Friday, 3 January 2014

Dia... Random Guy : Bab 6, 7 & 8

Bab 6



Alin senyum sampai ke telinga. Dengan baju kurung kain cotton biru bermotifkan bunga-bunga kecil berwarna putih dan dipadankan dengan selendang lilit rona yang sama, dia melangkah yakin ke dalam bangunan pejabat Prima Group. Kalau dua hari sudah sewaktu dia datang temuduga adalah sikit rasa gerun dan takut dalam hati. Yalah, Prima Group ini bukan macam Salam Consultant yang ada seratus orang pekerja itu sahaja.  Ini syarikat besar. Ada beratus-ratus orang pekerja. Ada beratus-ratus perangai, ada beratus-ratus kepala. Nak adapt dengan semua ini bukannya mudah.
Sebenarnya dia tak mengharap sangat pun dapat kerja di sini walaupun Zafril beriya kata hendak tolong. Tetapi bila dia dapat call dari bahagian HR Prima Group sehari selepas dia hantar resume pada alamat email yang Zafril berikan, dia mula pasang harapan. Siapa sangka, datang temuduga sebelah pagi, sebelah petang terus dapat email offer letter minta datang lapor diri hari ini. Betullah kata Encik Saleh, penolong pengurus HR yang temuduga dia tempoh hari, mereka memang terdesak hendak pakai orang sekarang ini.
Alin berjalan menuju ke lif.
“Oppss…maaf.” Ucapnya bila terasa tubuh sendiri berlaga dengan seseorang.
Teruja sangat hendak mulakan kerja di hari pertama sampai ada orang berdiri di hadapan pun dia tak perasan.
“Tak apa. Eh…Alin?” Orang yang dilanggar terjerit kecil sebut nama dia.
Alin angkat muka.
“Ya Allah, darling!” Jerit dia kuat.
Eh, kejap. Darling? Alin cepat-cepat tekup mulut. Derhaka betul mulut ini, sesuka hati hendak ‘darling’ kan darling orang. Dengar  dek si leopard tu, naya saja.
“Encik Zafril. Sorry…” Alin sengih tayang gigi.
Zafril menggeleng. Alin…Alin.
“Awak buat apa di sini?”
Mata dah meliar pandang ke sekeliling lobi, takut adik tersayang muncul. Waktu macam ini memang waktu Amzar tiba sebelum dia ke Salam Consultant.
Dahi Alin berkerut. Soalan jenis apa yang si darling ni tanya? Takkan dia datang nak buat persembahan sarkas pula. Datang hendak bekerjalah!
“Saya start kerja hari ni, awak tak tahu ke?”
Muka Zafril dah macam orang tercekik biji durian. Kerja? Start hari ni?
“Betul ke?” Zafril tanya minta kepastian.
Manalah tahu kut-kut dia tadi termasuk ke dalam twilight zone dan Alin ini cuma fragmen imaginasi dia.
Alin juling mata ke atas. Soalan perli aku ke apa? Mentang-mentanglah masa first meeting dulu dia jadi pereka-cerita-terhebat abad ini, takkanlah sampai bila-bila pun dalam kepala Zafril dia macam itu? Kononlah my guts is telling me you’re different! Dia pun dua kali lima dengan si kerek.
“Betullah. Ni hah, surat suruh saya lapor diri hari ni. HR manager awak yang tandatangan. Takkanlah saya nak buat cerita pulak!” balas Alin geram.
Zafril capai surat di tangan Alin. Bukan dia tak percaya kata-kata Alin, cuma nak kepastian Alin ditawarkan jawatan apa dan di unit mana. Zafril mula berpeluh. Lobi bangunan yang selama ini dirasakan sejuk terasa sangat panas saat ini bila ternampak tempat Alin akan mula bertugas; Unit Projek M&E. Oh…this is bad. This is really…really bad!
Zafril dah urut dahi. Macam mana boleh jadi begini? Rasanya dah terang arahan yang dia berikan pada Kak Bib, pengurus HR dia supaya jangan panggil Alina Suffiya datang temuduga. Pagi selepas konfrntasi Datin Zubaidah-Zariel Amzar kelmarin, dia terus hubungi Kak Bib supaya jangan proses resume Alina Suffiya. Tak apalah kalau Alin nak kata dia mungkir janji pun asalkan emosi si adik tak terusik lagi. Lagipun dia dah cadang hendak carikan Alin kerja di syarikat kawan-kawannya.
Mengingatkan Amzar, Zafril mengeluh. Teruk juga adik dia kena drill dengan mama. Mama pun sengaja ambil peluang kemunculan gosip itu untuk basuh si adik cukup-cukup. Masakan tidak, bukan setakat gosip itu sahaja yang mama sebut. Habis semua kisah si adik mama ungkit termasuklah kisah si adik pindah duduk luar.
Sejak awal lagi mama memang tak izinkan anak-anak pindah keluar rumah selagi belum berumah tangga. Tapi si adik ni degilnya mengalahkan gajah, tetap mahu pindah juga. Natijahnya, sikit punya hal pun mama akan ambil kisah dan besarkan.
Paling Zafril tak sangka, ultimatum yang mama berikan pada si adik. Bukan main naik angin lagi Amzar tatkala mendengar kata dua yang Datin Zubaidah berikan. Dan disebabkan kata dua itulah, dia harus menjauhkan Alina Suffiya daripada Prima Group. Si adik ini bukan boleh dijangka. Kalau dah marah, orang yang tak berdosa pun jadi mangsa.
“Earth to Zafril!” Alin tepuk tangan di hadapan muka Zafril. Berangan di siang hari pula anak bos besar ini.
            “Awak ni kenapa? Tak sihat ke?” Tanya Alin. Tengok muka pun ada sikit pucat. Memang tak sihatlah kut.
            “Alin…”
            “Yes boss?” Jawab Alin ceria. Orang dapat kerja, mestilah gembira.
            “Err…sebenarnya…” Macam mana nak cakap ni? Takkan nak kata ‘awak balik aje lah. Tak payah kerja sini. Nanti saya carikan awak kerja lain.’ Tak sampai hati pula nak cakap macam itu bila tengok muka ceria cik adik ni. Siap pakai lawa-lawa pula tu. Isyhh…Think Zafril. Think!
            “Alin…” Dia cuba sekali lagi.
            “Isyhh…saya tahulah nama saya ni sedap. Tapi tak perlulah nak sebut 2-3 kali!” Alin mula hilang sabar.
Jam dah makin menginjak ke pukul 8.00 ni. Dia tak nak terlewat di hari pertama kerja. First impression is everything!
            “Saya minta maaf tapi boleh tak awak…” Apa yang Zafril nak beritahu terhenti bila ada suara menyeru nama dia.
            “Along…”
            Oh kejung! Alin dah keras, Zafril dah makin pucat. One word dalam kepala masing-masing, MAMPUS!
            “Alin…lari!” Perintah Zafril dari celah gigi dia.
            “Hah?”
Eh, aku pun memang belum bersedia hendak ‘terserempak’ dengan si kerek tapi takkan sampai kena lari kut? Over sungguh tu darling!
            “Pergi naik atas cepat! Jangan toleh kalau awak nak selamat. Nanti saya cari awak. Pergi cepat!” Badan Alin ditolak ke tepi.
Si adik dah makin hampir. Bisik-bisik daripada beberapa orang kakitangan yang pelik melihat kelakuan mereka tidak dihiraukan.
            Tapi baru sahaja Alin hendak cuba menyusup di celah-celah orang ramai, ada pula orang lain yang menegur.
            “Cik Alina, wah…awal sampai? Excited nak mulakan kerja, ya?” Tegur Encik Saleh.
Belum sempat Alin menjawab, tumpuan Encik Saleh sudah beralih kepada Zafril di belakang dia. Alin cuba hendak bergerak tapi badan Encik Saleh yang serupa macam badan Afdlin Shauki itu menghalang. Aduhlah orang tua ni, ke tepilah!
            “Selamat pagi, Encik Zafril. Eh, Encik Amzar pun dah sampai? Good morning, sir…” Tegur Encik Saleh ramah.
Hailaa…Encik Saleh. Peramah benar encik ni!
            Alin sudah tak tentu arah. Dia hendak ke kiri, Encik Saleh bergerak ke kiri. Hendak ke kanan, Encik Saleh bergerak ke kanan. Hendak ke depan, dah tentu-tentu tersembam di dada Encik Saleh itu. Tanpa sedar kaki dia berundur ke belakang dan…
            “Careful, lady!” Sepasang tangan cepat memegang kedua belah lengannya bagi mengelakkan dia terjatuh.
Bagai terkena kejutan elektrik, Alin terus terkaku. Jantung mula berdegup kencang. Damn! Jangan hendak macam-macamlah cik jantung!
            “You’re okey?” Pemilik sepasang tangan itu cuba hendak menelek mukanya tapi Alin cepat menunduk.
Kenapa penakut sangat ni Alin?
            “Yes, I’m okey,” balas Alin perlahan dan entah kenapa, tiba-tiba dia terasa lengannya dicengkam kuat. Alamak, jangan cakap dengan aku dia perasan suara aku? Tolonglah jangan kenal saya! Tolonglah!
            Lengan dia dilepaskan. Alin tarik nafas lega. Nasib baik dia tak kenal.
            “Turn around!” Perintah suara itu.
Erk…so much for wishful thinking, Alin! Alin tetap statik.
            “Turn. Around!” Kali ini suara itu dah naik satu oktaf. Hendak tak hendak, dia pusing juga. Lambat laun, kena bertemu muka juga.
            “You?!” Amzar dah pandang dia macam nak telan orang.
            Alin sengih takut-takut. Dua jari dibuat lambang ‘peace’ dan didekatkan ke tepi pipi.
            “Err…hai?!”


SUASANA di kafe lobi sunyi sepi. Awkward. Ini kalau ada Facebook, mahu saja dia naikkan status
Awkward moment no. 1; sitting at the same table with your sworn enemy.’
Alin cuma pasang telinga, mendengar Zafril menerangkan kepada Amzar tentang kehadiran dia di Prima Group.
“So she got the job?” Soal Amzar. Mendatar sungguh suaranya.
“Yes…”
Dia telan liur, gerun tengok muka Amzar yang tegang. Walaupun muka buat-buat berani, tak tunduk walau sekali, tapi dekat dalam ini Tuhan saja yang tahu betapa kencangnya jantung dia berdegup. Kalau hari-hari macam ini mahu cepat dia dapat sakit jantung. Dahlah penyakit ini memang dah jadi penyakit keturunan keluarga. Dari zaman moyang, turun ke atuk dan terus dapat ke arwah abah.
Mengenangkan arwah abah, hati Alin jadi pilu tiba-tiba. No…nono…Alin. Sekarang bukan masa nak pilu segala. Balik rumah nanti baru layan sendu. You have bigger problems right now! Dia balas renungan tajam Amzar.
She’s got spunk, Amzar senyum sinis.
“You ni tak ada harga diri ke?” Amzar terus tanya soalan ala hendak minta penampar.
“Angah…” Zafril menegur kelancangan si adik.
Alin di hadapan dah jeling tajam. Ewah… mulut dia ni, melampau betul lasernya! Sabar Alin, sabar. Fikirkan keluarga, fikirkan uniform KFC, McDonalds dan Pizza Hut!
“Ada apa dengan harga diri?” Alin balas soalan dengan soalan.
Kening Amzar dah terjungkit sebelah.
“Kenapa you tak tanya soalan tu pada diri you sebelum you buat kerja bodoh malam tu?”
Ambil kau, Alin! Hah, nak jawab apa sekarang ni? Alin gigit bibir.
“Angah, please, jangan ungkit benda dah lepas boleh? Benda dah jadi, kan?” Zafril cuba jadi orang dewasa antara mereka bertiga. Kalau dilayan kepala dua-dua manusia depan dia ni, sampai ke esok tak sudah.
“Alin pun dah tahu dia salah dan dia nak minta maaf, kan Alin?” Zafril bagi isyarat mata pada Alin. Say sorry, now!
“Ya…ya. Saya mengaku salah. I’m sorry? Pleaseeee?” Panjang harakat perkataan please disebutnya, menandakan dia betul-betul ikhlas hendak minta maaf.
Amzar pandang si abang dengan muka tak percaya. Alin? Wow, dah first name basis sekarang ya? Muka cik psycho di tepi dijeling sekilas. Sejak bila pula along dia jadi geng dengan perempuan ni? Terasa diri dikhianati tiba-tiba. Bukan along tak tahu apa yang dah jadi dalam hidup dia disebabkan perempuan ni. Hidup dia yang tenang terus jadi kucar kacir sebab perempuan ini. Dan malam kelmarin, mama baru sahaja tambah lagi masalah!
“Saya minta maaf. Betul ni. Ikhlas dari hati!” Pinta Alin bersungguh-sungguh.
Err…ikhlas nak kena sebut ke? Kalau sebut tak ikhlas jadinya, kan?
“Ikhlas tak perlu menyebut!” Tempelak Amzar. Alin terkedu.
Uishh…boleh baca hati ke mamat ni?
“Dan kalau semua benda boleh settle dengan maaf, tak perlu susah payah wujudkan pasukan polis di dunia ni,” tambah Amzar lagi.
Dush…kena lagi sebiji! Alahai, Encik Sexy Goatee, keras benar hati awak ni, ya?
“Amz, she said sorry…” kata Zafril.
“So?” balas Amzar sarkastik.
“Kalau mengaku umat Muhammad, tak salah kita mengampunkan, kan? Let’s just forgive and forget, shall we? ” ujar Zafril separa menyindir.
Amzar mengetap rahang, geram. Muka cik psycho dipandang tajam. Dah pakai ubat guna-guna apa agaknya perempuan ni sampai abang sendiri pun dah berani sebelahkan dia? Amzar tarik nafas dalam-dalam. Nak suruh dia maafkan? Okey. Tapi nak suruh dia lupakan? Jangan mimpi. You make my life a living hell, lady. Aku akan pastikan kau juga terima nasib yang sama. Dendam? Oh tidak! Ini lebih kepada what you give you get back supaya cik psycho ini lebih berhati-hati di kemudian hari.
“Awak…eh, sorry. Encik, saya betul-betul minta maaf. Percayalah, saya betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi. Saya sendiri tak tahu apa yang merasuk badan saya malam tu. Bila dengar saja si leopard tu menyindir, automatik emosi jadi tak stabil. Tapi serius, kalau boleh diputar semula masa, memang saya tak akan buat benda yang sama. Kalau encik tak nak maafkan, tak apalah. Saya bukan boleh paksa-paksa. Tapi jenuh jugalah saya nak cari encik di padang mahsyar nanti. Buat masa ini, kalau tak nak maafkan, kita berdamai sahaja boleh? Penatlah encik kalau asyik nak bertegang urat aje. Kesian kat urat leher kita ni. So, truce?” Panjang lebar Alin bercakap. Di tangan kanan, sebuah klip rambut dihulurkan ke arah Amzar.
Amzar pandang klip rambut yang dihulur Alin dengan kening terangkat.
“Hee…kita kan bukan mahram. Mana boleh salam. So, kita pakai ini to seal the deal. Encik pegang hujung sana, saya pegang hujung sini and we shake on it. Okey?” Alin senyum manis sambil kelip-kelip mata.
Amzar merengus seraya merampas klip di tangan Alin.  “Childish!”
“Serius, adik awak ini macam perempuan datang bulan sepanjang tahun. Asyik nak angin aje!” Bisik Alin pada Zafril.
“I heard that!” Amzar pandang dia macam hendak membunuh.
Alin gigit lidah. Telinga lintah betul!
Zafril dah gelak besar.
Your office hours start at 8.00 Cik Alina. First day dah nak datang lambat ke?” Selamba Amzar perli sambil mata memandang jam di tangan.
Alin tengok jam di tangan. Alamak dah 8.15! Ciskek betul! Ni adik beradik berdua ini punya pasallah ni. Aduh, jenuhlah hendak terangkan pada Puan Habibah nanti ini.
Kelam kabut Alin bangun dan ambil beg tangannya. Baru hendak melangkah, dia terhenti. Eh, kejap! Ayat si sexy goatee tu tadi bawa makna…
“Jadi encik terimalah saya kerja di sini, ya?” Alin tanya dengan hati yang berdebar-debar.
“Three strikes, you’re out!” Jawab Amzar tegas.
“Yeay! Thank you, sexy goatee! I’ll make sure you won’t regret it!”
Three strikes? Jangan risau bos, saya beri bos home run nanti! Alin terus bergerak naik ke atas meninggalkan Amzar yang terkedu dan Zafril yang dah terbahak-bahak ketawa.
“Did she just call me…?” Tak tergamak rasanya nak sebut perkataan itu.
Zafril yang masih galak ketawa, mengangguk sambil pegang perut.
“Sexy goatee! Man, that woman is really something!”
Zafril ketawa lagi sambil membayangkan hari-hari ceria yang akan dilalui mereka dengan kehadiran Alina Suffiya.
Zariel Amzar terus bercadang hendak bercukur!

PENAT ya amat! Rasa hendak tercabut segala tulang temulang di badan. Ini baru hari pertama dia dah rasa macam hendak putus nyawa. Semuanya gara-gara bos baru dia. Terkejut betul dia bila dapat tahu bahawa dia diletakkan di bawah unit yang diketuai Amzar. Mood ceria terus berubah sebab dia dapat rasa Amzar tak akan biarkan hidup dia tenang.
Apa yang dia rasa itu menjadi kenyataan bila sehari suntuk Amzar berada di Prima Group hari ini. Dan memang betul, hidup dia tak tenang langsung!
“Alina, buatkan kopi…”
“Alina, kopi ni manis sangat, tukar!”
“Alina, get me….”
“Alina, yang ini salah…”
“Alina, re-type this report...”
“Alina, you misspelled this…”
“Alina, there’s no ‘s’ in this word…”
“Alina, photocopy dokumen ni 10 salinan…”
“Alina, reply my email…Alina this…Alina that…”
Itulah yang berlangsung sepanjang hari ini sampai dia naik keliru, dia ini kerani atau setiausaha Amzar? Hendak bertanya, dia teringat amaran Amzar tadi, ‘Three strikes, you’re out!’ Oh, tidak. Dia perlukan kerja ini. Gaji lumayan bukan main. Jauh lebih besar daripada gaji dia di Salam Consultant. Boleh jugalah dia lebihkan duit simpanan sendiri. Kalau tidak, dulu duit gaji habis buat belanja rumah sahaja. Jadi silalah bertabah, Alina Suffiya Hakim!
Alin belek waktu di telefon bimbit. Mak aii! Dah pukul 12.30 malam! terus dia padam lampu dan rebahkan badan ke katil. Aaaahhh…leganya dapat regangkan badan. Mulut terkumat kamit baca doa dan zikir tidur. Mata dah hampir tertutup. Diri sudah hendak menuju la la land. Tiba-tiba…
“I’ve become so numb; I can’t feel you there, become so tired, so much more aware…” Menjerit-jerit suara Chester Bennington berbunyi dari telefon bimbit dia.
Alin mengeluh kuat. Siapa pula hamba Allah yang menelefon aku tengah-tengah malam buta ni?
Dia belek nombor telefon di skrin. Pelik, sebab tak pernah lihat nombor itu. Jawab sajalah, mana tahu emergency call.
“Hello…” Alin menyapa lemah. Letih kot!
“Alina Suffiya?” Dalam suara di sebelah sana menyebut nama dia.
Terus terbangun Alin dibuatnya. Aiyooo…sexy goatee suara sexy! Tiba-tiba hati berdebar kencang. Isyhh…bawa bertenang cik hati!
 “Ya, encik?”
“Dah tidur?”
Oh la la!  Kenapa dah macam suara ala dalam kelambu saja ini?
“Dah encik. Eh…belum!” Kalau dah tidur, macam mana saya boleh jawab call awak ni?
Orang di sebelah sana tergelak kecil. Eh…eh…pandai gelak rupanya?
“Ada apa ya, encik?”
Walaupun suara encik itu boleh buat jantung saya menyanyi lagu balada, tapi saya mengantuk sangat ni encik.
“Esok…”
“Ya?”
“Jangan pakai baju kurung…”
Ah sudah! Apa hal pulak?
“Wear something suitable.”
By suitable you mean?
“And bring your safety shoes with you…”
Mana pula aku nak cari safety shoes tengah malam buta ni?
“Pack some extra clothes…”
Hah? Okey…serius menakutkan!
“You and me…”
Dup dap dup dap… jantung Alin berdegup. Nak ajak aku kahwin ke? Isyhh…over sangat imaginasi kau ni, Alin!
“…we’re going to Negeri Sembilan!”
“Hah? Encik, biar betul?”
“Later, lady…” Dan Alin hanya mampu terkebil-kebil di dalam gelap.


Bab 7



MAK dah pesan, mulakan hari dengan lafaz Bismillahhirahmannirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Insya-Allah, segala yang kita buat akan berjalan baik dan dapat berkat. Tapi kalau dah namanya manusia, alpa dan leka itu memang dah sebati dalam jiwa. Gara-gara tak mulakan hari dengan lafaz keramat itu, pagi-pagi lagi dia dah kena bambu dengan Zariel Amzar.
Alin menjeling Encik Sexy Goatee di sebelah. Dengan Ray Ban aviator shades elok terletak di hidung, lelaki itu duduk tegak tak bergerak-gerak sejak satu jam yang lalu. Tidur ke berjaga ni? Tak letih ke dia ni bersilang tangan dari tadi? Hendak menegur, dia gerun. Nanti tak pasal-pasal kena lagi. Bila dia kata Amzar macam perempuan datang bulan, marah. Tapi memang perangai macam itu pun. Isyhhh…aku yang semulajadi perempuan ini pun tak angin sentiasa. Sebulan sekali sahaja tahu!
Alin mengeluh lagi mengingatkan kejadian-kejadian awal pagi tadi. Rasanya bekerja dengan Amzar ini akan menjadikan dia seorang pengeluh tegar.
# Kejadian pertama;
Sedang dia menunggu Amzar dengan penuh kesabaran di mejanya, dia dapat panggilan telefon daripada lelaki itu. Punyalah ceria suara dia menjawab, tapi alih-alih…
“Where are you?”
Tak ada salam tak ada hello, good morning, terus sahaja encik bos menyoal macam polis pencen. Kasar pula tu!
“Err…di atas, encik.”
“What?” Suara encik bos dah memetir.
“Turun bawah sekarang!”
Tak tunggu lama, Alin terus berlari turun ke bawah. Sampai di entrance, dia tengok Amzar tengah bersandar pada sebuah SUV berwarna putih yang dah siap ada pemandu. Muka tak payah ceritalah. Masam sentiasa. Tak mensyukuri nikmat Tuhan langsung majikan dia ini. Dah dikurniakan muka kacak-seksi-bergaya macam itu, cubalah dihiasi dengan senyuman. Sejuk juga mata memandang. Dia dapat pahala, orang lain pun tak dapat dosa sebab kutuk-kutuk dia.
You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala? Tak tahu hendak tunggu di sini terus?” Soal Amzar pedas sebaik sahaja dia mendekati lelaki itu.
“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!” Dia yang beri arahan tak clear, aku pula jadi mangsa. Gumam Alin dalam hati.
“Tak boleh telefon tanya?”
Oh…soalan jenis ini boleh membangkitkan kemarahan!
“Saya call, encik ada jawab ke? SMS pun rasanya tak baca, kan?”  Punyalah jenuh dia tunggu Amzar balas panggilan dan SMS dia tapi haram tak ada. Itu yang sudahnya dia naik ke atas tunggu Amzar.
Amzar merengus geram. Tak sangkalah agaknya dia menjawab. Sorry to disappoint you, sir. Saya bukan heroin type angguk-tunduk-nangis bila kena torture. Ini pemegang yellow-belt taekwando, okey! Walaupun tak habis menuntut, tapi setakat bunga-bunga itu tahulah juga.
“Sudah, masuk!” Dan arahan itu membawa kepada kejadian kedua…
# Kejadian kedua;
Alin yang baru sahaja hendak bergerak terhenti bila teringatkan sesuatu. Baik dia beritahu awal-awal pada bos dia sebelum kena lagi.
“Err…encik.”
Fuh…janganlah melenting lagi.
Amzar yang baru hendak masuk ke dalam perut kereta menoleh.
“Apa lagi?”
“Err…saya tak ada safety shoes.” Dia buat muka comel. Dengan mak, selalu menjadi. Harap-harap si sexy ini pun tercairlah dengan muka comel dia.
“What? Selama you kerja ni, sepasang safety shoes pun you tak ada?”
Alin menggeleng. Nak buat apa dengan safety shoes? Dia duduk dalam ofis saja pun.
“Habis yang you bangga beritahu I semua kerja engineers di Salam tu you cover buat apa?”
Alin dah menjuling pandang atas. Bos aku ni belajar tinggi ke tidak ni? 
“Maksud saya, kerja-kerja berkaitan paper work. Pergi site tu segala mana saya pernah buat. Kalau encik lupa, mari saya ingatkan. Saya ni kerani aje encik. K.E.R.A.N.I. Kerani. Orang barat sebut clerk. Which means, I do all the clerical works. Pergi site, buat air tu semua tak masuk dalam skop kerja.” Sempat lagi dia sindir encik bos.
Amzar dah menggosok dahi. IPhone dikeluarkan dari poket seluar dan satu panggilan dibuat. Sempat lagi dia tanya saiz kasut Alin. Tak lama selepas itu, seorang wanita dilihat berlari-lari mendekati mereka membawa sebuah beg kertas.
“Here you go, sir.” Beg kertas bertukar tangan.
“Ambil ni.” Amzar hulur beg kertas itu kepada Alin.
Alin buka dan nampak sebuah kotak kasut bertulis perkataan Red Wing. Oooo…safety shoes. Kena bayar ke, free of charge ini?
“Saya nak kena bayar ke encik? Kalau nak kena bayar, tunggu gaji ye. Sekarang ni simpanan ngam-ngam untuk belanja saja yang tinggal.” Beritahu dia jujur.
Amzar tarik nafas dalam. Tengok muka macam hendak marah tapi… “Just get in the car, Alina.” Itu yang terkeluar dari mulut dia. Dan ini membawa kepada kejadian ketiga…
#Kejadian ketiga
Selepas disuruh masuk ke dalam kereta, Alina terus menuju ke tempat duduk di sebelah pemandu. Sempat dia melambai pada pemandu yang setia menunggu sejak tadi. Muka si pemandu nampak peramah. Boleh juga jadi teman borak nanti. Nak berborak dengan encik bos? Entahkan sepatah dia tanya, setengah patah sahaja dia menjawab. Kalau bagi jawapan penuh mahu hujan dua hari dua malam dibuatnya.
Baru sahaja hendak buka pintu, suara encik bos memetir kembali. Apahal lagilah lelaki ni?
“What are you doing?”
Dahi Alin berkerut. Dia ni ada terhantuk di mana-mana ke pagi ni? Suka betul tanya soalan bodoh!
“Encik suruh masuk, kan?”
“Siapa suruh duduk situ?” Tanya Amzar kasar.
Dia ni kan, kalau cakap elok-elok boleh berterabur ke gigi tu? Sabar Alin. Sabar. Ingat. Itu B.O.S!
“Encik, saya ni staf kan. Mestilah duduk depan. Takkan nak duduk belakang macam mem besar pulak?” Lepas tu kena duduk sebelah awak pula tu. Isyhhh….seram sejuk dibuatnya tahu!
“Kalau you duduk depan, macam mana I nak beritahu kerja apa yang you perlu buat di sana nanti?” Amzar jawab dalam nada geram.
“Sudah, masuk sekarang. Di belakang ya, tuan puteri.” Beritahu dia sinis.
Alin tarik muncung. Apa susahnya nak beritahu. Mereka duduk dalam satu kereta, kan? Bukannya dia di Malaysia, Amzar di Amerika. Saja tau dia ni. Itu tak lain, hendak mengenakan dia lah tu!
Betul tak dia cakap, Amzar hendak mengenakan dia. Tengok sajalah, sudah dua jam duduk dalam kereta, satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut dia. Dari tadi statik saja duduk di sebelah itu. Kata hendak beritahu kerja apa yang dia perlu buat. Ini sampai Negeri Sembilan nanti, dia nak kena buat apa pun dia tak tahu. Daerah mana mereka tuju di Negeri Sembilan pun dia tak tahu. Ini kalau Amzar ada niat nak humban dia ke laut pun dia tak tahu. Pendek kata, memang dia tak tahu apa-apa. Hendak bertanya pada Abang Keyrol si pemandu, jangan haraplah boleh. Tadi pun masa dia buka mulut tanya nama siapa, encik bos di sebelah dah berdeham-deham. Apa masalah pun dia tak tahu. Mental betul dibuatnya.
Alin curi pandang pada Amzar di sebelah. Nak tengok mata tak boleh sebab terlindung di balik cermin mata hitam dia itu. Eee…tidur ke jaga dia ni? Berapa lama nak diam saja ni? Boleh gila aku macam ini!
“That sexy, huh?” Tiba-tiba encik bos bersuara. Bukan dia tak perasan Alin asyik curi-curi pandang pada dia sejak tadi.
“Oh mak kau!” Terjerit Alin dibuatnya. Dada diusap laju.
“Mama I di rumah. Nak jumpa ke? If I’m not mistaken, bakal mak mertua you kan?” Perli Amzar sinis. Dalam hati tercuit rasa lucu melihat tingkah Alin. Melatah rupanya cik kerani aku ni.
Alin tarik muka. Tak habis-habis lagi nak ungkit kes lama ke? Aku back-hand juga dia ini nanti.
“Encik tahu tak, cakap tu doa? Betul mama encik jadi mak mertua saya, sanggup ke?” Alin perli balik.
Amzar cuma menjeling. In your dreams, lady. Tapi dalam hati kagum juga dengan keberanian Alin. Kalau perempuan lain dah terdiam kena perli macam itu.
“So, that sexy, huh?” Soal Amzar sekali lagi selepas mereka diam beberapa minit. Wajah Alin dipandang dengan ekor mata. Suka pula tengok cik kerani dia tarik muncung macam itu. Comel!
“What?” Alin tanya pelik.
“My goatee?” Tanya Amzar dengan kening terangkat dua belah.
Alin dah panas muka. Cic…cis…cis… Ini kes terlepas cakap semalamlah ni. Mulut dia ini memang nak kena betul!
“Ehem…kita pergi berapa lama ni, encik?” Alin mulakan taktik tukar topik.
“Two days.”
Alin angguk.
“Kita hendak pergi mana ya?”
“I dah beritahu semalamkan?”
“Yalah. Yang encik beritahu semalam tu terlampau detail sangat sampai saya tak perasan, which part of Negeri Sembilan we’re heading to,” balas Alin sarkastik.
“Port Dickson.”
“Prima Group ada projek di sana ke?”
“No.”
“Bakal dapat projek di sana ke?”
“No.”
“Jadi kita nak pergi intai peluang projek di sana?”
“No.”
“Encik nak buka cawangan di sana?”
“No.”
Ya Allah, kalaulah membunuh itu bukan satu kesalahan…
“Dah tu kita pergi sana untuk apa? Makan angin, jalan-jalan tepi pantai?” Alin dah rasa macam nak tarik rambut sendiri. 
“…dan tolonglah jangan bagi jawapan satu syllable lagi. Tangan saya dah ringan sangat hendak bagi encik back-hand ni!”
Dan perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Encik Sexy Goatee Suara Sexy membuktikan gelaran itu bukan gelaran kosong semata-mata. Ruang yang hanya riuh dengan suara Alin tadi, kini bergema dengan suara lain.
Alin terpanar. Oh my! He’s laughing! He’s smiling! Dan lekuk yang muncul di dagu itu… Hyperventilating! Tarik balik kata-kata dia tadi. Jangan dihiasi wajah itu dengan senyuman dan gelak ketawa encik. Boleh CAIR hati dibuatnya. Cair huruf besar!
Cepat Alin alih pandangan ke luar tingkap. Tangan diletak ke dada. Ada rasa aneh di situ. Rasa yang dia takut nak rasa selama dia mula kenal erti hubungan perasaan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Cik jantung dan cik hati, please behave. Please! Alin pejam mata, dan sandarkan kepala ke tepi.
Amzar di sebelah mula tersenyum penuh makna.


Bab 8



BEBERAPA jam kemudian, SUV yang dipandu Keyrol membelok ke simpang masuk kawasan hotel Thistle Port Dickson Resort. Alin yang sudah terjaga ternganga melihat keindahan hotel di hadapannya. Bukan selalu dapat duduk hotel lebih-lebih lagi hotel bertaraf lima bintang seperti ini.
“Wah…cantiknya!”
Tingkap kereta dibuka. Pandangan ditala ke arah padang golf yang menghijau.  Dah lama rasanya tak ke kawasan pantai. Sesekali bila angin bertiup, bau air laut dari pantai berdekatan hotel menyapa deria baunya.
Syoknya kalau dapat mandi laut! Kali terakhir dia melihat pantai rasanya waktu dia di sekolah dulu. Itu pun setakat pantai di Kuala Selangor.
Dia menoleh ke arah Amzar.
“Encik, rasa-rasanya kita ada peluang tak nak mandi laut?”
“Kita nak kerja, bukan nak jalan-jalan tepi pantai makan angina,” balas Amzar mendatar.
Alin mencemik. Tak sporting langsung!
Tak lama kemudian Keyrol berhenti di hadapan perkarangan hotel. Amzar dan Alin keluar serentak. Sementara menunggu beg pakaian mereka dikeluarkan, mereka dijamu dengan complimentary drinks yang disediakan pihak hotel.
“Kita check-in dulu. You go and freshen-up and meet me downstairs an hour later. Okey?” Amzar mula keluarkan arahan.
Alin angguk.
“Lunch, encik?” Tanya Alin selamba.
Kening Amzar terangkat.
“Belum apa-apa dah cerita lunch?”
Alin sengih segan.
“Dah nak pukul satu ni. Saya ni ada gastrik. Lambat makan nanti, sakit perut. Kalau dah sakit nanti satu kerja pun tak boleh buat. Bila dah tak boleh buat, encik juga yang susah.”
Amzar tersenyum kecil.
“You ni memang banyak cakap, ya?” Wajah Alin dipandang lama.
Walaupun matanya tersorok di balik aviator shades, namun panahan itu masih dapat dirasai Alin. Okey, nak putus nafas dibuatnya. Breath Alin, breath!
“Amz?” Tegur seseorang.
Saved by a stranger!
Alin pandang lelaki yang mendekati mereka. Boleh tahan juga. Tetapi Mr Sexy di sebelah ni masih champion lah.
“Alina, Fahmi. Fahmi, Alina.” Amzar mulakan sesi suai kenal.
“So, this is the infamous Alina…” ujar Fahmi dengan senyuman meleret.
“Infamous?” Alin dah pandang Amzar dan Fahmi semacam. Ada sesi mengutuk aku yang aku tak tahu ke ni?
“Oh…maksud I…”
Belum sempat Fahmi hendak bercakap, Amzar dah potong, “Kita dah lambat ni. Bilik dah ready?”
“Dah. Aku letak kau berdua satu level. Senang kalau ada apa-apa.”
Dua set kad dihulurkan kepada Amzar.
“Aku ke sana teruslah. Pak su dah ada di sana.” Beritahu Fahmi.
“Okey. I’ll see you there. Alina, let’s go.”
Alin terus mengikut Amzar ke dalam hotel.


SATU jam kemudian, mereka kembali ke bawah. Amzar bawa dia makan di Restoran Fresh yang terletak di dalam hotel. Selesai makan, mereka ke perkarangan hotel menunggu Keyrol. Sementara menunggu Keyrol tiba, Alin menoleh-noleh ke belakang, mencuri pandang ke arah laut dengan pandangan penuh mengharap.
“Teringin sangat ke?” Soal Amzar di sebelah.
“Hah?”
Alin menoleh sekilas pada Amzar. Nak pandang lama-lama takut sebab sejak kejadian ketawa di dalam kereta tadi, dia mula rasa lain macam dengan majikannya ini. Kenapalah sekarang pula juga kau nak perasan dia ni kacak bukan main?
“Laut tu. You teringin sangat ke nak mandi di situ?”
Alin tersenyum sendiri
“Nak ikutkan hati memanglah teringin encik. Tapi macam encik cakaplah, kita datang sini nak kerja. Manalah ada masa nak mandi laut segala. Oh, ya. Sebenarnya kita nak ke mana ni?”
“SJC.” Jawab Amzar ringkas.
“SJC?”
Kenapa macam biasa dengar? Tak sempat Alin hendak bertanya panjang, Keyrol pula tiba.  Mereka terus bergerak menghala ke tempat yang dikatakan Amzar tadi.
Lima belas minit kemudian mereka tiba di hadapan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan. Kedatangan mereka disambut oleh Fahmi dan seseorang yang sangat Alin kenal.
“Tuan Haji?” Terkejut Alin melihat bekas majikannya ada bersama Fahmi.
“Assalamualaikum, Alin.”
“Errr…Tuan Haji buat apa kat sini?” Alin pandang muka Haji Salam, Fahmi dan Amzar silih berganti.
“Buat apa lagi. Bukan ke kita ada projek di sini?” Jawab Haji Salam.
“Sepatutnya saya yang tanya awak. Awak buat apa kat sini? Bukankah awak dah resign dari Salam Consultant?”
“Apa? Resign? Bila masa pula…”
“She’s here to help us, Pak Su.” Amzar terus potong bicara dia.
“Alin? Err… Amz tahukan dia ni kerani saja?”
“Ya.”
“Apa yang dia boleh buat?” Tanya Haji Salam.
Hairan kenapa kerani itu yang dibawa Amzar meninjau projek terbengkalai syarikatnya. Bukan sahaja Haji Salam hairan. Alin sendiri pun hairan!
“Because she claimed she knows everything.” Jawab Amzar selamba.
Alin ketap gigi geram. Oh, memang kes nak balas dendamlah ni?
Amzar pandang Alin. ‘Prove to me that you’re something, lady.’
Alin pandang Amzar. ‘Oh, game on sir!’


MACAM nak tercabut lutut dibuatnya. Memang Amzar dera dia cukup-cukup di tapak projek tadi. Uruskan hal pekerja yang tak mahu teruskan kerja, uruskan hal supplier yang tak mahu supply barang, uruskan stok barang yang terbiar. Pendek kata semuanya harus dilakukan Alin kecuali kerja-kerja berkaitan teknikal. Mujur jugalah sewaktu di Salam Consultant dulu dia memang dah biasa buat semua itu. Kalau tidak, jenuh juga dibuatnya.
Menjelang petang, mereka kembali ke hotel. Haji Salam dan Fahmi tak ikut serta sebab mereka bermalam di Teluk Kemang. Ada saudara di sana katanya.
Sampai sahaja di hotel, Alin tak tunggu lama. Terus dia melompat naik ke atas katil. Lega tubuh bila dapat berehat di atas katil yang empuk.
            Baru sahaja hendak terlena, telefonnya berbunyi. Tanpa melihat nama, Alin terus menjawab.
            “Hello?”
            “Alina?”
Tegak terus badan Alin mendengar suara itu. Tak ada orang lain yang panggil dia Alina kecuali…
“Ya, encik?”
“Buat apa?”
Alahai…kenapalah suara dia ni romantik benar bunyinya?
“Baring-baring…”
“Dah lewat ni. Pergi mandi dulu, jangan tidur. Tak elok.”
Alahai…kenapalah caring sangat pula ni?
“Okey, encik.”
About dinner tonight…”
Alin dah teruja. Nak ajak dinner tepi laut ke?
“You turun aje ke restoran di lower ground nanti. Kalau malas, call room service.”
“Hah? Encik tak makan sekali ke?”
Aiyoo…Alin. Why sound so desperate? Mulut dipukul dengan tapak tangan.
I’ve got a  dinner date. Later, lady.”
Dan panggilan telefon terus dimatikan.
Dinner date? Dengan siapa? Dan kenapa, tangannya diletakkan ke dada, ada rasa pelik di sini?



PUKUL 8.45, Alin turun ke bawah. Niat asal nak call room service tapi rasa lemas pula terperap di dalam bilik. Sewaktu hendak ke restoran, dia terlihat sesuatu yang membuatkan langkahnya terhenti. Amzar sedang duduk berbual dengan seorang gadis di lobby lounge. Wow, cantiknya! Puji hati kecil Alin. Ini ke dinner date si sexy dia?
Alin amati kedua-dua mereka. Yang gadis ayu berblaus warna merah hati dan dipadankan dengan selendang lilit rona hitam. Yang lelakinya pula kacak bergaya dengan T-shirt Polo Haus warna yang sama dengan si gadis. Amboi, bukan main ceria wajah si lelaki. Wajah yang sama yang hanya sempat dilihat Alin seketika sahaja tadi sewaktu di dalam kereta.
Sekali lagi tangannya naik ke dada. Pedih. Haishh…jangan nak macam-macamlah cik jantung dan cik hati. Bawa sedar diri tu sikit. Kaki yang hendak melangkah ke restoran tadi, berpatah balik. Rasa macam hilang selera pula.
“Cik Alin?” Alin menoleh ke kanan bila terdengar namanya disebut.
“Eh, Abang Keyrol? Buat apa kat sini?” Setahu dia Keyrol tak menginap di hotel ini.
“Abang hantar barang pada bos tadi. Cik Alin buat apa kat bawah ni?”
“Ingat nak makan, tapi hilang selera pula.”
“Laa…kenapa pula? Nanti kosong perut tu. Tak elok tidur dengan perut kosong, tahu?”
            Alin senyum segaris.
“Tahu…tapi tekak tak berapa nak ngam dengan makanan di hotel ni.” Alin cipta alasan. Banyaklah aku punya tak ngam. Tekak ni jenis hentam apa saja!
            “Ya ke? Kalau macam itu, jom ikut abang. Pergi makan makanan paling best di sini.” Pelawa Keyrol.
“Paling best? Di mana?”
“Dekat kawasan Telok Kemang tu aje. Jomlah!”
Alin pandang Keyrol kemudian pandang Amzar. Melihat si sexy tengah seronok ketawa, dia tarik nafas dalam.
“Okeylah, jom!”
Rupanya tempat makan yang Keyrol bawa adalah gerai makan seafood milik keluarganya. Memang tak silap Alin ikut. Makanan yang dijual memang sedap-sedap belaka. Sempat jugalah dia berkenalan dengan isteri Keyrol dan dua orang anaknya yang masih kecil. Barulah Alin tahu, Keyrol memang asalnya orang Negeri Sembilan. Cuma sekarang bekerja di Prima Group. Seminggu sekali dia akan balik ke sini bertemu isteri dan anak-anaknya.
Dua jam kemudian, Alin kembali semula ke hotel. Sebelum balik tadi sempat dia minta Keyrol berhenti di sebuah kedai serbaneka. Nak belikan roti untuk si sexy. Manalah tahu kalau-kalau Amzar lapar tengah malam nanti. Daripada order makanan hotel yang mahal ya amat itu, baik makan roti krim. Murah dan mengenyangkan.
“Okey, Abang Keyrol. Terima kasih belanja Alin makan ye. Kirim salam pada Kak Maz.”
Alin melambai hinggalah kereta yang dipandu Keyrol hilang dari pandangan. Dengan senyuman yang masih bersisa di bibir, Alin melangkah masuk ke dalam hotel.  Ramah mulut dia menegur pekerja-pekerja hotel yang berada di kawasan lobi itu.
Saat pandangan Alin melewati kawasan kaunter pendaftaran, dahinya berkerut bila ternampak kelibat seorang lelaki yang berdiri membelakanginya. Jam di tangan dibelek. Dah pukul sebelas malam, tak reti nak tidur ke bos aku ni? Dia teringat roti di tangan. Elok juga terserempak ni. Tak perlu susah-susah hendak ketuk pintu bilik dia.
Alin terus berjalan mendekati Amzar yang sedang bercakap dengan dua orang pekerja kaunter. Apa sajalah yang si kerek ni cakap sampai stres muka cik kak tu dibuatnya.
Pap! Belakang badan Amzar dipukul lembut.
“Encik!”
Alin sengih tayang gigi.
Amzar berpaling. Buat seketika ada riak lega di wajahnya sebelum ia bertukar masam. Hah, sudah! Tertelan apa pula dah bos aku ni, kelat semacam aje muka?
“Encik buat apa kat bawah ni? Ada kerja ke? Kenapa tak tidur lagi? Cik adik cantik manis tadi mana?” Bertubi-tubi dia bertanya.
Tetapi Amzar hanya memandang dia tajam. Dada turun naik, menahan geram mungkin.
You…” Amzar tak mampu hendak bercakap.
“Naik!” Arahnya sebelum dia menapak ke arah lif. Dua orang staf di kaunter hanya mampu mengukir senyum simpati pada Alin.
Di dalam lif masing-masing diam membisu. Alin menjeling Amzar dari ekor mata. Kemudian bibirnya mencemik. Mulalah tu perangai datang bulan dia. Isyhh…baru aje berdamai tadi, dah nak berkelahi semula. Payah betul!
“Encik…” Alin cuba nak mulakan perbualan tapi Amzar tetap kejung.
Keluar dari lif masih lagi juga membisu. Sungguhlah Alin tak faham apa penyakit bos dia ni. Tadi masa kali terakhir tengok bukan main ceria bergelak ketawa dengan perempuan cantik itu. Sekarang ni masam mencuka pula. Kena tinggal agaknya dengan perempuan cantik tadi, itu yang mood teruk sangat itu. Lepas itu aku pula yang jadi mangsa. Gumam Alin sendiri.
Sampai di depan bilik, Alin dah tak tahan dengan kebisuan Amzar. Lengan lelaki itu yang sedang membuka pintu bilik ditarik.
“Encik ni kenapa? Nak moody tak tentu pasal? Kena sampuk jembalang laut? Ada pergi jalan-jalan tepi pantai ke tadi? Itulah, encik. Lain kali tak payah nak ikut sangat skrip drama Korea tu, jalan-jalan waktu malam tepi laut. Romantiklah kononnya. Lepas tu esok pagi masing-masing kena selsema. Itu di Korealah. Kita di Malaysia ni lautnya jadi tempat buang benda-benda halus. Silap-silap…”
Bebelan Alin terus terhenti bila…
“Alina Suffiya!” Tinggi suara Amzar menyebut nama dia sambil kedua belah lengannya dipegang kuat dan badannya ditolak ke belakang, melekap ke dinding.
“Shut. Up!” Bisik Amzar.
Alin mengangguk perlahan. Cik jantung dan cik hatinya mula menakal. Satu dah berbunga-bunga, yang satu lagi mulakan mainkan lagu cinta. Dalam perut pula, terasa macam ada beribu-ribu rama-rama berterbangan. Mana tidaknya. Jarak antara mereka berdua terlalu hampir hingga Alin boleh nampak betapa wajah Amzar sempurna tanpa cela. 
Mata bertentang mata. Alin menelan liur bila pandangan Amzar sudah turun ke hidung. Nafas ditahan saat bibirnya pula yang dijamah mata Amzar. Lama.
Dumm! Bunyi pintu dihempas mengejutkan mereka. Ya Allah, apa yang aku buat ni? Dada Amzar ditolak kuat. Dalam hati tak henti-henti beristghifar, menyesali khilaf diri.
Amzar pula meraup muka. Nafas ditarik, cuba menenangkan diri.
“Where have you been?” Soal Amzar tenang.
“Hah?”
You pergi mana tadi? Dah lewat macam ini baru ingat nak balik?” Suara Amzar kembali tegang.
Alin pandang Amzar tak percaya. Eh…kenapa macam dah drama sebabak suami isteri bertengkar pula ni? Sah! Memang bos aku ni dirasuk jembalang laut.
“Saya pergi makan dengan Abang Keyrol dan…”
“What?” Amzar terus potong cakap dia.
“Pergi makan sampai lewat begini?” Suara Amzar dah naik satu oktaf.
“Lepas makan, kami pergi jalan-jalan…” Sekali lagi, ayat dia kena cantas.
“Jalan-jalan? Dengan Keyrol?” Mata Amzar dah macam nak makan dia.
Alin mengangguk. Gerun hendak menjawab. Kenapa entah dia rasa, setiap kali dia bercakap, tekanan darah bos dia ini akan naik satu graf. Baik diam. Kena darah tinggi nanti, aku juga yang susah.
Amzar menyilang tangan ke dada dan tegak memandang Alin. Tajam. Dadanya turun naik menahan rasa.
“Perempuan jenis apa you ni?”
Alin tersentak mendengar soalan Amzar. Aura-aura cari pasal sangat ketara dalam soalan Amzar.
“Apa maksud encik ni?”
“You tahu Keyrol tu dah kahwin?”
“Tahu, jadi?” Alin sengaja buat provokasi. Hati dah tahu sangat bagaimana perbualan ini akan berakhir.
Mata Amzar membesar. Darahnya naik serta merta. Where’s your shame, lady?
“Dah tu kenapa you keluar juga berpeleseran dengan dia? Tak risau kalau ada family members atau saudara mara dia ternampak you berdua-duaan dengan suami orang?”
Alin ketawa tawar. Tak tahu nak bereaksi bagaimana. Nak marah ada, nak ketawa pun ada. Inikah Zariel Amzar yang sebenar? Suka berprasangka tanpa usul periksa?
Melihat Alin yang masih mampu ketawa, menambahkan lagi bara di hati Amzar.
“Suka kalau rumahtangga orang porak peranda sebab you?” Terus keluar soalan yang memang masuk kategori hendak minta penampar
Kali ini Alin tahu reaksi apa yang harus diberikan. Menyirap darah Alin dibuatnya mendengar tuduhan Amzar. You just crossed the line, sir! Sabar Alin, sabar. Alin istighifar dalam hati. Dia tak kenal kau, jangan salahkan dia cakap macam itu. Tegur dia elok-elok. Alin tarik nafas dalam. Wajah Amzar dipandang dalam.
“You don’t know a thing about me. You don’t have the right to judge me.” Alin bersuara lembut tapi tegas.
Lengan Amzar yang berbalut dengan sweatshirt ditarik. Bungkusan berisi roti yang dibeli untuk Amzar tadi disangkutkan ke pergelangan tangan lelaki itu.
“Saya takut encik lapar tengah-tengah malam nanti, jadi saya belikan roti ni buat alas perut. Kalau sudi, makanlah. Kalau tidak beri saja pada housekeeping nanti. Jangan buang pula. Membazir. Saya masuk tidur dulu. Selamat malam, assalamualaikum.” Alin terus buka pintu bilik dan masuk. Masuk saja di dalam, Alin bersandar di pintu. Mata dipejam. Nafas ditarik dalam.
“Suka kalau rumahtangga orang porak peranda sebab you?”
Tuduhan Amzar tadi kembali terngiang di telinga. Sungguhlah lelaki ni. Kalau sehari tak menyakitkan hati aku, tak sah putaran hidup agaknya. Dia belum gila lagi sampai nak kacau rumah tangga oranglah!
Tangan diletak ke dada. Pedih sangat rasanya. Chill, Alin. It’s been years! Tapi kata orang, luka di tangan boleh kering dan sembuh. Di hati? Rawatlah macam mana sekalipun, ia akan terus merah berdarah.
Tangan di dada digenggam kuat. Rasa pedih dek penangan kata-kata Amzar tadi diusir jauh-jauh. Alin menggeleng laju. No! Jangan nak mengada-ngada menangis. You’ve survived all this years, Alin. Jangan disebabkan si kerek tu, kau nak breakdown and cry pulak. Tak berbaloi! Dah, tutup lampu. Pergi tidur. Esok mulakan hari baru dengan senyuman. Dan, oh, bismillahirahmanirrahim jangan lupa. Mood encik bos dekat bilik depan tu bukan boleh dijangka.


DI bilik depan, Amzar berdiri tegak merenung pemandangan malam di luar tingkap. Rasa marah masih bersisa. Punyalah macam orang gila dia mencari cik kerani di sekitar kawasan hotel. Makan malam dengan Soraya, sepupunya pun terpaksa dibatalkan bila dia tak dapat hubungi Alin. Niat asal memang hendak makan malam berdua dengan Soraya, tapi memikirkan Alin yang makan seorang diri, dia minta izin pada Soraya untuk ajak Alin bersama. Dan sepupu dia yang memang jenis suka berkawan, terus sahaja setuju. Tapi bila dua tiga kali dia cuba menghubungi Alin tapi tak dapat, darahnya mula berderau.
Bellboy di lobi hotel tadi entah berapa kali kena soal dengan dia sampai budak itu naik takut bertembung dengan dia. Itu belum kira lagi berapa kali dia asyik ke kaunter pendaftaran. Risau? Oh tidak! Lebih kepada rasa tanggungjawab seorang majikan kepada pekerjanya sahaja. Cik kerani dia seorang ini bukan boleh diduga. Crazy and impulsive!  Kena cuit sikit mulalah ambil tindakan bukan-bukan. Entah tangan lelaki mana pula yang disauknya nanti. Dapat lelaki macam dia, ada ampunnya lagi. Dapat lelaki yang….arghhh…dah jauh sangat kau berfikir, Amzar!
Leher diusap untuk kurangkan tegangan. Mata terpandang bungkusan roti di atas meja. Dia mengeluh perlahan. Saat itu rasa bersalah dah mula nak curi-curi masuk ke dalam hati. Melampau sangatkah dia bercakap tadi? Rasanya tidak. Apa yang Alin buat memang boleh timbulkan syak wasangka. Malaysia ini bukannya besar mana. Buatnya ada saudara mara Keyrol ternampak mereka berdua-duaan tadi, kan ke boleh timbulkan fitnah? Yang cik kerani dia ini pun satu. Baru sahaja kenal dengan si Keyrol itu hari ini dah berani hendak keluar makan segala? Mudah sangat percayakan orang! Buatnya si Keyrol itu buat apa-apa, siapa yang susah? Wait! You’re overthinking again, Amzar!
            Roti krim perisa vanilla dicapai dari dalam plastik, dibuka lalu dikunyah geram. Kenapa bila tiba hal yang melibatkan Alina Suffiya, emosi dia boleh jadi tak stabil macam ini? This is not me. Why the hell did I let her get under my skin? Sebungkus lagi roti dicapai dan dikunyah geram. Keep it cool, Amzar. Esok layan sahaja dia macam biasa. Ya. Macam biasa.


BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment