereta, Rihana perasan pintu kereta pemandu yang terparking di sebelah kiri keretanya dibuka. Apabila menoleh, Rihana hanya nampak belakang seorang lelaki.
Belum sempat menghidupkan enjin, tiba-tiba pintu keretanya di sebelah penumpang dibuka dari luar. Terkejut, Rihana hampir terjerit. Namun, tatkala melihat gerangan lelaki yang selamba masuk dan duduk di kerusi penumpang sebelahnya, Rihana sedut nafas panjang-panjang.
Siapa lagi kalau bukan Hakim yang suka buat kerja-kerja mengejutkan dia begini. Kalaulah dalam kereta dia ada parang panjang, memang dia dah kerat lelaki di sebelahnya ini jadi lapan belas. Geram sungguh!


Bab 5


Rihana hanya diam, menahan rasa geram yang mengasak di hati. Hakim pula hanya duduk memandang ke depan sambil berpeluk tubuh. Badannya bersahaja disandar ke belakang tempat duduk. Santai semacam, seolah sedang menikmati suasana di tepi pantai
“Kenapa tak lari?” Hakim menyoal tiba-tiba setelah masing-masing diam agak lama.
“Kenapa? You harimau ke I nak kena lari,” balas Rihana dengan soalan bernada sinis.
Hakim senyum. Badannya dipusingkan ke arah Rihana. Kaki kanannya ditarik sila ke atas tempat duduk membuatkan kedudukannya betul-betul mengadap Rihana. Belakangnya disandar ke pintu kereta pula.
Rihana hari ini dengan Rihana yang dia kenal dulu jauh sekali bezanya. Dulu, bicara Rihana selalu manja sehingga setiap kali mendengar Rihana bersuara, degup jantungnya boleh bertukar rentak serta merta. Kini, bicara Rihana sentiasa sinis.
“Kalau I harimau, you akan jadi orang pertama yang I terkam dulu. Sebab...” Hakim hentikan bicara di situ.  Badannya dicondong ke kiri dan siku di tongkat ke dashboard supaya matanya boleh melihat wajah Rihana yang tegak memandang ke depan dengan jelas.
“Tengok you berbalut macam ni pun dah nampak sangat menyelerakan, macam ayam panggang.” Hakim senyum.
Sebut tentang ayam panggang, kenangan indah di kondo Rihana menggamit ingatannya. Waktu itu, dia sedang mempengerusikan meeting di pejabat dan telefonnya bergegar menerima pesanan ringkas dari Rihana.
Hakim.... I demam.’
Pesanan yang diterima itu buatkan dia sentap. Meeting terus ditangguhkan. Tanpa lengah, dia bergegas ke kondo Rihana. Dia tahu tempat tinggal Rihana kerana telah beberapa kali dia menghantar wanita itu pulang.
Melihat Rihana yang membuka pintu menyambut kedatangannya, mata Hakim bagaikan tidak pandai untuk berkelip. Baju tidur kain satin bertali halus warna biru turquoise paras lutut yang Rihana pakai itu buatkan badan Hakim seram sejuk menahan gelora di dada.
You kenapa sayang?” Hakim raba dahi Rihana.
Panas! Rasa ghairahnya terus bertukar risau.
“I demammmmm...” Rihana seakan merengek. Langkahnya diatur masuk diikuti oleh Hakim di belakang. Tanpa sepatah kata, Rihana terus merebahkan badannya ke sofa panjang di ruang tamu dengan mata yang sudah terpejam rapat.
Melihat baju tidur Rihana yang terselak ke atas, Hakim telan liur berkali-kali. Tengok Rihana yang begitu, dah macam nampak ayam panggang Kenny Rogers. Sangat menyelerakan. Nasib baiklah waktu itu Rihana kelihatan lemah sekali. Jika tidak, memang sudah habis dia kerjakan.
Tak tahu kenapa, dengan Rihana dia akan bertukar menjadi lelaki baik-baik yang selalu mendengar kata. Kalau Rihana kata tak boleh, dia tak akan buat. Apa saja yang tersebut di bibir Rihana, semuanya dia akan lakukan. Dia rasa satu kepuasan bila dapat membuatkan Rihana gembira dan bahagia.
Berbeza dia dengan Nelly. Sudah berkali-kali Nelly mengajak ke Bandung untuk mencari kad perkahwinan mereka tetapi dia buat tak tahu saja. Kalau dulu dengan Rihana, setiap minggu mereka ke Singapura atau Bali hanya  sekadar untuk makan malam.
Bila difikirkan, memang satu kegilaan yang sangat kronik. Bukan saja kronik, kalau dibawa ke hospital pun, rasanya semua doktor akan angkat tangan sebab tak berani nak ambil kes dia. Parah yang hanya menunggu masa untuk menamatkan riwayat.
“Rin.. you dah makan ubat ke belum ni.” Hakim duduk mencangkung. Tangannya meraba dahi dan juga leher Rihana. Terasa membahang panas.
Rihana hanya mengangguk tanpa membuka matanya. Melihat keadaan itu Hakim terus mencempung tubuh Rihana masuk ke dalam bilik. Sebaik diletakkan ke atas katil, dia lihat Rihana menggigil. Pantas diselimutkan dan dipeluk erat dengan harapan kesejukan Rihana dapat dikurangkan.
Apabila nampak Rihana sudah reda, Hakim bergerak ke dapur. Satu kegilaan lagi, dia sanggup memecahkan rekod menyinsing lengan baju memasak bubur untuk Rihana. Kalaulah mama dia tengok dia memasak begitu, mahunya pengsan lima kali.
“I tak nak makan buburrrrr..” Rihana merengek apabila dikejutkan untuk makan setelah bubur masak.
“Habis tu you nak makan apa? Kena makan sikit sayang, bagi ada tenaga. Perut tu, kalau kosong nanti masuk angin.” Hakim memujuk. Dah rupa suami mithali memujuk isteri yang sedang sakit.
“I rasa nak makan ayam pangganggggg.” Rihana merengek lagi. Kepalanya di rebahkan ke bahu Hakim.
Wah! Tinggi sungguh selera. Sakit-sakit macam ni pun nak makan ayam panggang.  Tapi, Hakim rasa bahagia. Baru dia tahu rupanya Rihana sangat manja apabila sakit.
Okey! Dia kembali ke dapur. Nasib baik ada ayam dan ada Internet. Buat pertama kali dalam hidup, dia masak ayam panggang ikut resipi di Internet. Nak kata sedap sangat tak juga tapi bolehlah untuk dimakan.
Yang membuatkan dia sangat bahagia apabila Rihana makan habis ayam yang dipanggangnya. Satu kebetulan yang sangat istimewa, selera Rihana sama dengan seleranya, suka makan ayam dan daging gril atau panggang.
Duduk bersila di atas katil mengadap satu sama lain sambil saling menyuap, saat indah yang tak pernah mampu Hakim padamkan dari ruang ingatannya. Dia rasa bahagia sungguh. Kalau boleh, dia mahu hentikan waktu agar mereka boleh terus duduk begitu.
Seketika kemudian, tubuh Rihana sudah berpeluh tetapi entah kenapa, dalam keadaan Rihana yang belum mandi pagi dan juga berpeluh begitu, hidung Hakim kata Rihana wangi saja. Dalam keadaan Rihana yang sakit dengan rambut yang kusut begitu, mata Hakim kata Rihana sangat cantik. Parah kan? Hakim senyum sendiri.
 You nak apa sebenarnya ni?” soalan Rihana yang datangnya dari arah sebelah buatkan lamunan Hakim terus terhenti. Rupanya, dia sedang mengelamun mengingati kisah lama.
“Hah? Mmmm... tentang tawaran I tu.” Tergagap-gagap Hakim menjawab. Hanya itu yang terlintas di otaknya. Sebenarnya, tujuan dia menunggu Rihana petang ini hanyalah untuk melihat wajah Rihana yang sangat dia rindu. Walau baru bertemu, dia rasa macam tak puas.
 “Tawaran yang mana? I ada lebih sepuluh tawaran daripada you.”
“Wow! Sebegitu banyak? Kenapa I tak perasan ya?” Hakim senyum lebar. Sebegitu banyakkah tawaran dia pada Rihana? Entah! Dia pun tak ingat.
“Pasal kerja.”
Rihana tarik nafas. Hakim ni kadangkala suka mendesak. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi itulah dia akan minta dan desak.
“You sendiri kata call you jika I ubah fikiran kan? Kalau I tak call you tu, maknanya I tak ubah fikiranlah.”
“Kenapa you susah sangat nak terima tawaran I? I bukan nak suruh you buat kerja jahat. I cuma nak you kerja dengan I saja. Apa yang company kecil ni boleh bagi you?” tukas Hakim pantas. Penolakan Rihana yang berkali-kali membuatkan dia rasa makin tercabar.
“Bukan masalah kecil atau besar Hakim. Masalahnya I tak minat. You faham tak perkataan TAK MINAT tu? Atau I nak kena beli kamus dewan bagi you?” Rihana mula naik geram. ‘Tak minat’ tu huruf besar sebab dia tekankan perkataan tu.
Berdebat dengan Hakim, dia perlu ketahanan mental yang tinggi. Kalau tidak, memang dia akan kalah tanpa mampu mengeluarkan suara.
“Okey! Kalau I kata tak minat dengan tawaran lumayan you tu, mungkin you kata I bodoh. Honestly speaking, I bukan tak minat dengan tawaran you tapi I tak minat untuk bekerja dengan you.” Sambung Rihana, menjelaskan apa yang sebenarnya ada di kepala dia.
Bekerja dengan Hakim, dia takut hatinya tidak kuat. Hakim kalau bab merayu dan menggoda, boleh lemah seluruh badan.
Hakim diam. Hatinya sedikit terasa bila Rihana kata begitu. Teruk sangatkah dia di mata Rihana? Kalau perempuan lain, tak payah nak desak-desak macam ni, tentu sudah tergedik-gedik nak kerja dengan dia. Tapi Rihana lain dan kelainan Rihanalah yang membuatkan dia tak boleh nak buang wanita ini dari ingatannya.
“I dah nak balik, dah dekat nak masuk Maghrib dah ni,” ujar Rihana agar Hakim turun dari keretanya.
“Baliklah.” Mudah sungguh jawapan Hakim tetapi dia langsung tidak berganjak dari duduknya yang masih bersandar di pintu mengadap ke arah Rihana.
Geramnya Rihana melihat keselambaan Hakim. Kenapalah dia ni degil sangat? Kenapalah dia boleh terlibat dengan lelaki sebegini?
You tak takut ke kalau orang nampak you berduaan dengan I dan sampai ke telinga tunang you?” Hah! Baru Rihana teringat tentang kisah pertunangan lelaki ini.
“Tak takut. Tunang I tu sporting.” Masih bersahaja, Hakim memberi jawapan mudah. Tapi, dia gelak dalam hati dengan jawapannya sendiri. Sporting sangatlah Nelly tu. Kalau tunangannya itu tahu, bukan satu rumah dia amuk, mahunya satu bandar Kuala Lumpur bergegar dek amukannya. Bukan saja Tan Sri Idham dan Puan Sri Kamila yang terloncat sampai ke bintang, Datuk Adam dan Datin Azura juga akan terloncat sampai ke bulan.
“Hakim..”
“Ya, sayang.” Hakim memintas sebelum sempat Rihana menghabiskan ayatnya. Senyumnya terukir di bibir. Dia sangat suka memanggil Rihana begitu. Tak tahu kenapa.
Rihana mengeluh panjang.
“I nak balik, tolonglah.” Tekan Rihana dengan tujuan menghalau Hakim keluar.
“Baliklah.” Sekali lagi Hakim memberi jawapan mudah.
You tak keluar macam mana I nak balik?” Rihana kacip gigi tahan geram. Rasa nak lepuk aje kepala Hakim yang bengap ni.
“I ikut you baliklah.” Masih selamba, Hakim memberi jawapan yang membuatkan Rihana sudah hilang seluruh sabarnya. Nak ikut balik ya? Okey! Aku bawa kau balik.



Bab 6


Pantas Rihana undur keretanya dan keluar dari ruangan parking. Sempat lagi Rihana jeling kereta Hakim yang terparking di sebelah keretanya. Porsche Panamera warna putih berkilat. Pasti kereta baru sebab dia tak pernah lagi nampak Hakim bawa sewaktu mereka selalu keluar dulu. Patutlah dia tak perasan.
You tinggal kat kondo yang sama lagi ke dah pindah? Kenapa I pergi ke situ banyak kali guard kata you tak ada dan tak benarkan sesiapa masuk. You sepakat dengan guard tak nak jumpa I ya?” Hakim tegakkan badan pusing ke depan. Hatinya rasa bahagia bila Rihana jadi lembut hati begini.
Ketika Rihana tiba-tiba menghilangkan diri dulu, boleh dikatakan setiap hari dia ke Parkview Condo untuk mencari tetapi security guard tidak membenarkan dia masuk kerana Rihana tiada di rumah. Entah Rihana betul-betul tiada di rumah atau memang Rihana sudah sepakat dengan security guard dia tidak pasti.
Tidak membalas soalan Hakim, Rihana hanya diam memandu. ‘None of your business’, bisik hati Rihana.
Memang selepas dia berhenti dari club, dia pulang ke kampung lama. Jemu di kampung, dia ke Penang mencari Yatie dan tinggal di rumah sewa Yatie hampir sebulan sebelum dia kembali ke Kuala Lumpur kerana panggilan kerja.
“Rin... boleh tak kalau kita jadi seperti dulu?” Hakim bersuara setelah tayar kereta Rihana mencecah jalan raya.
Rihana jeling. ‘Dah ada tunang masih ada hati nak menggatal dengan aku’. Cemuh hati Rihana. Saat ini dia sedang tahan sabar. Sekejap lagi dia akan ajar Hakim cukup-cukup.
Jalan masih sesak walau waktu sudah hampir Maghrib. Tiba di jalan besar, Rihana himpit kereta ke kiri dan berhenti di tepi jalan. Tanpa suara, dia keluar dan bergerak ke arah pintu penumpang.
You keluar!.” arah Rihana pada Hakim sebaik membuka pintu kereta penumpang.
Hakim yang tak tahu apa-apa dan masih tercengang-cengang dengan tindakan kilat Rihana, hanya menurut perintah melangkah keluar.
“Rin...”
Dum!!! Bunyi pintu kereta yang dihempas Rihana menghentikan bicara Hakim yang ingin bertanya apa sebenarnya yang Rihana mahu lakukan.
Tanpa suara, Rihana melangkah untuk ke tempat memandu. Dia ingin tinggalkan Hakim di situ. Namun, langkahnya termati tatkala Hakim menyambar tangannya.
You sanggup nak tinggalkan I kat tepi jalan ni?” Soal Hakim dengan suara yang entah untuk diceritakan bagaimana Rihana sendiri tidak tahu. Yang pasti, soalan Hakim dengan nada yang begitu buatkan hati Rihana jatuh melurut.
Look at me Rin.” Pinta Hakim setelah Rihana diam membisu. Lengan Rihana yang berlapik baju masih dipegang tangan Hakim.
“Setelah apa yang kita lalui bersama. Setelah apa yang I lakukan untuk you, sanggup you nak tinggalkan I kat tepi jalan ni?” Hakim seperti tidak percaya. Kepalanya menggeleng beberapa kali.
Oh! Rihana rasa bersalah yang amat sangat. Luluh hatinya mendengar kata-kata Hakim itu dan air jernih tiba-tiba sudah bergenang di tubir meminta izin untuk menitis ke pipi.
“Okey! You baliklah.” Hakim lepaskan lengan Rihana. Dia bergerak sedikit menjauh.
“Hakim!” Rihana memanggil.
“Masuklah. I hantar you balik ke kereta you.” Perlahan suara Rihana sambil menyembunyikan wajah ke kanan, tidak mahu Hakim melihat dia sedang menangis.
Rihana angkat tangannya berpeluk tubuh dan bersandar ke kereta. Dia jadi lemah untuk berdiri. Kan dia dah kata, dengan Hakim dia sentiasa akan jadi wanita lemah.
“It’s okey! You baliklah. I boleh panggil driver I.” Hakim keluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Sungguh, dia benar-benar terasa hati dengan apa yang Rihana ingin lakukan padanya. Sungguh! Tidak tercapai dek akalnya yang Rihana sanggup memperlakukan dia begitu.
“Hakim!” Rihana tarik lengan Hakim.
Please... I’m really sorry.” Rihana seakan memujuk. Air matanya sudah gugur menyapa pipi. Sungguh, dia tidak sanggup untuk berlaku kejam begini pada Hakim.
Hakim larikan wajah ke kanan. Nafasnya ditarik panjang. Kalau perempuan lain yang buat dia begini, tahulah dia nak ajar macam mana.
Tapi yang buat ini adalah Rihana dan dia tidak pernah sanggup untuk melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap wanita ini. Rihana seperti ada ‘saka’ yang menjaganya yang membuatkan dia rasa tidak berupaya untuk melakukan sesuatu tanpa kerelaan Rihana.
Please get inside, I hantar you ke kereta and I’m sorry for everything” ucap Rihana sambil mengesat pipi yang basah.
Pleaseeee...” Rihana merayu lagi setelah melihat Hakim diam tidak berganjak. Lengan Hakim ditarik dan pintu kereta dibuka.
Tanpa suara, Hakim ikut kemahuan Rihana. Tak mengapalah Rihana, hari ini dia mengalah. Esok lusa, dia akan pastikan Rihana tidak punya pilihan. Kalau hari ini dia tidak dapat ‘membeli’ Rihana dengan wang ringgit dan pujuk rayu, esok lusa dia akan beli Coral Global dengan apa cara sekalipun. Dia akan cari jalan supaya Rihana tidak punya pilihan selain dari bekerja dengannya.
Waktu itu, tahulah dia bagaimana nak takluki Rihana. Kerana Rihana, dia sanggup ketepikan soal keluarga dan juga Nelly. Kalau Rihana sudi menjadi suri hidupnya, dia sanggup memutuskan pertunangan dengan Nelly walau kemungkinan dia akan dibuang keluarga.
            Petang itu, Hakim tidak pulang ke kondonya. Dia harus bertindak cepat, harus berbincang dengan papanya secepat mungkin. Arah pemanduannya terus ke rumah keluarganya.
Memang nasibnya baik apabila papanya sudah ada di rumah ketika dia . Masuk saja ke rumah, tanpa lengah dia terus berdepan dengan papanya.
"Pa, Hakim nak beli Coral Global."
Datuk Adam kerut kening, memandang Hakim yang baru melangkah masuk ke rumah dan baru melabuhkan punggung ke sofa di depannya dengan pandangan pelik. Baru balik rumah terus cerita pasal business.  Ada apa-apa yang dia tak tahu ke ni?
"Sejak bila kamu berminat dengan company kecil ni?"
Pelik! Selama ini Hakim memang tak pandang syarikat kecil. Fokus Hakim hanya untuk business juta-juta. Setakat projek kecil-kecil, Hakim memang tak mahu ambil tahu.
"Bukan ke sebelum ni kamu tak pernah berminat dengan syarikat tu?"
Hakim capai surat khabar di atas meja dan angkat sedikit tinggi agar wajahnya terlindung dari renungan papanya. Sebenarnya, dia bukan nak baca surat khabar pun tetapi bimbang jika papanya dapat meneka apa yang ada di kepalanya saat ini.
"Hari tu Hakim jumpa Nazreen. Dia dah brief pasal projek tu dan bila tengok profile Coral Global, Hakim rasa syarikat tu ada potensi untuk dikembangkan." Hakim berjeda sejenak.
"Hakim ada perancangan menarik.  Cuma papa perlu pujuk Uncle Nizam jual saham dia bagi kita." Surat khabar di tangan diturunkan dan wajah papanya dipandang menanti jawapan.
Seketika berfikir, Datuk Adam angguk kepala. Kalau soal business dia memang percaya seratus peratus pada Hakim. Sejak Hakim ambil alih menerajui Royal Group, banyak perubahan yang dibuatnya dan semua itu banyak memberi keuntungan pada syarikat. Hakim kalau bekerja memang serius.
"Kalau Uncle Nizam tu susah sikit tapi papa cuba pujuk partner dia. Ada dua lagi pemegang saham yang papa kenal." akhirnya Datuk Adam setuju dengan permintaan Hakim.
"Hakim, bila sampai?" Datin Azura yang baru turun dari tingkat atas terus menyapa sebaik terpandangkan anak bujangnya yang satu itu.
"Baru lagi ma."
"Dah makan?" soalan seorang ibu.
Seorang wanita, bila nampak muka anak, soal makan yang ditanya dulu. Bila nampak suami, makan juga yang ditanya dulu. Kenapa lelaki tak boleh buat benda yang sama?
"Dah makan, ma." Jawab Hakim. Sebenarnya, dia belum makan lagi tetapi perutnya rasa kenyang serta merta sebaik mendengar jawapan positif dari papanya. Di kepalanya sudah ada perancangan dan Rihana tak mungkin ada pilihan lagi.
"Kenapa mama tengok badan dah makin susut?" Soal Datin Azura lagi. Agak lama dia tidak bertemu Hakim. Sejak sibuk dengan kerja, Hakim beli kondo sendiri dan jarang sangat pulang ke banglo mereka.
"Jangan kerja aje dua puluh empat jam Hakim. Kesihatan kena jaga juga. Bawa bawa rehatkan otak dan badan. Pergi bercuti, ajak Nelly tu sekali sambil survey barang untuk majlis kamu tu."
"Mmm...  yerlah." Jawab Hakim malas. Sebut saja nama Nelly, dia jadi hilang semangat.
"Nelly kata dah banyak kali ajak kamu pergi Bandung, tapi kamu asyik bagi alasan sibuk. Papa kan ada, takkan tak boleh cuti sekejap?"

"Ma, we’ll talk about that later boleh tak? Hakim penat ni, nak naik atas mandi." Hakim bangkit. Sengaja untuk mengelak sebenarnya. Mama ni kalau bab merancang, dia boleh jadi rimas dan lemas. Buat waktu sekarang, kalau hal-hal yang berkaitan dengan Nelly memang boleh buat dia naik semput.
Bersambung

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget