Bab 5.
Aku bersiul
riang sambil menapak ke arah lobi lif The Summit. Dalam kepala sudah
terbayang-bayang rancangan petang nanti. Berpuluh-puluh pelan aku rancang malam
tadi sampai terus tak jadi main game.
Bersungguh-sungguh aku rancang sampai tertidur, alih-alih terjaga dah masuk
subuh dah. Asyik duk fikir Senah, Senah. Nasib baik tak ada mimpi apa-apa. Kot
tak, aku pun takut nak pegi jumpa dia petang karang. Takut terbayang-bayang.
Hahahahah
Tak sempat
tekan butang, pintu lif dah terbuka dan beberapa orang keluar. Aku terus masuk
dan tekan butang tiga. Pelan untuk hari ini adalah tengok movie dulu, lepas tu baru pergi cari Senah. Diari dia aku dah bawa
siap-siap, tinggalkan dalam kereta. Memang nak cari dia lewat-lewat petang.
Masa tu confirm dah tak ramai orang
nak beli pisang goreng. Senang sikit aku nak bercakap dengan dia. Dan
disebabkan nak menunggu lewat petang tu bakal membuatkan aku sangap
sorang-sorang kat rumah, itulah sebabnya aku datang sini tengok movie. Killing time kata orang putih.
Hehe
Pintu lif
terbuka selepas sampai ke tingkat 3. Aku terus keluar. Kedua tangan berada
dalam poket. Dalam kepala dah set nak
tengok Rise of the Guardians lepas
tengok iklan kat tv pagi tadi. Langkah ku atur kemas menuju ke kaunter jualan
tiket. Ramainya anak-anak gadis. Berpinar biji mata. Ni confirm tak ada lain, masing-masing nak tengok Rob Pattinson dengan
budak jadi serigala tu apa entah nama dia aku dah lupa.
Tak kisahlah,
janji hasrat aku nak tengok Rise of the
Guardians tu tercapai. Cepat-cepat aku beratur di belakang sekumpulan anak
gadis yang baru beratur dan sibuk berborak.
Mata aku
menangkap sesorang dalam kumpulan anak gadis tersebut. Nampak familiar je. Tapi macam tak berani nak
teka itu orangnya. Sebab macam langit dengan bumi kot perbezaannya. Aku telan
liur. Nak tegur tak berani takut salah orang, jadi cuma boleh perhati sahaja
tanpa dia sedar sikit pun. Leka sangat dengan kawan-kawan dia. Dia tak bersuara
pun, cuma senyum dan sesekali ketawa menekup mulut. Betul ke dia eh? Tapi macam
lain gila. Tak macam yang biasa aku nampak.
Biasa nampak?
Cheh. Baru dua kali jumpa, dah biasa nampak konon. Ah, apa-apa ajelah. Yang
penting penampilan dia hari ni memang macam langit dengan bumi punya beza.
Berseluar jeans hitam, blaus longgar panjang sampai ke lutut warna hitam dengan
motif bunga ros merah kecik-kecik dan berkardigan lengan panjang hitam. Siap
berselendang lilit-lilit.
Tapi walau
selendang berlilit tetap dilabuhkan sampai ke perut. Bahu pun bertutup.
Belakang pun sama dilabuhkan sampai ke pinggang. Serius, aku tak pernah lagi
nampak orang pakai selendang bertutup macam tu. Adik-adik aku pakai selendang
pun semua stok tutup depan, belakang nampak. Tak balance.
Tapi yang
ini... Ini yang pertama kali aku nampak sangat balance. Dah laa comel gila, makin comel pulak aku tengok. Nak-nak
bila dia senyum-senyum tu. Menggegar iman betul. Longgar skru lutut nih
rasanya. Fuh fuh fuh fuuuhhh!
“Aku pun nak
tengok Edward jugaklah kalau macam tu!” Tiba-tiba kawan dia jerit excited.
Aku julingkan
mata ke atas. Girls and their obsession
for that sparkling gay ass vampire...
“Eh? Tak aci!
Tadi kata nak tengok Rise of the
Guardians dengan aku. Kenapa tukar last
minute pulak ni? Takkan aku nak masuk tengok sorang-sorang pulak?”
Eh, minah
comel ni tak nak tengok Twilight? Aku
tengok kening dia dah berkerut-kerut. Membuatkan hati aku bertambah yakin
memang dialah orangnya. Orang yang sama. Dan ketidakmahuan dia menonton cerita Twilight buat aku rasa dia semakin intriguing. Lain dari yang lain.
“Alaa Senah,
kita tengok Twilight laa... Aku
memang nak tengok sangat ni. Kan ni cerita
final dia.”
Yes, confirmed. Memang Senah! Yes! Yes!
Lompat bintang lima kali! Eh, kejap. Twilight
cerita final? Means there will be no more
sparkling gay ass vampires after this? Alhamdulillah! Balik kang aku nak
buat sujud syukur!
Aku tengok
Senah dah tarik muncung. Auh... comelnya muncung... rasa nak ikat reben. Heh!
“Aku tak suka
laa cerita tu. Afi tadi dah janji dengan aku. Tak aci laa kau ni...”
Aish,
manjanya dia bercakap... Nasib baik bukan cakap dengan aku. Inipun aku rasa
macam dah nak meleleh ke lantai dah.
“Alaa Senah,
lain kali laa kita tengok cerita tu, eh? Hari ni kita tengok Twilight, eh?” Pujuk kawan-kawan dia
lagi sambil menarik dia ke kaunter kosong.
Senah geleng.
Dia buat keras depan line.
Kawan-kawan dia pandang aku macam mintak pengertian supaya tak marah ada adegan
tarik-menarik macam tu. Kaunter sebelah lagi dah kosong dan jurutiket dah
menggamit aku.
Aku pandang
Senah yang membelakangkan aku, kawan-kawan dia dan kemudian ke kaunter tiket.
“Tu laa...
Abang dah cakap diorang mesti tak nak tengok cerita tu. Diorang mesti nak
tengok Twilight. Nasib baik abang
datang jugak, ikut jugak. Tengok dengan abang ajelah cerita Rise of the Guardians tu, ye?”
Laju dia
berpusing menghadap aku. Matanya membuntang, mulutnya ditekup. Kawan-kawan dia
ikut sama melopong. Aku bagi senyuman yang paling manis aku boleh bagi. Bukan
setakat gula berlori-lori aje, siap madu lebah, gula kabung, gula merah, gula
melaka, sirap mapel semua sekali aku taruh. Sangat-sangat manis.
“Abang pinjam
Senah hari ni ye?” Aku tanya kawan-kawan dia. Pelan-pelan diorang mengangguk.
“Awak...”
Hanya itu yang terkeluar dari bibirnya.
Aku terus
tarik hujung lengan kardigannya membawa dia ke kaunter bila jurutiket dah
menjerit suruh cepat.
“Rise of the Guardians, dua.” Aku terus
pilih seat kemudian membayar harga
tiket.
“Terima
kasih,” kataku setelah tiket diserahkan.
Aku berkalih
pada Senah yang nyata masih terkejut. Aku tarik lagi hujung lengan kardigannya
dan membawanya ke tepi, jauh sikit dari kawasan kaunter tiket. Menyemak je
lama-lama kat situ kang buat orang lain marah. Dan bila dah sampai baru dia
sentap balik tangan dia. Eleh, macam aku pegang tangan dia je lagaknya. Aku
tarik lengan baju aje kot. Itupun secubit je.
“Gila!” bentaknya.
Alahai. Marah
pun comel, tak marah lagi comel. Tapi kalau senyum, laaaaagi comel. Aku tarik
sengih.
“Tak baik
panggil orang gila.”
Membuntang
matanya memandang aku.
“Dah awak
buat kerja gila, takkan saya nak cakap awak waras? Memang awak gila pun!
Eeiii!” Dia dah berpeluk tubuh. Pandangannya dihalakan ke arah lain.
Aku ketawa
kecil.
“Bukan nak
berterima kasih pun orang belanja dia tengok wayang ni. Marah pulak lagi.”
Dia berpaling
semula pada aku. Memang jelas dia marah. Berapi pandangan mata dia. Tapi tak
taulah kenapa aku rasa macam mata anak kucing je. Bulat memandang aku.
Geramnya... Roar! Rasa nak terkam!
Eh? Hold your horses, Daus! Tak halal! Aku berdehem sekali.
“Awak...”
“Err...
Senah. Err... Bang...”
Senah diam
bila kawan-kawan dia datang menegur. Takut-takut je diorang pandang aku.
“Firdaus.
Panggil Abang Daus je, cukup.” Aku senyum. Dan kawan-kawan dia ikut senyum.
“Abang Daus
dah beli tiket sekali untuk Senah ye?”
Aku angguk
sahaja. Senyum masih tak lekang dari bibir.
“Err... tiket
kitorang pukul dua empat puluh lima ni. Tiket korang pukul berapa?”
Aku periksa
masa semula di tiket dalam tangan.
“Pukul dua
suku.” Jam tangan kukilas sekali.
“Lebih kurang
sepuluh minit lagi. Dah boleh masuk dah ni rasanya.” Aku pandang Senah dan
senyum lagi. Dia sekadar menjeling tajam.
“Nanti dah
habis... Err... Nak balik tu... Err... kau tunggu kitorang ke macam mana?”
takut-takut je kawan dia bertanya.
“Bagi can
abang date dengan Senah hari ni,
boleh? Abang asyik busy je dengan
kerja berapa minggu ni. Tak sempat nak jumpa dia. Hari ni baru ada kelapangan.
Nanti abang hantar dia balik rumah terus. Boleh ye?”
Dari ekor
mata aku boleh nampak Senah terkejut. Aku tau dia mesti tengah bagi pandangan
tajam yang boleh membunuh dekat aku sekarang sebab aku rasa macam tersiat-siat
je sisi kiri aku ni. Tapi depan kawan-kawan dia aku buat cool. Kawan-kawan dia saling berpandangan sesama sendiri.
“Err... Ok,
kitorang bagi can kat abang. “
Aku pandang
Senah yang terkejut dengan respond
kawan-kawan dia. Melopong dia pandang kawan-kawan dia. Aku ketawa sakan, tapi
dalam hati. Serius rasa riang ria. Lain yang aku plan, lain yang jadi. Memudahkan kerja aku pulak tu. Alhamdulillah
banyak-banyak. Balik ni aku kena buat sujud syukur banyak-banyak kali.
“Ok Senah,
Abang Daus. Err... enjoy korang punya
movie. Kitorang nak pergi jalan-jalan
dulu.” Kawan-kawan dia melambai. Aku balas.
“Eh, korang!”
Senah dah mula melangkah, nak mengikut kawan-kawan dia.
“Diari awak
ada kat saya.” Suara aku perlahan, tapi cukup kuat untuk dia dengar. Langkahnya
termati. Lambat-lambat dia berpusing menghadap aku. Muka dia merah.
“Ma... Macam
mana boleh ada... Ada kat awak?”
Aku senyum
dan mendekatinya.
“Masa kat
Ameer Ehsan tu, masa kawan awak tarik awak, diari awak jatuh. Saya nak panggil
awak masa tu tak tau nama. Takkan nak oi, oi je. Kang lagi laju awak lari
daripada saya.”
Bertambah
merah pipi dia. Blusher original,
comel naik lima puluh kali ganda. Fuh, relax
Daus. Relax.
“Awak...
Err... Awak ada baca tak?”
Aku ketawa
kecil.
“Ada.”
Terus
membuntang biji mata dia. Tegak-tegak habis badan dia.
“Awak-“
“Saya baca
sampai personal bio je. Cari
maklumat. Saya tak selak lebih dari tu.”
Dia kecilkan
mata. Skeptikal laa tu. Jahat-jahat aku, takdelaa nak baca-baca diari orang ni.
Diari adik-adik lainlaa cerita. Boleh jugak aku buat bahan sepanjang tahun.
Silap-silap seumur hidup jadi bahan aku. Hahahahah
“Tak sempat
nak pulangkan. Memang niat nak pulangkan, tapi tak sempat. Saya sibuk
sangat-sangat. Sorry.”
Dia merengus.
Aku kilas jam tangan. Ada lebih kurang lima minit lagi wayang nak mula.
“Cerita dah
nak start. Kita masuk dulu? Nanti
saya bagi balik diari tu. Memang niat nak bagi hari ni. Ada dalam kereta. Tapi
kita tengok movie dulu ye?”
Senah gigit
bibir bawahnya.
“I promise you I am not a bad guy. Kalau
saya jahat, awal-awal lagi saya dah buat macam-macam. Sekarang ni saya janji
dengan awak. Lepas tengok movie ni,
saya hantar awak balik terus. Saya pulangkan balik diari awak. Serius ni. No more joking around.” Aku angkat
tangan kanan.
Teragak-agak,
tapi dia jalan juga akhirnya menuju ke kaunter masuk. Aku hela nafas lega.
“Popcorn? Sweet corn? Drinks?
Anything?” soal aku sebaik melepasi check-in tiket.
Dia geleng.
Aku beratur jugak dekat kaunter makanan ringan tu. Nak tak nak Senah mengikut
je.
“Bagi kombo
yang ni. Soft drink tu bagi grape eh?” Aku pandang Senah yang tayang
muka tak ada perasaan di sebelah. Pandangannya tepat pada papan menu di depan.
Aku tarik senyum. Kalau orang dah comel, buatlah muka macam mana pun, tetap
comel.
“Sepuluh
ringgit.”
Aku hulurkan
not merah.
“Terima
kasih.”
Kotak popcorn aku jinjit di tangan kanan
sekali dengan air mineral. Minuman bergas aku pegang dengan tangan kiri.
“Ok, let’s go. Movie dah dekat nak start sangat dah ni.”
Senah jalan
menonong depan aku. Selamba dia je, macam tau hall mana nak masuk.
“Sayang oi, hall tiga laa. Sayang nak kemana tu?
Sebelah sini laa.”
Senah
berpusing laju dan sebaik tiba sebelah aku, bahu aku ditumbuknya. Membuntang
mata aku pandang dia.
Dia balas
semula, berani. Spontan aku tak jadi marah. Senyum senget terukir.
“Takpelah.
Sayang punya pasal, abang redha je.”
Bertambah
bulat mata dia. Aku sengih.
“Dah, jom
jom. Lambat-lambat nanti dah start.”
Aku terus jalan. Aku dengar dia merungut, tapi masih juga mengikut. Hai laa
Senah... Senah...
Bab 6.
“Siapa jaga
gerai pisang goreng hari ni?” Aku mulakan bicara kosong setelah lima minit
meninggalkan kawasan parkir Summit. Kena pulak melekat dalam kesesakan
lalulintas depan Summit tu. Lambat betul nak lepas masuk KESAS.
“Makcik,” jawabnya
sepatah.
“If I may ask, awak buat apa sekarang?”
Misi
mencungkil latar belakang bermula. Dalam panggung tadi masing-masing senyap.
Dah keluar panggung aku baru ingat nak ajak pergi makan, dia dah sibuk nak
balik. Ikutkan aje.
“Sekarang
saya tengah dalam kereta, driver saya
nak hantar balik rumah.” Mendatar je nada dia. Tapi sinis sungguh jawapan yang
keluar dari bibir mungil tu. Aku senyum.
“Let me re-phrase my question. Sekarang
awak tengah buat apa selain dari jual pisang goreng?”
“Sekarang
selain jual pisang goreng, dah ada tambah keledek goreng, keladi goreng dengan
sukun goreng. Tak lama lagi nak tambah keropok lekor pulak.” Nada dia masih
mendatar.
Mendidih je
aku dengar jawapan sarkastik panjang lebar dia tu. Aku yang salah bagi soalan
ke apa ni? Serius rasa macam nak cubit-cubit je pipi tembam pau terlebih yis
dia tu. Geram. Geram gila!
“Cempedak
goreng takde ke?” balas aku, sinis.
“Cempedak
goreng kena tunggu musim cempedak. Sekarang bukan musim, jadi takde.”
Argh! Sakit
jiwa pulak aku dengar jawapan nada mendatar dia tu. Sarkastik gila Senah ni.
Bercakap relax je, tapi makan dalam
punya.
“Fine. Lupakan jelah soalan tu,” kataku
akhirnya. Dan saat aku mengilas pandang ke arahnya, aku menangkap senyum
kemenangan terukir sesaat di bibir itu sebelum dia tiba-tiba tayang muka tak
ada perasaan. Aku tarik senyum.
“Nama.”
“Ha?”
Aku kilas
padanya sekali lagi kemudian kembali ke lebuhraya di hadapan.
“Nama awak
laa.”
“Senah laa.
Kan dah tau?” Dia merengus.
“I want your real name. Full name kalau
boleh.” Aku kilas padanya lagi. Dia tengah tarik muncung. Aku senyum dan
geleng-geleng.
“Buat apa?” soalnya
kemudian, garang.
“Sebab Senah
tu tak ada makna. Your real name
mesti sedap maksud dia, kan?”
“Sibuk je,” gumamnya
perlahan kemudian mengalih pandangan ke kiri. Hampir seluruh tubuhnya dikalih
menghadap ke sebelah kiri.
Aku senyum
dan geleng lagi. Nak tergelak pun ada, tapi aku tahan je. Aku biarkan dia
melayan perasaan sendiri. Hanya lagu-lagu dari USB player sahaja yang kedengaran sayup-sayup. Sengaja pasang
perlahan. Ingat nak borak tadi, tapi dah dia buat sombong, takpelah. Kita
layankan aje.
“Awak duduk
mana?” Dekat-dekat nak sampai ramp Exit
Kota Kemuning tu aku buka mulut.
“Hantar kat
Masjid An-Naim tu.”
“Jalan Kebun?
Awak duduk dekat dengan masjid tu ke?”
Dia angguk,
kemudian geleng. Aku jungkit sebelah kening.
“Meaning?”
“Iye, Jalan
Kebun. Tak, bukan dekat situ.” Sarkastik je nada dia. Aku sengih.
“Habis tu
awak duduk mana?”
Dia diam.
Lama aku tunggu dia bagi jawapan, tapi dia tetap diam. Sampai dekat dengan traffic light berdekatan Econsave tu,
dia masih diam.
“Kalau awak
tak nak jawab, saya pusing balik pergi Summit.”
Dan bahu aku
terus kena tumbuk. Tumbuk bukan main-main pulak tu. Nasib baik memang tengah
berhenti. Kot tak, ada jugak yang terkemalangan.
Aku
gosok-gosok bahu kiri yang sakit.
“Apasal awak
ni garang sangat?” rungut aku.
“Takde.
Dengan awak je. Sebab awak gila.” Mendatar je, tapi berbisa menyengat.
Aku gelak.
“I’m sorry but I can’t help it, sebab
awak comel sangat.”
Tajam matanya
memandang aku penuh kemarahan. Berkerut-kerut kening dia. Terketap-ketap
giginya. Serius comel.
“Susahlah
cakap dengan orang gila nih. Huh!” Dia
silangkan tangan di dada dan terus berkalih menghadap ke kiri. Aku ketawa
kecil.
“Cepat Senah,
tell me. Kalau tak saya u-turn. Lampu dah hijau dah kat depan
tu.”
Dia merengus
kuat.
“Yelah. Sibuk
je,” omelnya dan akhirnya memberikan arahan jalan. Aku sengih.
Sampai di
sebuah simpang dia suruh aku berhenti tiba-tiba. Berdecit tayar Civic dipaksa
berhenti mengejut. Sudahlah jalan penuh pasir. Tau-tau je aku terhidu bau getah
terbakar. Aku pandang dia minta penjelasan.
“Saya turun
kat sini. Bukak kunci pintu ni.” Dia rungkaikan tali pinggang keledarnya.
“Saya cakap
saya hantar awak sampai rumah tadi, kan?”
“Dah sampai
laa ni,” balasnya selamba lalu menadah tangan.
Aku pandang
tapak tangan dia, kemudian pandang dia semula. Kening kujungkit.
“Apa?”
Dia merengus.
“Diari saya
lah. Buat-buat lupa pulak. Cepatlah. Bak diari, lepas tu bukak kunci pintu ni.
Saya nak turun.”
Hampir aku
menepuk dahi sendiri. Memang terlupa betul pasal diari tu. Aku seluk poket di
pintu sebelah aku. Diari berkulit hitam itu aku keluarkan. Baru nak buka kunci
pintu, tiba-tiba aku rasa tak jadi. Senyum senget aku tarik.
“Saya
turunkan awak betul-betul depan rumah awak. Kalau tak, saya tak bagi diari ni,
tapi awak boleh turun kalau awak nak turun sekarang.”
Merah padam
terus muka comel tu. Berkerut-kerut kening dia. Aku masih sengih. Dan
penumbuknya hinggap lagi di bahu. Tak sempat aku nak mengelak. Bahu yang sakit
aku usap perlahan.
“Dah tiga
kali awak tumbuk bahu saya ni. Esok-esok kalau lebam, saya claim medical expenses kat awak.”
“Huh. Memang
padan dengan muka tu. Dengan orang gila macam awak ni, kekadang cakap pun tak
guna, kena bagi sekali, baru paham. Sekarang ni, awak nak bagi ke tak diari
saya tu?”
Mulut awek
pisang goreng ni memanglah sangat-sangat tajam.
“Saya bagi
bila dah sampai depan rumah awak.”
Dia pegang
kepala.
“Argh!!
Degil!!” Jeritnya.
Aku ketawa
kecil. Macam dah nak menang aje ni.
“Tu, masuk
simpang ni. Jalan terus sampai hujung,” arahnya, garang. Lepas tu bibir tu
terkumat-kamit merungut.
Aku gelak.
Sumpah comel. Diari aku kembalikan ke poket di pintu dan memandu perlahan
memasuki simpang yang dikatakannya. Sampai hujung jalan, sebuah rumah banglo
dua tingkat tersergam indah. Biar betul? Kalau macam gini punya mewah, apa
motif dia meniaga pisang goreng?
“Rumah ni?”
soal aku inginkan kepastian. Dia angguk.
Aku parkirkan
kereta di sebelah sebuah Toyota Avanza. Sebaik mematikan enjin, kunci terbuka
secara automatik. Senah terus berpaling pada aku dan menadah tangan. Aku tarik
diarinya kemudian membuka pintu lalu keluar. Aviator aku tolak ke atas dan
memerhati sekeliling kawasan rumah itu.
Tiba-tiba
diari dalam tangan aku dirampas. Terkejut aku. Tak perasan pulak masa bila dia
datang depan aku. Senah terus meluru ke depan pintu rumah. Laju aku mengekor
juga. Tapi langkahku terhenti lebih kurang semeter dari pintu utama.
“Assalamualaikum!”
Senah terus pulas tombol pintu dan masuk.
Err... aku
patut masuk terus sekali ke tercongok je depan pintu ni?
“Waalaikumussalam.
Ni apasal balik-balik je nak marah-marah ni?”
Aku dengar
suara seorang wanita menegur.
“Jumpa orang
gila tak faham bahasa, mau tak marah-marah? Sakit hati betul!”
Amboi, kemain
lagi. Tak habis-habis cop aku orang gila. Sikit punya hensem macho macam gini
pun kena cop gila. Kesian aku.
“Dah masuk
tak reti-reti nak tutup pintu. Biar je terpelohong camtu. Budak ni... Hish!”
Ada derap
kaki menghampiri pintu. Aku tegakkan badan, betulkan baju t dan kemaskan
seluar.
“Assalamualaikum
makcik.”
Sesopan
mungkin aku bagi salam pada wanita yang aku kira berusia sudah separuh abad
depan aku ni. Siap pakej dengan senyuman penambat hati bakal mak mertua. Err...
Confident je.
Terkejut
mungkin, dia terus menyorok balik pintu. Eh, apasal? Aku ada rupa macam
perompak penyamun ke tetiba melompat terus menyorok belakang pintu ni?
“Eh,
waalaikumussalam. Err... Nak cari siapa ye?” Wanita itu bersuara dari balik
pintu.
“Err... Saya
Firdaus. Saya yang hantarkan Senah balik tadi... Err.. Mintak maaf ye makcik,
dah hantar balik baru bagitau. Patut masa keluar tadi lagi saya minta izin
dulu.”
“Eh, bukan
dia keluar dengan kawan-kawan dia ke tadi? Ya Allah budak bertuah ni. Ha,
sekejap ye, makcik ambik tudung sekejap.”
Owh, sebab
dia tak bertudung tadi, jadi itu pasal melompat tiba-tiba. Bukan sebab aku
serupa monster. Fuh, lega. Tapi,
refleks yang melampau tu memang sebijik macam Senah. Aku senyum sendiri.
“Haa... Kamu
cakap apa tadi? Dia keluar dengan kamu? Bukan dengan kawan-kawan dia?”
Alamak, mak
dia ni ustazah ke apa? Bertudung labuh siap ha. Masaklah kau Daus kena gulai
sat lagi. Adeehhh... Eh, ye ke mak dia? Aviator atas kepala aku tarik, lipat
dan selitkan pada kolar baju.
“Err...
Memang dia keluar dengan kawan-kawan dia. Terserempak.”
Dia kerut
kening. Ya Allah, saling tak ubah. Serius sama.
“Terserempak
aje takkan sampai balik sekali?”
Err... nak
kelentong macam mana ni eh?
“Err..
terserempak, lepas tu saya join sekali. Alang-alang saya nak balik, saya
hantarkanlah sekali,” jawab aku separa jujur.
“Ooo...”
Terangguk-angguk kepalanya.
Sembunyi-sembunyi
aku hela nafas lega.
“Dah keluar
berjalan apasal marah-marah pulak tu?”
Err...
“Dia marahkan
saya. Nak jumpa tapi asyik tak sempat. Sibuk dengan kerja. Itulah tu.”
Auta yang tak
berapa nak auta. Betul apa? Memang hakikatnya macam tu. Cuma sebab apa nak
jumpa tu je yang aku tak bagitau. Nak mampus? Hahahahah!
“Tak pernah
pulak dia bagitau dia ada kawan...” gumamnya perlahan tapi masih boleh
ditangkap telinga lintah aku ni.
Aku tarik
senyum.
“Beria je
budak ni konon kata selagi tak habis sekolah...” gumamnya lagi.
Senyum aku
terus mati. Gulp! Selagi tak habis sekolah? Memang hangit rentunglah kau Daus!
Budak sekolah lagi! Kau umur dah berapa Daus? Aduh, ini memang betul-betul gila
ni! Masak aku, masak!
Peluh dingin
mula merenik di dahi.
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment