Friday 3 January 2014

Dia... Random Guy : Bab 9 & 10

Bab 9



KEESOKAN harinya, pukul 7.30 pagi lagi Alin dah turun ke bawah untuk sarapan. Sengaja dia turun awal walaupun semalam waktu tengah dalam mood damai dengan Amzar, lelaki itu dah pesan supaya turun sarapan bersama dia pukul 8.00 pagi. Eh, bukan dia mengada-ngada nak tunjuk protes atau nak buat layanan bahu-sejuk dengan Amzar. Tapi dia nak elakkan dari memulakan hari ini dengan melihat muka orang yang macam tertelan asam kelubi itu.
Meja bufet dihampiri. Pinggan kosong di tangan diisi dengan sedikit mihun goreng, Dia tak ada selera pagi ini. Sebuah meja yang masih tiada penghuni dihampiri. Selepas meminta kopi dari pelayan hotel, Alin mula menyuap mihun ke mulut.
“Err…excuse me?”
Suapannya terhenti bila ada suara yang menegur. Kepala didongak. Ooo…orang putih!
“Yes?”
“Is this seat taken?” Si orang putih tersebut memandang ke arah kerusi di hadapan Alin.
All the other tables are full.” Tambah si orang putih lagi.
“Err…” Alin pandang ke sekelilingnya. Memang dah penuh.
“Have a seat.” Pelawa Alin.
“Thank you, miss…?”
“Alina.”
I’m Ray.” Si orang putih mengenalkan diri.
Alin sekadar mengangguk.
“Business or leisure?” Ray mula bertanya.
Peramahlah pulak orang putih ni! Layankan aje Alin. Orang asing datang negara kita, cuba tunjuk sikit budi bahasa.
“Err..business.”
“I see. I’m on holiday.”
Iya? Tak tanya pun.
“Alone?” Alin tanya juga.
Kesian pula tengok Mr Ray yang beriya hendak berborak. Dan sudahnya, sarapan  pagi itu diisi dengan sesi berbual-bual dengan Ray Weston. Pelancong dari Australia. Mujurlah bila bercakap tak keluar accent Aussienya. Kalau tidak, jenuh dia nak faham.
Sedang asyik berbual, tiba-tiba Alin rasa tengkuknya meremang. Isyhh..pagi-pagi buta tak akan ada benda halus juga kot? Takut-takut Alin menoleh. Laa…encik bos rupanya! Alina mengeluh berat dan kembali mengadap Ray.
“Ehem…” Itu yang berbunyi  sebaik sahaja Amzar menghampiri.
“Waalaikumsalam to you too…” jawab Alin sarkastik. Tak reti nak bagi salam? Yang nak berdeham bagai tu buat apa?
“Buat apa?” Tanya Amzar.
            “Main masak-masak.”
Inilah dia orang kita. Suka benar tanya soalan yang dah ketara jawapannya.
            “Alina….” Suara kejung dah keluar.
            “Err…this is?” Ray yang mula rasakan suasana sedikit tegang cuba untuk redakan keadaan.
            “Sorry, Ray. This is my boss. Zariel Amzar. Encik, this is Ray, a tourist. From Australia.”
Alin mulakan sesi suai kenal. Dia buat pun sebab Ray. Kalau tidak, tak ingin dia kenalkan pada si kerek ni.
            “Hi, I’m Ray Weston. Nice meeting you.” Ray hulurkan tangan ke arah Amzar.
            Amzar sambut dan mengangguk kecil. Alin yang dah naik lemas tengok muka Amzar yang tak manis-manis itu, terus bangun.
“Oh, and for your info, dia belum kahwin!” Sindir Alin selamba dan kemudiannya   berpusing memandang Ray sambil tersenyum manis.
“It was nice chatting with you, Ray. Have a pleasant stay in Malaysia.”
Pada Amzar dia menjeling.
Encik belum sarapan, kan? Silalah sarapan dulu ya. Nanti kosong perut, masuk  angin pula. Lepas tu satu badan awak berangin, saya juga yang jadi mangsa, sambung Alin dalam hati.
Baru Amzar hendak buka mulut, Alin dah angkat tangan dan berkata, “Later, sir!” Dan dia terus meninggalkan lelaki itu.
 Amzar tarik nafas dalam. Wajah Ray yang nampak terpinga-pinga dijeling dengan ekor mata sebelum pandangan jatuh ke  arah belakang Alin yang sudah jauh ke hadapan. This is going to be a long day…

AND what a long…tiring day! Gumam Amzar dalam hati. Walaupun baru sahaja pukul 4.00 petang, tapi dia rasa macam dah satu hari suntuk. Selalunya dia rasa macam terlalu cepat masa berlalu, tapi hari ini masa terlalu lambat bergerak rasanya. Selalunya kerja setakat buat lawatan tapak ini, tidak sepenat manapun. Malahan dia lebih suka buat site visit begini daripada duduk di dalam pejabat.
Tapi hari ini, dia rasa semangat dia hendak bekerja jatuh sama sekali. Semuanya kerana sebaris nama; Alina Suffiya. So much for not wanting to let her get under my skin, huh?
Dia menarik nafas panjang dan dalam. Hati sedang menahan geram melihat perangai cik kerani dia hari ini. Sejak dari hotel tadi, cik kerani buat perangai. Mulut tak berkicau macam biasa. Mulanya dia tak kisah lagi. Elok juga kalau diam sikit mulut itu. Tak adalah dia hangat hati sebab cik kerani tak menjawab.
Tapi bila dah sampai di site, nampak ketara perubahan cik kerani. Sepatah ditanya, setengah patah dijawab. Itu pun kalau menjawab. Bila sampai masa mulut cik kerani tu berat, hanya setakat angguk dan geleng sahaja. Yang buatkan dia geram sangat tu, layanan begitu hanya untuk dia saja. Dengan orang lain, bukan main lebar cik kerani senyum. Bukan main riuh mulut bercakap. Siap boleh gelak ketawa lagi.
Teringat dia kejadian sewaktu makan tengah hari tadi. Disebabkan hendak habiskan kerja cepat, dia ajak cik kerani makan di pejabat tapak sahaja. Cik kerani hanya angguk setuju. Bila ditanya mahu makan apa supaya dapat dipesan pada penyelia yang hendak keluar membeli makanan, dia cuma jawab
“Nasi goreng kampung.”
Sewaktu sedang menikmati makan tengah hari bersama beberapa orang pekerja tapak, dia terima panggilan telefon dari pejabat Prima Group. Semasa dia tinggalkan cik kerani sebab hendak menjawab panggilan, bukan main diam mulut cik kerani. Muka pun dingin beku sahaja.
Sepuluh minit kemudian, bila dia kembali semula ke pejabat tapak, terkesima dia sekejap bila tengok bukan main seronok lagi cik kerani sedang bergelak ketawa dengan pekerja-pekerja tapak. Sakan betul berbual. Tapi bila dia tiba sahaja di sisi cik kerani, terus cik kerani diam. Muka pun kembali tak berperasaan. Waktu tu rasa hendak digoncang sahaja bahu cik kerani, minta dia bercakap semula. Nasib baiklah ramai orang di situ, kalau tidak…
“Kita hendak balik hotel terus ke encik?” Soalan dari Keyrol mengejutkan Amzar . Cik kerani yang sedang ralit memandang ke luar dipandang.
“Nak singgah di mana-mana?” Tanya dia pada cik kerani.
Hari ini hari terakhir di Port Dickson. Manalah tahu kalau-kalau cik kerani hendak beli apa-apa buah tangan untuk keluarga. Tapi cik kerani dia buat tak dengar dan terus menerus merenung keluar.
“Nak singgah ke mana-mana ke?” Tanya dia sekali lagi.
Kali ini suara dah sedikit tinggi. Tapi reaksi yang sama dia terima. Oh, cik kerani. Jangan dicabar kesabaran saya!
“Alina Suffiya, I’m talking to you!” Hah, dah keluar suara pitch tinggi dia.
Barulah Alina nak toleh pandang dia.
“Bercakap dengan saya ke?” Tanya Alin tanpa rasa bersalah. Lain kali hendak bercakap sebut nama. Penat arwah abah pilihkan nama untuk dia.
Amzar tarik nafas dalam. Menguji kesabaran betul dia ni.
“Tak, I bercakap dengan cermin kereta ni. Cermin…cermin…kita nak singgah mana-mana ke?”
Alin hanya angkat kedua belah kening. Tak kelakar pun lawak tu. Dia pandang Amzar tanpa perasan.
Amzar tak pernah rasa nak cekik orang macam sekarang ni!
“Err…encik. Apa kata kita pergi minum petang di Telok Kemang? Dah terlanjur ke sini, encik dan Cik Alin boleh juga beli cenderahtai untuk orang di rumah.” Keyrol cuba nak tenangkan suasana.
“Apa-apalah, Keyrol!” Balas Amzar.
Dia alih pandangan keluar. Tangan dikepal-kepal, cuba menyabarkan hati.
Sampai di Telok Kemang, Alin menonong keluar kereta mengekor Keyrol. Amzar di belakang dibuat tak tahu. Mereka singgah di sebuah gerai menjual goreng pisang sebab Alin teringin nak makan goreng pisang cicah sambal.
Ketika sedang menunggu goreng pisangnya dibungkus, Alin terasa bahunya dicuit dan ada suara menyeru namanya. Pantas dia menoleh.
“Ya Allah, Kak Maz! Buat apa di sini. Abang Keyrol, Kak Maz ni!” Alin panggil Keyrol yang sedang berbual dengan pemilik gerai.
“Eh, Maz. Buat apa kat sini?” Tanya Keyrol sambil menyambut huluran salam isterinya.
“Budak-budak nak makan goreng pisang. Maz datang beli. Maaf, lupa nak minta izin abang.”
“Laa…iya ke? Kenapa tak beritahu abang, biar abang aje yang belikan.”
“Tak apalah, abang kan sibuk. Bukan susah mana pun nak ke sini.”
“Ala…Kak Maz. Abang Keyrol tu bukan apa. Risau nak lepas isteri cantik molek dia ni keluar sendiri,” usik Alin.
“Isyh…Alin ni. Suka benar mengusik akaklah.” Maz dah tersipu malu.
Amzar yang sejak tadi sekadar menjadi pemerhati mula tak sedap hati. Isteri? Wajah Alin direnung lama. Kenapa Alin nampak macam dah mesra sangat dengan isteri Keyrol?
“Eh, encik, lupa pula nak kenalkan. Ini isteri saya, Mazlinda. Maz, inilah bos abang. Encik Zariel Amzar.” Keyrol memperkenalkan isteri tersayang kepada majikannya.
Wajah Amzar dah mula hilang warna. Isteri?
“Oh…inilah bos abang dengan Alin? Semalam Alin asyik betul bercerita pasal encik. Tak sangka hari ni, ada juga rezeki hendak jumpa.”
Amzar rasa macam hendak ketuk kepala sendiri. Alin dipandang lama, cuba menarik perhatian gadis itu agar memandang ke arahnya. Namunm cik keraninya masih lagi dengan muka tanpa riak. Patutlah dia marah. Patutlah dia buat perangai hari ini. Dia berhak pun nak rasa macam itu. Oh Tuhan, what did I do? Alina…

MALAM itu Amzar resah. Di atas katil dia asyik kalih ke kanan, kalih ke kiri. Alin masih lagi dengan layanan bahu-sejuknya. Makan malam tadi pun Alin tak nak turun. Katanya dia akan telefon room service sahaja. Nampak sangat cik kerani tak nak tengok muka dia. Memang padan dengan muka dialah. Inilah akibatnya kalau suka buat tuduhan tanpa usul periksa. Ikutkan sangat hati, diri sendiri rasa macam nak mati!
Akhirnya dia bangun. Jam di dinding dah pukul sebelas malam tapi mata masih lagi segar bugar. Pakaian ditukar. Sehelai seluar track disarung bersama dengan T-shirt. Sweatshirt hoodie turut disarung. Pergi jogging di pesisiran pantai. Mudah-mudahan bila dah letih, bolehlah dia tidur. Esok nak balik KL, biarlah malam ini dia hirup udara segar di tepi laut.
Sebaik sahaja kaki menjejak kawasan berpasir yang membawa ke pantai, mata dia menangkap kelibat seorang gadis sedang berdiri di pesisiran pantai tersebut. Matanya mencerun melihat gadis itu mula menapak ke arah gigi air. Nak bunuh diri ke apa?
Tanpa tunggu lama, dia berlari ke arah si gadis yang sudah semakin hampir dengan gigi air. Air laut sudah hampir sampai ke lutut si gadis. Amzar semakin laju.
“Miss, no!”
Pinggang si gadis dirangkul lalu di tarik ke belakang. Hilang imbangan, kedua-dua mereka terjatuh di atas pasir.
            “Gila ke?” jerit si gadis kuat.
            “Alina?” Sebut Amzar sebaik sahaja si gadis bersuara.
            “Encik?”
Cepat-cepat dia bangun dari atas badan Amzar.
“Encik ni kenapa? Nak tarik-tarik orang bagai? Hilang akal?”
“I ingat ada orang nak bunuh diri!”
“Bunuh diri? Choi! Mulut tu, tak beragak betul kalau nak bercakap. Saya ni ada iman lagilah. Takkan saya nak buat kerja gila macam tu. Itulah, kan saya dah pesan, jangan jalan-jalan tepi pantai malam-malam. Nanti kena sampuk jembalang. Lepas tu mulalah buat benda bukan-bukan. Saya ni lainlah. Dulu arwah abah ada turun ilmu sikit! Jalan di mana pun, Insya-Allah selamat dari gangguan benda halus. Kalau gangguan dari orang, harapkan yellow belt yang tak habis belajar itu sajalah.” Alin membebel.
            Dan Amzar, buat pertama kalinya untuk hari itu,  ketawa kuat. Entah kenapa, hati senang mendengar cik keraninya membebel begini. Satu hari suntuk dia menantikan Alina versi yang ini. Rindu!
            “Hah, sudah! Ketawa pula. Ni sah kena sampuk ni. Dahlah, jom balik!”
Alin berdiri sambil menarik lengan Amzar agar berdiri. Amzar berdiri tapi statik di situ.
            “You buat apa dekat sini?” Tanya Amzar. Lembut.
            “Nak main air.” Jawab Alin jujur.
            “Malam-malam macam ini?”
            Alin jungkit bahu.
“Esok kita nak balik dah kan? Saya ni dahlah jarang-jarang dapat peluang nak jumpa pantai. Nak juga main-main sikit sebelum balik. Takut kempunan.”
            Amzar mengeleng. Macam-macam hal cik kerani dia ni.
“Come…” Ajak Amzar.
            “Nak pergi mana?” Tanya Alin. Malam-malam ni jangan nak buat hal sangat, encik.
            “Duduk sana…” Amzar menunding ke arah bangku berhampiran kelab milik hotel tersebut.
            Mereka berjalan beririrngan menuju ke tempat yang ditunjukkan. Punggung dilabuhkan ke kerusi. Masing-masing diam membisu. Yang kedengaran hanya bunyi ombak laut yang menampar pesisiran pantai. Damai. Di dada langit, bulan terang memancarkan cahaya. Indah. Alin tarik nafas sambil menutup mata. Segar rasanya.
            “Alina…” Amzar menyeru namanya.           
            “Hmm?” Mata Alin masih terpejam. Mahu menikmati kesegaran udara pantai.
            “I’m sorry…” Lafaz keramat itu akhirnya keluar dari mulut Amzar. Tak semena-mena hati yang resah tadi kembali tenang.
            Alin buka mata perlahan. Amzar dipandang lama. Akhirnya, terkeluar juga perkataan itu. Dari pagi aku tunggu, dah malam gini baru hendak lafazkan? Slow motion betullah si sexy ni!
            “Sorry for what?” Alin buat-buat tanya.
Kenalah jual mahal sikit. Kalau tidak nanti, bos dia ni buat balik perangai tiga suku dia itu.
            “For last night. For accusing you…” Amzar tak habiskan ayat. Risau kalau cik kerani kecil hati lagi.
            “Perempuan jahat yang suka porak perandakan rumahtangga orang?” Alin tolong sambungkan.
            Amzar terkedu. Mendengar perkataan yang dilafazkan sendiri keluar dari mulut Alin, dia mula sedar betapa buruknya perangai dia semalam. Wajahnya diraup. Sejak bila kau jadi macam ini, Amz? Dia menyoal hati sendiri.
            “I’m sorry…” Itu sahaja yang dia mampu ucapkan.
            “It’s okey. Nothing I haven’t heard before…” balas Alin perlahan.
Rasa pedih itu kembali bertamu di hati. Haish…syuh…syuh…Pergi jauh-jauh!
            “What?” Amzar kurang dengar ayat terakhir Alin.
            Alin tersenyum pahit. Kepala digeleng.
“Forget it!”
            “So, am I forgiven?” Amzar senyum.
Hailaa encik. Dah senyum macam itu takkan nak cakap tidak? Tapi kita jual mahal sikit lagi, eh…
            “Hurmmm…on two conditions.” Alin mula menjual.
            “Oh?” Kening Amzar terangkat sebelah.
“And what are they?” Amzar mula membeli.
            “Pertama. Encik kena janji takkan tinggi-tinggi suara dengan saya lagi. Saya ni nak kerja lama lagi encik. Hari-hari dengar pitch encik yang tinggi tu, boleh rosak gegendang telinga jadinya.”
            Amzar tergelak.
“Okey. Done. I will try to lower my pitch. What’s the second condition?”
            Alin tunjuk langit. Ke arah bulan yang bersinar indah. Amzar kerut dahi tak faham.
            “Temankan saya, tengok bulan?” Pinta Alin dengan senyuman manis terukir di bibir.
“My pleasure, lady.” Tanpa ragu-ragu, Amzar menjawab. Dan malam itu, bermulalah episod baru dalam hidup mereka.


Bab 10



KEESOKAN harinya, selepas sarapan Amzar mengajak Alin menemaninya bermain golf. Lama rasanya dia tak mempraktikkan skil permainan. Hendak mandi laut, Alin ajak pergi sebelah petang. Katanya hendak tengok sunset sekali. Amzar turutkan sahaja. Dah terlanjur berjanji di bawah cahaya bulan semalam, kan. Disebabkan Alin beriya nak mandi laut, dia tambah lagi sehari tempoh berada di sini.
“Golf?” Tanya Alin.
“Ya. Jomlah…”
Jatuh mood dibuatnya. Ada ke nak ajak dia main golf? Bosan sungguhlah encik bos ni. Tahukah Amzar, golf itu adalah sukan yang paling membosankan dalam hidup dia? Sungguh dia tak faham kenapa mereka sibuk nak pukul bola semata-mata hendak masuk ke dalam lubang kecil itu. Lagipun sukan itu sesuai untuk orang-orang kaya sahaja. Golongan marhaen macam dia ni, setakat layan bola sepak itu bolehlah.
“Tak ada aktiviti lain ke encik?”
Janganlah paksa saya tengok encik golfing. Mati kebosanan saya nanti!
            “Habis tu, nak mandi laut you nak pergi petang. Nak buat apa lagi? Spa?”
Spa? Tegak badan Alin mendengar perkataan itu. Seumur hidup, tak pernah lagi pergi spa.
“Ada ke?”
Amzar dah juling mata.
“You asyik keluar masuk hotel ni, takkan tak nampak sign pasal spa tu?”
Alin gigit lidah.
“Tak…”
Amzar tarik nafas cuba menenangkan hati. Remember your promises, Amz.
“Okey. Macam ini. You go and get your spa. I nak play some holes. We meet up again for lunch? Let’s say around 12?”
Set!” Laju sahaja Alin setuju. Demi spa dan mengelakkan diri dari melihat Amzar bermain golf.
Mereka berpisah. Alin ke Spa dan Amzar ke padang Golf.
Selepas badannya puas dimanjakan di pusat spa, tepat jam dua belas tengahari Alin turun menunggu Amzar di lobi hotel. Disebabkan dia tidak tahu ke mana Amzar mahu bawa dia makan tengah hari, dia hanya mengenakan sepasang jeans, blaus ungu yang dihiasi corak bunga-bunga kecil dan tudung bawal rona yang sama.
“Alina…” Suara Amzar kedengaran di belakangya.
Dengan senyuman, dia berpusing dan zuppp… jantungnya bagai dipanah sesuatu. Drooling! Oh Tuhan, close your mouth, Alin! Sangat tidak adil. Kenapa hanya dengan mengenakan sepasang jeans berwarna biru lusuh, T-shirt berwarna ungu lembut dan sepasang aviator, lelaki itu kelihatan sangat kacak? Eh, T-shirt warna ungu. Oh…serasi bersama nampaknya kita encik!
“You’re ready?” tanya Amzar.
 Aduhai…wanginya encik.
“Alina?!” Amzar panggil Alin sekali lagi bila cik keraninya tak berkeli-kelip pandang dia.
“Kenapa?” tanya Amzar.
“Wangi…” Jawab Alin tanpa sedar.
“Hah?” Dahi Amzar dah berkerut.
“Err…maksud saya, lobi ni. Wanginya bau. Mereka guna air freshener apa, eh?” Alin cuba cover malu.
Amzar dah mengeleng kepala. Ada-ada sahaja perempuan ni.
“Jomlah! Nanti lambat.”
“Kita nak ke mana encik?” Tanya Alin sebaik sahaja kereta yang dipandu Amzar keluar dari kawasan hotel.
“Bandar.”
“Buat apa?”
“Makan.”
“Makan di mana?”
“Mulut!”
Alin mencemik. Ciskek! Buat lawak pula. Okeylah. Saya tak kan tanya apa-apa lagi!
Empat puluh lima minit kemudian, mereka sampai ke tempat dituju. Oceanic Mall. Nak makan tengah hari setakat di sini saja ke? Buang karan betul nak berahsia bagai!
Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah itu, Amzar mengajak dia ke restoran makanan segera KFC. Baru sahaja punggung dilabuhkan, tiba-tiba nama Amzar diseru seseorang.
“Hi handsome!”
Eh…si cantik manis?
“Hi beautiful!” balas Amzar sambil ketawa.
Amboi!! gatalnya bunyi ketawa. Uiks…cik hati, kenapa nak pedih ni?
“And this must be…Kak Alina?”
Eh, kenal I ke? Alin angguk.
“Akhirnya! Berjumpa juga kita. Aya asyik dengar nama akak aje sejak kelmarin.”
Asyik dengar nama? Sah, sexy goatee mengumpat pasal dia ke?.
“Err…awak ni?” Tanya Alin dan Si cantik manis terus bercekak pinggang.
“Angah…Introduction please?!”
Amzar tersengih.
“Sorry. Aya, meet Alina Suffiya. Alina, my cousin, Soraya.”
Oh, cousin? Cik hati kembali tersenyum.
“Hi…Kak Alin.” Alin perkenalkan diri sendiri pula.
“Tau…comellah akak ni. Part tu, angah tak cerita.” Soraya tersenyum penuh makna.
“Cerita?” Alin pandang Amzar semacam. Amboi, mengumpat di belakang ya, sexy?
“Err…let’s eat. I pergi order.” Cepat Amzar melarikan diri.
Soraya mengekek. Wajah tak puas hati Alin direnung. Cute. And she can easily unnerve angah. Hmmm… Dalam kepala Soraya, dah mula merencana sesuatu.

BALIK makan tengah hari, mereka kembali kehotel. Soraya sudah berjanji akan datang ke hotel selepas asar untuk temankan Alin mandi laut selepas Amzar beriya-riya menolak. Katanya tak suka dengan air laut. Melekit! Manja betul.
Selepas asar, Alin turun ke bawah. Dia sudah berjanji dengan Soraya akan bertemu di Infinity Pool berhampiran pantai. Sampai di kawasan kolam renang, Alin berdiri di bawah sebatang pokok kelapa. Matanya memerhati orang ramai yang asyik bermain di dalam kolam renang. Apalah yang bestnya mandi kolam renang ni. Tak mencabar sungguh! Sempat dia mengomel sendiri.
Mana pula si Soraya ni? Ini yang malas nak berjanji dengan orang ni. Tak pernah ada yang tepat!
Terasa penat berdiri, Alin mencari tempat untuk duduk. Sebaik sahaja ternampak sebuah tempat kosong, dia menapak ke sana. Tiba-tiba langkah Alin terhenti. Mata terpaku melihat sesusuk tubuh yang melangkah keluar dari dalam pool.
Oh my! Si sexy goatee ni tengah buat photo shoot untuk GQ Magazine ke apa? Putus nafas. Air liur ditelan berkali-kali. Otak dah kata, pejam mata tapi hati kata, what the heck? Free show. Tengok sajalah!
Alin tarik nafas dalam. How can that man be so perfect? He is definitely sexy! From head to toe. Bukan setakat goatee itu sahaja. Dengan air yang menitik dari rambut ke pipi, jatuh ke dadanya yang bidang dan oh my, those abs. Teringat dia kata-kata Jen tak lama dulu. Rasa nak nip those abs inch by inch. Dan ya…dia pun dah macam ada keinginan begitu. Air liur ditelan lagi.
“Yummy, huh?” Tegur satu suara.
“Uhuh…” Dia jawab senafas.
Strawberry and whipped cream yummy!
“Buat kita terfikir hendak buat all the naughty things, right?” Tanya suara itu lagi.
“Oh yes!” Alin bersetuju.
“Tapi kena kahwin dululah!” Tambah suara itu.
Alin ketawa perlahan. Kahwin? Dia dan sexy goatee? Uuuu…otak dah mula bayangkan baju pengantin, bunga rampai dan kompang.
“So, apa lagi? Try your luck lah kak. I’m sure mama will agree. I already love you. And as for Angah Amz, well that can be adjusted. Rasanya dah ada bunga-bunga tu…” Beritahu suara itu sambil ketawa.
Try my luck? Alin dah sengih sendiri. Erks! Wait! Rewind! Mama? Angah Amz? Kenapa bunyi sangat weird? Kenapa pula ada suara asing dengan aku ni? Bukan tadi aku seorang diri, ke? Alin terus toleh ke tepi.
“Arghhhh!!!!” Dia menjerit sampai terduduk dek kerana terkejut.
“Auww…” Sakit punggung sebab mendarat atas batu.
Soraya, pemilik suara asing dah ketawa berdekah-dekah. Ya Tuhan, Kak Alin ni memang kelakar! Kalau jadi pasangan Angah Amz yang kejung itu mesti menyeronokkan hidup.
“What’s going on?”
Alin mendongak. Aiyark…sexy goatee dah mari. Aduhai, encik. Tolonglah cover badan  itu dengan tuala. Mata saya ni bukan tahu malu! Isyhhh…bad eyes. Bad...bad eyes!
You buat apa di bawah tu?” Tanya Amzar pada Alin.
Alin cepat-cepat bangun. Muka berkerut menahan sengal kerana jatuh tadi.
“Errr…”
Nak jawab apa? Nak jawab aku kantoi sebab skodeng anak teruna orang? Mahu kena kejar dengan penyapu kalau mak tahu, ni!
“Kak Alin terlalu asyik menikmati keindahan ciptaan Tuhan sampai terduduk dibuatnya, angah.” Soraya jawab bagi pihak dia sambil cuba menahan tawa dari terus meledak.
Alin pandang Soraya. Mata menyalurkan isyarat ‘tolong jangan beritahu akak skodeng dia!’ pada Soraya. Mungkin faham dengan isyarat matanya, Soraya kenyit mata kanannya pada Alin.
“Aya pula buat apa dekat sini?” Tanya Amzar.
“Laa…kan ke tadi Aya dah janji nak temankan Kak Alin mandi laut.”  Soraya menunjukkan tuala yang sudah tersangkut di bahu sambil jari telunjuk diarahkan ke laut.
Amzar pandang Alin. Atas ke bawah mata dia meneliti diri cik kerani. Cik kerani dia mengenakan sehelai seluar track, T-shirt lengan panjang yang ada gambar icon smiley dan tudung ekspress. Di leher, tersangkut sehelai tuala berwarna kuning. Comel! Bisik hati dia. Whoaa…where did that come from? Amzar dah kerut dahi.
You nak pakai macam ini mandi laut?”
Alin belek badannya. Memang dia mandi laut dulu pakai macam inilah. Apa yang tak kenanya?
“Ha’ah. Dah tu, encik nak suruh saya pakai apa?” Dia bertanya pelik.
“Entahnya, angah ni. Takkan nak suruh Kak Alin pakai bikini kot?”
Bikini? Now, there’s a thought. Amzar dah mula senyum sendiri.
Alin dah angkat tangan peluk tubuh. Semacam saja dia tengok senyuman bos dia ni. Senyum gatal pun ada juga rupanya. Isyh…sejak dah masuk fasa berbaik-baik ni, asyik nak tersenyum sajalah pula kerjanya bos dia ini. Seram pula dibuatnya.
“Ehem…” Alin berdeham.
“Saya pergi dulu, encik. Jom Aya…” Alin tarik tangan Soraya.
“Eh, wait for me. I nak ikut!”
“Hah?” Alin dah melopong.
Mandi laut dengan encik bos? Jangan nak buat hal! Tak mahu!!!
“Jomlah! The more the merrier!” Soraya dah melompat suka.
Isyhh…cik sepupu si sexy ni, kena juga dengan aku nanti ni!
“Tak naklah!”
“Laa…kenapa pula Kak Alin? Seronoklah ramai-ramai…”
Alin menggeleng. Dia baru bercadang hendak lepas geram berendam dalam air lama-lama. Lepas ini entah bila lagilah ada peluang hendak nampak laut. Setakat laut di Kuala Selangor, tak boleh kiralah. Bukan boleh dibuat mandi-manda. Kalau Amzar ikut sekali, macam mana dia nak enjoy? Nak jerit-jerit main air? Nak biar diri tu dilambung ombak? Soraya nampak macam orang yang happy-go-lucky. Memang bolehlah nak ajak jerit-jerit sama. Tapi Amzar? Kejung saja rupanya, mana seronok. Bosan jadinya nanti.
“Bolehlah…” Soraya cuba memujuk.
Alin dah tarik muka, muncung mulut.
“Tadi kata tak nak join!”
“Tadi pagi, pagi punya cerita. Sekarang I nak ikut!” Amzar berdegil.
“Tak boleh!”
“Nak ikut!”
“Tak boleh!”
“Tell me why?”
“You ni boring!” Alin tekup mulut. Oppsss…terlepas sudah.
Mata Amzar dah membesar. Mulut ternganga tak percaya?
“Boring?” Tanya Amzar tak percaya.
You kata I boring?”
Alin dah gigit bibir.
“Eh…apa ni?” Dia terjerit kecil bila Amzar mula mendekat. Hailaa…bos. Jantung baru nak stabil ni.
Amzar tersenyum sinis. Boring? Me? Oh, lady you have no idea how fun I can be. Amzar makin mendekat. Tangan diangkat separas dada Alin.
Alin telan liur bila tangan itu mula diturunkan. Tiba-tiba…
“Arghhh…encik! Apa ni?” Alin menjerit geram bila tudung ditarik hingga senget dan tuala di bahu ditarik Amzar.
“Bagi saya semula!”
Amzar dah berlari ke depan sambil ketawa suka.
“You want this back?”
“Yes!” Alin dah hentak kaki. Tudung ekspress di kepala dibetulkan.
“Catch me if you can…” Amzar kenyit mata dan berlari laju menuju pantai.
“Zariel Amzar!” Alin memanggil kuat dan terus mengejar.
Soraya yang tertinggal di belakang sudah tergelak besar tengok keduanya. Kan dah kata, mereka ni menyeronokkan!

SELEPAS puas berendam di dalam air laut, Soraya sudah minta diri balik ke rumah Alin dan Amzar pula duduk di bawah pondok mengadap laut. Bayu yang bertiup membuatkan tubuh Alin yang masih bersalut baju yang basah, menggigil kesejukkan.
“Sejuk?” Amzar bertanya.
Alin mengangguk sambil mengetap gigi.
“Kalau sejuk, jomlah masuk bilik.”
Kasihan pula tengok Alin yang dah menggigil. Dah balut badan dengan tuala kuning dia tadi pun masih lagi kesejukkan.
Alin pantas mengeleng.
“Tak nak. Nak tengok sunset!” Alin merengek.
Ewah…dah macam dengan kekasih sendiri pula aku ni. Bawa beringat Alin. Ini bos kau! Bos!
Amzar hela nafas. Degil! Tuala yang dibalut di tubuhnya ditarik lalu diselimutkan ke tubuh Alin.
“Eh, encik…” Alin terkedu.
“Pakai aje…”
“Habis tu encik?” Oh mata, jangan nak mengada jeling otot-otot itu.
“Kulit I tebal. Bukan macam you.”
“Tapi…”
Amzar pandang Alin tajam. Alin terus diam. Faham sangat makna pandangan tajam itu. Dalam masa yang sama hati dah berbunga-bunga. Satu lagi sisi baik encik bos dapat dilihat hari ini. Bila angin kus-kus tak masuk badan, caring juga orangnya. Tambah lima markah untuk bos!
So…” Amzar bersuara sambil mata menjeling cik kerani.
Alin angkat kening, menanti kata-kata Amzar.
“I ni masih membosankan lagi ke?” Senyuman tersungging di bibir si sexy.
Dia buat dah. Jangan senyum selalu encik. Nanti saya terjatuh hati, payah nak bangkit balik.
You’re okey, I guess…” Alin angkat bahu.
“Okey? Okey saja?” Amzar mendengus.

“Okeylah… naik satu par dari okey. You’re better than okey. Boleh?”
Amzar mengeleng.
“No. Give me a straight answer. Okey, better or damn good?”
Alin dah nak jatuh rahang. Tak malunya si sexy ni minta orang puji-puji!
“So?” Tanya Amzar sekali lagi.
Tak puas hati selagi tak dapat jawapan. Entah kenapa, hati meronta-ronta hendak tahu pandangan cik kerani tentang dirinya.
“Eeee…encik ni macam budak-budaklah!” Alin menjawab geram.
Amzar ternganga sekali lagi. Tadi boring, sekarang macam budak-budak pula? Memang tak sayang mulut cik kerani aku ni. Kalau tak sebab mereka berada di tempat awam, dah lama mulut tu jadi mangsa dia! Sudahnya Amzar tarik muka. Merajuk!
Alin curi pandang Amzar yang dah terdiam. Hailaa...macam merajuk sahaja gayanya. Bibir dikemam, nak elakkan dari ketawa meletus. Nanti panjang pula rajuk si sexy walaupun hati lucu melihat wajah si sexy yang sedang memuncung. Nasib baiklah handsome. Taklah buruk rupanya.
“Encik…” Panggil Alin.
Diam, tiada jawapan dari orang sebelah.
“Encik…” Dia cuba sekali lagi.
Tapi orang sebelah masih lagi diam. Aiyoo…payah juga nak pujuk kalau Zariel Amzar merajuk, ya. Kena tukar strategi. Dulu masa Ijoy merajuk, macam mana dia buat eh?
“Aduh…” Tiba-tiba dia menjerit. Badan ditundukkan dan tapak kaki kanannya digenggam kuat.
“Alina? Kenapa?” Amzar bertanya cemas.
Terus dia bangun melutut di hadapan Alin. Dia bertambah panik melihat tubuh Alin terhenjut-henjut macam orang sedang menahan tangis.
“Alina, you’re scaring me. What’s wrong?” Suara dia dah meninggi. Risau!
Alina angkat kepala. Ketawa yang ditahan sejak tadi akhirnya, meletus juga. Tanda peace diangkat.
“Heee...cak!”
You?!!” Amzar rasa macam hendak cekik-cekik leher cik kerani. Kita risau bagai nak gila, dia boleh buat lawak macam ini?
“Alalala…encik. Janganlah marah. Tak handsomelah!” Pujuk Alin sambil kedip-kedip mata.
Amzar mendengus. Dia bangun dan duduk semula di kerusi tadi. Alin di sebelah masih terus-terusan ketawa. Gembira betul dia petang ni!
“Encik…” Seru Alin. Lembut.
“What?” Mendatar Amzar jawab walaupun hati ada sedikit bergetar mendengar nada panggilan Alin.
“So. Damn. Good.” Sepatah-patah Alin sebut.
Ya, bos dia ni taklah membosankan sangat. Bibir menguntum senyum mengingatkan perangai Amzar tadi. Hilang terus sikap kejung-sejuk-beku. Amzar yang tadi sangat menyeronokkan.
Amzar tersenyum bangga.
“Alina…” Alin menoleh ke arah Amzar.
“Look…”  Pandangannya ditala ke arah laut.
Alin pantas menoleh. Dada terasa sebak tiba-tiba.
“Subhanallah…cantiknya…” Pemandangan di hadapannya dipandang dengan rasa kagum. Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T. Langit yang tadinya membiru kini sudah bertukar jingga. Perlahan-lahan, bola merah itu mula menghilang di bawah garis cakrawala.
“Encik…cantikkan?” Alin bertanya separuh berbisik.
Di sebelah, tumpuan Amzar bukan lagi pada ciptaan Ilahi di kaki langit tetapi pada ciptaan Ilahi di sisinya.

“Ya. Cantik,” balasnya perlahan. Cantik. Sangat-sangat.


Untuk baca sambungan boleh dapatkan di kedai buku berdekatan atau, beli secara online di website kami Idea Kreatif Publication.

No comments:

Post a Comment