Friday 3 January 2014

Jangan Benci Cintaku : Bab 1, 2, 3 & 4






PROLOG


            “FIKA.”
            Rafeeqa buat-buat tak dengar. Selamba tangan memasukkan pakaian ke dalam bagasi besar. Dalam otak dah terbayang-bayang suasana Sunderland.
            Hidup di perantauan. Empat musim yang cantik. Suasana yang amat berbeza dari tanah air sendiri. Jauh dari keluarga dan Shahrizal. Semua itu adalah pakej yang buat  Rafeeqa gembira tahap infiniti. Jadi segala pujukan Shahrizal dah tak terdengar di telinganya yang kebal. Dia takkan berubah fikiran, lagi cepat terbang jauh lagi bagus.
            “Fika.”
            “What?”Acuh tak acuh Rafeeqa menjawab. Dipandangnya sekilas Shahrizal yang sedang baring meniarap di atas katil. Monyok saja wajah tampan sang suami.
            “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar,” Shahrizal masih cuba memujuk si isteri.
            Giler nak berjauhan selama lima tahun dari Rafeeqa.Tak pandang wajah Rafeeqa selama sehari pun tak betah, inikan pula bertahun-tahun. Mana tahan yaw!
            “Tak nak. Saya dah janji dengan Damia,” Rafeeqa menjawab perlahan.
            “Then how about me?”
            “You still can survive without me, Shah.”
            Shahrizal mengeluh hampa. Kalau boleh dia rasa macam nak ikat Rafeeqa dan sembunyikan di dalam almari tiga hari tiga malam supaya Rafeeqa batalkan saja rancangan untuk sambung belajar di luar negara. Macamlah tak ada universiti kat Malaysia ni yang menawarkan pengajian yang sama.
            “Kalau saya tak dapat survive macam mana?” Shahrizal masih mencuba nasib. Dari meniarap, dia bangun dan duduk bersila di atas katil.
            “Nonsense.”
            Memang kejam rasanya menjawab soalan suami dengan jawapan yang tak berapa sopan begitu. Tapi Rafeeqa tetap Rafeeqa, apa saja yang diingininya takkan dapat dihalang oleh Shahrizal. Patutnya Shahrizal berputus asa saja, tak payah nak susun ayat berbunga untuk memujuknya mengubah fikiran.

            A NO is a always a NO Shah.

            Bibir Rafeeqa mengukir senyum segaris. Berpuas hati dengan pakaian yang sudah tersusun elok di dalam bagasi, zip ditutup dan dikunci. Okey. Kalau boleh malam ini juga dia nak terbang. Tapi bersabarlah hati, esok bumi Malaysia akan ditinggalkan juga.
            “Awak juga yang kata saya boleh buat apa saja saya nak, Shah. Mana tahu bila dah sama-sama jauh nanti saya akan sayang awak lebih dan rindu awak lebih.”
            Ayat Rafeeqa buatkan Shahrizal kalah. Kalau itu yang Rafeeqa pinta, dia hanya iyakan saja. Rafeeqa pergi tak lama, nanti-nanti Rafeeqa akan balik juga. Itulah ayat Shahrizal untuk pujuk diri sendiri di dalam hati.
           
            To let you go is the hardest thing to do, Fika.


BAB 1
           

            RAFEEQA tersenyum manis pada gadis yang memakai tag nama Nurul di depan mata. Dalam otak mengagak, ni mesti salah satu pekerja Shahrizal.
            “Selamat pagi, cik.”
            “Selamat pagi.” Salam Nurul dijawab Rafeeqa sopan. Berlagak tenang bila semua mata bertumpu padanya. Bukan nak perasan tapi dengan pakej lengkap yang dia ada, Rafeeqa mudah mencuri perhatian.

            Ketinggian 168cm dengan tubuh langsing.
            Square haircut dengan fringe diselak ke kiri.
            Wajah berbentuk bujur dengan kulit mengalahkan model SKII.
            Hidung separa mancung dan mata bundar yang berwarna hitam.

            Sesiapa pun yang pandang kali pertama pasti akan menoleh untuk kali kedua. Makhluk ciptaan Tuhan yang bernama Rafeeqa Huda memang cukup sempurna di mata. Belum lagi ditambah dengan fesyen up-to-date yang boleh buatkan orang tua geleng kepala dan orang muda terbeliak mata.
            Masuk ke dalam lift tadi, ada yang pandang dengan senyuman. Ada yang pandang dengan muka sinis. Laa..yang senyum ikhlas dia balas mesra. Yang pandang sinis semacam dia buat de’. Rafeeqa memang tak hairan kalau ke mana dia pergi mesti menjadi perhatian. Yang beri pandangan sinis tu sebab pakaian dia la kot. Skirt paras bawah lutut yang terbelah di paha dengan platform lima inci. Dipadankan pula dengan blouse berwarna merah  bercorak polka dot.
 Diva okey!
            “Boleh saya berjumpa dengan Encik Shahrizal?” tanya Rafeeqa mesra. Kalau ikut alamat yang Papa bagi pagi tadi, inilah pejabat Shahrizal.
            “Ada buat appointment dengan Encik Shahrizal tak?”
            Rafeeqa geleng kepala. Kes dia sekarang ni adalah kes main terjah pejabat suami. Shahrizal sengaja tak diberitahu tentang kedatangannya ke sini, saja nak bagi kejutan. Maklumlah, surprise homecoming khas untuk Shahrizal yang dah semakin menjauh daripadanya.
            “Tunggu kejap, saya tanya setiausaha Encik Shahrizal dulu. Nama cik siapa?”
            “Rafeeqa. Rafeeqa Huda.”
            Sementara menunggu Nurul berlalu entah ke mana, Rafeeqa memerhati sekeliling. Pejabat guaman Shahrizal boleh tahan besar. Berada di tingkat 15 Menara Satria. Walaupun ringkas sahaja, tapi cukup menarik. Gaya moden dan ringkas dengan dinding yang diwarnakan putih dan hitam macam tahi cicak tapi itulah citarasa Shahrizal.
            Bila namanya dipanggil, Rafeeqa berpaling.
             “Ikut sini, Cik Rafeeqa.”
            Gadis yang memakai tag nama Azura mendekat dan mempelawanya. Mungkin ini adalah setiausaha Azura. Rafeeqa membuat andaian sendiri di dalam hati.
            Rafeeqa mengikut langkah Azura ke bahagian paling hujung pejabat. Bila tubuh terpacak tegak di depan pintu, matanya tertacap pada nama yang tertera.

            SHAHRIZAL HAYRAT BIN SHAHRIMAN HAYRAT

            Panjang berjela nama encik suami. Degupan jantung Rafeeqa tiba-tiba berubah tempo. Rasa macam tak bersedia untuk berjumpa Shahrizal tapi rasa rindu dah sampai tahap kronik. Apa agaknya respons suami bila tengok muka dia yang teruja ni?
            A. Gembira.
            B. Marah.
            C. Mono.
Belum sempat Azura mengetuk pintu, pintu dikuak dari dalam. Saat itulah mata Rafeeqa dan Shahrizal bertaupan tanpa kedip. Lama.
            “Shah.” Rafeeqa senyum.
            “Rafeeqa.”
            Rafeeqa teruja tahap nak lompat bintang. Shahrizal yang dia rindu terpacak di depan mata.
            Baru Rafeeqa mahu mendekat untuk memeluk, Shahrizal sudah berlalu masuk semula. Riak wajah Shahrizal yang terkejut dikawal sebaik mungkin. Tak nak lah kalau Rafeeqa tahu yang dia teruja dalam diam walaupun hati tawar semacam.
            “Come in,” Shahrizal mempelawa.
           
            Get your answer darling?
            It’s etiher B or C.

            Rafeeqa terasa hati tapi ditepisnya jauh-jauh. Bila Azura sudah meminta diri, pintu bilik ditutup rapat. Rafeeqa mengambil tempat di sofa, Shahrizal pula mengambil tempat di hadapannya.
            “Ingatkan dah tak nak balik ke sini lagi.” Suara Shahrizal mono.
            Rafeeqa telan liur. Baru aje duduk dah kena ‘hentam’ cara halus.
 Aura singa Shahrizal dirasai di seluruh ruang pejabat. Jangan terkam di sini sudah. Dia tak sedia lagi untuk kena hentam hidup-hidup dengan ayat-ayat ‘kejam’ Shahrizal yang dia tak sedia dengar. Mendengar nama manjanya ‘Fika’ yang sudah ditukar jadi nama penuh pun sudah cukup buat dia terasa hati.
            “How was your Bali trip?” Sengaja Rafeeqa mengubah topik. Sendiri kena fahamlah, suami sedang dalam sarcastic mode.
             Bukan dia tak tahu, Shahrizal sengaja melencong jauh dari luar liputan bila dia kembali ke tanah air. Tiba di KLIA beberapa hari yang lalu, hati hampa bila bukan Shahrizal yang menyambut ketibaannya. Kata Papa, Shahrizal pergi untuk merehatkan otak setelah habis perbicaraan kes berat di mahkamah.
 Logik ke pergi Bali sorang-sorang hanya semata-mata untuk berehat tanpa menunggu dan mengajak isteri untuk turut serta? Yang dia faham, Shahrizal tak ubah macam nak mengelakkan diri daripadanya.
            “Bukan awak nak sambung Master kat sana terus ke?”
            Chewah! Menghalau nampak. Rafeeqa telan liur, kelat. Sekarang dah ketara sangat kepulangannya tidak membuatkan Shahrizal teruja.
            “I’m coming back for good, Shah,” jawab Rafeeqa tenang.
Nak sambung Master bla bla bla...itu plan dulu kala. Sekarang semuanya sudah berubah 360 darjah.
            Shahrizal mengukir senyuman sinis. Badannya disandarkan pada belakang sofa. Mata masih setia menatap wajah isteri. Rafeeqa masih sama seperti kali terakhir mereka berdua berjumpa tahun lepas. Tak ada banyak beza. Hati berbeza tak? Itu kena tanya empunya badan sendiri.
            “Awak balik dari Bali tak bagitau saya pun. I was waiting for your call,” Rafeeqa berterus-terang.
Ye la, harus terasa hati bila Daddy memaklumkan yang Shahrizal sudah balik dua hari yang lalu. Telefon dia tak, cari pun tak. Mama dan Papa di rumah pun dah bising. Terpaksa dia cover kata Shahrizal masih tak ada masa untuk menjemputnya pulang ke rumah mereka berdua.
            Shahrizal tarik nafas dalam dan mengatur duduknya. Malas nak cakap berbelit-belit, rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk berterus terang dengan Rafeeqa. Matanya berlawan pandang dengan mata isteri.
            “Rafeeqa, listen. Let me make it clear.”
            Oh, okey. Rafeeqa dah tak senang duduk. Bersedia mendengar ayat seterusnya dari bibir Shahrizal.
            About what you asked me last time, is it about time for me to satisfy you?”
            Berkerut dahi Rafeeqa. Blur. Lagipun Shahrizal ni cakap separuh-separuh mana nak faham. Beberapa saat dia terdiam sebelum otak ligat berpusing mengingati setiap permintaannya pada suami.

            Shah, saya tetap nak study di Sunderland dengan Damia.-Dah tertunai.
            Shah, jangan lupa tapau kaya. Kat sini mahal.-Shahrizal sentiasa tunaikan setiap kali datang melawat di Sunderland.
            A trip to Italy, please.-Dah tertunai.
            Shah, pergi Korea jom.-Dah tertunai.
            Shah, buat swimming pool kat compound rumah.-Tak pasti sebab tak pergi ke rumah mereka berdua lagi sejak balik ke sini.

            Hmm...Maybe it’s a swimming pool. Rafeeqa meneka sendiri. Rasanya itu adalah permintaannya yang belum tertunai. Tatkala mahu mengukir senyum, sebaris ayatnya pada Shahrizal beberapa tahun lalu tiba-tiba muncul di benak fikiran.

            ‘Fine, dah bosan sangat then let me go.’

            Could it be that? Rafeeqa menatap wajah suami yang selamba. Oh my!
            “Shah.”
            “Rafeeqa, our marriage is getting worse and...”
            “Shah, awak jangan ambik hati boleh tak? Saya tak....”
            Tok! Tok!
            Ayat kedua-duanya terputus separuh jalan bila pintu diketuk dan dikuak dari luar.
            “Shah.”
            Dua-dua berpaling. Mata Rafeeqa jatuh pada susuk tubuh perempuan yang berdiri di depan pintu dengan senyuman lebar sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pejabat.
            Siapa ni Shah?
            Dia nak apa?
            Tak sempat Rafeeqa bertanya bila lengannya ditarik Shahrizal lembut sebelum berbisik ke telinga isteri.
             I’ll find you later. Tunggu kat rumah Mama. Saya ada hal.”
            Lidah Rafeeqa kelu. Lagi-lagi bila perempuan yang berbaju kurung berwarna hijau muda itu dengan selambanya melabuhkan punggung di atas kerusi Shahrizal di depan meja. Okey.
 Firstly, She’s not your staff for sure.
Secondly, who on earth is she?

            LAMA Shahrizal duduk termenung. Seorang diri di dalam pejabat sambil menghadap tingkap kaca di depan mata. Jam sudah menginjak ke pukul 6 petang tapi dia masih bertapa di sini. Tadi Azwan mengajaknya untuk bermain tennis macam biasa. Tapi di dalam mood yang tengah on off, malas nak melayan sukan kegemarannya itu.
            Fikiran kini sedang berserabut dengan nama isteri, Rafeeqa Huda. Setahun tidak bertemu, Rafeeqa masih tampak sama. Cuma gaya rambut saja yang sudah berubah menjadi pendek. Tipulah kalau dia kata yang dia tak rindukan isteri. Melihat Rafeeqa di depan mata dia rasa macam nak terkam dan peluk depan-depan. Tapi ego melebihi segalanya. Niat di hati tak diambil kira.
            Dia sendiri pun tak sangka Rafeeqa mencarinya hingga ke pejabat. Kiranya permulaan drama juga bila Husna tiba-tiba muncul di antara mereka berdua.

            ‘Jadi itulah Rafeeqa.’
            ‘Ya. Just came back few days ago.’
            ‘Shah tak bagitau Husna pun yang dia nak balik.’
            ‘Tak penting untuk Husna pun.’
            ‘Nanti jangan tak bagitau Rafeeqa pulak. Janji tetap janji.’

            Perbualannya dengan Husna masih terngiang-ngiang di telinga. Senang berjanji pada Husna, tapi payah nak berterus-terang dengan Rafeeqa. Itulah masalah utamanya sekarang ini.
            Shahrizal bangun dan mencapai briefcase di atas meja. Nasihat Azwan amatlah tak diperlukan saat ini. Bercakap di telefon tadi pun rasa macam nak hempuk kepala teman baiknya itu.

            ‘Awal-awal lagi aku dah cakap. Jangan main kayu tiga kau tak dengar.’
            ‘Ini bukan kayu tigalah, Wan.’
            ‘Habis tu kayu chopstick?’

            Kalau setakat nak provoke pergaduhan di antara mereka berdua, lebih baik dia mengalah. Bukan dia tak tahu yang Azwan sentiasa menangkan Rafeeqa. Semua salah Rafeeqa Azwan buat-buat tak tahu. Itu ke kawan baik?
            Masuk saja ke dalam lift, sempat Shahrizal menelefon Rafeeqa untuk memaklumkan tentang kedatangannya ke rumah mertua. Nanti nak singgah sekejap di Secret Recipe, Rafeeqa pesan minta belikan chicken curry puff. Demanding pula Rafeeqa. Beli saja karipap yang dijual di pasar malam tak boleh ke.

            RAFEEQA duduk bertinggung di tepi kolam ikan Mama. Bibir mengukir senyum. Ngeee...Shahrizal kata nak datang. Dia dah sediakan bagasi besarnya yang masih belum dibuka sejak hari pertama balik tempoh hari. Rindu rasanya nak bertapa di rumah mereka berdua.
            “Pak Atan, tak balik lagi ke? Dah lewat dah ni,” tanya Rafeeqa ramah pada tukang kebun yang sedang sibuk mengalihkan pasu bunga Mama. Kasihan juga melihat Pak Atan. Dah tua-tua pun masih bekerja.
            “Kejap lagi, Fika. Lagipun Badrul tak datang lagi.”
             Badrul, anak lelaki Pak Atan yang baru tamat belajar kini bekerja di syarikat Papa. Keluarganya dan keluarga Pak Atan sangat rapat, bagaikan tiada jurang di antara majikan dan pekerja.
            “Sejak bila Mama suka ikan emas, Pak Atan?” Mata Rafeeqa beralih pada kolam ikan Mama.
 Lebih kurang ada sepuluh ikan emas di dalam kolam, semuanya besar-besar belaka. Setahu Rafeeqa Mama tak minat ikan. Susah nak jaga kata Mama. Nak bersihkan pun satu hal. Akuarium yang diletakkan Papa di sudut ruang rehat dulu pun Mama tak setuju. Berbaulah. Semaklah. Ala, kalau rajin menjaga cantik lah akuarium tu.
“Baru-baru aje, Fika. Dah tak minat bunga, sekarang minat ikan pulak.”
“Lepas ni minat apa entah.”
Pak Atan tergelak. Puan Zakiah memang begitu. Minat yang banyak dan sentiasa berubah-ubah.
Panjang leher Rafeeqa bila kereta memasuki garaj. Sedikit terkejut bila dilihatnya Shahrizal yang keluar. Sangkanya anak Pak Atan. Bukan dulu kereta Shahrizal lain ke?
“Sejak bila tukar kereta?” tanya Rafeeqa bila Shahrizal sudah mendekat. Sempat suaminya itu bersalam dengan Pak Atan.
Nak minta kena cium di pipi macam biasa, malu pula. Kot Shahrizal buat tak layan confirm dia rendam muka di dalam kolam ikan Mama.
“Not long ago.”
“Then what happened to your Camel?” Nama timangan Camry Shahrizal itu Rafeeqa yang bagi.
Kepalanya  masih lagi terteleng-teleng melihat kereta Shahrizal, cuba untuk mengenal pasti jenama. Bahagian hadapan kereta tak nampak sangat, terlindung di sebalik tiang besar rumah.
Soalan Rafeeqa tak berjawab. Huluran plastik Secret Recipe yang dihulurkan suami disambut. Dah lama tak merasa chicken curry puff kegemaran. Sementara masih belum bekerja ini nanti nak minta ajar Mama buat karipap.
“Lepas ni tukar Lambo pulak,” Rafeeqa tayang senyum.
“Ingat cari duit macam petik daun dari pokok ke?”
Senyuman Rafeeqa mati, spontan mulut comelnya mencebik. Sejak bila tak pandai makan lawak, Shah?
“Malam ni balik dengan saya tak?”
Rafeeqa mengangguk. Karipap dikunyah perlahan. Malu pula tiba-tiba bila wajahnya dijamah mata Shahrizal. Dah lama tak berjumpa dan ditambah pula dengan layanan Shahrizal yang sudah 360 darjah berbeza, rasa kekok mula wujud di antara mereka berdua.
“Kalau gitu malam sikit baru saya datang ambik awak. Saya ada hal kejap,” sambung Shahrizal.
Jam di tangan dikerling Shahrizal, sudah hampir pukul 7 petang. Malam ni dah berjanji nak keluar makan malam dengan Husna.  Nak tinggalkan Rafeeqa seorang diri di rumah mereka berdua nanti, risau pulak.
Dinner sini tak?”
“Tak.”
Wajah Rafeeqa sedikit berubah. Karipap yang tadi sedap rasa berpasir di dalam tekak. Aura Shahrizal sekarang bukan lagi aura yang dulu, yang manja dan penyayang. Shahrizal di hadapannya ini sudah betul-betul berubah. Kalau dulu main sedap saja peluk tubuh tegap Shahrizal, tapi sekarang tak lagi.

As the time pass by, people change dear Rafeeqa.

Shahrizal mengatur duduk. Mata masih menatap wajah Rafeeqa. Hujung bibir Rafeeqa yang comot dibersihkan dengan ibu jarinya.
Nak bagitau ke tak?
Lagi awal lagi bagus.
“There’s something I need to tell you, Rafeeqa.” Shahrizal berlagak tenang walau di dalam hati berkocak hebat.
Rafeeqa mengangkat muka, memandang wajah suami. Di dalam hati dah dapat mengagak, ni mesti pasal ayat keramat Shahrizal pagi tadi. ‘It is about time for me to satisfy you’.
“Apa dia?”
Shahrizal tarik nafas dalam. Cuba mencari kekuatan untuk berterus terang dengan Rafeeqa. Rafeeqa terima ke tak, belakang kira. Mengaku depan-depan adalah lebih baik daripada sembunyi belakang-belakang seperti yang dia lakukan sepanjang setahun kebelakangan ini. Lagipun Rafeeqa macam dapat mengagak.
“Your instinct was right. There is someone else besides you.”
Oh my!
 Karipap yang masih tinggal separuh terjatuh dari tangan Rafeeqa. Membulat matanya berlawan dengan panahan mata Shahrizal. Rasa macam nak terjun ke dalam laut. Rasa macam nak lari ke gunung tinggi.

Was it just a prank?

Hakikatnya, inilah realiti dan membuatkan hati Rafeeqa terhiris dengan kata-kata Shahrizal. Segala tekaannya benar belaka.
Kenapa Shahrizal tak pernah lagi menjenguknya di Sunderland sejak tahun lepas?
Kenapa Shahrizal buat tak layan setiap kali dia bertelefon?
There is someone between us.
Rafeeqa bangun mahu berlalu masuk, kalau boleh dia tak nak Shahrizal menyambung kata. Pedih! Otak sudah mula mencerna senario terburuk.

Adakah dia akan ditinggalkan?
Adakah dia akan dimadukan?
Oh no!

“Rafeeqa. Rafeeqa.”
Itulah panggilan terakhir yang menerjah telinga Rafeeqa sebelum pandangannya kabur dan akhirnya gelap.


BAB 2


“RAFEEQA apa khabar?”
Azwan mengekori langkah Shahrizal menuju ke tennis court. Patutnya semalam lepak bersama di sini tapi Shahrizal buat-buat jual mahal. Merajuk sebab dia menangkan Rafeeqa. Tak padan betul dengan gaya macho dan muka lengkap pakej tapi ada aura ‘sotong.’
“Okey. Hari ni dia balik tinggal kat rumah.”
“Mantap!”
Shahrizal sekadar menjeling sekilas. Rafeeqa tinggal dengan dia, yang Azwan teruja sangat apa cerita? Beg dan raket tennis diletakkan di atas kerusi panjang. Jahat tak kalau dalam otak dah plan awal-awal nak kalahkan Azwan kaw-kaw petang ni? Melepaskan tekanan pada masa yang sama.
Otak berserabut dengan masalah sendiri. Nak luahkan pada Azwan, hatinya berbelah-bagi. Pasti Azwan akan keluar dengan ayat paling menyengat.
 Siapa suruh cari penyakit, bro.’
Dari awal lagi Azwan tak pernah bagi muka dengan dia dan Husna. Yang ni dia tak nafikan yang dia bersalah. Tapi kalau ditimbang betul-betul, Rafeeqa pun ada salah juga. Nak menunding jari pada dia seorang memang tak adil rasanya.
“Rafeeqa tau tak pasal Husna?” tanya Azwan yang sudah mula warming up di tepi court.
“Dah.”
“What was her response?”
“Okey.”
Azwan pandang Shahrizal pelik. Hidung kembang kempis dengan telinga yang memerah. Sah menipu! Tangannya naik memukul bahu Shahrizal kuat hinggakan temannya itu mengaduh sakit.
“Okay it seems,” Azwan berkata sinis.
Nak menipu pun guna logiklah, bro. Isteri mana yang selamba kata hoyeah kalau suami nak berkahwin lain. Lebih-lebih lagi isteri macam Rafeeqa. Tak hairan kalau Rafeeqa berendam air mata semalaman dengan berita gempak Shahrizal.
Shahrizal terdiam.

Rafeeqa okay?
Nope, she’s not.
And I thought she would be okay with it.

Sampai jatuh pengsan dan rendah tekanan darah. Menangis bila dia berterus-terang tentang hubungannya dan Husna. Nak memujuk, Rafeeqa meminta untuk bersendirian. Sudahnya dia duduk di sudut bilik, Rafeeqa termenung di atas katil. Bila Rafeeqa sudah terlena, barulah dia merangkak naik dan berbaring di sebelah isteri.
Husna yang mengamuk dibiarkan saja. Nak buat macam mana kalau dia betul-betul tak dapat datang untuk temu janji. Takkan nak tinggalkan Rafeeqa seorang diri. Nanti apa kata mertua. Pergolakan rumahtangga mereka berdua biarpun berpura-pura untuk berlagak biasa, tapi hakikatnya seperti sudah dapat dihidu oleh kedua-dua belah keluarga. Cuma keluarga mereka berdua sengaja tak nak  masuk campur. Dah besar panjang macam ni, pandai-pandailah menguruskan masalah rumahtangga.
Sebelum dia pergi ke Bali tempoh hari, sempat Daddy ‘berus’ puas-puas anak tunggalnya ini. Dua jam menadah telinga dengan nasihat dan amaran Daddy.

‘Fika tu budak baik. Kalau tak, tak adanya Daddy nak satukan Shah dengan Fika.’
‘Baik ke kalau membelakangkan suami sendiri, Daddy?’
‘Semua orang buat salah, nak. Tutup sebelah mata takkan tak boleh? Selama ni Shah okey aje Fika belajar jauh. Tiba-tiba  tahun ni mengungkit pulak.’
‘Shah dah tutup dua-dua sekali. Nanti Fika balik pandai-pandailah Shah uruskan macam mana.’
‘Jangan berpoligami kalau tak mampu untuk bersikap adil. Daddy rasa dua-dua pun tak nak bermadu. So you have to choose only one.’
I choose Husna.’
‘Tanggung sendiri, Shah. Kalau Papa Fika datang dengan parang Daddy tak nak masuk campur.’

Rasanya dia dah bersedia untuk berdepan dengan orang tua Rafeeqa. Walau kena serang dengan parang atau meriam buluh sekalipun, dia tetap dengan keputusannya. Rafeeqa? Should I say that this is the price that you have to pay, dear?
“If I were you, I would choose Rafeeqa.” Ayat Azwan mematikan lamunan Shahrizal yang duduk di atas kerusi.
“Ni tak nak warming up ke? Kaki cramp aku tak nak tolong,” sambung Azwan.
“Kenapa Rafeeqa?” Shahrizal bangun dan melakukan larian setempat.
Jangan kata sebab dah kenal Rafeeqa lama bla bla bla...dia sendiri tahu yang Azwan dan Rafeeqa kenal sejak zaman sekolah lagi, ‘junior-senior relationship’ kata Azwan.
“Knowing bout Rafeeqa does not depend on how long you know her but how well you know her,” Shahrizal keluar dengan teori sendiri.
“Sekarang ni kau dah kenal sangat dengan Husna?”
Shahrizal menoleh ke sisi. Kan dah agak dah. Kalau hal Rafeeqa kena ungkit, mesti Azwan melancarkan perang sahabat.
“Nak main ke tak ni? It’s already almost six.” Shahrizal berlalu ke dalam tennis court. Minta maaflah kalau nak bertekak tentang masalah rumahtangganya petang-petang begini, bagus dia angkat tangan surrender. Mulut Azwan boleh tahan power. Dia yang lawyer pun boleh jadi ‘lauya’ kalau berbahas dengan Azwan yang boleh dikategorikan sebagai mulut lancang bagi lelaki. Menyengat!
“Husna tu patutnya kau buang jauh-jauh.” Azwan berkata sendiri. Tak berani pulak nak buka mulut bagitau Shahrizal depan-depan. Silap hari bulan Shahrizal putus kawan terus.
Apa yang menariknya Husna?
Apa yang lebihnya Husna?
Apa yang extravaganza sangat tentang Husna?
Serius dia tak tahu. Yang dia nampak adalah Husna yang gedik. Husna yang buat-buat manja. Husna yang main gesel-gesel. Husna yang menyampah. Bak kata Azura setiausaha Shahrizal, Husna yang euwww!

RAFEEQA bertepuk tangan dan melabuhkan di sofa di tengah ruang tamu. Nak teriak Yippie kuat-kuat sebab atas usaha sendiri, dia akhirnya berjaya mengangkat dua bagasi besarnya yang seberat 20kg setiap satu seorang diri naik ke bilik tidur utama di tingkat atas.
Nak tunggu sampai Shahrizal balik, dia tak sabar. Lagipun Shahrizal macam nak tak nak saja bila dia mengemukakan hasrat untuk balik ke rumah mereka berdua. Rumah ini adalah hadiah perkahwinan dari orang tua masing-masing lima tahun lalu. Kalau dulu hanya ketika cuti musim panas saja dia tinggal di sini sebab masa yang lain dia seronok menimba ilmu di Sunderland, kini dia akan menetap sepenuhnya.
I’m coming back for good, yeah!
Mata Rafeeqa melilau melihat sekeliling rumah. Sedikit saja perabot yang ada. L-shaped sofa berwarna putih di tengah ruang tamu. Terdapat kabinet kecil yang menempatkan gambar-gambarnya dan Shahrizal di bawah LCD tv yang tergantung elok di dinding dan home teather di kiri dan kanan kabinet. Meja kaca bulat yang berbentuk segiempat pula diletakkan di hadapan sofa. Ringkas sahaja tapi cukup kemas dan selesa.
Esok nak tambah akuarium di dalam rumah ini. Letak di sudut dinding bersebelahan tingkap kaca yang besar. Tak payah bagitau Shahrizal. Anggap saja surprise untuk encik suami.
Jam di dinding dipandang Rafeeqa sekilas. Sudah menginjak ke pukul 10 malam tapi Shahrizal masih belum pulang. Hairan juga. Bermain tennis dengan Azwan sampai malam begini ke? Perut kosongnya sudah mula berkeroncong. Kalau Shahrizal balik akhir sangat, nampak gaya plan nak bawa Shahrizal lepak di kedai mamak malam ini terbatal. Rafeeqa baring di atas sofa dengan kaki berlunjur. Telefon di atas meja dicapainya. Nombor Damia dicari. Rasa macam nak chit chat dengan Damia untuk hilangkan bosan sementara menunggu Shahrizal balik.
“Babe!”
“Haiiii!”
Teruja punya pasal, dua-dua menjerit kuat. Bila bercakap dengan Damia, memang tak ada istilah memberi salam di antara mereka berdua. Gaya omputih, siap teriak-teriak mengalahkan Paris Hilton. Budaya barat yang terbawa-bawa hingga ke tanah air. Ni kalau Mama tahu mesti kena sound.
“Miss me?” Damia bertanya di hujung talian dengan sisa ketawanya.
“Oh, pleaselah!” Rolling eyes. Tangan kiri Rafeeqa di awang-awangan.
How’s Shah? Sihat tak?”
“Fine. The handsome and cool him.”
“Ceh!”
Rafeeqa tergelak. Dapat bayangkan Damia sedang tayang muka menyampah dengan bibir mencebik sekarang ini.
“Korang okey tak?”
Pertanyaan Damia buat Rafeeqa diam beberapa ketika. Macam mana nak mulakan cerita. Kalau bercakap di dalam telefon begini, sampai esok pagi pun tak habis lagi.
“Keluar esok jom. Temankan aku cari akuarium.” Ni trick nak mengelakkan diri dari terus disoal Damia.
Bet you both are not fine, babe. Aku on je, anytime you want just let me know. Esok aku ambik,” kata Damia di hujung talian.
Beli akuarium?
Kena cari rakyat jelata untuk menghuni akuarium sekali. Ikan!
Bukan shopping? Accessories? Handbags? Heels? Drop them all!
Rafeeqa dan Damia kenal sejak zaman sekolah rendah lagi. Jadi tak susah untuk Damia meneka perasaan Rafeeqa ketika ini. Nak beli ikan maksudnya nak tenangkan fikiranlah tu. Teringat kata cikgu di sekolah bertahun dulu, kalau otak serabut tengok ikan. Ia secara tak langsung boleh menenangkan. Itulah kot yang Rafeeqa nak cuba sekarang.
“Esok aku sambung cerita. Tak naklah emo malam-malam macam ni,” Rafeeqa berkata perlahan.
Hal rumahtangganya ditolak tepi. Masing-masing rancak bercerita tentang perkembangan terbaru biarpun baru beberapa hari tidak berjumpa. Ex-schoolmates mana yang dah ada anak. Tahun ni berapa orang kawan yang berkahwin. Siapa yang ada skandal dengan siapa. Belum lagi masuk bab mengungkit rindukan Sunderland yang kini sudah jauh di mata. Rancak saja mereka berdua bercerita hinggalah bateri telefon Rafeeqa hampir habis. Nak sambung dengan charger dia malas nak bergerak ke kabinet di depan sana. Power bank entah di mana dia letak.
“Sleep well tonight, babe. Spill out everything tomorrow,” Damia menasihati teman baiknya itu.
Alright. Ambik aku esok, kita brunch.”
Habis bercakap di telefon, terkebil-kebil mata Rafeeqa merenung siling di atas kepala. Sunyi. Itulah yang dia rasakan sekarang ini. Shahrizal sampai sekarang tak balik-balik. Takkan terlupa yang dia memang sudah pulang ke rumah ini malam ini. Nak telefon, dia takut kena cop kepochi.
Semalam, dia rasa macam nak terjun ke laut dalam. Shahrizal mengaku menduakannya dan mengambil keputusan untuk mengahwini kekasih hati. Pengakuan dari mulut suami sendiri buat Rafeeqa kecewa dan terguris dalam diam. Habis tu dia nak letak kat mana?
Ikatan suci akan terputus?
Oh my!
Dalam posisi berbaring, Rafeeqa bangun semula dan duduk tegak di atas sofa. Tahulah dia pernah buat salah. Tapi sampaikan mencari yang baru, agak melampau juga Shahrizal. Haih...mungkin kerana terlalu lama ditinggalkan seorang diri buatkan Shahrizal goyah dan tewas dengan dugaan di dalam rumahtangga mereka berdua. Dan lelaki sehebat Shahrizal ramai bunga yang nak cuba menempel. Dan bunga bertuah yang berjaya hinggap adalah Husna.
Woof! Woof! Woof!
“What on earth is that?”
Bunyi anjing yang menyalak di luar sana buat Rafeeqa takut. Bulu naik meremang tiba-tiba. Di kawasan perumahan Eco Garden ni mana ada jiran-jiran yang membela anjing. Imaginasi pelik Rafeeqa muncul di fikiran. Kata orang kalau anjing menyalak bermakna ada ‘benda’ terbang ke sana sini.
Jangan Pandang Belakang.
Nang Nak.
Mama.
Semua jenis ‘benda’ di dalam filem berlegar-legar di fikiran. Mata Rafeeqa terpejam rapat. Mulutnya sudah terkumat-kamit membaca doa, cuba untuk menenangkan diri sendiri. Tang tetiba ada yang singgah untuk menyapanya macam mana? Pengsan!
 Bila bahunya terasa seperti disentuh, tubuh Rafeeqa jadi statik.
Damn! Takkan betul-betul singgah kot.
“Rafeeqa.”
Mata Rafeeqa terbuka luas. Wajah Shahrizal dengan dahi berkerut di depan mata.
“Okey tak ni?” Shahrizal pelik.
Awat muka Rafeeqa pucat dengan mata tak berkedip. Punggungnya dihenyakkan di sebelah Rafeeqa. Bahu Rafeeqa dipaut lembut.
“Saya dengar anjing menyalak, Shah.”
“So?”
“Saya takut.”
Shahrizal sembunyi senyum. Tubuh isteri dibawa rapat ke dada dan dipeluk erat. Umur dah 23 tahun pun masih takut, pula takut tak bertempat.
“Saya dah balik dah pun.”
Belakang Rafeeqa diusap Sharizal perlahan, cuba untuk menenangkan sang isteri. Haruman rambut Rafeeqa yang menusuk hidungnya buat Shahrizal rasa terbuai. Haruman tubuh Rafeeqa terasa begitu mendamaikan. Saat Rafeeqa mahu meleraikan pelukannya, tubuh Rafeeqa dibawa lebih rapat padanya.
“Ten minutes, Rafeeqa,” pinta Shahrizal dan Rafeeqa hanya membiarkan saja.
Shahrizal bersandar pada belakang sofa dengan tubuh Rafeeqa yang masih dipeluk erat. Kepala Rafeeqa yang mendarat di dadanya dibelai lembut. Dan saat inilah getaran jantungnya berubah tempo, perlahan-lahan mengembalikan semula rasa lama yang sudah lama mati.
  



BAB 3


“RAFEEQA!”
“What?”
“Naik kejap.”
Rafeeqa yang seronok melayan History Channel di tv mengangkat punggung malas. Langkah kaki diatur sangat perlahan menaiki anak tangga sambil kepala masih berpaling ke arah tv. Sejarah tentang Cleopatra dan Egypt menarik perhatiannya, sayang kalau terlepas walaupun nanti boleh tengok semula.
“Rafeeqa!”
“Coming! Coming!”
Rafeeqa tayang muka tak puas hati. Apa yang penting sangat sampai Shahrizal tak boleh nak bersabar. Langkah kakinya diatur laju.
“Apa dia?” Rafeeqa berdiri di depan pintu yang sudah sedia terbuka.
“Come here.” Tangan kanan Shahrizal melambai ke arah Rafeeqa.
Rafeeqa bergerak mendekati Shahrizal yang berdiri tegak di depan pintu almari. Mata memandang sekilas tubuh Shahrizal yang hanya berbalut tuala paras pinggang. Dah setahun  tak menjamah pemandangan ala-ala Incredible Hulk dengan six pack abs yang buat mata melekat dengan hanya sekali pandang. Dengan suami sendiri tak salah kalau dia nak pandang sampai mata terbeliak sekalipun.
“Apa semua ni?”
“My clothes. Why?”
“Jadi saya punya awak letak kat mana?”
“Ni. Ni. Ni.”
 Satu persatu kemeja yang bergantung di dalam almari dibelek Rafeeqa. Mestilah pakaian dia yang paling banyak tapi hello...pakaian Shahrizal masih tergantung cantik di tempat asal. Tak ubah apa-apa pun.
Lengan isteri ditarik Shahrizal ke bahagian laci. Dibuka satu-persatu. Kebanyakannya didominasi oleh pakaian isteri. Seluar kecik berwarna-warni. Seluar kecik dia kena campak mana entah.
“Where are all my boxers?” Shahrizal bertanya dengan suara ketat. Dari tadi tak jumpa. Baru lepas mandi dengan hanya bertuala separas pinggang dan rambut yang masih basah, sejuk doh!
Berkerut kening Rafeeqa. Dia tunduk dan membuka laci paling bawah.
“Ni, ada je pun. Saya tak tukar banyak, Shah. You know, my clothes are a lot and I don’t think this wardrobe is enough for both of us,” Boxer dihulurkan pada suami. Tu ayat nak bagi hint suruh belikan almari yang lebih besar. Tak pun walk-in wardrobe terus.
“Awak alihkan dulu semua pakaian ni boleh tak? Gantung kat bilik sebelah.”
Ayat Shahrizal buatkan mata Rafeeqa membulat. Selamba saja wajah suami yang mono sambil menyarungkan baju ke badan.
“Kenapa pulak?”
Penat doh susun cantik-cantik sepanjang hari. Takkan sebab almari sesak sikit pun  pakaian dah kena ‘halau’. Namun dengan pandangan tajam Shahrizal sudah cukup buat Rafeeqa tak berani membuka mulut. Rafeeqa merungut di dalam hati. Nak guna kuasa veto sangatlah tak bertempat.
“Fine!”
Zap! Zap Zap! Laju saja tangan Rafeeqa mencapai pakaiannya yang tergantung.
Tahulah rumahtangga mereka berdua sekarang goyah semacam, tapi takkan sampai nak menghalau dia ke bilik sebelah. Dah bertukar jadi pasangan ‘mind our own business’ ke apa ni? Tadi okey aje pun angin Shahrizal ketika mereka berdua duduk melepak di kedai mamak.
Bawak yang tu aje. Yang lain biar sini.” Tangan Rafeeqa yang mahu mencapai pakaian kecik di dalam laci ditahan Shahrizal perlahan.
 Bila kelibat Rafeeqa sudah menghilang di sebalik pintu, Shahrizal tersenyum. Muncung, kalah itik! Saja nak menyakat Rafeeqa di malam hari. Esok lusa dia alihkan semula pakaian Rafeeqa ke sini. Bukan apa, nampak semak sangat bila pakaian terlampau padat tergantung di dalam almari.
Knowing Rafeeqa, baju Rafeeqa seorang mengalahkan baju dua orang. Dan Rafeeqa main sumbat, tak reti nak susun elok-elok. Mata Shahrizal tak tahan kalau kekemasan almari tak mencapai tahap yang diinginya. Patutnya bilik kecil di sebelah disambungkan dengan bilik utama ini, buat jadi walk-in wardrobe. Dia faham isi tersirat yang cuba disampaikan oleh Rafeeqa, cuma dia buat-buat de’ tak layan.
“Dah gantung elok-elok?” ringan mulut Shahrizal bertanya bila Rafeeqa masuk semula dengan muka masam.
Rafeeqa buat-buat tak dengar. I’m so not in the mood to bla bla bla, Shah!  Anak patung The Smurf kesayangan di atas katil dicapai dan tanpa berpaling ke arah Shahrizal yang memandangnya pelik, Rafeeqa melangkah keluar semula dari bilik.
“Tak nak tidur dengan saya, sudah. I have my Smurf!” kata Rafeeqa.
Shahrizal terdiam sejenak. Yang dia suruh Rafeeqa buat cuma alihkan pakaian, bukan tidur di bilik sebelah. Bukan tadi masa di kedai mamak Rafeeqa kata rindu sangat ke sampai kata malam ni tak nak tidur, nak berborak dengan dia sampai ke pagi.
 Niat mahu memujuk isteri ditepis jauh-jauh. Kalau dulu bolehlah dia pujuk dengan ayat-ayat manis. Tapi sekarang lovey dovey mode dah off. Cinta untuk Rafeeqa dah tak sedalam dulu. Dalam erti kata lain sudah lama pudar sejak kehadiran Husna.
Dia masih belum berbincang lebih dalam tentang ke mana hala tuju perkahwinan mereka berdua dengan Rafeeqa. Tapi rasanya Rafeeqa faham dengan kehendak hatinya yang hanya mahu memilih satu sahaja. Janji dengan Husna mahu berkahwin terpaksa ditangguhkan dulu.

‘Husna tak nak bermadu, Shah. Tak naklah kongsi-kongsi.’
‘Rafeeqa pun rasanya tak nak.’
‘Padanlah tu. Let her go and take me instead.’

Ayat Husna pagi tadi agak kejam juga pada pendengarannya. Tapi dia tutup sebelah mata, beranggapan mungkin Husna terlebih emosi. Goyah bila kepulangan Rafeeqa menjadi jurang di dalam perhubungan mereka berdua. Kalau Husna tahu yang dia dan Rafeeqa masih tinggal sebumbung, harus Husna meletup.
Not in a good term doesn’t mean that we have to live separately!
Itu peringatan untuk diri sendiri. Rafeeqa masih tanggunjawabnya yang sah. Dia bukan jenis yang lepas tangan dan biarkan Rafeeqa tinggal di rumah orang tua. Nanti-nanti pandailah dia buka mulut pada Husna.
Pajama pant berwarna putih dan T-shirt nipis Lacoste tersarung cantik di tubuh tegap Shahrizal. Perlahan-lahan dia menuruni tangga. Sedikit lega bila Rafeeqa dilihatnya duduk menghadap tv dengan muka tanpa perasaan. Sekurang-kurangnya Rafeeqa tak mogok memerap di dalam bilik sebelah.
“Tengok cerita apa?” Shahrizal mengambil tempat di sebelah Rafeeqa.
“Tengok sendirilah.”
Kalau dah Anthony Bourdain tengah seronok bila kaki diurut-urut di salah satu pusat refleksologi di Bukit Bintang, takkan nama rancangan ‘Amazing Race’. Again, I’m not in the mood to bla bla bla Shah! Rafeeqa berkata sendiri di dalam hati.
“Pass me the remote control.”
Oh tidak! Laju tangan Rafeeqa mencapai remote tv di atas meja dan disembunyikan di bawah bantal yang dipeluknya. Jangan berangan nak tukar ke ESPN Channel kalau Anthony Bourdain ‘on the go’.
“Rafeeqa.”
Only for tonight, Shah. Anthony Bourdain tengah jalan-jalan di Malaysia. Jarang-jarang ni. Please.
Sejarah tentang Cleopatra dan Egypt baru saja habis, sekarang Rafeeqa cuba memancing minat Shahrizal untuk menonton Travel & Living Channel kegemarannya. Selain memperkenalkan tempat-tempat yang menarik di setiap negara, ada juga diperkenalkan aktiviti-aktiviti dan makanan yang menjadi tumpuan. Sambil-sambil tu bolehlah dia survey negara mana nak pergi dan apa nak buat. Masuk check-list, kemudian tunggu masa nak terbang saja lagi.
“Real Madrid and...”
“Shah, malam ni aje.”
Shahrizal tergelak bila Rafeeqa tayang muka Pussy Cat dengan mata kelip-kelip. Serius comel! Dan demi isteri, dia mengalah juga. Masing-masing diam, hanya mata saja yang masih melekat pada skrin tv.
“Dah berapa lama kenal dia?” Rafeeqa membuka kata.
Tak ada topik lain?
Nak provoke pergaduhan?
Bagi Shahrizal meletup?
Itu bukan motifnya untuk bertanya. Niat sebenar ingin mengenali perempuan yang mencuri hati Shahrizal sewaktu ketiadaannya. Pasti lebih hebat dari seorang Rafeeqa Huda. Up dan lebih tip-top daripadanya.
“Kenapa tiba-tiba tanya?” Soalan Rafeeqa tak dijawab Shahrizal. Dia menukar posisi duduk dan menghadap isteri.
Dia dan Husna kenal hampir setahun yang lalu. Pejabatnya di tingkat 15, pejabat Husna pula di tingkat 7. Setiap hari bertembung di lift, setakat Hi Bye hinggalah mereka berdua rapat seperti sekarang. Untuk mengakhiri hubungan di jinjang pelamin adalah di atas kehendak Shahrizal sendiri. Dan silapnya, dia membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan Rafeeqa yang mungkin akan terluka.
“Ya, I admit I’m the one at wrong Rafeeqa.” Shahrizal mengaku salah sendiri.
Rafeeqa di sebelah hanya diam sahaja. Rasa macam nak menjerit. Macam nak menangis. Macam nak lari jauh-jauh. Tapi masalah takkan selesai andai dia melarikan diri dari kenyataan.
“Bila nak berkahwin?” tanya Rafeeqa perlahan.
De’! Soalan yang kedengaran janggal untuk diajukan pada suami sendiri.
It’s aching slowly inside me, dear Shah.
“Saya tangguhkan dulu. Banyak kena settle.”
Rafeeqa mengangguk faham. Dia sekarang buat-buat cool walhal rasa macam nak rendam muka sendiri di dalam tab mandi. Sudah hilangkah perasaan cinta Shahrizal padanya kini?  Rafeeqa menoleh ke sisi, bertaup mata dengan mata Shahrizal. Nak tanya ke tak. Nak tanya ke tak...
“Shah, then how bout us?” Rafeeqa tanya juga soalan yang dia sendiri tahu jawapannya.
Lepas ni pasti dia akan dibuang jauh-jauh. Tak ada lagi berdua-duaan dengan Shahrizal sambil menonton tv macam sekarang. Tak ada lagi gaduh-gaduh manja sambil tayang muka kucing. Tak ada lagi bertekak macam Tarzan & Jane di pagi hari. Ala..dia aje yang rindukan semua ni nanti. Shahrizal takkan ingat punya. Rafeeqa diulit sedih tiba-tiba.
Shahrizal diam. Hanya sekadar membalas pandangan mata Rafeeqa. Tak sampai hati pula nak berbincang malam ini. Riak wajah Rafeeqa sedikit sayu, mata Rafeeqa jelas menggambarkan rasa sedih. Bab inilah yang dia lemah setiap kali berhadapan dengan Rafeeqa.

Kalau dah tak cinta kenapa masih mengambil berat tentang Rafeeqa?
Kalau dah tak sayang kenapa diri diulit rasa bersalah melihat sinar mata Rafeeqa berubah pudar?
Tanya soalan jawab sendirilah, bro.

Shahrizal mendekat dan mencapai remote control yang disembunyikan Rafeeqa di sebalik bantal yang dipeluk. Soalan Rafeeqa tadi dibiarkan sepi.
El Classico malam ni, I can’t miss the match.”
Rafeeqa tunduk. Kalau Shahrizal tukar topik macam ni bermaksud jawapan Shahrizal adalah seperti yang dia jangkakan di dalam hati. Shahrizal mana nak simpan isteri macam dia. Yang ‘kurang’ segalanya. Dah dapat cari yang lebih baik, harus yang stok diva macam dia dibuang ke tepi ye tak?

Buah strawberi buat pelaga,
Orang dah tak sudi nak buat macam mana.

Rafeeqa tarik nafas dalam, cuba menahan emosi yang sudah terganggu. Tak nak lah menangis sampai banjir satu rumah di depan Shahrizal. Dia tak nak dianggap lemah atau dikatakan sengaja minta kesian. Dia adalah Rafeeqa, yang keras di luar dan keras jugalah di dalam.
Tak nak duduk dengan Shahrizal tanpa kata di ruang rehat, Rafeeqa meminta diri untuk ke tingkat atas. Nak emo sorang-sorang dalam bilik, tak pun telefon Damia minta tips untuk tenangkan diri. Baru nak melangkah pergi, Shahrizal  menahan.
“Temankan saya kejap, kejap pun jadi.” Lengan Rafeeqa dicapai Shahrizal namun ditepis Rafeeqa lembut.
Ngantuk, Shah. Letih sangat hari ni.”
You said you miss talking to me, nak borak sampai ke pagi.”
Rafeeqa tersenyum nipis dan geleng kepala.
“Not today, I’m so damn tired.”
Yang sebetulnya, I’m so damn sad! Rafeeqa berlalu menaiki anak tangga. Bila di anak tangga pertama, langkahnya terhenti. Berpatah balik semula dan berdiri di depan Shahrizal yang mendongak memandangnya tenang.
“Shah, ada satu yang saya nak minta dari awak.”
“Apa dia? Nak minta kena dodoi?”
Rafeeqa tergelak kecil. Teringat dulu-dulu kalau tak dapat tidur Shahrizal lah yang akan dodoikan dia. Sekarang? Nampak gaya kenalah berdikari untuk mendodoikan diri sendiri supaya tak tercari-cari Shahrizal satu hari nanti.
Rafeeqa duduk berlutut di depan Shahrizal, mencapai tangan kasar lelaki itu dan menggenggamnya erat.
“Rafeeqa.” Shahrizal terkejut. Badannya yang tadi bersandar di belakang sofa terus tegak.
“Janji dengan saya, Shah. Selagi awak tak lepaskan saya, bagi saya peluang untuk hidup gembira dengan awak. Treat me like your wife like how we used to be. Not to mention about falling in love with me once more, but at least make me happy even if it’s only for a while.
Shahrizal terpana. Lembut suara Rafeeqa dan ayat mengharap Rafeeqa buat lidah Shahrizal kelu.
“Janji dengan saya, please.” Rafeeqa mencapai jari kelingking Shahrizal, nak twinky promise dengan encik suami. Selagi kita bergelar suami isteri, saya nak jadi isteri yang paling gembira, Shah.
Shahrizal terkedu. Ayat Rafeeqa begitu mendalam maksudnya dan inilah pertama kali Rafeeqa menyebut tentang soal gembira dan bahagia serta statusnya sebagai isteri di hadapannya. Dalam tak sedar, pintu hati yang dihuni Husna selama ini diketuk semula oleh isteri sendiri.

Losing Fika? Serve you right.
Losing Husna? Serve you right, too.
Choose one and let go the other one.

RAFEEQA terbangun bila dentuman guruh kuat di luar sana. Patutlah sejuk mencucuk sampai ke tulang, hujan tersangatlah lebat. Ditambah pula dengan penghawa dingin dengan suhu yang ‘full blast’ sejak awal malam tadi.
Badan Rafeeqa mengiring ke kiri, baru nak melelapkan mata Rafeeqa kecut perut. Terpandangkan bayang-bayang pokok yang bergoyang di sebalik langsir buat dia naik takut. Dalam kepala dah terbayang pokok bertukar menjadi raksasa yang seolah-olah menggapai tangan padanya. Dah tu, muncul pula bayangan Fredie Kruger di dalam kepala Rafeeqa. Filem Nightmare On Elm Street adalah salah satu daripada filem seram yang dia suka walaupun menakutkan tahap ‘siot’.
Sepantas kilat Rafeeqa melompat turun dari katil, The Smurf yang dipeluk dari tadi dicampak ke atas lantai dan dia berlari ke bilik sebelah. Diketuknya berkali-kali tapi tiada respons dari Shahrizal di dalam sana.
“Shah. Shah. Buka pintu ni, Shah.” Suara Rafeeqa sedikit bergetar. Takut okey!
Beberapa minit berlalu, pintu bilik masih tertutup rapat. Rafeeqa dah hampir berputus asa. Takkan Shahrizal tidur mati kat dalam tu. Ni dah ketuk macam orang pukul kompang pun tak dengar jugak ke? Nak kembali semula ke bilik, Rafeeqa takut. Tang tetiba Fredie Kruger betul-betul muncul di tepi katil pengsan dia.
Sudahnya Rafeeqa duduk bersandar di pintu dengan mata melilau melihat sekeliling. Pandangannya jatuh pula pada tangga tidak jauh dari situ. Imaginasi semakin melebih-lebih, bayangan Ju-On merangkak menaiki tangga buat ketakutan Rafeeqa naik dua kali ganda. Badan sudah mula terketar-ketar dan kesejukan.
“Shah. Buka pintu ni, Shah,” Rafeeqa merintih sendiri. Dalam otak cuma ada dua kemungkinan kenapa Shahrizal tak buka pintu.
1. Sebab dah tidur sampai ke Pluto, kalau ada bom meletup sekalipun mana nak dengar dah.
2. Shahrizal sengaja tak nak buka pintu sebab dah tak nak tidur sebilik dengannya.
Kalau sebabnya adalah kemungkinan yang kedua, serius Rafeeqa sedih tahap maksima. Sesekali mata Rafeeqa terpejam rapat dan kedua-dua belah tangan menutup telinga bila guruh berdentum.
“Shah.” Sudah berpuluh kali nama Shahrizal disebut Rafeeqa. Di dalam hati masih mengharap agar Shahrizal membuka pintu dan menenangkan dia yang semakin takut. Namun, Rafeeqa hampa...



BAB 4


TUBUH Rafeeqa bergerak-gerak di sebalik comforter, terbangun bila terdengar bunyi pancuran air di bilik mandi. Matanya terpejam semula bila kantuknya masih tak tertahan. Sejuk-sejuk begini memang sesuai nak sambung tidur sampai mata lebam.
“Rafeeqa, wake up. Nak tidur sampai bila ni?”
Rafeeqa yang baru nak terlelap semula membuka mata perlahan-lahan, walau berat tapi dipaksa juga. Shahrizal yang berdiri di sisi katil memandangnya tepat. Tangan kiri Shahrizal naik di pinggang, tangan kanan pula mengelap rambut basah dengan tuala kecil.
“Saya kat mana ni?” Serak suara Rafeeqa. Mata hanya separuh saja yang terbuka.
“Bilik kita.”
 Mata Rafeeqa mengecil. Keningnya berkerut, otak cuba memproses kejadian semalam. Hujan lebat. Fredie Kruger. Nightmare on Elm Street. Ju-On. Duduk di depan pintu sampai terlelap. Pagi ni terbaring elok di atas katil?
Oh! Rafeeqa tepuk perlahan dahi sendiri. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Sayang juga Shahrizal padanya.
“Thanks, Shah.” Rafeeqa kenyit mata, buat Shahrizal senyum segaris.
Rafeeqa. Ada-ada saja. Shahrizal bergerak ke arah almari, sempat tangan mencapai remote dan menutup penghawa dingin.
“Lain kali jangan tidur depan pintu. And ya, what made you slept in front of the door in the first place?” Shahrizal berpaling semula menghadap Rafeeqa yang masih berbungkus di sebalik comforter. Hanya kepala saja yang kelihatan.
“Hujan,” perlahan suara Rafeeqa.
Shahrizal sembunyi senyum. Dah agak dah!
“Fredie Kruger. Ju-On. Semua datang malam tadi?” Shahrizal memerli.
Rafeeqa diam. Mata dah main kelip-kelip macam kucing minta kesian di atas katil. Pecah ketawa Shahrizal. Dah masak sangat dengan perangai Rafeeqa. Tengok cerita seram memang nombor satu tapi bila dah hujan di malam hari Rafeeqalah yang paling pengecut.
“Saya ketuk pintu banyak kali tapi awak tak buka. Saya tunggu sampai....tertidur.”
Shahrizal yang baru nak menyarungkan kemeja di badan menoleh. Blur kejap.
“Bila masa awak ketuk pintu?” tanya Shahrizal. Kemeja yang sudah tersarung di tubuh dibutangkan satu-persatu.
Semalaman dia menyiapkan kerja sampai badan tercabut skru. Tak mahu Rafeeqa tidur seorang diri di bilik sebelah, dia berniat nak menjenguk tapi terkejut tahap gaban bila buka saja pintu, tubuh Rafeeqa melurut jatuh. Dah jadi penunggu pintu rupanya.
“I did knock on the door, Shah. Thousands of times.” Agak hyperbola ayat Rafeeeqa.
Berkerut kening Shahrizal. La..harus dia tak dengar. Earphones terpasang full-blast semalam. Habit yang satu itu memang sejak dulu lagi, asal buat kerja earphones akan disumbat elok di telinga walau hujan kuat macam  mana sekalipun.
Shahrizal merapat. Rasa bersalah pula. Dia tenung muka Rafeeqa lama. Bangun pagi dengan rambut serabai macam mana pun, Rafeeqa masih tampak cantik. Buat dia terbuai seketika.
“Lain kali jangan pandai-pandai tidur kat bilik sebelah. Saya cuma suruh awak alihkan pakaian aje, bukannya pindah sekali.”
Tangan Shahrizal yang baru nak membelai rambut Rafeeqa yang masih berbaring terhenti separuh jalan. Berdehem dan berpura-pura melipat hujung lengan baju. Tak nak manjakan sangat Rafeeqa, nanti makin Rafeeqa nak menempel. Lagi susah dia nak lepaskan.
Rafeeqa mengangkat kening. Salah dengar ke? Bibir nipis miliknya mengukir senyum. Hati bunga-bunga. Riang ria. Shahrizal taklah sekejam mana, tak sanggup nak tidur berasingan.
“Does it mean that I get back my Superman?” Rafeeqa sudah duduk bersandar di birai katil dengan senyman yang masih lebar.
Shahrizal tak menjawab. Laju dia berpakaian lengkap dan tadaa...bersedia untuk pergi bekerja. Ni la masalah kalau berbuat baik dengan Rafeeqa, bimbang jika Rafeeqa menaruh harapan untuk hubungan mereka berdua kembali pulih.
Duh! Bimbang dengan harapan Rafeeqa atau bimbang dengan perasaan sendiri?
Blehh....
Senyuman Rafeeqa pudar. Dah lupa ke dia sekarang ni tinggal nak dilepaskan saja lagi, jadi celah mana dia dapat encik Superman dia balik? At least you get him back for the time being Rafeeqa. Dia pujuk diri sendiri.
“Jalan dulu. Ada client nak datang awal pagi ni.” Shahrizal mencapai briefcase di atas meja di sudut bilik.
“Wait. Wait. Let me make breakfast for you.”
Terkial-kial Rafeeqa turun dari katil. Sempat stretching kiri kanan depan belakang badannya yang terasa sedikit lenguh. Barangkali malam tadi salah posisi tidur.
Terbeliak mata Shahrizal. Ni tengah stretching ke tengah buat gaya ala-ala menari di dance pole? Baru tersedar gaun tidur yang dipakai Rafeeqa tembus sampai ke dalam. Semalam tak pula perasan sebab otak dah lambat pick-up selepas menyiapkan kerja yang bertimbun.
“Rafeeqa, baju tu...” Shahrizal berdehem.
Tak pandai susun ayat. Kalau dia kata yang dia terseksa bila tengok tubuh seksi si isteri, pasti Rafeeqa gelak sampai tergolek. Jangan sampai dia terkam pagi-pagi begini. Pula dia dah lama tak membelai dan dibelai oleh Rafeeqa.
De’! So much of ‘I don’t love you, Fika’ tapi terliur juga.
Rafeeqa pandang tepat wajah Shahrizal, sebelum pandangan jatuh pada tubuh sendiri yang dibaluti gaun tidur La Perla yang dirembatnya di Italy hujung tahun lepas. Baru dia nak bertanya, Shahrizal menyambung kata.
“Lain kali pakai baju kelawar, tak pun pajamas.” Shahrizal berlawak walau muka serius macam nak meletup.
Ternganga mulut Rafeeqa. Kepala Shahrizal terhantuk di sinki bilik mandi ke? Pajamas? Baju kelawar?
Oh, please!
Gaun tidur yang seksi nak mampuih macam ni memang baju rasmi Rafeeqa untuk tidur malam. Memang dari dulu lagi pun, takkan Shahrizal dah hilang ingatan? Dia kan diva, jadi fesyen dan penampilan yang menarik takkan pernah berpisah dari seorang Rafeeqa Huda walau sewaktu tidur sekalipun. Baju kelawar tu fesyen Mama, tak nak lah! Pajamas tu pula fesyen dia masa zaman budak sekolah, tak padan dengan dia sekarang.
Rafeeqa sembunyi senyum.
I know what you’re thinking, Mister!
 Hanya pandangan mata saja yang menghantar Shahrizal yang sudah menghilang di sebalik pintu. Kata dah tak cinta, tapi kenapa masih ‘goyah’, Shah?
“Shah, tak nak breakfast ke?” laung Rafeeqa.
“Dah lambat,” Shahrizal di tingkat bawah menjawab.
“Balik awal tak? Dinner sama-sama.”
“See first. I might be coming back late.”
Rafeeqa hampa.
“Rafeeqa!”
“What?” Kepala Rafeeqa sudah terjengul keluar di pintu bilik tidur.
“Jangan buka pintu kalau orang yang tak dikenali datang,” Shahrizal di bawah sana berpesan.
“Orait.”
“Tukar baju tu sebelum tukang kebun datang.”
“Orait.”
Rafeeqa Huda dan Shahrizal Hayrat. Pagi-pagi dah macam Tarzan & Jane.

“WHAT?! He really said that?!” Membuntang mata Damia. Apa yang Rafeeqa beritahu sekarang buat hati menggelegak tinggal nak meletup saja lagi.
Rafeeqa angguk kepala dan menghirup Mocha Ice Blended di hadapan. Wajah Rafeeqa tampak sedikit mendung.
“OMGeeee...” Damia tak tahu nak cakap apa. Tangan kanan mengipas-ngipas wajahnya yang terasa panas walaupun Full House dipasang penghawa dingin.
Serius dia rasa macam nak bagi Shahrizal penampar sebijik, biar bagi otak bergegar sedikit supaya tersedar. Rafeeqa baru balik dari Sunderland dengan hati gembira bukan main, boleh pulak Shahrizal keluar statement kata dah berpunya dan nak berkahwin baru. Habis tu Rafeeqa nak letak kat mana? Jadi tiang rumah?
“Melampau doh!” Damia bersandar di belakang kerusi dan berpeluk tubuh. Patutlah Rafeeqa mengajak untuk membeli akuarium dan ikan-ikan hari ini. Tengah berduka lara rupanya.
“Shah memang nak kena dengan aku.”
Rafeeqa tergelak kecil mendengar omelan Damia. Apa yang Damia boleh buat? Paling tak pun cuma berleter dan typical Shahrizal, takkan dengar punya. Ni baru Damia tahu Shahrizal nak berkahwin lain. Belum lagi tahu kisah Shahrizal yang nak berpisah bla bla bla..berbahasa dengan dia pun dah tak ada panggilan manja macam dulu-dulu...haih!
“Pernah jumpa tak perempuan tu? Cantik tak? Nama siapa?” Damia bertanya laju.
“I think I saw her once if that was really her.”
Teringat  pada perempuan yang selamba masuk ke dalam pejabat Shahrizal dua hari lalu. Fikir logik, takkan pekerja Shahrizal selamba landing di atas kerusi Shahrizal dengan gaya ‘like a boss’.
“Husna. Her name is Husna,” sambung Rafeeqa.
Damia mencebik. Nama tu cantik okey, tapi disebabkan perangai perempuan yang bernama Husna ni agak kureng automatik nama tu jadi hodoh. Ye la, kalau baik takkan menempel dengan suami orang. Dalam otak Damia sekarang ada dua kemungkinan yang buatkan timbul isu ‘kekasih gelap’ ini.
1. Shahrizal buat-buat lupa status yang sedang dia pegang dan berlagak macam ‘hot-single-one’.
2. Perempuan yang bernama Husna tu tak kisah walau apa status Shahrizal, yang penting dapat menempel.
“Kalau aku adalah kau, aku mengamuk wei. Ada ke nak berkahwin baru? Macam sorang tak cukup. Alergik aku kalau poligami.” Damia masih tak habis dengan amarahnya.
Poligami. Dengar perkataan pun Damia dah cukup alergik. Bukan dia nak mempersoalkan sunah Nabi yang satu itu, tapi lelaki zaman sekarang bukan boleh diharap pun. Kalau tak mampu berlaku adil baik lupakan aje. Lelaki zaman sekarang adalah lebih kepada nafsu semata-mata. Laaa..pendek kata, kononnya nak sangat mengikut sunah Nabi tapi sembahyang lima waktu pun tak ‘pass’ lagi.
Rafeeqa pandang wajah Damia. Dia tarik nafas dalam sebelum bersuara.
“It’s not even a polygamy, babe. Choose only one, and the one not chosen will be me.” Tekak Rafeeqa rasa perit. Itulah yang Shahrizal pernah katakan beberapa hari lalu.
“What?!!” Damia terjerit. Mata-mata sekeliling yang memandang tak dipedulikan. Terkejut tahap ‘terkezut’. Bermaksud  kemungkinan yang kedua lah ni!
Rafeeqa tunduk. Nak salahkan Shahrizal 100%, tak adil juga bagi Rafeeqa. Punca Shahrizal berpaling kasih adalah disebabkan oleh dia sendiri yang tak pandai melayan suami. Lebih tepat lagi, dia memang tak pernah menjadi seorang isteri yang baik untuk suami.
Perkahwinan mereka berdua adalah atas aturan keluarga, jadi memang Rafeeqa tak pernah mencintai apatah lagi nak  menganggap Shahrizal sebagai seorang suami yang disayangi. Berkahwin bila usianya baru mencecah 18 tahun, tak logik sungguh idea Papa dan Mama. Sengaja dia memilih untuk belajar jauh sampai ke Sunderland sebab mahu mengelakkan diri dari Shahrizal.
Bila Shahrizal datang melawat, dia buat de’. Layan tak layan, acuh tak acuh. Kiranya memang Shahrizal banyak bersabar sepanjang dia menjadi isteri. Ye la, bila dah tak dihargai harus cinta Shahrizal goyah. Lagi pula berjumpa dengan perempuan yang sepuluh kali lebih baik daripadanya.
Sekarang kes Rafeeqa ni adalah nasi yang dah jadi bubur. Terlambat jatuh cinta. Terlambat untuk kembali semula. Malah terlambat untuk menjadi isteri yang terbaik.
“Too much, wei. Too much.” Damia geleng kepala berkali-kali. Sedih mendengar ayat Rafeeqa, tak dapat bayangkan perasaan Rafeeqa sekarang. Kalau dia, entah-entah dah menangis air mata darah.
“Aku bingung, Mia. Aku tak tahu nak buat apa. Nak react macam mana,” Rafeeqa meluahkan perasaan.
Dia bukan jenis yang duduk membatu dan menangis sampai mata lebam. Nak meratapi nasib sedih dan menjadi lemah? Itu bukanlah Rafeeqa Huda. Nak menangis pun jarang-jarang, paling tak pun dia duduk termenung jauh. Lagi satu, kalau Rafeeqa yang dulu nak buang rasa sedih dan tension itu clubbing adalah yang terbaik. Tapi kini? Dah lama dia buang semua tabiat buruk.
Damia terdiam. Dia sendiri jadi buntu. Parah rupanya kemelut rumahtangga Rafeeqa dan Shahrizal yang disangkanya aman damai.

-Shahrizal tak pernah lagi datang melawat sewaktu tahun terakhir Rafeeqa di Sunderland.
-Shahrizal tak datang untuk majlis graduasi mereka berdua.
-Shahrizal tak pernah lagi nak Skype atau Viber call.
-Shahrizal tak pernah lagi ‘menconteng’ wall di Facebook Rafeeqa.

Selama ini memang Damia pernah tertanya semua itu tapi sengaja tak nak buka mulut bertanya pada Rafeeqa, risau Rafeeqa fikirkan yang bukan-bukan macam dia. Dah terjawab dah pun, itu sebab Shahrizal sudah berpunya yang baru.
Satu saja perkataan yang Damia mampu komen.
Damn!

RAFEEQA menjinjing beg plastik di tangan. Balik melepak dengan Damia, sempat dia singgah di kedai mamak bila teringatkan Shahrizal yang suka makan tosai. Langkah kakinya diatur kemas menuju ke arah pintu utama bangunan pejabat Shahrizal. Saja dia datang mengejut, bagi kejutan pada Shahrizal.
Sedih?
Yeah.
Kecewa?
 Harus.
 Tapi semua itu ditolak tepi. Yang dia perlu buat sekarang adalah memikat semula hati Shahrizal. Ikut nasihat Damia.
Make him fall for you!
 Dia kan masih isteri yang sah, Husna tu hanya watak sampingan. Setakat kekasih gelap aje, kalau dia pandai menghadapi situasi ‘Suamiku dah ada pengganti’ ni senang saja nak tolak Husna ke tepi. Dia kan diva!
Baru kaki melangkah masuk ke dalam lobi, mata Rafeeqa menala pada pasangan yang sedang berdiri di depan pintu lift. Shahrizal bergelak ketawa dengan perempuan yang sama dilihatnya di pejabat Shahrizal. Husna ke tu? Should be!
Hati Rafeeqa yang baru sahaja kental dan kuat dengan kata-kata perangsang diri sendiri dan Damia tadi serta-merta hancur. Kemesraan Shahrizal dan kekasih gelap buat Rafeeqa terguris dan terkaku di situ. Pandangannya jatuh pada beg plastik di tangan.
Tosai?
Nahhh...just go back, dear darling.
Rafeeqa berpaling mahu berlalu pergi, menurut kata hati. Shahrizal dah kenyang makan tengah hari dengan sang kekasih, jadi setakat tosai dia ni kut Shahrizal tak pandang pun.
Am I late?
Yes you are dear darling!
Cermin mata hitam Max Mara yang disangkutkan di atas kepala dipakaikan semula. Berlalu dengan penuh elegan dan confident walau dia diselami rasa sedih, itulah Rafeeqa Huda.
Azwan yang berdiri di depan pintu utama dari tadi hanya memandang. Rafeeqa dah berada di dunianya sendiri, sampaikan dia yang tercegat di pintu lobi pun Rafeeqa tak perasan. Matanya menala pada Shahrizal dan Husna di depan sana. Sungguh dia rasa macam nak tumbuk muka Shahrizal!

 BERSAMBUNG
           
                       












17 comments:

  1. tak sabar nak tunggu sambungan :)

    ReplyDelete
  2. Best sgt..Yer x sabar nak tunggu sambungan.

    ReplyDelete
  3. rsa mcm nk nangis ...x sabar nk tunggu next chapter

    ReplyDelete
  4. Rasa mcm nak sepak husna...mcm xde laki lain...

    ReplyDelete
  5. Skit hti jew tgok citer tu...husna tu x ade laki ke...asyik nk rampas laki org jew...lau dpn aq...aq sepak husna tu mcm bola sepak biar brguling2...irwan sepupu fika pun sama x ade prmpuan lain ke...

    ReplyDelete
  6. Drama dia mmg best la. Geram betol dgn shah sbb xlayan bini dia haish

    ReplyDelete
  7. Gile benci perempuan mcm husna.. Siap push suruh shah cerai.. Tp dlm part.. Diaorg xd masalah pn just shah tue je ada perempuan lain.. Nek lah pn 1.. Ada ke patut sokong org lain dr fmily sendiri

    ReplyDelete
  8. 1st tgok dah best..peminat novel ler katakan.....drama tayang waktu maghrib...dr jam 7 tu dah mkn dpn tv...masuk waktu solat, tunaikan yang wajib dulu...knp lah x di tayang 6:30 ke 7:30, kan cun time tu....anyway yang fardhu di dahulukan..selamat menonton dan beramal..

    ReplyDelete
  9. Buat hal la shah ari nie declare ngan org kg nk kawin ngan husna plk..😒

    ReplyDelete
  10. Fika Fika Chu...
    #FikaShah #ShahFika...
    Husna pemusnah...
    #JanganBenciCintaKu...

    ReplyDelete
  11. arrrrggghhhh..tidakkkk....bila sambungan nye ye? semangat aku baca beb....aku nak hempuk si husna keparat ni (sakit hati seorang isteri *walaupun laki aku tak buat gitew*...sakit hati gak beb)...

    ReplyDelete
  12. hahaha.....buku ni ada kat pasaran x

    ReplyDelete
  13. Hati manusia ni berbolak-balik, kan. Perkara simple jadi complicated.

    ReplyDelete
  14. Mmg harganya rm23 ke?ad harga murah x?

    ReplyDelete
  15. Best gile...tapi tak suka si husna pemusnah rumahtangga orang

    ReplyDelete